Ihsan Madani Sharing @ihsanmadanisharing Channel on Telegram

Ihsan Madani Sharing

@ihsanmadanisharing


Ihsan Madani berhasrat untuk menyatukan komuniti melalui Kebajikan & Pendidikan. Jom sokong usaha kami!

Ihsan Madani Sharing (Malay)

Ihsan Madani Sharing adalah satu saluran Telegram yang diilhamkan oleh semangat untuk menyatukan komuniti melalui kebajikan dan pendidikan. Dengan username @ihsanmadanisharing, saluran ini bertujuan untuk memberi ruang kepada individu untuk berkongsi maklumat, pengalaman, serta memberi sokongan kepada sesama. Ihsan Madani Sharing menyediakan platform interaktif bagi para ahli untuk bergotong-royong dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, serta mendukung pendidikan sebagai asas untuk memperbaiki kehidupan. Apakah anda seorang yang prihatin terhadap komuniti sekitar? Adakah anda ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda? Jika ya, jom sertai Ihsan Madani Sharing sekarang! Bersama-sama, kita boleh melakukan perubahan positif dalam masyarakat kita. Mari sokong usaha kami untuk mencipta dunia yang lebih baik! Jom beri tumpuan kepada nilai-nilai kebajikan dan pendidikan bersama-sama di saluran Telegram Ihsan Madani Sharing.

Ihsan Madani Sharing

06 Dec, 09:30


https://vt.tiktok.com/ZSjckM2MQ/

Ihsan Madani Sharing

06 Dec, 04:03


๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.

Beberapa orang darahnya dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telah merasai nikmat perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' dan orang yang sengaja meninggalkan agama dan jamaah muslimah.

#ihsanku #ihsanmadani #inspirasikankebaikan #1minithadissetiapjumaat

Ihsan Madani Sharing

05 Dec, 21:00


๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ, ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก โœจ


Pada hari yang penuh kemuliaan ini, bersama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Salah satu cara untuk mendapatkan keberkatan di hari Jumaat dengan bersedekah.
Setiap sen yang kita dermakan, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT. Sedekah bukan hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menyucikan harta kita dan membuka pintu rezeki.


Jom, bersama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan. Sedekah Jumaat, sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya.


"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di hari Jumaat." (HR. Bukhari)


Semoga amalan kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin ๐Ÿคฒ


Projek Pembangunan Ihsan Madani:
๐Ÿ“Œ Water4Life
1. Infaq Pembinaan Telaga Air Afrika & Nepal: ezy.la/crm-afrikaw4l
2. Infaq Pembinaan Sistem Air Bersih Pondok Ibadurrahman: ezy.la/ibadurrahman
๐Ÿ“Œ Anak yatim/asnaf
1. Bantuan Makanan/Kebajikan Anak-Anak Yatim: ezy.la/crm-ayah


ATAU


MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997


Sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6011 2700 2003


#ihsanku #ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sedekahjumaat

Ihsan Madani Sharing

04 Dec, 12:03


๐ŸšจMISI BANTUAN MANGSA BANJIR ๐Ÿšจ

Mangsa banjir amat memerlukan bantuan anda!

Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Masjid Bandar Seri Putra sedang mengumpulkan keperluan asas untuk disalurkan ke kawasan-kawasan terjejas akibat banjir yang melanda. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru buat mereka.

Barang Keperluan Yang Diperlukan:

๐Ÿ›’ Makanan Kering & Siap Masak: Beras, mi segera, sardin, biskut.
๐Ÿ’ง Air Bersih: Air minuman botol.
๐Ÿ›Œ Keperluan Tidur: Selimut, toto, tikar.
๐Ÿงด Kit Kebersihan: Sabun, syampu, tuala wanita, lampin bayi, ubat gigi.
๐Ÿฉบ Ubat-Ubatan: Basic first-aid kit, minyak angin, paracetamol.
๐Ÿ‘ถ Keperluan Bayi: Susu formula, lampin pakai buang, bedak bayi.

๐Ÿ“ Lokasi Pusat Pengumpulan:
(Bawah Khemah sebelah Kiri) Masjid Bandar Seri Putra Bangi
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

๐Ÿ“† 6 Disember 2024 (Jumaat)
๐Ÿ•’ Waktu Operasi: 2.30 petang โ€“ 6.00 petang

๐Ÿ“† 7 Disember 2024 (Sabtu)
๐Ÿ•’ Waktu Operasi: 9.30 pagi โ€“ 5.00 petang

Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian:
๐Ÿ“ž 011-2700 2003 (WhatsApp)

๐Ÿค Jom Bersama Bantu Mereka!
Setiap barang yang anda sumbangkan akan menjadi sinar harapan buat mangsa-mangsa banjir. Mohon SHARE maklumat ini supaya lebih ramai dapat turut serta!

Ihsan Madani Sharing

04 Dec, 03:51


Status Terkini Bencana Banjir | 4 Disember 2024, 9:30 pagi.

Sama-sama kita doakan keselamatan dan perlindungan buat saudara-saudara yang sedang menghadapi musibah banjir di seluruh Malaysia.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka, menggantikan kehilangan dengan kebaikan, serta melindungi kita semua ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sumbangan Banjir: ezy.la/ihsanrelief-1

Sumber status: Berita RTM

#ihsanku
#ihsanrelief
#ihsanmadani

Ihsan Madani Sharing

02 Dec, 02:55


๐Ÿšจ PUSAT PENGUMPULAN BARANG SUMBANGAN BANJIR ๐Ÿšจ

Kami sedang mengumpulkan keperluan asas untuk disalurkan ke kawasan-kawasan terjejas di seluruh negara.

Barang Keperluan Yang Diperlukan:

๐Ÿ›’ Makanan Kering & Siap Masak: Beras, mi segera, sardin, biskut.
๐Ÿ’ง Air Bersih: Air minuman botol.
๐Ÿ›Œ Keperluan Tidur: Selimut, toto, tikar.
๐Ÿงด Kit Kebersihan: Sabun, syampu, tuala wanita, lampin bayi, ubat gigi.
๐Ÿฉบ Ubat-Ubatan: Basic first-aid kit, minyak angin, paracetamol.
๐Ÿ‘ถ Keperluan Bayi: Susu formula, lampin pakai buang, bedak bayi.

๐Ÿ“ Lokasi Pusat Pengumpulan:
12-G, Jalan BM 7/19, Seksyen 7, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor
๐Ÿ•’ Waktu Operasi: 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang setiap hari.
๐Ÿ“† 2 - 6 Disember 2024

Sumbangan anda boleh dihantar secara terus ke pusat kami atau hubungi:
๐Ÿ“ž 011-2700 2003

๐Ÿค Jom Bersama Bantu Mereka!
Setiap barang yang anda sumbangkan akan menjadi sinar harapan buat mangsa-mangsa banjir. Mohon SHARE maklumat ini supaya lebih ramai dapat turut serta!

#BantuanBanjir
#IhsanRelief

Ihsan Madani Sharing

01 Dec, 00:29


๐ŸŒŠ BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR ๐ŸŒŠ

Ketika hujan lebat terus mencurah, banyak keluarga terpaksa meninggalkan rumah tanpa sempat membawa apa-apa. Mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kita.

๐Ÿ’” Mereka Perlukan Kita Sekarang! ๐Ÿ’”

Kami sedang menggerakkan Bantuan Kecemasan untuk mangsa-mangsa banjir yang terjejas, merangkumi:

โœ… Makanan Siap Masak โ€“ Supaya mereka tidak kelaparan.
โœ… Kit Kebersihan & Ubat-Ubatan โ€“ Untuk menjaga kesihatan mereka.
โœ… Air Bersih โ€“ Keperluan asas yang amat kritikal.
โœ… Pakaian, Selimut & Toto โ€“ Agar mereka dapat berlindung daripada kesejukan.
โœ… Pampers & Susu โ€“ Untuk bayi dan kanak-kanak yang memerlukan.

Anda boleh jadi penyelamat mereka!
Setiap sumbangan anda akan membawa harapan dan keselesaan kepada mereka yang sedang berjuang dalam kepayahan ini.

Sumbang Sekarang Melalui Pautan ๐Ÿ‘‡
๐Ÿ”— ezy.la/ihsanrelief-1

๐Ÿคฒ Ayuh kita bersama-sama meringankan beban mereka. Kecil bagi kita, besar maknanya bagi mereka.

#ihsanrelief
#banjir2024

Ihsan Madani Sharing

28 Nov, 22:05


๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ, ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก โœจ


Pada hari yang penuh kemuliaan ini, bersama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Salah satu cara untuk mendapatkan keberkatan di hari Jumaat dengan bersedekah.
Setiap sen yang kita dermakan, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT. Sedekah bukan hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menyucikan harta kita dan membuka pintu rezeki.


Jom, bersama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan. Sedekah Jumaat, sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya.


"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di hari Jumaat." (HR. Bukhari)


Semoga amalan kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin ๐Ÿคฒ


Projek Pembangunan Ihsan Madani:
๐Ÿ“Œ Water4Life
1. Infaq Pembinaan Telaga Air Afrika & Nepal: ezy.la/crm-afrikaw4l
2. Infaq Pembinaan Sistem Air Bersih Pondok Ibadurrahman: ezy.la/ibadurrahman
๐Ÿ“Œ Anak yatim/asnaf
1. Bantuan Makanan/Kebajikan Anak-Anak Yatim: ezy.la/crm-ayah


ATAU


MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997


Sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6011 2700 2003


#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sedekahjumaat

Ihsan Madani Sharing

27 Nov, 23:51


Sama-sama kita doakan agar keadaan banjir di Pantai Timur segera pulih dan kembali seperti sediakala.

Amin, ya Rabbal โ€˜Alamin.

Tahukah anda, doa ketika hujan adalah antara waktu yang mustajab seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW?

Daripada Sahl bin Saโ€™ad RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุซูู†ู’ุชูŽุงู†ู ู„ูŽุง ุชูุฑูŽุฏู‘ูŽุงู†ู: ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู†ู‘ูุฏูŽุงุกูุŒ ูˆูŽุชูŽุญู’ุชูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุทูŽุฑู

Maksudnya: โ€œDua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan, dan doa ketika turunnya hujan.โ€
[Riwayat al-Hakim (2534)]

Jangan lepaskan peluang berdoa pada waktu yang mustajab ini.

Mudah-mudahan Allah SWT memperkenankan doa kita semua.

#ihansanku
#ihsanrelief

Ihsan Madani Sharing

22 Nov, 04:06


๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang.

Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #1minithadissetiapjumaat

Ihsan Madani Sharing

21 Nov, 22:05


๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ, ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก โœจ


Pada hari yang penuh kemuliaan ini, bersama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Salah satu cara untuk mendapatkan keberkatan di hari Jumaat dengan bersedekah.
Setiap sen yang kita dermakan, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT. Sedekah bukan hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menyucikan harta kita dan membuka pintu rezeki.


Jom, bersama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan. Sedekah Jumaat, sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya.


"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di hari Jumaat." (HR. Bukhari)


Semoga amalan kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin ๐Ÿคฒ


Projek Pembangunan Ihsan Madani:
๐Ÿ“Œ Water4Life
1. Infaq Pembinaan Telaga Air Afrika & Nepal: ezy.la/crm-afrikaw4l
2. Infaq Pembinaan Sistem Air Bersih Pondok Ibadurrahman: ezy.la/ibadurrahman
๐Ÿ“Œ Anak yatim/asnaf
1. Bantuan Makanan/Kebajikan Anak-Anak Yatim: ezy.la/crm-ayah


ATAU


MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997


Sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6011 2700 2003


#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sedekahjumaat

Ihsan Madani Sharing

21 Nov, 06:14


๐–๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ’ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐

Selatan Thailand โ€“ Pembinaan tandas dan tangki air Pondok Ibadurrahman, Kampung Braul Yarang, Pattani, Thailand sedang dalam proses pembinaan. Semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan tandas dan tangki air Pondok Ibadurrahman ini, Aamiin.

Alhamdulillah, Kerja konkrit lantai atas mencapai 65%. Formwork (kayu penahan lantai) tidak boleh dibuka selama 4-5 hari untuk proses curing (konkrit mencapai kekuatan maksimum)
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan tandas dan tangki air ini.
Semoga Allah membalas amal kebaikan kamu semua, Aamiin, Insha Allah.

Semoga pelajar dan penetap di Pondok Ibadurrahman ini dapat manfaat dengan pembinaan ini. Insha Allah.

#ihsanmadani #ihsanku #inspirasikankebaikan #water4life

Ihsan Madani Sharing

20 Nov, 01:10


๐’๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐š๐ก

Alhamdulillah, serahan barang basah telah selesai dilaksanakan di Rumah Titian Kaseh Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semoga anak-anak menikmati makanan ini dengan gembira dan rasa syukur yang tidak terhingga.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki kepada anak-anak ini. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

#ihsanmadani #ihsanku #inspirasikankebaikan #zerohunger

Ihsan Madani Sharing

19 Nov, 07:18


๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ˆ๐ก๐ฌ๐š๐ง
๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐ˆ๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ข

KUALA KETIL, KEDAH โ€“ Proses pembinaan ternakan kolam ikan keli di Rumah Anak Yatim Sinar Kasih Darul Aitam sebagai satu inisiatif bagi rumah anak yatim ini mendapatkan hasil bagi perbelanjaan harian dan sebagainya. Selain itu, dengan ternakan ikan keli ini juga sebagai lauk pauk makanan anak-anak tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan kolam ikan keli tersebut.

Semoga Allah membalas amal kebaikan kamu semua, Aamiin, Insha Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembinaan kolam ikan keli tersebut. Juga akan membawa manfaat kepada penduduk Rumah Anak Yatim Sinar Kasih Darul Aitam sesudah selesai pembinaan kolam tersebut.

Tuan/Puan boleh ikuti perkembangan kami melalui akaun sosial media kami, Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing
Facebook:
โ€ข Ihsan madani
Instagram & Tiktok:
โ€ข Pertubuhanihsanmadani

Bagi menghulurkan sumbangan, sumbangan boleh disalurkan ke nombor bank yang tertera, semoga Allah memberkati rezeki Tuan/Puan sekeluarga Aamiin, Insha Allah.

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Ikuti juga perkembangan kami di akaun sosial media Pertubuhan Ihsan Madani. Juga sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Hubungi kami: +6011 2700 2003


Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing

Facebook:
โ€ข Ihsan madani

Instagram & Tiktok:
โ€ข Pertubuhanihsanmadani

#ihsanmadani #ihsanku #inspirasikankebaikan #inisiatifihsan

Ihsan Madani Sharing

18 Nov, 03:25


๐’๐š๐ฆ๐š-๐’๐š๐ฆ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐š

Alhamdulillah, Terima Kasih diucapkan kepada hamba allah memberi sumbangan makan petang kepada anak anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Rukaiyah. Rezeki anak-anak menikmati juadah yang juga dirasai seperti anak-anak yang lain di luar sana. Semoga anak-anak ini menikmati dan mensyukuri rezeki yang telah diberikan. Semoga anak-anak ini menjadi hamba allah yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara Insha Allah.

Bagi menghulurkan sumbangan, saluran sumbangan ke nombor bank yang tertera, semoga Allah memberkati rezeki Tuan/Puan sekeluarga Aamiin, Insha Allah.

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Ikuti juga perkembangan kami di akaun sosial media Pertubuhan Ihsan Madani. Juga sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Hubungi kami: +6011 2700 2003

Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing
Facebook:
โ€ข Ihsan madani
Instagram & Tiktok:
โ€ข Pertubuhanihsanmadani

#ihsanmadani #ihsanku #inspirasikankebaikan #zerohunger

Ihsan Madani Sharing

15 Nov, 04:01


๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.

Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji.

Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #1minithadissetiapjumaat

Ihsan Madani Sharing

14 Nov, 22:05


๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ, ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก โœจ


Pada hari yang penuh kemuliaan ini, bersama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Salah satu cara untuk mendapatkan keberkatan di hari Jumaat dengan bersedekah.
Setiap sen yang kita dermakan, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT. Sedekah bukan hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menyucikan harta kita dan membuka pintu rezeki.


Jom, bersama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan. Sedekah Jumaat, sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya.


"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di hari Jumaat." (HR. Bukhari)


Semoga amalan kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin ๐Ÿคฒ


Projek Pembangunan Ihsan Madani:
๐Ÿ“Œ Water4Life
1. Infaq Pembinaan Telaga Air Afrika & Nepal: ezy.la/crm-afrikaw4l
2. Infaq Pembinaan Sistem Air Bersih Pondok Ibadurrahman: ezy.la/ibadurrahman
๐Ÿ“Œ Anak yatim/asnaf
1. Bantuan Makanan/Kebajikan Anak-Anak Yatim: ezy.la/crm-ayah


ATAU


MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997


Sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6011 2700 2003


#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sedekahjumaat

Ihsan Madani Sharing

14 Nov, 03:48


๐–๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ’ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐

Selatan Thailand โ€“ Pembinaan tandas dan tangki air Pondok Ibadurrahman, Kampung Braul Yarang, Pattani, Thailand sedang dalam proses pembinaan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan tandas dan tangka air Pondok Ibadurrahman ini, Aamiin.
Alhamdulillah, kerja lantai bahagian bawah siap sepenuhnya. Kerja-kerja lantai atas, sedang dijalankan.
Jadual pembinaan tergendala sedikit kerana cuaca hujan di kawasan pembinaan.

Sebarang update dari pihak mereka kepada kami, akan kami sampaikan kepada anda dari semasa ke semasa, Insha Allah.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan tandas dan tangka air ini.
Semoga Allah membalas amal kebaikan kamu semua, Aamiin, Insha Allah.

Semoga pelajar dan penetap di Pondok Ibadurrahman ini dapat manfaat dengan pembinaan ini. Insha Allah

Tuan/Puan boleh melakukan sumbangan melalui nombor bank yang tertera, semoga Allah memberkati rezeki Tuan/Puan semua sekeluarga Aamiin, Insha Allah.

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Ikuti juga perkembangan kami di akaun sosial media Pertubuhan Ihsan Madani. Juga sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Hubungi kami: +6011 2700 2003

Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing
Facebook:
โ€ข Ihsan madani
Instagram & Tiktok:
โ€ข Pertubuhanihsanmadani

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #water4life

Ihsan Madani Sharing

13 Nov, 23:01


๐’๐ž๐ก๐š๐ญ

KG BUKIT BATU, JOHOR โ€“ Alhamdulillah serahan wakaf katil hospital kepada waris pesakit telah selesai dilaksanakan. Semoga serba sedikit bantuan ini akan meringankan ujian yang ditempuhi mereka Insha Allah.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

Tuan/Puan boleh melakukan sumbangan melalui nombor bank yang tertera, semoga Allah memberkati rezeki Tuan/Puan semua sekeluarga Aamiin, Insha Allah.

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Ikuti juga perkembangan kami di akaun sosial media Pertubuhan Ihsan Madani. Juga sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Hubungi kami: +6011 2700 2003

Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing
Facebook:
โ€ข Ihsan madani
Instagram & Tiktok:
โ€ข pertubuhanihsanmadani

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sehat

Ihsan Madani Sharing

12 Nov, 23:05


๐’๐ž๐ก๐š๐ญ

BUKIT EMAS, SEREMBAN โ€“ Alhamdulillah serahan wakaf katil hospital kepada waris pesakit telah selesai dilaksanakan. Semoga serba sedikit bantuan ini akan meringankan ujian yang ditempuhi mereka Insha Allah.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

Tuan/Puan boleh melakukan sumbangan melalui nombor bank yang tertera, semoga Allah memberkati rezeki Tuan/Puan semua sekeluarga Aamiin, Insha Allah.

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Ikuti juga perkembangan kami di akaun sosial media Pertubuhan Ihsan Madani. Juga sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Hubungi kami: +6011 2700 2003

Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing
Facebook:
โ€ข Ihsan madani
Instagram & Tiktok:
โ€ข pertubuhanihsanmadani

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sehat

Ihsan Madani Sharing

11 Nov, 21:33


๐’๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐š๐ก

Alhamdulillah, serahan barang basah telah selesai dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Teratak Ummi, Gombak dan Rumah Amal Raudatul Jannah, Selangor. Semoga anak-anak menikmati makanan ini dengan gembira dan rasa syukur yang tidak terhingga.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki kepada anak-anak ini. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

Tuan/Puan boleh melakukan sumbangan melalui nombor bank yang tertera, semoga Allah memberkati rezeki Tuan/Puan semua sekeluarga Aamiin, Insha Allah.

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Ikuti juga perkembangan kami di akaun sosial media Pertubuhan Ihsan Madani. Juga sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor yang tertera. Terima Kasih ๐Ÿ˜„

Hubungi kami: +6011 2700 2003

Telegram:
โ€ข ihsanmadanisharing
Facebook:
โ€ข Ihsan madani
Instagram & Tiktok:
โ€ข pertubuhanihsanmadani

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan

Ihsan Madani Sharing

11 Nov, 05:04


๐–๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ’ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐

Selatan Thailand โ€“ Pembinaan tandas dan tangki air Pondok Ibadurrahman, Kampung Braul Yarang, Pattani, Thailand sedang dalam proses pembinaan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan tandas dan tangka air Pondok Ibadurrahman ini, Aamiin.

Alhamdulillah, sedang berjalan proses kerja konkrit lantai bawah telah dibuat. Insha allah kerja-kerja ini akan disiapkan dalam minggu ini.

Sebarang update dari pihak mereka kepada kami, akan kami sampaikan kepada anda dari semasa ke semasa, Insha Allah.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan tandas dan tangka air ini.

Semoga Allah membalas amal kebaikan kamu semua, Aamiin, Insha Allah. Semoga pelajar dan penetap di Pondok Ibadurrahman ini dapat manfaat dengan pembinaan ini. Insha Allah

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #water4life

Ihsan Madani Sharing

08 Nov, 00:00


๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian, kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.

Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik. Makanan yang baik ialah makanan yang halal.

Perkara ini tidak menafikan makanan yang berzat dan bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal. Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #1minithadissetiapjumaat

Ihsan Madani Sharing

07 Nov, 21:01


๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ, ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก โœจ

Pada hari yang penuh kemuliaan ini, bersama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Salah satu cara untuk mendapatkan keberkatan di hari Jumaat dengan bersedekah.

Setiap sen yang kita dermakan, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT. Sedekah bukan hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menyucikan harta kita dan membuka pintu rezeki.

Jom, bersama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan. Sedekah Jumaat, sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya.

"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di hari Jumaat." (HR. Bukhari)

Semoga amalan kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin ๐Ÿคฒ

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6011 2700 2003

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sedekahjumaat

Ihsan Madani Sharing

05 Nov, 07:35


๐–๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ’ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐

Selatan Thailand โ€“ Alhamdulillah tahlil, yasin dan doa selamat untuk pewakaf telah selesai sempena pembinaan tangka air dan tandas di Pondok Ibadurrahman, Kampung Braul Yarang, Pattani, Thailand. Video sedikit terganggu kerana cuaca di sana hujan lebat dan angin kuat.

Kuantiti muslimin seramai 54 orang dan muslimat seramai 17 orang (penduduk kg dan pelajar pondok).

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan tandas dan tangka air ini.

Semoga Allah membalas amal kebaikan penyumbang semua, Aamiin, Insha Allah. Juga semoga pelajar dan penduduk di Pondok Ibadurrahman ini dapat manfaat dengan pembinaan ini. Insha Allah

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #water4life

Ihsan Madani Sharing

04 Nov, 11:02


๐’๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐š๐ก

Alhamdulillah, serahan barang basah telah selesai dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Nurulhidayah,Jalan Gurney dan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh. Semoga anak-anak menikmati makanan ini dengan gembira dan rasa syukur yang tidak terhingga.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki kepada anak-anak ini. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan

Ihsan Madani Sharing

01 Nov, 04:37


๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.

Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.

Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu.

Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #1minithadissetiapjumaat

Ihsan Madani Sharing

31 Oct, 22:05


๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ, ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ž๐ค๐š๐ก โœจ

Pada hari yang penuh kemuliaan ini, bersama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Salah satu cara untuk mendapatkan keberkatan di hari Jumaat dengan bersedekah.

Setiap sen yang kita dermakan, walaupun kecil di mata manusia, besar nilainya di sisi Allah SWT. Sedekah bukan hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi ia juga menyucikan harta kita dan membuka pintu rezeki.

Jom, bersama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan. Sedekah Jumaat, sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya.

"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di hari Jumaat." (HR. Bukhari)

Semoga amalan kita diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin ๐Ÿคฒ

Projek Pembangunan Ihsan Madani:
๐Ÿ“Œ Water4Life
1. Infaq Pembinaan Telaga Air Afrika & Nepal: ezy.la/crm-afrikaw4l
2. Infaq Pembinaan Sistem Air Bersih Pondok Ibadurrahman: ezy.la/ibadurrahman
๐Ÿ“Œ Anak yatim/asnaf
1. Bantuan Makanan/Kebajikan Anak-Anak Yatim: ezy.la/crm-ayah

ATAU

MAYBANK
Penama: Pertubuhan Ihsan Madani
No. Akaun: 562209691997

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: +6011 2700 2003

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #sedekahjumaat

Ihsan Madani Sharing

28 Oct, 23:05


๐–๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ’ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข: ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐

Selatan Thailand โ€“ Pembinaan tandas dan tangki air Pondok Ibadurrahman, Kampung Braul Yarang, Pattani, Thailand sedang dalam proses pembinaan. Semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan tandas dan tangka air Pondok Ibadurrahman ini, Aamiin.

Alhamdulillah, telah slesai proses konkrit upper beam (beam atas). Proses curing selama 3 hari dibuat untuk mencapai kekuatan maksimum beam selepas 3 hari, proses untuk membina lantai atas akan dilakukan.
Sebarang update dari pihak mereka kepada kami, akan kami sampaikan kepada anda semua, Insha Allah.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan tandas dan tangka air ini.
Semoga Allah membalas amal kebaikan kamu semua, Aamiin, Insha Allah.

Semoga pelajar dan penetap di Pondok Ibadurrahman ini dapat manfaat dengan pembinaan ini. Insha Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #water4life

Ihsan Madani Sharing

28 Oct, 07:14


๐–๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐’๐ฒ๐ซ๐ข๐š

DEWAN MELATI SEKSYEN7, SHAH ALAM โ€“ Alhamdulillah selama dua hari yang lepas (26&27/10/2024) team Pertubuhan Ihsan Madani telah bersama dengan sebahagian pelajar IPT dan IPTS sebagai volunteer bagi membantu team Syria Care Malaysia dalam proses pegumpulan dan penyediaan pakaian sejuk bagi membantu dan meringankan ujian saudara muslim kita di Syria pada saat genting musim sejuk yang melampau tidak lama lagi.

Kontena yang berisi pakaian sejuk telah selamat dihantar ke pelabuhan bagi proses seterusnya. Semoga allah mempermudahkan setiap urusan dan berkati perjalanan proses tersebut sehingga selamat sampai kepada mereka di sana.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong kami dalam berkongsi rezeki ini. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

#ihsanmadani #syriacare #inspirasikankebaikan #wintersyria

Ihsan Madani Sharing

25 Oct, 06:30


๐–๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐Ÿ’ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐ข: ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ก๐š๐ข๐ฅ๐š๐ง๐

Selatan Thailand โ€“ Alhamdulillah, pembinaan tandas dan tangki air Pondok Ibadurrahman, Kampung Braul Yarang, Pattani, Thailand sedang dalam proses pembinaan. Semoga Allah mempermudahkan urusan pembinaan tandas dan tangka air Pondok Ibadurrahman ini, Aamiin.

Pembinaan upper beam (beam atas) bagi kerja-kerja untuk tapak lantai tangki air.
Kerja sedikit perlahan kerana konkrit perlu dibancuh secara manual, sebelum ini plan order ready mix, akan tetapi lori tidak dapat memasuki Pondok Ibadurrahman akibat jalan ditutup.

Sebarang update dari pihak mereka kepada kami, akan kami sampaikan kepada anda semua, Insha Allah.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mempercayai Pertubuhan Ihsan Madani dalam proses pembinaan tandas dan tangka air ini.

Semoga Allah membalas amal kebaikan kamu semua, Aamiin, Insha Allah. Semoga pelajar dan penetap di Pondok Ibadurrahman ini dapat manfaat dengan pembinaan ini. Insha Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #water4life

Ihsan Madani Sharing

18 Oct, 13:02


๐’๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ค๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง
๐Œ๐ข๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐ˆ๐Œ ๐ƒ๐ข ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š

Alhamdulillah, selesai serahan bakul makanan Alor Setar dan Kuala Kedah. Beberapa penempatan seperti Kampung Seberang Pumping, Kampung Kilang, Kampung Tanjung dan Kampung Tanjung Bedil yang terjejas akibat banjir teruk.

Salam takziah daripada kami warga Ihsan Madani kepada mangsa banjir di Kedah. Semoga Allah mengangkat musibah yang sedang berlaku ini, Aamiin.

Juga, semoga dengan bantuan bekalan makanan ini dapat meringankan bebanan yang menimpa mangsa banjir, Insha Allah.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki ini. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #ihsanrelief

Ihsan Madani Sharing

18 Oct, 08:13


๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐‡๐š๐๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ

Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan #1minithadissetiapjumaat

Ihsan Madani Sharing

16 Oct, 01:37


๐’๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐š๐ก

Alhamdulillah, serahan barang basah telah selesai dilaksanakan di Rumah Titian Kasih Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semoga anak-anak menikmati makanan ini dengan gembira dan rasa syukur yang tidak terhingga.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam berkongsi rezeki kepada anak-anak ini. Semoga Allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan

Ihsan Madani Sharing

15 Oct, 22:02


๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š!๐Ÿฝ๏ธ

Makanan adalah nikmat yang menghubungkan kita dengan alam, budaya, dan sesama manusia. Namun, di sebalik kelimpahan yang kita nikmati, masih ramai di luar sana yang bergelut dengan kelaparan.

Sempena Hari Makanan Sedunia ini, mari bersama-sama kita menghargai setiap suapan yang kita terima dan memikirkan mereka yang kurang bernasib baik. Dengan setiap langkah kecil, kita dapat mengurangkan pembaziran makanan, menyokong petani tempatan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

"๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ."

Mari kita jadikan hari ini sebagai peringatan untuk bertindak, berkongsi, dan terus memupuk kesedaran tentang kepentingan makanan yang sihat, berkhasiat, dan mencukupi untuk semua.

Makanan adalah hak asasi, bukan kemewahan. ๐ŸŒพ

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan

Ihsan Madani Sharing

15 Oct, 01:57


๐“๐ž๐ซ๐š๐ฌ: ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง

Hampir dua hari bertungkus lumus memasang meja belajar ๐Ÿ˜‚, Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Semoga Adik Firas dapat belajar dengan lebih tekun dengan keselesaan yang ada ini.

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang dan mereka yang sentiasa menyokong Pertubuhan Ihsan Madani dalam menjayakan program kami ini. Semoga allah membalas amal kebaikan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Aamiin Insha Allah.

#ihsanmadani #inspirasikankebaikan

Ihsan Madani Sharing

14 Oct, 13:03


KAJANG, SELANGOR โ€“ Pertubuhan Ihsan Madani telah mendapat kunjungan hormat daripada Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM). Saling bertukar-tukar cerita dalam menguruskan pelbagai program dan pengalaman dalam skop NGO ini.

Selain itu kami juga bersama menghargai antara satu sama lain dalam program yang berlangsung. Semoga ukhwah ini berkekalan sehingga akhirnya, Insha Allah.

Terima kasih daripada pihak kami yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak PIKDM datang ke teratak kami.