SABTU | 18 JANUARI 2025
Assalamualaikum w.b.t &
Salam Sejahtera.
π£ Perhatian kepada SEMUA PELAJAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Merujuk perkara diatas,
1. Para pelajar pra-diploma, diploma, program professional dan ijazah sarjana muda Sesi Mac - Ogos 2025 perlu cakna dengan tarikh penting permohonan untuk memohon kemudahan kolej kediaman UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
2. Bagi pelajar sepenuh masa yang ingin menginap di kolej kediaman pada semester Mac - Ogos 2025 boleh membuat permohonan secara atas talian di portal pelajar seperti berikut :
PERMOHONAN DIBUKA
ποΈTarikh: 20 Januari 2025 (Isnin)
β°Masa: 10.00 Pagi
TARIKH AKHIR PERMOHONAN
ποΈTarikh: 18 Februari 2025 (Selasa)
β°Masa: 12.00 Tengahari
π Keputusan akhir akan dinilai berdasarkan merit aktiviti pelajar, status pendapatan keluarga dan bebas dari sebarang salah laku tatatertib. Semua permohonan kolej kediaman sesi Mac - Ogos 2025 akan diproses secara atas talian di portal pelajar. Sila rujuk Lampiran A bagi tarikh penting permohonan dan proses berkaitan.
3. Pelajar yang gagal permohonan pertama boleh membuat permohonan semula secara atas talian pada ketetapan berikut:
ποΈTarikh: 3 Mac 2025 (Isnin)
β°Masa: 10.00 pagi
4. Tarikh penting berkaitan permohonan adalah berpandukan Lampiran B.
π Proses pemilihan akan dinilai mengikut kriteria yang di tetapkan dan bagi pelajar yang layak dan berjaya, kemudahan kolej akan ditawarkan selama satu semesta. Kriteria pelajar yang layak dijelaskan di Lampiran C.
π Bayaran yang dikenakan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan kemudahan kolej akan mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Dasar Penempatan.
Sekian, terima kasih.
β KEPIMPINAN BERWAWASAN, TRANSFORMASI BETERUSAN β
Exco Komunikasi Korporat & Multimedia
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Tun Sri Lanang & Tun Gemala
UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
#JPKKJM