COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ @covid_19malaysia Channel on Telegram

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

@covid_19malaysia


COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ (English)

Are you looking for reliable and up-to-date information on COVID-19 in Malaysia? Look no further than our Telegram channel, COVID-19 MALAYSIA. Our channel provides you with the latest news, updates, and statistics related to the ongoing pandemic in Malaysia. From government announcements to health guidelines, we cover it all to keep you informed and safe. Join our community of like-minded individuals who are dedicated to staying informed and taking the necessary precautions to protect themselves and others. Stay ahead of the curve and subscribe to COVID-19 MALAYSIA today! Let's fight this pandemic together. #StaySafe #StayInformed

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

13 Jan, 12:36


Jual sandwich babi di KK Mart UM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan produk sandwic ham yang dijual di sebuah premis di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim juga mengesahkan syarikat yang membekalkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Katanya pemeriksaan di lapangan sudah dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu susulan banyak pertanyaan di media sosial berkaitan produk 'ham and cheese sandwich' yang diragui status halal.

Berita penuh: https://mk.my/KUidXlF

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

12 Jan, 13:29


Sumbat Kucing Hidup-hidup Dalam guni

Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni dipercayai untuk dibuang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berkenaan didapati tular menerusi video yang dipercayai dirakam ketika kejadian.

Video: https://vt.tiktok.com/ZS69acWwW/

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

12 Jan, 13:29


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi maklumkan negeri berkenaan diramal dilanda banjir gelombang kedua antara Rabu hingga Sabtu ini.

Pihaknya nasihatkan penduduk supaya terus waspada dan patuh arahan daripada pihak berkuasa supaya usaha pengurusan banjir di negeri itu berjalan lancar.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

10 Jan, 12:12


Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)

Dikeluarkan pada:
Jumaat, 10 Januari 2025, 08:00 malam

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin); dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Ahad, 12 Januari 2025.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Maran, Kuantan, Bera dan Pekan); dan Johor (Tangkak, Segamat dan Muar) sehingga Ahad, 12 Januari 2025.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan; Terengganu; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka; dan Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu sehingga Ahad, 12 Januari 2025.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

10 Jan, 06:37


RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat yang sedang melanda dijangka berterusan sehingga 13 Januari 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung, selatan dan barat Sarawak serta timur Sabah.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak berkuat kuasa sehingga 12 Januari 2025.

Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora sedang berkuat kuasa bagi perairan Laut China Selatan sehingga 13 Januari 2025.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2:00 petang
Tarikh: 10 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

10 Jan, 06:37


MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hingga Ahad ini.

Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak dalam tempoh sama.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

10 Jan, 06:35


AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin) โ€ข Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Ahad, 12 Januari 2025.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Bera dan Pekan) โ€ข Johor (Tangkak, Segamat dan Muar) sehingga Ahad, 12 Januari 2025.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) โ€ข Pahang (Jerantut, Maran dan Kuantan) โ€ข Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) โ€ข Melaka โ€ข Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu sehingga Ahad, 12 Januari 2025.

Dikeluarkan pada: 11:35 pagi, 10 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

09 Jan, 08:16


Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota Kabinet diadakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

09 Jan, 08:13


Harga runcit petrol dalam tempoh 9 Januari 2025 hingga 15 Januari 2025 di Sabah dan Sarawak kekal. Manakala terdapat kenaikan 5 sen bagi RON97 dan Diesel di Semenanjung

RON95: RM2.05/liter
RON97: RM3.33/liter

Diesel:
RM3.03/liter (Semenanjung)
RM2.15/liter (Sabah, Sarawak & Labuan)

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

09 Jan, 06:02


Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 naik lima sen kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Januari, menurut Kementerian Kewangan (MOF). Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter, namun di Semenanjung Malaysia, harganya naik lima sen kepada RM3.03 seliter.

Keputusan ini selaras dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, di mana kerajaan masih mengekalkan harga runcit diesel lebih rendah berbanding RM3.35 seliter pada 10 Jun 2024.

Sumber: Bernama

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

09 Jan, 01:41


King Sing Perjelas Isu Video Montaj Tahun Melawat Malaysia 2026

Elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) yang lebih terperinci dalam masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, video montaj yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanyalah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat.

Baca berita lanjut: https://www.sinarharian.com.my/article/706124/berita/nasional/king-sing-perjelas-isu-video-montaj-tahun-melawat-malaysia-2026

Sinar Harian
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
9 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

06 Jan, 09:11


Kes Covid Malaysia
(29 December - 4 January, 2025 )
1,222 Kes Baharu

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

05 Jan, 05:18


Penularan Virus HMPV di Asia: Apa Cerita Sebenarnya?

Lately, ada satu virus yang tengah buat orang risau di serata Asia, terutama di China. Nama dia human metapneumovirus atau HMPV. Walaupun bunyi macam baru, sebenarnya virus ni dah lama ada, cuma sekarang kes dia naik mendadak sampai hospital penuh sesak.

๐Ÿ”ฐApa Itu HMPV?

HMPV ni virus pernafasan yang boleh jangkit semua peringkat umur. Tapi selalunya, budak-budak kecik, warga emas, dan orang yang sistem imun lemah paling terkesan. Simptom dia macam selsema biasa โ€” batuk, demam, hidung tersumbat. Tapi kalau kes teruk, boleh sampai radang paru-paru.

๐Ÿ”ฐSituasi di China

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDCP), kawasan utara China paling teruk kena tempias. Ramai yang upload keadaan hospital sesak di media sosial, tapi pihak berkuasa masih kata tak perlu isytihar darurat.

๐Ÿ”ฐNegara Lain Pun Berwaspada

Negara jiran China macam Hong Kong dan Jepun pun dah mula berjaga-jaga. Jepun contohnya, tengah hadap musim selesema dengan lebih 700,000 kes dilaporkan. Macam-macam langkah pencegahan dah diambil untuk elak situasi jadi lebih parah.

๐Ÿ”ฐAda Vaksin?

Sayangnya, tak ada vaksin untuk HMPV. Rawatan sekarang lebih kepada lega simptom je. Jadi, langkah terbaik ialah cegah sebelum kena. Basuh tangan selalu, pakai pelitup muka, dan elak tempat sesak kalau tak perlu.

๐Ÿ”ฐApa Kita Boleh Buat?

Walaupun HMPV ni nampak membimbangkan, panik bukan penyelesaian. Yang penting, patuhi garis panduan kesihatan awam dan jaga kebersihan. Kalau ada simptom yang teruk, cepat-cepat jumpa doktor.

Pendek kata, stay safe, jaga diri, dan kalau boleh elakkan perjalanan ke tempat yang ada penularan tinggi. Kita harap semua ni reda cepat!

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

05 Jan, 05:10


HMPV dari China, COVID-19 dari China, Malaysia mempelawa China meraikan Tahun Baru Cina di Malaysia.

1. Virus HMPV mula menular di China.

2. China melaporkan penularaan HMPV bermula pada Bulan Disember 2024.

3. Pada tahun 2019, China juga melaporkan COVID-19 mula menular pada Bulan Disember. Namun laporan itu disangkal dan ternyata COVID-19 bermula Bulan November 2019 lagi.

4. Kes Pertama COVID-19 di Malaysia berlaku pada 25 Januari 2020 ketika pelancong dari China masuk ke Johor melalui Singapura.

5. Ya, itu kes pertama COVID-19, jangan salahkan Tabligh lah Masjid lah, jangan biar emosi dan islamophobia membuat kita tidak semak fakta.

6. Sekarang sekali lagi China melaporkan Kes HMPV mula menular hanya pada Bulan Disember 2024.

7. Pada 26 November 2024, Menteri Pelancongan Malaysia mempelawa China menjadikan Malaysia tuan rumah untuk datang meraikan Tahun Baru Cina di Malaysia.

8. Jika pada tahun 2020 sudah terlaku โ€œkesilapanโ€ lapor tarikh penularan COVID-19, adakah โ€œkesilapanโ€ itu berlaku juga untuk HMPV?

9. Maka jika โ€œkesilapanโ€ itu berlaku, maka pada tarikh 26 November, adakah ianya sesuai dan patut pelawaan China ke Malaysia untuk meraikan Tahun Baru China?

10. Hari ini 4 Januari, kes COVID pertama di Malaysia berlaku pada 25 Januari.

11. Tahun Baru Cina dijangka pada 29 Januari 2025. Jika Malaysia teruskan nak minta China jadi tuan rumah, semestinya persiapan perlu lebih awal dan China akan datang dengan lebih awal.

12. Kita semua sedia maklum macam mana lemah dan lesunya ekonomi Malaysia sejak Pandemik COVID-19, dan sampai ke hari ini baru mula nampak sedikit peningkatan.

13. Semoga Kerajaan Malaysia bertindak dengan lebih tuntas dengan berlandaskan pengalaman terdahulu.

Semoga Tuhan menjaga Rakyat Malaysia.

Kredit : #PDHafiz

Gambar kredit : BuletinTV3

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

04 Jan, 16:37


Budak bawah 12 tahun antara paling mudah terdedah hMPV

Individu berusia bawah 12 tahun antara paling mudah terdedah serangan virus 'human metapneumovirus' (hMPV) memandangkan ia tergolong kumpulan 'respiratory syncytial virus' (RSV) atau virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan yang kerap menyasarkan kanak-kanak saja.

Saintis Virologi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata hMPV ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Baca Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344878/budak-bawah-12-tahun-antara-paling-mudah-terdedah-hmpv

Berita Harian
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
5 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

03 Jan, 11:25


Kerajaan belum menerima sebarang maklumat terkini daripada pihak berkuasa kesihatan berhubung ancaman virus baharu, metapneumovirus (hMPV) yang dilapor kian menular di China.

Baca selanjutnya di sini https://shorturl.at/oFNko

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

03 Jan, 06:26


Tarikh Artikel : 26 November 2024

'China pilih Malaysia tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina tahun depan' - King Sing

Katanya, ini kali pertama China adakan sambutan di luar negara dan meminta Malaysia beri sokongan dan juga jalankan promosi.

Baca artikel penuh: https://thereporter.my/china-pilih-malaysia-tuan-rumah-sambutan-tahun-baru-cina-tahun-depan-king-sing

The reporter
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
3 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

03 Jan, 06:21


JABATAN Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Kemboja memberi amaran tentang wabak metapneumovirus manusia (hMPV) di China yang menyebabkan simptom seperti selesema biasa dan Covid-19, dengan peningkatan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

Bacaan lanjut, klik:
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2025/01/kemboja-keluar-amaran-kesihatan-wabak-hmpv

Utusan Online
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
3 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

03 Jan, 06:13


Banyak pihak kini bimbang jika metapneumovirus (hMPV) mencetuskan pandemik seperti Covid-19.

โ€œData pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuk hMPV terutamanya di wilayah utara China. Kes baru-baru ini kebanyakannya melibatkan golongan berusia di bawah 14 tahun,โ€ lapor Reuters.

Baca Penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/705148/global/selepas-covid-19-muncul-pula-wabak-hmpv

Sinar Harian
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
3 Januari 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

30 Dec, 06:21


Saya share tarikh Puasa Sunat utk Rejab 1446H 2025

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

30 Dec, 06:20


โœจ MALAM MUSTAJAB DOA ( MALAM 1 REJAB 1446) โœจ

31 Dec bersamaan 1 Rejab, lepas Maghrib berdoa banyakยฒ. I kongsikan doa yang boleh kita buat. In shaa Allah ๐Ÿซถ๐Ÿป

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa. Malam tahun baru nanti boleh amalkan Doa Malam 1 Rejab ni.

Semoga Bermanfaat โค๏ธ
Selamat menyambut bulan Rejab โค๏ธ

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

29 Dec, 17:17


Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)

Dikeluarkan pada:
Ahad, 29 Disember 2024, 10:30 malam

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai); dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) sehingga Isnin, 30 Disember 2024.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang); Terengganu (Kuala Terengganu dan Marang); dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Isnin, 30 Disember 2024.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut dan Maran); Johor (Segamat, Kluang dan Mersing); dan Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Isnin, 30 Disember 2024.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

28 Dec, 11:33


Seriuslahh..Nak verify muka, tapi 'belanja' sekali yang lain๐Ÿ˜ฒ

Via Nordin

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

28 Dec, 11:33


Staf dedah ewallet face verification rakam seluruh badan, ramai tak sedar hantar gambar tak sopan

Katanya apps bukan ambil gambar kepala dalam bulatan je, tetapi bahagian bawah seperti leher dan dada pun kena rakam sekali. ๐Ÿ˜จ

Baca: https://thereporter.my/staf-dedah-ewallet-face-verification-rakam-seluruh-badan-ramai-tak-sedar-hantar-gambar-tak-sopan/

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

26 Dec, 16:34


TNB mencadangkan tarif asas 39.95 sen sekilowatt-jam pada masa ini dinaikkan kepada 45.62 sen sekilowatt-jam.

https://m.malaysiakini.com/news/729958

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

26 Dec, 12:22


JAKARTA, 24 DEC - Sekretaris Kabinet (Seskab), Mayor Teddy Indra Wijaya menafikan berita yang menyatakan Presiden RI Prabowo Subianto sakit demam sehingga membatalkan lawatannya ke Malaysia.

โ€œTak betul (Prabowo demam),โ€ kata Teddy kepada Kompas.com, pada malam tadi.

Teddy kemudian mendedahkan bahawa Prabowo terus mengadakan rapat terbatas (ratas) bersama beberapa menteri sebaik tiba di tanah air pagi semalam. Bahkan, keadaan ini dapat dilihat melalui banyak video yang telah tersebar di media sosial.

Teddy juga menjelaskan Prabowo mempunyai urusan penting di Jakarta dan perlu kembali segera menyebabkan pertemuan bersama Anwar dibatalkan.

Sebelum ini, Prabowo sepatutnya singgah ke Langkawi, Malaysia bagi bertemu Anwar selepas ke Mesir, namun telah ditunda setelah Anwar mengesahkan Prabowo dikatakan demam walaupun Anwar sudah tiba di Langkawi.

Sumber: Kompas.com

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

09 Dec, 12:35


AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) โ€ข Pahang (Kuantan dan Pekan) sehingga Rabu, 11 Disember 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) โ€ข Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) โ€ข Pahang (Jerantut, Maran dan Rompin) sehingga Rabu, 11 Disember 2024.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis โ€ข Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) โ€ข Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) โ€ข Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) โ€ข Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Rabu, 11 Disember 2024.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

09 Dec, 05:57


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan 9 pagi ini (Isnin) memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

07 Dec, 12:23


Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula esok, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana itu kali ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata di Sabah dan Sarawak pula, banjir dijangka berlaku dalam tempoh penghujung bulan ini hingga Mac.

"Kita harap supaya tidak terjadi sepertimana gelombang pertama, kali ini gelombang kedua mungkin akan melibatkan Johor dan Pahang dengan lebih berat lagi, namun kesiapsiagaan melalui pengagihan perkhidmatan untuk aset dan pegawai serta anggota dan peralatan telah kita atur gerak," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

05 Dec, 15:01


HEBAHAN RAMALAN AWAL BANJIR NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG & KEDAH, 05 DISEMBER 2024 (7.00 MALAM)

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

05 Dec, 15:01


HEBAHAN RAMALAN AWAL BANJIR NEGERI PERLIS, PERAK, & JOHOR, 05 DISEMBER 2024 (7.00 MALAM)

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

05 Dec, 05:40


AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis โ€ข Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) โ€ข Perak (Hulu Perak) โ€ข Kelantan โ€ข Terengganu dalam tempoh Ahad, 8 Disember 2024 sehingga Rabu, 11 Disember 2024.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) โ€ข Johor (Mersing dan Kota Tinggi) dalam tempoh Isnin, 9 Disember 2024 sehingga Rabu, 11 Disember 2024.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 5 Disember 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

30 Nov, 11:27


Situasi Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi di Seri Mentaloon, Alor Setar yang dinaiki air banjir memaksa beliau dan keluarga berpindah ke tempat yang selamat Sumber : Tiktok Helmi Khalid

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

30 Nov, 11:02


Fiqh Banjir: Panduan Ibadah Musim Banjir

Dalam menghadapi musim banjir, berikut adalah panduan ringkas untuk kekal beribadah dengan cara yang betul:

๐Ÿ“Œ Jamak Solat Ketika Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/495-jamak-solat-ketika-banjir

๐Ÿ“Œ Berwudhu' Dengan Air Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/502-isu-berwudhuk-dengan-air-banjir

๐Ÿ“Œ Kaedah Pelupusan Al-Qur'an Yang Rosak Akibat Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2056-17

๐Ÿ“Œ Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2054-14

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

30 Nov, 06:24


Krew Astro AWANI yang membuat liputan banjir di Kelantan sempat menyelamatkan 'Oyen' yang terperangkap banjir sebelum membawa kucing itu ke sebuah pusat rawatan haiwan dekat Pasir Mas.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

29 Nov, 04:55


AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) โ€ข Terengganu sehingga Sabtu, 30 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Hulu Perak) โ€ข Kelantan (Gua Musang) โ€ข Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Sabtu, 30 November 2024.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis โ€ข Kedah โ€ข Pulau Pinang โ€ข Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) โ€ข Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Sabtu, 30 November 2024.

Dikeluarkan pada: 12:30 tengah hari, 29 November 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

27 Nov, 12:33


Paras air Sungai Golok sekarang sudah melepasi paras 2014 ,Perbanyakkan doa semoga Allah jauhkan kita dari bencana

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

27 Nov, 12:26


27 NOV. 2024 | LAPORAN TERKINI BENCANA BANJIR NEGERI TERENGGANU

MASA KEMASKINI : 2000 PM

JUMLAH DAERAH : 6
JUMLAH PUSAT PEMINDAHAN : 69
JUMLAH KELUARGA TERJEJAS : 1005
JUMLAH MANGSA TERJEJAS : 3768

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) TERENGGANU

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

27 Nov, 07:36


AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan โ€ข Terengganu โ€ข Pahang (Jerantut dan Kuantan) sehingga Jumaat, 29 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis โ€ข Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) โ€ข Perak (Hulu Perak) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin) sehingga Jumaat, 29 November 2024.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) โ€ข Pulau Pinang โ€ข Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) โ€ข Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) โ€ข Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi) โ€ข Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Jumaat, 29 November 2024.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 27 November 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

22 Nov, 14:21


[ PERINGATAN ]
AMARAN HUJAN BERTERUSAN) ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) โ€ข Terengganu sehingga Sabtu, 23 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) โ€ข Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) โ€ข Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Sabtu, 23 November 2024.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Sabtu, 23 November 2024 sehingga Isnin, 25 November 2024.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 21 November 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Nov, 06:07


AMARAN HUJAN BERTERUSAN) ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) โ€ข Terengganu sehingga Sabtu, 23 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) โ€ข Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) โ€ข Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Sabtu, 23 November 2024 sehingga Isnin, 25 November 2024.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 21 November 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

20 Nov, 09:46


KEMASKINI AMARAN HUJAN BERTERUSAN) ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) โ€ข Terengganu โ€ข Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) โ€ข Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Sabtu, 23 November 2024 sehingga Isnin, 25 November 2024.

Dikeluarkan pada: 4:00 petang, 20 November 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

20 Nov, 06:53


[ PERINGATAN ]

AMARAN HUJAN BERTERUSAN ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu โ€ข Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) sehingga Sabtu, 23 November 2024.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) โ€ข Melaka โ€ข Johor sehingga Rabu, 20 November 2024.

Dikeluarkan pada: 3:30 petang, 19 November 2024

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

20 Nov, 06:03


Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada yang dikeluarkan kepada rakyat sejak 2012.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penggantian kad pengenalan struktur baharu ini bagi memastikan kad pengenalan dikeluarkan JPN mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2365393

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

20 Nov, 02:02


20 NOV. 2024 | LAPORAN TERKINI BENCANA BANJIR NEGERI TERENGGANU

MASA KEMASKINI : 1000 AM


JUMLAH DAERAH : 5
JUMLAH PUSAT PEMINDAHAN : 14
JUMLAH KELUARGA TERJEJAS : 604
JUMLAH MANGSA TERJEJAS : 2773

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) TERENGGANU

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

19 Nov, 22:27


20 NOV. 2024 | LAPORAN TERKINI BENCANA BANJIR NEGERI TERENGGANU

MASA KEMASKINI : 0200 AM
JUMLAH DAERAH : 5
JUMLAH PUSAT PEMINDAHAN : 14
JUMLAH KELUARGA TERJEJAS : 227
JUMLAH MANGSA TERJEJAS : 1106

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) TERENGGANU

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

19 Nov, 11:19


Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember.

Datuk Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh itu.

โ€œMET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini amaran hujan berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia menerusi medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

Sumber: BERNAMA

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

19 Nov, 11:18


Unjuran model ramalan cuaca untuk minggu hadapan lebih merisaukan berbanding minggu ini. Kekuatan luruan monsun yang boleh menyebabkan hujan berterusan dijangka akan meningkat.

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Nov, 11:17


PUNCA MASALAH ANGIN

๐Ÿ”ธPUNCA

๐Ÿ’ข Masalah penghadaman

๐Ÿ’ข Bakteria usus tidak seimbang

๐Ÿ’ข Pergerakan usus perlahan

๐Ÿ’ข Rokok & vape

๐Ÿ’ข Sembelit

๐Ÿ”ธ CARA CEGAH

โ‡๏ธ Aktif dalam aktiviti fizikal

โ‡๏ธ Ambil makanan kaya probiotik

โ‡๏ธ Sentiasa amalkan ulaman & buah

โ‡๏ธ Jangan merokok & vape

โ‡๏ธ Kunyah makanan

โ‡๏ธ Masak makanan untuk lancarkan penghadaman

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Nov, 11:15


Channel name was changed to ยซCOVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธยป

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

16 Nov, 05:34


Ramalan Awal Banjir Negeri Johor, Kelantan, Terengganu & Pahang.

- JPS MALAYSIA

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

15 Nov, 06:41


Amaran Hujan Berterusan (Waspada)

Dikeluarkan pada:
Jumaat, 15 November 2024, 01:00 tengah hari

Amaran Hujan Berterusan (Waspada)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh); Terengganu; Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh Selasa, 19 November 2024 sehingga Sabtu, 23 November 2024.

- Met Malaysia

COVID-19 MALAYSIA / INFO SEMASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

14 Nov, 09:34


HEBAHAN AWAL KEMUNGKINAN BERLAKU BANJIR NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG & JOHOR

14 November 2024, 2.00 petang

Diramalkan banjir berkemungkinan akan berlaku di daerah persisiran pantai Negeri Kelantan, Pahang dan Johor (Timur) dan keseluruhan Negeri Terengganu bermula 18 November hingga 21 November 2024.

Orang ramai boleh merujuk portal Public Infobanjir https://publicinfobanjir.water.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat ramalan banjir serta status aras air sungai yang terkini.

- JPS Malaysia

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

06 Nov, 09:05


SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMBAYARAN AKHIR UNTUK PENERIMA STR 2024 SEHINGGA RM1,000 DISALURKAN MULAI 7 NOVEMBER 2024

Kementerian Kewangan
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
6 November 2024

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

29 Oct, 10:16


"Penyasaran subsidi petrol terpaksa dikenakan kerana..." - PM

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan menjawab kepada persoalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Kota Melaka berkenaan subsidi bersasar petroleum RON95.

Menteri Kewangan menyatakan bahawa penyasaran subsidi dilakukan adalah kerana kerajaan terpaksa menanggung sekitar RM20 bilion setahun.

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

26 Oct, 08:22


MB perak kata tak salah jika pelancong asing yang kibar bendera china

Tindakan mengibarkan bendera negara China sempena Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan seperti yang tular, tiada salahnya jika ia dilakukan oleh pelancong atau rakyat dari negara Tembok Besar itu sendiri, kata Menteri Besar Perak,

Datuk Seri Saarani Mohamad. Saarani berkata, perbuatan mengibarkan bendera sebaliknya menjadi kesalahan malah jenayah jika dilakukan rakyat tempatan, warga Malaysia.

Berita Harian
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
26 Oktober 2024

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

25 Oct, 08:05


Belum ada tindakan drpd Polis Perak sebab ni puak2 DAP !!

Boleh jer ambil tindakan bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193), Seksyen 3 mmperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mempamerkan mana2 lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing d tempat awam !!

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

24 Oct, 11:14


๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐‚๐”๐€๐‚๐€ ๐๐€๐๐€๐’
24 Oktober 2024 | 4.00 petang

๐Ÿ”ธTerdapat 2 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Kerian dan Kuala Kangsar) Perak.

๐Ÿ”ธTerdapat 1 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Selangau.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

21 Oct, 23:19


Subsidi petrol ditarik, kerajaan sedia berdepan reaksi awam

'Dijangka kerajaan mungkin dapat jimat RM8 bilion setahun walaupun ia juga boleh mencetuskan kenaikan harga pada pusingan kedua dan membawa kepada lonjakan inflasi' - Rafizi

Baca Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/692211/berita/nasional/subsidi-petrol-ditarik-kerajaan-sedia-berdepan-reaksi-awam

Sinar Harian
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
22 Oktober 2024

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 22:55


Perjuangan ini perjuangan berat untuk Hamas

Dalam setahun mereka hilang 3 pemimpin ulung

Dr Saleh Al Arouri, Ismail Haniyeh dan kini Yahya Sinwar

Berharap agar Briged Al Qassam tidak patah semangat dan kita semua tak patah semangat

Mohammed Al Deif masih ada, Abu Ubaida masih ada dan yang lain masih ada

Semoga kemenangan milik kita

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 22:55


TERKINI

Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Dr Khalil Al Hayya mengesahkan Yahya Sinwar, Pengerusi Hamas gugur ketika bertempur dengan IDF di Kejiranan Tal Al Sultan, Rafah

Bassem Naim, Ahli Biro Politik Hamas menyatakan bahawa kehilangan Yahya Sinwar adalah menyakitkan dan sedih. Namun ia tidak akan mematahkan semangat pergerakan Hamas untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan ini

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 12:38


TERKINI DAN RASMI

YAHYA SINWAR DISAHKAN GUGUR

INI DIMAKLUMKAN OLEH TIMBALAN KETUA BIRO POLITIK HAMAS, DR KHALIL AL HAYYA SEBENTAR TADI

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 11:00


So berita gembira bajet 2025 :

1- Jumlah STR bujang dan keluarga dinaikkan. Jumlah SARA masih kekal rm100 sebulan.

2- Jumlah bantuan JKM juga naik.

3- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) masih dikekalkan RM150 untuk semua murid.

4- Penjawat awam dapat bonus RM500 bulan Februari 2025 nanti

5- STR Fasa 4 akan dibayar bermula 7/11/2024. Harap tiada isu selepas ni tentang tarikh bayaran.

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 10:38


Belanjawan 2025: Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500 pada Februari 2025

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 10:00


Sila ambil maklum ๐Ÿ‘†

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 10:00


Bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan 1.7 bilion ringgit. - PM Anwar

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 09:48


Bantuan Tunai JKM Dinaikkan
- Warga Emas kepada RM600 sebulan berbanding RM500

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 09:48


Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 09:44


TERKINI: #Belanjawan2025 (Live update)

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Dinaikkan

โœ… Kategori bujang akan menerima STR RM 600

โœ… Kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM 4,600, berbanding RM 3,700.

Akan dikemaskini di: https://www.mysumber.tv/tarikh-bantuan-kerajaan/

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 08:58


Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.

Sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada Jumaat, beliau berkata, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna mahakaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

Katanya lagi, dana RM8 bilion itu sebenarnya lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.

- PM Anwar

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

18 Oct, 06:04


STATUS TERKINI BENCANA BANJIR
(JUMAAT, 18 Oktober 2024 | 9:00 pagi)

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

17 Oct, 01:57


Amaran Air Pasang Besar: MBSA Nasihatkan Penduduk Shah Alam Berwaspada

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan notis mengenai air pasang besar yang dijangka berlaku dari 17 hingga 20 Oktober, dengan paras air dijangka melebihi 5.5 hingga 5.8 meter di Stesen Pelabuhan Klang.

Orang ramai dinasihati agar berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan bersedia berpindah ke pusat penempatan sementara jika diperlukan. Cuaca pada tempoh tersebut juga diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir. MBSA turut menyediakan Bilik Gerakan Pantas untuk bantuan kecemasan.

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

16 Oct, 11:19


Keadaan di Jeti Lembah Kuala Kangsar 16/10

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

16 Oct, 11:15


Setiap 10 Tahun: Fenomena Bencana yang Berulang?

Walaupun tiada bukti kukuh untuk menyokong kitaran bencana banjir besar setiap 10 tahun, sejarah menunjukkan bahawa Malaysia sering menghadapi banjir besar secara berkala, seperti pada tahun 1984, 1994, 2004, dan 2014. Setiap kali banjir berlaku, ia membawa kemusnahan yang besar dan menjejaskan ribuan mangsa.

Fenomena ini mungkin kebetulan, tetapi kita tidak boleh leka. Persediaan adalah kunci untuk melindungi diri, keluarga, dan harta benda.

Dengan perubahan cuaca yang semakin tidak menentu, langkah-langkah awal dan kesedaran yang tinggi adalah amat penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ingatlah, bersedia lebih baik daripada menyesal.

๐Ÿ“Œ Berikut adalah 3 item paling penting untuk kit kecemasan banjir

1. Makanan kering dan air minuman: Bekalan yang mencukupi untuk 3 hari.

2. Lampu suluh dan bateri: Untuk menghadapi gangguan elektrik.

3. Dokumen penting (kalis air): Simpan dalam bekas kalis air untuk melindungi daripada kerosakan.

- PHM

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

14 Oct, 14:51


A new COVID-19 variant has surged in the UK, known as XEC, with the North-East of the UK recording the highest hospital admission rates.

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

14 Oct, 12:46


Kecoh hujung minggu lepas bila โ€˜Kopiโ€™, nama gelaran anjing liar di sekitar kawasan perumahan di Terengganu, ditembak mati.

Anjing liar yang disayangi oleh penduduk kerana tidak menimbulkan kekacauan dan tidak agresif itu dikatakan mati, dan kejadian itu disedari oleh seorang penduduk selepas mendengar satu tembakan yang kuat.

Perkara ini berada dalam perhatian Jabatan Perkhidmatan Veterinar, namun menurut MDB, tindakan pelupusan anjing liar dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh KPKT.

Kredit: Sinar Harian

COVID-19 MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

13 Oct, 08:09


Anwar akui GST cukai terbaik, perlu sedikit masa laksana semula

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memerlukan masa beberapa tahun untuk direalisasikan.

Anwar turut mengakui, GST adalah sistem percukaian paling telus, efisien dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara, namun ia hanya boleh dilaksanakan semula selepas nilai ambang pendapatan berjaya ditingkatkan.

โ€œKalau laksanakan GST sekarang, semua kena bayar termasuk orang kaya dan yang miskin. Berikan kita masa beberapa tahun lagi.

โ€œSaya faham dan mengkaji sejak sedekad lalu bahawa GST adalah sistem cukai paling efisien dan memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengutip pendapatan.

โ€œNamun, berikan kita masa untuk meningkatkan ekonomi terlebih dahulu dan nilai ambang pendapatan kepada RM3,000 atau RM4,000 minimum,โ€ katanya.

Sumber: Kosmo

3,280

subscribers

1,917

photos

381

videos