JOM DAURAH RAMADHAN 100 PERSOALAN DIRUNGKAIKAN 9AM - 5PM
Anjuran Islamic Affair Maybank dengan kerjasama Masjid Negara dll.(detail di dalam poster)
Hampir penuh tetapi boleh walk in kabarnya.
InsyaAllah akan dibahaskan mengikut kerangka mazhab Imam Syafie dan dalil2nya, kitab2 seperti al-Majmu', Minhaj, Tuhfah, nihayah, Mughni, Asna Matalib, fathul muin, Taqrirah sadidah, Muktamad fiqh syafie dll. fatwa majma fiqh, Jordan, Kuwait, wilayah, Selangor dll disamping slide disediakan (saya takda ilmu pun, cuma nukilan dari kitab2 dan fatwa diatas sahaja, kita kongsi ilmu sama2)
Ini adalah sebahagian perkara akan dibincangkan
1.Persedian ramadan, perbetulkan niat, dalami hukum-hakam dan persedian kesihatan dan pemakanan
2.Penamaan Ramadan, sejarah pensyariatan, kewajipan juga sejarah puasa menurut agama lain.
3.Penetapan puasa ramadan, isu perbezaan negara2 MABIS, persoalan Rukyah Hilal, imkanurukyah kaedah penentuan menurut falak dan majlis raja2 Malaysia
4.persoalan penentuan puasa tinggal di kutub, ikut negara mana?, negara siang lebih panjang dari malam, penentuan waktu berbuka dalam kapal terbang.
5.rukun puasa, persoalan niat sehari atau sebulan?, perbincangan jazam, Ta'yin dan tabyit, isu gabung niat, bila perlu niat, bagun sahur sudah dikira niat? Niat puasa nk sihat sah ke puasa?
6.persoalan beli makanan dari non muslim atau pelaku maksiat?..puasa tp pendapatan masih haram? puasa org memeluk islam siang ramadan?..puasa non muslim atau murtad?..rider hantar makanan kpd non muslim atau org tak puasa, ajak non muslim berbuka atau dijemput non muslim berbuka?
7.pengsan atau koma waktu puasa, tiba2 gila, dibius sewaktu puasa.
8.musafir waktu puasa, niat dlu baru berbuka diperjalanan? Helah bermusafir untuk berbuka
9.Persoalan mampu berpuasa seperti org sakit & kategorinya, org terlalu tua atau nyanyuk, ibu hamil atau mengandung
10.Persoalan wanita suci haid, tak pasti tempoh naqa', ambil pil penahan haid, pakai IUCD, Tampon, urutan perineum, pakai menstrual cup dll
11.persoalan perkara batal puasa, bilal tersalah azan di radio atau masjid, Isu Jauf rongga dan batin, helah buka puasa baru jimak dan kaffarah, air masuk telinga, berenang, telan kahak, muntah, lebihan makanan celah gigi, keluar air mani dll
12.makruh puasa, betul ke banyak mandi, rasa makanan dgn lidah, byk tidur, gosok gigi lps zohor, puasa lps tengah sya'ban dll makruh?
13.sunnah2 solat, buka berst bru solat, sunah2 sahur, kaifiat baca doa berbuka puasa dll.
14.isu fatwa2 semasa suntikan memberi tenaga, peasakit buah pinggang, pesakit diabetis melitus, ubat sublingual medication, ubat mata, nasal spry, swab test, bantuan pernafasan, inhaler dll isu.
15.persoalan fidyah siapa yang dikenakan fidyah, berganda atau tidak dll.
16.persoalan iktikaf syarat, tempoh, masjid atau surau, iktikaf wanita,
17.tarawih dan tahajjud, beza tarawih qiam dan tahajjud, bilangan rakaat, 4 rakaat 1 salam tarawih sah ke?, jemaah atau tidak?..
18.persoalan witir berapa rakaat,ikut imam atau tidak?.1 salam atau 2 salam utk 3 rakaat? Perbahasan niat dlm solat witir 2 rakaat atau 3 rakaat, bolehkan solat sunat tgh malam lps witir bersama imam?..
19.persoalan zakat fitrah, kadar, bayar online, bayar dimana dll perbincangan
Jazakumullah khaira jaza atas jemputan dari Tuan guru Syafiq Rushdi , al-allamah sheikh Mohd Nasrul Yaqin, al-Imam Akbar sheikh Airil Rizman
Moga ada kebaikan dan manfaatnya