.
Alhamdulillah. ZPP berjaya mengekalkan persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 & ISO 1900:2014 (Berasaskan Syariah) setelah melalui proses Audit Pemantauan II selama 3 hari bermula 12-14hb Nov 2024 yang dijalankan oleh 2 org juruaudit kualiti badan persijilan antarabangsa, Platinum Shauffmantz Veritas (PSV).
Kejayaan ini sekaligus bukti jelas komitmen dan kesungguhan ZPP untuk terus membangunkan sistem pengurusan kualiti bertaraf global bagi mengangkat imej dan nama baik organisasi di mata masyarakat. Penemuan Audit tanpa sebarang Laporan Ketakakuran (Non Conformance Report) dgn 3 Peluang Penambahbaikan (Opportunities For Improvement) dan 4 Elemen Kekuatan (Strong Points) menggambarkan keseriusan ZPP utk terus mematuhi piawaian yg telah ditetapkan oleh pihak ISO.