Resepi Masakan Lazat Viral @resepimasakanlazatviral Channel on Telegram

Resepi Masakan Lazat Viral

@resepimasakanlazatviral


Channel "Resepi Masakan Viral" ini dibina bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin resepi paling lazat lazat khas untuk wanita yang suka masak dan suka kumpul resepi :-)

Intai link di bawah 👇👇👇

https://t.me/ResepiMasakanLazatViral

Resepi Masakan Lazat Viral (Malay)

Selamat datang ke Channel "Resepi Masakan Viral"! Channel ini dikhususkan untuk para wanita yang gemar memasak dan suka berkongsi resepi-resepi lazat yang viral di media sosial. Dengan bergabung dengan channel ini, anda akan mendapat pelbagai resepi yang pasti membuat air liur meleleh dan mencetuskan rasa ingin mencuba.

Siapa yang memasak di rumah? Anda pasti mencari idea-idea baru untuk hidangan harian atau untuk jamuan keluarga dan kawan-kawan. Dengan mengikuti channel ini, anda tidak akan kehabisan idea kerana terdapat pelbagai resepi dari makanan ringan sehingga hidangan berat yang boleh anda cuba sendiri di dapur.

Jom sertai kami di Channel "Resepi Masakan Viral" sekarang. Klik link di bawah untuk terus terhubung dan dapatkan resepi-resepi terkini:

https://t.me/ResepiMasakanLazatViral

Resepi Masakan Lazat Viral

21 Jan, 00:17


PIZZA in a cup 🥰 ( dpt 8 papercup)

2 biji telur
3 keping roti (potong cube)
2 btg sosej
2 sb butter (cairkan)
2 sb sos spahetti
5 sb susu cair
1 sb mayonis

campur semua bahan... masukkan dlm papercup.

Kemudian tambah:
2 keping cheddar cis (sekeping potong 4)
nk tambah cis mozarella pun sodap😋

sedikit oregano (hiasan atas cis)
bakar suhu 160 selama 10minit..

selamat menjamu selera😘

Kredit : noriza Zainal Abidin

Resepi Masakan Lazat Viral

20 Jan, 16:59


Resepi semperit susu ( cair dalam mulut ) 🥯
_

bahan :
• 1/2 cawan susu pekat
( kalau nak manis buat 1 cawan )
• 250gram butter
• 400gram tepung jagung
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil essence vanilla

cara2
• masuklan butter , essence vanilla dan susu pekat gaul sebati
• masukkan sedikit demi sedikt tepung jagung dan susu tepung
• kemudian uli sehingga tak melekat pada tangan
• sapu butter pada tray sebelum letak dough
• bakar pada suhu oven 180c/20 minit
( kadang2 suhu ni ikut oven masing2)

sis buat 1 adunan ni dapat la 60pcs

Cc to Ckfaa

Resepi Masakan Lazat Viral

20 Jan, 16:00


COOKIES ALA FAMOUS AMOS 🥰

Bahan-bahan:
* 250 gram Butter
* 1 1/4 cawan Brown Sugar
* 1 sudu kecil Essence Vanila
* 1 biji Telur
* 2 1/2 cawan Tepung Gandum
* 1/2 cawan Tepung Jagung
* 1 sudu kecil Baking Powder
* 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
* 6 sudu besar Minyak Masak
* 2 cawan Coklat Cip
* Almond nips / almond flakes --jika suka

Cara-cara:

1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau bagi sebati je, tak perlu
bersungguh sangat [UPDATE: Ramai yang buat silap kat sini.
Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]

2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati. [UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus
stop, buat step seterusnya]

3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.

4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra. Masih lagi dengan kacau slow2

5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Saya asingkan sikit untuk letak almond nips, so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati juga

6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutuplah sikit adunan tu, nanti bercampur pula dengan bau bawang, petai, budu hehe. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni

7. Sapu tray dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dalam gambar okay [UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama]

8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Jangan gatal2 nak buka oven kejap2 nanti bantat jadinya

9. Famous Amous cookies is DONE! Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy

Kredit: Baizura Muhammad

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Jan, 21:54


Hari² buat creampuff sampai dah hafal resepi😂

Resepi ulangan⬇️

Bahan-bahan untuk krim kastard:
1 ¼ cawan/313ml susu full cream
2 biji kuning telur/1 biji telur
1/4 cawan/55g gula
1 sudu besar/8g tepung gandum/tepung kastard
3 sudu besar/24g tepung jagung
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara² :masak semua bahan Kastard kedalam periuk dan kacau dgn api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dgn plastik. Sejukkan ke dalam chiller.
Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan-bahan untuk choux pastry:
1 cawan/250g air
¼ cawan/56g butter/marjerin
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar/12g gula
1 cawan/125g tepung gandum
3 hingga 4 biji telur saiz B
NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara² :
Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.
Kacau laju2 sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi mcm doh tau. Tutup api.
Biarkan sampai sejuk atau suam2 kuku.
Masuk telur satu persatu, mix sebati.
Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dm 30minit. Ikut oven masing2 ye.
Nak tahu creampuff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing².
Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.

Cc : Tuan Adriana MAHN

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Jan, 09:08


Alhamdulillah.. siap

Biskut kesukaan ank².. Setiap kali nak raya mesti buat 😊
Sambil bakar kami mkn.. hihiihi.. 😋😋

#biskutcoklat

Ada tak yg nak cb buat... he he.. Mudah je.. kacau² guna senduk... Buat ni td pun ank² ada tolong.. sbb senang 😊

BISKUT COKLAT

BAHAN²
250g butter cup ( akak buat guna marjerin Daisy.. sedap jg )
1 biji telur kuning
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung jagung
3 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus
1 sdk esen vanila
Coklat urai @ coklat chip utk hiasan

CARA BUAT
Kacau butter dan kuning telur.. akak guna senduk je.. kacau sebati
Masukkan gula halus dan esen vanila.. kacau lagi
Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sikit².. tambah tepung kalau adunan lembik.. tp jgn keras sangat.. sedang² tak lekat di tangan.. uli sebati
Tekap adunan.. sapu telur.. tabur coklat urai @ coklat chip
Bakar suhu 160°c.. 30mnt ( ikut oven masing² ye ).

Kredit Norhaslinda MD Radhzi

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Jan, 09:07


Makanan ringan kentang 🥔😋👍

Bahan yang diperlukan:
~ 500 gr kentang, direbus (±30 minit)
~ 7 sudu besar tepung jagung
~ ½ blok keju, parut
~ Boleh guna daun saderi sahaja

Optional: boleh tambah garam dan perasa ikut citarasa (sebenarnya dah ada rasa sedap dari cheese tu kan)

Langkah pembuatan:
Tumbuk kentang dengan garfu (boleh guna ayak), masukkan tepung jagung, keju parut dan saderi, kacau rata
Masukkan doh dalam plastik jernih, ratakan dengan rolling pin, setelah ketebalan sekata, potong plastik kemudian potong kecil.
goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili..

Petua: untuk mengelakkan mereka melekat bersama, selepas menambahnya ke dalam minyak, goncangkan sedikit.
Selamat mencuba ☺️

Kredit: empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Jan, 06:19


Salam ni bukan masak apa tak jadi. Cuma nak cakap sedap sangat puding mangga kastard ni. Rasa lemak2 dari susu cair dan masam manis mangga, memang ngam.. buat je pun senang. Terima kasih pada empunya resepi 😊

🥭Resepi puding mangga kastard🥭

1 tin susu cair
3 tin air masak ( sukat guna tin susu)
3 sudu besar tepung kastard
(ketiga-tiga bahan ni kacau dulu tanpa letak atas api sehingga tepung kastard sebati dengan bancuhan susu)

Letak atas api dan kacau sehingga likat. Letak gula dan susu pekat secukup rasa dan sedikit garam untuk naikkan lemak kuah ini.

Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan sejuk. Sesekali kacau
Bila sudah sejuk boleh letak dalam bekas dan letakkan buah-buahan pilihan

Tips:
1. Kalau kuah masih cair, bancuh 1 sudu tepung kastard dlm setgh cwh air masak sampai sebati. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm kuah hingga dapat kepekatan yang diingini.

2. Kepekatan yang biasa saya buat lebih kurang pekat mcm santan kara. kalau terbuat pekat,blh tambah air atau susu atau biarkan saja. bila nak makan gaul dgn ketulan ais, lagiiiiii sedap. seejukkkk kt tekak😊

Kredit:empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Jan, 05:31


Pergi pasaraya ada offer tepung pau. Beli 1 peket je walaupun harganya tengah murah.
Masa awal belajar buat pau tepung ni la yang kak chik duk guna ☺️☺️☺️
Lama kelamaan cuba guna tepung gandum pulak.
Alhamdulillah... sambutan customer tetap sama mcm sebelumnya.
Nak kata kalau guna tepung gandum, pau jadi kuning takde la kuning sangat kan 🥰
Sebenarnya lebih mudah guna tepung gandum sebab jimat kos 😅....

4 cawan tepung pau (500gm)
2 sdm gula halus
1 sdm susu pekat manis
1 sdm shortening
1 sdm minyak masak
1 sdt baking powder

275 air suam
1 sdm susu pekat manis
1 sdm gula
1 sdm yis (5gm)

Kredit empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Jan, 05:20


RESIPI BUTTER CHEESE CAKE ala2 Kek MITA😍

bahan2
3/4 cawan butter
1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese
1 cawan gula castor
5 biji telur (A)
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum } ayak
1 + 1/2 sk baking powder } sekali

Cara-cara membuatnya:

– Mix butter + cheese hingga kembang..

– Masukkan gula sedikit demi sedikit, mix hingga putih creamy …

– Masukkan esen vanilla + garam..

– Masukkan telur sebiji demi sebiji, mix lagi hingga gebu..

- Masukakn tepung sedikit demi sedikit, mix sebati..

– Bake 160°c 45- 1 jam @ sehingga masak..

* sis guna loyang bulat 8″
selamat mencuba
MUST TRY!!!

Credit empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

27 Nov, 23:12


Sekarang loaded nachos cheese tengah viral kan..😍
Jom buat sendiri je di rumah tentunya puas makan..😋

RESEPI LOADED NACHOS CHEESE

Bahan2 inti:

500g daging kisar
3 biji bawang putih
2 sdb serbuk lada hitam
Garam gula
**Goreng sampai masak

Bahan2 hiasan:
Potong dadu
1 biji tomato
1 biji bawang merah
1 biji lada benggala setiap warna
Daun ketumbar

Sos Hijau
1/2 cen mayonis
3/4 biji cili hijau
1 biji lemon/ limau nipis
Daun ketumbar
Sedikit air utk blend
Blend lumat

Sos Putih
3 biji bawang putih
1 sdb lada hitam halus
1 sdb yogurt
1 sdb cream cheese
1/2 cwn mayonis
Parsley
Garam gula secukupnya
Sedikit air utk blend

Sos Cheese
Cikbee guna brand Swiss bear

Selamat mencuba!

Kredit resepi dan foto : syabiebieyhalym

Resepi Masakan Lazat Viral

27 Nov, 21:51


Alhamdulillah❤️

Kuih KASWI GEDIK
Resepi ambil dlm group ni juga..
Menjadi gedik & lembutnya.👍

Resepi Kuih Kaswi Gedik
Bhn-
** 1 cwn gula merah
** 1/2 cwn gula putih
** 2 cwn air
** Sehelai daun pandan
(Masak sehingga mendidih dan sejukkan....)

** 2 cwn tpg gndm
**1/2 cwn tpg ubi
** 2 cwn air lg
** 2 sudu besar air kapur
** Sedikit garam

Cara-
Masukkan bahan diatas didlm bekas/ mangkok kemudian tuangkan air gula merah yg dh ditapis tadi.kalau nk warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat..kacau sebati..
Pastikan air kukusan tu dh mendidih..
Sapu loyang dgn sedikit minyak baru masukkan adunan tu..
Kukus selama 45 minit atau pun sejam..
Sejukkan dulu lepas tu boleh la potong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam....siappp ...

Foto&airtangan- Eniza M. Salim
Kredit resepi-Jamilah Jamilah

Resepi Masakan Lazat Viral

27 Nov, 15:02


RESEPI TALAM UBI KAYU

BAHAN LAPISAN BAWAH :

2 cawan ubi kayu yg telah di blend & ditapiskan airnya
(sukatan ini termasuk pati ubi yg termendap dibwh air tapisan)

1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan-disimpul

BAHAN LAPISAN ATAS

2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam halus

CARA MEMBUATNYA :

1. (Lapisan Bawah) Potong ubi kayu kecil2 & blend hingga halus. Tapiskan airnya & tekan dgn senduk supaya ubi kering drp air. Boleh juga diperah dgn menggunakan kain. Biarkan seketika dlm 15 minit supaya pati terbentuk di bawah air tapisan tadi

2. Setelah 15 minit, buang air tapisan & ambil pati ubi. Campur ke dlm ubi yg di blend tadi. Kacau sebati.

3. Masak santan bersama air, gula melaka, gula pasir & daun pandan hingga gula larut. Tapiskan & tuang ke dlm ubi. Kacau rata.

4. Alas loyang 10 x 10 dgn plastik wrap. Tuang adunan & kukus selama 30 minit. Buka penutup pengukus setiap 10 minit utk buang air pd penutup pengukus supaya air tidak menitik di atas kuih. Boleh juga balut penutup dgn kain.

5. (Lapisan Atas) Satukan semua bahan2 di dlm kuali. Kacau di atas api kecil hingga keluar wap sahaja, jangan sampai mendidih.

6. Setelah lapisan bawah masak, tuang adunan lapisan atas perlahan2. Kukus semula 30 minit.

7. Sejukkan di dlm peti ais dulu baru di potong. Sedap di makan sejuk2

Kredit : Nor Al Fatihah

Resepi Masakan Lazat Viral

27 Nov, 14:58


Tips ayam goreng crispy

Resepi Masakan Lazat Viral

27 Nov, 04:09


RESEPI CUCUR UDANG - tanpa yis/ soda bikarbonat

Bahan-bahan:
* 500gm tepung gandum
* 250gm taugeh
* 150gm daun bawang - dipotong kecil
* 150gm bawang besar - dihiris
* 1 sudu teh garam
* 1/2 sudu teh serbuk kunyit
* 2 biji telur
* Udang - dibuang kulit
* Lobak merah - optional
* Cili merah - optional

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati
2. Biarkan sebentar selama 30 minit sebelum menggoreng

Nota:
1. Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam, boleh tambahkanlan sesudu marjerin untuk lebih rangup

Kredit: Aezach AR

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:46


Orang tengah tido kita tengah isikan botol dengan tart nenas . Kalau dah nk makann tu dan2 teruss buattt ! Satu2 nya biskut raya fav sayaaa . Gebu berlemak dgn pure butter !

Resepi Asal KakNor dari YatieMemories . TQ YATIEMEMORIES FOR THE BEST RESEPI .

250 gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Cara:
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. bakar dlm 25 minit.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

Sumber : Yatie Memories .
Kredit : Amyermis Zakri

sayam dari saya Dato Nurizz
muuaahhh

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:42


KEK LAPIS PREMIUM (KUKUS)

RESEPI: MARBLE CHEESE
SAIZ LOYANG: 9×9×5

✅️ BAHAN CHEESE
1 kg cream cheese
250gm gula castor
2sk creamy vanilla
4 biji telur gred AA
3sm tepung pau
Pewarna putih(optional)

✅️ CARA ADUN
1. Pukul cream cheese dan gula castor sampai kembang dam gebu.
2. Masuk telur 1 persatu. Sebatikan.
3. Masuk creamy vanilla, tepung pau dan pewarna putih. Sebatikan.

✅️ BAHAN COKLAT
300gm mentega
250gm gula halus
4 biji telur gred AA
250gm tepung pau
60 gm coco powder
100gm milo
200gm susu pekat manis

✅️ CARA ADUN
1. Pukul mentega dan gula castor sampai kembang dan gebu.
2. Masukkan telur 1 persatu. Sebatikan.
3. Masukkan susu pekat. Sebatikan.
4. Masuk coco powder, milo dan tepung pau. Sebatikan.

✅️ CARA BAHAGI ADUNAN
Adunan cheese bahagi kpd 2 bahagian
Adunan coklat bahagi kpd 3 bahagian

✅️ CARA KUKUS
✍️Pastikan air di dalam pengukus sudah mendidih.
✍️ Guna api perlahan sahaja ketika mengukus.
1. Masuk adunan coklat ke dlm loyang. Kukus 30 minit atau sampai masak.
2. Masuk adunan cheese. Kukus 30 minit atau sampai masak.
4. Masuk lagi adunan coklat. Kukus.
5. Masuk adunan cheese. Kukus.
6. Masuk adunan coklat. Kukus.

✍️ Permukaan loyang hendaklah ditutup menggunakan aluminium foil sepanjang proses mengukus.

SELAMAT MENCUBA

Kredit : empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:34


🌶️🍪🌶️🍪🌶️🍪🌶️🍪🌶️🍪

Kami dah siapkan semua.
Tak perlu penat2 nak masak

💕 👇🏻
https://api.whatsapp.com/send/?phone=60129297268&text=**NakJoinJualSambalCookiesSnack

WANITA sahaja

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:34


Jika Berminat Picit Sini 👇

http://Www.wassap.my/60129297268/**NakJoinJualSambalCookiesSnack

WANITA sahaja

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:34


Jika Berminat Picit Sini 👇

http://Www.wassap.my/60129297268/**NakJoinJualSambalCookiesSnack

WANITA sahaja

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:30


Ni bukanlah resepi authentic carbonara.

Tapi resepi ni guarantee sedap & sgt senang utk buat especially kalau ada tetamu dtg tiba2 / last minute nak masak.
30 minit siap masak ni.

Sauce ni cukup utk 1 pack (500 grams) spaghetti.
Spicy Carbonara
Bahan tumis :
Butter & Olive Oil (utk menumis)
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus (mmg rasa mcm banyak kan, tp sedap gila byk garlic ni)
4 ke 6 batang cili padi hiris halus (kalau nak pedas lagi letak la lebih)
Protein : dada ayam / udang / beef pepperoni / salami ikut la apa yg ada

Other :
1 tin button mushroom (any brand) atau boleh pakai fresh button mushroom atau swiss brown mushroom
Boleh tambah capsicum kalau suka

Sauce :
1 tin Prego cheese & herbs (kuning) & 1 tin Prego Sauce Carbonara Mushroom (biru)
1 tin Full cream dutch lady (guna je tin prego utk sukat)
1 kotak kecik cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam
Garam & Blackpepper
Italian Mix herbs

Masukkan je bahan2 ikut turutan ni 👆🏻
Adjust kepekatan sauce guna susu full cream dutch lady.
Kalau nak berkuah lagi tambah susu.
Selamat mencuba

Kredit: Ayu Mashruddin

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:27


MAMA CAREY versi sy..resepi dr azlita aziz.
Tahun ni sy tukar design sebab byk masa..😁

Bahan
200g butter/mentega (sukeati la nk pakai apa)
100g gula castor
1 biji kuning telue
1 sk esen vanila

Bahan ayak
260g tepung red rose/tpg gandum
50g susu tepung
50g tepung jagung

Cara
Pukul mentega n gula hingga sebati
Masuk kuning telo n esen, pukul sebati.
Masuk bahan2 yg diayak sikit demi sikit dan uli hingga jadi doh yg lembut dan tak melekat ditangan.
Masuk doh dlm beg plastik atau cover bekas dgn plastik wrap. Simpan peti for 15 min.

Panaskan oven 150 C..
Sediakan loyang pembakar..oles sikit mentega..
Keluarkan doh dan canai di atas 2 lapik plastij spy tak melekat2. Terap acuan.
Susun atas dulang pembakar. Bakar selama 10 min(setengah masak).
Kemudian biar sejuk. Biskut da sejuk baru kite letak icing ya..

Icing
1 biji putih telur
1 sb tepung jagung
90g gula icing.

Utk icing yg licin..pukul putih telo hingga bertanduk..masuk gula icing putar sebati..then masuk tepung jagung putar hingga likat..
Letak icing ataa biskut. Lorek ikut suke.. Yg ori design pakai coffee loreknya. Bakar lagi pasa suhu 150 c selama 10-15 min. Tips klu sentuh dgn jari da keras tak retak tu da bole kua kan ye. Jgn bakar sampai kuning lak..

Utk kekemasan dan lagi cepat sy suke pakai piping bag senang sampai ke sudut n lekuk.. Piping membuncit sikit..
Lorek guna lidi hujungnya potong dan ditajamkan lagi utk dapatkan daun n tangkai yg halus...
Selamat mencuba..

Kredit : SH Sue Wood (mahn)

Resepi Masakan Lazat Viral

26 Nov, 13:16


Salam. Terima kasih kepade empunya resepi. Saya buat menjadi. Guna 100% resepi asal. Buat tambah pendapatan juga. Allamdulillah. 😊

Puding laici berkuah. Sedappp ngatttt makan time sejuk sejuk. 🤤 Laici pon banyak. Ade air laici juga sebagai kuah pada puding ni. 😋

~~~~~~~~

Edit post :

Saya share resepi kat sini la ye memandangkan ramai yang susah nak scroll balik naik atas ye😊

Resepi puding laici berkuah

10 gram agar² serbuk
2 litre air
2 cawan gula
2 tin laici
1 tin susu cair

Cara cara :

∆ masak air dengan gula sehingga mendidih
∆ kemudian masukkan serbuk agar agar bersama air laici sikit saya masuk kan 1/4 cup kalau nak lebih boleh masuk kan 1/2 cup, lepas tuh masukkan susu cair kacau kacau tutup api
∆ saya tinggal kan lebihan air laici untuk letak atas puding tuh nanti.
∆ siap basah kan acuan kalau pakai acuan. Tuang dalam acuan.
∆ dah sederhana sejuk agak agak keras baru tuang sikit air laici atas puding tadi.
∆ tabur kan laici
∆ sejukkan dan siap di ngapp! 😋😋

Kredit resepi asal kepada : as leasuyku
Resepi di olah oleh : astaen jay

Bagi yang bertanya harga saya tuh. Hihi
Kalau nak buat jualan ikut harga bahan² ye. Kalau dapat bahan murah, jual la murah ye 😊

Kredit empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

20 Nov, 13:41


Resepi Waffle ranggup diluar.. Lembut didalam..

Bahan - bahan:

👉2cawan tepung gandum
👉2 cawan air
👉1/3 cawan minyak
👉1biji telur
👉1 1/2 sudu baking powder
👉2 sudu susu tepung
👉2 sudu gula
👉Secubit garam

Dah siap..perisakan ikut kesukaan korg..
Selamat mencuba😁

credit : Bunga Indah
Terima kasih

Resepi Masakan Lazat Viral

20 Nov, 13:37


Ayam bakar is doneee ❤️

Bahan-bahan:
- Madu
- Bwg putih tumbuk
- Halia tumbuk
- Lada hitam tumbuk
- Sos bbq
- Sos tiram
- Sos manis abc
- Kicap cap udang
- Serbuk cili/paprika
- Minyak bijan 1 sudu
- Minyak jgung / butter 1 sudu

Kaedah: Oven, panaskan oven 250 °c selama 15 minit baru masukkan ayam, suhu 170°c 45 minit atau hingga masak

NOTA: Pada minit ke 30 angkat ayam & salutkan semula dengan sisa perapan dan sambung masak ayam 😍

Tip: sebelum perap pastikan ayam tak basah dan tak berair

Kredit: siti fatimah

Resepi Masakan Lazat Viral

20 Nov, 13:36


❤️ Resepi Biskut Semperit ❤️

Bahan2 :
250 gm butter
2 biji kuning telur
1 cwn gula aising
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 - 100 biskut )

Cara2:
1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu
2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 & uli hingga jadi doh
3 .Terap menggunakan acuan semperit,dan hias dgn ceri merah
4. Akhir sekali,bakar pd suhu 180'c api atas bawah selama 15 -20minit

Nota:
1. Sukatan 1 cwn= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung kastard bewarna pudar,sy syorkan tepung kastard jenama nona @ bird custard
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar,letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit

Kredit empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

20 Nov, 13:09


Teringin nak mkn kaya ball.. jd buat le..

250g tepung gandum
1 sk baking powder
1/4 sk garam
*ayak sama

125 gm butter (sye pakai marjerin pelangi je)
75 gm gula halus
200 ml susu segar ( sy pkai susu cair)
3 biji telur
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hijau

Cara2
1. Pukul butter ngan gula hingga sebati.
2. Masukn telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
3. Masukn pewarna hijau dan pes pandan.
4. Masukn tepung yg diayak selang seli dgn susu cair.
5. Bila dah sebati.. isi dlm piping bag.
6. Panaskn acuan. Oles minyk supaya tidak melekat.
7. Isi bancuhan adunan td separuh.. taruk kaya.. pastu taruk bancuhan adunan balik
8. Bakar dlm oven 170c selama 20 minit
* sye pkai dapur gas je (alas kuali leper, letak acuan, pastu dah masak je bahagian bawah.. terus keluar kn dlm kuali leper lain.. masak lak bhgian atas dia).

Selamat mencuba..

Resepi nie sye amik dr azlita masam manis...

Kredit Resepi : nur syuhadah abdullah

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Nov, 22:49


Resepi Burnt Cheesecake

Masak dalam airfryer je ni guys !
Helok sempurna rupa cheese cake nya.

Bahan-bahan :
Cream cheese 250g
Gula halus 1/2 cawan
Telur 3biji
Tepung gandum 2 sudu besar
Whiping cream 125ml

Cara masak :
1. Blender semua bahan hingga lembut.
2. Masukkan dalam loyang 6” dan AF dgn suhu 180°C selama 25 minit.
3. Dah siap, biarkan sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Bila dah sejuk, baru potong.

Selamat mencuba👍👍

Perkongsian : Rizal KingRiz

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Nov, 15:49


RESEPI CHICKEN CHOP RANGUP
Bahan-bahan:
* 1 keping bahagian dada ayam
* 1 biji telur
* 1 sudu tepung bestari
* 1 sudu tepung ubi
* Serbuk roti secukupnya
* Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Celupkan dada ayam yang telah dihiris nipis ke dalam telur, tepung bestari, tepung ubi dan secubit garam.
2. Gaulkan sehingga agak pekat – boleh tambahkan tepung jika masih cair
3. Kemudian celupkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan dan sedia untuk dimakan bersama mayonis atau cheezy mayo
Kredit: Kak Haney

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Nov, 15:44


Biskut ALA Famous Amos ni antara kegemaran seisi 1 rumah...Salah satu biskut jualan saya tiap2 tahun...Rahsia untuk wangikan biskut adalah butter oil..
Resepi ni dapat dari kawan.. So untuk korang yang nak buat biskut ni,tambah sedikit butter oil..Memang semerbak harum bau biskut ni

Saya edit untuk resepi dikongsi bersama

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Bahan – bahan
Bahan A (Dikacau sebati):
250 gram mentega
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil butter oil(wangikan biskut)
1 biji telur kuning

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
1 cawan cip coklat
1 cawan badam cincang(disangai)

Cara – cara memasak:
-Kacau kesemua bahan A sehingga sebati.
Setelah dikacau sehingga sebati, masukkan bahan B.
-Gaulkan lagi dan kacau rata kesemua bahan kecuali cip coklat & badam cincang.
Apabila sudah sebati, tambahkan cip coklat &badam
-Apabila sudah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
Selepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar.
-Semasa susun di atas loyang, jarakkan jauh sedikit di antara satu sama lain untuk beri ruang kepada biskut untuk mengembang.
-Bakar selama 20 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah atau mengikut kepanasan ketuhar masing masing.

Kredit : Ema Nurida

Resepi Masakan Lazat Viral

19 Nov, 02:02


Rahsia Cendawan Goreng Tepung Sedap, Elok Kejadiaanya, Tak Berminyak dan Ranggup..

Bahan:
▪️Cendawan
▪️1 cawan tepung ubi
▪️1 cawan tepung jagung
▪️4 sudu tepung bestari
▪️sedikit garam
▪️sedikit serbuk lada hitam
▪️1 biji telur

Cara:
1. Cuci cendawan dan keringkan guna tisu dapur.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk.
3. Sediakan bekas yang ada penutup, campur kesemua tepung tadi, garam dan serbuk lada hitam. Goncangkan.
4. Panaskan minyak, minyak letak banyak sikit. Api jangan kuat sangat.
5. Gaulkan cendawan dalam telur angkat dan golek-golek/goncangkan dalam tepung dan goreng.

Kredit : Norzaliza Eja

Resepi Masakan Lazat Viral

05 Nov, 22:41


Asalamualaikum
Nah resepi donut gebu utk korang.
Ayu tak pro tau, tp kalau korang ikut inshaaAllah hasilnya gebu&lembut je donut ni. Maaf pd yg jual donut kalau rasa resepi ni salah. Sbb resepi ni je Ayu selalu buat utk anak2&family makan🥰

240gm tepung gandum
40gm gula
2Tbsp susu tepung
4-5gm yis

⬆️gaul semua diatas dan tuangkan 120gm susu full cream dlm adunan atas(sikit2 yaa)

Dah sebati, masukkan 2 tbsp majerin/butter & 2 cubit garam
Uli guna mixer ( ayu guna hook utk roti )
Mix sampai adunan doh jd elastik.
Dah siap korang boleh potong nk besar mana,
Ayu timbang 45gm tiap doh.
Tiap doh yg dah timbang tu korang bulatkan (teknik rounding boleh tengok youtube)

Dah bulatkan semua doh biarkan sekejap dalam 10-15minit bg kembang sikit then korang lubangkan lah tgh2 tu.
Dah siap lubangkan biarkan dulu sampai betul2 gebu kembang baru goreng tau!

Goreng dgn minyak yg byk& api perlahan je.
Donut ayu buat ni tak betul2 elastik sgt sbb anak ayu tak sabar nk makan. Sbb tu rupa tak smooth elok🤭
Tp rasa ttp lembut tauuu. Gebu je☺️

Selamat mencuba!

Kredit : mas ayu

Resepi Masakan Lazat Viral

04 Nov, 09:52


Biskut Butter Cheese🧈🧀

Bahan-Bahannya :
250g mentega
150g gula
375g tepung gandum
60g tepung jagung
150g keju cheddar parut
20g coklat rice

Cara-Caranya :
-Satukan butter, gula dan gaul sebati. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sedikit demi sedikit hingga sebati.

-Baru masukkan keju cheddar, coklat rice dan gaul rata. Kemudian terap guna acuan pilihan dan bakar pada suhu 160°C selama 30 minit.

Kredit : empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

01 Nov, 17:35


APAM GULA HANGUS

Bahan gula hangus :
1 cawan gula
1 cawan air

Cara-cara :
1. Masak gula sampai perang, kemudian tuangkan air dan kacau sebati.
2. Sejukkan.

Bahan apam :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sb gula
2 sb susu pekat manis
2 sb marjerin
1/2 cawan minyak masak/jagung
2 biji telur
1 st soda bikarbonat

Cara-cara :
1. Blend marjerin, telur, susu, minyak, soda bikarbonat dan gula.
2. Masukkan gula hangus, blend sekejap hingga sebati.
3. Masukkan tepung, blend lagi.
4. Oles sedikit minyak pd acuan dan tuangkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit dengan menggunakan api yang kuat dan lagi 20 minit dengan api sederhana.

Selamat mencuba

Kredit empunya resepi

Resepi Masakan Lazat Viral

01 Nov, 09:39


RESEPI PUDING BISKUT 3 BAHAN GERENTI JADI

Cuti-cuti ni memacam jenis kuih pulak kita cuba. Ofkos yang ringkas dan confirm jadi. Yang ni memang menjadi walaupun guna 3 bahan je.

Bahan digunakan :
==============
Biskut Hup Seng 20 keping
Susu pekat 1/2 gelas
Telur 4 biji

Cara buat :
=========
1. Rendam semua biskut dalam air suam hingga kembang. Kemudian tapis.
2. Masukkan biskut yang dah direndam, susu dan telur ke dalam blender.
3. Kisar semua hingga halus.
4. Bahagi kepada dua bahagian untuk warnakan.
5. Sapu loyang dengan planta dan tepung supaya kuih tak lekat nanti.
6. Kukus lapisan pertama 7 minit. Kemudian tambah lapisan kedua.
7. Kukus 20 minit atau hingga masak. ITS DONE!

Mudah je kan? Rasa pun memang sedap. 1 acuan ni sekejap je habis untuk minum petang. 😋😋

Selamat mencuba!

Kredit : Mala Mansor

Resepi Masakan Lazat Viral

01 Nov, 04:10


Nampak mudah ni . Jom buat makan petang nanti

Popia bergediL 🤤

RESEPI

{Bahan-Bahan}
•Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
•Daun Sup/bawang dihiris halus
•Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus
•Bawang goreng
•Bawang putih digoreng dan ditumbuk
•Lada cili / merah ikutla rentak rasa uolls

Cara-Cara:
1) Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.
2) Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di mane bhagian yang tak lekat tu k)
3) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng
4) Pukul 3biji telur dlm mangkuk lain dan amik bergedil popia tadi n celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
5) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehla hidang dan taburlah sikit daun sup

Selamat Mencuba..🥰

Sumber : Noraini Othman

Resepi Masakan Lazat Viral

31 Oct, 06:18


RESEPI AISKRIM OREO HOMEMADE SEDAP

* sangat jimat berbanding beli kat kedai tau.

Bahan A:
- 1 1/2 gelas susu cair (saya guna susu Full Cream)
- 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla

Bahan B:
- 1 paket oreo

Caranya:

- Campurkan kesemua bahan A tadi dan blend sampai gebu
- Asingkan krim oreo dan hancurkan biskutnya sahaja. Ketuk pakai lesung batu pun boleh tapi tak perlu hancurkan sangat sampai lumat ye hihi
- Tuangkan hasil blend tadi ke dalam bekas ais krim (baru la fefeeling ais krim) dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul bagi sebati
- Serbuk2 oreo yang ada, taburkan atas ais krim
- Masukkan ke dalam freezer sampai beku
- Siap!
** Jika tak ada oreo boleh guna biskut crem-o
Selamat mencuba.

Sumber : empunya resepi

Terima Kasih

Resepi Masakan Lazat Viral

31 Oct, 06:12


Jika Berminat Picit Sini 👇

http://Www.wassap.my/60129297268/**NakJoinJualSambalCookiesSnack

WANITA sahaja

Resepi Masakan Lazat Viral

31 Oct, 06:12


Jika Berminat Picit Sini 👇

http://Www.wassap.my/60129297268/**NakJoinJualSambalCookiesSnack

WANITA sahaja

Resepi Masakan Lazat Viral

31 Oct, 06:11


🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪

Nak jana income 3 hingga 4 angka sebulan dengan bisnes Cookies, Snack, Lauk dan Sambal TANPA PERLU PEGANG STOK?

Nak dibimbing marketing dari A hingga Z?

Ada pay slip

Ada bonus

Ada komisen

  Ada Group support dan bahan marketing semua kami sediakan

Picit Sini 👇
Www.wassap.my/60129297268/**NakJoinJualSambalCookiesSnack

*Terbuka untuk WANITA sahaja

Resepi Masakan Lazat Viral

31 Oct, 06:11


VANILLA BLUE WITH ICE CREAM🍹🍦

3 cawan Air masak
5 Esen vanila (sy guna penutup botol esen)
Setengah tin Susu pekat Saji
Satu tin Susu sejat cair Saji
1 Pewarna biru (guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila

(kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna)

Selamat mencuba..

Sumber : Nordiana Ab Kadil