Fairuz Aziz Channel @fairuzazizchannel Channel on Telegram

Fairuz Aziz Channel

@fairuzazizchannel


Channel ini disediakan khusus untuk berkongsi ilmu & tips berkaitan Emas & Kewangan yang Betul, Selamat & Patuh Syariah.

Channel ini di kendalikan 100% oleh Fairuz Aziz, Master Dealer Public Gold (PG007825)

www.wasap.my/60174425038/SimpananEmas

Fairuz Aziz Channel (Malay)

Fairuz Aziz Channel adalah saluran Telegram yang disediakan khusus untuk berkongsi ilmu dan tips berkaitan Emas dan Kewangan yang Betul, Selamat, dan Patuh Syariah. Saluran ini dikendalikan sepenuhnya oleh Fairuz Aziz, seorang Master Dealer Public Gold (PG007825) yang berpengalaman dalam bidang ini. Fairuz Aziz Channel adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaburan emas, strategi kewangan yang bijak, serta panduan patuh syariah dalam urusan kewangan. Fairuz Aziz, sebagai peneraju dalam industri ini, memastikan kandungan yang disampaikan di saluran ini adalah tepat, berkualiti, dan berwibawa. Dengan mengikuti saluran Fairuz Aziz Channel, anda akan mendapat akses kepada tips-tips berharga mengenai bagaimana untuk melabur dan mengurus kewangan secara efektif, selamat, dan patuh syariah. Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh ilmu serta panduan dari Fairuz Aziz Channel. Sertai saluran ini sekarang dengan melayari pautan berikut: www.wasap.my/60174425038/SimpananEmas

Fairuz Aziz Channel

04 Jun, 00:51


Erti Kejayaan....

1. Kejayaan adalah ujian. Lebih berjaya sepatutnya lebih merendah diri. Hati-hati jika ada sifat meninggi diri kerana ianya ke arah kehancuran.

2. Salah satu contoh kejayaan ialah dapat solat awal waktu. Kata Ustaz, sesiapa solat pada awal waktu akan rasa masa lebih lama, diberi kelapangan, disulami ketenangan kerana terdapatnya barakah.

3. Menghormati guru itu adalah salah satu kejayaan akhirat. Sahabat Nabi SAW merupakan contoh dan tauladan menghormati guru mereka.

β€œApabila Baginda SAW bersabda (para sahabat) akan merendahkan suara mereka di sisi baginda, mereka tidak menajamkan penglihatan kepada Baginda sebagai tanda hormat kepadanya.”

(Riwayat Bukhari: 2731)

4. Membalas budi orang sekeliling yang pernah membantu untuk berjaya. Cara untuk membalas budi paling mudah adalah dengan menzahirkan ucapan terima kasih. Ingat, boleh jadi asbab doa mereka kita berjaya! Jangan lupa diri!

5. Orang yang berjaya tidak pernah jemu untuk memimpin orang sekeliling mengecapi kejayaan juga. Mereka percaya rezeki yang diberikan adalah kerana kepercayaan yang diberikan.

Bahagia Cara Kita πŸ₯³

#FairuzAziz

Fairuz Aziz Channel

02 Jun, 01:08


1. Tak semua orang suka kita tetapi itu bukan masalah terbesar dalam hidup kita. Masalah terbesar sebenarnya apabila kita terlalu fikir kenapa orang tak suka kita sedangkan orang yang tak suka kita itu tidak penting pun dalam kehidupan kita. Move ON!

2. Tak semua orang kita perlu jaga hati. Sekiranya kita dalam perkara yang betul, pertahankan dan jangan biarkan kita dipijak seolah-olah kita rumput.

3. Tak semua orang kenang jasa kita. Bila kita buat sesuatu perkara baik, jangan harapkan balasan manusia tetapi harapkan redha Allah. Harapkan manusia belum tentu dapat dunia, harapkan Allah pastinya kita dapat akhirat dan isi dunia.

4. Tak semua orang sayang kita. Sayang itu sesuatu yang sangat subjektif. Hari ini dia boleh sayang, esok-esok dia boleh benci. Kita tidak boleh ukur dari berian kecil atau besarnya. Apa yang kita boleh buat, balas kasih sayang orang yang singgah menyayangi kita sebelum kasih dan sayang itu pudar.

5. Tak semua orang hargai kita. Ada ketika kita menjadi tempat singgahan untuk mereka pergi ke tempat lain. Jangan kisah dan jangan pula gusar. Cukup kita hargai diri sendiri.

Bahagia Cara Kita πŸ₯³

#FairuzAziz

Fairuz Aziz Channel

28 May, 00:46


Pesan pada hati…

1. Jangan meninggi diri sekiranya kita berada di tempat atas. Selalu intai-intai dibawah kerana disitu permulaan kita.

2. Jangan menyakitkan hati sendiri hanya kerana mahu menjaga hati orang lain. Menjaga hati orang itu bagus, menjaga hati sendiri itu perlu.

3. Jangan jadikan masa lalu sebagai penamat kehidupan. Masa lalu adalah pelajaran, masa hadapan adalah perjalanan.

4. Jangan biarkan diri dalam keadaan tertekan hanya dengan cakap-cakap orang. Mereka hanya β€˜nampak’ bukannya β€˜alami’.

5. Jangan kisah jika tiada yang memahami hati kita. Percayalah tiada yang lebih memahami hati kita selain dari penciptanya.

Bahagia Cara Kita πŸ₯³

#FairuzAziz

Fairuz Aziz Channel

20 May, 07:39


Dari tahun 2010 hingga sekarang tahun 2024 (hampir 14 tahun), saya akan beri nasihat yang sama iaitu fokus kepada GRAM bukan RM.

Nak tunggu harga emas turun baru nak beli.
Nak tunggu harga emas naik baru nak yakin.

Semua ini akan menyebabkan simpanan emas berada pada tahap yang sama.

Entah-entah tiada simpanan emas langsung.

Simpan emas bukan seperti saham. Perlu tunggu naik, perlu tunggu turun.

Simpan emas paling mudah. Harga naik atau turun pedulikan sebabnya GRAM tak berkurang.

Usah kan 1gram, beli 10000kilogram sekalipun boleh tidur. Bangun esok pagi berat sama sahaja.

Tanamkan dalam Mindset,
Fokus GRAM bukan RM.

Benda mudah, buat apa nak rumit kan.
Jadi tanya diri, adakah gram emas bertambah?

Melihat & Berkongsi
Fairuz Aziz
Master Dealer Public Gold

Fairuz Aziz Channel

18 May, 03:05


Simpan duit tidak menjadikan kita kaya tetapi boleh menjadikan kita miskin tanpa sedar.

Setiap tahun, duit akan berkurang kerana inflasi. Atas kertas tertera RM100 tetapi hakikatnya nilai yang dibelanjakan tidak sama dengan RM100.

Bukti mudah,
Tahun 2000, nilai RM100 boleh beli 200 bungkus nasi lemak.

Tahun 2010, nilai RM100 boleh beli 100 bungkus nasi lemak.

Tahun 2020, nilai RM100 boleh beli 66 bungkus nasi lemak.

Tahun 2000, nilai RM100 boleh beli 50 bungkus nasi lemak.

Nampak?

Soal harga nasi lemak naik itu YA.
Ada satu perkara lagi iaitu kuasa belanja makin berkurang.

Simpan duit dalam bank sebagai Dana kecemasan sahaja. Selebihnya simpan emas.

Tahniah kepada penyimpan emasπŸ₯³

#FairuzAziz

Fairuz Aziz Channel

08 May, 00:39


Alhamdulillah dijemput untuk menyaksikan detik yang bersejarah untuk Public Gold iaitu Majlis Pecah Tanah untuk membina kilang penulenan emas (Gold Refinery) di taman perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Antara lima (5) sebab utama Pulau Pinang dipilih untuk pembinaan kilang penulenan emas (Gold Refinery) ialah :

1. Public Gold mula ditubuhkan di Pulau Pinang. Jadi Founder Public Gold mahu memulangkan β€˜Jasa’ kepada Pulau Pinang.

2. Lokasi yang strategik dimana Batu Kawan merupakan perindustrian yang baru di Pulau Pinang.

3. Berhampiran dengan Jambatan Ke-2 yang menghubungkan HQ Public Gold bayan lepas Pulau Pinang.

4. Sempadan Perak yang menghubungkan Highway ke Kuala Lumpur dan Selatan.

5. Pulau Pinang dipelopori kedai-kedai emas yang banyak.

Tahniah Public Gold. Ini membuktikan Public Gold serius menerajui dunia emas di Malaysia. πŸ₯³

Ini merupakan satu pencapaian yang baru untuk Public Gold. Kilang ini bakal menampung kapasiti untuk menulenkan sebanyak 10 tan emas atau bersamaan 10,000kilogram emas dalam tempoh setahun. Fuhhhh🀩

I β™₯️ Public Gold

Catasan saya,
Fairuz Aziz
2-Star Pearl Founder Master Dealer
7 May 2024-23:00

Fairuz Aziz Channel

03 May, 03:41


Tiga (3) perkara yang melambatkan proses kejayaan seseorang :

1. Sangkaan buruk terhadap #Diri.
Setiap sangkaan juga termasuk dalam doa. Ubah sangkaan itu kepada muhasabah diri dan perbaiki diri.

2. Sangkaan buruk terhadap #Guru.
Setiap sangkaan buruk termasuk dalam perkara yang tidak berkat. Bila tidak berkat, mula wujud sombong dalam diri.

3. Sangkaan buruk terhadap #Allah.
Setiap ujian yang diberikan sebenarnya untuk menguatkan bukan untuk melemahkan. Allah menguji mengikut kemampuan seseorang.

Bahagia cara kita πŸ₯³

#FairuzAziz

Fairuz Aziz Channel

01 May, 08:18


Tiga (3) rekod baru yang berjaga dipecahkan oleh Public Gold pada April 2024 dimana rekod-rekod ini antara yang tertinggi selama 16 tahun Public Gold beroperasi.

1. Nilai jualan emas Public Gold mencecah RM235 juta ringgit.

2. Nilai belian balik kesemua jenis dan jenama emas mencecah RM70 juta ringgit. Public Gold terima semua jenis dan jenama emas dengan jaminan harga yang tinggi.

3. Seramai 50 ribu orang pelanggan baru yang berdaftar pada April 2024. Jumlah pelanggan Public Gold terkini sekitar 1.2Juta dan Public Gold mensasarkan 2Juta keseluruhan pelanggan menjelang April 2025.

Tahniah Public Gold.
I β™₯️ Public Gold.

Fairuz Aziz
2-Star Pearl Founder Master Dealer

Fairuz Aziz Channel

30 Apr, 02:23


Public Gold ni semuanya kalau boleh nak letak dan guna warna emas.

Toilet warna emas,
Kon warna emas,
Lift warna emas,
Rekabentuk dalaman warna emas,
Boleh dikatakan semuanya warna emas.

Baru baru ini Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng berjaya bida nombor plat keluaran khas GOLD. Antara nombor plat yang berjaya di bida ialah :

1. Nombor Plat #GOLD2.
Nombor plat GOLD 1 khas untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

2. Nombor Plat #GOLD8055.
Seperti yang kita semua sedia maklum, nombor plat ini antara nombor yang menjadi kegilaan ramai orang. Bersesuaian dengan Watak seorang β€˜BOSS’ maka nombor ini sesuai untuk Founder Public Gold.

3. Nombor Plat #GOLD2008.
Nombor plat ini dibida bersempena dengan penubuhan Public Gold pada tahun 2008.

Tahniah Public Gold.
I β™₯️ Public Gold

#FairuzAziz
2-Star Pearl FMD

Fairuz Aziz Channel

28 Apr, 01:00


Bila sebut tentang impian,
Sesukar mana pun kita usaha.
Sesusah mana pun kita teruskan.
Serumit mana pun kita buat.
Itulah erti sebenar impian bukan hanya sekadar angan-angan.

One of Achievers,
#FairuzAziz

Fairuz Aziz Channel

17 Apr, 23:58


Rezeki bukan sekadar duit tapi ada rezeki yang kita tidak sedar :

1. Tengah berpanas ada angin singgah bertiup. Lega!

2. ⁠Terasa kenyang walaupun jamahnya sedikit.

3. ⁠Lampu isyarat hijau sepanjang memandu. Best!

4. ⁠Nenyak walaupun tidur sekejap.

5. ⁠Buka peti ais ada benda nak kunyah.

6. Cari-cari duit Alhamdulillah masih ada terselit.

7. ⁠Tengah rushing tapi minyak Kereta/motor masih ada.

Syukur dengan apa yang diberi, Allah tambah nikmat.

Bahagia cara kita πŸ₯³

#FairuzAziz