INFO SMKRPB @infosmkrpb Channel on Telegram

INFO SMKRPB

@infosmkrpb


Ibu bapa / penjaga dijemput sertai channel telegram infosmkrpb untuk hebahan info /aktiviti sekolah.

INFO SMKRPB (Malay)

INFO SMKRPB adalah channel Telegram yang ditujukan kepada ibu bapa atau penjaga untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin sentiasa mendapatkan berita terkini mengenai sekolah anak-anak mereka, channel ini adalah tempat yang sesuai untuk bergabung. Dengan menyertai INFO SMKRPB, anda akan mendapat akses kepada jadual aktiviti sekolah, info mengenai program-program sekolah, serta perkembangan terkini dalam pendidikan. Selain itu, channel ini juga menyediakan ruang untuk ibu bapa atau penjaga berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai sekolah. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti INFO SMKRPB. Sertai kami sekarang dan jadilah ibu bapa yang sentiasa terkini dengan perkembangan sekolah anak-anak anda!

INFO SMKRPB

10 Jan, 01:46


Mohon di sebarkan iklan permohonan masuk Ke SMK Raja Permaisuri Bainun.

INFO SMKRPB

10 Jan, 01:46


Permohonan Ke Kelas Seliaan Negeri/Daerah (KSN/KSD) Bagi Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Di Sekolah-Sekolah Negeri Perak Sesi Akademik 2025/2026 Secara Dalam Talian

Pautan Permohonan:-

a) Murid Tingkatan 1:
https://forms.gle/uuubfVxP8A67MNAR6

b) Murid Tingkatan 4:
https://forms.gle/ULmW1N2JC1JQ5xz79

Pengisian borang permohonan KSN/KSD secara dalam talian (Google Form) dibuka bermula pada 13 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025

Keputusan bagi permohonan kemasukan murid ke Sekolah KSN dan Sekolah KSD diumumkan secara dalam talian pada 19 Februari 2025 seperti pautan berikut;

http://appsperak.moe.gov.my/semakanksn/

Sekian, harap maklum.

INFO SMKRPB

10 Jan, 01:46


I am sharing '2025 PERMOHONAN KE KSN -KSD' with you

INFO SMKRPB

31 Dec, 23:25


‎ اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Salam Malaysia Madani

Selamat menyambut tahun baharu 2025 buat keluarga SMK Raja Permaisuri Bainun.

Sedar tak sedar 2024 melabuhkan tirainya. Cepatnya waktu berlalu. Begitu juga halnya sedar tak sedar Disember 2024 telah genap saya lapan bulan di Bainun.

Melangkah ke 1 Januari 2025 yang menandai bermulanya perjalanan untuk setahun ke hadapan, tentunya ia perlu diiringi dengan tekad untuk menuntaskan segala perancangan yang telah dibuat.

Hidup ini bak kata pujangga hanya ada semalam yang telah berlalu, hari ini yang perlu ditempuhi dan esok yang belum pasti.

2024 telah berlalu. Pelbagai catatan terakam dalam perjalanan Bainun melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen yang telah di berikan kepada saya.

Kini masanya untuk kita seluruh warga kerja Bainun  menyinsing lengan untuk memastikan kekurangan lalu diperbaiki, kesilapan tidak diulangi dan kejayaan perlu dilonjakkan lebih hebat lagi.

Saya yakin dengan komitmen kita semua dalam melaksanakan amanah yang digalas. Menyantuni anak-anak Bainun  dengan pelbagai program yang disusun hanya bermatlamatkan untuk memastikan kecemerlangan Bainun terus di gilap.

Saya ingin mengajak seluruh warga Bainun, tanamkan azam dan betulkan niat, mari kita bersama meredah arus 2025 dengan kesepaduan matlamat dan cita-cita untuk memastikan anak-anak di anak-anak Bainun dididik sempurna,  dibangun kapasitinya dan kerukunan hidup bermasyarakat antara warga Bainun disendikan dengan adab dan tata susila.

Bersama kita MENCEMERLANGKAN BAINUN , MERAKYATKAN ASPIRASI PIMPINAN demi kelangsungan sebuah negara bangsa.

Datin Hajah Khalilah binti Za'aba

INFO SMKRPB

28 Dec, 03:56


Messages in this channel will no longer be automatically deleted

INFO SMKRPB

28 Dec, 03:35


Messages in this channel will be automatically deleted after 1 month

INFO SMKRPB

22 Dec, 13:13


Darwish Fiqry bergambar bersama Datuk Wira Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omar Din, yang merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia.
Darwish sedang mewakili Malaysia dalam Abu Dhabi 20th World Pencak Silat Championship di Abu Dhabi, Qatar.

INFO SMKRPB

17 Dec, 07:29


🔴Assalamualaikum 

📣MAKLUMAN CUTI PENGGAL KE3

TINGKATAN 1-4 (20 - 29 DIS 2024)
TINGKATAN 5 ( 20 - 27 DIS 2024)

✏️Waktu balik adalah seperti ketetapan berikut:
📅Tarikh :20 /12/2024
☀️Hari : Jumaat
⏲️Ketetapan masa:
    
🔺Murid lelaki
     
    👉2.30 pm - 3.00 pm

🔺Murid perempuan
   
    👉12.30 pm - 2.30 pm

Mohon ibu bapa mematuhi masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan dalam kawasan sekolah.

Anak- anak perlu dihantar semula ke asrama pada hari
Ting 5 : Jumaat 27/12/24
Ting 1-4 : Ahad 29/12/24

mengikut ketetapan berikut:
1. Ting 3, 4 -  2.00 hingga 4.00 petang
2. Ting 1 dan 2 - 4.00 - 6.00 petang
3. Ting 5 - sebelum jam 6.00 petang

Semua murid wajib memakai pakaian yang ditetapkan semasa balik ke asrama:
1. T - Shirt outing
2. Seluar Slack Hitam
3. Tudung Hitam
4. Kasut Hitam

Semua murid mesti thumb print apabila sampai di asrama sebelum atau pada jam 6.00 petang .

Pintu masuk utama akan ditutup tepat jam 6.00 ptg , murid yang lewat akan berjalan kaki masuk ke asrama.

✏️ Harap maklum dan terima kasih atas kerjasama.

INFO SMKRPB

16 Dec, 20:58


Tahniah Darwish Fiqry, murid Tingkatan 4, SMK Raja Permaisuri Bainun yang akan berlepas ke Abu Dhabi untuk Abu Dhabi 20th World Pencak Silat Championship.

Warga BAINUN mendoakan agar Darwish pulang dengan kejayaan membanggakan!

#bainunexcellent
#bainunterusunggul

https://www.facebook.com/share/p/1EvmGzGm2M/

INFO SMKRPB

16 Dec, 20:50


https://youtu.be/euPKOwnx1U8?si=8bkM0BIyudAOBB4p

INFO SMKRPB

13 Dec, 09:25


PESAN JAUHARI SPM 2024
M/P: Matematik
Tarikh : 13 Disember 2024
Hari : Jumaat
Masa 3.00  - 4.30 ptg
Tempat : Dewan makan

30 orang murid yang lain terlibat dengan Program PASG

INFO SMKRPB

13 Dec, 08:49


Pihak SMK Raja Permaisuri Bainun berbesar hati menerima kehadiran 12 orang Guru Muda Matematik Tambahan dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh yang akan membantu murid-murid Top 30 Matematik Tambahan dalam program Peer Assisted Study Group (PASG) Matematik Tambahan.

Semoga inisiatif Panitia Matematik Tambahan ini akan membuahkan hasil sewaktu SPM 2024 kelak.

#bainunexcellent
#daripada3kepada2
#eternity

https://www.facebook.com/share/p/1Adac3uhpw/

INFO SMKRPB

02 Dec, 02:30


Utk makluman semua, jadual balik wajib bermalam ini telah di keluarkan pd 24 oktober 2024.
Mohon ibu bapa lihat semula dan cakna

INFO SMKRPB

02 Dec, 02:25


https://www.facebook.com/share/p/2zk7qLGw2aXv2omc/?mibextid=oFDknk

#BainunExcellent

INFO SMKRPB

02 Dec, 01:32


Calon calon SPM 2024 Batch #Eternity akan menduduki Ujian Bertutur bermula hari ini, 2 Disember hingga Khamis, 5 Disember 2024.

Mohon doa semua pihak agar semua calon dapat menjawab dengan baik.

#eternity
#daripada3kepada2
#minimun5a

https://www.facebook.com/share/p/15Wsuj21WA/

INFO SMKRPB

01 Dec, 11:37


Semoga semua anak-anak ETERNITY berjaya menempuh SPM dengan jayanya. Amin!

#daripada3kepada2
#minimun5A

https://www.facebook.com/share/p/15bxc1Q3fs/

INFO SMKRPB

24 Nov, 11:04


Man Jadda Wa Jadda. Kita sama-sama terus berusaha, berdoa agar anakanda kita di beri ketenangan dan kelancaran semasa menghadapi SPM 2024 dan seterusnya mendapat keputusan yg cemerlang dlm SPM nanti.

#Daripada3kepada2
#Minimum5A+



https://www.facebook.com/share/p/1FDmdgkxk8/

INFO SMKRPB

24 Nov, 11:01


Untuk makluman Ibu bapa semua calon SPM 2024 SMKRPB.

Dijemput semua ibu bapa hadir untuk bersama-sama anakanda kita disaat akhir mereka menghadapi SPM yang bermula pada 2 Dis 2024.

INFO SMKRPB

24 Nov, 08:46


Utk Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Ting 4 akn bermula pd 2 Dis 2024.

INFO SMKRPB

24 Nov, 08:45


Utk makluman ibu bapa esok bermulanya Ujian Akhir Sesi Akademik utk ting 1 hingga 3.
Jadual ini sudah di kongsi dan ini cuma peringatan mesra.

INFO SMKRPB

24 Nov, 07:22


https://youtu.be/C8oG8WpOjy4?si=HRrmLLj3GZYAUNnZ


Liputan Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid, SMK Raja Permaisuri Bainun 2024.

#bainunhitztv
#tvpss

INFO SMKRPB

23 Nov, 23:02


Disamping debaran anak-anak Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tidak lama lagi, pihak sekolah tidak pernah lupa mempersiapkan anak-anak Tingkatan 4 sebagai langkah awal sebelum mereka beralih ke tingkatan 5 tahun hadapan.

#Daripada3kepada2
#BainunExcellent
#minimum5a


https://www.facebook.com/share/p/19X2n2zmzr/

INFO SMKRPB

23 Nov, 02:05


Berikut merupakan penjual berdekatan beserta nama pegawai yang boleh dihubungi, yang telah berdaftar di Book Capital:

1. ALHIDAYAH EPICREADS TRADING
SITI NUR HIDAYAH
0133725337

2. SUN YUK BOOK SUPPLIERS
0166273055

3. BUDAYA GEMILANG ENTERPRISE
HU YOKE WENG
0195118915

4. Yang Eastern Saga Merchant
Lim Keng Hooi
0165867718

5. S.S.MUBARUK & BROS. (M) SDN BHD
RAIHANA PARVEEN BT SYED MUBARAK
0175560078

6. New Century Book Store
Safwan Azlan
01111454762

Unit PSS
SMK Raja Permaisuri Bainun

INFO SMKRPB

23 Nov, 02:03


INFO SMKRPB pinned «KEMPEN TEBUS BAUCAR BUKU MADANI. Assalamualaikum. 1. Terima kasih kepada semua murid SMK Raja Permaisuri Bainun(BAINUN) yang SUDAH menebus Baucar Buku Madani dalam TIGA siri kempen yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah sebelum ini. Tahniah! 2. Bagi…»

INFO SMKRPB

23 Nov, 02:03


KEMPEN TEBUS BAUCAR BUKU MADANI.


Assalamualaikum.

1. Terima kasih kepada semua murid SMK Raja Permaisuri Bainun(BAINUN) yang SUDAH menebus Baucar Buku Madani dalam TIGA siri kempen yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah sebelum ini. Tahniah!

2. Bagi yang belum, anda diminta berbuat sedemikian di rumah sebelum kembali ke asrama pada Ahad ini.

3. Disertakan pautan video yang menerangkan langkah untuk anda membuat penebusan buku dengan menggunakan ID DELIMA.

4. Tonton video https://youtu.be/0desQkdzZXo?si=5kNfU_uHbp9cXGt9 dan ikuti langkah yang telah yang diterangkan.

5. Kita sasarkan SEMUA murid BAINUN, BERJAYA membuat tebusan sebelum sekolah bermula pada Isnin, 25 Nov 2024.

6. Kerjasama anda sangatlah dihargai. Terima kasih.


Unit PSS
SMK Raja Permaisuri Bainun.

INFO SMKRPB

21 Nov, 09:45


🔴Assalamualaikum 

📣MAKLUMAN BALIK WAJIB  (22/11/2024 - 24/11/2024)

✏️Waktu balik wajib adalah seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh :22 /11/2024
☀️Hari : Jumaat
⏲️Ketetapan masa:
    
🔺Murid lelaki
     
    👉2.30 - 3.00 petang

🔺Murid perempuan
   
    👉12.30  - 2.30 petang

Mohon ibu bapa mematuhi masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan dalam kawasan sekolah.

Anak- anak perlu dihantar semula ke asrama pada hari Ahad (24/ 11/ 2024 ) mengikut ketetapan berikut:
1. Ting 3, 4 dan 5 -  2.00 hingga 4.00 petang
2. Ting 1 dan 2 - 4.00 - 6.00 petang

Semua murid wajib memakai pakaian yang ditetapkan semasa balik ke asrama:
1. T - Shirt outing
2. Seluar Slack Hitam
3. Tudung Hitam
4. Kasut Hitam

Semua murid mesti thumb print apabila sampai di asrama sebelum atau pada jam 6.00 petang .

Pintu masuk utama akan ditutup tepat jam 6.00 ptg , murid yang lewat akan berjalan kaki masuk ke asrama.

✏️ Harap maklum dan terima kasih atas kerjasama.

INFO SMKRPB

21 Nov, 03:35


Prosedur Keluar Outing

#KeselamatanPelajar
#Asrama

INFO SMKRPB

20 Nov, 09:13


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kepada:
Pengetua/Guru Besar
Sekolah Daerah Kinta Utara

Tuan,

JEMPUTAN KE KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Pendidikan Digital Peringkat Kebangsaan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh  : 22 - 24 November 2024 (Jumaat-Ahad)
    Masa    : 9.00 pagi – 10.00 malam
    Tempat  : Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) FAMA, Gopeng
    Atur Cara  : Rujuk Lampiran A

3.  Sehubungan itu, kerjasama pihak tuan dipohon menghebahkan program ini kepada warga sekolah dan ibu bapa. Pelbagai aktiviti menarik dijadualkan sepanjang karnival ini berlangsung.

4.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Muhammad Fariz bin Mohd Yusoff, Penolong PPD Menengah dan Tingkatan 6, di talian 013-4365929.

Sekian, terima kasih.

INFO SMKRPB

20 Nov, 09:11


Assalamualaikum.


Tuan/puan,

Disertakan senarai RAKAN STRATEGIK PERBADANAN KOTA BUKU untuk anak tuan/puan menenebus Baucar Buku Madani.

Diharapkan balik wajib pada hujung minggu ini memberi ruang kepada Tuan/puan bersama anak-anak untuk menebus baucar berkenaan bagi yang belum berbuat sedemikian.

Terima kasih.

INFO SMKRPB

14 Nov, 21:57


PERKAMPUNGAN ILMU 2.0 SPM 2024 SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

Pihak SMK Raja Permaisuri Bainun akan mengadakan program Perkampungan Ilmu 2.0 SPM 2024 dari hari Isnin, 18 November 2024 hingga hari Rabu, 20 November 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Program selama 3 hari 2 malam ini dibarisi oleh penceramah dari dalam dan luar sekolah yang akan mengisi slot-slot teknik menjawab SPM bagi 13 mata pelajaran teras dan elektif.

Jadual program turut dilampirkan untuk rujukan Tuan/Puan. Mudah-mudahan program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan sekaligus memberi manfaat kepada anak-anak batch Eternity.

#daripada3kepada2
#minimum5A
#bainunexcellent

INFO SMKRPB

14 Nov, 21:57


Jadual Program Perkampungan Ilmu 2.0 SPM 2024

INFO SMKRPB

12 Nov, 09:34


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

📋 PROSEDUR KELUAR OUTING:

1️⃣ SEBELUM KELUAR:
- Wajib tinggalkan Kad Keluar Kawasan (Buku Outing) di Pondok Keselamatan.

2️⃣ PINTU KELUAR:
- Sebelum 12:00 tengahari: Guna Pintu Pagar Blok D
- Selepas 12:00 tengahari: Guna Pintu Pagar Utama

3️⃣ SEMASA BALIK:
- Ambil semula Kad Keluar Kawasan di Pintu Pagar Utama
- Pastikan ada tandatangan Pengawal Keselamatan

4⃣ Pastikan semua maklumat dalam Kad Keluar Kawasan diisi dan dilengkapkan termasuk gambar.

⚠️ PENTING: Sila patuhi arahan ini untuk kelancaran urusan keluar-masuk pelajar.

Sekian, terima kasih.

INFO SMKRPB

09 Nov, 09:49


Semalam berlangsung juga Program Momentum Akademik Tingkatan 4 subjek Prinsip Perakaunan dan Pendidikan Ispam bertempat di Bilik Seri Puteri dan Dewan Tuanku Bainun.

Kehadiran penuh semua murid menunjukkan komitmen serius mereka ingin mencapai keputusan cemerlang.
Tahniah semua murid dan guru.

Semoga semua beroleh manfaat.

#bainunexcellent
#daripada3kepada2

https://www.facebook.com/share/p/1CbQAeohzu/

INFO SMKRPB

09 Nov, 09:40


Tingkatan 4 adalah penentu pencapaian SPM dan GPS sekolah tahun hadapan.

Pihak sekolah mengambil langkah awal mempersiapkan mereka dengan teknik menjawab, tips dan format soalan supaya murid terbiasa dan bersedia menghadapi SPM.

Hari ini berlangsungnya Program Momentum Akademik Tingkatan 4 bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertempat di Dewan Tuanku Bainun & Bilik Guru.

#bainunexcellent
#daripada3kepada2


https://www.facebook.com/share/p/1BFArHwDqT/

INFO SMKRPB

09 Nov, 05:06


Assalamualaikum dan selamat tengah hari perhatian kepada ibu bapa yang akan datang melawat anak-anak pada hari ini (9/11/24)
Jalan ke blok B, C dan D akan ditutup buat sementara waktu pada hari ini berikutan kerja-kerja menurap tar sedang dijalankan.
Ibu bapa yang datang dinasihatkan untuk meletakkan kereta anda disekitar Dewan AlAmin.
Terima kasih.

INFO SMKRPB

06 Nov, 04:56


Mohon ibu bapa cakna dan akur dengan jadual yg telah di keluarkan.

INFO SMKRPB

06 Nov, 04:56


Assalamualaikum
Bersama-sama ini di lampirkan jadual UASA bagi ting 1 hingga tingkatan 3, ujian Amali sains ting 4 dan peperiksaan akhir sesi akademik ting 4.

INFO SMKRPB

06 Nov, 01:46


Kem Pemacu Kecemerlangan Tingkatan 1 diteruskan lagi buat hari ketiga dengan subjek Geografi.

Murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan berformat UASA sebagai persiapan menduduki ujian itu tidak lama lagi.

#bainunexcellent
#daripada3kepada2

https://www.facebook.com/share/p/1531D6svZL/

INFO SMKRPB

04 Nov, 11:05


Pada sebelah pagi, Program Kem Pemacu Kecemerlangan Akademik Tingkatan 1 diisi dengan slot Sejarah.

Antara aktiviti yang dilakukan jalah sesi soal jawab, latih tubi dan perbincangan.

#daripada3kepada2
#bainunexcellent

Klik untuk gambar
https://www.facebook.com/share/p/DbFJAnrfJ7QUnwv7/

INFO SMKRPB

04 Nov, 11:02


Kem Pemacu Kecemerlangan Akademik Tingkatan 1 bagi Subjek Pendidikan Islam bertempat di Dewan Tuanku Bainun pada petang tadi.

#bainunexcellent
#daripada3kepada2


Klik untuk gambar
https://www.facebook.com/share/p/EL3DWSKuXAHzYvyr/

INFO SMKRPB

04 Nov, 03:33


Pihak sekolah komited memastikan kecemerlangan keseluruhan murid di BAINUN tanpa mengira menengah atas atau menengah rendah.

Sebelum ini, program kecemerlangan telah disusun bagi tingkatan 2 dan 3. Bagi Tingkatan 4 juga telah disusun dan programnya masih berjalan.

Pada minggu ini, giliran murid Tingkatan 1 untuk terlibat dalam program kecemerlangan yang telah disusun oleh pihak sekolah. Semoga semua murid Tingkatan 1 mendapat manfaat sebanyaknya daripada program yang dianjurkan.

Disertakan jadual Kem Pemacu Kecemerlangan Akademik Tingkatan 1.

#bainunexcellent
#daripada3kepada2



https://www.facebook.com/share/p/HrBzi1ZzGFhgGhrV/

INFO SMKRPB

03 Nov, 01:37


🔴Assalamualaikum 

📣MAKLUMAN BALIK WAJIB

Mohon ibu bapa mematuhi masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan dalam kawasan sekolah.

Anak- anak perlu dihantar semula ke asrama pada hari Ahad (3/ 11/ 2024 ) mengikut ketetapan berikut:
1. Ting 3, 4 dan 5 -  2.00 hingga 4.00 petang
2. Ting 1 dan 2 - 4.00 - 6.00 petang

Semua murid wajib memakai pakaian yang ditetapkan semasa balik ke asrama:
1. T - Shirt outing
2. Seluar Slack Hitam
3. Tudung Hitam
4. Kasut Hitam

Semua murid mesti thumb print apabila sampai di asrama sebelum atau pada jam 6.00 petang .

Pintu masuk utama akan ditutup tepat jam 6.00 ptg , murid yang lewat akan berjalan kaki masuk ke asrama.

✏️ Harap maklum dan terima kasih atas kerjasama.

INFO SMKRPB

01 Nov, 00:01


Dirgahayu Tuanku.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada seluruh warga SMK Raja Permaisuri Bainun

#bainunexcellent

https://www.facebook.com/share/p/HRXo6ruxepuiUS8u/?mibextid=oFDknk

INFO SMKRPB

29 Oct, 05:11


SURAT MAKLUMAN PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU 2.0 SPM 2024

Assalamualaikum WBKT dan Salam Sejahtera,

Kepada semua ibu bapa dan penjaga murid Tingkatan 5 SMK Raja Permaisuri Bainun, dilampirkan bersama mesej ini adalah surat rasmi pemakluman Program Perkampungan Ilmu 2.0 SPM 2024 untuk perhatian dan tindakan Tuan/Puan.

Borang Kebenaran Aktiviti telah diedarkan kepada murid tingkatan 5.

Sekian, terima kasih.

INFO SMKRPB

28 Oct, 12:12


Terima kasih atas kerjasama yg di berikan.

INFO SMKRPB

28 Oct, 12:11


Jika belum buat bayaran mohon di selesaikan sebelum 1 november 2024, bagi mengelakan sebarang masalah kpd Akaun Asrama.

INFO SMKRPB

28 Oct, 12:09


Mohon ibu bapa semak, jika telah buat bayaran sila kemukakan resit kpd penyelia asrama.

INFO SMKRPB

28 Oct, 12:08


Pembayaran sehingga 28 oktober 2024 .

INFO SMKRPB

26 Oct, 02:39


Perhimpunan Asrama setiap pagi Sabtu

26 Oktober 2024.

Perhimpunan mingguan ini menjadi platform untuk warden dan kepimpinan asrama mengingatkan semua murid berkaitan peraturan dan pengumuman terkini.

Ustaz Che selaku Ketua Warden memberi ucapan berisi nasihat dalam perhimpunan pada hari ini.

#BainunExcellent
#AsramaCemerlang

https://www.facebook.com/share/p/RKqm34VTLohdtuMB/?mibextid=oFDknk

INFO SMKRPB

24 Oct, 08:23


https://www.facebook.com/share/p/2zk7qLGw2aXv2omc/?mibextid=oFDknk

#BainunExcellent

INFO SMKRPB

24 Oct, 03:08


INFO SMKRPB pinned «🔴Assalamualaikum  📣MAKLUMAN BALIK WAJIB  (29/10/2024 - 3/11/2024) ✏️Waktu balik wajib adalah seperti ketetapan berikut: 📅Tarikh :29 /10/2024 ☀️Hari : Selasa ⏲️Ketetapan masa:      🔺Murid lelaki           👉2.30 pm - 3.00 pm 🔺Murid perempuan        …»

INFO SMKRPB

24 Oct, 03:07


Kem Pemacu Kecemerlangan Akademik T3 diteruskan lagi dengan slot Subjek Bahasa Inggeris.


Tempat : Dewan Tuanku Bainun
Tarikh: 24/10/24
Masa : 10.30-12.30tgh

INFO SMKRPB

24 Oct, 02:26


🔴Assalamualaikum 

📣MAKLUMAN BALIK WAJIB  (29/10/2024 - 3/11/2024)

✏️Waktu balik wajib adalah seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh :29 /10/2024
☀️Hari : Selasa
⏲️Ketetapan masa:
    
🔺Murid lelaki
     
    👉2.30 pm - 3.00 pm

🔺Murid perempuan
   
    👉3.30 pm - 4.00 pm

Mohon ibu bapa mematuhi masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan dalam kawasan sekolah.

Anak- anak perlu dihantar semula ke asrama pada hari Ahad (3/ 11/ 2024 ) mengikut ketetapan berikut:
1. Ting 3, 4 dan 5 -  2.00 hingga 4.00 petang
2. Ting 1 dan 2 - 4.00 - 6.00 petang

Semua murid wajib memakai pakaian yang ditetapkan semasa balik ke asrama:
1. T - Shirt outing
2. Seluar Slack Hitam
3. Tudung Hitam
4. Kasut Hitam

Semua murid mesti thumb print apabila sampai di asrama sebelum atau pada jam 6.00 petang .

Pintu masuk utama akan ditutup tepat jam 6.00 ptg , murid yang lewat akan berjalan kaki masuk ke asrama.

✏️ Harap maklum dan terima kasih atas kerjasama.

INFO SMKRPB

24 Oct, 00:47


Program Hist-Stem Tingkatan 4.
Slot KUASAI KALKUKUS.

Tarikh : 22.10.2024
Hari : Selasa
Masa : 12.30 - 2.00 pm
Tempat : Dewan Tuanku Bainun


https://www.facebook.com/share/p/6Bex8Qxk5C4rKuft/?mibextid=oFDknk