GOV.BN Official @govbnofficial Channel on Telegram

GOV.BN Official

@govbnofficial


Your first stop for the latest official information, announcements and news on the Government of Brunei Darussalam.

GOV.BN Official (English)

Welcome to GOV.BN Official, your one-stop destination for all the latest official information, announcements, and news on the Government of Brunei Darussalam. Whether you're a resident of Brunei or simply interested in staying updated on the country's governance, this Telegram channel is the perfect resource for you

Who is GOV.BN Official? This channel is managed by the official government authorities of Brunei Darussalam, ensuring that you receive accurate and reliable information directly from the source. From policy updates to public service announcements, you can trust that the content shared on this channel is authentic and up-to-date

What is GOV.BN Official? GOV.BN Official is a platform that aims to keep the public informed about the latest developments in the Government of Brunei Darussalam. Whether it's news about upcoming legislation, public health initiatives, or community projects, this channel covers a wide range of topics that are relevant to the citizens of Brunei

By joining GOV.BN Official on Telegram, you'll have access to real-time updates on government policies, official announcements, and important news that directly impact the people of Brunei. Stay informed, stay connected, and stay engaged with the latest from the Government of Brunei Darussalam by following GOV.BN Official today.

GOV.BN Official

14 Feb, 05:14


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 15 Sya'ban 1446 bersamaan 14 Februari 2025

GOV.BN Official

10 Feb, 06:36


JASTRe Survey on Food Waste

This survey aims to gather insights into public perception, awareness, and practices related to food waste in Brunei Darussalam. The survey also aims to analyse the data information upon the amount of food waste generated among the public. This survey will only take less than 5 minutes to complete. Your response is highly appreciated.

Please click the link below to answer the survey:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe11pPBhjzoPXN2lr3ewNnFuEVzHRo93STrRiWlZhTFe_moVg/viewform?usp=header

GOV.BN Official

10 Feb, 06:36


Kaji Selidik JASTRe Mengenai Sisa Makanan

Tujuan kaji selidik ini dijalankan ialah untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan orang ramai mengenai sisa makanan di Negara Brunei Darussalam dan menganalisis jumlah sisa buangan makanan di kalangan orang awam. Kaji selidik ini hanya mengambil masa lebih kurang dari 5 minit untuk menjawab. Maklum balas biskita adalah sangat penting dan dihargai.

Sila klik pautan di bawah untuk menjawab: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe11pPBhjzoPXN2lr3ewNnFuEVzHRo93STrRiWlZhTFe_moVg/viewform?usp=header

GOV.BN Official

08 Feb, 07:06


Kaji Selidik Taman Rekreasi Pandan

-

Pandan Recreational Park Survey

GOV.BN Official

08 Feb, 02:53


Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai acara Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke-172 bersempena Hari Kanser Sedunia 2025 yang akan diadakan pada 10 Syaaban 1446 bersamaan 08 Februari 2025, hari Sabtu (malam Ahad) melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan http://tiny.cc/munajatkheu

GOV.BN Official

07 Feb, 05:18


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 08 Sya'ban 1446 bersamaan 07 Februari 2025

GOV.BN Official

05 Feb, 07:52


Penutupan Sementara Separuh Jalan di Jambatan Sungai Gadong

GOV.BN Official

05 Feb, 07:34


The Tourism Development Department under the Ministry of Primary Resources and Tourism warmly invites the public to share their valuable insights on domestic tourism in Brunei Darussalam by completing a brief survey. Your feedback is essential as the department strives to enhance the tourism experience within the nation.

The survey can be conveniently accessed by scanning the QR code provided or clicking on the following link https://forms.gle/GFA2FLF4EMiw8skb6.

Participation will take only a few minutes of the respondent's time, and the department assures the public that all information collected will be treated with the utmost confidentiality and used solely for internal reference.

GOV.BN Official

05 Feb, 07:33


Jabatan Kemajuan Pelancongan sukacita menjemput orang ramai untuk berkongsi pengalaman semasa melancong di negara sendiri dengan melengkapkan kaji selidik ringkas.

Maklum balas awda amat penting bagi jabatan ini dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman pelancongan di dalam negara dan untuk mengumpulkan data mengenai trend perbelanjaan.

Tinjauan ini boleh diakses dengan mudah dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau dengan mengklik pada pautan berikut: https://forms.gle/GFA2FLF4EMiw8skb6

Penyertaan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, jabatan ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua maklumat yang dikumpulkan adalah rahsia dan hanya digunakan untuk rujukan dalaman jabatan kami.

GOV.BN Official

03 Feb, 07:58


Bina Brunei 2025 Talk Series

Kementerian Pembangunan, melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), dengan sukacita menjemput dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai serta pihak berkepentingan industri pembinaan ke Bina Brunei 2025 Talk Series seperti berikut:

Tarikh: 3 – 12 Februari 2025
Tempat: Dewan Indera Pahlawan, Bangunan ABCi, Jalan Pembangunan, Berakas
Jam: 8:30 pagi – 11:00 pagi

Talk Series ini menampilkan pelbagai aktiviti, termasuk sesi pemberigaan daripada pihak berkaitan dalam industri pembinaan, klinik kemajuan, serta penyertaan booth daripada Syarikat-Syarikat Pembinaan / Kemajuan.

Jadual taklimat terkini boleh dirujuk melalui pautan bit.ly/BB25TSchedule dan sebarang maklumat lanjut mengenainya melalui Instagram rasmi @binabrunei.

GOV.BN Official

03 Feb, 03:52


Apakah yang perlu awda lakukan di rumah semasa musim banjir?

GOV.BN Official

31 Jan, 05:22


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 01 Sya'ban 1446 bersamaan 31 Januari 2025

GOV.BN Official

28 Jan, 13:01


β›ˆ Weather conditions are still forecasted to be active until Friday (31/01/2025). Occasional heavy and thundery showers are expected, affecting inland areas in the afternoon and potentially spread across coastal and sea areas at night and in the early morning.

πŸ’¨ Wind gust of up to 50 km/h in or near showers.

🌊 Over Brunei waters, sea state is generally at moderate to rough state, between 1.0 to 3.0 meters.

⚠️ Members of the public are advised to take precautionary actions with respect to the forecasted active weather condition and the moderate sea state.

GOV.BN Official

28 Jan, 13:01


β›ˆ Keadaan cuaca masih diramalkan aktif sehingga Jumaat (31/01/2025). Hujan kadang-kala lebat dan berpetir dijangka berlaku sekali-sekala, menjejaskan kawasan pedalaman pada waktu petang dan berpotensi merebak ke kawasan pesisiran dan perairan pada waktu malam dan awal pagi.

πŸ’¨ Kelajuan angin sehingga 50 kmsj semasa atau dekat hujan.

🌊 Keadaan laut pada amnya berombak di paras sederhana ke bergelora, antara 1.0 sehingga 3.0 meter.

⚠️ Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif dan keadaan laut bergelora yang diramalkan berlaku.

GOV.BN Official

28 Jan, 13:00


Kemaskini keadaan cuaca bagi Negara Brunei Darussalam

-

Weather situation update for Brunei Darussalam

GOV.BN Official

26 Jan, 10:26


Pelanjutan waktu operasi Pos-Pos Kawalan Imigresen pada 26 Januari 2025 sehingga 2 Februari 2025

GOV.BN Official

25 Jan, 09:43


MAKLUMAN – Penutupan Kaunter-Kaunter Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Elektrik Sempena Sambutan Isra' & Mi'raj dan Tahun Baru Cina

Berikutan dengan Sambutan Isra' & Mi'raj dan Tahun Baru Cina, Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) ingin memaklumkan orang ramai bahawa Kaunter-Kaunter Perkhidmatan JPE pada hari Isnin, 27hb Januari dan Rabu, 29hb Januari.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berkeinginan untuk membeli Token Meter Prabayar bolehlah membeli Powerkad di tempat-tempat yang berdaftar, Perbankan Secara Dalam Talian (Online Banking) atau melalui mesin-mesin CDM di cawangan Ibu Pejabat JPE dan Seria.

GOV.BN Official

24 Jan, 05:23


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 24 Rejab 1446 bersamaan 24 Januari 2025

GOV.BN Official

17 Jan, 05:29


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 17 Rejab 1446 bersamaan 17 Januari 2025

GOV.BN Official

11 Jan, 02:16


Sertailah beramai-ramai Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke-168 yang akan diadakan pada 12 Rejab 1446 bersamaan 11 Januari 2025 hari Sabtu (malam Ahad) melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan http://tiny.cc/munajatkheu

GOV.BN Official

10 Jan, 05:13


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 10 Rejab 1446 bersamaan 10 Januari 2025

GOV.BN Official

09 Jan, 00:58


Situasi jangkitan penyakit influenza-like illness (ILI) dan Human Metapneumovirus (hMPV) di Negara Brunei Darussalam

-

Current situation on the influenza-like illness (ILI) and Human Metapneumovirus (hMPV) in Brunei Darussalam

GOV.BN Official

06 Jan, 06:33


Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Pelancongan akan mengadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, bersempena Kempen Hari Bertindak (Day of Actions).

Kempen derma darah berkenaan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: Hari Isnin, 13 Januari 2025 / 13 Rejab 1446
⏰ Jam: 9.00 - 11.30 pagi & 1.00 - 3.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Datanglah beramai-ramai kitani menderma darah. Ianya terbuka kepada warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan orang awam dalam sama-sama membantu menyelamatkan nyawa. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Instagram @info.bruneitourism @dayofaction.brunei @bloodbank_ripas.

GOV.BN Official

04 Jan, 03:38


Kalendar Tahun 2025 terbitan Jabatan Penerangan akan diedarkan secara walk-in mulai:

Isnin, 6 Rejab 1446H bersamaan 6 Januari 2025M hingga Khamis, 9 Rejab 1446H bersamaan 9 Januari 2025M, jam 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Lokasi-lokasi pengedaran:

β€’ Ibu Pejabat Jabatan Penerangan, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, Daerah Brunei dan Muara.

β€’ Cawangan Penerangan Daerah Belait, Jalan Lorong Bolkiah, Seria, Daerah Belait.

β€’ Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bangunan Jabatan-jabatan Kerajaan, Daerah Tutong.

β€’ Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bangunan Jabatan-jabatan Kerajaan, Bangar, Daerah Temburong.

Jumlah Kalendar adalah TERHAD. Pengedaran dibuat sehingga kalendar habis.

GOV.BN Official

03 Jan, 05:13


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 03 Rejab 1446 bersamaan 03 Januari 2025

GOV.BN Official

02 Jan, 09:27


Dear valued guests,

To continually improve services and facilities at Brunei International Airport, we welcome your feedback and suggestions through β€˜Ikhlas’, our online feedback platform.

Please scan the QR code and let us know how we can make your experience with us even better. Your feedback truly matters!

---

Para tetamu yang dihormati,

Untuk penambahbaikan berterusan perkhidmatan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kami mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda melalui 'Ikhlas', platform maklum balas dalam talian kami.

Sila imbas kod QR dan beritahu kami bagaimana kami dapat menjadikan pengalaman anda bersama kami lebih baik. Maklum balas daripada awda amatlah dihargai!

GOV.BN Official

31 Dec, 02:34


MAKLUMAN - Penutupan kaunter Pembayaran Sempena Awal Tahun Masihi

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) ingin memaklumkan orang ramai mengenai dengan penutupan kaunter-kaunter pembayaran JPE di
keempat-empat Daerah sempena Awal Tahun Masihi pada hari Rabu, 1 Januari 2025.

Para pelanggan yang ingin membeli Token Meter Prabayar di luar waktu beroperasi bolehlah membeli Powerkad di tempat-tempat yang berdaftar, Online Banking atau melalui mesin-mesin CDM di cawangan lbu Pejabat JPE dan Seria. JPE memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku olehnya.

GOV.BN Official

27 Dec, 05:44


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 25 Jamadilakhir 1446 bersamaan 27 Disember 2024

GOV.BN Official

23 Dec, 09:07


MAKLUMAN - Penutupan kaunter Pembayaran Sempena Hari Krismas

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) ingin memaklumkan orang ramai mengenai dengan penutupan kaunter-kaunter pembayaran JPE di keempat-empat Daerah sempena Hari Krismas pada hari Rabu, 25 Disember 2024.

Para pelanggan yang ingin membeli Token Meter Prabayar di luar waktu beroperasi bolehlah membeli Powerkad di tempat-tempat yang berdaftar, Online Banking atau melalui mesin-mesin CDM di cawangan Ibu Pejabat JPE dan Seria. JPE memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku olehnya.

GOV.BN Official

20 Dec, 06:07


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 18 Jamadilakhir 1446 bersamaan 20 Disember 2024

GOV.BN Official

14 Dec, 09:12


SIARAN AKHBAR - Pengemaskinian Waktu Beroperasi Bagi Pusat Bantuan TID Rollover (TID Rollover Support Center)

Sukacita JPE ingin memaklumkan orang ramai mengenai dengan Pengemaskinian Waktu Beroperasi bagi Pusat Bantuan TID Rollover (TID Rollover Support Center). Bermula Isnin, 16 Disember 2024, Pusat Bantuan TID Rollover akan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan disambung pada jam 1.30 petang hingga 4 petang (Isnin - Khamis dan Sabtu).

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai meter di luar waktu beroperasi Talian TID bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

GOV.BN Official

13 Dec, 05:21


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 11 Jamadilakhir 1446 bersamaan 13 Disember 2024

GOV.BN Official

12 Dec, 01:15


Orang ramai dialu-alukan ikut serta Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke-164 bersempena memperingati Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2024 yang akan diadakan pada 13 Jamadilakhir 1446 bersamaan 14 Disember 2024, hari Sabtu (malam Ahad) melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan http://tiny.cc/munajatkheu

GOV.BN Official

12 Dec, 00:04


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC); Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU), UnikLearn, Bijak, The Impian Project, La Vida, dan Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD) akan menganjurkan Pesta Ria Inklusif (Inclusive Funfest) sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2024 (HAOKU) yang akan diadakan pada:

β€’ Tarikh: Hari Ahad, 13 Jamadilakhir 1446 bersamaan 15 Disember 2025
β€’ Jam: 6.00 pagi
β€’ Tempat: Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan

Orang ramai, terutamanya OKU, adalah dialu-alukan untuk menyertai Pesta Ria, khususnya β€˜Fun Walk’.

Datanglah beramai-ramai, jumpa awda di sana!

GOV.BN Official

07 Dec, 12:01


SIARAN AKHBAR - Perubahan Waktu Beroperasi Bagi Pusat Bantuan TID Rollover (TID Rollover Support Center)

Sukacita JPE ingin memaklumkan mengenai dengan perubahan waktu beroperasi bagi Pusat Bantuan TID Rollover (TID Rollover Support Center) yangmana sebelum ini telah beroperasi selama 24 jam akan diubah waktu beroperasi bagi Talian TID dari Jam 8 Pagi sehingga 10 Malam bermula dari 7 Disember 2024 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai meter di luar waktu beroperasi bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

GOV.BN Official

06 Dec, 07:02


Sertailah beramai-ramai Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke-163 yang akan diadakan pada 06 Jamadilakhir 1446 bersamaan 07 Disember 2024, hari Sabtu (malam Ahad) melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan http://tiny.cc/munajatkheu

GOV.BN Official

06 Dec, 05:18


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 04 Jamadilakhir 1446 bersamaan 06 Disember 2024

GOV.BN Official

03 Dec, 01:38


Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya 2024

β€œMemperkasa Kepimpinan Orang Kelainan Upaya untuk Masa Depan yang Inklusif dan Mampan"

---

International Day of Persons with Disabilities 2024

β€œAmplifying the leadership of persons with disabilities for an inclusive and sustainable future”

GOV.BN Official

02 Dec, 09:43


Baki Kredit Meter Lama Belum Masuk Ke Meter Baru?

Sukacita Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) ingin memaklumkan orang ramai bahawa proses Pemindahan Baki Kredit ini akan mengambil masa selewat-lewatnya 30 hari bermula dari tarikh pengaktifan Meter Pintar USMS tersebut. Tempoh masa ini mengambil kira penukaran meter oleh Syarikat USMS Sdn Bhd yang telah meningkat pada masa ini. Tempoh masa ini juga akan dikemas kini mengikut keperluan dan perkembangan semasa.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi talian WhatsApp +6737188039 atau juga boleh mengunjungi kaunter Bahagian Kewangan, Tingkat 4 di Ibu Pejabat JPE semasa waktu bekerja.

GOV.BN Official

30 Nov, 08:33


MAKLUMAN - Pemindahan Baki Kredit Dari Meter Lama Ke Meter Pintar USMS (Legacy Credit Transfer)

Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan Pemindahan Baki Kredit Dari Meter Lama Ke Meter Pintar USMS (Legacy Credit Transfer) berhubung dengan Program Penggantian Mandatori Kepada Meter Pintar USMS.

Untuk makluman orang ramai. adapun proses Pemindahan Baki Kredit ini akan mengambil masa selewat-lewatnya 30 hari bermula dari tarikh pengaktifan Meter Pintar USMS tersebut. Tempoh masa ini mengambil kira penukaran meter oleh Syarikat USMS Sdn Bhd yang telah meningkat pada masa ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi talian WhatsApp +6737188039 atau juga boleh mengunjungi kaunter Bahagian Kewangan, Tingkat 4 di Ibu Pejabat JPE semasa waktu bekerja.

GOV.BN Official

30 Nov, 04:26


Pertandingan Mencipta Logo
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke- 41, Tahun 2025


Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke- 41, Tahun 2025

Tarikh tutup: 24 Disember 2024

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan:
https://tinyurl.com/p-logo-hk41

GOV.BN Official

30 Nov, 03:50


Sukacita menjemput Tuan/Puan dan keluarga untuk sama-sama hadir dan memeriahkan lagi acara Retro Rewind: Santai Keluarga Harmoni Sempena Hari Keluarga Kebangsaan Bagi Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan (KKBS), disokong oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Insyaa Allah akan diadakan pada:

β€’ Tarikh: 29 November 2024 (Jumaat) sehingga 1 Disember 2024 (Ahad)
β€’ Jam: 4.00 petang hingga malam
β€’ Tempat: Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti jualan makanan & minuman, Movie Night dan aktiviti-aktiviti menarik lainnya. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi beramai-ramai bersama keluarga biskita. Jumpa biskita di sana!

GOV.BN Official

29 Nov, 05:45


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 27 Jamadilawal 1446 bersamaan 29 November 2024

GOV.BN Official

28 Nov, 07:08


FASA KEDUA TID ROLLOVER - Prepaid Meter Reset

Ingin tahu tatacara melakukan Prepaid Meter Reset? Muat turun video ini bagi mengetahui tatacara lanjut melakukan Prepaid Meter Reset.

Dalam Fasa Kedua TID Rollover - Prepaid Meter Reset ini akan memfokuskan terhadap meter-meter yang tidak terjejas akibat dari TID Rollover.

Sehubungan dengan itu, para pelanggan yang menggunakan meter-meter prabayar elektrik seperti ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR dan STAR (STS UPGRADED) dimestikan untuk melakukan "Prepaid Meter Reset" bagi memastikan meter-meter tersebut dapat menerima token tambah nilai selepas 24 November 2024.

GOV.BN Official

27 Nov, 09:31


Declaration of restricted air space

-

Pengisytiharan kawasan ruang udara terhad

GOV.BN Official

27 Nov, 07:50


Sehubungan dengan TID Rollover yang berlaku pada 24 November 2024, sukacita Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Meja Bantu (Helpdesk) JPE & USMS akan beroperasi pada waktu yang dinyatakan di atas.

Para pelanggan yang mempunyai sebarang persoalan mengenai dengan Prepaid Meter Reset, ingin memperolehi Kod Reset atau ingin melakukan penjadualan penukaran meter ke Meter Pintar USMS bolehlah mengunjungi Meja Bantu (Helpdesk) kami di cawangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) seluruh Negara.

GOV.BN Official

25 Nov, 03:29


HELP US IMPROVE PUBLIC TOILETS!

Jawatankuasa Kebersihan Tandas Kerajaan dan Swasta (JKTKS) would like to invite the public to fill out our survey on public toilets in Brunei Darussalam. This survey aims to gather feedbacks from the public to help us to understand the current state of our public toilets facilities and identify areas for improvement.

By participating in this survey, you can:
- Influence future decisions on public toilet maintenance and upgrades.
- Help us identify locations where new public toilets are needed.
- Ensure that public restrooms meet the needs and expectations of our community.

This survey is open to public from 25th November 2024 until 25th December 2024 and accessible via the QR code or https://forms.gle/QANuv8NnRKdjrcJ89. All information provided in the survey will be treated as confidential and to be used only for the purpose of the survey.

For any inquiries, public may reach out to us via email at [email protected]

GOV.BN Official

24 Nov, 23:57


Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan siaran langsung Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah bermula pada hari Isnin, 23 Jamadiawal 1446 bersamaan 25 November 2024 hingga pada hari Sabtu, 28 Jamadilawal 1446 bersamaan 30 November 2024 jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui:

β€’ Microsoft Teams: https://tinyurl.com/MUSABAQAHSARINGAN1446H

β€’ Facebook: https://tinyurl.com/FACEBOOKMUSABAQAHSARINGAN1446H

GOV.BN Official

23 Nov, 16:06


TID Rollover Berlaku Sekarang

Sukacita Jabatan Perkhidmatan Elektrik(JPE) ingin memaklumkan orang ramai bahawa TID Rollover sedang berlaku SEKARANG. Meter prabayar seperti STAR, INHE & PLESSEY tidak akan dapat menerima token tambah nilai (Top Up) dan perlu ditukar kepada meter USMS. Manakala, meter prabayar jenama ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR & STAR (STS Upgraded) perlu melakukan Prepaid Meter Reset bagi memastikan meter tersebut dapat menerima token tambah nilai (Top Up).

Hubungi Talian TID & USMS 24 Jam bagi sebarang permasalahan yang berhubung kait dengan meter biskita.

GOV.BN Official

23 Nov, 07:43


TID Rollover Akan Berlaku Pada Hari Ahad, 24 November 2024

Meter biskita belum bertukar ke Meter Pintar USMS?
(bagi meter berjenama STAR, INHE & PLESSEY)

Biskita belum melakukan Prepaid Meter Reset? (bagi meter berjenama ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR & STAR (STS Upgraded)

Lakukan Nilai Tambah (Top Up) bagi memastikan baki kredit biskita mencukupi untuk kelangsungan bekalan tenaga elektrik.

GOV.BN Official

23 Nov, 07:19


Bagi memastikan bekalan elektrik tidak terjejas akibat TID Rollover yang akan berlaku pada 24 November 2024, Jabatan Perkhidmatan Elektrik sukacita ingin memaklumkan bahawa cawangan-cawangan JPE di seluruh Negara akan dibukakan pada hari dan waktu yang dinyatakan di atas untuk membolehkan orang ramai mengunjungi Meja Bantu (Helpdesk) JPE dan Syarikat USMS Sdn Bhd bagi melakukan Prepaid Meter Reset, memperolehi Kod Reset atau melakukan penjadualan bagi penukaran ke Meter Pintar USMS.

Kakitangan JPE dan Syarikat USMS Sdn Bhd akan sentiasa bersedia untuk membantu.

Meja Bantu (Helpdesk) USMS Sdn Bhd akan berada di Cawangan Ibu Pejabat JPE, JPE Tutong dan JPE Kuala Belait sahaja.

GOV.BN Official

23 Nov, 02:58


Program Masjidku Makmur, Negara Berkat Sempena Program Bisai Tah Berjemaah akan diadakan pada hari Ahad, 22 Jamadilawal 1446 bersamaan 24 November 2024 di Masjid Omar β€˜Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Hadirlah beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang fardhu Subuh berjemaah dan seterusnya mengikuti Tazkirah Subuh.

GOV.BN Official

22 Nov, 05:18


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 20 Jamadilawal 1446 bersamaan 22 November 2024

GOV.BN Official

20 Nov, 02:10


Adakah biskita sudah melakukan Prepaid Meter Reset?
Kurang pasti meter biskita telah berjaya direset?

Bagi pelanggan yang menggunakan meter berjenama ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR dan STAR (STS Upgraded) bolehlah mengetahui sama ada meter biskita berjaya direset melalui kaedah yang dinyatakan. Jika Prepaid Meter Reset biskita TIDAK BERJAYA, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Bantuan TID Rollover yang beroperasi 24 Jam setiap hari bermula dari 18 November sehingga 07 Disember 2024 bagi sebarang pertanyaan, aduan atau maklumat lanjut.

GOV.BN Official

20 Nov, 02:07


Program BTB (Bisai Tah Berjemaah)

GOV.BN Official

20 Nov, 01:28


Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024

Happy World Children's Day 2024

#WCD2024 #WorldChildrensDay

GOV.BN Official

19 Nov, 02:23


The Brunei Meteorological Department (BDMD) invites you to the National Weather Briefing on the Northeast Monsoon and Intermonsoon period in Brunei Darussalam.

Stay informed about the latest weather forecasts, current situations, and measures to be taken to mitigate the effects of the Northeast Monsoon and Intermonsoon period.

Don't miss out on this opportunity to stay ahead of the weather game and ensure a safer and more prepared Brunei Darussalam!

The briefing will be held on 21 November 2024 at 9:00 am at the Information Department’s Auditorium Hall.

You may register via the QR code or via link https://bit.ly/NWB24.

Be part of this national effort to raise awareness and understanding of the weather in Brunei Darussalam.

Confirm your attendance now and let's work together to build a more resilient nation.

Thank you and we look forward to your attendance.

GOV.BN Official

18 Nov, 06:20


The Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) is pleased to announce the inaugural Brunei Darussalam Maritime Week (BDMW) 2024 which will be held on:

Date: 19 November - 21 November 2024
Time: 9:00 AM - 5:00 PM
Venue: Bridex Hall, Jerudong


In alignment with the World Maritime Day theme, β€œNavigating the Future: Safety First,” BDMW 2024 will serve as a platform for addressing the challenges and opportunities present within the maritime industry.

Attendees will have the opportunity to engage with distinguished leaders and industry experts, discuss innovative approaches, and explore avenues for global collaboration.

We cordially invite everyone to participate in this pivotal event and contribute to the future of Brunei’s maritime industry. BDMW 2024 promises to be a crucial step towards achieving sustainability and safety in maritime operations.

GOV.BN Official

17 Nov, 11:17


SIARAN AKHBAR - Penubuhan Pusat Bantuan TID Rollover (TID Rollover Support Center)

Jabatan Perkhidmatan Elektrik ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan penubuhan Pusat Bantuan TID Rollover (TID Rollover Support Center) berhubung dengan TID Rollover yang akan berlaku pada 24 November 2024.

Objektif utama penubuhan Pusat Bantuan ini adalah bagi mengurangkan impak TID Rollover bagi pelanggan-pelanggan yang menggunakan meter prabayar seluruh negara. Selain itu, dengan adanya penubuhan Pusat Bantuan ini diharapkan akan dapat membantu melancarkan dan mengurangkan isu-isu yang berkemungkinan berbangkit selepas 24 November 2024. Pusat Bantuan ini akan beroperasi 24 jam setiap hari bermula dari hari Isnin, 18 November 2024 sehingga hari Sabtu, 07 Disember 2024.

Orang ramai bolehlah menghubungi nombor yang tertera untuk penjadualan penukaran meter, bagi penerangan lanjut mengenai Prepaid Meter Reset atau bagi memperolehi Kod Reset.

GOV.BN Official

16 Nov, 02:04


Sertailah beramai-ramai Munajat Khas anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke-160 dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi kelolaan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalulintas Jalan Raya Sedunia 2024 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Jamadilawal 1446 bersamaan 16 November 2024, 2.15 petang melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan http://tiny.cc/munajat.kheu

GOV.BN Official

15 Nov, 05:14


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 13 Jamadilawal 1446 bersamaan 15 November 2024

GOV.BN Official

14 Nov, 08:41


Sertai kami di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk program Peneroka BKISHHB : "Kaligrafi Islam" pada hari Ahad 8 Disember 2024 anjuran kerjasama diantara Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Zayn Calligraphy.

Maklumat-maklumat mengenai pendaftaran untuk program ini dapat diperolehi dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster.

Untuk perkembangan dan maklumat lanjut sila ikuti kami di laman web dan sosial media rasmi kami di:-
Laman sesawang: www.bkishhb.gov.bn
Instagram: Bkishhb.bn
Facebook: Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

GOV.BN Official

14 Nov, 08:40


Apakah perancangan awda sepanjang cuti persekolahan ini?

Kembangkan minda dan ilmu pengetahuan anak-anak anda dengan menerokai artifak-artifak khazanah warisan islam yang terdapat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah sambil membuat aktiviti menarik yang kami sediakan.

GOV.BN Official

14 Nov, 08:18


Tahukah Awda?

Pada masa ini terdapatnya 8 buah cawangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) termasuk Ibu Pejabat yang merangkumi empat (4) buah cawangan di Daerah Brunei dan Muara, Sebuah (1) cawangan di Daerah Tutong, dua (2) buah cawangan di Daerah Belait dan sebuah (1) cawangan di Daerah Temburong. Orang ramai yang mempunyai sebarang perjanjian, pertanyaan atau memerlukan pencerahan bolehlah mengunjungi kaunter-kaunter Perkhidmatan dan Pembayaran JPE di cawangan-cawangan yang terdekat dengan biskita semasa waktu bekerja.

Kakitangan JPE akan sedia membantu.

GOV.BN Official

12 Nov, 11:09


The Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) is pleased to announce the inaugural Brunei Darussalam Maritime Week (BDMW) 2024. This event marks a significant step forward in enhancing Brunei's maritime sector, focusing strongly on innovation and international cooperation.

Aligned with the World Maritime Day theme, 'Navigating the Future: Safety First,' BDMW 2024 will provide a platform to address the challenges and opportunities within the maritime industry.

The event will feature participation from over 30 exhibitors, 10 local and international speakers, and interactive activities.

We cordially invite everyone to participate and contribute to the future of Brunei's maritime industry.

Date: 19 November - 21 November 2024
Time: 8:00 AM - 5:00 PM
Venue: Bridex Hall, Jerudong

GOV.BN Official

11 Nov, 11:32


FASA KEDUA TID ROLLOVER - Prepaid Meter Reset

Dalam Fasa Kedua TID Rollover - Prepaid Meter Reset ini akan memfokuskan terhadap meter-meter yang tidak terjejas akibat dari TID Rollover.

Sehubungan dengan itu, para pelanggan yang menggunakan meter-meter prabayar elektrik seperti ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR dan STAR (STS UPGRADED) perlu melakukan "Prepaid Meter Reset" bagi memastikan meter-meter tersebut dapat menerima token tambah nilai selepas 24 November 2024. Disertakan Tatacara Melakukan Prepaid Meter Reset ini.

GOV.BN Official

11 Nov, 08:51


TID ROLLOVER FASA PERTAMA & FASA KEDUA

FASA PERTAMA
Meter-meter berjenama seperti STAR, INHE dan PLESSEY dimandatorikan untuk ditukar kepada Meter Pintar USMS disebabkan meter tersebut terjejas oleh TID Rollover.

FASA KEDUA
Meter-meter berjenama seperti ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR dan STAR (STS Upgraded) adalah tidak terjejas oleh TID Rollover dan dimestikan untuk melakukan Prepaid Meter Reset.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Talian TID Rollover semasa waktu bekerja. Sila imbas Kod QR bagi info lanjut.

GOV.BN Official

09 Nov, 01:04


Calling all local entrepreneurs! Are you looking for a platform to showcase your unique products? Join us at the Local Product Expo (LPE) 2024!

Local Product Expo is an annual, one-stop expo to discover local products, brands, and services. This year’s LPE will be held from 28th November to 1st December at Hall 1 & 2, Bridex. Come and register with us today!

Scan the QR code to download the registration forms.

For any inquiries and registration please contact D’Sunlit Marketing Department at +673-245666

GOV.BN Official

08 Nov, 05:14


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 06 Jamadilawal 1446 bersamaan 08 November 2024

GOV.BN Official

07 Nov, 10:34


Mari memperbaiki BruHealth bersama!

Kementerian Kesihatan ingin menjemput orang ramai untuk ikut serta dalam Kumpulan Fokus yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pengguna aplikasi BruHealth.

Sama ada awda pengguna yang aktif atau tidak, kami ingin mendapatkan pandangan awda.

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR ini menggunakan aplikasi BruHealth awda.

--

Let's make BruHealth better!

We're looking for individuals to participate in our focus group session. This focus group will enable us to improve our BruHealth app further.

Whether you're an active user or not, we want to hear from you.

Sign up today by scanning the QR code using your BruHealth app.

GOV.BN Official

05 Nov, 22:52


Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS-3) Ke-3 masih giat dijalankan!

Kepada yang telah memberikan kerjasama mereka dalam Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANSS-3) Ke-3, sebagai tanda penghargaan, awda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti tiket penerbangan, telefon pintar, televisyen, dan banyak lagi!

Marilah bersama-sama dalam usaha meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan warga dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Dengan penyertaan awda dalam kaji selidik ini akan membantu kami membangunkan dasar dan intervensi kesihatan awam yang lebih baik.

GOV.BN Official

05 Nov, 02:45


Certified Career Coach

GOV.BN Official

04 Nov, 01:06


JELAJAH KERJAYA 2024 akan datang ke daerah awda tidak lama lagi 🌟

Inilah masanya untuk mengemaskini CV awda, cetak sijil-sijil terkini dan dokumen-dokumen yang relevan, dan yang penting, pastikan awda bersedia untuk mengambil peluang ini dan memberikan yang terbaik ✨

πŸ—“οΈ Ingati tarikh, jam & tempat yang tertera di atas dan catit di dalam kalendar awda.

Jumpa awda di sana!

GOV.BN Official

02 Nov, 08:19


Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Kali Ke-158 yang akan diadakan pada 1 Jamadilawal 1446 bersamaan 2 November 2024, hari Sabtu (malam Ahad) melalui aplikasi Microsoft Teams di pautan http://tiny.cc/munajatkheu.

GOV.BN Official

01 Nov, 05:26


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 28 Rabiulakhir 1446 bersamaan 01 November 2024

GOV.BN Official

31 Oct, 08:19


Re-registration of Mobile Prepaid SIM Cards to Strengthen Security Measures Against Unlawful Activities and Scams Commencing 2 January 2025

-

Pendaftaran Semula Kad SIM Prabayar Telefon Bimbit untuk Memperkukuh Langkah Keselamatan Menentang Aktiviti Menyalahi Undang-Undang dan Penipuan bermula 2 Januari 2025

GOV.BN Official

31 Oct, 07:10


The Anti-Corruption Bureau (ACB) is organizing the 2024 Anti-Corruption Short Video Contest in conjunction with the International Anti-Corruption Day Celebration with the theme "United Against Corruption".

β€’ Participation is open to the public individually or in groups until Saturday 30 November 2024 at 3pm.

β€’ For those interested, please scan the QR code as displayed on the poster to find out the contest conditions and fill in the entry form.

β€’ An informational briefing about this contest will be held on Saturday 2 November 2024. Please contact +673 7146797 or email: [email protected] for registration to attend the briefing and also for any enquiries.

GOV.BN Official

31 Oct, 07:09


Biro Mencegah Rasuah (BMR) sedang menganjurkan Peraduan Video Pendek Anti Rasuah 2024 bersempena dengan Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa dengan tema β€œBersatu Membanteras Rasuah”.

β€’ Penyertaan dibukakan kepada orang ramai secara individu atau berkumpulan sehingga Sabtu 30 November 2024 jam 3 petang.

β€’ Bagi yang berminat, sila imbas kod QR seperti yang dipaparkan pada poster bagi mengetahui syarat peraduan dan mengisi borang penyertaan.

β€’ Satu taklimat penerangan mengenai peraduan ini akan diadakan pada Sabtu 2 November 2024. Sila hubungi +673 7146797 atau emel: [email protected] bagi pendaftaran menghadiri taklimat dan juga sebarang pertanyaan.

GOV.BN Official

31 Oct, 03:19


Introduction to Occupational Hygiene and Toxicology

GOV.BN Official

31 Oct, 01:56


Pengumuman Klinik Tafis 2.0

Dimaklumkan bahawa Klinik Tafis 2.0 akan ditutup pada sesi sebelah petang pada hari Khamis, 31hb Oktober 2024.

Memohon maaf di aras sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama semua pihak.

Terima kasih.

GOV.BN Official

30 Oct, 11:21


C3L Open Day & Lifelong Learning Festival 2024

GOV.BN Official

30 Oct, 02:22


Kementerian Kesihatan akan menganjurkan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024 pada hari Ahad ini, 3 November 2024 di The Mall, Gadong.

Datanglah beramai-ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Diabetes dan ikut serta dalam pelbagai aktiviti-aktiviti menarik!

Jumpa biskita di sana πŸ˜„

#wdd2024

GOV.BN Official

25 Oct, 05:17


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 21 Rabiulakhir 1446 bersamaan 25 Oktober 2024

GOV.BN Official

24 Oct, 09:41


Kaji Selidik Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan ke-3 (NHANSS-3) masih dijalankan.

Pihak Kementerian Kesihatan ingin memohon kerjasama orang ramai yang terpilih untuk ikut serta kaji selidik berkenaan.

Mereka yang terpilih berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

#NHANSS-3

GOV.BN Official

21 Oct, 08:59


Soalan-Soalan Lazim (FAQs) Prepaid Meter Reset

GOV.BN Official

21 Oct, 08:58


Dalam FASA KEDUA TID ROLLOVER - Prepaid Meter Reset ini akan lebih memfokuskan terhadap meter-meter yang TIDAK TERJEJAS akibat dari TID ROLLOVER. Sehubungan dengan itu, para pelanggan yang menggunakan meter-meter prabayar elektrik seperti ACTARIS, CONLOG, LANDIS GYR dan STAR (STS UPGRADED) perlu melakukan "Prepaid Meter Reset" bagi memastikan meter-meter tersebut dapat menerima token tambah nilai selepas 24 November 2024

GOV.BN Official

21 Oct, 07:26


Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), di bawah Kementerian Pembangunan buat julung kalinya akan mengadakan Ekspo Bina Brunei 2024 yang membawa tema β€œBuild Brunei Better”. Ekspo Bina Brunei ini akan berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 30 Oktober (hari Rabu) sehingga 02 November 2024 (hari Sabtu), bertempat di Dewan Munawwarah, Tingkat 7, Bangunan Setia Point, Jalan Komersial Jaya Setia, Kampong Jaya Setia

GOV.BN Official

21 Oct, 01:16


Join the #BNbetterchoice challenge and show how you’re making healthier life choices! πŸ‹οΈβ€β™‚οΈπŸ₯—

From smart eating to staying active, every choice counts. Even better, exciting prizes await you! 🎁

Don’t miss this chanceβ€”share your experience, inspire others, and let’s advance Brunei together! πŸš€ Ready to win? Let’s go! πŸ’₯ #BNbetterchoice

GOV.BN Official

21 Oct, 01:15


Marilah sertai cabaran #BNbetterchoices dan tunjukkan bagaimana awda mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat! πŸ‹οΈβ€β™‚οΈπŸ₯—

Dari segi pemakanan bijak hingga gaya hidup yang aktif, setiap usaha adalah langkah kecil kehadapan!. Jangan lepaskan peluang serta kongsikan melalui cabaran ini.

Cara awda mungkin akan memberikan inspirasi kepada orang ramai!

GOV.BN Official

18 Oct, 05:17


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 14 Rabiulakhir 1446 bersamaan 18 Oktober 2024

GOV.BN Official

11 Oct, 05:28


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 07 Rabiulakhir 1446 bersamaan 11 Oktober 2024

GOV.BN Official

04 Oct, 07:06


Pesta Buku Brunei kembali lagi dengan konsep didik hibur yang menarik! Sertai kami untuk pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan memperkaya pengetahuan budaya kitani. Mari bersama kitani ciptakan masyarakat yang mengapresiasi ilmu dan budaya!

Pesta Buku Brunei 2024 dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sempena Sambutan Bulan Bahasa.

GOV.BN Official

04 Oct, 05:24


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 30 Rabiulawal 1446 bersamaan 04 Oktober 2024

GOV.BN Official

27 Sep, 05:28


Intisari Khutbah Juma'at Negara Brunei Darussalam pada 23 Rabiulawal 1446 bersamaan 27 September 2024

GOV.BN Official

26 Sep, 09:04


The Office of the Assistant Vice Chancellor (Research, Innovation and Sustainability), Universiti Brunei Darussalam, in collaboration with Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, will be hosting a symposium titled "In the Footsteps of Faith: Connecting Science and Spirituality in the Wisdom of Qur'an" on Sunday, September 29, 9:30 AM at the Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Don’t miss the opportunity to participate in this meaningful symposium. For more information about the symposium and registration fees, please follow us on Instagram @ubd.oavcris.