(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح @faseeharabic Channel on Telegram

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

@faseeharabic


Belajar bahasa Arab secara mudah

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح (Indonesian)

Selamat datang di channel Telegram "(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح" yang dibuat khusus untuk Anda yang ingin belajar bahasa Arab secara mudah dan efektif. Channel ini menawarkan pembelajaran bahasa Arab dengan gaya yang santai dan menyenangkan, sehingga Anda dapat meningkatkan kemampuan berbahasa Arab Anda tanpa tekanan

Siapa yang seharusnya bergabung dengan channel ini? Channel ini cocok untuk siapa pun yang tertarik mempelajari bahasa Arab, baik pemula maupun mereka yang sudah memiliki dasar namun ingin meningkatkan kemampuan berbahasa Arab mereka. Dengan metode pembelajaran yang interaktif dan didukung oleh tutor-tutor berpengalaman, Anda akan merasa lebih percaya diri dalam berkomunikasi menggunakan bahasa Arab sehari-hari

Apa yang bisa Anda dapatkan dari channel ini? Di sini, Anda akan menemukan beragam materi belajar bahasa Arab mulai dari kosakata, tata bahasa, percakapan sehari-hari, hingga tips dan trik dalam menguasai bahasa Arab dengan mudah. Selain itu, Anda juga akan memiliki kesempatan untuk berdiskusi dengan sesama anggota channel dan bertanya langsung kepada tutor-tutor kami untuk membantu memahami materi yang lebih kompleks

Jadi, jangan ragu untuk bergabung dengan channel Telegram "(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح" sekarang juga dan mulailah perjalanan Anda dalam menguasai bahasa Arab dengan lebih baik. Mari belajar bahasa Arab bersama-sama secara menyenangkan dan efektif!

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

19 Feb, 10:40


Salam semua 🙆🏻‍♀️

LA ASTATI'U لا أستطيع

Ayat-ayat pendek yang boleh diaplikasikan dalam perbualan seharian untuk mengatakan bahawa diri tidak mampu untuk buat sesuatu.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

16 Feb, 13:44


BEZA PADA TA' MARBUTOH (ـة) SAHAJA

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Besok hari Isnin kan? Dah bersedia untuk bekerja/belajar?

Jika kita ingin mengatakan bahawa...

💪🏻 SAYA BERSEMANGAT!
🤗 SAYA TERUJA!
💪🏻 SAYA BERSEDIA!

Bagi lelaki kita kata...

💪🏻 SAYA BERSEMANGAT! أنا متحمس
🤗 SAYA TERUJA! أنا متشوق
💪🏻 SAYA BERSEDIA! أنا مستعد

Bagi perempuan pula, tambahkan ta' marbutoh di akhir kalimah seperti...

💪🏻 SAYA BERSEMANGAT! أنا متحمسة
🤗 SAYA TERUJA! أنا متشوقة
💪🏻 SAYA BERSEDIA! أنا مستعدة

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

11 Feb, 11:31


Ulangkaji
[BUANG ALIF PADA ALIF DAN LAM ال DI HADAPAN ISIM JIKA SEBELUM ISIM ADA 'LAAMU AJ-JAR']

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Sebelum kita membicarakan mengenai tajuk post kita kali ini...

Apa itu LAAMU AJ-JAR dan ISIM?
LAAMU AJ-JAR (لام الجّر) merupakan salah satu di antara huruful jar (حروف الجر). Bentuknya seperti ini: لـ bermaksud UNTUK, BAGI.

Manakala ISIM (اسم) pula ialah kata nama seperti: Sekolah مدرسة, Buku كتاب dan lain-lain.

Salah satu tanda bahawa sesuatu kalimah itu ialah ISIM:

1) Kita boleh meletakkan alif wa lam di hadapannya seperti: المدرسة, الكتاب.

2) Sebelum kalimah tersebut ialah salah satu huruful jar. Maka secara automatik kalimah tersebut adalah isim seperti: بالسيارة, في المطعم.

Huruf بـ dan في merupakan salah satu huruful jar. Maka kalimah selepasnya adalah isim.

OK, berbalik pada tajuk post.

BUANG ALIF PADA ALIF DAN LAM ال DI HADAPAN ISIM JIKA SEBELUM ISIM ADA 'LAAMU AJ-JAR'

Jika isim yang dimulai dengan alif dan lam dan sebelumnya ada laamu aj-jar, maka kita harus buangkan ALIF pada ALIF DAN LAM pada isim tersebut.

Formula mudah:
Kalimah الفقراء (Orang-orang Fakir)
لـ + الفقراء
= لـ + (الـ)فقراء
= لـ + (ا) kita buangkan alif لـفقراء
= لـ + لـفقراء
= لـلـفقراء

Contoh ayat al-Quran pada kalimah للفقراء pada ayat 60 surah at-Taubah:

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَاتُ (لِلْفُقَرَآءِ) وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Terjemahan: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

BAGAIMANA DENGAN ISIM YANG SEBELUMNYA HURUFUL JAR SELAIN LAAMU AJ-JAR?

ADAKAH DIBUANG ALIF PADA ALIF DAN LAM DI HADAPAN ISIM TERSEBUT?

Tidak perlu.. 😉

Hanya apabila laamu aj-jar bertemu dengan isim yang di hadapan isim tersebut alif dan lam sahaja. 😁

Menarikkan? Anda ada contoh lain? Sila kongsikan... 😉

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

08 Feb, 12:30


ISIM YANG DIAKHIRI DENGAN ـة

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Tahukah anda?

🌿 Isim mufrad atau kata nama tunggal yang diakhiri dengan ـة, berbentuk nakirah serta dalam keadaan mansub seperti kalimah رَحْمَةً، هَدِيَةً dan seumpamanya, tidak perlu diletakkan alif selepasnya seperti kebiasaan isim mufrad yang lain.

Contohnya:
رَحْمَةًا هَدِيَّةًا
atau

رَحْمَتًا هَدِيَّتًا

🥺Kejap..Apa itu nakirah? Apa itu mansub? Jemmm pulak..

🤔 Apa itu nakirah?
Kata nama umum.

🤔 Apa itu mansub?
Salah satu keadaan i'rab. Bagi kalimah mufrad nakirah, diletakkan tanwin baris atas.

Lebih jelas lagi, boleh lihat contoh pada kalimah رَحْمَةً seperti dalam surah Ali-Imran ayat 8:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ (رَحْمَةً) ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ.

Juga pada surah Hud ayat 9:

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا (رَحْمَةً) ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ.
Dan banyak lagi contoh-contoh yang anda boleh dapatkan di dalam al-Quran.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

03 Feb, 08:40


Salam semua 🙆🏻‍♀️

INI MASUK AKAL 😁

Tergoda bila melihat bentuk, warna kek 😍? Lagi-lagi jika perut tengah lapar..😁

Ada seorang budak lelaki bakal dikenakan hukuman kerana tidak membayar aroma roti dan kek.. Masuk akal ke? 🤔

Boleh singgah ke shopee kami untuk dapatkan buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Makanlah Wahai bajuku' كلي يا ثيابي' 😃

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

28 Jan, 14:00


NAFAQOTUN نفقة & NAFAQUN نفق

Salam semua 🙆🏻‍♀️

👨‍🏫 Sekali pandang, dua kalimah di atas nampak macam sama..tapi sebenarnya tidak sama sekali.

💵 NAFAQOTUN نفقة bermaksud PERBELANJAAN UNTUK SARA HIDUP. Dalam Bahasa Melayu juga kita sebut nafkah.

🚇 NAFAQUN نفق bermaksud TEROWONG.

🌴Dalam al-Quran banyak juga kalimah NAFAQOTUN نفقة seperti pada surah al-Baqarah ayat 270.

وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُم مِّن نَّذْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُهُۥ ۗ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

Terjemahan: Apa saja yang kamu belanjakan dari PERBELANJAAN atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolongpun baginya.

Semoga bermanfaat ya 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

27 Jan, 02:29


LANGKAH DEMI LANGKAH / SETAPAK DEMI SETAPAK خُطوَةً بِخُطوَةٍ.

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Masih ingat bagaimana anak anda berjalan selangkah demi selangkah sehingga berjaya?

Belajar dari mereka sifat TIDAK PUTUS ASA dan SENTIASA MENCUBA.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

19 Jan, 13:06


KALIMAH HARI INI كَلِمَةُ اليَوم

Adakah anda tahu bahawa MAHLAN- MAHLAN مهلًا مهلًا bermaksud PERLAHAN-LAHAN?

Isi masa lapang anda dengan membaca buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Makanlah Wahai bajuku كلي يا ثيابي ' terbitan Faseeh Empire.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan paling penting ia sangat menarik! 😃

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

13 Jan, 08:39


BEZA DI ANTARA نَظَـرَ فِي DENGAN نَظَـرَ إِلَى

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Tahukah anda?
Walaupun secara umumnya kalimah نَظَـرَ bermaksud 'lihat/ pandang/ tinjau', tetapi..

Apabila kalimah ini digandingkan dengan salah satu huruful jar, ia memberikan makna yang sedikit berlainan seperti:

🌿 Kalimah نَظَـرَ فِي bermaksud: Pertimbang/ urus/periksa/ fikir dengan akal

Contohnya:

نَظَـرَ فِي المُـشْكِـلَـةِ =
Pertimbangkan, menguruskan atau memikirkan masalah dengan akal

Ia bermaksud:
🌿 Manakala kalimah نَظَـرَ إِلَى pula bermaksud: melihat, pandang kepada (dengan mata)

Contohnya:
نَظَـرَ إِلَى السَّفِـينَـةِ =
Melihat kapal (dengan mata)

Dalam al-Quran kalimah نَظَـرَ فِي ada disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 185:

أَوَلَمْ (يَنظُرُوا فِي) مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِن شَيْءٍ وَأَنْ عَسَىٰ أَن يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ ۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ

Terjemahan:
Dan apakah MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN (dengan akal fikiran) kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ini yang akan mereka percayai?


Juga dalam al-Quran kalimah نَظَـرَ إِلَى ada disebutkan dalam surah Ali-Imran ayat 77:

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَـٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ (وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ) يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang memperjualbelikan janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga murah, mereka itu tidak memperoleh bahagian di akhirat, Allah tidak akan menyapa mereka, TIDAK AKAN MEMANDANG mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

08 Jan, 00:16


AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
BAHAGIAN 3

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Masih ingat lagi apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي?

⚠️Sebelum kita teruskan dengan dua contoh yang terakhir bagi AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي, mari kita ulangkaji dahulu apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي.

🌴AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي bermaksud lafaz penguat yang lafaznya diulang-ulang iaitu dengan mengulangi lafaz muakkad (yang diperkuatkan).

🌴 Ia terdiri daripada 6 bahagian iaitu:
1) Kata nama الاسم
2) Kata ganti diri الضمير
3) Kata kerja الفعل
4) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya)
5) Huruf الحرف
6) Jumlah الجملة

👨‍🏫 KITA LIHAT CONTOH BAGI الحرف DAN الجملة PULA PADA BAHAGIAN KETIGA INI.

a) Huruf الحرف, contohnya:

الحرف: لنْ لنْ أكذبَ!
Aku tidak akan, tidak akan berbohong!

🌴 Perkataan لنْ yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada لنْ pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

b) Jumlah الجملة seperti:

(( فإنّ مع العسر يسرا إنّ مع العسر يسرا)) : الشرح : 5-6

Maka sesungguhnya beserta kesulitan disertai kemudahan, Sesungguhnya beserta kesulitan disertai kemudahan.

🌴 Ayat إنّ مع العسر يسرا yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada إنّ مع العسر يسرا pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

02 Jan, 09:43


AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
BAHAGIAN 2

Salam semua 🙆🏻‍♀️

⚠️Sebelum kita teruskan dengan dua contoh yang lain bagi AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي, mari kita ulangkaji dahulu apa itu AT-TAUKID التوكيد.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد adalah lafaz penguat dimana i'rabnya mengikuti muakkad (yang diperkuat), bertujuan menghilangkan keraguan dan menguatkannya, samada dengan mengulangi lafaz muakkad pada ayat atau dengan menggunakan makna kata khusus.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد terbahagi kepada dua iaitu:

1) AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
2) AT- TAUKID AL-MAKNAWI التوكيد المعنوي

🌴AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي bermaksud lafaz penguat yang lafaznya diulang-ulang iaitu dengan mengulangi lafaz muakkad (yang diperkuatkan).

🌴 Ia terdiri daripada 6 bahagian iaitu:
1) Kata nama الاسم
2) Kata ganti diri الضمير
3) Kata kerja الفعل
4) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya)
5) Huruf الحرف
6) Jumlah الجملة

👨‍🏫 KITA LIHAT CONTOH BAGI الفعل DAN اسم الفعل PULA PADA BAHAGIAN KEDUA INI.

a) kata kerja الفعل, contohnya:

صَمَّمَ صَمَّمَ الطَّالِبُ عَلَى حِفْظِ القُرْآن 💪🏻 👨‍🎓
Pelajar lelaki itu telah bertekad, telah bertekad untuk menghafal al-Quran.

🌴 Perkataan صَمَّمَ yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada صَمَّمَ pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

b) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya) seperti:

(هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ) : المؤمنون : 36
Jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepada kamu itu

🌴 Perkataan هَيْهَاتَ yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada هَيْهَاتَ pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

------

Buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Makanlah Wahai bajuku كلي يا ثيابي' terbitan Faseeh Empire menanti anda untuk dibaca. Anda pasti berpuas hati setelah membacanya 🤗.

Maklumat lanjut boleh lihat di

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

30 Dec, 16:06


AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
BAHAGIAN 1

Salam semua 🙆🏻‍♀️

⚠️Sebelum kita mengenali apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي, mari kita memahami dahulu apa itu AT-TAUKID التوكيد.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد adalah lafaz penguat dimana i'rabnya mengikuti muakkad (yang diperkuat), bertujuan menghilangkan keraguan dan menguatkannya, samada dengan mengulangi lafaz muakkad pada ayat atau dengan menggunakan makna kata khusus.

👨‍🏫 AT-TAUKID التوكيد terbahagi kepada dua iaitu:

1) AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي
2) AT- TAUKID AL-MAKNAWI التوكيد المعنوي

Insya Allah jelas ya setakat ini... Toyyib 🤗

👨‍🏫 Sekarang kita nak kenali apa itu AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي.

🌴AT-TAUKID AL-LAFZI التوكيد اللفظي bermaksud lafaz penguat yang lafaznya diulang-ulang iaitu dengan mengulangi lafaz muakkad (yang diperkuatkan).

🌴 Ia terdiri daripada 6 bahagian iaitu:
1) Kata nama الاسم
2) Kata ganti diri الضمير
3) Kata kerja الفعل
4) Isim Fi'il اسم الفعل (lafaz yang merujuk kepada perbuatan tetapi tidak mempunyai tanda fi'il padanya)
5) Huruf الحرف
6) Jumlah الجملة

👨‍🏫 KITA LIHAT CONTOH BAGI الاسم DAN الضمير DAHULU PADA BAHAGIAN PERTAMA YA.

1) KATA NAMA الاسم, seperti dalam surah al-Fajr ayat 22

وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
Dan datanglah Tuhanmu sedang malaikat berbaris-baris.

🌴 Perkataan صَفًّا yang kedua adalah TAUKID توكيد kepada صَفًّا pertama yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

2) KATA GANTI DIRI الضمير. Contoh ayat:

استمعتُ أنا للنصيحة منكَ أنتَ!
Saya telah mendengar nasihat dari awak!

🌴 Kata ganti diri أنا (saya) adalah TAUKID توكيد kepada kata ganti diri تُ (saya) pada kalimah استمعتُ yang merupakan MUAKKAD مؤكّد. Begitu juga kata ganti diri َأنت (awak) ialah TAUKID توكيد kepada kata ganti diri َك pada kalimah منكَ yang merupakan MUAKKAD مؤكّد.

Nanti kita sambung lagi... 👨‍🏫

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

25 Dec, 09:23


Kepada yang membaca post ini... 😃

Ya...anda!
Jangan berhenti mencuba ya 😃

Jangan berhenti belajar Bahasa Arab 😃

Mulakan dengan membaca buku cerita dwibahasa Arab-Melayu yang menarik dan bermanfaat 🙆🏻‍♀️

Jemput datang beramai-ramai ke link shopee kami 😃

http://shopee.com.my/faseeh_empire

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

20 Dec, 02:06


جمعة مباركة 😊

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

15 Dec, 16:14


SELEPAS BERI NASIHAT

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Selain berterima kasih kepada seseorang yang telah memberikan nasihat, ayat-ayat penghargaan lain yang pendek (walaupun nampak 'simple' tapi bermakna tau) boleh diucapkan seperti dalam gambar di bawah. 🤗

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

09 Dec, 09:46


KECEMASAN الطَّوَارِئُ

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Ayat-ayat pendek sewaktu kecemasan 🚑

p/s: Bagi bercakap tentang seorang perempuan.


1) أَمَا زَالَتْ عَلَى قَيدِ الحَيَاةِ؟
Adakah dia (P) masih hidup?

2) أَعْتَقِدُ أَنَّهَا أُغْمِيَ عَلَيهَا
Saya yakin dia (P) pengsan.

3) هَلْ نَأْخُذُهَا إِلَى المُسْتَشْفَى؟
Kita bawa dia (P) ke hospital?

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

Tak rugi membaca buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Penjual Aroma بائع الروائح' terbitan Faseeh Empire 🤗. Sesuai untuk semua peringkat umur.

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

04 Dec, 09:28


[PERTAMA / MULA-MULA / DAHULU أَوَّلًا]

Salam semua 🙆🏻‍♀️

🤔 Tahukah anda?

Kalimah PERTAMA / MULA-MULA / DAHULU berkongsi kalimah yang sama dalam Bahasa Arab iaitu: أَوَّلًا AWWALAN.

🤗 Boleh lihat pada komik contoh penggunaan kalimah أَوَّلًا AWWALAN bagi maksud PERTAMA / MULA-MULA dan DAHULU.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

28 Nov, 09:31


MISTERI غموض

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Pernah terjadi tak di rumah? 😂

Semoga bermanfaat 🙆🏻

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

24 Nov, 10:12


Salam semua 🙆🏻‍♀️

Sedang menunggu berhentinya hujan?
Tukarkan penantian anda dengan doa ini...

اللهُّمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat.

Ameeen

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

19 Nov, 09:41


TANDA-TANDA KATA NAMA (ISIM)

Salam semua 🙆🏻‍♀️

🌿 Dah banyak kali belek buku syarh ibnu 'Aqil tapi masih keliru dengan TANDA-TANDA KATA NAMA (ISIM) علامات الاسم.

Di sini kami mempermudahkan insyaAllah 😊.

🌿 TANDA-TANDA KATA NAMA (ISIM) علامات الاسم ialah:

1) Boleh bergabung dengan (ال) seperti kalimah الرجل bermaksud LELAKI.

2) Boleh menerima tanwin samada atas, bawah atau dommah seperti kalimah رَخِيصٌ bermaksud MURAH.

3) Boleh terima ta' marbutah (ـة) seperti kalimah وَاسِعَةٌ bermaksud LUAS.

4) Boleh menjadi (المنادى) iaitu objek yang diseru seperti: !أيها المسلمون Wahai MUSLIMIN!

5) Boleh menjadi al-idhofah (الإضافة). Apa itu al-idhofah (الإضافة)? Secara umumnya merupakan dua kata nama yang bergabung menjadi makna yang khusus seperti:

حَمَامُ الرِّجَالِ TANDAS LELAKI

6) Boleh menjadi objek atau maf'ulun bih (مفعول به) seperti dalam ayat berikut:

أكلْتُ (تَمْرَةً) Saya telah makan SEBIJI KURMA

7) Boleh menjadi (المبتدأ) dan selalunya kita boleh lihat pada jumlah ismiyyah seperti:

البَيتُ قَدِيمٌ RUMAH itu lama

8) Boleh menjadi (الفاعل) iaitu pembuat seperti:

رَأَى مُحَمَّدٌ كَلْبًا
MOHAMAD telah nampak seekor anjing

9) Boleh berada selepas (حرف الجر) seperti:

نَحْنُ فِي المَدْرَسَةِ Kami DI sekolah

10) Boleh berada selepas (ظرف) seperti:

أَستَحِمُّ بَعْدَ اللَّعِبِ
Saya mandi SELEPAS bermain

Jadi, di atas adalah tanda-tanda kata nama. Insya Allah tak pening-pening lagi dah bila baca semula kitab syarh ibnu 'Aqil.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

Isim atau kata nama banyak anda boleh dapatkan dalam buku cerita dwibahasa Arab-Melayu terbitan Faseeh Empire.

Dapatkan segera di shopee kami.

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

14 Nov, 09:55


CUBA DAN TERUS CUBA 💪🏻

Salam semua 🙆🏻‍♀️

😔 Rasa kecewa bila kita gagal dalam sesuatu perkara?

😃 Gagal itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih mahir dan kreatif dalam merancang dan melakukan sesuatu.

😃 Gagal juga menjadikan kita lebih kuat, lebih berhati-hati, bertawakal sepenuh dan seikhlasnya kepada kepada Allah SWT.

😃 Jangan takut untuk gagal. Jika gagal, bangun dan cuba lagi seolah-olah kita tidak pernah gagal.

_____

Mari mula mempelajari Bahasa Arab dengan bacaan yang mudah, ringkas, sangat menarik dan bermanfaat dengan membaca buku cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Penjual Aroma بائع الروائح' dan 'Makanlah wahai bajuku كلي يا ثيابي' 😃

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

08 Nov, 04:41


[ANDA MENGAKU ANDA BETUL? YA, SAYA MENGAKU!]

Salam semua 🙆🏻‍♀️

☘️ MENGAKU bermaksud 'mengiktiraf atau menganggap'.

☘️ Dalam bahasa Arab, apabila kita maksudkan kalimah MENGAKU sebagai IKTIRAF dalam ayat kita, perkataan اعترف (I'TARAFA) digunakan.

Seperti pada ayat ini:
اعترف السارق بذنبه 🙋🏻
Pencuri itu telah mengaku (mengiktiraf) kesalahannya.

Kita boleh dapati kalimah اعترف dalam ayat al-Quran di bawah:

وَءَاخَرُونَ ٱعْتَرَفُوا۟ بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا۟ عَمَلًا صَٰلِحًا وَءَاخَرَ سَيِّئًا عَسَى ٱللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Terjemahan: Dan (ada pula) orang-orang lain yang MENGAKUI dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

At-Taubah: 102

☘️ Jika MENGAKU yang digunakan bermaksud MENGANGGAP, maka kalimah Arab yang sesuai ialah زعم (ZA'AMA)

Contohnya:

زعم الولد أنّه ذكي
Budak lelaki itu mengaku (menganggap) bahawa dia seorang yang pandai.

Ayat al-Quran yang ada perkataan زعم seperti di bawah:

زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ ۚ وَذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ

Terjemahan: Orang-orang yang kafir MENGANGGAP (mengaku) bahwa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: "Memang, demi Tuhanku, kamu benar-benar akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

At-Taghabun:7

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

03 Nov, 09:31


TIDUR LAMA 🛌😴

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Pernah tidur terlalu lama?
Bagaimana perasaan selepas bangun dari tidur?
Sakit kepala? 💆‍♀️
Tak dapat berfikir dengan baik?

Pernah terjadi kepada anda seperti yang dihadapi oleh Maruko? 😁

Dialog pendek Maruko selepas bangun tidur terlalu lama yang boleh anda gunakan dalam perbualan Bahasa Arab seharian 🤗

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

31 Oct, 08:02


MENGHALAU/MENGUSIR طَرَدَ - يَطْرُدُ

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Kalimah baru kali ini ialah:

🤓 MENGHALAU/MENGUSIR طَرَدَ - يَطْرُدُ

Contoh ayat mudah:

طَرَدَ الفَلَّاحُ الغِرْبَانَ بِفَزَّاعَةِ الطُّيُوْرِ
Petani itu telah mengusir burung-burung gagak dengan (menggunakan) orang-orang

🤓 Di dalam al-Quran ada disebutkan perkataan MENGHALAU/MENGUSIR طَرَدَ - يَطْرُدُ ini seperti di surah al-An'am ayat 52:

وَلَا تَطْرُدِ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَهٗ ۗ

Terjemahan: Janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari, mereka mengharapkan keredhaanNya.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

-------
Tahukah anda? Said, si petani telah dihalau oleh para pengawal rumah Datuk Bandar tanpa alasan yang munasabah.

Apakah alasan yang tidak munasabah itu? Adakah anda setuju dengan perbuatan para pengawal itu?

Buku cerita dwibahasa Arab-Melayu yang sangat menarik untuk dibaca! Dapatkan segera.

https://shope.ee/1An8wSGpyj

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

26 Oct, 09:00


MEMBACA DARI BUKU FIZIKAL LEBIH BAIK
القِرَاءَةُ الوَرَقِيَّةُ أَفْضَلُ

Dah dapatkan buku-buku cerita dwibahasa Arab-Melayu terbitan Faseeh Empire? 🤗

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

24 Oct, 09:23


Salam semua 🙆🏻‍♀️

👨‍🏫 Soalan KENAPA DENGAN AWAK? dalam Bahasa Arab kita kata:

MA BIKI مَا بِكِ, ditujukan kepada seorang perempuan.

MA BIKA مَا بِكَ, pula ditujukan kepada seorang lelaki.

Mudahkan? 🤗
Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

__
Kenapa si pembuat roti tidak berpuas hati dengan seorang budak lelaki miskin dalam cerita dwibahasa Arab-Melayu 'Penjual Aroma بائع الروائح'terbitan Faseeh Empire? Maklumat lanjut boleh lihat di:

https://shopee.com.my/product/83242537/7580080736?smtt=0.83244014-1616117711.3

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

21 Oct, 09:48


AIR MATA 😭

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Hari ini air mata mengalir? 🙂

Tidak salah mengalirkan air mata...
kerana ia merupakan suatu terapi ❤️

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

17 Oct, 08:48


[HURUF YANG SAMA CUMA SUSUNAN YANG BERBEZA]

🍄 Kalimah وَعَدَ (WA'ADA) dan وَدَّعَ [WADDA'A] adalah kata kerja yang terdiri dari huruf-huruf yang sama, tetapi susunan yang berbeza sekaligus memberikan makna yang berbeza juga....wow 🤓

🍄 Kata kerja وَعَدَ (WA'ADA) bermaksud: telah berjanji

🍄 Kata kerja وَدَّعَ [WADDA'A] bermaksud: telah mengucapkan selamat tinggal

😁 Oh ya, walaupun persamaan dua kata kerja ini terdiri dari huruf-huruf yang sama, وَعَدَ (WA'ADA) merupakan الفعل الماضي الثلاثي iaitu kata kerja yang terdiri dari 3 huruf (و ع د).

😁 Manakala وَدَّعَ [WADDA'A] pula merupakan الفعل الماضي الرباعي iaitu kata kerja yang terdiri dari 4 huruf (و د د ع).

❤️ Di dalam ayat Al-Quran, pada surah al-Fath: 29 ada disebutkan kalimah وَعَدَ (WA'ADA) ini 👇🏻:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةًۭ وَأَجْرًا عَظِيمًۢا (الفتح:29)

Terjemahan: Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Selamat menambah kosa kata 🙆🏻‍♀️

Tahukah anda?

Buku cerita dwibahasa Arab-Melayu بائع الروائح tinggal kurang dari 8 buah sahaja.. Dapatkan segera di shopee kami sebelum habis! Jangan lupa juga untuk dapatkan buku cerita dwibahasa Arab-Melayu kedua kami كلي يا ثيابي!

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

14 Oct, 10:12


MUSIM PANAS ☀️🥵

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Musim panas ni, bagaimana kita nak kata dalam Bahasa Arab ayat-ayat di bawah:

"Saya dah berpeluh banyak ni"
"Tekak saya kering"
"Saya nak air"
"Cuaca terik sangat"

Jaga diri dan keluarga 😃
Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar.
Banyakkan minum air kosong 😃

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

11 Oct, 03:30


تَوَفَّنِيْ مُسْلِمًا وَّاَلْحِقْنِيْ بِالصّٰلِحِيْنَ

(Wahai Tuhanku) wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang yang saleh.

Surah Yusuf :101

Jumuah Mubarakah

Jemput ke shopee kami dan dapatkan buku cerita dwibahasa Arab-Melayu yang menarik 🤗

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

08 Oct, 09:26


Ulangkaji lagi supaya tidak lupa 🤗

[ + 👦= 👦]

🤔 Apakah yang terlintas apabila kalimah 'Cawan Hud' muncul di benak fikiran kita?

Kita akan mengatakan bahawa Hud adalah pemilik cawan tersebut, atau cawan itu kepunyaan Hud.

Begitu juga dalam Bahasa Arab!

Dalam Bahasa Arab, apabila menggabungkan kata nama am pada kata nama khas (nama orang/ tempat/haiwan/benda), maka ianya bermaksud PEMILIKAN kepada sesuatu.

🤔 Macam mana tu?

👨‍🏫 Lihat pada contoh 'CAWAN HUD' di atas. CAWAN adalah kata nama am. Apabila menggabungkan kalimah CAWAN ini dengan kata nama khas iaitu HUD, maka kita memahami bahawa cawan itu kepunyaan Hud.

Cawan + Hud = Cawan Hud.

Bagaimana contoh dalam Bahasa Arab pula?

Baju-baju ثِيَابٌ + Ibrahim إبراهيم = Baju-baju Ibrahim ثياب إبراهيم.

Kalimah ثيابٌ merupakan kata nama am. Apabila ثِيَابٌ digabungkan dengan إبراهيمُ menjadi ثِيَابُ إبراهيمَ (baju-baju Ibrahim) maka jelaslah bahawa baju-baju itu adalah kepunyaan Ibrahim.

Hukum pada situasi di atas disebut sebagai AL-IDHOFAH الإضافة* kerana dua kalimah yang bergabung itu telah menjadi satu makna yang khas dan spesifik.

*Apakah itu Al- idhofah?

AL-IDHOFAH atau dikenali sebagai Mudhof (مضاف) dan mudhofun ilaih (مضاف إليه) ialah dua kata nama atau lebih yang bergabung menjadi satu makna.

Kata nama pertama ialah mudhof, manakala yang kedua ialah mudhofun ilaih.

Semoga bermanfaat 🙆

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

06 Oct, 08:28


Salam semua 🙆🏻‍♀️

KEPALAKU...RAMBUTKU...~

😩 Stress bila kepala gatal dan penuh kelemumur?

😩 Sakitkan bila kepala berdenyut-denyut?

Contoh ayat-ayat pendek yang boleh kita ekspresikan bila kepala gatal dan berdenyut-denyut 😊

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

02 Oct, 09:05


RAHSIA KEJAYAAN

Di antara rahsia kejayaan ialah belajar dari kesilapan 🤗

☘️ Jangan takut pada kesilapan yang memandu kita ke arah kejayaan.

😊

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

28 Sep, 14:09


KEMERAH-MERAHAN اِحْمَرَّ

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Kalimah KEMERAH-MERAHAN اِحْمَرَّ dari wazan اِفْعَلَّ.

Contoh kalimah atas wazan اِفْعَلَّ yang boleh kita lihat iaitu kalimah ابيَضَّتْ di dalam al-Quran pada surah Yusuf ayat 84:

وَتَوَلّىٰ عَنهُم وَقالَ يا أَسَفىٰ عَلىٰ يوسُفَ وَابيَضَّت عَيناهُ مِنَ الحُزنِ فَهُوَ كَظيمٌ


Maksudnya: Dan Ya’qub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: “Aduhai duka citaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi PUTIH (tidak dapat melihat) kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan perasaannya (marah terhadap anak-anaknya).

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

25 Sep, 08:56


Salam semua 🙆🏻‍♀️

[ العَصْرُ ]
Kalimah al-Asr mempunyai makna yang pelbagai.

Contohnya di dalam surah al-Asr ayat 1: وَالعَصرِ

Bermaksud...demi masa 🕑

Makna Al-Asr juga bermaksud era/zaman dan waktu petang selepas zuhur

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

22 Sep, 12:48


JOM TAMBAH KOSA KATA 🤗

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Asyik2 kalimah نَحِيفٌ bermaksud 'kurus' saja yang kita gunakan dalam perbualan atau penulisan kan? 

Bertukarlah kepada نَحِيلٌ. Kalimah baru yang bermaksud 'kurus', mudah untuk digunakan.

Barulah tak bosan orang membaca atau mendengar ayat kita 😊

Contoh ayat boleh dilihat pada gambar. 

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

21 Sep, 12:26


JOM TAMBAH KOSA KATA 🤗

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Selain kalimah صَعْبٌ, kita boleh menggantikan kalimah tersebut dengan kalimah مُعَقَّدٌ dalam tulisan dan perbualan kita 😁

Barulah tak bosan orang membaca atau mendengar ayat kita 😊

Contoh ayat boleh dilihat pada gambar.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

18 Sep, 01:56


JIKA PENAT, BEREHAT BUKAN MENYERAH 💪🏻

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Pernah rasa putus asa apabila mempelajari Bahasa Arab?

😠 Berapa kali daa sebut kalimah arab tapi tak ingat-ingat makna kalimah tersebut.

😩 Belajar nahu arab hatta yang asas tapi asyik lupa saja.. hmmm

Jangan menyerah! Dan jangan terlalu meletakkan 'expectation' yang tinggi sehingga membebankan diri sendiri.

Mempelajari Bahasa Arab adalah suatu nikmat. Perjalanannya berliku tetapi indah.

Hargai diri anda apabila memahami sesuatu ilmu walaupun sedikit. Kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Cara untuk istiqamah dalam perjalanan ilmu ini, apabila lelah berehatlah bukan menyerah 🤗

Nah 🌷 bunga dari kami.

🌴 Faseeh Empire membuka peluang kepada MUSLIMAH untuk menyertai program Belajar Bahasa Arab bersama Faseeh.

📆 Kelas akan bermula pada 3 Oktober sehingga 30 Disember 2024.

Terdiri dari 2 tahap. Masa pembelajaran seperti berikut:

Tahap pertama:
Isnin dan Khamis : 8.00 pagi -9:30 pagi

Tahap kedua:
Isnin dan Khamis : 9:30 pagi - 11 tengahari

💰Hanya RM69.90 sahaja. Murah dan berbaloi!

MENARIKNYA PROGRAM INI:

📘Berinteraksi dan belajar bersama tenaga pengajar yang berpengalaman mengajar Bahasa Arab di Telegram.

📘 Nota, modul serta latihan yang menarik dan pelbagai disediakan untuk anda.


Untuk pendaftaran / maklumat lanjut berkenaan kelas bolehlah berhubung dengan admin Faseeh di bawah 🤗:

Tahap 1:
https://wa.link/2r1gwe

Tahap 2:
https://wa.link/5g9bgv

Ayuh daftar sebelum pembelajaran bermula 😊

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

17 Sep, 03:44


MULAKAN DENGAN USAHA KECIL😊

🌴 Faseeh Empire membuka peluang kepada MUSLIMAH untuk menyertai program Belajar Bahasa Arab bersama Faseeh.

📆 Kelas akan bermula pada 3 Oktober sehingga 30 Disember 2024.

Terdiri dari 2 tahap. Masa pembelajaran seperti berikut:

Tahap pertama:
Isnin dan Khamis : 8.00 pagi -9:30 pagi

Tahap kedua:
Isnin dan Khamis : 9:30 pagi - 11 tengahari

💰Hanya RM69.90 sahaja. Murah dan berbaloi!

MENARIKNYA PROGRAM INI:

📘Berinteraksi dan belajar bersama tenaga pengajar yang berpengalaman mengajar Bahasa Arab di Telegram.

📘 Nota, modul serta latihan yang menarik dan pelbagai disediakan untuk anda.


Untuk pendaftaran / maklumat lanjut berkenaan kelas bolehlah berhubung dengan admin Faseeh di bawah 🤗:

Tahap 1:
https://wa.link/2r1gwe

Tahap 2:
https://wa.link/5g9bgv

Ayuh daftar sebelum pembelajaran bermula 😊

(Bahasa arab) اللغة العربية مع فصيح

16 Sep, 12:37


JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA 🤗

KELAS BAHASA ARAB BERSAMA FASEEH INILAH YANG DICARI-CARI 😊

🌴 Faseeh Empire membuka peluang kepada MUSLIMAH untuk menyertai program Belajar Bahasa Arab bersama Faseeh.

📆 Kelas akan bermula pada 3 Oktober sehingga 30 Disember 2024.

Terdiri dari 2 tahap. Masa pembelajaran seperti berikut:

Tahap pertama:
Isnin dan Khamis : 8.00 pagi -9:30 pagi

Tahap kedua:
Isnin dan Khamis : 9:30 pagi - 11 tengahari

💰Hanya RM69.90 sahaja. Murah dan berbaloi!

MENARIKNYA PROGRAM INI:

📘Berinteraksi dan belajar bersama tenaga pengajar yang berpengalaman mengajar Bahasa Arab di Telegram.

📘 Nota, modul serta latihan yang menarik dan pelbagai disediakan untuk anda.

Untuk pendaftaran / maklumat lanjut berkenaan kelas bolehlah berhubung dengan admin Faseeh di bawah 🤗:

Tahap 1:
https://wa.link/2r1gwe

Tahap 2:
https://wa.link/5g9bgv

Ayuh daftar sebelum pembelajaran bermula 😊