Farzana Rais @farzanarais Channel on Telegram

Farzana Rais

@farzanarais


Aku kongsikan, kamu sebarkan. In sha Allah Kita seri 🤜🤛

Jazakallah 😊/jazakillah🌹

IG - @farzanarais.Official

Farzana Rais (Malay)

Farzana Rais adalah sebuah saluran Telegram yang menyediakan maklumat dan perkongsian yang berguna untuk semua. Dengan moto 'Aku kongsikan, kamu sebarkan. In sha Allah Kita seri 🤜🤛', saluran ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan dan ilmu kepada lebih ramai orang. Pemilik saluran ini juga aktif di Instagram dengan akaun @farzanarais.Official, di mana pengikut boleh terus berinteraksi dan mendapatkan maklumat terkini. Jazakallah 😊/jazakillah 🌹

Farzana Rais

17 Jul, 12:44


Your hurt, your good, your bad…

Kita tahu tak portion yang diri kita sendiri bawa?
Seberapa mampu, seberapa tahan, berapa luas boleh tolerate?

Ketika orang lain tak mampu menerima salah satu dari ‘pakej’ yang ada pada diri kita, we treat ourself better. Allah guides your heart, as well as theirs 🕊️

#ketikaperempuanbertemulogik

Farzana Rais

12 Jun, 08:43


Melainkan hal itu mendatangkan redhaMu ke atas ku…

#ketikaperempuanbertemulogik

Farzana Rais

29 May, 11:05


Please try, until awak dapat jawapan pada diri awak sendiri. Perubahan tu kita sendiri akan rasa. Nanti, bila waktu tu tiba, kita jumpa dekat sini semula.

Tapi kalau nak jumpa dekat WTC Kuala Lumpur pun boleh, jom kita jumpa 1 dengan 2 June ni nak? 😉

#ketikaperempuanbertemulogik
#kpbl

Farzana Rais

29 May, 02:50


“Ketika Perempuan Bertemu Logik!” Dah boleh beli dari rumah????

Ye korang, VersaZahiras buka Pesta Buku online dengan harga yang sama macam dekat PBAKL sekarang ni!

Tapi sampai 2 june ni je tau!!

https://zahiras.easy.co/cart

Farzana Rais

28 May, 06:01


Hanya dengan ilmu, aku lebih terkendali…

Jom dapatkan buku “Ketika Perempuan Bertemu Logik” dari 24 Mei sampai 2 June ni, di booth VersaZahiras tingkat 4 WTC Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ❤️

Farzana Rais

27 May, 13:48


Terima kasih kak @zhrhs sebab bagi far peluang berteduh di bumbung @versa.zahiras 🫶🏻

Semoga “Ketika Perempuan Bertemu Logik” dapat bantu lebih ramai wanita di luar sana ❤️

Boleh dapatkan buku Far di PBAKL WTC Kuala Lumpur di booth VersaZahiras tau girls 🤍

Farzana Rais

22 May, 11:06


Namun, jika tak sakit, belum tentu kita belajar :)

#ketikaperempuanbertemulogik
#KPBL

Farzana Rais

19 May, 10:24


Kenapa kena minta 3 ni bila keadaan kita terdesak?

1) “Selamatkan Aku Ya Allah”

Dalam keadaan crucial, kadang kita tak mampu nak kawal diri kita sendiri. Kadang berfikir pun makin kucar-kacir jadinya. Sebab tu first sekali tolong minta Allah selamatkan kita, bila kita mula rasa tak ada sesiapa lagi dapat bantu kita, Allah ada berjuta bala tentera, dengan bermacam2 cara untuk selamatkan kita.

2) “Lindungi Aku Ya Allah”

Kenapa lepas selamatkan, kita minta Allah lindung kita pula? Sebab bila baru diselamatkan kita masih dalam keadaan lemah, tak berdaya. Jadi kita minta Allah lindung kita, bina shell atau ‘baju besi’ untuk kita supaya kita terhindar dari bahaya tu lagi.

3) “Bimbing aku Ya Allah”

Lepas dah diselamatkan, dah dapat perlindungan, kita lebih kuat untuk melangkah, kita minta Allah bimbing kita, supaya kemana arah tuju kita selepas ni sentiasa dibawah jagaanNya.

Haa penjaga kita bukan biasa-biasa~

#ketikaperempuanbertemulogik

- Farzana Rais -

Farzana Rais

11 May, 11:09


Bahkan hal-hal mustahil itu pun akan terkalahkan oleh ‘Kun Fayakun’ Nya.

Buktinya? Ada orang mengatakan perempuan tidak mampu berada di medan perang. Namun Safiyyah Binti Abdul Mutalib antara wanita terawal yang mengangkat senjata di medan jihad.

#ketikaperempuanbertemulogik

Farzana Rais

11 May, 08:10


Inner Child…

Salah satu hal yang sering kita tolak agar otak tak berserak, sedangkan dia hanyalah kita versi anak kecil.

#ketikaperempuanbertemulogik
#pbakl2024

Farzana Rais

01 Apr, 23:02


Kerana orang yang takut akan Tuhannya, sebebas apa pun dia bergaul, sejauh mana pun dia melangkah, setinggi apa pun dia mampu capai. Dia akan tetap tunduk pada yang namanya ‘Murka Allah’ dan mendahulukan yang ‘Disukai Allah’

Namun jika sebaliknya, tanpa segan dia membawa sakit bahkan pada orang2 yang mencintainya.

- Farzana Rais