Aisya Rosli @notaaisyarosli Channel on Telegram

Aisya Rosli

@notaaisyarosli


Nabi bersabda; โ€œSebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia yang lain".

https://linktr.ee/AisyaRosli

notaaisyarosli (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram notaaisyarosli! Saluran ini dinamakan selepas Aisya Rosli, seorang individu yang mempunyai cita-cita untuk memberi manfaat kepada orang lain. Seperti yang diperkatakan oleh Nabi, 'Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia yang lain'. Dengan moto tersebut, Aisya Rosli menghulurkan bantuan dan inspirasi kepada sesiapa yang memerlukan. Saluran ini adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan perkongsian-pendek, nasihat positif, dan motivasi untuk menjadikan hidup anda lebih baik. Jom sertai kami di saluran Telegram ini dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang sentiasa berusaha untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Klik pada pautan berikut untuk menyertai: https://linktr.ee/AisyaRosli

Aisya Rosli

02 Feb, 07:47


https://www.facebook.com/share/p/18Mm748JJN/

Aisya Rosli

31 Jan, 12:47


"Kenapa la baru jumpa FTR sekarang? Kalau tahu begini impaknya dah lama saya beli tanpa berkira!" ๐Ÿฅน

"Menyesal tangguh nak dapatkan FTR dulu. Hidup saya banyak berubah lepas baca buku ni. Usaha solat ontime, zikir dan tasbih tak tinggal, jadi lebih sabar dan tak berkira-kira lagi nak sedekah. Alhamdulillah."

"Dulu paling malas baca buku, tapi lepas baca FTR, jadi gila ilmu! Alhamdulillah. Terima kasih cikgu dan team FTR atas usaha dakwah tanpa henti. Moga lebih ramai dapat manfaat dari buku ni."

---

HARI TERAKHIR PROMOSI! ๐Ÿฅฒ

Peluang begini tak datang selalu. Berkorbanlah demi ilmu. Pasti hidup anda lebih baik dari masa lalu.

1๏ธโƒฃ Buku Formula Tarik Rrezeki Edisi 9 โ€“ Potongan 50%! Harga asal RM499.00, hari ini rm249.50 dan PERCUMA Buku 63 Kata-Kata Indah Penenang Jiwa (KKIPJ) bernilai RM63.00.

2๏ธโƒฃ Buku 63 KKIPJ sahaja โ€“ Harga asal RM63.00, dapat diskaun RM23.00, hanya rm40 saja hari ini!

Bismillah. Tempah sekarang sebelum naik harga jam 10.00 malam ni >> https://mewahrezeki.onpay.my/order/form/4

Aisya Rosli

25 Jan, 23:33


Tak pandai nak beli melalui website boleh whatsapp sya disini : https://wa.link/em1wsi

Aisya Rosli

25 Jan, 23:32


Yang pernah baca buku FTR pasti takkan lepaskan peluang untuk miliki naskah baru dari Penulis Nora Yusof.

Dengan tagline -- Simple. Santai. Sentap.

Penulisan yang tak pernah mengecewakan. Membawa diri kembali kepada Allah dengan caranya yang tersendiri.

63 KATA-KATA INDAH PENENANG JIWA.

Buku 63 KKPIJ ni akan start printing on Februari inshaAllah. Belum ada mana mana pembaca yang pernah baca buku ni.

Alhamdulilllah dah ramai juga yang pm sya tak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan first batch pre-order.

Tutup pre-order 31 Januari 2025 ya. Baki 5 hari je lagi jika kalian nak dapatkan pada harga Offer rm40 sahaja dah JIMAT RM23 dari harga asal.

Cepat dapatkan sekarang : https://mewahrezeki.onpay.my/order/form/4

Aisya Rosli

25 Jan, 23:25


Alhamdulillah. Pagi ni sya baca tulisan cikgu ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

Sungguh menusuk ke hati. Mari kita renung kembali ke dalam diri serta musahabah diri.

Setiap ayat ayatnya mampu mendidik jiwa kita untuk tetap usaha memperbaiki diri tanpa putus asa dan usaha atas jalan dakwah walau payah dengan sekecil kecil usaha yang kita mampu lakukan.

---

Berjuanglah
Dengan tenang
Dan dengan Sabar

Niat membantu orang.
Niat kerana menolong agama Allah.

Apa saja kesulitan dalam menyampaikan risalah dakwah

Ianya tentang menyampaikan kebenaran dan kesabaran.

Allah akan menolong orang yang menolong agama Allah.

Walau sebesar mana masalah pun berfikirlah dengan waras. Berfikirlah dengan penuh strategi. Berfikirlah dengan penuh ketenangan bahawasanya engkau sedang melaksanakan tugas khalifah Allah. Mesti dilakukan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Apa jua masalah yang sedang kau hadapi, itu semua dalam takdir dan ketentuan Allah. Bertakwa dan bertawakallah.

Allah akan menolongmu. Bersangka baiklah selalu.

Bersangka baik dengan takdir Allah. Bersangka baik ketika diuji. Bersangka baik ketika kau menghadapi kesukaran dan kesulitan agar iman dapat ditingkatkan yakin dan percaya pada kebesaran dan keagungan Allah yang memberikan masalah, ujian dan cabaran mengikut kehendaknya.

Memberikan rezeki juga mengikut kehendaknya.

Bersabarlah sehingga tiba waktunya.

Kerana sabar itu adalah cahaya (HR Muslim).

Ya. Bukan mudah mahu bersabar. Sabar itu sakit. Sabar itu seksa. Sabar itu penat.
Sabar itu sedih, pedih dan letih.

Sabar itu pahala.
Sabar itu iman.
Sabar itu proses.
Sabar itu Malaikat bersama.
Sabar itu Allah bersama.

Bersabarlah dengan apa saja yang tidak kau sukai.

Kerana ada hadiah besar sedang menanti di depan.

Hidup ini memang tentang sabar dalam apa saja perkara. Manusia tidak suka dengan perbuatan sabar ni. Sebab semua nak cepat.

Kalau berniaga esok nak terus kaya.
Kalau telan ubat, lepas makan nak terus sembuh.
Kalau makan suplement, esok nak terus putih dan cantik.
Kalau hari ni order, hari ni juga nak sampai. Macam mana nak buat lagi cepat?kalau boleh lagi cepat lagi baik. Memang begitu lumrah manusia kekal melanggar fitrah.

Rom tidak dibina dalam masa satu hari.

Al Quran tidak diturunkan semuanya dalam masa satu hari.

Manusia dan bumi serta cakerawalanya tidak dicipta dalam satu hari.

Bayi yang dikandung tidak dikandung dalam satu hari.

Belajar lah untuk bersabar dan lalui proses hidup dengan betul dan penuh hikmah.

Hikmah itu ada disebalik proses sabar.

Sabar bersangka dengan Tuhan.

Allah mahu kita sabar supaya kita banyak berdoa.

Allah mahu kita sabar supaya kita banyak mengingatinya.

Allah mahu kita sabar supaya kita banyak memujinya.

Allah mahu kita sabar supaya kita banyak bergantung padaNya.

Allah mahu kita bersabar supaya kita meneliti tanda-tanda kekuasaanNYA.

Allah mahu kita bersabar kerana mahu kita belajar banyak perkara dan akal kita berfikir lebih banyak cara yang tak pernah kita terfikir sebelumnya?

Kalau tidak diuji, masakan kita dapat meningkatkan diri kita untuk lebih berusaha?

Bila diuji, terletak kita untuk mara ke depan atau mundur ke belakang. Bangkit atau putus asa?

Inilah dia dunia yang sementara. Memang kita diciptakan untuk melihat siapa yang menjadi juara. Juara dalam kesabaran. Orang yang sabar itu orang yang menang. Sabar dalam banyak perkara. Bukan bererti lambat dalam banyak perkara. Atur strategi dengan bijaksana.

Lambat itu sabar. Sabar itu lambat. Berhati-hati dengan 'cepat'.

Kerana orang yang sabar ni walaupun nampak lambat tapi lebih selamat. Selamat dari banyak rosak dan binasa.

Pernah dengar ayat ni? "Biar lambat asal selamat?"

Sabarlah dalam berniaga walau hasil masih belum ada. Tugas kita terus belajar dan berusaha. Belajar yang betul. Usaha yang betul.

Sabar dalam menghadapi masalah.

Sabar dalam berdakwah.

Sabar... Kerana Allah.

Nora Yusof.
Penulis FTR
#BukuRezekiKelasPertama
#AlwaysBackToAllah

Aisya Rosli

25 Jan, 22:59


Deeppppp

Aisya Rosli

24 Jan, 02:16


Bismillah.

Tanda Allah nak bagi rezeki, Allah datangkan pelbagai peluang berbuat sedekah. Jangan tolak rezeki dan jangan abaikan message ni.

Belilah kesempitan dan kesusahan hidup dengan sedekah. Mari sempena jumaat akhir di bulan Rejab, rebutlah fadilat dan barakohnya.

Sya nak doakan moga hari ni Allah gandakan rezeki kalian semua sehingga 700x lipat. Aamiin ya Allah ya mujib.

Platform sedekah wakaf yg dipercayai sini ya :
https://osini.co/BahagiaBerwakaf

Aisya Rosli

07 Jan, 14:15


Orang yang menghargai ilmu ๐Ÿฅน

Aisya Rosli

07 Jan, 11:03


Diam2 ampa bagilah dia buku FTR ni. Tu kalau ampa mampu dari segi kewangan lah.

Ampa boleh juga buat sedekah gigil. Sedekah gigil ni satu amount yg besar yang ampa tak pernah buat sebelum ni.

Yang kalau ampa buat sedekah ni menggigil2 la rasa tangan tu. Berdebar2 jantung pun ya ๐Ÿ˜…

Tapi disaat ampa sayanggg sangat duit tu, dan duit pun tak berapa nak meriah kan, tapi ampa sedekah juga saat tu, haa itulah sedekah paling mahal "nilainya" disisi Allah ampa tau dak?

Aisya Rosli

07 Jan, 11:01


Sayang kerana Allah ni beza ampa.

Kita nak bersahabat bukan saja kat dunia, tapi sampai syurga sana.

Kita nampak dia tak tutup aurat, dia jahil bab agama, dia suka buka aib orang, dia suka ngumpat/jaja hal orang.

Kita jangan keji dia,
Kita jangan doakan yang buruk2 pasal dia,
Kita jangan benci dia,
Tapi terus doakan Allah beri hidayah pada Dia.
Doakan Allah lembutkan hati dia, Allah tutup aib dia.

Aisya Rosli

07 Jan, 10:58


Org selalu bagi hadiah berupa material saja.

Macam handbag
Perfume
Barang dapur
Barang makeup
Barang rumah
Pakaian

Bukan salah, cuma sifatnya tak long lasting. Sayang kan?

Atleast seumur hidup kita ada hadiah berupa buku/ilmu bermanfaat untuk akhirat yang kita hadiahkan untuk org yang kita sayang. Itulah tanda kita betul-betul sayang depa.

Aisya Rosli

07 Jan, 10:55


Ampa kalau ada niat nak buat sedekah/infaq dekat sahabat yang ampa rasa perlukan ilmu ni, ampa belilah FTR ni post terus ke alamat sahabat tu.

Mesti dia surprise gila dan hopefully dia hargai ilmu mahal ni.

Berkat ilmu ni akan jadi pahala jariah untuk ampa.

Diam2 dia baca.
Diam2 dia amal.
Diam2 dia istiqomah hingga akhir hayat dia.

Betapa banyak pahala tanpa ampa sedar.

Aisya Rosli

07 Jan, 02:59


Pengalaman hidup juga mengajar sya untuk kembali hidup bertuhan. Meletakkan kebergantungan hidup total kepada Allah.

Jangan takut dengan sesiapa, jangan mengharapkan ehsan dari manusia, tapi deal with Allah sentiasa.

Nak tak ubah hidup lebih senang dan tenang?

Mari sya bantu dan bimbing kalian dengan ilmu yg betul mengikut syariat islam. Kita belajar betulkan basic tauhid kepada Allah, ilmu betulkan hati dan jiwa inshaAllah.

Sini ya : https://linktr.ee/AisyaRosli

Aisya Rosli

31 Dec, 08:02


Sambung di komen.
https://www.facebook.com/share/p/1WaPVE6u7G/

Aisya Rosli

31 Dec, 06:17


Kau tahu, 2024 ni, kalau nak cerita, penuh dengan pengajaran untuk umat Islam. Dunia bergolak, umat berpecah, dan kita sering lupa nak tengok balik kompas kehidupan kita mengikut Al-Quran.

Ironinya, tahun baru 2025 kali ni bermula tepat pada 1 Rejab, bulan haram yang Allah muliakan. Kau rasa kebetulan ke?

Abang tak rasa macam tu.
Allah ni Maha Perancang.

Kalau kita nak faham, ini sebenarnya satu seruan dik, untuk kita berhenti sejenak, muhasabah dan fikir balik apa hala tuju hidup kita.

Rejab ni bukan sekadar bulan dalam kalendar Islam. Dalam sejarah, ia bulan persediaan. Bulan yang Rasulullah dan para sahabat gunakan untuk โ€œpemanasanโ€ sebelum Ramadan.

Kalau kau nak tahu, Rejab ni ibarat Allah suruh kita โ€œslow downโ€ kejap, muhasabah diri dan mula reset hidup.

Allah mention dalam Al-Quran, โ€œSesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi; di antaranya empat bulan haram.โ€ (At-Taubah: 36).

Rejab adalah salah satu daripadanya.

Dalam bulan ni, Allah tuntut kita untuk lebih berhati-hati dengan dosa dan lebih bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Tapi semua tu perlukan AZAM YANG KUAT.

Kau tahu apa maksud azam dalam Islam?

Bukan sekadar buat list โ€œnak kurusโ€ atau โ€œnak kayaโ€. Azam adalah tekad yang terikat dengan niat kerana Allah. Rasulullah dah pesan, โ€œSetiap amal itu bergantung pada niat.โ€ (Hadis Riwayat Bukhari).

Azam ni kau tak ukur dengan kata-kata. Kau ukur dengan perubahan tindakan.

Cuba tengok hidup kau sepanjang 2024.
Apa yang kau dah buat?

Adakah Al-Quran jadi peta kau atau kau sesat ikut jalan yang dunia lukis untuk kau?

Sebab itu Nabi pesan, โ€œYang terbaik di kalangan kamu ialah yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini.โ€

Dik, Allah turunkan Al-Quran bukan untuk dibaca waktu tadarus Ramadan je. Tapi sebagai peta. Satu-satunya panduan yang boleh selamatkan kita dari jalan yang bengkang-bengkok.

Al-Quran ni ibarat GPS.
Kalau kau tak guna, kau takkan sampai ke destinasi.

Allah dah pesan, โ€œDan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku (Al-Quran), maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempitโ€ฆโ€ (Taha: 124).

2024 banyak ajar kita tentang pentingnya berpegang pada Al-Quran. Kau tengok isu umat Islam, perpecahan, ketidakadilan dan sebagainya. Semua ni sebab kita jauh dari Quran.

Kita lebih percaya cakap manusia dari wahyu Allah.
(Sigh!)

Sempena 1 Rejab jatuh pada 1 Januari.
Dua permulaan besar dalam satu hari.

Apa maknanya?
Maknanya Allah beri kita peluang untuk reset dua kali ganda.

Dalam Rejab ni, kau mulakan dengan membersihkan hati. Buang rasa dengki, benci dan dendam. Rejab adalah simbol โ€œturning pointโ€ kau. Kalau tahun ni kau rasa hilang arah, inilah masanya untuk kau letakkan balik Quran sebagai imam hidup kau.

Pesan Abang untuk kau.

Kau jangan tunggu orang lain berubah.
Kau sendiri kena mula dulu. Azam kau tak perlu besar, tapi biar jelas. Contohnya:

1. Setiap pagi, baca Al-Quran walau satu ayat dan renungkan maknanya.

2. Solat awal waktu, sebab itu janji kau dengan Allah.

3. Buat satu kebaikan kecil setiap hari untuk keluarga atau orang sekeliling kau.

Hidup ni pendek, dik. Rasulullah ajar kita untuk selalu bermuhasabah sebelum ajal datang menjemput.

Sabda baginda, โ€œOrang yang bijak ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati.โ€ (Hadis Riwayat Tirmizi).

Jadi 2025 ni, kau jangan sekadar sibuk buat โ€œnew year resolutionโ€.

Jadikan Rejab ni masa untuk kau betulkan arah. Buat azam yang Allah reda. Hidupkan rumah kau dengan Al-Quran, dengan solat berjemaah, dengan doa yang kau ajar anak-anak untuk sebut setiap pagi. Sebab akhirnya, yang kau tinggalkan adalah amal kau, bukan nama kau.

Kau masih ada masa untuk kembali pada Allah.

Rejab ni pintu taubat terbuka luas.
Jangan tunggu Ramadan untuk mula berubah.

Semoga langkah kau diberkati. Selamat melangkah ke 2025 dengan hati yang baru.

.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Madinah.

Aisya Rosli

27 Dec, 06:27


Tak tahu nak sedekah kat mana?

Ampa simpan trusted link ni naa > https://osini.co/BahagiaBerwakaf

Niatkanlah pahala untuk mak ayah kita samada mereka masih hidup atau yang dah berada di alam sana.

Usah berkira-kira nak sedekah. Kerana sedekah yg paling terbaik adalah sedekah ketika kita miskin dan tak punya apa2. Itulah kaya jiwa!

Aisya Rosli

11 Dec, 08:29


Assalamualaikum sahabat syurga semua. Moga kalian dalam keadaan baik dan sihat.

Sya nak share sikit, buku FTR kini dalam bentuk berjilid tau. Ada 5 Jilid semuanya ๐Ÿ˜

Buku lebih ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Edisi baru ke 9 kini dibuka pre-order sebanyak 1000 unit sahaja! Next pre-order kena tunggu lagi 2-3 bulan seterusnya.

Kalian boleh Nikmati DISKAUN SEBANYAK 50% dengan menjadi pembaca Edisi baru yg terawal.

Klik sini untuk info lanjut dan pembelian terus : https://bit.ly/Edisi9firstbatch

Nak tanya apa2 whatsapp je sya k. https://wa.link/r7ythm

Aisya Rosli

29 Nov, 01:23


Begitulah hidup atas dunia.

Sampai masa semuanya akan meninggalkan kita kecuali amal soleh.

Sedari hakikat ini seawal usia supaya kita sentiasa mempersiapkan diri untuk "sorang-sorang" pada akhirnya.

Dan segala harta benda serta keluarga sekalipun takkan mampu mengisi keseluruhan jiwa melainkan Allah sahaja di dalam hatinya.

#AlwaysBackToAllah

Aisya Rosli

24 Nov, 03:43


Jawapan ringkas dan paling mudah faham ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Aisya Rosli

24 Nov, 03:42


Soalan yang selalu bermain difikiran kan?

Aisya Rosli

22 Nov, 01:55


Sementara masih diberi peluang ๐Ÿฅบ

Jangan bertangguh-tangguh untuk bersedekah, kerana takut ajal akan mendahului kita.

Besarnya fadhilat bersedekah ni, sehinggakan mereka yang sudah meninggal dunia, merayu-rayu kepada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia hanya untuk bersedekah.

Malangnya, pada waktu itu segalanya sudah terlambat. Harta yang dulu milik kita, sudah bertukar milik kepada warisnya. Kerana yang kekal bersama kita, hanyalah harta yang telah kita sedekahkan.

Jom Sya nak mengajak kalian berwakaf (pahala jariah) dengan FTR bantu biayai ilmu kepada ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’‹๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’Œ๐’๐’๐’‚๐’‰, ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’‹๐’‚๐’“ ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’‡๐’Š๐’› ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’‹๐’‚๐’“ ๐‘ผ๐’๐’Š๐’—๐’†๐’“๐’”๐’Š๐’•๐’Š.

Niatkan pahalanya buat mak ayah kita sama ya.

Sini, bismillah : https://osini.co/BahagiaBerwakaf

Aisya Rosli

08 Nov, 09:15


Tahu takpe hihi. Sya punya peel begini juga la. Rasanya dapat duit tak sebahagia dapat sama-sama spent masa urus anak-anak dan hal rumah.

Aisya Rosli

04 Nov, 08:27


Tak sempat nak share sini sebelum live tadi. Nanti korang boleh relive naa

https://www.facebook.com/share/v/1EH8nhAzK6/

Aisya Rosli

04 Nov, 02:13


Suka sya nak kongsikan semula susunan kata-kata Ustaz Fathuri Salehuddin,

Apabila setiap hari saya hanya melakukan yang wajib iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, kalau berniaga ianya ibarat cuma PULANG MODAL, tidak ada untung.

Melakukan yang sunat2 itu lah UNTUNG.

https://www.facebook.com/share/p/19MGACD2dm/

Aisya Rosli

29 Oct, 08:10


Wajibkan berbaik sangka dengan setiap ujian dari Allah?

Kerana setiap ujian tu berbungkus dengan hadiah yang paling indah untuk kita.

Cuma Allah tak tunjuk. Kerana itulah cara Allah menguji hambanya yang mengaku beriman..

Aisya Rosli

29 Oct, 08:08


PENJUAL TAUHU YANG BERPRASANGKA PADA ALLAH

Pagi semalam baca artikel dari Andi Ekasari,indonesia. Kisah seorang penjual tauhu.

Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari menjual tauhu ke pasar. Untuk sampai ke pasar dia perlu naik kenderaan awam. Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui sawah padi.

Penjual tauhu itu orang yang beriman yang mengiringi usahanya dengan doa. Setiap pagi sebelum menjual dia tak pernah lupa berdoa kepada Allah agar jualannya laris hari tu.

Terbukti memang dagangannya selalu habis diserbu pembeli. Setiap hari dia pulang membawa rezeki yang cukup untuk keluarganya.

Pada suatu hari seperti biasanya ia mempersiapkan dagangannya untuk dijual ke pasar. Sebelum jalan ia berdoa dulu agar hari tu diberi rezeki untuk keluarga dan tauhunya laris seperti biasa.

Tapi ternyata masa ia melalui sawah ia tergelincir, mungkin licin sebab hujan semalam. Semua tauhunya jatuh terkena lumpur.

Dengan penuh perasaan marah si penjual ni bangkit dari mengeluh,
.
"tuhan mengapa dia diberi ujian sebegini sekali?".

Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.

Akhirnya dia pulang dan tidak berniaga hari ni.

Dia putus asa dan mulai berprasangka buruk pada Allah. Dia mulai mempertanyakan dosa apa yang diperbuatnya sehingga Allah tak berkenan memberi rezeki padanya hari ni.

Keluarganya nak makan apa? Dia tak punya simpanan duit, kerna setiap hari rezeki yang dibawa pulang hanya cukup untuk hari tu saja.

Selepas pulang ke rumah,dalam dua jam selepas tu dia mendengar berita kenderaan awam yang selalu dinaikinya telah terjatuh ke dalam gaung.๐Ÿ˜ฑ

Semuanya penumpangnya terkorban. Akhirnya,dia tersungkur bersyukur dan memohon maaf pada Allah atas khilafnya ๐Ÿ˜ญ berprasangka buruk pada Allah.

Pada petang tu juga ada keajaiban datang lagi yang dia rasakan berikutnya adalah kedatangan seorang penternak itik yang mencari tauhu untuk makanan itiknya. Yang anehnya dia tak mencari tauhu yang elok tapi yang rosak.

Penjual itu menangis ๐Ÿ˜ญ kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik tu. Jadi ada lah duit untuk keluarga makan.

Allah banyak pengajaran melalui kisah ni.

Credit : NurulAimi

Aisya Rosli

29 Oct, 02:15


Tetaplah sabar walau susah, tetaplah bangkit walau lemah kerana Allah hanya bersama dengan orang-orang yang sabar.

Bila kita putus asa bermakna kita memutuskan kebersamaan Allah dengan kita.

Aisya Rosli

29 Oct, 02:13


Setiap hari ada ujian yang perlu kita tempuh. Kecik atau besar sesuatu ujian tu bergantung kepada level iman kita.

Maka setiap kali diuji, istighfarlah. Kita memang lemah dan tak berdaya melainkan Allah beri kuat.

Aisya Rosli

25 Oct, 08:10


KENAPA KAMU DIAM?

Apabila kamu di dalam kereta,
atau berhenti di traffic light,
atau berjalan-jalan,
atau berada di pasar,
atau sedang memasak,
atau ketika di pejabat,
atau di mana-mana sahaja.

Kenapa kamu diam?

Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.

Isilah diam kamu dengan

Istighfar
Selawat
Zikir

Bacalah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali pun nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat.

Kenapa kamu diam?

Bacalah. Dan ulang ulang.

Sebarkanlah...dan inshaAllah kamu akan diberi ganjaran kerana mengingatkan.

#diamdiamberpahala

Aisya Rosli

21 Oct, 08:14


Baru2 ni kan viral pasal telekung 2 pieces (kain + telekung) yang kita biasa guna tu sebenarnya tak sah solat.

Macam mana boleh jadi tak sah? Jom ambik masa tengok video ni. Jangan kita terus berdosa bila beramal tanpa ilmu.

https://www.facebook.com/share/p/uMhZQi33K56J5JQj/

Aisya Rosli

18 Oct, 02:05


Tauladan rumahtangga yang sangat memberi inspirasi ๐Ÿฅน

https://www.facebook.com/share/p/3wnvnnvz7hyNXtUM/

Aisya Rosli

08 Oct, 07:48


https://www.facebook.com/share/p/ypnKZ5RjWkcUbdsM/

Aisya Rosli

07 Oct, 09:59


Sambung di komen

https://www.facebook.com/share/p/t7fxAmypFVqd8kZ7/

Aisya Rosli

03 Oct, 14:06


"Kenapa nak dulukan beli buku yang harga rm500 tu. Boleh bayar harga sebulan kete kot." ๐Ÿ˜Œ

https://t.me/DealWithAllah/2811

Aisya Rosli

30 Sep, 01:02


https://www.facebook.com/share/p/cKzHeCfVQBYmQ4de/?mibextid=qi2Omg

Aisya Rosli

26 Sep, 05:06


Kisah sya ni mungkin dapat buka minda dan kalian. Jemput baca naa, nanti sya sambung lagi

https://www.facebook.com/share/p/iZbkXvSSnBJKRdNH/?mibextid=qi2Omg

Aisya Rosli

12 Sep, 03:54


Itulah tanda kasih sayang Allah.

Kerana Dia boleh saja membiarkan kita terus terleka dengan nikmat yang melimpah ruah, tetapi Dia berikan ujian/musibah supaya kita kembali ingat dan taat.

Aisya Rosli

12 Sep, 03:53


Benarlah, jika diberi nikmat adakalanya kita lupa dan semakin jauh dari Allah. Bila ditimpa musibah/sakit dll barulah kita ingat Allah.

Maka, jangan kita leka dengan setiap nikmat yang diberi. Dan jadikanlah ujian serta musibah yang menimpa diri buat kita semakin dekat dan cinta kepada Allah.

Aisya Rosli

12 Sep, 03:49


Sya dengar ni melalui video seorang pakcik yang usianya lingkungan 75-80an. SubhanAllah

Aisya Rosli

11 Sep, 02:20


Jemput baca sambungan di komen https://www.facebook.com/share/p/8VWrNUTAbWLt7M6w/?mibextid=qi2Omg

Aisya Rosli

10 Sep, 02:54


Salah satu penyakit hati yang semakin parah. Moga Allah pelihara tangan2 kita dari menulis yang sia-sia.

Aisya Rosli

07 Sep, 14:21


Edisi 8 Golden Hardcover FTR cuma rm127 aja! Dari harga normal RM499.00.

Hari ni kalian boleh dapatkan Edisi 8 FTR dengan harga rm127 je. Ya! Sya sendiri pun tak habis gosok mata ni ๐Ÿซฃ

Rezeki ampa. Cepat dapatkan sebelum habis! Belian pantas disini bismillah : https://ftrexclusive.shop/order/form/GoldenMembershipSpecial/AisyaRosli

Whatsapp sekiranya perlu sya bantu:
https://linktr.ee/AisyaRosli

Aisya Rosli

05 Sep, 13:23


Cuba tengok buku ni. Kecik je kan? Buku ni besarnya lebih kurang tapak tangan kita jerr.

Tapi. Ermmm.

Bahaya sungguh laa. Ada yang rasa macam kena hempap dengan batu bila baca. Ada yg kata macam kena penampor. Yang kena cili pun ada. Ya Allah...

Apa laa yg ada dalam buku ni. ๐Ÿฅด

Bukan biasyer biasyer ni.

Menyesal ke korang beli?

Aisya Rosli

04 Sep, 02:20


https://www.facebook.com/share/p/eKujUnkGg8ecwh6P/?mibextid=qi2Omg

Aisya Rosli

14 Aug, 08:07


https://www.facebook.com/share/p/gBPzrGnkxJwvApTJ/?mibextid=qi2Omg

Aisya Rosli

25 Jul, 03:52


Tuhan kita hanya 1 ALLAH. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Selain dari Allah adalah berhala.

1,105

subscribers

2,099

photos

330

videos