Dr Ahmad Samsuri Mokhtar @drahmadsamsuri Channel on Telegram

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

@drahmadsamsuri


Channel Telegram rasmi Menteri Besar Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Menteri Besar Terengganu - @drahmadsamsuri! Saluran ini didedikasikan kepada penyampai maklumat terkini daripada Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Siapakah beliau? Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar adalah Menteri Besar Terengganu yang berpengalaman dan bertanggungjawab dalam memimpin dan memajukan negeri Terengganu. Apa yang terdapat di saluran ini? Di saluran ini, anda akan mendapat akses kepada berita terkini, pengumuman rasmi, perkembangan politik tempatan, inisiatif kerajaan negeri, dan banyak lagi. Sebagai peminat politik atau penduduk Terengganu, saluran ini adalah tempat yang sesuai bagi anda untuk mendapat informasi terkini secara langsung. Sertai kami di @drahmadsamsuri sekarang untuk tidak terlepas dengan apa yang berlaku di Terengganu!

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

02 Sep, 04:13


Dengarkan ucapan 4 Menteri Besar Kerajaan 4 Negeri di platform Youtube dan Facebook Dr Sam.

๐Ÿ“ŒFacebook
https://www.facebook.com/share/v/U5cHLqpWkRN94hSe/?mibextid=QwDbR1

๐Ÿ“ŒYoutube
https://www.youtube.com/live/5-4vT66V4uA?si=WkhEzQpHHA84Y_7U

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

06 Aug, 07:17


Perkongsian saya mengenai "Teguh Menghadapi Ketidakpastian Geopolitik & Ekonomi" ini lebih kepada pemerhatian peribadi yang boleh jadi ia tidak benar dan tidak semestinya berdasarkan analisis yang dilakukan secara mendalam.

Secara ringkasnya, ketidakpastian dalam geopolitik dan ekonomi ini boleh memberi kesan yang signifikan terhadap perancangan ekonomi dan sesuatu keputusan yang perlu dilakukan bagi sesebuah perniagaan, kerajaan, malah kepada individu.

Antara persoalan yang timbul, "Adakah terdapat penyelesaian mudah untuk menghadapi ketidakpastian ini?"

Bagi saya, tiada penawar cepat atau penyelesaian tunggal untuk isu-isu ini. Secara ideal, jika kita dapat menyelesaikan setiap ketidakpastian tersebut, maka masalah akan selesai. Namun, hidup ini tidak ideal kerana kebanyakan perkara berada di luar kawalan kita sebagai manusia.

Dalam era ketidakpastian ini, tindak balas yang proaktif dan strategik oleh negara kita yang mempunyai pelbagai latar agama, etnik dan budaya, bukan sahaja perlu bersedia untuk menghadapi cabaran tetapi juga bersedia untuk merebut sebarang peluang.

Justeru, kita akan muncul lebih kuat, lebih bersatu dan lebih makmur. Bersama-sama dengan kerjasama pemimpin serantau dan global, penyelidikan, kumpulan pemikir dan rakan antarabangsa, kita akan mampu membina Malaysia yang berdaya tahan untuk berdiri teguh di pentas global. Insya-Allah.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

31 Jul, 05:53


ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Allahu Akbar, dunia hari ini menerima perkhabaran syahidnya insan yang tinggi perjuangannya untuk agama Islam dan warga Palestin.

Ismail Haniyyeh, Ketua Biro Politik H^m45 tidak asing lagi dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi dan merupakan tokoh dalam usaha perundingan genjatan senjata dalam p*r4ng yang masih berlarutan hingga kini.

Biarpun seorang demi seorang ahli keluarganya gugur angkara Zi0ni5, namun beliau tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus menentang kekejaman Isr43l ke atas P4l3stin.

Bahkan ia sedikit pun tidak mempengaruhi tindakan pejuangan H^m45 di mana-mana peringkat.

โ€œKami tidak akan sesekali mengiktiraf Isr43lโ€

Kata-kata agung yang dilaungkan oleh beliau pada 18 tahun akan terus ditanam dalam minda umat Islam sehingga hari ini.

Tanggungjawabnya telah selesai dengan syahidnya beliau hari ini.

Dan kita adalah saksi atas perjuangan dan pengorbanan beliau untuk Islam dan P4l3stin.

Ismail Haniyeh, pasti akan dikenang sebagai pejuang yang teguh berprinsip hingga akhir hayatnya.

Semoga ditempatkan dalam syurga tertinggi oleh Allah SWT.

Al-Fatihah buatmu Sang Pejuang sejati.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

23 Jul, 00:54


Alhamdulillah, Terengganu tidak sunyi dengan kedatangan para ulama.

Hari ini, Buya Yahya dari negara jiran, Indonesia hadir mengajar dan berkongsi ilmu di bumi tercinta.

Jemput hadir ke Masjid Jamek Pengadang Baru.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

22 Jul, 12:25


Insya-Allah, dua insan yang berasal dari Terengganu, Dato' Mohd Azizulhasni Awang dan Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 masing-masing dalam acara berbasikal dan acara berbasikal lebuh raya wanita.

Lebih membanggakan lagi, Nur Aisyah merupakan pelumba wanita pertama negara yang layak ke Olimpik dalam acara berbasikal lebuh raya wanita.

Tahniah atas kejayaan untuk sampai ke tahap ini yang sudah tentu hasil usaha, disiplin dan komitmen yang luar biasa daripada kalian. Insya-Allah, setiap langkah dan larian anda, ada doa dan sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Selamat maju jaya.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

17 Jul, 02:35


Alami sendiri pengalaman budaya Korea di K-Culture Festival yang akan berlangsung pada 18 sehingga 20 Julai ini di KTCC Mall Kuala Terengganu.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung yang hadir.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

06 Jul, 15:51


Syukur Alhamdulillah.๐Ÿ˜Š

Terima kasih kepada semua pengundi atas kepercayaan yang diberikan kepada calon Perikatan Nasional.

Terima kasih juga diucapkan khusus buat para petugas yang telah menyumbang dan bantu dari pelbagai aspek. Usaha kalian telah membuahkan hasil.

Moga Allah SWT permudahkan dan tunjukkan jalan buat Abang Abidin mengisi kemenangan dan berkhidmat dengan baik buat warga DUN Sungai Bakap.

Allahu Akbar!

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

06 Jul, 14:59


Perutusan Maal Hijrah 1446 Hijrah / 2024 Masihi
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

Maal Hijrah Manifestasi Konsep Al-Falah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberi peluang untuk menyambut Maal Hijrah pada tahun ini. Sambutan Maal Hijrah adalah satu detik penting yang mengingatkan kita tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang merupakan manifestasi sebenar konsep al-Falah. Ia adalah perjalanan yang menggambarkan pengorbanan, ketabahan dan keazaman yang kuat dalam mencapai matlamat yang suci.

Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi ia adalah simbolik kepada perubahan, pembaharuan, dan peningkatan dalam segala aspek kehidupan. Kita bukanlah mencari sesuatu yang sempurna dari sebuah penghijrahan tetapi kita berusaha menjadikan ia lebih baik daripada sebelumnya.

Dalam konteks sesebuah negeri atau negara, hijrah ini membawa erti yang mendalam dan mengajak kita untuk merenung serta berusaha melakukan anjakan paradigma dalam pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat sehingga membentuk sebuah masyarakat yang berjaya dan gemilang berasaskan prinsip keadilan, persaudaraan dan ketakwaan.

Meneladani sifat-sifat mulia Rasulullah SAW sepanjang perjalanan hijrah Baginda yang menonjolkan pelbagai peristiwa yang boleh kita contohi. Antaranya, Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar RA menunjukkan strategi yang bijak dan perancangan yang teliti seperti bersembunyi di Gua Thur untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, membina hubungan yang erat antara kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah dan banyak lagi sejarah lain yang menarik.

Justeru, mari kita jadikan sambutan Maal Hijrah 1446H ini sebagai momentum untuk memperbaharui tekad dan semangat kita dalam mengejar kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan langkah kita dan menjadikan kita semua insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Akhir kata, semoga tahun baru Hijrah ini membawa keberkatan, keamanan, dan kejayaan kepada kita semua. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati negeri Terengganu serta seluruh rakyatnya.

Akhir kata, saya mewakili saf kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

โ€œTerengganu Maju, Berkat dan Sejahteraโ€

Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
29 Zulhijjah 1446H
Bersamaan 7 Julai 2024

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

27 Jun, 01:32


Selamat pulang ke tanah air buat semua jemaah haji. Sesungguhnya menjadi tetamu Allah adalah impian bagi setiap umat Islam.

Alhamdulillah syukur kerana kalian telah selesai menunaikan rukun Islam kelima ini.

Semoga ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi haji yang mabrur.

Al-Fatihah buat mereka yang telah dijemput Ilahi ketika berada di sana. Moga syurga buat mereka.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

23 Jun, 01:16


Bukan mudah menjadi penyambung perjuangan dan istiqamah sehingga akhir hayat. Siapa sangka, takdir Allah SWT memanggil mereka pada tarikh yang sama walaupun tahun yang berlainan.

Banyaknya jasa pada perjuangan yang diketahui ramai, namun pasti masih ada sumbangan mereka yang hanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Kita doakan agar segala amal diterima di sisi-Nya dan berkumpul di kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

22 Jun, 07:29


Apabila bertanding pastinya kita mengharapkan sebuah kemenangan.

Selesai sesi penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Bakap iaitu dua penjuru yang bakal bertanding.

Abidin Haji Ismail mewakili Perikatan Nasional bersedia berkhidmat untuk Sungai Bakap, insya-Allah.

Abang Bidin, Calon No.2 dalam PRK N20 Sungai Bakap.

#AbangAbidin
#CalonRakyat
#SgBakapKitaKekal
#PerikatanNasional

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

19 Jun, 04:56


ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Kehilangan seorang insan yang sangat dekat dengan Tuan Guru Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Allahyarham Mohd Zalzali bin Awang atau dikenali sebagai Pok Aziz merupakan pemandu Tuan Guru sudah sekian lama bahkan sebelum Tuan Guru ditaklifkan menjadi Menteri Besar lagi. Begitu lama khidmat dan perjuangan beliau bersama parti ini.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Pok Aziz, moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Insya-Allah, solat jenazah untuk Allahyarham akan dilaksanakan selepas solat zohor hari ini di Masjid Rusila, Marang.