Tugas beliau adalah untuk membangunkan cabang perniagaan roti di Malaysia.
Pada tahun 1986, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ditubuhkan melalui usaha sama dengan QAF Limited, sebuah syarikat kumpulan makanan yang tersenarai di Singapura.
QAF Limited turut mengusahakan jenama Gardenia Singapura, Gardenia Filipina, dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Malaysia.
Namun, sejarah roti Gardenia sebenarnya bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1969 di Sabah dengan nama Gardenia Food Industries.
Menggunakan dana yang disediakan oleh IESC, Uncle Slocum menjalinkan kerjasama dengan Wong Tze Fatt, seorang ahli perniagaan Sabah, dan Jim Humphries, seorang pakar pembuatan krim pastri.
Resipi unik Uncle Slocum menjadi tunjang kepada kekuatan produk Gardenia. Dari Sabah, jenama ini berkembang ke Singapura melalui penubuhan Gardenia International Pty. Ltd., langkah awal untuk mengukuhkan kehadiran Gardenia di Asia Tenggara.
Pada tahun 2021, Gardenia meraikan ulang tahun ke-35 sebagai tanda kejayaan produk pertama jenama ini yang mula dikeluarkan di Malaysia pada tahun 1986.
Kredit: Friends Of IMPAK (FB)