Haritu ada dengar ceramah Ustaz Wadi berkenaan ujian ni. Kata ustaz, ujian ni bukan sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa kita saja tapi Allah uji kita kerana DIA nak angkat darjat kita lebih tinggi berada di sisi-NYA.
Yelah kan, banyak sangat ke dosa kita ni? Besar sangat ke dosa kita ni? sehinggakan Allah tak henti henti bagi ujian. βΉοΈ
___
Namun, satu jelah. Jangan kita merasakan yang kita ni tak ada dosa. Ujian lepas lepas yang berat sangat kita hadapi tu dosa kita dah habis dah. Jangan rasa macam ni ek!
Selalu remind diri, setiap kali ditimpa ujian itu adalah tanda Allah sedang tunjukkan kasih sayang-NYA pada kita.
Terus kuat ya! π€