JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR @jabatanmuftinegeriselangor Channel on Telegram

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

@jabatanmuftinegeriselangor


Kami akan memaklumkan aktiviti-aktiviti Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam medium ini.

Ikuti kami di :

Laman web rasmi : https://www.muftiselangor.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor
Tiktok : https://www.tiktok.com/@jabatan

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR (Malay)

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR adalah saluran Telegram rasmi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan fatwa dan pandangan agama Islam dari Mufti Negeri Selangor. Saluran ini adalah sumber terpercaya bagi umat Islam untuk mendapatkan panduan dan penjelasan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan agama Islam. Pengikut saluran ini akan dapat mengakses maklumat terkini mengenai fatwa-fatwa terkini, ceramah agama, dan panduan amalan harian. JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR juga menyediakan ruang untuk pengikut saluran ini bertanya soalan berkaitan agama Islam dan mendapatkan jawapan dari pakar agama. Dengan menyertai saluran ini, umat Islam dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap ajaran agama Islam dan mendapatkan panduan dalam kehidupan seharian. JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR adalah satu saluran yang penting bagi mereka yang ingin mendalami agama Islam dan meniti jalan yang benar dalam kehidupan mereka.

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

19 Nov, 04:31


#76 Taudhih Al-Hukmi : Panduan Menangani Was-Was Dalam Perkara Ibadah

Was-was termasuk dalam salah satu sifat negatif yang menjadi beban psikologi, tidak mudah untuk dihilangkan begitu saja serta memerlukan masa untuk menghilangkannya. Akibat daripada was-was, seseorang itu merasakan ibadahnya tidak sah dan akan mengulangi perbuatan ibadahnya. Perkara ini boleh memberikan kesusahan melampau kepada dirinya jika tidak dibendung. Terdapat beberapa pendedahan dan pendekatan yang perlu diambil kira bagi menangani was-was terutama sekali apabila berkaitan perkara yang melibatkan ibadah seseorang.

Baca Lanjut : https://www.muftiselangor.gov.my/2024/11/19/76-taudhih-al-hukmi-panduan-menangani-was-was-dalam-perkara-ibadah/

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

18 Nov, 07:04


𝐌𝐔𝐋𝐓𝐀𝐐𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐀𝐅𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐉: 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐓𝐀𝐒𝐀𝐖𝐔𝐅 𝐌𝐄𝐑𝐔𝐍𝐆𝐊𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐖𝐄𝐁 𝐉𝐔𝐑𝐍𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐓𝐖𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐋𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝐉𝐔𝐅𝐅𝐀𝐒), 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐓𝐀𝐔𝐃𝐇𝐈𝐇 𝐀𝐋-𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞𝐅𝐀𝐋𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Fatwa akan mengadakan MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ seperti ketetapan berikut :

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟐𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)

𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏𝟐.𝟒𝟓 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐨𝐫𝐢𝐮𝐦, 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐢𝐳, 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 : 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 : 𝐒𝐨𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐚𝐮𝐫𝐚𝐭

Anda boleh ikuti program ini secara langsung di Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Orang ramai dijemput hadir. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada yang mendaftar awal di https://www.muftiselangor.gov.my/2024/11/18/multaqa-sultan-sharafuddin-idris-shah-alhaj/.

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

15 Nov, 23:37


Sekalung Tahniah
diucapkan kepada
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - Kumpulan HeBAT
atas pengiktirafan
Anugerah Emas
Sempena International
Convention On Quality Control
Circle (ICQCC),
Pertandingan Inovasi
Peringkat Antarabangsa di Colombo, Sri Lanka
pada 12 November 2024

Ikhlas Daripada:
S.S. DATO' SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR DAN SELURUH WARGA KERJA JMNS

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

15 Nov, 07:10


اينتيساري خطبة جمعة
تاجوق : ݢجالا داده : سكالي چوبا مران سلاماڽ
تاريخ : ١٣ جمادى الأولى ١٤٤٦
١٥ نوۏيمبر ٢٠٢٤

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

15 Nov, 02:51


Setinggi - tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim Pengarah Eksekutif
Pusat Pengurusan Penyelidikan,
INCEIF University atas pelantikan sebagai Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkuat kuasa 15 Oktober 2024

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

12 Nov, 03:52


MUFTI SELANGOR TEKANKAN NILAI KARAMAH INSANIAH KEPADA MAHASISWA LUAR NEGARA DI KONVENSYEN MAHASISWA 2024

Kaherah, 6 November 2024 – Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2024 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Konvensyen pada edisi kali ini bertemakan “Memartabatkan ‘Karamah Insaniah’ dalam Memperkasakan Generasi Madani” dan telah berlangsung bermula 5 hingga 7 November yang lalu. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, Jordan, Maghribi, Arab Saudi dan universiti tempatan yang menyertai sesi pembentangan, dialog dan kursus kemahiran bersama. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menghantar tiga orang pelajar sebagai pembentang dalam konvensyen ini.

Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YAD Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir turut dijemput menyampaikan ucapan berkenaan “Penekanan Karamah Insaniah dalam Pembentukan Mahasiswa Timur Tengah”. Penyampaian beliau memfokuskan kepada pentingnya menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dalam kalangan mahasiswa, khususnya yang menuntut di Timur Tengah. Pencerahan ini menjadi panduan dalam menyemai nilai agama yang tinggi dalam kalangan pelajar, demi melahirkan generasi yang memiliki integriti dan jati diri kuat.

Selain itu, Universiti Selangor (Unisel) turut berperanan sebagai rakan strategik dalam penganjuran konvensyen ini. Program pada tahun ini turut menampilkan ucaptama oleh Al-Imam Al-Allamah Prof. Dr. Ali bin Jum’ah bin Muhammad Al-Azhari yang diundang khas untuk berkongsi pandangan mengenai peranan karamah insaniah dalam konteks pendidikan mahasiswa Islam. Para peserta juga berpeluang untuk menyertai kursus kemahiran anjuran Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) yang bertujuan menambahkan kemahiran teknikal pelajar untuk lebih bersedia dalam pelbagai cabaran masa depan.

Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2024 ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor. Penganjuran ini diharap dapat memberi kesan positif dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki kekuatan kerohanian yang mendalam serta akhlak terpuji sesuai dengan aspirasi Negeri Selangor ke arah Malaysia Madani.

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

08 Nov, 09:55


اينتيساري خطبة جمعة
تاجوق : "اينتݢريتي ترس کهرمونين نݢارا"
تاريخ : ٦ جمادى الأولى ١٤٤٦
٨ نوۏيمبر ٢.٢٤

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

04 Nov, 03:12


JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI SELANGOR BAGI BULAN NOVEMBER 2024 DAN JADUAL LINTASAN MATAHARI SE ARAH KIBLAT

Berikut adalah Jadual Waktu Solat Negeri Selangor bagi bulan November 2024/ Rabi'ul Akhir - Jumadal Ula 1446H:

Zon 1 merangkumi daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Zon 2 merangkumi daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Zon 3 merangkumi daerah Klang dan Kuala Langat.

Dipaparkan juga jadual kedudukan lintasan matahari se arah dengan arah kiblat. Jadual ini boleh digunapakai bagi semua daerah dalam negeri Selangor.

Sekian dimaklumkan.

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

01 Nov, 07:05


اينتيساري خطبة جمعة
تاجوق : "بايرله کڤد عامل يڠ دلانتيق دسلاڠور"
تاريخ : ٢٩ ربيع الاخر ١٤٤٦
١ نوۏيمبر ٢.٢٤

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

01 Nov, 02:37


DATA KEDUDUKAN BULAN DAN MATAHARI PADA 29 RABI'UL AKHIR 1446H

Berikut adalah data-data kedudukan bulan dan matahari bagi mensabitkan permulaan awal bulan Jumadal Ula 1446H pada tarikh hitungan 29 Rabi'ul Akhir 1446H bersamaan 1 November 2024 berpandukan lokasi hitungan di Balai Cerap Selangor. Penetapan awal Jumadal Ula 1446H adalah tertakluk kepada Kriteria Imkan ar-Rukyah.

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

30 Oct, 07:13


#75 Taudhih Al-Hukmi : Hukum Isteri Meminta Upah Menyusukan Anak

Susu ibu merupakan makanan utama bagi bayi yang diperakui memberi khasiat terbaik untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Menjadi kelaziman bagi seorang ibu menyusukan anaknya setelah anak tersebut dilahirkan yang mana proses penyusuan anak memerlukan kepada pengorbanan seorang ibu dari sudut masa, tenaga dan emosi agar bayi yang dilahirkan membesar dengan sihat serta mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang. Justeru itu, adakah boleh bagi mereka meminta upah menyusukan anak daripada suami atas pengorbanan yang mereka lakukan?

Baca Lanjut : https://www.muftiselangor.gov.my/2024/10/30/75-taudhih-al-hukmi-hukum-isteri-meminta-upah-menyusukan-anak/

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

30 Oct, 04:33


HEBAHAN JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) BIL.2/2024

Baca Lanjut : https://www.muftiselangor.gov.my/2024/10/30/hebahan-jawatan-kosong-majlis-agama-islam-selangor-mais-bil-2-2024/

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

30 Oct, 04:32


Sekalung Tahniah

YBrs. Dr. Mohamad Kori bin Jusoh atas pelantikan sebagai TIMBALAN KETUA PENGARAH
(DASAR) JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA berkuat kuasa 30 Oktober 2024

Ikhlas Daripada:
S.S. DATO' SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR
DAN SELURUH WARGA KERJA JMNS