[MAKLUMAN: PROSES
DAFTAR KELUAR KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA CUTI SEMESTER SESI OKTOBER 2024 โ FEBRUARI 2025]
SELASA | 14 JANUARI 2025 | 14 REJAB 1446H
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Dimaklumkan bahawa Cuti Akhir Semester Sesi Oktober 2024 โ Februari 2025 akan bermula pada 24 Februari hingga 23 Mac 2025. Berikut adalah maklumat penting berkaitan proses daftar keluar kolej kediaman:
1.
Penyerahan Kunci Bilik :Waktu serahan kunci bilik adalah pada waktu pejabat sahaja di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing.
Ahad hingga Rabu: 8:00 pagi โ 1:00 tengah hari & 2:00 petang โ 5:00 petang
Khamis: 8:00 pagi โ 1:00 tengah hari & 2:00 petang โ 3:30 petang
Sila pastikan kunci diserahkan sebelum pulang bagi mengelakkan sebarang isu.
2.
Permohonan Tinggal di Kolej Semasa Cuti:Mana-mana pelajar yang bercadang untuk
tinggal di kolej semasa cuti semester atau
pulang lewat perlu mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui
Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP). Permohonan hendaklah diemelkan ke
[email protected] sekurang-kurangnya seminggu sebelum cuti bermula. 3.
Google Form Daftar Keluar:Semua pelajar wajib mengisi Google Forms Daftar Keluar Kolej Kediaman yang disediakan di pejabat kolej kediaman masing-masing.
Utamakan kelancaran proses ini dan pastikan semua langkah diikuti dengan teliti. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat kolej kediaman anda atau berhubung dengan pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) mengikut kolej kediaman masing-masing.
Sekian, terima kasih.
"MAHASISWA HOLISTIK, UNIVERSITI BERPRESTIJ"Yang Menjalankan Tugas,
MUHAMMAD SHAH DANIEL ZULKEFLEEXCO PENEMPATAN & NR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SESI 2024/2025