ASSALAMUALAIKUM WBT. SELAMAT PAGI YANG INDAH BERCAHAYA ๐๐ป
Adakah hati kita juga indah ?
Bila melihat si kaya, hati kita bukan berkata bahawa dia pengejar atau pencinta dunia, tapi begitu banyak tangga susah, usaha dan cabaran yang telah berjaya ditempuhi. Bahkan boleh jadi dunia telah tawar dihatinya, dan dia sedang membina jambatan kukuh ke syurga melalui jalan zakat dan sedeqah. Lalu berdoalah dihati, moga kita juga boleh sepertinya.
Bila melihat si miskin, hati kita bukan berkata bahawa dia pemalas atau selesa meminta, mungkin dia telah berusaha namun tetap diuji Allah dengan kemiskinan. Maka dia telah mendaki begitu banyak tangga sabar dan redha terhadap usaha yang belum berhasil dan doa yang belum dimaqbulkan. Dia juga laluan kita untuk mendapat pahala zakat dan sedeqah. Kita tak mencemuh apabila dia mendekati, mudahan boleh berpimpin tangan samaยฒ ke Syurga.
Lalu berdoalah dihati, moga kita juga kuat jika diuji sepertinya. ๐น๐น๐น
Begitulah seharusnya hati kita, walau ada banyak sebab untuk melihat keburukan, tetap teguhlah memilih yang baik dan indah. Untung rugi hidup bergantung pada baik buruk hati.
Kita sedikitpun tidak mampu untuk menilai hakikat hati manusia dan apa yang terkandung didalamnya.
Hisablah hati sendiri,
Bertanyalah dalam sepi,
Adakah sebenarnya hati aku yang iri,
Yang baik dilihat keji,
Yang Ikhlas dikata membangga diri,
Yang memberi dikata suka dipuji,
Yang masyhur dikata cinta duniawi,
Yang kaya dikata tak ingat mati,
Yang berkuasa dikata penting diri,
Kenapa ya ?
Bila melihat dan menghukum manusia,
Begitu begini dalil yang keluar,
Namun bila merujuk diri sendiri,
Begitu begini hujjah mempertahankan.
Dimanakah iman,
Bahawa percaya adanya hari pengadilan?
Kita dan mereka bakal diadili. Yakinlah, Allah SWT Maha adil, Maha Tahu, Maha Memberi Ganjaran dan Balasan.
Jagalah hati sendiri,
InsyaAllah lebih mudah saat hidup dan mati,
Berhentilah merugikan diri,
Sibuk berkata itu ini,
Tentang perkara yang tidak pasti !
Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat