Bahasa Arab UPKK Bondalutfi @bahasaarabupkkbondalutfi Channel on Telegram

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

@bahasaarabupkkbondalutfi


Nota dan perkongsian berkenaan tajuk-tajuk dalam silibus bahasa Arab untuk UPKK khasnya dan semua subjek KAFA amnya. @bondalutfi #notaustazahbonda

Disclaimer : Channel ini mengandungi nota dan latihan/kuiz sebagai rujukan tambahan.

Promotional Article for Bahasa Arab UPKK Bondalutfi (Malay)

Selamat datang ke Bahasa Arab UPKK Bondalutfi! Channel ini bertujuan untuk menyediakan nota dan perkongsian berkaitan dengan tajuk-tajuk dalam silibus bahasa Arab untuk UPKK khasnya dan semua subjek KAFA amnya. Dikelolakan oleh akun @bondalutfi, channel ini merupakan sumber rujukan tambahan bagi pelajar dan guru yang ingin memperkukuhkan pemahaman dalam bidang bahasa Arab. Dengan penekanan pada UPKK, pelajar akan mendapat manfaat tambahan untuk persediaan peperiksaan. Tak hanya itu, nota dan latihan/kuiz yang disediakan juga dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Jadi, jom sertai kami di Bahasa Arab UPKK Bondalutfi untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda dalam bahasa Arab! #notaustazahbonda Disclaimer: Channel ini memuatkan nota dan latihan/kuiz sebagai rujukan tambahan.

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

05 Feb, 00:47


Bismillah. Alhamdulillah.

Pagi! Lama tak menyapa. Moga Allah kurniakan sihat dan 'afiyah pada semua 🤲🏻

Ramadan 25 hari lagi, Masya Allah 💚

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

01 Feb, 00:56


بِسمِ اللَّه، الحَمدُلِلَّه. حَسْبِيَ اللهُ لَا إِلَـهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

Assalamualaikum

1 Februari hari ini. Moga baik-baik saja untuk hari ini, minggu ini dan sepanjang bulan ini biiznillah.
اللّهُمَّ بَلِّغنَا رمَضَان 💞

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

24 Jan, 08:09


Bismillah. Santai petang sambil rehat.

Untuk kuiz semalam.

Kenapa ذلك فصل
Tapi تلك فصل

*(Keadaan apabila isim/kata nama mufrad)

.
Dah boleh mula hafal sikit-sikit pelajaran bahasa Arab tahun 3 dan 4 untuk anak-anak tahun 5/2025

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

23 Jan, 05:05


Bismillah.

Perkongsian subjek Bahasa Arab sambil-sambil untuk anak-anak bakal calon UPKK 2025

💡 APA BEZA ذَلِكَ فَصْلٌ dengan تِلْكَ فَصْلٌ ?

.
Keduanya adalah جُملَةٌ مُفِيدَة / ayat. Tapi salah satunya tepat, dan satu lagi tidak.

Jom cuba anak-anak jawab 👇🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

22 Jan, 02:09


Bismillah. Assalamualaikum anak-anak. #menjawiperkataan hari ini

Seminar : perjumpaan, perbincangan
Semestar : sesi pengajian
Tesis : kajian ilmiah

*Sumber DBP

E pada semua perkataan di atas adalah e taling. Apabila kita nak jawikan, maka kita guna ي sebagai padanan jawinya.

Jawi buatkan kita membaca perkataan Bahasa Melayu dengan betul.

#notajawibonda

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

20 Jan, 02:01


Jawi - جاوي

#notajawibonda

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

17 Jan, 01:16


Bismillah, Assalamualaikum, alhamdulillah.
Salam jumaat

انق ايتيق برنڠ-رنڠ،
ددالم ڤاريت دتڤي ساوه،
موݢ هاتي سلالو تنڠ،
هاري دلالوءي منجادي اينده.

#WelcomingRamadan

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

13 Jan, 01:45


Bismillah. Alhamdulillah untuk hari ini.

Assalamualaikum. Selamat menelusuri hari. Dapat tenang dalam kesibukan itu suatu kesyukuran.

Semoga baik-baik saja hari ini dan sepanjang minggu ini 🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

10 Jan, 09:24


Bismillah MasyaAllah,
Assalamualaikum.

Terima kasih doa-doa yang baik dari kalian; anak-anak dan para ibu.
Bonda baca semuanya dalam grup chat 🥰. Tak terbalas satu-satu 🥹

Mendoakan yang sama bahkan yang lebih baik lagi untuk yang mendoakan.

Alhmdulillah, selesai UPKK 2024 melabuh tirai. Jazakumullahu kher. Semoga ilmu yang anak² dapat, anak-anak ingat dan amal insyaAllah.

Besar pahala menuntut ilmu dan beradab.
Dapatkan restu dari ibu ayah dan guru-guru kalian, jangan lupa ya 🤗

Bonda doakan berjaya CEMERLANG anak-anak dalam UPKK 2024 ini nanti. Teruskan berdoa 🤲🏻👍🏻

فإذَا عزَمتَ فتوكَّل علَى اللَّه.

Coming soon UPKK 2025. BERSEDIA 🔥

#bahasaarabupkkbondaluti
#semogaberjaya
#memoriupkk2024
#upkk2025

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Jan, 09:19


اللُّهمَّ آمين 🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Jan, 09:19


Bismillah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita ilmu dan ilham menjawab peperiksaan.
SELAMAT MAJU JAYA bonda ucapkan pada semua anak-anak.

Ucapkan terima kasih dan minta doa pada ustazah/ustaz yang telah mengajar kalian di sekolah masing-masing.
Ucapkan terima kasih pada ibubapa dan kawan-kawan juga 😊

Bonda doakan semua berjaya cemerlang 9A dalam UPKK 2024. Amalkan ilmu yang dipelajari dan jadi anak yang soleh solehah 🤲🏻

بارك اللّه فِيكُم وفينا 🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Jan, 02:06


Soalan yang begini, anak-anak kena guna semuaaaa perkataan yang telah dipelajari. Maknanya PERHATIKAN BETUL-BETUL PERKATAAN DALAM AYAT.

Sama ada :
📌Jantinanya betul atau tidak (Jenis L dan P tu)
📌Kuantiti dhomirnya betul atau tidak
📌Penggunaan huruf jar dan zorofnya betul atau tidak

#notabondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Jan, 02:04


Maaf, bonda typo perkataan خطاء. Yang betul خطأ

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

31 Dec, 12:14


🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

31 Dec, 00:29


Bismillah Assalamualaikum

Menanti hari-hari penting.

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

#notabondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

30 Dec, 13:46


MENUJU UPKK 🔥🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

30 Dec, 00:43


Bismillah. Assalamualaikum selamat pagi 🌷

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Untuk hari ini, moga Allah kurniakan dan ilhamkan sabar, tenang, lapang, sihat, syukur dan kuat 🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

28 Dec, 03:10


JOM ajak kawan-kawan jawab kuiz sama-sama

https://t.me/bahasaarabupkkbondalutfi/4510


#UPKK2024
#bondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

27 Dec, 07:23


Bismillah. Jom cuba lagi 🔥

📌 70 SOALAN KUIZ BAHASA ARAB ULANGKAJI UPKK

https://wordwall.net/resource/75584191

https://wordwall.net/resource/84303619

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Dec, 00:57


Bismillah Assalamualaikum selamat pagi 🌷

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Untuk hari ini, moga Allah kurnia dan ilhamkan sabar, tenang, lapang, sihat, syukur dan kuat 🤲🏻

.
82 hari menuju Ramadan 🌙

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

02 Dec, 02:05


📌 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK 2024

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

02 Dec, 02:04


Bismillah.

Bermula countdown ke 6/1/2025.
Semakin hampir tapi tak bermakna tak boleh usaha. Teruskan 🔥

#roadtoUPKK2024
InsyaAllah, boleh!

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

01 Dec, 04:12


Bila ada suku kata (KVK) dalam perkataan bahasa Melayu yang vokalnya a, kita tak tulis alif.

Seperti
MA.KAN - ماكن
CAN.TIK - چنتيق
MAMPU - ممڤو

.
Tapi, bila ada è.wa atau i.wa, alif dikembalikan untuk elak silap baca @ faham perkataan.

Macam 👆🏻
ME.WAH ;
ada alif ميواه
tiada alif ميوه (miuh)



#notabondalutfi
#notajawibondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

01 Dec, 02:37


Bismillah.

Meninggalkan November 2024 dengan 1001 rasa. Datangnya Disember, moga yang baik-baik sahaja 🤲🏻. Anak-anak teruskan usaha 🔥

"Jangan ragu-ragu.
Mintalah apa saja dari Allah. Silakan sebanyak-banyaknya berdoa. Sambil sebanyak-banyaknya juga berikhtiar."
(Buku Tawakal, Us. Yusuf Mansur)

.
#notabonda
#bondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

30 Nov, 05:28


RUKUN IMAN 6 PERKARA ; 👆🏻

• برايمان کڤد اللّه
• برايمان کڤد ملائکة
• برايمان کڤد کتاب
• برايمان کڤد رسول
• برايمان کڤد هاري قيامة
• برايمان کڤد قضاء دان قدر


#notabonda

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

30 Nov, 05:26


Bismillah.

RUKUN ISLAM 5 PERKARA : 👆🏻

• مڠوچڤ دوا کلمة شهادة
• منونايكن صلاة ليم وقتو
• برڤواسا دالم بولن رمضان
• مڠلوارکن زکاة
• منونايكن حج دمکة باݢي يڠ ممڤو

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

29 Nov, 14:23


Terakhir untuk malam ini. InsyaAllah kita cuba sama-sama 👇

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

21 Nov, 00:50


Bismillah. Assalamualaikum 🌷

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Untuk hari ini, moga Allah kurnia dan ilhamkan sabar, syukur, tenang, lapang, sihat dan kuat 🤲🏻

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

20 Nov, 13:27


BISMILLAH.

JAWI/جاوي sikit jom insyaAllah.

Nanti sempat boleh jawab ya anak-anak.

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

20 Nov, 06:38


Tajuk السَّاعات / jam dalam subjek Bahasa Arab ni kalau boleh buat memang seronok. Dapat 1 nak buat lagi 1.

Jam :
1) Tahu baca Jam.
2) Hafal jam 1-12 dan minit-minitnya.
3) Tahu bezakan bahagian وَ dan bahagian إلَّا.
4) Dapat soalan SETELKAN minit dulu.

📌 Bahagian yang kena ingat guna formula pula adalah bila jarum minit di kiri (إلّا). Bukan nak cari minit tapi formula tu guna untuk cari JAM nya nanti.

NOM KE KA + 1jam
KA KE NOM - 1jam

#roadtoupkk2024
#notabahasaarabbonda

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

19 Nov, 13:10


BEZA KATA GANDA APABILA DIJAWIKAN.

Kata ganda boleh dibahagikan kepada:
✍🏻 Kata Ganda Penuh (ejaan kiri kanannya sama) dan
✍🏻 Kata Ganda Separa/Separuh (ejaan kiri dan kanannya tidak sama. Ada tambahan imbuhan atau partikel)

Bila menjawi JALAN-JALAN = جالن٢ dengan tanda ٢.
Bila menjawi BERJALAN-JALAN = برجالن-جالن dengan tanda (-) sempang.

.
#notajawibonda

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

17 Nov, 04:42


Bismillah. Khusus untuk anak-anak KAFA dan UPKK 😍
.
Soalan KBAT dalam Bahasa Arab UPKK antaranya adalah buat ayat atau كوِّن جملًا مفيدةً من الكلمات
Lazimnya, perkataan diberi adalah dari perkataan-perkataan yang anak-anak pelajari; الاِسمُ dan الفِعلُ.

Dalam nota ini bonda buatkan contoh-contoh ayat dari perkataan الأفعَال atau kata kerja (khususnya topik tahun 3 & 4).

📌 Ada 2 perkataan kata kerja dalam ayat kerana ada untuk perbuatan PAST الفعل الماي dan PRESENT الفعل المضارع.
Bila jawab soalan buat ayat, gunakan perkataan yang diberi tanpa mengubahnya.

Selain menambah kosa kata anak-anak, harapannya bolehlah anak-anak belajar buat ayat dan juga membaca 🤗

Anak tahun 3 dan 4 pun boleh juga guna. Moga-moga membantu.

.
#notabondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

12 Nov, 00:35


Bismillah Alhamdulillah. Assalamualaikum

Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah. Kepada Allah jua tempat berpulang.

Selamat menelusuri hari ini. Moga sihat tubuh badan, mudah urusan dan murah rezeki.

#notabondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

11 Nov, 02:18


Tonton Video Animasi Sirah KAFA UPKK!

Video animasi Sirah KAFA UPKK yang membawa kisah-kisah penting seperti perjuangan Rasulullah SAW dan pengajaran dari kehidupan baginda. 📖💖

Sinopsis Ringkas, Quiz & Nota Pecut Untuk Setiap Topik Disediakan
Belajar Sirah dengan Interaktif Tanpa Rasa Stress
Visual yang Menghidupkan Kisah Tanpa Rasa Bosan
Sesuai untuk Pembelajaran di Rumah, Sekolah atau Dimana Sahaja
Segala Isi Penting berdasarkan Silibus KAFA UPKK JAKIM/JAIS

Jom bantu anak-anak kita menyerap ilmu agama dengan cara yang seronok dan bermakna! 🎬👇🏻

Terus klik untuk daftar sementara promosi berbaloi!

https://qof.digital/courses/animasi-sirah-upkk/

.
Untuk pertanyaan :
http://www.wasap.my/60142306447/VideoAnimasi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

11 Nov, 02:16


Bismillah. Assalamualaikum. Izinkan bonda iklan ya.

Ini feedback dari banyak feedback lain untuk 1 inisiatif belajar subjek 'killer' kata murid.

SIRAH ni jika faham perjalanan cerita, mudah nak ingat dan jadi mudah nak jawab soalan. Kisah hidup Nabi Muhammad, semua muslim mesti ambil tahu.

Ni, ada VIDEO ANIMASI SIRAH KAFA . Ya, untuk anak-anak KAFA terutamanya CALON UPKK.
Menariknya, ada semua tajuk/topik dari tahun 3-5. Makna kata. Abang boleh tengok, adik pun belajar sekali!

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

10 Nov, 01:12


✍🏻 Sedikit nota tentang SOLAT FARDU.

Seharian solat 5 waktu sehari semalam, inilah antara perkara anak-anak mesti tahu. Bahkan orang dewasa juga.

Rukun solat hafalkan. Kita solat mesti patuh rukunnya. Tertinggal rukun atau tidak buat, maka BATAL lah solat.

.
Selingan bersama;
Solat itu perkara yang pertama dihisab selepas dibangkitkan. Jangan tinggal solat. Solat 'jambatan' penghubung hamba dengan Tuhan ّYang Maha Penyayang.

#notabondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

10 Nov, 00:47


Bismillah. Assalamualaikum anak-anak.
Selamat pagi, صَبَاح الخَير

Sedikit nota tentang solat Jumaat. Tajuk tahun 4. Sambil-sambil jawab kuiz boleh baca sedikit nota

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Nov, 14:38


Esok bonda sambung insyaAllah 🤗

Subjek IBADAH adalah semua tentang ibadah seharian.

- Bermula dari berwuduk sehinggalah selesai kita solat termasuk perkara berkaitan.

- Semua tentang ibadah seharian sebagai hamba seperti aurat dan puasa.

Belajar-belajar juga, amal jangan lupa 🔥

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

09 Nov, 14:16


Bismillah.

InsyaAllah, boleh cuba bila-bila ada masa ya. Bonda up dulu 1 kuiz IBADAH sikit, santai-santai.

Nak buat kuiz begini pun, bonda perlu study juga dulu sama-sama. Jadi kita sama-sama study insyaAllah.

Jom cuba

#roadtoUPKK2024

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

06 Nov, 01:05


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَات

“Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurna semua kebaikan.”
.
Bismillah Alhamdulillah

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

31 Oct, 09:37


Bismillah.

Ada yang tanya, kenapa perkataan harimau tiada alif selepas هـ?

📌 Hal ni terjadi pada kaedah/hukum 3 suku kata dan lebih.
Ia perlu begini ;

1) Sumber kata bahasa melayu.
2) Kata dasar 3 suku kata atau lebih.
3) Suku kata pertama adalah terbuka bervokal [a].
4) Vokal [a] itu tidak dilambang alif bila dijawikan.
5) Tiada homograf

🟰 HA.RI.MAU = BM, 3 suku kata, suku kata pertama terbuka vokal [a]

Maka bila jawi = هريماو


#notajawibondalutfi

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

25 Oct, 14:34


Bismillah. Assalamualaikum.

Bonda up saja kuiz ya. Nanti anak-anak boleh cuba bila lapang.

TIPS JAWI:
1. BACA SOALAN DAN PILIHAN JAWAPAN DENGAN TELITI.

2. LIHAT HUKUM/KAEDAH JAWI YANG DIGUNA, PASTIKAN BETUL SEBELUM PILIH JAWAPAN.
.

#notabondalutfi
#roadtoupkk2024

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

25 Oct, 01:17


Kerana yang menghilangkan gundah gulana dan kesedihan adalah Allah jua.

Bismillah Alhamdulillah for another blessed Jumuah

.
#DoaUntukPalestin

Bahasa Arab UPKK Bondalutfi

23 Oct, 23:36


Bismillah.

Untuk soalan ini, perhatikan :

Jantina perkataan
Ingat, jika :

Fiil (kata kerja) lelaki, pelaku mesti lelaki juga.

Fiil (kata kerja) perempuan, pelaku mesti perempuan juga.

Kemudian lihat bilangan. Sama ada mufrad atau muthanna atau jamak (ramai)
.