The Untold Story of Akhiruzzaman @muhammadmamzah Channel on Telegram

The Untold Story of Akhiruzzaman

@muhammadmamzah


Channel yang menulis sesuatu isu dari sudut pandang berbeza.

Anda akan temui satu permata berharga dalam menempuh perjalanan menghadapi Akhiruzzaman disini.

.

The Untold Story of Akhiruzzaman (Malay)

Mari sertai kami di saluran Telegram yang menarik ini yang dikenali sebagai 'The Untold Story of Akhiruzzaman' yang diuruskan oleh pengguna dengan username @muhammadmamzah. Saluran ini menyajikan segala-galanya dari sudut pandang yang unik. Dapatkan peluang untuk menemui permata berharga yang tersembunyi dalam kisah-kisah yang diceritakan tentang Akhiruzzaman.

Siapakah sebenarnya Akhiruzzaman? Apakah kisah di sebalik namanya yang begitu misteri? Saluran ini akan membawa anda ke dalam dunia yang penuh dengan misteri dan keajaiban, di mana anda akan dibawa melalui pengalaman yang menarik dan menyentuh hati. Dalam 'The Untold Story of Akhiruzzaman', anda akan berpeluang untuk meneroka sudut pandang baru dan mendalami kisah yang tidak pernah didengar sebelum ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami di saluran Telegram ini dan terusik oleh kisah menarik yang akan mengubah cara anda melihat Akhiruzzaman. Sertai kami sekarang dan saksikan sendiri keajaiban yang tersembunyi di sebalik setiap cerita yang diceritakan di sini.

The Untold Story of Akhiruzzaman

06 Nov, 11:53


Trumpet menang us presidential election buat kali kedua.

Macam manalah woke agenda boleh kalah dengan trumpet. πŸ˜‚

Apapun, trumpet juga adalah sebahagian alat boneka kepada 'pahlawan meja bulat us'. Tidak ada manfaatnya untuk umat Islam.

Mereka yang menjawat jawatan potus tetap menjadi pelaksana agenda preemasin.

President is not elect, they have been selected. All the senate also selected. They were selected by the knight of the round table...

...
Lepas ni ada riot agenda la nampaknya kat us lepas trumpet menang ni... 🫒

The Untold Story of Akhiruzzaman

06 Nov, 00:18


Hikayat us Presidential Election

Hari ini waktu Malaysia, sedang berlangsung pemilihan presiden baru bagi united states untuk 4 tahun akan datang.

Siapa pun yang menang, sama ada trumpet atau kamala, kesan nya kali ini pasti sangat tidak baik untuk dunia. Inilah watak presiden us yang penting dalam mencorakkan masa depan us selepas ini.

Menurut pandangan kami, siapa pun yang dilantik sama ada trumpet atau kamala, yang menang tetap akan menjadi alat kepada deep state us. Juara pemilihan kali ini terpaksa akur dan perlu mengikut segala kehendak 'pahlawan sidang meja bulat us'.

Presiden kali ini pasti dikehendaki untuk memulakan perang secara langsung terutamanya dengan Iran dan Lubnan. Kemudian mereka akan sekali lagi cuba menyerang Syria, Iraq, Yemen dan terakhir mereka akan cuba menyerang Afghanistan.

Dalam siri perang kali ini, mungkin Pakistan juga akan terkena tempiasnya secara langsung. Kerana, semua kehendak tuan 'pahlawan meja bulat us' perlu segera ditunaikan iaitu mengembangkan negara haram isrehell raya dan menyiapkan "the great pipeline".

Selain peperangan, banyak siri bencana alam besar-besaran akan melanda negara bangsa Dunia. Tidak terlepas; Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia juga sedikit sebanyak akan menerima tempiasnya.

Sama ada kita semua dilanda banjir besar, atau akan ada siri bencana lainnya yang membuatkan ekonomi setempat negara Timur Jauh ini terkesan sehingga mengubah pola kehidupan bermasyarakat dalam negara masing-masing. Runtuhan tanah atau gegaran gempa yang sangat kuat misalnya sehingga mengakibatkan letusan gunung berapi atau tsunami, boleh tercetus bila-bila masa sahaja di beberapa kawasan yang tertentu.

Bencana ini bukan sahaja terfokus di negara kita, malah ia akan berlaku diserata alam sehingga dunia beranggapan bahawa semua negara bangsa perlu mencapai satu resolusi bersama dalam menangani "global warming". Daripada itu, kesatuan negara bangsa akan menyeru kepada "global reset" dengan kadar segera.

Peperangan perlu dihentikan dan negara bangsa perlu memfokuskan kepada usaha kemanusiaan. us sendiri terpaksa mengundurkan diri daripada peperangan akibat gagal bertahan melawan "barisan Muqawamah Islamiah" (Islamic Resistance Front) serta tekanan daripada dalam negara mereka sendiri yang ketika itu sedang menghadapi bencana alam.

Waktu itu nanti, negara tanah besar akan hadir sebagai "messiah" dalam membantu seluruh negara bangsa dengan menawarkan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan kemanusiaan dan kewangan. Hampir tidak ada negara yang akan menolak bantuan tanah besar waktu itu dan majoriti pemimpin dunia akan 'kow tow' pada tanah besar.

...
Setelah satu kesatuan dicapai, mereka akan segera menggembleng tenaga dalam menyatukan sistem kewangan dunia kepada satu sistem sahaja yang dipanggil sebagai "central banking". Kesatuan sistem mata wang baharu ini akan mengguna pakai digital currency dalam bentuk token yang diselaraskan dengan jajaran 'sistem merit'.

Ketika ini, banyak hutang-hutang akan mula dihapuskan dengan syarat tertentu dan satu perubahan pada pola kewangan akan berlaku secara besar-besaran. Sistem rantaian makanan juga akan berubah dan mereka akan cuba memaksa kita semua memakan benda yang tidak sepatutnya dimakan oleh manusia.

Bagi sesiapa yang ingkar terhadap perintah mereka, akan dianggap musuh bangsa. Hidup yang menentang akan cuba disisihkan, dipisahkan serta akses kepada 'digital banking' juga akan dipadam.

Apa yang disusun oleh 'pahlawan meja bulat us' sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah satu sandiwara agung terbesar yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Projek pementasan ini akan bermula tahun hadapan (2025) yang mana kerangkanya telahpun disusun mereka sejak 2021 yang lalu.

Tujuan utama mereka tidak lain hanyalah untuk menjayakan pelan negara haram isrehell raya, menukar tunjang kewangan dunia daripada berkiblatkan us kepada kiblat baharu iaitu tanah besar dan terakhir, mereka hendak menghilangkan jiwa berTuhan dalam diri setiap manusia serta meraih "total control over the herd".

The Untold Story of Akhiruzzaman

02 Nov, 15:50


Bencana Alam

Selain peperangan, bencana alam adalah musibah dalam kehidupan manusia.

Bencana alam bukanlah satu fitrah alam. Akan tetapi bencana alam adalah satu bentuk pembalasan oleh ALLAH Taala terhadap perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri.

Kerakusan manusia dalam mengaut habuan dunia mengakibatkan ada segelintir yang berada di tangga atas rantaian makanan telah bertindak diluar batasan sehingga rakusnya meratah hasil bumi. Kesan dari kerakusan tersebut mengundang bencana alam terjadi akibat pelbagai perubahan pola atur bumi ini.

ALLAH Taala berfirman...

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; terjadi kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (QS Rum: 41)

...
Bencana alam bukanlah satu bentuk ujian, sebaliknya adalah balasan terhadap manusia yang rakus terhadap dunia.

Setiap perbuatan manusia akan menatijahkan kesan dalam kehidupan kita. Kesan tersebut pasti akan meninggalkan bekas sama ada ia bersifat merugikan, atau menjadi pedoman bagi orang-orang yang berfikir dan mengambil iktibar.

Di Malaysia, sinonim dan lazim dengan bencana banjir. Kitaran banjir besar kebiasaannya datang 10 tahun sekali. Apabila genap haul dan kitarannya, maka ia tidak dapat dibendung lagi ditambah dengan banyaknya lanskap bumi yang telah ditarah rata.

Maka berdoalah kalian agar tidak menjadi mangsa kepada kerakusan setengah pihak yang mengambil kesempatan. Kerana lazimnya apabila bala turun, ia akan menyapu bersih tak kira siapa dan apa kedudukan anda. Baik kecil, besar, tua, muda, kaya atau miskin, pasti sama-sama kena.

Sekian.

...
Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat ALLAH kepada kamu ketika kaum kafir hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripada kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada ALLAH; dan kepada ALLAH jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (QS 5:11)

The Untold Story of Akhiruzzaman

23 Oct, 15:59


🚨🚨🚨
Red alert; is-rehell going to bomb Iran in upcoming hours.

Targeted area:

Ahvaz
Bushehr
Korramabad

iaf will attack oil rig and nuclear reactor within this 3 area.

...
Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan orang-orang di dalam kubur.

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan ALLAH dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab ALLAH yang menerangi kebenaran; Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama ALLAH; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan KAMI akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak.

Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya ALLAH tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNYA. (QS 22:7-10)


SadaqaALLAHul Azim.

The Untold Story of Akhiruzzaman

23 Oct, 15:43


Innalillahiwainnailaihirajiuun.

Telah Syahid pemimpin Hezbollah yang baru sahaja dilantik menggantikan As-Syahid Sayyid Hassan Nasrallah iaitu Sayyid Hashim Shafiuddin dalam satu serangan bom udara isrehell ke atas Beirut semalam.

Berita ini telah disahihkan oleh kedua belah pihak. Satu pemergian yang sangat cepat berlaku. Baru sahaja beberapa minggu mengambil alih sebagai Sekretari General Hezbollah, kemudian Syahid telah menjemputnya.

...
Salam takziah buat seluruh Barisan Muqawamah Islamiah terutama kepada Hezbollah dan seluruh warga Lebanon.

Al-Fatihah...

...
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi: Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (QS 23:7-11)

SadaqaALLAHul Azim.

The Untold Story of Akhiruzzaman

18 Oct, 14:05


Major Dr Khalil Ibrahim Abu Osama Al-Hayyah akan mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi Hamas dalam Gaza bagi menggantikan Yahya Sinwar di lapangan perang.

Khalil Al-Hayyah berusia 63 tahun dan merupakan ahli Majelis Syura Hamas sejak 2006. Beliau merupakan wakil rasmi delegasi diplomatik Hamas ke negara jiran Syria, Mesir, Lebanon dan Iraq.

Beliau pernah kehilangan lebih 20 orang ahli keluarganya dalam pelbagai serangan isrehell. Usaha membunuhnya telah dilakukan isrehell lebih daripada 36 kali serangan.

Khalil Al-Hayyah akan beroperasi dari dalam Gaza. Di tangan beliau kini ada lebih 130 orang warga isrehell yang ditahan dalam tahanan perang Hamas. Kesemua prison of war ini akan menjadi median negosiasi untuk menghentikan peperangan di Gaza buat sementara waktu bagi memulihkan keadaan yang telah parah.

Ini peluang untuk Hamas bangkit lebih kuat. Semoga dengan kebijaksanaan Khalil Al-Hayyah dapat mengangkat Hamas kembali teguh dalam menghadapi ancaman musuh.

ALLAH Hu Akbar!

The Untold Story of Akhiruzzaman

18 Oct, 04:50


Di dalam sebuah syarahan sekitar 2 tahun lepas, Yahya Sinwar telah menyampaikan satu ucapan daripada Imam Ali AS. Yahya Sinwar berkata:

β€œSaya ingat betul kata-kata Imam Ali AS wa KarramALLAHu Wajhah ini;

β€œAda 2 hari dalam kehidupan seseorang: hari apabila kematian bukanlah takdirmu, dan hari kematian adalah takdirmu. Pada hari pertama, tiada siapa yang boleh membahayakan kamu, dan pada hari kedua, tiada siapa yang boleh menyelamatkan kamu."

Tidak terlambat walau sehari pun sekiranya takdir kematian telah datang. Kami lebih takutkan kematian akibat kemalangan atau mati di atas katil. Tetapi kami tidak pernah takut kematian daripada bom atau peluru musuh kerana kami sangat mendambakan kematian di atas Jalan ALLAH."

Either this war will be victory of it will be Karbala....

...
Inilah punca kenapa Yahya Sinwar sangat dibenci oleh sebahagian puak salafi dan diburu oleh isrehell sejak dahulu untuk dibunuh.

Ya Yahya, kami bersaksi akan kesyahidanmu berjuang hingga titisan terakhir darahmu...

Al-Fatihah.

The Untold Story of Akhiruzzaman

18 Oct, 04:25


Major Khaled Meshal bakal menggantikan kepimpinan tertinggi Hamas setelah Syahidnya Yahya Sinwar.

Khaled Meshal akan beroperasi dari luar Gaza iaitu di Doha, Qatar di ibu pejabat luar Hamas, Qatar.

...
Jenazah Yahya Sinwar masih berada di tangan isrehell. Dijangka akan dikembalikan dan dibawa ke Masjid Jenin, Gaza kemudian akan diuruskan dan dikebumikan disana.

Innalillahiwainnailaihirajiuun.


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (QS Ali Imran: 169)

The Untold Story of Akhiruzzaman

17 Oct, 15:34


Innalillahiwainnailaihirajiuun...

Pemimpin Tertinggi Hamas, General Yahya Sinwar terbunuh dalam satu serangan bom udara isrehell ke atas Gaza yang mengebom lokasi terakhir Yahya Sinwar berada.

Yahya Sinwar, bersama Major General Khan Younis brigades dan bersama dua lagi pembantu Yahya terkorban dalam serangan udara terbabit setelah kedudukan mereka di bom oleh pasukan musuh.

Berita diterima berdasarkan last ping of Yahya Sinwar.

Al-Fatihah....

...
Salam takziah kami ucapkan buat seluruh Barisan Muqawamah Islamiah terutama kepada Hamas dan Briged Khan Younis.

"Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS 17:10)

SadaqaALLAHul Azim.

The Untold Story of Akhiruzzaman

09 Oct, 02:50


Dan setiap ayat dari ayat-ayat Tuhan yang sampai kepada mereka, semuanya selalu diingkarinya.

Sungguh, mereka telah mendustakan kebenaran ketika sampai kepada mereka, maka kelak akan sampai kepada mereka berita-berita yang selalu mereka perolok-olokkan.

Tidakkah mereka memperhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka." (QS 6:4-6)

Telah terzahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; ALLAH menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (QS 30:41)

SadaqaALLAHul Azim.

The Untold Story of Akhiruzzaman

09 Oct, 02:43


Your G*vernment Will Always Abandon You 🫡

Tragedi Taufan Helene Dan Milton yang melanda amerika syarikat perlu diambil perhatian. Tragedi yang melanda Carolina dan Florida sejak akhir September lepas telahpun membunuh puluhan nyawa dan mengakibatkan puluhan ribu lagi terpaksa berpindah keluar.

Menurut sebahagian sumber, kedua Taufan tersebut bukan bencana alam sebaliknya adalah rekayasa oleh koglomerat besar di us sendiri dengan kerjasama kerajaan amerika itu sendiri. Rekayasa bencana alam ini sengaja dibuat bagi menghapuskan imigran luar yang telah dipindahkan ke sana beberapa minggu sebelum taufan melanda, sekaligus mengosongkan kawasan terbabit untuk pembelian tanah secara pukal pada harga murah.

Kenapa koglomerat barat ingin membeli tanah di kawasan terkena taufan terbabit? Kerana terdapat sumber bumi yang mahal disitu iaitu batuan lithium yang diperlukan untuk membina bateri bagi kenderaan dan peranti elektronik yang sedang tinggi permintaannya ketika ini.

Apabila bencana alam melanda, banyak hartanah akan musnah dan tuan empunya tanah kebiasaannya sudah rugi dan kehilangan hampir semua hartanya. Lalu apabila ada penawaran pembelian hartanah pada harga rendah, tuan-tuan empunya tanah terpaksa menjual hartanah mereka walaupun dibawah harga pasaran kerana terpaksa demi meneruskan kelangsungan hidup.

...
Perkara ini menerbitkan kemarahan rakyat us sendiri apabila presiden mereka, joe bidin dan timbalannya kamala haris telah mengumumkan yang kerajaan tidak akan menghantar lebih banyak bantuan ke dua daerah yang terkesan dengan bencana terbabit.

Sebaliknya kerajaan mereka hanya akan menghantar tentera bagi membantu evakuasi pengosongan kawasan disana. Penduduk Florida diarahkan mengosongkan kediaman mereka seberapa segera sebelum taufan Milton gelombang seterusnya melanda, kata pemerintah mereka.

Kerajaan mereka lebih memilih menghantar bantuan kepada negara luar berbanding membantu rakyat mereka sendiri. Disaat Carolina dan Florida dilanta taufan dan puluhan ribu rakyat amerika ditimpa musibah, kerajaan mereka telah menghantar bantuan sejumlah USD 8 billion kepada ukraine, USD 8.7 billion kepada kolonial isrehell dan USD 537 juta kepada Taiwan. Ini berjumlah sekitar 17 billion USD. Satu amaun sangat besar dibanding dengan bantuan yang dihantar kepada rakyat mereka sendiri.

Perkara ini bertepatan dengan pepatah Melayu; kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Kerajaan us lebih memilih untuk membantu koloni luar mereka berbanding rakyat mereka sendiri. Ini semua berlaku demi kepentingan tembolok para elitist mereka serta koglomerat besar dunia. Entah apa yang dikejar pun kita tak tahu. Semuanya demi kepentingan duniawi yang tidak berkesudahan.

...
Perkara yang terjadi di us ini sangat perlu kita ambil iktibar. Kerana kebiasaannya apa yang terjadi di negara barat akan merebak ke negara luar.

Perkara yang sama boleh terjadi tak kira dimana sekalipun anda berada. Walau sebaik apa pun gambaran yang diberikan kepada sesebuah pemerintah itu, apabila ia melibatkan koloni luar maka tidak mustahil hal yang sama bisa terjadi.

Tahun ini tahun 2024, genap 10 tahun selepas bencana besar melanda negara kita iaitu 'bah kuning'. Saya jangkakan tahun ini bah yang lebih besar boleh terjadi sekali lagi.

Mungkin melibatkan hampir 60% daratan negara ini. Negeri yang sebelum ini tidak kena, mungkin akan mendapatkan nasib yang sama seperti Perak, N9, Melaka dan lain-lain kawasan.

Perhatian kata-kata saya, ketika hal ini terjadi. You are on your own. Kerana tiada siapa yang akan dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri. Kemusnahan yang berlaku juga bukanlah angkara Tuhan, sebaliknya akibat perubatan tangan manusia itu sendiri. Keghairahan menggali bukit bukau demi habuan wang ringgit hanya akan mengakibatkan bencana dan kemusnahan buat rakyat awam.

When shit hits the fan, always your g*vernment will abandon you. Only untill it's become national viral issues, then they will come to help. Just to cover their reputation for the next election.

The Untold Story of Akhiruzzaman

09 Oct, 02:43


...
Ini bukan agenda menghasut. Sebaliknya ingin mengajak anda semua bersiap sedia menghadapi bencana besar yang berkemungkinan melanda. Ingat, ketika 'bah kuning' melanda dahulu, pasukan pertama yang sampai menghulur bantuan bukanlah daripada agensi sebaliknya orang awam sendiri. Agensi hanya dikerah sekitar seminggu setelah bencana melanda. Ketika pasukan awam sudah Mula pulang, baru mereka masuk.

2014 menyaksikan puluhan nyawa terkorban. Apakah angka itu akan meningkat 2024...? Naudzubillah min zaalik.... Semoga tidak.

Persiapkan diri anda dan keluarga masing-masing. Terutamanya jika anda tinggal di kawasan berisiko bencana alam.

Disaat semua orang bersiap sedia, itu ketika ia tidak berlaku. Disaat semua orang tidak bersedia, itulah saatnya ia akan terjadi.

Saya lihat kesiagaan tahun ini agak longgar dan tiada persiapan awal. Maka inilah waktunya untuk anda bersiap sedia menghadapinya.

Be fearful when others are greedy. And greedy only when others fearful.

Be ready and prepared when others are relax and not prepared. And be relax when others are so prepared.

...
Semoga ALLAH Taala pelihara kita semua baik-baik sahaja. Mudah-mudahan kita yang membaca artikel ini disini terselamat dan bukan menjadi mangsa keadaan.

Ingat, walau sesukar apapun bencana yang melanda. Jangan sampai kita berani menceroboh hak orang lain. Jangan sampai mencuri, looting atau mengambil harta orang lain.

Berlatihlah berlapar daripada sekarang. Kerana persediaan perut lapar ketika tenang dapat membantu kita tenang ketika semua perut sedang lapar.

Bencana sering mengakibatkan manusia bertindak diluar kawalan. Semoga anda yang membaca tetap waras saat ia terjadi.

Sekian.

-Muhammad Mamzah
Rabu, 9 Oktober 2024

The Untold Story of Akhiruzzaman

08 Oct, 03:38


Satu Tahun Selepas Taufan Al Aqsa

Semalam, 7 Oktober 2024 adalah genap setahun setelah peristiwa serangan pertama oleh Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas kolonial haram isrehell.

Setelah setahun Gaza diperangi oleh isrehell, Alhamdulillah Gaza masih utuh berdiri. Walaupun ribuan mujahidin telah terkorban disamping puluhan ribu orang awam terkorban, namun perlawanan mereka masih berterusan.

Kami mengucapkan tahniah kepada seluruh Barisan Muqawamah Islamiah sempena Ulang Tahun genap setahun serangan Taufan Al-Aqsa. Kini, telah memasuki Fasa kedua yakni "Operasi Janji Benar" yang kini turut disertai oleh Hezbollah Lubnan, Houthis Yemen, PMF Iraq Dan IRGC Iran.

Setelah Gaza, kini front terbaru telah dibuka di sekitar Golan dan pantai selatan Lubnan. Peperangan darat antara isrehell dan Hezbollah telah pun bermula. Jika perang di Golan ini berlarutan, berkemungkinan besar akan menarik lebih banyak negara untuk turut serta dalam konflik ini.

Kini, us sedang menghadapi ribut taufan Helene & Milton yang sedang melanda banyak daerah dalam us. Kerana itu us tidak dapat turut serta secara langsung dalam kempen perang isrehell ke atas Lebanon.

Genap setahun Taufan Al-Aqsa, ALLAH Taala menghantar Taufan Helene & Milton menyerang us sehingga berpuluh orang telah terkorban dan mencederakan ramai lagi. Begitulah susunan dan aturan ALLAH Taala ke atas hamba-hambaNYA.

...
Dalam kesempatan yang ada, kami mengucapkan Jutaan Tahniah kepada Barisan Muqawamah Islamiah atas kejayaan setahun menghadapi perlawanan dengan isrehell dan masih terus utuh berdiri walaupun banyak nama-nama besar yang telah terkorban Syahid.

Semoga Barisan Muqawamah Islamiah terus kekal kuat dalam mendepani peperangan akhir zaman ini sehingga nanti munculnya Imam Al-Mahdi Al-Munthazar satu masa kelak, InsyaALLAH.

Al-Fatihah buat seluruh jiwa-jiwa para Syuhada yang telah terkorban sepanjang kempen peperangan ini... Yang terkhusus untuk Ismail Haniyeh, Sayyid Hassan Nasrallah, dan para pemimpin Hamas serta Hezbollah lainnya...

Sekian.

-Admin
8 Oktober 2024

The Untold Story of Akhiruzzaman

30 Sep, 17:03


Brigadier General Yahya Saree telah muncul dalam satu sidang media secara langsung sebentar tadi.

Bermakna info tentang kematiannya semalam adalah tidak benar. Kami menarik balik berita tersebut.

Sokongan kami tetap teguh kepada seluruh Barisan Muqawamah terutama front pembebasan Palestin, Hamas dan seluruh sekutunya, Hezbollah, Ansorullah Houthis, Iraqi PMF, SAA Syria, IRGC Iran dan Taliban Afghanistan.

Sekian makluman.

The Untold Story of Akhiruzzaman

30 Sep, 13:03


Innalillahiwainnailaihirajiuun.

Telah terkorban Dua mujahid Hamas di Lubnan hari ini dalam serangan udara isrehell ke atas Lubnan.

1. General Fatah Sharif Abu Amin, (rambut putih). Merupakan ketua perhubungan operasi Hamas di Lubnan.

2. Komander Osama Hamdan, ketua jurucakap Hamas di Lubnan.

...
...Dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.1 Dan Engkau berikan rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan. (QS 3:27)

The Untold Story of Akhiruzzaman

30 Sep, 05:01


Congratulations to Sayyid Hashim Shafiuddin today after elected by Majelis Shura Hezbollah to replace The Late As-Syaheed Sayyid Hassan Nasrallah.

Sayyid Hashim Shafiuddin will be the next Secretary General of Hezbollah starting today, Monday 30 Sept 2024. Sayyid Hashim is the cousin of Sayyid Hassan Nasrallah.

We wish for the Hezbollah become stronger and braver in facing threat of the zionist regime under the leadership of Sayyid Hashim Shafiuddin.

The Untold Story of Akhiruzzaman

29 Sep, 14:31


Innalillahiwainnailaihirajiuun.
Al-Fatihah

Telah Syahid tiga orang petinggi Hezbollah dalam serangan udara isrehell ke atas Beirut Lubnan siang tadi.

1. Leader of Hezbollahn Intelligence agency; Sayyid Hassan Khalil Yasin (serban Hitam)
2. Leader of Hezbollah International Relation; Syeikh Nabil Qawwad (serban putih)
3. Frontline Commander; Abu Fadhl Ali Karaki (topi hijau)

...
Salam takziah kami ucapkan buat Hezbollah serta seluruh barisan Muqawamah.

Semoga ALLAH Taala menggantikan tampuk pemimpin mereka dengan pemimpin yang lebih berani, tegas, lantang dan terus maju memimpin barisan penentangan terhadap rejim zionis isrehell sehingga Al-Aqsa dibebaskan.

...
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, mereka yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan ALLAH dan Rasul-NYA dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar, yang telah diberikan Kitab, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. (QS 9:29)

SadaqaALLAHul Azim.

The Untold Story of Akhiruzzaman

28 Sep, 13:13


Innalillahiwainnailaihirajiuun...

Brigadier General Abbas Nilforoushan of IRGC telah Syahid sebentar tadi dalam serangan udara berterusan isrehell ke atas kota Beirut, Lebanon.

Serangan udara yang mensasarkan kubu kuat Hezbollah dan IRGC telah menyaksikan ramai pemimpin tertinggi barisan Muqawamah terkorban Syahid.

...
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang menanti giliran dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janji mereka kepada ALLAH). (QS 33:23)

SadaqaALLAHul Azim.

The Untold Story of Akhiruzzaman

28 Sep, 11:34


Ψ£ΨΉΨΈΩ… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£Ψ¬ΩˆΨ±ΩƒΩ… يا Ω…Ψ€Ω…Ω†ΩŠΩ†

The Untold Story of Akhiruzzaman

28 Sep, 11:32


Innalillahiwainnailaihirajiuun...

Telah terbunuh Syahid ketua Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah dalam serangan bom udara isrehell pada malam tadi di selatan Lubnan.

Serangan tersebut mensasarkan pejabat pusat Hezbollah dengan menggunakan F150 yang membawa bom "hammer".

...
Pengganti kepada As-Syahid yang bakal dilantik selepas ini adalah Sayyid Hashim Shafiuddin.

Sayyid

...
Setelah itu ALLAH menerima taubat orang yang Dia kehendaki. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS 9:27)

SadaqaALLAHul Azim.

Sekian.

😭😭😭