Hafiz Shafie | Emas & Kewangan @mohamadhafizshafie Channel on Telegram

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

@mohamadhafizshafie


Saya Mohamad Hafiz b Shafie, penulis blog www.hafizshafie.com. Saya Master Dealer Public Gold dalam PGG100 Network. Hubungi saya 24/7 jika kalian perlu bantuan untuk memulakan simpanan emas Public Gold.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan (Malay)

Hafiz Shafie adalah channel Telegram yang dikelola oleh Mohamad Hafiz Shafie, seorang penulis blog di www.hafizshafie.com. Beliau juga merupakan Master Dealer Public Gold dalam PGG100 Network. Dengan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kewangan dan emas, Hafiz Shafie menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kepada para pelanggan yang berminat untuk memulakan simpanan emas dengan Public Gold. Jika anda mencari cara untuk melindungi kekayaan anda melalui pelaburan emas, Hafiz Shafie adalah sumber yang tepat untuk anda. Hubungi beliau 24/7 melalui Telegram di @mohamadhafizshafie untuk mendapatkan panduan dan bantuan yang diperlukan.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

17 Oct, 14:01


KELANTAN! KELANTAN! KELANTAN!

Orang Kelantan yang minat nak belajar tingkatkan jumlah tabungan, selesaikan masalah hutang, dan bina harta hingga mencapai RM1 juta pertama, jemput datang ke #SeminarMembinaSatuJutaPertama.

πŸ“ Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu, Kelantan
πŸ—“οΈ 19 Oktober 2024 (Sabtu)
⏰ 10:30 pagi - 12.30 tengah hari

Masuk PERCUMA. Terhad 200 pendaftaran terawal.

Boleh register di https://forms.gle/a7KNxoJXQ73aYNhB9 untuk sahkan tempat.

#G100RegionalTour

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

09 Oct, 00:35


Waktu saya ke Hokkaido, saya berpeluang belajar direct dengan mentor wang Malaysia, Tuan Azizi Ali.

Sempat minta beberapa advice dan tips tentang kewangan, terutamanya untuk yang diusia 30an seperti saya.

Apa yang saya boleh simpulkan :

Kalau nak ada saving RM1000 sebulan pun susah. Jangan sibuk-sibuk nak melabur.

Ramai yang Tn Azizi jumpa, mereka sebenarnya lebih kaya kalau mereka tidak buat apa-apa berbanding mereka pergi melabur.

Melabur bila tidak ada ilmu. Duit tu lebur.

Jadi, sebelum melabur. Datang belajar dulu. Belajar dulu asas-asas kewangan dan membina kekayaan dengan betul.

Cari guru yang betul.
Cari guru kewangan ya, bukan influencer kewangan yang nak raih view sahaja.

Kalau silap pilh guru kewangan yang fake pun, mungkin kita akan terjerat kepada skim cepat kaya tanpa kita sedar.

Jadi..

Satu perkara yang kita kena faham.

Orang kaya yang sebenar, mereka melabur guna duit lebih, bukan mereka melabur untuk dapatkan duit lebih.

Kalau belum ada duit lebih, belajar dulu menabung. Paling senang, menabung dalam bentuk emas.

Kalau ada mana-mana sifu ajar melabur guna duit loan, comfirm sifu tu sifu fake. Nak melabur, jangan sesekali buat loan.

Melabur belum tentung untung.
Loan comfirm kita kena bayar.

Mudahnya. Menabung lebih baik dari melabur tanpa ilmu. Bila dah menabung sampai ada duit lebih, barulah boleh belajar dan explore peluang untuk gandakan duit lebih tu dengan cara melabur.

Yang penting, kena ada ilmu..

Hafiz Shafie
Dealer Public Gold

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

08 Oct, 09:30


Gaji besar, rumah besar, kereta besar, bukan melambangkan kekayaan seseorang itu yang sebenar.

Gaji besar, mungkin hutangnya juga besar. Ibarat besar periuk, besar jugaklah keraknya.

So, macam mana kita nak tahu, tahap kekayaan kita yang sebenar?

Baiklah..

Berapa lama kita boleh kekal bertahan kalau hari ni kita hilang pekerjaan?

Setahun?
Dua tahun?
10 tahun?

Atau sebulan sahaja? Bulan depan kalau takda kerja, kita terpaksa mengemis untuk makan dan minum?

Jadi, macam mana nak kekal tenang walau jika kita hilang pekerjaan hari ni, dalam tempoh lebih panjang?

Dalam erti kata lain? Lebih panjang kita mampu bertahan. Lebih kaya lah kita.

Ada 3 cara :

(1) Memiliki harta yang cukup yang boleh hasilkan pendaptan. Duit masuk poket setiap bulan

(2) Memilki kemahiran menjana wang. Tak kesah kemahiran apa sekali pun. Asalkan boleh jana wang dengan cara yang betul.

(3) Memiliki tabungan yang cukup. 3 bulan pendapatan dalam bentuk cash, dan selebihnya tabungan dalam bentuk emas.

Seperti di tangan saya ni, ada jongkong 100gram. Sekiranya kos hidup kita selama sebulan ialah RM4000 bersamaan sekitar 10gram.

Jadi, 100gram ini cukup untuk tampung kehidupan kita selama 10bulan. Kalau ada 250gram, boleh menampung 25bulan. Bersamaan sekitar 2 tahun.

Terjadi apa-apa kepada kita. Selama dua tahun, kita gunakan emas ini untuk teruskan hidup kita dan keluarga.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

07 Oct, 10:36


β€œ Saya bayar RM10k sebulan untuk bersama circle bisnes…..”

Mendengar sharing dari salah seorang dealer semalam, membuatkan saya rasa lebih bersyukur berada di bawah team G100 Network.

Dekat luar sana, nak dapatkan circle sahaja dah mahal. Perlu keluarkan kos yang besar. Apatah lagi nak dapatkan mentor yang benar-benar ikhlas membantu kita capai apa yang mentor dah capai.

Mana-mana dealer dalam G100, sudah lengkap dengan :

1 Ilmu untuk capai bebas kewangan
2 Toolset untuk guna dengan minimum kos
3 Circle mahal tapi dapat percuma
4 Lifetime mentorship pun percuma

Saya pesan dekat lebih 50 dealer aktif dibawah bimbingan saya semalam...

Kalau rasa nak buat bisnes Public Gold pun rasa susah. Dah stop buat apa apa bisnes. Takyah susahkan diri buat bisnes. Terus fokus kepada kerjaya hakiki, dan panjat tangga hiraki kerjaya masing-masing.

Itu lebih baik dari buang masa buat bisnes.

Hafiz Shafie
3 Star Pearl FMD

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

07 Oct, 01:11


3 keuntungan orang bisnes yang memiliki item emas 250gram macam ni. Yang bukan buat bisnes, boleh skip video ni..

Khas untuk orang bisnes, tonton video ni sampai habis, kalau anda nak tahu macam mana orang bisnes dapat keutungan dari goldbar 250gram ni.

Siapa ada emas fizikal 250gram macam ni sebenarnya ibarat dia ada sebuah kereta yang boleh dibeli secara cash.

250gram di tangan saya ni, harga hari ni RM94,000.

Pemlik 250gram macam ni, mereka boleh dapatkan pinjaman segera, dalam masa 15minit sahaja jika mereka bawa emas ini ke Ar Rahnu.

Kebiasaan Ar Rahnu akan memberikan pinjaman sebanyak 70% dari harga semasa.

70%, dari RM94,000 bersamaan RM65,800, bersamaan juga sebuah kereta tempatan, yang kita boleh beli secara cash.

Item 250gram macam sangat diminati dalam kalangan orang bisnes, kerana :

(1) Senang untuk rolling modal bisnes.

Perlukan modal segera untuk peluang bisnes baru. Terus sahaja ar rahnukan, dan dapat pinjaman segera.

(2) Senang untuk monitor keuntungan bisnes. Andaikata tahun ni ada 250gram, tahun depan ada lagi 250gram seketul. Maksudnya, bisnes semakin tahun semakin baik.

(3) Parking modal syarikat, untuk elakkan dibelanjakan kepada perkara yang bukan keperluan.

Bagi anda yang pemilik bisnes, nak dapatkan item 250gram macam ni. Boleh isi maklumat dalam bag biru dibawah, untuk saya bantu anda, alihkan keuntungan syarikat ke dalam bentuk emas.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

06 Oct, 08:15


Pelaburan emas bukan tempat untuk kita gandakan duit yang sekadar ada cukup-cukup makan, supaya duit tersebut jadi lebih berlipat kali ganda.

Kalau gaji setiap bulan sesak nafas, tak sempat nak menabung walaupun dah paksa, dan akhir sekali kena korek balik untuk beli barang keperluan.

Solusinya cuma satu.
Iaitu kena cari duit lebih.

Bukan pergi beli emas. Ramai yang ingat, kalau nak cepat kaya, beli emas, atau melabur dalam emas.

Emas tidak ada keajaiban yang boleh gandakan saving kita 5x 10x ataupun 20x. Emas tidak boleh beranak sendiri, malah emas tidak ada dividen tahunan.

Kalau jumpa tawaran macam tu, baik lari cepat-cepat. Nanti duit duk delay berbulan-bulan, seperti apa yang sudah berlaku kepada sebuah syarikat emas yang viral di Malaysia sejak beberapa tahun lepas.

Bagi yang merancang untuk mulakan tabungan emas, fahamkan 3 perkara ini supaya anda tidak mudah tertipu dengan mana-mana tawaran dari syarikat emas.

(1) Beli emas, mesti boleh dapat emas secara fizikal.
(2) Emas tidak ada divided bulanan, mahupun tahunan
(3) Emas tidak boleh di leverage.

Tujuan kita menabung emas secara umumnya ada 3 sahaja :

(1) Elak dari boros berbelanja
(2) Long term saving, elakkan dari inflate
(3) Pelindung kekayaan.

Apa yang saya cuba sampaikan ini mungkin anda ada lagi pandangan lebih baik. Cuba kongsikan di ruang komen, untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakan yang lain.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

03 Oct, 13:34


https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/10/1139530/kini-atm-jual-emas

Tahun 2024, Public Gold target ada 100 ATM emas. Sekarang mudah sangat nak menabung emas. Boleh juga keluarkan emas fizikal dari akaun GAP.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

02 Oct, 07:10


Beli emas bulan lepas, harini tengok harga emas naik sikit dah nak jual. Kemudian, tengok harga emas jatuh, beli lagi. Dan jual lagi bila tengok harga emas naik.

Akhir sekali, simpanan emas tak bertambah, duit pun habis entah ke mana. Simpan emas dah lama, tapi semakin lama semakin miskin juga.

Bagi siapa-siapa ada ilmu tentang emas sebenarnya mereka tidak akan jual emas kecuali berlaku 3 perkara :

(1) Keperluan Mendesak

Hanya emas lah satu-satu harta yang dia ada. Duit cash dah habis, harta lain sudah tidak ada. Hanya tinggal emas. Barulah jual emas, dapatkan cash untuk tampung keperluan hidup semasa.

Mungkin ditimpa musibah hilang pekerjaan sebagai contoh.

(2) Sudah capai target simpanan

Ada seketul 100gram macam ni. Capai target untuk beli rumah. Jadikan 100gram macam ni sebagai deposti untuk beli rumah.

(3) Situasi Ekstrem

Berlaku apa-apa terhadap ekonomi negara. Duit tidak lagi bernilai. Boleh gunakan emas sebagai modal untuk ditukarkan kepada keperluan hidup yang lain.

Cairkan emas, untuk dapatkan beras sebagai contoh.

Jadi, selain dari 3 perkara ni. Kita tidak akan jual emas. Pendek kata, kita tidak ada niat langsung nak jual sewaktu kita beli emas.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

02 Oct, 00:56


Masa gaji RM3000. Tak cukup duit nak menabung. Jadi tak menabung. Masa gaji naik dari RM3200. Pun masih tak cukup untuk menabung.

Saya yakin, kalau bulan depan gaji kita dinaikkan dari RM3000, kepada RM10,000 pun. Kita tetap tidak boleh menabung RM7000.

Kalau ikut logik, RM10,000 gaji baru kita. Kita boleh menabung RM7000. Tapi tak…

Sebab?

Bila gaji naik. Nafsu kita pun naik. Nafsu berbelanja kita tidak akan pernah habis.

Rupanya, bukan kita sahaja macam ni, majoriti manusia ni memang ada kecenderungan untuk habiskan duit selagi duit tu masih ada.

Saya dulu pun macam ni.

Saya fikir, kalau habit macam ni. Sampai bila-bila pun saya tak bertambah kaya. Simpanan asyik bocor sahaja.

Hinggalah saya jumpa cara paling mujarab untuk menabung, iaitu menabung dalam bentuk emas.

Menabung dalam bentuk emas ni dia lain. Dia terbalik dari sifat kita yang menabung dalam bentuk wang kertas.

Bila ada emas di tangan. Kita lebih cenderung untuk tambah, tambah dan tambah lagi. Susah untuk boros.

Sebab tulah, kita selalu dengar, ramai penyimpan emas menabung dalam bentuk emas sampai boleh beli kereta secara cash…

Itu satu perkara yang biasa bagi yang menyimpan emas.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

29 Sep, 00:46


Asalkan emas fizikal.
Ia tetap bernilai melangkau sempadan negara. Jangan pulak pergi beli emas yang leverage 5x 10x tu.

Emas tak nampak. Hanya nampak nombor sahaja. Nak keluarkan tak boleh.

Kenapa? Ini faktanya..

Ini ialah kepingan emas yang disorok didalam baju utk mula kehidupan baru bagi orang Vietnam masa berperang dulu.

1. Sewaktu peperangan antara Vietnam dengan Amerika dahulu (Amerika menang dalam cerita Ramboo je😺), ramai rakyat vietnam menjadi pelarian di negara lain.

2. Semua harta mereka ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan Kim Thant.

3. Bentuknya nipis dan boleh disorokkan dalam jahitan baju.

4. Itulah harta mereka untuk membina kehidupan baru di negara lain

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

25 Sep, 13:28


"Emas ni, berapa persen untung kalau dalam tempoh 10 tahun? Mana untung compare kepada ASB dan Saham?"

Saya selalu dapat soalan macam ni.

Sebenarnya, emas dan ASB tak sesuai untuk dibanding. Dua-dua ada fungsi yang tersendiri.

Cuma, antara kelebihan emas yang tidak ada dekat mana-mana instumen kewangan lain.

1 Emas tidak ada dalam mana-mana sistem kewangan.
2 Tidak ada siapa tahu, berapa jumpa simpanan emas yang kita ada.
3 Kekayaan emas berada dalam kawalan kita sendiri bukan dalam kawalan kerajaan.


Selain dari kenaikan harga emas sekitar 10% setahun dalam tempoh 20 tahun kebelakang ni. Ini antara 3 keunikan emas yang tidak ada pada instument kewangan yang lain.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

23 Sep, 13:08


Antara kelebihan siapa-siapa ada emas ditangan, dia tak perlu risau kalau terdesak nak guna duit.

Apabila ada emas ditangan,

1 Tak perlu meminjam dengan kawan
2 Tak perlu meraih simpati bank untuk minta loan

10 Dinar ni boleh dijadikan sebagai duit kecemasan. Harganya sekitar RM16,000.

Andaikata harini bangun pagi, motor kita hilang, nauzubillah. Kita nak pergi kerja dah tak dapat hari ni.

Tapi, perlukan cash segera untuk beli motor untuk pastikan kita boleh bekerja macam biasa.

Bawa saja 10 Dinar ke mana-mana Ar Rahnu. Kita akan dapat pinjaman segera yang bercagarkan emas.

Yelah, nak tunggu claim insuran lambat. Jadi, 10 Dinar ni sebagai dana kecemasan.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

23 Sep, 00:12


Selesai training semalam, yang dihadiri oleh lebih 50 dealer aktif dibawah bimbingan saya. Ini adalah tanggungjawab saya untuk bantu mereka capai apa yang saya sudah capai sekarang.

Jauh dari sudut hati saya, untuk mereka sanggup tinggalkan keselesaan untuk datang belajar pada Ahad malam, saya doa dan bantu buatkan yang terbaik untuk mereka.

Dalam team G100, kita sudah sediakan karpet merah untuk mereka yang nak berjaya. Cuma sekarang, tak semua yang sanggup untuk melintasi cabaran mudah sebelum sampai di karpet merah.

Priority saya adalah untuk dealer-dealer yang beri kepercayaan kepada saya dan team. Kalau ada orang tanya bila masa saya free, saya kena tengok dulu jadual, ada tak clash appointment dengan mereka-mereka yang ada dalam gambar ni.

InsyaAllah, inilah jalan yang paling mudah untuk siapa sahaja yang nak capai bebas kewangan.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

22 Sep, 01:53


Hampir 100% dealer Public Gold yang berjaya sebenarnya mereka bermula dari seorang penyimpan emas.

Konsepnya mudah saja, mereka menabung emas, mereka dapat manfaat hasil dari menabung emas, dan mereka kongsikan manfaat yang mereka sendiri dapat kepada orang ramai.

So, sebab tulah, antara syarat jadi dealer ialah perlu buat belian emas minimum dalam jumlah tertentu.

Kiranya, seseorang itu dapat title sebagai dealer. Secara tak langsung, dia sudah ada pengalaman sendiri menabung emas, untuk membimbing penyimpan emas baru.

So, kalau ada yang cakap-cakap…

β€œJual emas pun guna duit”
β€œDealer kaya sebab suruh orang beli emas”

Itu sebenarnya cakap-cakap kosong sahaja. Sebab dealer sendiri tu memang sudah jadi penabung emas.

Macam saya sendiri, saya bermula menabung emas dari tahun 2010 lagi, 2014 baru jadi dealer, 2016 baru decide untuk jadi seorang dealer yang aktif.

Namun, kenapa tak semua dealer yang berjaya?

Berdasarkan pemerhatian saya, beza dealer berjaya dan belum berjaya cuma satu, iaitu ilmu. Bukanlah siapa ada modal besar atau tidak.

Sekarang cukup mudah, dalam g100.my, semuanya kita sudah sediakan dengan lengkap, mesin fotokopi untuk jadi delaer yang berjaya.

Cuma persoalanya, adakah kita sanggup atau tidak sahaja.

Hafiz Shafie | Emas & Kewangan

21 Sep, 10:12


Kalau dia tak bekerja, berapa lama dia mampu bertahan?

Sebulan?
Dua bulan?
Setahun?

Time ni lah, baru kawan saya mula berfikir sejenak. Fahamkan balik definisi kaya yang sebenar. Saya tak cakap founder-founder tu tak kaya.

Cuma apa yang saya cuba explain kepada beliau adalah tentang definisi kaya yang sebenar. Sebab, saya faham. Masyarakat dekat luar sana masih keliru beza kaya dan mewah.

Kaya lain.
Mewah lain.

Orang kaya, belum tentu hidup mewah. Dan orang mewah, mungkin dia kaya betul, atau dia mewah dengan duit hutang?

So. Kalau kita faham maksud kekayaan yang sebenar. Dua perkara sahaja kita perlu fokus setiap bulan.

1. Tambahkan harta dan simpanan
2. Bekerja untuk besarkan sumber pasif income.