NOTA CIKMAD @notacikmad Channel on Telegram

NOTA CIKMAD

@notacikmad


Ilmu eksklusif untuk business owner bina & train team stokis, agen dropship mereka !

Skodeng socmed Cikmad kat www.beacons.ai/sayacikmad

NOTA CIKMAD (Malay)

NOTA CIKMAD adalah sebuah saluran Telegram eksklusif yang ditujukan untuk para pemilik perniagaan yang ingin membina dan melatih pasukan stokis dan ejen dropship mereka. Dengan maklumat ilmiah dan eksklusif yang disediakan, para ahli perniagaan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menguruskan perniagaan. Saluran ini juga menawarkan skodeng socmed Cikmad di www.beacons.ai/sayacikmad, di mana para pelanggan boleh mengakses maklumat tambahan dan merancang strategi pemasaran yang lebih berkesan. Jadi, jika anda ingin meningkatkan perniagaan anda dan menjadikan pasukan stokis dan ejen dropship anda lebih berjaya, sertai sekarang juga saluran Telegram NOTA CIKMAD!

NOTA CIKMAD

04 Jan, 01:43


Saya mungkin tak kerjasama rapat atau involve dalam bisnes u all

Sekadar pesan apa saya sempat share

*The business will only be as strong as the owner*

Kalau owner kuat, kuatlah bisnes dia

Tapi kalau owner tu jenis taknak ubah apa2.. takpun suka ubah semua benda KECUALI diri dia

Then dia akan hadap masalah yg dia tak sangka2 nanti

2025 ramai kata akan lagi mencabar

You tell me bila tahun yg tak mencabar 😂😂😂

Bukan nak perkecikkan masalah, tapi nak ajak tengok realiti. Dalam dunia yg makin susah, impossible kalau kita hadap semua perubahan dengan diri yang SAMA

So always improve diri

Letak tepi soal umur atau soal kegagalan lepas

Belajar apa yg perlu
Praktis apa yang perlu
Buat apa yang perlu

Keep moving forward
CIKMAD

NOTA CIKMAD

01 Jan, 03:19


Everyone with feet can walk, but only those who are nimble-footed will get everything they want in life

NOTA CIKMAD

12 Dec, 10:39


Alhamdulillah Cikmad baru siap sesi personal hari ni. Ada 3 fasa saya share pada sahabat tadi

Dulu masa saya skip satu step je memang haru bisnes saya haha

1.buat personal sales
2.bina team
3.bina leaders

Hasilnya — baru kita ada duit & ada masa.

Sebab saya rasa , bila takda masa ni. Penat kita buat bisnes

We’re willing to trade everything just to get some time back

Moga bermanfaat !

Ps - Nak book sesi personal details kat komen

NOTA CIKMAD

29 Nov, 04:54


Bila buat skrip video menjual. Usaha utk buat ikut kemampuan, nak buat video tunjuk tangan je pun boleh. Focus jual barang.

Ada video tunjuk muka. Terpulang kemampuan masing2 (Ini Ai tak faham)

Yang penting susun setiap scene nak tunjuk apa

Nak skrip video menjual? Detail kat komen

NOTA CIKMAD

25 Nov, 04:47


NOTA CIKMAD pinned «CASE STUDY - NAK VIDEO MENJUAL YG MENARIK Contoh saya dah buat Produk skincare 5 saat pertama gila penting Hook asal - “nak kulit cantik?” Hook ni cliche sebab ramai dah guna Kadang orang letak “3 tips kulit cantik” Lagi la cliche..Ni level zaman saya…»

NOTA CIKMAD

25 Nov, 04:27


CASE STUDY - NAK VIDEO MENJUAL YG MENARIK

Contoh saya dah buat
Produk skincare
5 saat pertama gila penting

Hook asal - “nak kulit cantik?”
Hook ni cliche sebab ramai dah guna

Kadang orang letak
“3 tips kulit cantik”

Lagi la cliche..Ni level zaman saya start serius berniaga 2017 dulu

Apa kita buat?

Kita ejas letak satu point je

“Idola”

Now hook dia jadi “nak kulit cantik macam fazura?”

Sebabnya, cantik & sihat ni subjektif

Jadi bila bagi perumpamaan camni, audien yg ready to buy dia terpanggil

sebab selama ni dia INGIN cantik sebab inspired lepas tengok someone yg cantik juga. Dah motivated dah pun

Alhamdulillah

Terus dapat pm. Walau tak ramai follower. Walau takda beg kuning tetap boleh menjual

Skrip cantik , mmg senang
Boleh guna banyak kali

Nak kerjasama dengan kita boleh, kita study audien & fikirkan hook yang menarik utk bisnes awak 👍🏻

wasap.my/60193226711/nak+info+skriptiktok

NOTA CIKMAD

15 Nov, 07:37


Kalau nampak iklan telegram yg offer pelaburan entah apa2 tu, korang pandai2 la nilai yang mana betul yang mana salah. Make the right decision

NOTA CIKMAD

12 Nov, 10:14


RISAU HUMBLE BRAG?

Nak cerita pencapaian bisnes tapi risau jadi “humble brag”?

Faham punca humble brag

Puncanya >> TIBER

Jumpa orang yang tak kenal. Total stranger

Tiba2 nak tunjuk kereta

Nak tunjuk income

Nak tunjuk handbag baru

Nak tunjuk spot rim baru

ingat lelaki lepas ke?🤣

gurau2..

Bila tiber je nak tunjuk. Bukan tak boleh. Tapi sebab Ada macam2 Jenis orang

Jenis kita sendiri yg malu nak cerita
Jenis audien yg negatif, tengok sinis

(Sinis ni yg ramai tak syok)

Btw

Screenshot ni is a good example post untuk cerita pencapaian bisnes

👉🏻 Buat appreciation post!

Ini la 1 cara kita boleh buat tanpa “humble brag”

Post cerita apa pencapaian

Dan mention siapa bantu kita capai benda tu

Faham? Moga manpaat

====

Honourable mention —Tahniah Kaknor Aisyah geng kita,⁩ dah income 4 angka skrg 🔥

NOTA CIKMAD

28 Oct, 06:01


Alhamdulillah selesai kelas seni softselling sepanjang october

Tahniah yg fast action dah join

Nak focus result & progress lepas ni 👍🏻

NOTA CIKMAD

08 Oct, 06:34


DAH BAGI CONTENT PADA TEAM TAPI DIORANG TAK POST?

Ada 2 kemungkinan

1.content complicated sangat
2.team pemalas

Ubat untuk team malas, kena allign semula big why. Memamg itu saja jalannya. Kalau tak jalan juga, rekrut team baru, biarkan dia situ

Untuk masalah pertama saya boleh bantu, jom jumpa dalam kelas SENI SOFTSELLING

Modul paling terbaru untuk batch 8 ni

https://sites.google.com/view/daftarsenisoftselling

Guarantee kalau apa saya share ada di google, refund 100%

NOTA CIKMAD

29 Sep, 16:53


OO NI “BEZA” SOFTSELL & HARDSELL (RAMAI DAH NAMPAK)

1 kriteria softsell = CTA

CALL TO ACTION tu adalah apa arahan kita bagi diakhir posting kita

Nak hardsell ? Mudah
Suruh beli. Suruh order

Nak softsell? Pun mudah
Suruh buat *tindakan


==

Saya kongsi satu teknik

Teknik 👉🏻 UBAH

Contoh : saya jual produk kurus meal replacement

Kalau hardsell
Lepas cerita produk
Saya akan cakap cta

“Klik sini untuk order meal replacement”



Kalau softsell guna teknik “ubah”
Saya cakap 👇🏻

“Jom start sekarang, ubah cara kita makan”

Nampak? Kesannya. Lebih soft. Nak cakap hari2 pun, Orang tak rimas


===

Sepanjang oktober saya buat 3 slot kelas SENI SOFTSELLING

Modul updated
Khas batch 7
Belajar ilmu praktikal

Jom kawan2, jumpa nanti. Saya bantu ubah cara anda jadi lagi POWER. 🔥

Daftar tengok komen 👇🏻

NOTA CIKMAD

25 Sep, 01:49


EXPERIENCE

NOTA CIKMAD

19 Sep, 05:28


Bila cikmad upload minipodcast kat telegram ni

Niat bukan kejar views

Kalau nak views sy upload kat youtube dah

Tapi kejar nak orang tahu KAT MANA NAK CARI JAWAPAN jika dia ada masalah ni

Itu main reason saya

Zero buat content? 👉🏻Episod 1
Stuck personal brand? 👉🏻Episod 2

Enjoy gais

NOTA CIKMAD

16 Sep, 14:05


EPISOD 2

MINI PODCAST #TANYACIKMAD!

🤔 Cara saya mula bisnes dari rumah untuk bayar komitmen?

🤔 Perlu tak buat personal brand jika awal berbisnes?

Jom dengar sedutan dari mini podcast kita.

Nak cikmad bantu ? ⤵️
Beacons.ai/sayacikmad

NOTA CIKMAD

13 Sep, 07:36


EPISOD 1

MINI PODCAST #TANYACIKMAD!

🤔 Macam mana nak buat jika tak pandai karang ayat posting?

🤔 macam mana kalau tak pandai bercakap depan kamera?

Jom dengar sedutan dari sesi khas Cikmad menjawab soalan dari ahli Qna group SIMPLE ONLINE SALES

Nak cikmad bantu ? ⤵️
Beacons.ai/sayacikmad

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:23


👆🏻👆🏻👆🏻Bila jelas target audiens. Nak spend ratus ribu malah berjuta untuk bagi gift pun tak kisah sgt. ☺️

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:22


7 KUNCI JUALAN FACEBOOK (4/7)

Saya nak share 7 kunci buat jualan kat socmed. Masa saya takde mana2 kunci ni memang saya struggle & paling teruk, saya tak tahu struggle sebab apa

Satu posting 1 kunci ya..bismillah

*KUNCI 4/7 : TARGET AUDIENS*

Kalau pergi mana2 seminar
Belajar Marketing
Memang ini la yang ditekankan
👉🏻Target audiens

Ramai dah tahu
Ramai dah ajar
Ramai dah cuba buat
Tapi kenapa masih ada tak jadi?

Ok saya bagi contoh
Saya jual abc
Abc ni ramai suka kan?
Jadi sy target lah nak jual pada PEREMPUAN

Sy buat marketing nak tarik PEREMPUAN

Sy bg free gift benda2 PEREMPUAN suka

Tp sales tak banyak
Kalau ada pun orang tak repeat
Kalau ada repeat pun
Bila pesaing timbul, terus lari ke pesaing

So mana silapnya? Silap saya adalah, general sangat.PEREMPUAN..

Kalau kata jual kt perempuan
maksudnya perempuan dr baby sampai umur nenek2 lah
Perempuan jugak kan? 😆

Poin nya adalah, too broad , general bebenor > semua perempuan

So apa nak buat? Banyak cara.

Korang cari kat youtube “customer avatar”. Boleh faham a-z dah.

Kalau antara method special saya..”favourite customer” (ahli2 club tau ler 🤫 )

Antara cara favourite saya nak fix benda ni?

Tambah perkataan “YANG”…

Balik pd contoh tadi
Saya jual abc
Target kalau broad tadi = perempuan

Jadi kita Tambah “yang”

Perempuan YANG suka dessert

Kat sini dpt tahu dah
Perempuan suka desert ni
takkan la baby
Takkan la nenek
Mostly baru kawin
Ibu mengandung ngidam

Masa pregnant la nak tibai
Lagi2 kalau dia ada gdm
Pergi klinik tak kantoi sgt masa check gula 😆

Bukan aku tak tau prngai mak buyung ni kdg2😂 (gurau eh)

So nampak, marketing sy semua berubah bila saya tukar sikit tu je

Poster saya lain dah. Pink2 gitu

Maybe sumbat la gambar sorang dua Oppa kat situ

Silap2 content saya buat pun review kdrama lah haha 😂 why not kan?

Jadi tengok. Semua berubah, dari cara tarik audiens (marketing)

Sampai la cara saya bela audiens (retain)

Faham ya? Takpe maybe kena baca beberapa kali.

Thats all tahniah sebab baca

-CIKMAD

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:22


####

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:22


Contoh : Bio yang tunjuk kelebihan/specialty

Bio ni antara kunci yg buat jenama ni sukses. Owner dia seorang student je lagi. Saya start kerjasama dengan dia awal tahun lepas. Sales bawah 5000 sebulan.

Alhamdulillah dia capai 100k sebulan bt prtama kali dia lepas raya baru2 ni 👍🏻

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:21


7 KUNCI JUALAN FACEBOOK (3/7)

Saya nak share 7 kunci buat jualan kat socmed. Masa saya takde mana2 kunci ni memang saya struggle & paling teruk, saya tak tahu struggle sebab apa

Satu posting 1 kunci ya..bismillah

*KUNCI 3/7 : BIO*

Kat socmed, fb ig tt even threads sekali pun. Dekat dengan profile picture kita tu ada ruang utk letak bio

Bio ni tulisan pendek utk kita kenalkan diri kita

Saya dulu letak TITLE

Ceo itu..founder ini..dsb

Bila buat cara ni, saya perasan orang mula compare saya dengan founder lain, especially dalam saya bt rekrutmen

Saya ni jual jamu..jadi saya bazir masa kat sini sbb bukan senang nak tarik orang join team kita, tiba2 kena banding pulak

Jadi perubahan saya buat

Bio ni sy guna untuk orang rasa RAPPORT dengan saya

Jadi apa bagus letak kat bio?

sama macam cover photo
Kita layan dia macam BILLBOARD

Position diri kita ni
Kita ni untuk siapa?
Kita bantu siapa?
Apa specialnya kita compare dgn pesaing?

Ada banyak lagi cara , tiap bisnes lain2 bergantung produk & siapa awak.

Tapi ni asasnya

Nampak ya? Alhamdulillah

-CIKMAD

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:21


NOTA CIKMAD pinned «7 KUNCI MULA BUATJUALAN DI FACEBOOK/SOCMED ⤵️⤵️⤵️»

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:19


#####

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:19


Ni contoh ..Tengok ni dalam sekecil2 senarai bila ikut kaedah sy share tadi. Dua orang ni gambar mereka paling jelas boleh kenal

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:18


*KUNCI 2/7 : PROFILE PHOTO*

Kat facebook, benda pertama orang tengok bila interaksi dengan kita adalah

Nama
Profile picture

Hari ni saya nak kupas pasal profile pic saja , sbb itu yang paling mudah anda nak buat improvement

Saya nak share dulu apa antara gambar saya pernah pakai dulu DAN HASILNYA TAK BEST

1.Gambar kucing kesayangan. Haha. Gambar ni mmbuatkan orang ZERO trust dengan saya 😅 nak promote barang tapi gambar kucing. Jauh sekali orang Join team saya

2.Gambar family. Ya saya pernah senaif ini 😂 gambar 4-5 org tu saya buh dekat profile pic. Bila orang scroll apah tak nampak. Mcm semut keciknya

3.Gambar full body. Maksudnya gambar hujung rambung smpai hujung kaki nampak dalam profile pic tu. Bila saya perati balik. Sama still masih terlalu kecil

3.Gambar permandangan. Ini yang saya struggle gila nak dapat sales. Sebab profile picture tak nampak saya langsung. Gambar saya berposing masa travel, nampak gunung je. Cikmad nya cenonet je kat hujung gambar

Bukannya semua gambar ni tak bagus

Saya nak awak faham macam mana benda halus macam ni boleh impak pada bisnes.

lihat balik pada TUJUAN

Kita nak guna fb ni
untuk berniaga
Nak jual produk
Nak cari team

Akhirnya, kita nak orang buat 1 benda pada kita. BAGI DUIT KAT KITA

Untuk bagi duit tu mesti la perlukan trust ..

Nak trust tu dia perlu kenal kita..takkan kita terus percaya pd orang yg kita tak kenal ye dak? 😅

So apa teknik dia? Cikmad rekemen. Bagi la NAMPAK MUKA kat dalam profile pic kita tu. Tak kisah la nak pakai frame hq bagi ke pakai lah

Janji nampak muka
Paling jauh pun
Paras dada 🔥

Orang tengah scroll pun nampak
Orang baca komen kita pn nampak

Ingatlah, otak manusia lagi senang kenal & ingat pada visual .

Jadi kita mudahkan dia…

-CIKMAD

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:18


#######

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:18


Antara cover photo terawal MAGGI pakai di fb page diorang

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:17


*KUNCI 1/7 : COVER PHOTO*

Kat facebook, Cover photo tu gambar kat belakang profile picture kita , ala yang orang selalu buat macam flyers tu 😝

Saya share pasal ni jangan la kata saya mengata korang pulak. Sy share sebab nak korang buat lebih better dari pesaing2 korang

Yang saya dulu buat macam flyers tu sebab saya salah faham. Saya ingatkan…

1.Mesti letak gambar produk. Jadi orang kenal saya jual apa. Sekarang tak dah, sy softsell je dalam tiap posting. Elok je sales ada

2.Mesti letak contact number. Seolah akan ada orang terus buka whatsapp & save number saya dari cover photo tu 😅 (mimpi btl)

3.Wajib letak logo syarikat. If jadi agen, sy fikir kena letak sy syarikat apa. Kena kalau syarikat sy join ni rakyat msia skeptikal, habis orang jauhi saya

Realitinya…

cover photo ni tempat nak BRANDINGKAN DIRI KITA. Yes tau awak jual produk viral, tau hq awak pemes..

Tapi kenapa kena beli dgn awk?
Produk awak ni untuk siapa?

Nampak 2 soalan penting ni?
KENAPA KITA?
KITA NI UNTUK SIAPA ?

Antara 2 ni, pilih mana satu nak jawab dalam cover photo kita

Bila orang tahu kenapa kena pilih kita, or kita ni untuk siapa, baru la dia beli DENGAN KITA

Takde la penat2 promote. Lepas tu marah prospek beli dengan orang lain 😅

Apa nak buat? Spend time tunjuk sampai terpasak..biar je gambar tu berbulan or bertahun pun takpa

Jenama MAGGI pun. 2012 dulu dia mula2 buka fb page, lebih SETAHUN dia positionkan diri dia UNTUK SIAPA.

Korang tengok contoh saya bagi ni pun faham dah

Nampak kan? Alhamdulillah

-CIKMAD

NOTA CIKMAD

25 Aug, 06:17


7 KUNCI MULA BUATJUALAN DI FACEBOOK/SOCMED

⤵️⤵️⤵️