Masak Ke Hari Ni @masakkeharini Channel on Telegram

Masak Ke Hari Ni

@masakkeharini


Jom share resepi masakan harian

Masak Ke Hari Ni (Malay)

Masak Ke Hari Ni adalah satu saluran Telegram yang memfokuskan kepada berkongsi resipi masakan harian dengan pengguna. Ia adalah tempat yang sesuai bagi sesiapa yang mencari idea untuk memasak setiap hari tanpa kebosanan. Dengan kandungan yang berkualiti dan pelbagai resipi yang mudah untuk diikuti, pengguna boleh menemui pelbagai jenis masakan dari pelbagai budaya di saluran ini. Dari menu sarapan hingga hidangan malam, semua ada di sini!
Siapa yang sepatutnya menyertai saluran ini? Bagi sesiapa yang sukakan masakan dan ingin mencuba resipi baru setiap hari, Masak Ke Hari Ni adalah tempat yang sesuai untuk anda. Dengan hanya satu klik, anda boleh mendapatkan idea masakan yang menarik untuk dicuba di dapur anda. Jadi, jomlah berkongsi resipi masakan harian anda atau belajar resipi baru dari pengguna lain di saluran ini!
Dengan menyertai saluran ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat termasuk berkongsi resipi masakan harian, memperoleh idea masakan yang menarik, serta menyertai komuniti masakan yang aktif. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Masak Ke Hari Ni sekarang dan mula memasak dengan lebih kreatif setiap hari!

Masak Ke Hari Ni

19 Feb, 03:28


KERABU SUHUN

Bahan-bahan:

1 paket suhun diredam
6 ekor udang segar (xde pun xpe)
2 ekor sotong hiriskan rings
1 biji cili merah
3 biji cili api
1 ulas bawang besar
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
sedikit serbuk perasa
2 biji limau dan ambil jusnya
seikat daun bawang (xde pun xpe)
1 bili tomato
lobak merah hiris

Cara-cara:

Rebus sotong, dan udang sehingga masak dan potongkan. Potong bawang merah, cili merah, cili api, daun bawang dan tomato. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, perasa dan air bawang jerut. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati.
Sedia dihidangkan.

Masak Ke Hari Ni

17 Feb, 09:54


Resepi Kerabu Timun

Bahan-bahan :
Timun
Cili padi
Belacan
Gula/garam
Bawang holland

Kredit : hadimohdsalleh

Masak Ke Hari Ni

16 Feb, 13:50


RESEPI ROTI SARDIN CELUP TEPUNG RANGUP

Buat sarapan dan bekal anak-anak sekolah esok pagi tau!

Bahan-bahan Inti :
2 ulas bwg putih ditumbuk
1 biji bwg merah besar dipotong dadu

(Tumiskan bahan di atas hingga garing)
Masukn 1 tin kecil sardin
Hancur-hancurkan sardin.
Masukkan sedikit air asam jawa sedikit garam dan gula. Ok siap ketepikan.

Bahan tepung :
1 cwn tepung gandum
3 sdu bsr tpung beras
1 sdu teh serbuk kunyit
1 bji telur
Garam gula secukupnya

Campurkan semua bahan di atas. Masukkan air kacau sebati. Adunan lebih cair daripada adunan cucur tau.
Jangan pekat jangan cair sangat. Sedang-sedang je pandai-pandai la agak ya. 😂😂

Ok siap semua boleh la sapu inti pada sekeping roti.
Lepas tu lapikkan dengan sekeping roti yang kosong.
Lepas tu potong jadikan 4 bahagian. Buat sampai habis.
Panaskan minyak boleh la start celup & menggoreng.

Selamat mencuba.😘

Kredit : Owner

Masak Ke Hari Ni

15 Feb, 01:04


RESEPI ASAM PEDAS BATANG KELADI

Bahan-bahan :
200 gm btg keladi (dihiris)
200 gm keladi (dihiris)
(Keladi dan batangnya direbus terlebih dahulu supaya ia mudah empuk apabila dimasak di dalam kuah asam)
2 ulas bwg merah (dicincang halus)
1 ulas bwg putih (dicincang halus)
3 btg serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 gm ikan bilis (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
100 ml air asam jawa
2 tangkai daun kesum
150 ml air
Garam & gula secukup rasa

Cara masak :
Panaskan minyak dalam kuali &w tumis bwg putih & bwg merah hingga wangi.
Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi & tumis hingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan serai, halia, daun kesum, batang keladi & keladi & kacau rata.
Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Setelah keladi & batangnya mula empuk , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

NOTA :
Resepi Batang Keladi Masak Asam sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Kredit : Empunya Resepi

Masak Ke Hari Ni

13 Feb, 23:29


RESEPI RENDANG KERANG

Bahan-bahan:
Kerang 2kilo
2biji kecik bwg merah
3 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 btg serai
(blend smua bahan di atas)
Cili boh 2 sudu besar
Serbuk kari 1sudu besar
Kerisik 1 sudu besar
Santan
Asam keping sekeping je
Daun kunyit

Cara masak :
1) Tumiskan bahan blend shgga air kering letak stu btg serai ketuk
2) Masukkan cili boh masak shgga pecah minyak
3) Masukkn serbuk kari masak shgga pecah minyak.
4) Masukkn kerang, santan,
asam keping garam gula.
5) Last masukkan kerisik dan daun kunyit. Bila air dah mula kering sikit...

Siap!!

Kredit: Kuali Mama

Masak Ke Hari Ni

13 Feb, 07:20


dulu masa saya student praktikal,pernah duduk satu rumah sewa dengan kawan berbangsa india...die ajar saya buat kuah dhal...masa tu 2011...sampai sekarang saya simpan resepi ni.hari ni buat,sebb suami nak rasa...hehe.dah lama sgt x buat,alhamdulillah jadi jugak.

maaf ye,saya sertakan bahan2nye dahulu.nanti saya post cara masak dengan gambar satu2.malam ni saya kene rendam kacang dhal tu dulu.esok baru boleh masak.😊😊😊

Masak Ke Hari Ni

13 Feb, 05:08


Resepi Sambal Goreng Garing.

Insyaallah, sebulan pun tahan.

Resepinya :
Blend cili kering dalam 30 tangkai bersama bawang putih 7 ulas. Bawang putih lebih pun tak apa. Lagi sedap lagi wangi.
Panaskan minyak goreng ikan bilis garing². Ikan bilis halus lagi sedap.
Kemudian tumis bahan kisar guna minyak goreng ikan bilis tadi. Masukkan gula pasir 1 sudu.
Kemudian garingkan cili dgn api sederhana. Boleh masuk garam masa ni.
Bila cili dah garing sebelum tutup api besarkan api dan kacau sambal smpai dpt hasil garing yg kita nak. Part ni penting untuk hasil garing tu. Tutup api dan tapis sekejap sampai sambal sejuk.
Dah sejuk gaulkan ikan bilis dalam sambal.
Kemudian tapis lagi smpai rasa habis minyak dia.

Kredit : Mazlinda Zakaria

Masak Ke Hari Ni

11 Feb, 23:33


Sarapan pgi hr ni saya buat Apom Lenggang.
Resepi mudah dan menyelerakan.

APOM LENGGANG

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5-6 sudu besar gula (ni memang tak manis, kalau nak manis letak 1/2 cawan gula)
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil instant yis
1 cawan air
1 cawan santan

Cara Masak :
Gaul semua bahan kecuali santan.
Rehatkan adunan dalam 2-3 jam.
Saya buat adunan malam. So, saya letak dalam peti ais.
Esoknya baru saya masak.
Bila dah ready, campurkan santan dalam adunan.
Kacau rata.
Masak atas pan.

Siap. Selamat mencuba semua...

Kredit : Mask Musa

Masak Ke Hari Ni

11 Feb, 23:26


Sekali sekala kita buat penkek mudah pulak untuk sarapan pagi. Resepi pun mudah sangat. Tekan je button share kalau nak, saya izinkan.

Bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu segar/ susu full cream/ susu cair
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar minyak jagung/ mentega yg dicairkan/ minyak masak je

Cara-cara:
Satukan semua bahan di atas dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul2. Biarkan dlm 10-15 mins nak bg penkek gebu skit nnt 😊.
Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yg panas dan guna api sederhana. Tak payah guna minyak pun. Bila adunan dah timbul lubang2 kecil kat atas mcm dlm pic, balikkan penkek. Tunggu seketika, barula angkat sbb dah masak.

1 adunan boleh buat dlm 8 keping penkek. Masa memasak utk each penkek pun dlm 2 min gitu. Kenyang betul

Kredit : Siti Norzainab Taib

Masak Ke Hari Ni

11 Feb, 13:56


First time nampak balang leather macam ni.Da boleh standby untuk raya 2024🤗memang nampak mewah Dan elegant😍

Dapatkan sini boleh matchy2 ngan tema raya korang 😂
⤵️⤵️
https://s.shopee.com.my/6V7cuuS0US

Masak Ke Hari Ni

11 Feb, 13:53


Kuih apa tak tau la. Nampak sedap dan menarik pulak.

Kredit : Tuan Zainudin

Masak Ke Hari Ni

21 Jan, 06:17


PETUA seafood kekal segar, tidak berubah warna hitam, kekal rasa manis dan tekstur masih pejal seperti baru beli.

Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan. Sis cuba cara tabur gula di permukaan bekas dan simpan dalam freezer (ruang sejuk beku).

Untuk udang, pastikan lebihkan gula kerana ia paling sensitif dan warnanya mudah bertukar warna hitam. Setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.Semalam sis keluarkan untuk buat tom yam 😋.

Bagi ketam dan sotong pula, simpan biasa tanpa awetan pon masih ok sebenarnya.

Kredit: Noor Hafiza Mohamad

Masak Ke Hari Ni

21 Jan, 00:41


Puding karamel telur tapi takde bau telur. Saya buat jualan Alhamdulillah ramai ckp sedap.

Yang nak cuba bole buat sendiri dan buat jualan.
Saya halalkan dan doakan jualan saya laris manis.

Puding caramel telur
Dpt 14 bekas kecil 4oz

Gula karamel :
90gm @ 1/2 cwn gula putih, cairkan sampai perang gold.
*Janga tinggal dan jangan sampai mendidih nanti pahit. Kacau sentiasa.
Gula dah cair sepenuhnya dan warna dah cantik, masuk air 120ml cairkan semula. Hati2 panas.
Letak Garam secubit

Sejukkan dan tuang satu sudu besar dlm setiap bekas.

Bahan Puding :
6 biji telur
1 tin susu cair
160ml susu pekat (1/2 cawan)
240ml air masak (1 cawan)
Sunquick 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 penutup

Campurkn semua bahan ni dlm besen, whisk sampai takde ketulan. Tapis letak dlm jug dan bole tuang dlm acuan. Klu nak sama rata, timbang dlm 75-80 gram setiap bekas.

Kukus 20 minit api sederhana
*Letak penutup bekas atas bekas. Letak shj jgn tutup rapat. utk jadikan puding halus dan tak mengerutu.

Kredit: Cik Markonah

Masak Ke Hari Ni

20 Jan, 00:48


Murtabak Mini

Buka puasa tadi teringin murtabak. Bayangkan macam pergi bazar ramadhan la kannn. 😂

Bahan-bahan :
Kulit popia
isi ayam / daging di cincang
3 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar di potong dadu
Daun sup
Garam
Gula

Cara memasak inti
1. Tumis bawang yg dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk balut murtabak
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Balut dengan kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan” 🤣🤣

Selamat mencuba!

Kredit : Yanie Mansor

Masak Ke Hari Ni

19 Jan, 18:10


Siapa peminat mee Pama sini
Boleh buat dan masak sendiri di rumah.

Resepi bihun sup ala ala PAMA

Sukatan bahan agak agak sendiri ya.
1. Bawang putih di cincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan
2. Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
3. Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
4. Letakkan bawang putih yg di tumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
5. Masukkan bihun ke dalam kuah sup(Bihun tak perlu di rebus terlebih dahulu ya)
6. Pecahkan telor, dan biar sekejap hingga telor separuh masak. Perlahankan api gas.
7. Last, taburkan daun sup dan cili flakes. Siap untuk di hidang. Jangan lupa perah asam limau tau
.
Kredit : Zara Latif

Masak Ke Hari Ni

19 Jan, 05:28


Buat kaum lelaki yang masih tersalah beli ikan. Balik isteri nak masak pun tak jadi. Hilang mood. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.

Yang sirip panjang - Tongkol Hitam (Ayor Itam)
Yang sirip pendek - Tongkol Putih (Ayor Puteh)

Hitam lagi sedap dari putih.
Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam.
Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor puteh. Makan yang ayor hitam.
Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.

Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa lebih kurang je.

Sumber : Nik Muhammad Khairi

Masak Ke Hari Ni

19 Jan, 02:52


Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah

Bila aku tanya apa rahsia dia...

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn

Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2

Caranya mudah dan murah sj :

1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari...x membazir 😬

Selamat mencuba
Bsmbg di ruangan komen..

Masak Ke Hari Ni

18 Jan, 12:35


IKAN KUKUS SAMBAL PICIT 🤤🐟🌶️

Bahan-bahan :
2 ekor ikan kembung
Sawi (sayur sesuai selera)
2 buah terong ungu

Bahan sambal picit :
1 sdm asam Jawa (larutkan) dengan 50 ml air
30 buah cabe rawit
2 keping terasi bakar
1 sdt garam
1 sdt gula
2 buah jeruk kunci/kasturi (ambil air perasannya)

Cara membuat :
1. Bakar terong, kukus sawi pahit dan ikan kembung sampai matang.
2. Masukan semua bahan sambal picit ke dalam piring kemudian picit2 dengan tangan sampai cabai pecah/hancur dan semua bahan sambal tercampur rata.
3. Sajikan sambal picit dengan terong bakar, sawi rebus dan ikan kembung kukus yang sudah di buang durinya, sajikan di dalam piring.

Semoga bermanfaat & selamat mencoba !!!

Masak Ke Hari Ni

18 Jan, 01:54


Sagu kelapa &sagu gula melaka purple 💜💜
Sesedap secomeyy mata memandang. Peminat purple meh munculkan diri please.
Yang selalu follow nina tau la kan nina peminat tegar kaler purple ni😂

Warna purple tu nina mix pewarna pink+biru. Nina guna yang star brand letak sikit je dah pekat warna dia.

Sambung...👇

Masak Ke Hari Ni

09 Jan, 11:10


Resepi Ikan Lengat

Dah siap kukus, goreng makan dengan nasi panas dan sambal.

Sedap!

Jom cuba.

Kredit : chef_farish

Masak Ke Hari Ni

09 Jan, 02:53


Anak² puji cakap sedap sangat² umi masak, ..nak tahu betul ke tak..anda kena cuba buat .. resepi mungkin sama tapi teknik memasak tu yg berbeza.
Nasi ni nak panggil nasi ayam cincang ke..nasi maggey ke..nasi kakwok ke.. panggil jela pape pun janji sodapp😄

AYAM GORENG :
*ayam -dadu
*Serbuk kunyit
*Garam
*Ajino- jika suka
*Serbuk kari daging
*Serbuk cili (kalau takde serbuk cili..boleh letak tepung bestari pedas) mana² pun boleh.
* Daun kari -jika suka (sy tak letak)
*** Perap sekejap pastu goreng sampai garing

GULAI :
*bawang merah, bawang putih, halia -hiris
*Rempah kari daging + rempah kerutub
*Kerangka ayam - potong kecil²
*Kacang panjang, terung, lobak merah -dadu
*Santan
*Garam & gula Melaka
*Ajino / kiub pati ayam -jika suka
***Tumis bahan hiris, masukkan rempah Smpai pecah minyak..masuk kerangka ayam..dah empuk masukkan santan sayur dan lain².

Masak Ke Hari Ni

08 Jan, 13:20


Tak yah kupas, rebus lenyek kentang dah. Mana yang nak cepat, nak travel senang je. Tambah air panas siap.

Mashed potato dalam cup.
Sini👇
https://s.shopee.com.my/9f55oh0a5R

Mashed potato 500g
Sini👇
https://s.shopee.com.my/2fvLU8bUsg

Masak Ke Hari Ni

07 Jan, 23:17


Nak beli selalu memang tak mampu. Anak pula ramai, sekali makan dah habis. Rupanya mudah je nak buat. Nampak sama tapi tak serupa. Jom saya kongsikan caranya :

RESEPI PATTY AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan :
400g isi dada ayam
2 biji kentang
1 btg lobak merah
1 biji telur
1 biji bawang holland
2 sk serbuk lada hitam
2 sk serbuk lada putih
1 sk chilli flakes
1 sk mixed herbs
6 sb tepung ubi kayu
2 sb mentega

Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam 'food processor' sehingga halus.

Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.

Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yang sudah siap selama 3 minit sebelum di simpan dalam peti sejuk beku.

Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba! 😊

Kredit : Geliga Rasa

Masak Ke Hari Ni

07 Jan, 12:37


Lapik cawan, gelas untuk hari raya.
Buat lapik bekas kuih, bunga semua lawa.

Kat sini.👇
https://s.shopee.com.my/5fYvPvr0fU

Sini pun ada.👇
https://s.shopee.com.my/2qEk1PYzLY
.
#lapikcawan
#retro

Masak Ke Hari Ni

07 Jan, 06:48


Sedapp try la korang.

Kredit @adillasyahirraadam

Masak Ke Hari Ni

06 Jan, 02:38


Recommend beli Dari shop ni👇
https://s.shopee.com.my/50JCMcqVs0

https://s.shopee.com.my/8fCUjK06me

https://s.shopee.com.my/7V0XL7NyGx

https://s.shopee.com.my/5AccYlGJw4

Masak Ke Hari Ni

05 Jan, 03:43


RESEPI SUP SIAM

Harini ambe teringin nok makang sup tulang siam. Tengok harga tulang, mahal pulok, dok jadi ah...ambe beli daging je lah sikit wat lepas teringin.

Lagipun tulang bukang ade isi sangat pun...rugi². sedakk molekkk!

Bende mudoh je ni...kalu awok malas buat jugok, takmboh doh ah wi resepi.

Bahan-bahan :
Daging
Batang Sederi
Ubi Kentang
Tomato
Cili Padi
1 Paket perencah sup siam
Bawang Putih
Lobak Merah

Cara Masak :
1. Daging tu awak rebus dulu kejap deh.

2. Tumih belaka bawang putih, kentang, carrot dan celery.
Tumih kejap doh ah sapa bawang putih tu nok ke golden brown.

Jom...👇

Masak Ke Hari Ni

05 Jan, 00:16


Cara mudah buat sinki nampak Baru. Pakai ni jee 👉 https://s.shopee.com.my/VqlFp6qkm

Kredit pic: Ana kamila

Masak Ke Hari Ni

31 Dec, 07:04


Nak buat hadiah kawin sesuai sangat ni. Comel jer.

Gaabor Mini air frayer 2.0L
Rm72.11 saja
Beli kat sini 👉🏼https://s.shopee.com.my/LXDWhIAPX

Masak Ke Hari Ni

31 Dec, 03:39


Labu
Bawang putih
Garam
Gula
Tepung jangung
Lada hitam
Minyak

Gaul rata semua bahan di atas. Bakar dalam airfrayer.


Kredit : Masakrumah

Masak Ke Hari Ni

30 Dec, 09:20


Pau Goreng Inti Kacang Merah

Sedap pau goreng ni. Min suka betul.😋

Bahan-Bahan:
Bahan Pau:
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung
110 gm air

Cara Masak :
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 30 minit dalam breadmaker. (Guna tangan pun boleh je)
3. Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40 gram. Kemudian simpan doh selama 10 minit dan tutup dengan plastik.
4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
5. Kemudian isikan intinya (inti tu saya beli dekat bakery) dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak yang sederhana panas. Goreng sehingga keperangan. Toskan. Siap!

Kredit : Noor Baini Bakar

Masak Ke Hari Ni

29 Dec, 10:12


Nak rasa white coffee yang sedap boleh cuba Pak Tam  White Coffee.
Saya dah cuba. Sedap.

Sini ada. Berbaloi 👇
https://s.shopee.com.my/5AcQIgfiNi

Masak Ke Hari Ni

29 Dec, 02:25


Ni bukanlah resepi authentic carbonara.

Tapi resepi ni guarantee sedap & sgt senang utk buat especially kalau ada tetamu dtg tiba2 / last minute nak masak.
30 minit siap masak ni.

Sauce ni cukup utk 1 pack (500 grams) spaghetti.

Spicy Carbonara

Bahan tumis :
Butter & Olive Oil (utk menumis)
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus (mmg rasa mcm banyak kan, tp sedap gila byk garlic ni)
4 ke 6 batang cili padi hiris halus (kalau nak pedas lagi letak la lebih)

Protein : dada ayam / udang / beef pepperoni / salami ikut la apa yg ada

Other :
1 tin button mushroom (any brand) atau boleh pakai fresh button mushroom atau swiss brown mushroom
Boleh tambah capsicum kalau suka

Jom...👇

Masak Ke Hari Ni

28 Dec, 08:11


Org perak mesti tau ni kuih ni. Kuih tradisi kami, dalam inti kelapa.

Putu Perak

Bahan-bhaan
4cwn tepung beras (sy guna cap teratai)
1cwn tepung pulut
1cwn air
3/4 cwn gula kastor
Acuan putu
Kain kasa/kain cotton dipotong 4segi

Inti:
Kelapa parut muda+Garam secukup rasa

Cara Buat:
Campurkan tpg beras dan tpg pulut. Gaul bagi rata.
Tuang air & ramas hingga nampak seperti ketulan2 yg halus.
Blend kering hingga halus (kalau tak nak blend pun tak pe) dan ayak supaya halus. Campurkan gula ke dalam tepung yg diayak tadi. Gaul hgga betul-betul sebati.
Panaskan air kukusan hgga mendidih.
Ambil acuan putu masuk sedikit dalam acuan. Buat lubang tgh2.
Masuk inti dan tutup pulak dgn tepung,ratakan
Ambil kain kasa tutup atas acuan dan telangkupkan pada periuk kukus.
Kukus selama 3 minit atau hingga masak. Siap!

Nota kaki:
Resepi ni simple, sedap dan menjimatkan masa. Original recipe menggunakan beras yg perlu direndam semalaman & dikisar halus serta dikukus. Kemudian diayak untuk mendapatkan tepung yg halus.

Masak Ke Hari Ni

27 Dec, 02:29


Resepi tomyam kaw padu

*3/4 ulas bawg putih ketuk
"Cilipadi 2 biji
*Serai 2 batg ketuk
*Bwg Holland sebiji ptg 4
*Tomato 2 biji belah 2
*Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar
*Air 2 cawan
*Ayam
sotong /udang
Sayur karot/bunga kobis
Daun limau purut 2/3 helai
Jus limau
Garam gula
Susu segar satu senduk

Cara masak :
Masukkan semua bahan yg * renehkan dalam 10 mnt then masukkan jus limau garam gula sebuk perasa sayur2 biarkan selama 5/6 minit masukkan sotong /udg than last skali susu cair.

Kredit : Adilina Qstina

Masak Ke Hari Ni

25 Dec, 14:10


Cantik tea pot ni.

Meh tengok sini 👇
https://s.shopee.com.my/7KgolsGe3k

Yang lebih Rahmah👇
https://s.shopee.com.my/5VFAaaLBys

Masak Ke Hari Ni

25 Dec, 09:47


Idea Jualan.

Jom cuba. Nmapak menarik dan sedap

Kredit : Sahabatwidya

Masak Ke Hari Ni

25 Dec, 06:59


Sapa kat sini kalau peminat tart nenas tapi Makan tart jee😂angkat tangan.Tak sangka da ada jual sini korang👉 https://s.shopee.com.my/qTKY9uNdb
Dulu berangan bagusnya kalau ada jual tart je xde inti haha.
Sedap sangat Tau tart ni tak rasa kosong.Rasa lelemak,cair di mulut sedappp Dan kurang Manis.Jangan risau packaging memang secure..tart tak pecah.elok je sampi.

Masak Ke Hari Ni

26 Nov, 01:32


Resepi Cheese kut

Masak Ke Hari Ni

25 Nov, 13:51


Kot ada yang teringin nak makan mee siput ni, boleh la carik kat sini.
🖍️https://s.shopee.com.my/BCsMaOKAH

Masak Ke Hari Ni

25 Nov, 09:50


Inilah die mee siput.
Makanan org johor.. Lagi glemer kat Muar!

Kami orang Johor makan macam ni lah..
Kalau nak lagi epic masukkan dalam plastik.
Letak sambal tumis tu.
Lepas tu hancur-hancurkan gaul sebati mee siput dan sambal tumis.
Haa pastu terus ngap dari dalam plastik tu!!

Sedap weii.. Bole gian makan mendaalah ni!
Hihihi.
Sape lagi yang gemorr dengan mee siput ni?

Kredit : Farizan Aualudin

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 23:31


SEMPERIT RED VELVET

Bhn2-
250g butter/ marjerin
4 cawan tepung jagung
2sudu tepung kastard
2sudu pewarna merah
1sudu teh cuka makan
1sudu serbuk koko
1cwn susu pekat
.
Cara2-
Whisk butter / marjerin kacau sebati bersama susu , pewarna merah & cuka makan.
Kemudian masukkan tepung jagung , tepung kastard & serbuk koko..gunakan senduk @ hujung jari semasa membuat adunan..apabila adunan sebati , bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis
Bakar suhu 160°C 20minit..
Ikut oven masing2
.
kredit empunya resepi

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 23:30


Tart pandan nenas.

1 cwn buttercup
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar susu tepung
2 sb susu pekat
3 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastard
2 sb gula icing
Perisa pandan n pandan paste
1 kuning telur
Jem nenas secukupnya
Kuning telur untuk hiasan(saya x letak sbb suka tengok tart saya bersih mcm ni)
Inti nenas saya bli je

CARA-CARA

1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula icing dengan sudip kayu hingga sebati. Tak perlu kembang sangat
2. masukkan telur kuning, kacau lagi masukkan susu tepung .
3. Perlahan masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lembut.
4.Guna lah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur
5. Bakar dgn suhu 150 C atau ikut suhu oven masing-masing hingga masak
Biskut Raya

Kredit empunya resepi

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 23:13


Teracun jugak akhirnyaaa, sampai terbeli acuan bunny ni. Try pos dlm group FB ada org berkenan 🤭 Alhamdulillah, first time dapat order apam bunny harini. Rezeki Allah.

Yg ni saya pakai resepi puteri ayu, cuma tukarkan santan kepada susu cair je dan tambahkan 2 ke 3 sudu makan minyak masak dlm adunan untuk bagi lebih lembut& tak lekat pada acuan .

Resepi
3biji telur*
1cawan gula*
1sk ovalet*

2cawan tepung gandum
1sk serbuk penaik
1cawan susu cair
1sudu besar esen vanila
Pewarna pilihan
Minyak masak 2 ke 3 sudu.
Inti

Acuan bunny - https://s.shopee.com.my/4VLoxCloUC

Mix hingga kembang semua bahan yang bertanda * lebih kurang 5 ke 7minit.
Kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik (diayak) , mix sebati.
Akhir sekali masukkan minyak masak gaulkan pakai senduk pun boleh dan masukkan sekali pewarna kesukaan.

Sapukan minyak masak nipis2 je pada acuan.
Kukus 3 kali ya untuk yg ada inti, mata telinga kaki 3minit. Badan, first layer 5minit.
Second layer masukkan sekali dgn inti 5minit.

Kredit : Nur Leeya

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 05:13


Kali kedua try panggang ikan...😊😊
Biasa perencah bihun goreng ni di guna utk ayam....Kali ni sy nak guna utk ikan la .
.
.
Bahan yg paling senang perencah bihun goreng +minyak sikit + sikit serbuk kunyit (sy suka ikan ada warna kuning² 🤭🤭🤭) & lumur rata pada ikan...

👉 panggang dlm AF 180° 20 minit & balikkan + 5minit
Masa tu bergantung dgn berapa besar ikan

Kredit resepi 📷 nurisaazrisa

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 03:11


Harini buat agar2 orang dulu2 😋
Ada peminat agar2 sirap ni ke.. biasanya kalau time kenduri kendara ada agar2 ni utk pencuci mulut 😁😁

Petua untuk sukatan agar2 sirap ros

10 gm agar2 serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar2 serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar2 serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.

Resepi agar2 sirap ros
10 gram serbuk agar2
1 liter air
Setengah cawan gula pasir
Sebutir gula batu
Satu sudu makan sirap ros
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-Cara:

Masak agar2 bersama air hingga larut , kemudian masukkan gula pasir , gula batu , sirap ros , daun pandan yg disimpul dan garam
Bila semua sudah sebati matikan api , tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yg di sukai ..
Bila sudah sejuk , masukkan ke dalam petiais , keluarkan potong dan sedia utk di hidangkan...
Selamat mencuba 😀

Kredit: Anizam

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 02:34


Homemade Mango Cheese Ice Cream

Bahan-bahan:
Mango
Cheddar cheese block [potong dadu]
Condense milk
All purpose cream/whipping cream

Cara buat :
1. sebahagian potong dadu mangga
2. sebahagian lagi Kisar mangga jadikan seperti puree. Ketepikan dulu.
3. Masukkan krim dan pukul sehingga gebu dan selepas tu masukkan susu pekat dan gaulkan kasi sebati
4. Selepas itu masukkan mangga yang di kisar dan gaul sehingga rata
5. Selepas rata masukkan mangga dan cheese yang dah di potong dadu. Dan gaulkan
6. Lepastu, nak nampakkan cantik, mommies letak lah sedikit mangga dan cheese yang dipotong dadu di atas ice cream tersebut.
7. Selepas itu keraskan di dalam peti ais selama semalaman. Dah siap untuk di makan!

Kredit : Unice Nicole A. Ayuban

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 02:29


Resepi sambal belacan dengan 20ribu perkongsian ada di Page Admin.

https://www.facebook.com/311961065620835/posts/pfbid02hYDEMZB1zHnRr7duXMwmu8zBYCvpBLuHLcP5bxXk9gb6nYfAj8DyGVdyJEsSERBpl/?

Masak Ke Hari Ni

23 Nov, 02:17


Resepi Daging Goreng Berlengas, bertambah nasi bila makan lauk istimewa ni.
.

Resepi Daging Goreng Berlengas

1 kg daging
Bawang putih 5ulas
Bawang merah 5 ulas
2 labu bawang holand
Lada hijau atau merah
Carrot atau kacang panjang
Sos tiram
Sos chili
Kicap manis
Gula Thai 1 sudu
Kicap sotong 2 sudu
Sedikit serbuk perisa

Cara-cara:

Rebus daging hingga empuk dengan sedikit garam dan serbuk perisa. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yg telah di mayang.

Masukkan daging yg telah di rebus bersama sedikit air rebusan.. agak2 sedikit kering masukkan sos2 berkenaan.

Akhir sekali masukkan bawang holand dan lada serta carrot ataupun kacang panjang.

Semoga bermanfaat🫰🏻

Kredit : Rosnani Mohamed

Masak Ke Hari Ni

21 Nov, 23:32


DAGING GORENG CILI API SENANG BAK HANG

Resepi mama sy tak pernah mengecewakan

Bahan :
(A)
1/2 kilo daging potong nipis
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Semua bawang halia di atas tumbuk ye
Kalau malas kau blenderrrr jelaaaa

(B)
Cili api ikot sedap rasa
Kunyit hidup panjang jari kelingking

Ini pun tumbuk tapi asingkan dulu tau!

Satu labu bawang besar dihiris bulat

Cara masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai garing
2. Masukkan daging yg dah di hiris halus
3. Masukkan air sampai tenggelam daging.
4. Topup lagi air sampai daging empuk.
(3x topup air insyaallah empuk dah)
5. Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula.
6. Perasakan dgn garam, gula, sedikit kicap
7. Masukkan bawang hiris bulat
Gaul sebati semua dan siappppp!

Cedok nasik panas makan lerrrrr ape lagi tunggu!

Kredit : Amyra Abas‎

Masak Ke Hari Ni

21 Nov, 09:13


Resepi Lempeng Apam

Petang ni medang dengan lempeng apam cicah smbl tumis.

Bahan-Bahan :
3 cwn tepung gandum
1 peket yis
1/2 sudu kecil garam
3/4 cwn gula
Air
Satukan semua bahan dalam besen.
Gaul sebati. Jangan pekat atau cair. Sedang-sedang je.
Perap 1/2 hingga 1 jam.
Masak atas kuali. Tunggu bahagian sebelah masak baru terbalikan.

Siap!

Makan dengan sambal tumis memang best!😋😋

Selamat mencuba.

Masak Ke Hari Ni

20 Nov, 08:51


As salam .
Petang tadi buat apam bakar versi arwah mek .Alhamdulillah bahan main agak2 jah tak buh banyak bahan sangat tapi teringat arwah mek buh tapai pulut dalam ni .Suami ore Penang pun suko make makanan ore klate hihi.

APAM BAKAR

bahan2

2 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
1 1/2 sudu kecil yis
3-4 sudu besar gula/sedikit gula merah
1 sk lada hitam tumbuk
2 biji bawang merah tumbuk
Sedikit garam
Tapai pulut 1/2 cawan blend
Air secukupnya

cara2

campurkan semua bhn dan perap selama 2-3 jam.
panaskan kuali kecil dan griskan minyak pada kuali,
ambil 2 senduk adunan masukkan ke dlm kuali.
tutup apam dengan tdg periuk dan bakar selama 3-4 min dgn api perlahan..Bila dah nampak apam berlubang- lubang alihkan ke bahagian sebelah.Tutup lagi sehingga nampak kekuningan atau kecoklatan
Angkat dan boleh dihidangkan dengan kelapa muda parut + garam

**Tapai x buh pun x pa. Buh lagi sedap.

Kredit : Mazah Dollah

Masak Ke Hari Ni

20 Nov, 08:41


UDANG GORENG BUTTER

Bahan-bahan:
20 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan butter@planta
20 helai daun kari
4 biji cili Padi
5 biji kuning telur

Cara2nya:-
1. Udang dibersihkan, digaram dan digoreng separuh masak, dituskan minyak dan diketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak dan butter di dalam kuali.
3. Curahkan kuning telur secara halus sedikit2 sambil di kacau tanpa berhenti dengan senduk bulat sehingga nampak berbuih2.
3. Masukkan daun kari, cili padi, gula pasir, garam halus dan Ajinomoto ( jika suka ) dan kacau hingga rata.
4. Akhir sekali baru masukkan udang dan dikacau sebentar.
5. Angkat semua bahan dan tuskan minyaknya di dalam penapis barulah dihidangkan.

Kredit: Fauziah Ali

#masakan
#masakanrumahan

Follow tele MKHIhttps://t.me/MasakKeHariNi

Masak Ke Hari Ni

19 Nov, 23:12


Salam semua.

Sis suka sgt beli apam balik mini inti kacang merah yg biasa jual di pasar malam tu. Tapi tak tau apa nama sebenar kuih ni. Ada yang kata apam jepun.

APAM JEPUN

Bahan A :
2 biji telur gred C
3 sudu bsr gula

Bahan B :
2 cwn tpg gandum
1 cwn air    
1/2 cwn santan 
1 camca teh yis kering
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 sudu bsr marjerin dicairkan
1 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Inti kacg merah (beli je yg dah siap kat Kedai bahan Kek)

Cara Masak :
1. Blender bahan A hingga berbuih & gula sampai hancur. Ketepikan
2. Dalam bekas lain bancuh semua bahan B. Kemudian masukkan bahan A. Kacau sebati
3. Perap dlmm bekas bertutup selama lebih kurang 1 jam (hingga adunan kembang)
3. Panaskan kuali leper, sapu minyak. Sapu Minyak juga pd keliling acuan. Tuangkan adunan 1/2 acuan. Sudukan inti. Kemudian tutup dgn adunan lagi. Tutup kuali.
4. Biar hingga bahagian ats dah mula mengeras boleh la balikkan.
Bila kedua2 bahagian dah berwarna kecoklatan boleh la angkat.

Kredit : RahmahRosmin

Masak Ke Hari Ni

19 Nov, 02:38


Ayam ni rebus dulu baru mix dengan rempah dan sos perapan. Tapi dia macam kering sikit. Kalau terus lumur bahan perapan dan masak dalam air fryer dia berjus tapi satu je cepat sangat hangus bahagian luar tu.

Resepi ramadan

Bahan-bahan :
Ayam sekor potong 4 rebus dengan 1/2 biji bawang holland hiris2
5 ulas bawang putih ketuk sahaja
2 helai daun bay
1 sudu besar lada hitam
1 batang kayu manis
1/2 sudu rempah nasi arab
1 kiub ayam

Cara Masak :
Ayam dah separuh masak keluarkan perap dengan 1 sudu rempah nasi arab, sedikit serbuk cili, garam dan perasa secukupnya, minyak zaitun. Perap sekejap sebelum sambung bakar dalam air fryer.

Air rebusan ayam tadi boleh jadikan sup untuk makan dengan nasi putih atau kalau rajin masak nasi berperisa dengan air rebusan ayam. Saya diet jadi makan sahaja ayam bakar tadi dengan sup.

Kredit : Lia Jane San

Masak Ke Hari Ni

17 Nov, 01:58


Mee Rebus Daging Simple

Resepi ni kita kena pandai adjust rasa tekak sendiri ye. Tak ada sukatan yang tepat. Sebabnya main agak-agak ja.

Step 1

Bahan-bahan :
* 1 peket mee kuning (dicelur air panas untuk hilangkan pahit kapur)
* 1kg daging
* Air rebusan daging
* 3 Sdb Cili kisar
* 2 biji Tomato blend @ (kalau ada Tomato puree guna ja tak perlu blend tomato dah)
* 5 ketul ubi keledek (ubi oren)-(depand pada saiz ubi, kena pandai2 agak)
* 1sdb serbuk kari daging
* 1sdk serbuk kunyit
* 1 kiub ayam (gantikan kiub ikan bilis xdak)
* 4-5 sdb Gula secukup rasa (kalau kurang tambahkan)
* Garam secukup rasa
* Perecah penambah rasa (ect : hilal, maggi secukup rasa atau pak aji)
* 3 sdb tepung gandum @ 2 sdb tepung jagung - (utk pekatkan kuah.
Depend pada masing² kalau suka cair tak payah masukkan tepung. Saya suka pekat. Jadi, saya masukkan sikit tepung.

Bahan Hiasan :
* Limau kasturi
* Telur rebus
* Cili merah/cili hijau
* Daun sup & Daun Bawang
* Bawang goreng
* Taugeh
* Tauhu goreng

Jommm👇

Masak Ke Hari Ni

16 Nov, 01:29


Sambal ikan goreng berapii 🔥

Bahan - bahan :
Ikan goreng
Cili merah + cili padi
Bawang besar
Tomato
Belacan
Gula + garam
Limau kasturi

Cara-Cara :
- Tumbuk isi ikan goreng
- Masuk cili + bawang + belacan + tomato
- Tumbuk sehingga hancur
- Perasakan dengan garam +  gula
- Goreng sehingga garingg
- Gaul gaul dan perah limau.. siapp ~~
- Makan dengan nasikk panass panass depann tv.. layannn 😋

Kredit : Nuraini Hazirah Zulkeflie

Masak Ke Hari Ni

14 Nov, 23:30


Mee Kari Resipi Ibu

Antara tips yang dikongsi seorang wanita ang saya gelarkannya 'ibu' untuk menghasilkan kuah mee kari yang sedap, pekat likat dan melekat pada mee ialah:

1. Jika ada bajet lebih, boleh masukkan udang banyak2 dalam kuah kari.

2. Jika tiada bajet, memadai beli 5-6 ekor udang, rebus dan blend semua bahagian udang termasuk kepala dan kulitnya. (Kupas kulit dan cabut kepala udang, basuh bersih dan rebus bersama isi udang) Isi, kepala dan kulit udang yang direbus dan diblend  akan menjadikan air rebusan udang pekat.
* boleh juga ikut cara ke2 ini sekalipun banyak stok udang. Ini bertujuan untuk menjadikan kuah kari lebih 'manis' dan terasa 'udangnya'.

3. Guna rempah kari Baba's yang bertentangan..cth: untuk kari ayam (sepatutnya guna kari ayam) tapi untuk rasa lebih enak, gunakan kari ikan/udang.

4. Tambahkan gula batu secukup rasa. Tak perlu tambah apa2 gula lain. Gula batu akan menjadikan kuah mee lekat pada mee.

Jommm👇

Masak Ke Hari Ni

14 Nov, 08:43


Resepi Nasi Goreng Jagung

Bahan tumbuk :
Cili api merah + 1 sdb cili kisar (saya guna cili giling adabi)
Bwg putih
Bwg merah

Bahan-bahan Lain :
Udang
Nasi
Telor
Jagung
Kacang buncis
Daun sup
Garam
Perencah nasi goreng kpg seri aji

Cara Masak :
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga keperangan, masukkan garam.
2. Kemudian udang, masukkan telor dikocak² sekejap.
3. Biar sedikit keras masukan jagung, kacang buncis, nasi dan perencah nasi goreng, gaul hingga sebati.
4. Letak sedikit kicap manis & akhir sekali daun sup.
5. Gaul lagi bagu sebati.

Note :
Sebelum masak nasi goreng, letak udang dalam kuali kecutkan sekejap untuk keluarkan air udang.
Bila udang dah kemerahan, terus angkat.
Tujuannya bila masukkan udang dalam bahan tumisan, tiada air udang.

Selamat Mencuba!!

Kredit : Owner

Masak Ke Hari Ni

13 Nov, 09:12


Resepi Burnt Cheesecake
Masak dalam airfryer je ni guys !
Helok sempurna rupa cheese cake nya.

Air frayer 7 9. 8 0👇
📌https://s.shopee.com.my/tD35FR9p

Bahan-bahan :
Cream cheese 250g
Gula halus 1/2 cawan
Telur 3biji
Tepung gandum 2 sudu besar
Whiping cream 125ml

Cara masak :
1. Blender semua bahan hingga lembut.
2. Masukkan dalam loyang 6” dan AF dgn suhu 180°C selama 25 minit.
3. Dah siap, biarkan sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Bila dah sejuk, baru potong.

Selamat mencuba👍👍

Perkongsian : Rizal KingRiz

Masak Ke Hari Ni

12 Nov, 01:51


Bunga durian tumis bawang Puteh, sos tiram dan serbuk kari. Masakan popular di Sarawak

Masak Ke Hari Ni

10 Nov, 22:49


Resepi Kuih Tok Aji Serban atau Pulut Sekaya

Bahan-Bahan:
Telur 5 biji (buang pusat)
4 ketul nise kerek (gula melaka)
Beras pulut secawan
1/2 cawan santan
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
Secawan air
Secubit garam (ikut sedap)

Cara Masak :
1. Beras pulut rendam dulu (sekurang2nya 30 minit).
2. Nisey kerek cairkan dengan secawan air dan daun pandan. Kalau nak wangi lagi nise kerek cair blend sekali daun pandan dan tapis.
3. Beras pulut yang direndam masuk dalam loyang. Masukkan 1/2 cawan santan yang dicampur garam. Santan agak-agak tenggelam pulut. Jangan lebih nnt lembik. Kukus 20 minit atau sampai masak.
4. Lapisan atas (sekaya), telur kacau manja-manja agak-agak sebati sahaja, campur santan pekat dan nisey kerek cair. Kacau sebati. Kacau manja-manja jah.
5. Lapisan pulut sudah hok masak. Tekan-tekan bagi mampat. Masuk adunan telur. Kukus sampai masak. Agak-agak nampak kering permukaan telur.

P/s: Loyang tu boleh gris dengan majerin atau lapik plastik. Senang nok wat tubik nanti.

Kredit :Adh Amna

Masak Ke Hari Ni

09 Nov, 01:18


Beginilah rutin sy hari² dan berikutnya.. Alhamdulillah.. memandang ramai yg bertnya resepi dan caranya sy kongsikan d sini ye..sedikit sebanyak
Untuk resepi kuih kapal terbang/tiram
Versi saya.

Bahan-bahan doh yang diperlukan :
1kg tepung gandum cap ros/teratai/sauh atau lain².
1 biji telur saiz B atau c
1 sudu kecil garam halus
4 sudu besar susu pekat manis
Air sejuk secukupnya untuk dijadikan doh

Untuk sapuan:
Minyak masak secukupnya
Tepung jagung secukupnya** dicampur
(jadikan pes gam sapuan tak terlalu pekat tak terlalu cair)

Jommm👇👇👇

Masak Ke Hari Ni

08 Nov, 10:06


Resepi: Cucur Ikan Bilis Viral

cucur ni bulat-bulat tau. jom buat...rangup diluar lembut didalam.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
Kucai/daun sup
lobak merah
bawang besar (dadu)
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Jommm....

Masak Ke Hari Ni

08 Nov, 03:54


Wahh rupanya Ramly da ada produk air mineral.Jom ramai2 support Ramly.
Korang boleh usha sini👇
https://s.shopee.com.my/1qKeZ52P3U

Masak Ke Hari Ni

05 Nov, 23:44


Buat sambal ni mudah je sebenarnya.
Yang penting tumis lama smpai pecah minyak, betul2 pecah minyak, kalau smbal sotong pun jadi tak berair sebab tumis betul2 kering.
Setakat ni belum lagi sambal sotong saya berair. Dah banyak saya kongsi resepi tp masih ada yang tnya mcm mana tak nak berair. 😅

#sambaludangpetai

Saya share resepi tak nak sambal berair :

Bahan-bahan :
udang (basuh dan keringkan betul2)
-boleh juga digoreng dahulu

sotong (basuh dan keringkan betul2)
- Tips sotong segar, cari yg wrna putih kulitnya, kalau ada kemerah merahan tu tanda sotong dah lama

Jommm...

Masak Ke Hari Ni

05 Nov, 01:55


Resepi Ayam Penyet

Kredit : Suhailasaja

Masak Ke Hari Ni

04 Nov, 12:03


Hari hujan anak2 pon dah ke sekolah mak dah kebuluran di rumah,mak terhasil la maggie sedap pekat melekat buasir😂

RESEPI MAGGIE KARI TUMIS

versi perempuan cantik

Jangan lupe share ya..

Bahan-Bahan :
Maggie 2 bungkus
Bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili padi

Cara Masak :
1. Tumbuk bawang merah+bawang putih+cili padi,gaul sekali dengan rempah maggie
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu2 nenek kata masukn air dalam lesung tu,petua masak sedap katanya, masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak, tunggu sehingga mendidih.
3. Last sekali masukan maggie pecahkan telur tutup api.

p/s:
kalau ada sayur sawi, hot dog boleh la masukan sekali, macam ni cik lin just guna ape yang ada je tak pi pasar lagi.

Kredit : Syazlin Mansor

Masak Ke Hari Ni

03 Nov, 07:56


Semalam g makan malam kat rumah mak mertua.Tertarik bebenor laa hati nengok bekas hidang Koktailnya.Siap ada set cawan dan senduk sekali. ❤️Cawan leh sangkut g tu.

Berminat korang tengok.sini⤵️
https://s.shopee.com.my/6KmwE2C3hE

Masak Ke Hari Ni

01 Nov, 22:47


Kuih Talam Pandan Versi Acuan 💚

TALAM PANDAN

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
8 - 10 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
Secubit garam

Cara buat :
👉Blend daun pandan dgn air. Tapiskan.
👉Tuangkan ke dalam tepung, santan & garam. Kacau rata semuanya.
Tapiskan ke dalam bekas lain.
👉Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu sukatan metrik) adunan pandan kat dalam acuan lompang saiz besar (acuan tu sapu sedikit minyak) dan kukus selama 10 minit.
Api jangan terlalu besar. Sederhana saja.

Jom...👇

Masak Ke Hari Ni

01 Nov, 22:40


Selamat pagi. Kuih Talam pagi ni.

Talam Keledek Oren (loyang 10x10x3)

Lapisan bawah :
200g keledek oren (potong dadu dan kukus hingga masak)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 1/2 cwn tepung gandum
Sedikit garam

Kisar semua bahan kecuali keledek kemudian tapis dan masukkan keledek. Gaul sebati dan tuang ke dlm loyang.
kukus selama 25 minit.

Lapisan atas :
2 cwn santan
1 cwn air
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Sedikit garam
4 titis pewarna oren

Kisar sebati, tapis dan tuang atas lapisan bawah.
Kukus selama 25 minit.

Siap!

Selamat mencuba semua.

Kredit : Niessa Chang

Masak Ke Hari Ni

01 Nov, 11:54


MENU PALING SENANG NAK BUAT DAN MESTI MENJADI MENU KEGEMARAN ANAK-ANAK ANDA

AYAM ALA KENNY ROGERS!
.
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Minyak zaitun
Halia
Perasa Maggi
Sos black pepper
Sos tiram
Lada hitam
Madu
Sedikit air
.
Bahan Potong
Kentang
Bawang Holland
.
CARA MASAK:
1. Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 jam setengah,
2. Kentang dan bawang hollang boleh potong dan letakkan sekali sebelum bakar.
3. Tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.

Siap!

Masak Ke Hari Ni

31 Oct, 23:33


Rutin harian saya setiap Pagi & petang.

KUIH PAU SAMBAL / KUIH BURGER MALAYSIA🤭

Saya sertakan sekali dengan resepi. Semoga bermanfaat😊

BAHAN (A)
*Yis (1 pek)
*gula (3 sdb)
*garam (3 sdk)
*Air suam (500ml)

Cara buat doh :
*Masukkan yis,gula & garam kedalam air suam. (Tunggu sehingga berbuih)

BAHAN B:
*Gandum (1kg)
*marjerin (3 sdb)
*susu pekat (2 sdb)
*Baking Powder (1sdk)
*Pelembut Roti 1(1 sdk)

Cara masak :
*Masukkan kesemua bahan B dan gaul sehingga sebati dan masukkan Bahan A tadi.
Uli sehingga doh tidak melekat d tangan.
Sekiranya lembik boleh tambah tepung.
Sekiranya doh nmpk keras blh tambah air.

PERAP SEHINGGA 1JAM

Setelah doh kembang 2 kali ganda dari bentuk asal.
Uli sekali lagi supaya angin keluar.
Setelah itu, bulatkan doh kecik2 dan perap dahulu selama 15minit (supaya kuih tidak keras)
Kemudian boleh la digoreng dan sejukkan. Belah tengah dan letak la sambal bilis, timun & salad. SIAPPP😄

Maaf kalau ayat terbelit2 yea. 😂

Kredit : Khairiah Yaa

Masak Ke Hari Ni

31 Oct, 13:01


Dulu2 sebelum ada peti ais mak2 kita simpan susu pekat manis rendam dalam mangkuk tutup piring untuk elak semut lipas masuk..Kreatif nya mak2 dulu..🥰

La ni dah canggih dah ada mild container ni..Comel jer bekas ni bertutup kemas letak tin susu dalam tu.. Kat bahagian luar tu nak letak air pun boleh tak letak pun jer...

Tengok kat sini 👉 https://s.shopee.com.my/6pj8NBdxAG
ada pelbagai pilihan warna kualiti nya bagus dan murahh pulak tu..

Pakai ni kalau xnak pakai tin susu senang⤵️
https://s.shopee.com.my/9A739Zoe2g

Masak Ke Hari Ni

30 Oct, 23:10


Chee cheong fun.

Ahmad : ibu masak apa
Ibu : chee cheong fun
Ahmad : nama melayu dia apa.

😅😅

Resepi simple dimple amik dekat citarasawan.
Sedap hoke.

Bahan kuey tiau :
70g tepung beras
10g tepung jagung
230ml air
30ml minyak masak
1sk garam

Kacau semua ni. Pastu ready nak kukus. Macam buat laksam.
Pastu boleh buh udang yang dah slice dengan daun bawang. Ataupun udang kering.
Kukus 2 min je.
Saya kukus gune bekas microwave container 500ml tu je. Senang.
Boleh masuk 4 bekas sekali dalam periuk kukus 36cm. Buat tebal sikit sebab malas🤣.
Nak dapat banyak doublekan resepi. Utk 4-5 org makan syaya buat 5 resepi.
Makan malam bagi kenyang.

Bahan kuah :
100ml air
30ml kicap cair
1sk gula
1sb minyak bijan
(Reneh dalam periuk, api slow)
Pastu bancuh 1sk tepung jagung denga air sikit. Masukkan ke dalam kuah tu nak bagi pekat sikit.

Utk 5 batang, saya buat kuah ni double.

Letak chee cheong fun
Buh kuah
Tabur bijan sangan
Letak prawn chili crisp. Tapi tak ada stock. Buh je bilis crispy.

Kredit : Sara Cooks Bake

Masak Ke Hari Ni

30 Oct, 13:46


Saya kongsi pada sahabat dalam group ni cara nak simpan beras bagi tahan lama. (MAHN)
Supaya beras kita tak jadi bubuk, jadi ulat dan tak ada kutu beras.
Ni gambar beras yang saya simpan dah hampir setahun 12/2024.
Mana la tau jadi darurat kita dah ada stok beras.
Cara dia bawang putih dan botol air.
Masukkan beras berselang seli dengan bawng putih.
Tutup rapat.
Seblum ni saya buat 2 botol.
Satu lagi saya dah makan dan ganti dengan beras yang baru.
Alhamdulillh beras masih elok dan tak hancur.

Kredit : Saudah Yahya

Masak Ke Hari Ni

28 Oct, 03:31


DAGING GORENG CILI API SENANG BAK HANG

Resepi mama sy tak pernah mengecewakan

Bahan-bahan :
(A)
1/2 kilo daging potong nipis
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Semua bawang halia di atas tumbuk ye
Kalau malas kau blenderrrr jelaaaa

(B)
Cili api ikot sedap rasa
Kunyit hidup panjang jari kelingking

Ini pun tumbuk tapi asingkan dulu tau!

Satu labu bawang besar dihiris bulat

Cara masak :
Panaskan minyak dan tumis bahan A sampai garing
Masukkan daging yg dah di hiris halus
Masukkan air sampai tenggelam daging
Topup lagi air sampai daging empuk
(3x topup air insyaallah empuk dah)
Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula
Perasakan dgn garam, gula, sedikit kicap
Masukkan bawang hiris bulat
Gaul sebati semua dan siappppp!
Cedok nasik panas makan lerrrrr ape lagi tunggu!

Kredit : Amyra Abas‎

Masak Ke Hari Ni

27 Oct, 06:05


Bila tekak teringin, yang renyah pun sanggup buat. Demi suami nak makan, makan di kedai ade je yang tak kena tekak nya.

Taaadaaa siap dapat 14 biji.

Resepi roti canai Cara Maksu Dhora

Bahan-bahan :
500 gram tepung gandum
1 sudu teh garam *
1 1/2 sudu makan susu pekat *
1 sudu makan lemak sayur *
1 sudu makan margerin *

Bahan yang bertanda * dicairkan dalam 1 cawan air panas
Bila dah cair tambah air biasa untuk jadikan suam2 kuku.
Bancuh tepung tadi dan masuk sikit2 air tadi ke dalam tepung.
Bancuhan mesti lembut, tapi jangan terlembik.
Uli sampai licin dan tepung tak melekat pada talam / besen.
Buat bulat-bulat, nak lumur dengan magerin boleh nak rendam dalam minyak .

Kredit : Lisa Aisha

Masak Ke Hari Ni

26 Oct, 09:47


RESEPI AISKRIM OREO HOMEMADE SEDAP

* sangat jimat berbanding beli kat kedai tau.

Bahan A:
1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
1 paket oreo

Cara Buat :
1. Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
2. Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
3. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati
4. Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim
5. Masukkan ke dalam freezer sampai beku

Siap!

Selamat mencuba.

Sumber : Owner

Masak Ke Hari Ni

26 Oct, 09:41


Resepi Pisang Goreng Crispy Krup Krap Krup Krap by Wisya Wani.

Tak berminyak. Takmelekat time goreng dan rangup sangat.

Bahan-bahan untuk bancuhan tepung untuk 2 sikat pisang :
1 cawan tepung jagung cap bintang
1 cawan tepung gandum cap bunga raya
1 cawan tepung beras
1 biji telur (mana-mana gred pun ok)
2 sudu besar planta pelangi
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil yis (ta payah bancuh)
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
1 1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk

Cara-cara masak :
1. Campurkan semua bahan sekaligus dan kacau hingga sebati.
2. Biarkan tepung rest sat sambil2 kita potong pisang.
3. Pisang belah 3 tau.
4. Lepastu celup pisang dalam tepung dan goreng menggunakan minyak yang sederhana banyak & panas.🥰

Selamat mencuba.

Kredit : Wisy Madani

Masak Ke Hari Ni

25 Oct, 04:55


Kot lah ada yang bercadang nak buat goodies kenduri kawin letak roti camni.
Mudah dan tak meremehkan. Hanya oder terus dari kilang.
Kilang akan hantar terus ke rumah tanpa cas penghantaran. Untuk roti putih boleh pilih design kotak ikut tema kat sini
👉🏻 https://s.shopee.com.my/5VD1czwXRI

Harga twiggies pula Rm1.76 sepeket ada 2 pcs kek
Kotak twiggies pilih sini 👉🏻 https://s.shopee.com.my/9A6JzmluAH

Roti krim pula beharga 90 ++ sen kalau tak silap. Minima oder 300 pcs.

Kotak roti krim boleh guna yang camni.
👉🏻 https://s.shopee.com.my/6ASiQJ5BCf

Bersambung di komen

Masak Ke Hari Ni

25 Oct, 00:43


Assalamualaikum

Ini dia cucur orang Pakistan punjab (Pakode) yang korag biasa tengkk dalam tv tu. Hehe.
Diperbuat dari tepung kacang kuda dan rasa lain dari cucur biasa. Biasanya akan dimakan dengan yougert original dan chutney pudina. Lepas tu ada teh tarik kaw. Perrhh serious terangkat.
Tapi bagi citarasa orang kat sini termasuk saya, makan dengan sos chili pun best.

#pakistanifood

Respi :👇
Tepung kacang kuda sepeket
Cili merah 5biji hiris halus
Daun bawang dlm seikat ptg kecik
Bawang merah besar 1 biji potong halus
Garam secukup rasa
Baking pwder sudu kecik
Serbuk cili 1 sudu besar
Gaulkn sekali ye.
Jangan terlalu keras. Tengok macam gambar tau.

Selamat mencuba!

Kredit : Mohd AzmeerDaly

Masak Ke Hari Ni

24 Oct, 23:25


Saya kongsi pada sahabat dalam group ni cara nak simpan beras bagi tahan lama. (MAHN)
Supaya beras kita tak jadi bubuk, jadi ulat dan tak ada kutu beras.
Ni gambar beras yang saya simpan dah hampir setahun 12/2024.
Mana la tau jadi darurat kita dah ada stok beras.
Cara dia bawang putih dan botol air.
Masukkan beras berselang seli dengan bawng putih.
Tutup rapat.
Seblum ni saya buat 2 botol.
Satu lagi saya dah makan dan ganti dengan beras yang baru.
Alhamdulillh beras masih elok dan tak hancur.

Kredit : Saudah Yahya

Bekas beras cantik lagi murah boleh cari kat sini. 👇
https://s.shopee.com.my/3L95otmg86

Rm16.80 utk 5kg. Rm24.80 untuk 10kg

Masak Ke Hari Ni

23 Oct, 23:46


BINGKA PANDAN

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 cawan air daun pandan
1 cawan gula
2 sudu besar majerin
Secubit garam
Dua biji telur

Cara masak :
Blend semua bahan2 ni. Kemudian bakar atas api kecil selama 45 minit.

Selamat mencuba👍

Kredit : Puan Radiah

Masak Ke Hari Ni

23 Oct, 23:41


Siap satu menu..Mee Goreng Campak2 ...
Tgk je erk...jeling tak pe..jgn sua pinggan plk erk...😝😝😝

RESEPI MEE GORENG

Bahan-bahan :
1bungkus Mee kuning
1mangkuk kecil cili kisar (1/2 cwn)
2biji telur
Cili sos cap mudim
Sos caramel
Kicap manis enaq
Sos tiram
Bawang putih dan merah
Cili padi diketuk
Sedikit garam
Tauhu goreng
Ayam,udang, @ apa jenis seafood
Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi

Cara masak :
Mee kuning celur dulu dgn air panas.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih yg ditumbuk.
Masak sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak..baru masukkan ayam,udang, lepas tu tuang kicap, sos cili, sos tiram, sos karamel. Kacau2 jap, tambah air sikit, masukkan sedikit garam.
Masukkan mee kuning, masukkan semua jenis sayur yg ada, pecah kan telur 2 biji.
Gaul semuanya sampai masak, nak tambah kicap pun boleh. Tak suka ltk kicap pun boleh je.

Kredit : Tengku Roselyza

Masak Ke Hari Ni

23 Oct, 13:24


Gerobok Alaf Baru😍
Senang nak simpan makanan nak masak.Xplu pakai tudung Saji da.Jimat Ruang Dan Selamat Dari serangga.Design modern Cantik,Sangat boleh muat banyak juadah.

Nak orderr teros kat kedaii ni yeee⤵️
https://s.shopee.com.my/1qKFgSxjrj

Masak Ke Hari Ni

22 Oct, 23:22


Kalau buat kuih cara berlauk mesti nk kene buat cara manis juga. Kuih cara berlauk utk kami suami isteri, ank2 nak cara manis,  buat adunan yang sama je.
Cara berlauk saya lebih suka buat sendiri sebab boleh letak inti banyak. 😋😋😋

Resepi cara berlauk :

1. Bahan-bahan inti daging :
• 100gm daging cincang ( sy pkai dgg kisar ramly)
• 1/2 biji bawang holland dipotong dadu
• 3 ulas bawang putih dipotong dadu
• 1 sb rempah kari daging dibancuh dengan 3 sb air panas
• daun sup
• gula dan garam secukupnya

Cara-cara :
• Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
• Bila dah pecah minyak masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
• Masak sehingga daging kering.

Jom..👇

Masak Ke Hari Ni

22 Oct, 11:28


Murahnya 3pack rm 49.72sen jee

Beli sini ⤵️
https://my.shp.ee/3cY9pJf

Masak Ke Hari Ni

21 Oct, 06:13


Kek Coklat Moist

Bahan A:
1 cwn serbuk koko (guna yg dark lg sdp)
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kacau sehingga tak berketul.

Bahan B:
1 1/4 cwn tepung gandum
1sk soda
1sk baking
*ayak bahan di atas.

3 biji telur gred A
1sk esen vanila

Cara-cara:
1. Masukkan telur sebiji2 ke dalam bahan A. Setiap kali masukkan telur mix 1 minit.
2. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan mix sebati.
4. Sapu minyak pada loyang size 8. Memang saje guna loyang besar nak bagi kek nipis. Lapik dengan baking paper tuangkan adunan.
5. Kukus 50 minit atau hingga masak. Guna api sederhana ye.

Untuk toping pulak, Ira tak ada sukatan main agak-agak je.
Kek choc ni kalau pahit-pahit sikit baru ada umphhh.

Topping:
Serbuk koko
Susu cair
Susu pekat
Shortening @ minyak sayuran
*masak atas api perlahan. Tunggu kek dah sejuk baru tuang atas kek.

Kredit: Nurul Syafirah

Masak Ke Hari Ni

20 Oct, 12:28


Cepat sikit siap kalau nak buat kuih cara manis, cara berlauk, cup cake, nona manis, bahulu, tepung pelita guna corong ni.

Boleh cuba Sini...👇
https://s.shopee.com.my/702Da0JP1s

Masak Ke Hari Ni

20 Oct, 06:49


Orang dok viral. Maka kita pun cuba le buat. Beli sebotol sunlight. Ada 2 botol kosong utk 2 tmpt cuci pinggan.

1.Tuang 1/4 sunlight dalam botol kosong.

2.Bancuh 3sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.

3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan Tuang air garam tu dlm botol tadi hingga 3/4 botol.

4.Kocak kocak.. Siap.

Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pinggan pun bersinar. Jimat kome.. Selalu 1botol sunlight ori tu seminggu aje.. Cuba la..

Kredit: rufina

Pencuci pinggan viral https://s.shopee.com.my/3q5EqPc58j

Masak Ke Hari Ni

20 Oct, 03:26


Resepi Kuah Oden

Sedap kalah family mart.😅

Bahan-bahan :
2 paket perencah tomyam adabi
2 paket perencah sup siam adabi
1 paket perencah asam pedas adabi
2 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 1 sudu

Cara buat :
Masuk semua perencah biar mendididih dan boleh masuk kan semua bahan-bahan steamboat.
Tadaa...siap!
Boleh ngappp panas-panas. Masam-masam manis pedas uilahhh nyaman bukkk.

Kalau ada sayur boleh letak sayur contoh sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan lain-lain.
Ni tak ada sayur. Tak sempat beli🤧

Try buat taw, dah buat mention i okeyh keh3..🤭

Kredit : Cik Puan Akma

Masak Ke Hari Ni

19 Oct, 12:26


Da sebulan sebulan ambik celtik salt ni minum secubit ngan air kosong sebab sembelit.Memang hari2 membuang tak sembelit,apa best rasa rambut tak gugur,payah nak sakit kepala migrain atau demam.Masalah gastric Dan Gerd pun makin ok.Nak try beli sini recommend 👇
https://s.shopee.com.my/3VSMXhRB03

Masak Ke Hari Ni

19 Oct, 04:02


RESEPI KUIH LAPIS LABU KUNING

Bahan A:
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan,simpul

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan

Bahan C:
1/2 cwn santan pekat

Bahan D:
1 cawan labu rebus dan haluskan

Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan, ketepikan dulu.
Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A.
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di masukkan santan dan satu bahagian lagi masukkan labu.

Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang.
Masukkan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.
Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20-25 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba and happy cooking!

Nota:
Kurangkan sukatan gula kepada 1 cawan, jika tak suka manis.

Masak Ke Hari Ni

19 Oct, 01:37


Kenapa baru Tau wujud rak macam ni.🥲
Berbaloi Sangat pakai rak.macam ni nak masak senang ambik setempat je..barang2 masak pun takde la terabur.Paling best tak berhabuk siap bertutup .Rak ni material berkualiti tebal Dan kukuh.
Boleh di buat hadiah kepada Ibu/isteri/Buat hadiah kepada pengantin pun ok sangat.

Cari sini ye rak virell ni 👉 https://s.shopee.com.my/701pHMTLtn