Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM @sihatmilikbersama Channel on Telegram

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

@sihatmilikbersama


Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM (Malay)

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia adalah saluran Telegram yang ditubuhkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Saluran ini bertujuan untuk berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat secara umum. Dengan kandungan yang disediakan oleh pakar kesihatan, pengguna saluran ini akan dapat memperoleh pelbagai tips, nasihat, dan panduan untuk menjaga kehidupan sihat. Selain itu, saluran ini juga memberikan maklumat terkini mengenai penyakit-penyakit tertentu, program-program kesihatan, dan aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, jika anda ingin memperoleh maklumat kesihatan yang berkualiti dari sumber yang dipercayai, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran Telegram Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM. Sihat itu milik kita bersama!

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Feb, 07:07


Bermula 18 Februari 2025, warga emas dengan sekurang-kurangnya 1 komorbid boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma di Klinik Kesihatan terpilih di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jangan lupa buat temujanji melalui aplikasi MySejahtera untuk mengelakkan kesesakan di klinik!

Waktu operasi:

๐Ÿ•˜ 9 pagi - 4 petang (Isnin - Jumaat)

Lindungi diri, lindungi keluarga!

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Feb, 03:44


X-Break di institusi pendidikan dilaksanakan secara berkumpulan dengan dipantau oleh guru / pensyarah atau pembimbing rakan sebaya.

Pakai pakaian yang selesa untuk melakukan pergerakan X-Break.

Gunakan muzik iringan dan tontonan video panduan yang boleh diperoleh di pelbagai media carian internet menggunakan carian kata kunci X-Break.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Feb, 02:29


Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.

Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran andaโ€ผ๏ธ

โš ๏ธ Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamatโ€ผ๏ธKami kongsikan tanda-tanda masalah pendengaran sebagai panduan bersama.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Feb, 06:03


Lakukan X-Break semasa sesi persekolahan dengan selang masa 2 jam menggunakan konsep masa 2-5 minit pada waktu-waktu seperti yang dinyatakan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Feb, 02:51


Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai โ€˜Vascular Headacheโ€™.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Feb, 02:02


Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

๐Ÿ“ธ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

๐Ÿ“ข Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat

๐Ÿ‘‰ 22 FEBRUARI 2025 (SABTU) โ€“ Jangan lupa!

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Feb, 02:49


Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat ๐Ÿ‘๐Ÿป

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah ๐Ÿฅ•๐Ÿฅš๐Ÿ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

โ€ผ๏ธ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Feb, 02:03


Lakukan X-Break untuk tempoh dua hingga lima minit semasa waktu persekolahan bagi meningkatkan kadar nadi.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan murid dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Feb, 14:08


Suntikan Vaksin Covid-19 Tahun 2024/2025 untuk Bakal Haji 1446H/2025M

Tempah janji temu anda di Fasiliti Kesihatan Kerajaan melalui aplikasi MySejahtera pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

โ€”โ€”โ€”

COVID-19 Vaccination 2024/2025 for Prospective Hajj Pilgrims 1446H/2025M

Book your appointment at any government health facility through the MySejahtera app anytime, anywhere!

Sumber : MySejahtera

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Feb, 10:26


Makluman Suntikan WAJIB Vaksin COVID-19 bagi Bakal Haji

Bakal Haji 1446H/2025M dalam kumpulan sasaran diwajibkan mengambil suntikan vaksin COVID-19 sebagai sebahagian daripada Pelaksanaan Pemberian Vaksinasi oleh Tabung Haji. Bakal Haji yang terlibat boleh mendapatkan suntikan vaksin di fasiliti kesihatan kerajaan yang berdekatan.

Announcement on Mandatory COVID-19 Vaccination for Prospective Hajj Pilgrims

Prospective Hajj pilgrims for 1446H/2025M in the targeted group are required to receive the COVID-19 vaccination as part of the implementation by Lembaga Tabung Haji. Eligible pilgrims can receive the vaccine at the nearest government health facility

Sumber : MySejahtera

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Feb, 08:06


Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Feb, 03:32


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelaksanaan Perkhidmatan Vaksinasi Bakal Haji Bagi Musim Haji 1446H/2025M

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Feb, 08:11


Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipedemia atau penyakit buah pinggang kronik) boleh mendapatkan vaksin influenza percuma bermula 18 Februari 2025.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Feb, 04:40


Permohonan Geran Projek MyCHAMPION dibuka kepada semua sukarelawan MyCHAMPION yang telah berdaftar untuk pelaksanaan aktiviti pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran kepada komuniti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bermula tahun 2025.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Feb, 02:09


Selamat pagi cikgu, jom buat X BREAK!' ungkapan yang bakal kita dengari di sekolah -sekolah kita selepas ini.

X BREAK atau Senaman Pagi adalah inisiatif hidup sihat yang akan dilaksanakan di Institusi Pendidikan mulai tahun 2025.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Feb, 07:09


Filariasis Limfatik merupakan salah satu daripada Penyakit Tropika Terabai (Neglected Tropical Disease, NTD).
 
Malaysia telah melancarkan Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan (PEFLK) pada tahun 2002 dan mensasarkan agar penyakit ini tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam selaras dengan penetapan dalam Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis (GPELF) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Feb, 06:12


Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2025.

Kelayakan akademik dalam bidang sains sukan / pengurusan sukan atau ijazah pengurusan / pentadbiran / komunikasi dan bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Kepada yang berminat boleh e-melkan permohonan ke [email protected]

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Feb, 04:21


Beguk adalah jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit dan biasanya menjangkiti kanak-kanak, kerana ia mudah dijangkiti dan merebak menerusi titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Berikut adalah komplikasi, tanda dan gejala yang boleh berlaku kepada kanak-kanak sekiranya dijangkiti beguk.

Ambil cakna setiap perubahan dan keadaan kesihatan anak anda sekiranya mempunyai tanda dan gejala penyakit beguk dengan segera mendapatkan rawatan susulan bagi mencegah sebarang komplikasi yang boleh membawa risiko kesihatan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Feb, 12:41


Ex Minta Break โŒ
X-Break โœ…

https://www.facebook.com/share/v/19o3PwBxZt/?mibextid=wwXIfr

#KPDN
#XBreak
#GayaHidupSihat

Sumber : KPDN Laman Rasmi

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Feb, 07:06


Mungkin ramai yang tidak tahu sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat ๐Ÿ‘๐Ÿป

Ini kerana kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman, pencernaan, imun, endokrin, peredaran dan sistem saraf pusat. Jika terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan sama ada mental dan fizikal.

Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang ๐Ÿฅ— bagi mengelakkan masalah penghadaman.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Feb, 06:13


MyCHAMPION: Komuniti bantu komuniti untuk kekal sihat

MYCHAMPION adalah satu wadah himpunan sukarelawan daripada pelbagai kementerian dan organisasi, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi swasta supaya dapat dilatih dan diperkasa dalam aspek kesihatan merangkumi budaya hidup sihat, amalan norma baharu, kawalan kesihatan kendiri, pengambilan vaksin dan penjagaan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Bersandarkan pendekatan kesihatan itu, ia dijadikan keutamaan dalam semua rancangan pembangunan kerajaan atau agensi (Health in All Policy) melalui pendekatan seluruh negara (Whole of Nation), yang menjadi prinsip asas Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Melalui MyCHAMPION, individu dilatih menjadi sukarelawan yang berfungsi sebagai agen perubahan di peringkat akar umbi.

Bacaan lanjut di https://www.sinarharian.com.my/article/710610/berita/nasional/mychampion-komuniti-bantu-komuniti-untuk-kekal-sihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Feb, 02:46


Bersama Encik SaravanaKumar A/L Maniam, Ketua Penolong Pengarah Sekretariat Majlis Profession Sains Kesihatan Bersekutu KKM bercakap mengenai Kepentingan Pendaftaran Pengamal Akta 774 Sains Kesihatan Bersekutu pada hari ini jam 2.30 petang di SELANGORfm 100.9

#sihatmilikselangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Feb, 03:05


Saksikan perasmian Karnival Kedah Sihat 2025 sekarang di TikTok Live MyHEALTHKKM - https://vt.tiktok.com/ZSMJsD2WB/

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Feb, 02:31


Hai semua warga Kulim, kini sedang berlangsung Karnival Sihat Kedah 2025 Wellness Hub Kulim. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda... Mai! Mai! Jangan Tak Mai!

#MalaysiaSihat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02xGc6R1iCG2tHvnNkaXr13LwyirNk2NZMfFPpPrBjPpvQK6TUFN5XNfpk2RnGnQ2Hl&id=100068159346549

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Feb, 09:18


Sorotan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (WHSPU), Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada pagi ini.

Klik https://youtu.be/DZY1ixUwvls?si=iMzUuGm59sisTBKk

#wellnesshubSPU
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Feb, 05:13


Rangkuman Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (WHSPU), Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Zulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada pagi ini.

YB Menteri Kesihatan turut melawat 13 pakej kesejahteraan kesihatan yang disediakan oleh WHSPU dan menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

#wellnesshubSPU
#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/share/1A3VVsjrio/?mibextid=wwXIfr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Feb, 02:18


Saksikan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) di TikTok Live MyHEALTHKKM โ€”> https://vt.tiktok.com/ZSM1g9ATe/

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Feb, 01:28


Hai semua warga Pulau Pinang, jom meriahkan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellnes Hub Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti menanti anda.. pakat mai ramai- ramai....

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Feb, 07:11


Kenapa Anda Wajib Kenali Wellness on Wheels (WoW)

Makanan viral dan food truck sudah jadi gaya hidup kita, kan? Setiap kali ada hidangan baharu di media sosial, tekak pun terasa โ€˜gatalโ€™ nak cuba. Tapi, dalam seronok berkejar-kejar ke pesta makanan dan mencuba menu unik, pernah tak kita berhenti sekejap dan fikir, โ€œApa khabar kesihatan aku ni?โ€

Jangan risau-ada trak yang lebih โ€˜wowโ€™ daripada food truck biasa, dan kali ini, ia bukan sekadar tentang makanan, tapi tentang kesihatan anda! Kenali Wellness on Wheels (WoW)โ€”trak yang membawa perkhidmatan kesejahteraan kesihatan terus ke depan mata anda.

Sertai aktiviti WoW, inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat. Trak WoW ini unik kerana ia membawa perkhidmatan kesejahteraan kesihatan terus kepada komuniti, tak kira di bandar atau luar bandar.

Bacaan lanjut di https://www.sinarharian.com.my/article/708400/berita/nasional/kejar-makanan-viral-jumpa-trak-viral-kesihatan-kenapa-anda-wajib-kenali-wellness-on-wheels-wow

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Feb, 01:01


Tahun 2024 menyaksikan pelbagai aktiviti menarik dalam usaha menuju Putrajaya yang lebih sihat dan sejahtera! ๐Ÿ’ช

Nantikan lebih banyak aktiviti menarik tahun ini. Jumpa anda di Jerayawara Putrajaya Sihat Sejahtera 2025! ๐ŸŽ‰

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Feb, 08:06


Dikongsikan jenis-jenis kanser yang utama dalam kalangan kanak-kanak.

Ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan anak-anak supaya intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.

Melalui rawatan awal, kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser boleh dirawat dan membesar seperti kanak-kanak sihat yang lain.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Feb, 06:49


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada Peningkatan Kes Jangkitan Selesema (Influenza)

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Feb, 05:12


Pengambilan sumber antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser.

Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan sumber antioksidan khususnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari serta amalkan gaya hidup yang aktif dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Feb, 02:45


Kanser limfoma terjadi apabila sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit membiak di luar kawal.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit limfoma. Rawatan bagi kanser limfoma adalah berbeza antara pesakit bergantung pada jenis dan tahap limfoma, umur serta status fizikal pesakit.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor perubatan jika menunjukkan gejala kanser limfoma agar dapat dikesan dan dirawat dengan segera bagi meningkatkan peluang penyembuhan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Feb, 10:35


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Feb, 08:35


Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Feb, 06:19


Kanser hati seringkali tidak menunjukkan gejala atau tanda- tanda awal namun, terdapat simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser jenis ini antaranya, rasa sakit dan ada ketulan pada di bahagian kanan perut, loya dan muntah-muntah serta keletihan dan hilang berat badan.

Justeru, lakukan saringan awal bagi mengesan jangkitan kanser sebelum ia terus merebak.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Feb, 03:35


Di Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ, kanser hati merupakan antara 10 kanser yang paling kerap berlaku.

๐Ÿ“Œ Dikongsikan cara-cara untuk mencegah kanser hati sebagai panduan.

Lakukan saringan awal bagi mengesan jangkitan kanser sebelum ia terus merebak.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Feb, 02:03


Advokasi Akta 852 - Kedai Serbaneka

Akta 852 telah dikuatkuasa bermula 1 Oktober 2024 dan aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara berfasa.

Mengikut akta 852, semua produk merokok perlu diletakkan di dalam kabinet bertutup dan tidak boleh dilihat daripada luar. Penjual dilarang membuka peti dan meminta pembeli memilih produk merokok yang ingin dibeli.

Produk merokok juga tidak boleh dijual kepada pembeli berumur 18 tahun ke bawah.

Hubungi mana-mana Pejabat Kesihatan atau Jabatan Kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan teknikal berkenaan Akta 852.

#Akta852 #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Feb, 02:02


Bolehkah ubat dipotong atau dihancurkan?๐Ÿ’Šโ“

Pengambilan ubat melalui mulut seperti tablet, kapsul, ubat serbuk dan sirap menjadi pilihan pertama rawatan kerana kos yang lebih murah, kestabilan ubat yang baik dan mudah diambil oleh pesakit di rumah.

Namun, ada golongan pesakit yang tidak mampu untuk menelan ubat jenis tablet dan kapsul. Contohnya warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menggunakan tiub pemakanan nasogastrik. Jadi, bolehkah ubat dipotong atau dihancurkan?

Sumber : Kenali Ubat Anda

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Feb, 09:01


Kanser Testis

Saksikan dalam rancangan Borak SeeNI esok pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Noor Ashani bin Md Yusoff, Ketua Kepakaran Urologi KKM dan Pakar Perunding Kanan Urologi dari Hospital Kuala Lumpur

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Feb, 07:37


Dikongsikan ๐Ÿ”Ÿ jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2017-2021.

Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan kanser agar rawatan awal dapat diberikan ๐Ÿฉบ

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Feb, 05:12


Hari Kanser Sedunia disambut di peringkat antarabangsa pada 4 Februari setiap tahun. Tema kempen tahun ini adalah tentang memahami keunikan dan cabaran setiap individu menentang kanser.

Marilah kita terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, memberi perhatian lebih kepada mereka yang memerlukan, dan menjaga kesihatan dengan penuh kesedaran.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

03 Feb, 09:02


Hoarding : Gangguan Mental atau Personaliti

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Nurul Syuhaida binti Abdul Razak, Pakar Psikiatri dari Hospital Shah Alam

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

03 Feb, 07:24


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Banjir Di Sabah Dan Sarawak

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Feb, 04:46


๐Ÿ’Š Sesetengah ubat boleh memberi kesan yang tidak diingini sehingga menjejaskan pemanduan. Elakkan daripada memandu dan dapatkan rehat yang mencukupi sekiranya ubat yang diambil boleh menyebabkan kesan mengantuk.

โ€ผ๏ธ Ambil tahu sekiranya ubat anda boleh mempengaruhi pemanduan. Elakkan kemalangan, pandu dengan selamat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Feb, 08:30


Jangan lupa juga checklist Penjagaan Gigi Sihat anda!

Tidak tahu bagaimana atau apa hendak dibuat?

Ayuh kami bantu! Rujuk poster ini.

Cuti-cuti juga, gigi kena jaga ya~

#MalaysiaSihat

Sumber : Program Kesihatan Pergigian KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Feb, 07:31


Berikut adalah 6 langkah pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal mampu mengurangkan padah risiko penyakit ini dan meningkatkan kualiti hidup.

Segera berjumpa doktor gigi sekiranya anda mempunyai tanda-tanda awal kanser mulut.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Feb, 06:43


โš ๏ธ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

๐Ÿ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Jan, 07:24


๐Ÿง  Mati otak merujuk kepada keadaan tiadanya pengedaran darah dan oksigen (O2) ke otak yang menyebabkan keseluruhan sistem otak (termasuk batang otak, saraf tunjang dan bahagian-bahagian otak lain yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan keseluruhannya.

Kehilangan fungsi otak ini umumnya tidak lagi boleh dipulihkan, akhirnya membawa kepada masalah kematian otak. Bagi segelintir pesakit, kematian otak boleh terjadi dahulu sebelum denyutan jantung mereka berhenti sepenuhnya.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Jan, 05:03


Ketahui jenis kuman dan patogen yang menjadi penyebab kepada jangkitan Penyakit Tropika Terabai (NTD). Ia boleh dikawal dengan meningkatkan tahap kebersihan bagi menghindari penyakit ini.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Jan, 04:13


Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2025.

Kepada yang berkelayakan boleh e-melkan permohonan ke [email protected]

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Jan, 02:04


Masa Kian Hampir!

Cabaran Langkah Sihat @ IPKKM akan bermula dalam masa 1 hari !

Bersama kita melangkah ke arah gaya hidup lebih sihat.

Ayuh, cabar diri anda!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Jan, 07:10


Pesanan sempena Tahun Baru Cina๐Ÿ๐ŸŽŠ
Sambut Perayaan Tanpa Keracunan Makananโ€ผ๏ธ

Pastikan untuk amalkan tip keselamatan makanan ketika mengupas buah limau๐ŸŠsebelum dimakan.

๐ŸŽŠXian Nian Kuai Le๐ŸŽŠ
๐Ÿฅณ๐Ÿค‘Gong Xi Fa Cai๐Ÿฅ—๐Ÿœ

Sumber : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Jan, 05:41


Limau Mandarin antara yang menjadi satu kemestian dan merupakan salah satu simbolik kepada perayaan Tahun Baharu Cina.

Kami kongsikan khasiat buah limau mandarin yang kaya dengan antioksidan, pelbagai vitamin dan mineral lain.

Tapi ingat, ambil secara bersederhana.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Jan, 02:37


Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat.๐Ÿ‘๐Ÿป

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah dengan makanan yang sedia dimakan dan produk bukan makanan sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan serta pencemaran kimia dan bakteria.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Jan, 02:01


Tik Tok Tik Tok โฐ.

Hanya 2 hari sebelum Cabaran Langkah Sihat @ IPKKM bermula!

Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan cabar kemampuan diri. ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‘ฃ

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Jan, 11:11


๐Ÿฅข๐ŸŽ‰ Elak Makan Berlebihan Musim Perayaan! ๐Ÿงง๐ŸŠ

Sambut dengan ceria, makan dengan bijak:
โœ… Makan ikut waktu & keperluan
โœ… Pilih kaedah masak sihat
โœ… Amalkan pemakanan seimbang
โœ… Susun makanan di atas pinggan secara teratur
โœ… Guna pinggan kecil & ambil saiz hidangan kecil
โœ… Kunyah perlahan, nikmati setiap suapan

Makan dengan Sederhana, Sambut dengan Gembira! โœจ

Sumber : Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Jan, 08:26


๐Ÿš™ Minggu ini ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman ๐Ÿก masing-masing untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang.

Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan. โš ๏ธ Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa serta sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

Selamat Tahun Baharu Cina! โœจ

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Jan, 02:06


3 Hari Lagi Menuju Cabaran Langkah Sihat!

Warga IPKKM, sudah bersedia untuk melangkah lebih sihat?

Jom sertai dan buktikan kehebatan anda! ๐Ÿ…

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Jan, 12:01


Selamat menyambut Tahun Baharu Cina!
๐Ÿฎ๐Ÿงง๐Ÿงง๐ŸŠ

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Jan, 04:14


๐Ÿ” Mitos vs Fakta: Ubat Mata ๐Ÿง

Mitos: "Ubat titis mata boleh digunakan bila-bila masa."
Fakta: Sebarang ubat mata mempunyai tarikh luput, biasanya 30 hari selepas dibuka. Menggunakanya selepas tarikh tersebut boleh mendatangkan risiko jangkitan.

๐Ÿ‘๏ธ Kesihatan mata anda adalah keutamaan.

Jangan ambil mudah dengan berkongsi ubat mata.

Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! ๐Ÿ’™

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Jan, 01:05


Pembedahan Caesarean boleh berlaku di dalam keadaan yang telah dijadualkan (elektif) atau secara kecemasan.

Meskipun ianya bukanlah kelahiran secara normal, namun ada kalanya pembedahan ini diperlukan demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Justeru, ibu hamil digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala dan dapatkan informasi mengenai proses kelahiran seiring dengan bertambahnya usia kandungan.Pembedahan Caesarean boleh berlaku di dalam keadaan yang telah dijadualkan (elektif) atau secara kecemasan.

Meskipun ianya bukanlah kelahiran secara normal, namun ada kalanya pembedahan ini diperlukan demi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Justeru, ibu hamil digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala dan dapatkan informasi mengenai proses kelahiran seiring dengan bertambahnya usia kandungan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Jan, 03:57


๐Ÿ” Mitos vs Fakta: Ubat Mata ๐Ÿง

Mitos: โ€œGunakan ubat mata orang lain, hasilnya sama saja.โ€
Fakta: Jangan sesekali berkongsi ubat mata! Setiap ubat dirumus khas untuk keadaan tertentu. Berkongsi ubat boleh menyebarkan jangkitan atau menyebabkan alahan.

๐Ÿ‘๏ธ Kesihatan mata anda adalah keutamaan. Jangan ambil mudah dengan berkongsi ubat mata. Jom sama-sama sebarkan kesedaran ini! ๐Ÿ’™

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Jan, 07:57


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Jan, 07:29


15 hari lagi menjelang Cabaran Langkah Sihat @ IPKKM.

Kepada seluruh warga Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, adakah anda bersedia?

Jom sahut cabaran & cabar diri anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Jan, 08:25


Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan.

Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum. Kuantiti lemak yang berlebihan di dalam hati adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan atau kegagalan fungsi hati. Keadaan ini dinamakan penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Fatty Liver Disease.

Penyakit hati berlemak boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Jan, 07:07


hMPV Bukan Virus Baru

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Jan, 03:07


๐Ÿ“Œ Risiko Kecederaan: Jari tambahan yang menonjol dan tidak sejajar boleh terdedah kepada risiko terhantuk, tersangkut, atau cedera semasa aktiviti fizikal

๐Ÿ“Œ Estetika dan Psikososial: Selain daripada aspek fizikal, polydactyly yang tidak dirawat mungkin menimbulkan isu keyakinan diri dan kebimbangan psikososial, terutama dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Jika jari tambahan menyebabkan kesukaran fungsi atau ketidakselesaan, pembedahan atau prosedur rawatan lain boleh dipertimbangkan.

Rawatan awal boleh membantu memastikan perkembangan fungsi tangan dan kaki yang optimum serta mengelakkan komplikasi jangka panjang.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Jan, 03:07


Polydactyly ialah keadaan dimana seseorang mempunyai jari yang lebih banyak berbanding populasi normal. Ia adalah masalah congenital iaitu berlaku sejak dari dalam kandungan lagi.

Mengikut statistik, ia terjadi dalam 2 peratus daripada kelahiran. Ia boleh berlaku pada salah satu atau kedua-dua tangan atau kaki. Bagi tangan, ia lebih kerap berlaku pada jari kelingking berbanding ibu jari atau jari-jari yang lain.

Jika tidak dirawat, polydactyly boleh mengakibatkan:

๐Ÿ“Œ Masalah Fungsi Tangan/Kaki: Jari tambahan yang tidak berfungsi sepenuhnya boleh mengganggu pergerakan tangan, kekuatan genggaman, atau koordinasi halus. Ini boleh menyebabkan kesukaran dalam aktiviti harian seperti menulis, menggunakan peralatan, atau membawa barang.

๐Ÿ“Œ Ketidakselesaan Fizikal: Jari kaki tambahan boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa berjalan dan kesukaran memakai kasut yang sesuai, seterusnya menyumbang kepada masalah postur dan biomekanik kaki.

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Jan, 13:42


Bersama Johor Perangi Denggi !

1 Hour Johor Clean Up merupakan satu daripada komponen Kempen Johor Perangi Denggi yang telah dimulakan sejak tahun 2020. Ia bagi menggalakkan penglibatan dan pembudayaan amalan kebersihan persekitaran di kalangan masyarakat. Aktiviti berkala ini diadakan serentak di seluruh negeri Johor pada Hari Sabtu Minggu Ke-3 setiap bulan, jam 9-10 pagi.

Hari Sabtu 18 Januari 2025, komuniti COMBI Tmn Seri Lalang Batu Pahat akan mengadakan aktiviti ini, dengan pelbagai pendekatan seperti gotong royong cari dan musnah, demonstrasi bunjut abate dan baja kompos, pameran entomologi berkaitan kitaran nyamuk, mymat/ sticky trap serta pertandingan mewarna kanak-kanak tadika.

#1hourjohorcleanup
#johorperangidenggi
#OneHourMalaysiaCleanUp
https://www.youtube.com/live/ybQ9ikvTZyM?si=THojhh56x0eCKiN7

Selepas minit 6.40, promosi 1 Hour Johor Clean Up Batu Pahat

Sumber : PKD Batu Pahat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Jan, 09:04


hMPV Bukan Virus Baru

Saksikan melalui TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohd Ihsani bin Mahmood, Ketua Penolong Pengarah Kanan (PKPA) dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Jan, 07:11


Bahaya Campak : Fakta & Mitos Yang Perlu Anda Tahu

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

15 Jan, 01:42


Asal Demam Je Mesti Dapat, Ini Baik Buruk Antibiotik Yang Kita Terima Lepas Rawatan Doktor

Biasa kita hadapi, asal demam saja pasti doktor berikan antibiotik. Bukan hanya itu, sakit tekak pun kita terima antibiotik.

Pernahkah anda terfikir, apa itu antibiotik dan untuk apa doktor berikan antibiotik kepada kita?

Antibiotik ini merupakan salah satu daripada empat jenis antimikrob. Antimikrob digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan mikroorganisma atau kuman. Antara kuman yang memerlukan antimikrob untuk dihapuskan ialah bakteria, virus, kulat dan parasit.

AMR berlaku apabila mikroorganisma mengalami perubahan genetik atau mutasi yang membolehkannya terus hidup walaupun terdedah kepada antimikrob. Akibatnya, rawatan terhadap jangkitan biasa menjadi lebih sukar, lebih mahal atau boleh jadi terus tidak berkesan sama sekali.

Bacaan lanjut di https://siakapkeli.my/2025/01/13/asal-demam-je-mesti-dapat-ini-baik-buruk-antibiotik-yang-kita-terima-lepas-rawatan-doktor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Jan, 08:03


Bahaya Campak : Fakta & Mitos Yang Perlu Anda Tahu

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Muhammad Akmal bin Moh Nor, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Jan, 07:26


Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.

Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iaitu bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Kemudian, pada peringkat lewat pula, kanser merebak ke tisu-tisu atau organ berhampiran seperti pundi kencing dan bahagian usus.

Pengesanan dan rawatan awal boleh dilakukan melalui ujian HPV dan pap smear. Ujian-ujian ini boleh dilakukan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara PERCUMA.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Jan, 06:05


Sabtu minggu ke-4 pada setiap bulan adalah aktiviti One Hour Malaysia Clean Up.

Berikut adalah kalendar One Hour Malaysia Clean Up sepanjang tahun 2025.

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Jan, 04:56


Rata-rata, kita hanya akan mula memikirkan kesihatan bila sudah sakit. Betul tak? Sebenarnya, masa terbaik untuk kita melakukan saringan kesihatan adalah ketika diri masih nampak sihat dan bertenaga, bukan bila dah terlentang di katil hospital.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023 melaporkan bahawa 2 daripada 5 orang dewasa di Malaysia tidak melakukan saringan kesihatan. Dalam bahasa mudahnya, ramai yang ambil mudah soal kesihatan. Bukankah lebih baik kita tahu status kesihatan sebelum terlambat?

Saringan kesihatan berfungsi macam alarm amaran. Dengan menjalani ujian berkala, kita dapat mengetahui jika ada masalah kesihatan yang berpotensi, walaupun kita rasa sihat dan tidak ada simptom.

Bacaan lanjut di https://www.sinarharian.com.my/article/704190/berita/nasional/saring-awal-cegah-awal-anda-penentu-kesihatan-sendiri

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Jan, 03:54


Bukan Lagi Penyakit Orang Tua, Ini Punca Orang Muda Pun Ramai Kena Gout

Dalam dunia ini, banyak yang perlu kita syukuri walaupun kadang kala ada perkara yang berlaku tidak seperti kita inginkan. Contohnya tubuh badan, ia adalah salah satu satu kurniaan dan juga amanah dari Tuhan yang tidak ternilai. Justeru, menjadi tanggungjawab untuk kita menjaga tubuh ini agar terhindar dari keburukan.

Disebabkan itu pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Jika mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, kemungkinan akan timbul pelbagai penyakit yang tidak dijangka seperti penyakit gout.

Semestinya ramai yang tahu dan sebut mengenai penyakit ini, namun sejauh mana kesedaran untuk elakkan ia berlaku?

Selain itu, ada yang menyangka bahawa hanya orang tua sahaja yang akan mengalami penyakit ini.

Bacaan penuh di https://siakapkeli.my/2025/01/11/bukan-lagi-penyakit-orang-tua-ini-punca-orang-muda-pun-ramai-kena-gout

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Jan, 07:48


Diabetik retinopati adalah komplikasi dari diabetes yang mempengaruhi mata. Kondisi ini terjadi ketika kadar gula darah yang tinggi merosakkan pembuluh darah kecil di retina, bahagian mata yang berfungsi menangkap cahaya dan mengirim signal ke otak.

Kerosakan pada pembuluh darah ini dapat menyebabkan kebocoran, pembengkakan, atau pembentukan jaringan parut, yang pada akhirnya dapat mengganggu penglihatan dan berpotensi menyebabkan kebutaan.

Pada tahap awal, diabetik retinopati mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi jika tidak diubati, kondisinya akan menjadi semakin parah.

Oleh kerana itu, penting bagi penderita diabetes untuk melakukan pemeriksaan mata secara rutin dan menjaga kadar gula darah dalam batas normal untuk mencegah atau memperlambat perkembangan retinopati.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Jan, 08:09


Melangkau waktu makan boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan keletihan.

Selain itu, gangguan hormon boleh meningkatkan risiko obesiti akibat makan berlebihan. Akibatnya, prestasi akademik dan perkembangan kognitif turut terjejas.

Oleh itu, pastikan anak-anak makan mengikut waktu untuk pertumbuhan yang sihat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Jan, 06:06


Kolokium yang memfokuskan perkongsian ilmu tentang cabaran dan hala tuju komunikasi kesihatan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Aziman bin Mahdi, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan dan turut disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Emma Mirza Wati Mohamad, Pengarah Pusat Komunikasi Kesihatan (HealthComm), FSSK, UKM dan Dr Manimaran Krishnan, Pengarah Institusi Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, serta pakar-pakar komunikasi kesihatan dari UKM, UPM dan UNICEF.

Semoga kolokium sebegini terus menjadi pemangkin kepada inovasi, kerjasama, dan usaha berterusan dalam memperkasa komunikasi kesihatan demi kesejahteraan masyarakat.

https://www.facebook.com/share/1A2NwNrirJ/?mibextid=wwXIfr

Sumber : Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Jan, 06:05


Kolokium Komunikasi Tingkah Laku Kesihatan bertemakan Revolusi Komunikasi Kesihatan Ke Arah Modifikasi Tingkah Laku Yang Berkesan telah dianjurkan oleh pelajar Sijil Pascasiswazah Komunikasi Perubahan Tingkah Laku Kesihatan (SKPTLK) daripada Pusat Kajian Media dan Komunikasi (HealthComm), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IPTK), pada 9 Januari 2025 bertempat di UKM.

Antara pengisian utama kolokium ini merupakan:
1. Forum Transformasi Komunikasi Kesihatan Melalui Teknologi: Pemangkin Perubahan Tingkah Laku, panelis Dr Maheswara Rao Appannan, Pengarah Bahagian Kesihatan Digital, KKM, Dr Shamsiah Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION) HealthComm dan Pn. Gunasundari Marimuthu, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Unit Behavioural Insights KKM.

2. Pembentangan eksperimen sosial berasaskan behavioural insights dalam pengurangan gula dalam minuman dan kebersihan tangan.

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Jan, 08:31


8 Januari 2025 - Rangkuman Majlis Pelancaran Cabaran Langkah Sihat Ibu Pejabat KKM (IPKKM) di Putrajaya telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan. Acara ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh Saudara Soh Wai Ching, Juara Dunia Menaiki Menara (Towerrun World Champion).

Cabaran Langkah Sihat akan berlangsung sepanjang bulan Februari untuk anggota di IPKKM. Bersempena dengan Hari Naik Tangga Sedunia, Cabaran Langkah Sihat @ IPKKM ini dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki dari Ibu Pejabat KKM ke Tangga Putrajaya Steps.

Tangga Putrajaya Steps ini mempunyai hampir 200 anak tangga dan aktiviti menaiki tangga dapat meransang sistem limfatik untuk berfungsi dengan lancar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Jan, 05:21


๐Ÿ‘ต๐Ÿป๐Ÿ‘ด๐Ÿป Umur meningkat bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan pergigian.

๐Ÿฆท Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Jan, 13:18


Tangga Putrajaya Steps ini mempunyai hampir 200 anak tangga dan aktiviti menaiki tangga dapat meransang sistem limfatik untuk berfungsi dengan lancar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan imuniti badan.

Cabaran ini juga merupakan persediaan awal untuk warga KKM bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi dua pertandingan utama pada tahun ini iaitu Cabaran Langkah Putrajaya Sihat antara kementerian yang akan diadakan pada bulan April dan Cabaran Langkah Malaysia Sihat melibatkan semua penjawat awam seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Ogos.

Acara ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh Saudara Soh Wai Ching, Juara Dunia Menaiki Menara (Towerrun World Champion).

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg Datoโ€™ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM.

https://www.facebook.com/share/1BChR63gDX/

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Jan, 13:18


YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Cabaran Langkah Sihat Ibu Pejabat KKM (IPKKM) di Putrajaya, hari ini.

Cabaran Langkah Sihat yang akan berlangsung sepanjang bulan Februari diadakan bagi anggota di IPKKM. Bersempena dengan Hari Naik Tangga Sedunia (National Take the Stairs Day) yang disambut pada setiap hari Rabu minggu kedua bulan Januari, Menteri Kesihatan bersama Pengurusan Tertinggi serta warga KKM telah memulakan Cabaran Langkah Sihat@IPKKM ini dengan melakukan aktiviti berjalan kaki dari Ibu Pejabat KKM ke Tangga Putrajaya Steps.

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Jan, 09:09


Saksikan secara langsung Cabaran Langkah Sihat @Tanggathon Putrajaya sempena Hari Naik Tangga Sedunia yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

https://www.facebook.com/share/v/1AhCm2RncX/?mibextid=wwXIfr

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Jan, 03:47


Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.

Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.

Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.

Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.

Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Jan, 02:00


Inilah harinya!

Jom warga KKM...! Sertai Cabaran Langkah Malaysia Sihat @ Tanggathon Putrajaya petang ini pada pukul 4.30-6.30 petang.

Acara yang bermula di Perkarangan Lobi KKM E7 ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Jom kita budayakan cara hidup aktif!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Jan, 10:34


GERD

Saksikan dalam rancangan Borak SeeNI esok pada pukul 11.05 pagi bersama Dr. Tee Szee Chee, Pakar Perunding Bedah Upper GI dari Institut Kanser Negara.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Jan, 10:16


Apakah Human metapneumovirus (HMPV)?

Saksikan dalam rancangan Borak SeeNI esok pada pukul 11.50 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani bin Mahmood, Ketua Penolong Pengarah Kanan (PPKA) dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Jan, 04:48


Kanser ovari merupakan kanser di ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan ovum dan hormon wanita.

Faktor risiko bagi kanser ovari adalah:

๐Ÿ‘‰Umur lanjut
๐Ÿ‘‰ Obesiti
๐Ÿ‘‰Sejarah keluarga
๐Ÿ‘‰ Penggunaan ubat hormon selepas menopaus
๐Ÿ‘‰Individu yang lewat mendapat anak atau tidak pernah hamil

โœ… Dikongsikan gejala dan simptom kanser ovari untuk panduan. Kebanyakan wanita cenderung untuk melewatkan pemeriksaan doktor apabila berlaku perubahan pada diri mereka.

๐Ÿฉบโค๏ธ๐Ÿ’ช Anda adalah digesa dan tidak bertangguh untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi lanjut bersama doktor pakar bertauliah sekiranya mempunyai gejala seperti yang dinyatakan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Jan, 02:53


Sayuran dan buahan putih tidak menyelerakan? Kami kongsikan khasiat buah dan sayuran berwarna PUTIH โšช๏ธ

KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan sayuran berwarna hijau bagi memperoleh khasiatnya.

Jadi, jangan lupa ambil 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari ๐Ÿฅ—

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Jan, 02:03


1 hari lagi!

Ayuh warga Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom sertai Cabaran Langkah Malaysia Sihat @ Tanggathon Putrajaya yang akan diadakan esok pada pukul 4.30-6.30 petang.

Setiap langkah amat bermakna selain dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.

Jom kita budayakan cara hidup aktif!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Jan, 11:23


"Sleep Walking" : Adakah Boleh Menjejaskan Kesihatan?

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 7 Januari 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi

Panel :

Dr. Nabilah bt. Salman Parasi @ Sulaiman
Pakar Perunding Respiratori
Institut Perubatan Respiratori

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Jan, 06:14


2 hari lagi!

Cabaran Langkah Malaysia Sihat @ Tanggathon akan diadakan pada 8 Januari 2025, 4.30-6.30 petang.

Jom bersama-sama kita naik tangga Putrajaya.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

06 Jan, 04:38


8 Januari 2025 nanti, Jom kita naik tangga putrajaya!

Tak boleh berlari, kita berjalan.

Jadikan 10,000 langkah sehari sebagai budaya hidup aktif.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Jan, 07:32


Warga emas yang sihat adalah aset kepada negara, bukan beban dan inilah masa untuk memastikan mereka menjalani kehidupan yang efektif dan bermakna.


https://www.sinarharian.com.my/article/701832/berita/nasional/perspektif-negara-tua-bukan-satu-beban

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Jan, 03:38


Masalah kesihatan mental telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2019, menjadikan 4.6% (1 juta) individu berumur 16 tahun dan ke atas mengalami kemurungan.

https://www.sinarharian.com.my/article/702814/berita/nasional/take-5-ambil-masa-seketika-atasi-stres

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Dec, 15:18


Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025!

Jom mulakan tahun baharu dengan mengamalkan budaya hidup sihat.

Malaysia sihat, kita raikan!

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Dec, 12:00


Tahun baharu sentiasa menjadi peluang untuk kita bermuhasabah dalam menetapkan hala tuju yang lebih baik bagi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Tahun 2025 akan menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang disusun-gerakkan oleh KKM yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi komitmen rakyat terhadap Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Ayuh bersama-sama membina sebuah negara yang sihat dan sejahtera.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Dec, 10:59


๐ŸฅณSetiap kali bermula tahun baharu kita pasti berazam ke arah kehidupan yang lebih baik. Kami kongsikan pesanan kesihatan yang boleh kita amalkan untuk tahun 2025.

Sentiasa amalkan langkah pencegahan kesihatan awam demi kesejahteraan anda dan keluarga.

Jaga diri ya. ๐Ÿ˜„!

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Dec, 10:01


Denggi - Pasca Banjir

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Mas Ahmad Sherzkawee bin Mohd Yusoff, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Derah Petaling.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Dec, 04:01


Kuah yang berlemak/ berminyak/ manis akan menyebabkan pertambahan kalori yang tidak diperlukan. Oleh itu, pengambilan kuah berlemak/ berminyak secara berlebihan (sehingga banjir) secara kerap boleh mengakibatkan kenaikan berat badan dan seterusnya meningkatkan risiko obesiti.

Jadi, hadkan pengambilan kuah banjir yang berlemak/ berminyak dan tukar kepada kuah yang ditumis atau sup sebagai alternatif yang lebih sihat.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Dec, 01:01


Setelah banjir surut, aktiviti pembersihan di rumah terus dijalankan.

Pakai alatan perlindungan diri yang bersesuaian seperti but getah, sarung tangan dan perlindungan mata.

Peralatan rumah seperti pinggan mangkuk haruslah dibersihkan dengan betul dan hapuskan juga punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Dec, 10:11


๐Ÿซ Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai โ€˜septic shockโ€™ dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan tanda-tanda dan langkah untuk mencegah sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

๐Ÿฅ Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Dec, 08:00


๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—ฌ๐—œโ€ผ๏ธ

BERHENTI โ›”๏ธ dan fikir, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman โ˜•๏ธ๐Ÿงƒ atau makanan ๐Ÿช๐Ÿœ hari iniโ“

โš ๏ธ Tanpa disedari kita sering mengambil gula berlebihan setiap hari. Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jom ambil tahuโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Dec, 07:00


๐Ÿ“ŒBerikut dikongsikan tip keselamatan makanan untuk ibu bapa dalam penyediaan bekal makanan ke sekolah.

๐Ÿซฐ๐Ÿป Didik anak-anak anda untuk mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa di sekolah sebelum makan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Dec, 06:00


Anak-anak ketagih dengan Gajetโ“

โ€ผ๏ธKetagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.

โ›”๏ธElakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.

โœ…Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.

Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Dec, 03:01


๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿณ Masak sendiri membolehkan anda memilih sendiri bahan, jenis makanan dan mengawal kuantiti bahan perasa yang digunakan.

Ia seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

๐Ÿ’• Masaklah masakan yang sedap dan berkhasiat dengan penuh kasih sayang di rumah untuk keluarga tersayang.

Anda juga boleh libatkan anak-anak anda semasa aktiviti memasak.

JOM, MASAK SENDIRIโ—๏ธ

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Dec, 01:01


Antara tindakan selepas banjir

โœ… Pakai alat pelindung diri semasa melakukan kerja pembersihan
โœ… Hapuskan punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk
โœ… Lupuskan sampah dan bangkai binatang dengan cara yang betul
โœ… Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Dec, 01:01


Terdapat kawasan banjir yang telah mula surut dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan.

Lakukan perkara-perkara ini bagi mencegah denggi selepas banjir.

โ—๏ธ Segera lupuskan bekas-bekas yang berpotensi menakung air
โ—๏ธ Letak bahan pembunuh jentik-jentik dalam takungan air
โ—๏ธ Gunakan repelan
โ—๏ธ Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah
โ—๏ธ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, sakit badan dan lain-lain

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Dec, 08:41


Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan? Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan.

Katakan tidak kepada minuman manis!

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Dec, 06:46


Pengambilan sumber antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser.

Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan sumber antioksidan khususnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari serta amalkan gaya hidup yang aktif dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Dec, 04:00


โ€œAIR KOSONG ATAU AIR MANIS?โ€

Apakah pilihan anda ketika anda makan?

Atau anda keliru yang mana satu anda perlu pilih?

Terdapat banyak kebaikan memilih air kosong berbanding minuman manis. Antaranya ialah:

* Pilihan yang lebih sihat
* Menjimatkan kalori
* Menjimatkan duit
* Menghilangkan dahaga

Oleh itu, pilihlah air kosong sebagai minuman pilihan anda setiap kali anda makan.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Dec, 02:22


Perlukah buah-buahan ๐Ÿ๐Ÿ‡๐ŸŠ๐Ÿ๐Ÿซ๐Ÿฅญdibasuh sebelum dimakan?

Ya, buah-buahan termasuk anggur perlu dibasuh dengan air yang bersih untuk membuang dan mengurangkan risiko daripada sebarang mikroorganisma berbahaya atau bahan kimia seperti residu racun perosak. ๐Ÿซง

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Dec, 01:00


Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Dec, 07:00


E-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2024 kini LIVE! ๐Ÿ“–โœจ

Tak nak ketinggalan info kesihatan terkini? Klik di sini:
https://bit.ly/4ifwtyQ

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

Klik sekarang untuk bacaan penuh!

#ANMS #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Dec, 06:01


Elak tekanan semasa musim banjir

โžก๏ธ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku
โžก๏ธ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai
โžก๏ธ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang
โžก๏ธ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih
โžก๏ธ Tambah baik rutin harian
โžก๏ธ Buat keputuan yang rasional

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Dec, 03:00


Jangan abaikan kesihatan anda dan keluarga di musim banjir.

Pastikan anda gunakan air bersih untuk memasak dan minum air yang telah dimasak terlebih dahulu.

Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.

Elakkan daripada bermain air banjir.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Dec, 02:00


Demam Tifoid (Kepialu) merupakan sejenis jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala Demam Tifoid.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Dec, 07:04


Ovitrap : Bantu Kawal Denggi

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Dec, 06:00


Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Dec, 03:01


Ovitrap : Bantu Kawal Denggi

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama En. Sufian Hadi Mohd Sojak, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Puan Khuzaimah Mohamad Sahib dari COMBI Petaling.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Dec, 02:00


Sentiasa bersedia menghadapi banjir.
Ibu hamil perlu bersiap sedia dengan membawa buku rekod kesihatan ibu,
keperluan peribadi, keperluan bayi atau anak dan bekalan ubat sekiranya perlu berpindah. Ibu hamil yang hampir bersalin perlu segera maklumkan kepada fasiliti kesihatan terdekat.

Pesakit kronik perlu bersiap sedia dengan membawa buku rekod kesihatan, keperluan peribadi dan bekalan ubat.

Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

03 Dec, 08:03


Ovitrap : Bantu Kawal Denggi

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama En. Sufian Hadi Mohd Sojak, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Puan Khuzaimah Mohamad Sahib dari COMBI Petaling.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

03 Dec, 06:01


Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit.

Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka.

Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

03 Dec, 02:01


Cegah Leptospirosis semasa banjir.

Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

03 Dec, 01:15


Tahukah anda bahawa mengunyah makanan perlahan-lahan mempunyai banyak manfaat?

Mengunyah makanan perlahan-lahan baik untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan. Ini memberi masa kepada tubuh untuk menghantar isyarat kenyang ke otak, mengelakkan makan berlebihan dan membantu penyerapan nutrien secara optimum. Amalan ini juga mengurangkan risiko gangguan pencernaan dan meningkatkan kepuasan makan.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Dec, 12:00


Melatah: Direka atau Spontan?

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 3 Disember 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi

Panel :
En. Afandy bin Sutrisno Tanjung
Pegawai Psikologi (Kaunseling)
Klinik Kesihatan Seri Kembangan

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Dec, 06:59


Kini, Ringkasan Rekod Kesihatan Pergigian anda boleh diakses melalui Aplikasi MySejahtera dengan hanya empat langkah yang mudah. Sila ikuti panduan yang disediakan untuk mengetahui langkah-langkah tersebut.

Sumber: MySejahtera

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Dec, 06:01


Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda / gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Dec, 02:01


Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

โžก Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
โžก Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
โžก Jaga kebersihan diri dan persekitaran
โžก Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
โžก Gunakan tisu untuk membuang kahak
โžก Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
โžก Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 10:33


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Banjir Dan Respons KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 10:32


Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti sama ada anda dijangkiti HIV adalah dengan melakukan ujian saringan dan pengesahan.

KKM menyarankan semua orang yang berumur 18 tahun dan keatas, terutama kalangan kumpulan yang berisiko untuk menjalani ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun (selagi berisiko), bagi tujuan pengesanan dan rawatan awal serta penjagaan kesihatan.

Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama tingkatkan kesedaran diridan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri AIDS menjelang 2030.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 07:00


Hepatitis A adalah penyakit bawaan makanan dan air.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan minum air yang telah dimasak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sakit perut dan mata/ kulit menjadi kuning.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 06:01


Musim Tengkujuh Sudah Kembali โ˜”โ€ผ

PKKM nak pesan kepada mereka yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), jaga kesihatan diri dan elakkan dari terjadinya keracunan makanan. Pastikan makanan yang dibungkus atau dihidang...

โœ… Makan terus dan โŒ disimpan
โœ… Habiskan makanan dalam tempoh 4 jam selepas disediakan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 04:01


Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah demam tifoid adalah

โ–ถ๏ธ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
โ–ถ๏ธ Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan
โ–ถ๏ธ Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan
โ–ถ๏ธ Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna
โ–ถ๏ธ Tutup semua makanan

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 03:00


Tahukah anda, kita tidak memerlukan gula tambahan dalam pemakanan harian?

Amalkan pilihan yang lebih sihat dengan mengurangkan gula dalam minuman dan makanan harian. Lebihkan pengambilan air kosong atau minuman tanpa gula berbanding minuman manis. Jom sayangi diri dengan langkah kecil yang membawa perubahan besar!

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 01:42


E-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2024 kini LIVE! ๐Ÿ“–โœจ

Tak nak ketinggalan info kesihatan terkini? Klik di sini:
https://bit.ly/4ifwtyQ

๐Ÿฉบ Highlight menarik edisi ini:

โœ… Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) terus meriah dengan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) . Jom tengok apa aktiviti menarik sepanjang September 2024!
โœ… Dah tahu tentang Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula dikuatkuasakan? Ketahui impaknya kepada anda.
โœ… Masih struggle nak capai azam tahun lalu? ๐Ÿ’ช Cuba 10 strategi pengurusan berat badan yang dikongsikan dalam edisi ini!
โœ… Warga emas jatuh? Ketahui 4 cara mudah untuk mencegah jatuh dan kekal aktif sepanjang usia.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

Klik sekarang untuk bacaan penuh!

#ANMS #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Dec, 01:00


Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Nov, 10:01


Air adalah kunci kepada prestasi fizikal yang baik dan fungsi otak yang optimum. Ia membantu mengangkut nutrien dalam darah, mengatur suhu badan dan menyingkirkan sisa buangan. Tabiat minum air kosong adalah amalan yang seharusnya dimulakan sejak dari awal usia bagi memastikan penghidratan yang mencukupi.

Berikut adalah beberapa tips meningkatkan pengambilan air kosong untuk anak anda:
โ€ข Sediakan botol air yang menarik untuk anak.
โ€ข Bawa air kosong ke pusat jagaan, sekolah atau apabila keluar.
โ€ข Hidangkan air kosong pada setiap waktu makan.
โ€ข Tambah pengambilan air jika anak tidak sihat atau mengalami dehidrasi.

Adakah anak anda cukup minum air kosong hari ini? Jom minum air kosong sekarang!

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Nov, 09:14


โ›ˆ๏ธ Musim Banjir Kini Kembali

Oleh itu, rakyat Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan-kawasan seperti berikut.

Bahaya boleh berlaku tanpa amaran โš ๏ธ

Jadi sebagai alternatif, pilihlah tempat yang lebih selamat.

โ€œJaga Keselamatan, Elak Sebelum Terlewatโ€ โ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Nov, 07:00


Musim Tengkujuh Sudah Kembali โ˜”โ€ผ

Dalam menghadapi situasi hujan lebat yang berterusan โ›ˆ Pastikan anda bersiapsiaga dalam menghadapi perkara luar jangka...BANJIR ๐ŸŒŠ

โœ… Pastikan bekalan makanan dari sumber yang bersih dan selamat ๐Ÿฒ
โœ… Buang makanan yang tercemar dengan air banjir ๐ŸŒŠ
โœ… Pastikan anda Lihat ๐Ÿ‘€, Hidu ๐Ÿ‘ƒ๐Ÿปdan Rasa ๐Ÿ‘„ sebelum menjamah makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Nov, 06:00


Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.

Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak.

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Nov, 04:03


๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan dan situasi ini mungkin boleh merendahkan keyakinan diri seseorang.

Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan kenal pasti sebab utama yang menyebabkan nafas anda berbau.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Nov, 02:01


Bencana seperti banjir boleh menyebabkan gangguan mental akut yang memberi kesan emosi dan kesihatan mental pada individu yang terlibat.

Kenal pasti jika anda mengalami stres.

Hubungi talian HEAL 15555 KKM untuk mendapatkan sokongan emosi dan khidmat kaunseling.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Nov, 23:44


"Cucuk Insulin 4 Kali Sehari," Akui Selalu Makan Makanan Viral, Lelaki Hidap Diabetes Tahap 2 Di Usia Muda

https://siakapkeli.my/2024/11/29/cucuk-insulin-4-kali-sehari-akui-selalu-makan-makanan-viral-lelaki-hidap-diabetes-tahap-2-di-usia-muda

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Nov, 07:00


๐Ÿฆป Saringan pendengaran merupakan ujian asas yang dilakukan ke atas bayi untuk mengesan masalah pendengaran seawal selepas dilahirkan.

๐Ÿฉบ Kaedah saringan pendengaran bayi yang digunakan iniadalah selamat, cepat, mudah, tidak menyakitkan dan tepat untuk mengesan sebarang masalah pada pendengaran bayi.

โ€ผ๏ธ Jalani saringan pendengaran untuk bayi anda sekarang.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

21 Nov, 02:00


๐“๐š๐ก๐ฎ๐ค๐š๐ก ๐€๐๐ƒ๐€!!

๐๐„๐‘๐ˆ๐Ž๐ƒ๐Ž๐๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐’ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ข ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š ๐ก๐š๐ฅ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐„๐๐‚๐ˆ๐๐† ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’.

Menjaga kesihatan periodontal dengan baik akan menjadikan pengawalan gula dikalangan pesakit kencing manis menjadi lebih terkawal.

Disamping itu juga penyakit kencing manis tidak terkawal akan menyebabkan keradangan gingiva serta kemusnahan tisu periodontium yang lebih teruk.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 12:00


Ambil Peduli Kerintangan Antibiotik

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 21 November 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi

Panel :
Prof. Dr. Sasheela Sri La Sri Ponnampalavanar
Pakar Perunding Penyakit Berjangkit
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 08:30


Kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, boleh hantarkan permohonan ke [email protected]

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 07:04


Cabaran Remaja Masa Kini dan Impak Kesihatan

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 07:03


Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati bahawa 1 daripada 2 dewasa di Malaysia berlebihan berat badan, dan 1 daripada 6 dewasa menghidap kencing manis.

Baca lanjut:
https://newswav.com/article/kuiz-adakah-gaya-hidup-anda-sihat-inilah-cara-mudah-untuk-mengukuhkan-imuni-A2411_MpxEP9

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 06:01


Persediaan sebelum banjir bagi ibu hamil.

Sediakan perkara berikut semasa berpindah

๐Ÿ“• Buku rekod kesihatan ibu
๐ŸŽ’ Keperluan Peribadi
๐Ÿงธ Keperluan Bayi atau anak
๐Ÿ’Š Bekalan ubat

Segera maklumkan kepada fasiliti kesihatan terdekat sekiranya anda hampir bersalin.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 04:16


Antibiotik perlu diambil mengikut dos yang dinasihatkan doktor.

Penggunaan antibiotik yang tidak wajar secara berleluasa menyumbang kepada isu kerintangan antibiotik.

Sempena Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia, mari tingkatkan kesedaran tentang antibiotik dan isu kerintangan antibiotik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 03:01


Cabaran Remaja Masa Kini dan Impak Kesihatan

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Aishah binti Abas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 02:00


Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik.

Sediakan perkara berikut semasa berpindah

๐Ÿ“™ Buku rekod kesihatan
๐ŸŽ’ Keperluan Peribadi
๐Ÿ’Š Bekalan ubat

Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas (pesakit terlantar)

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Nov, 01:22


Menjelang bulan November sehingga penghujung Januari tahun berikutnya, Malaysia biasanya akan mengalami perubahan penerimaan hujan. Hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut akan melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Pantai Timur Laut Sabah sepanjang tempoh ini. Jika keadaan berlarutan, negeri-negeri berkenaan mungkin dilanda banjir.

Banjir akan memberi impak kepada kehidupan harian orang ramai terutamanya dari aspek pengurusan kesihatan kerana terdapat fasiliti kesihatan yang terlibat dalam banjir. Banjir turut memberikan implikasi besar kepada pengurusan kesihatan pesakit dan salah satunya adalah pengurusan dan pembekalan ubat-ubatan. Pesakit akan mengalami masalah bekalan ubat terputus kerana tidak dapat menyambung bekalan ubat di fasiliti kesihatan akibat daripada terputus hubungan atau menjadi mangsa banjir.

Berikut adalah infografik berkaitan cara pengurusan ubat yang betul dan sistematik untuk menghadapi banjir.

Sumber: JKN Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Nov, 12:02


Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1 pada pukul 9.00 pagi bersama Pn. Suriyati binti Abdullah, Pegawai Kesihatan Persekitaran (Ketua Unit Penguatkuasaan Kesihatan Awam) dan En Kua Ah Kiong, Pegawai Kesihatan Persekitaran (Ketua Sub Unit Pendakwaan) dari Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Nov, 09:41


Cabaran Remaja Masa Kini dan Impak Kesihatan

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Aishah binti Abas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Nov, 06:55


๐Ÿ“ข Ambliopia: Penyakit Mata Malas pada Kanak-Kanak! ๐Ÿ‘€

Ambliopia, atau dikenali sebagai mata malas, adalah satu kondisi di mana penglihatan di salah satu mata tidak berkembang dengan baik semasa kanak-kanak. Walaupun mata kelihatan normal, otak "mengabaikan" imej daripada mata yang lemah. Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh memberi kesan pada penglihatan seumur hidup.

๐Ÿ” Gejala yang perlu diperhatikan:
Penglihatan kabur pada satu mata
Mata kelihatan seolah-olah tidak fokus atau juling.

Anak sering memiringkan kepala untuk melihat dengan jelas

๐Ÿ‘ถ Pentingnya Rawatan Awal! Lebih awal ambliopia dikesan, lebih baik peluang pemulihan. Pemeriksaan mata secara rutin untuk kanak-kanak sangat penting!

Rawatan mungkin termasuk memakai penutup mata pada mata yang kuat untuk "melatih" mata malas, menggunakan kacamata khas, atau menjalani terapi penglihatan.

๐Ÿ’ก Peranan Ibu Bapa: Bawa anak anda untuk pemeriksaan mata jika ada tanda-tanda masalah penglihatan. Ambliopia boleh diatasi dengan rawatan yang konsisten dan komitmen!

Jom kita cegah mata malas daripada menjejaskan masa depan anak-anak kita! ๐Ÿ‘โœจ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Nov, 06:23


๐Ÿ’Š Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

Sila baca dan patuhi arahan pengambilan yang betul jika diberikan ubat antibiotik oleh doktor.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Nov, 02:02


2 daripada 5 dewasa tidak melakukan saringan kesihatan.

Jom saring! Ketahui status kesihatan anda.

Saring awal, cegah awal.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Nov, 01:29


๐Ÿ’Š Antibiotik telah digunakan sejak sekian lama untuk merawat penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Antibiotik perlu diambil mengikut dos yang diarahkan oleh doktor.

โ€ผ๏ธ Pengambilan antibiotik secara tidak wajar boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Nov, 05:00


Jaga kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.

Jika anda ada masalah kesihatan mental. MyMinda boleh bantu. MyMinda boleh diakses melalui aplikasi MySejahtera.

Jom sama-sama kita akses MyMinda hari ini. It's ok to ask for help โค๏ธโค๏ธ

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Nov, 03:01


๐“๐š๐ก๐ฎ๐ค๐š๐ก ๐š๐ง๐๐š ๐ƒ๐ข๐š๐›๐ž๐ญ๐ž๐ฌ ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ข ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ญ !!!

Kajian menunjukkan bahawa penjagaan gigi yang baik boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes, sekaligus meningkatkan kualiti hidup.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

14 Nov, 01:01


Ulser peptik ialah hakisan di lapisan perut yang boleh menyebabkan keradangan dan tahap cecair penghadaman asid yang semakin tinggi dan menyebabkan berlakunya ulser.

Kes-kes kronik boleh berlaku apabila Ulser Peptik tidak dirawat. Komplikasi ini melibatkan perdarahan dalam perut dan perforasi (koyak) pada dinding perut.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti yang dikongsikan. Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Nov, 07:04


Kerintangan Antimikrob (AMR)

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Nov, 05:01


Kawalan stres dengan bijak, kunci kehidupan seimbang.

Jom, Aliana kongsi tips untuk urus stres dengan penuh gaya!

Amalkan Take 5

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Nov, 03:36


๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก! PENGUMUMAN TERAKHIR BAGI 10TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE (10TH INTRACOM) TELAH DISIARKAN! DAFTAR SEKARANG!

For more info, visit:
https://intracom2024.moh.gov.my
linktr.ee/10th_INTRACOM_2024

https://www.facebook.com/tncmkkm/posts/pfbid02sFT8L1aejLfnYzQRUZkb5ANjtFCrPxT8sFSdeADrPRRS1qmeYhfkkr4J4f2jeNtl

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Nov, 03:02


Kerintangan Antimikrob (AMR)

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Shaharudeen bin Kamaludeen, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Nov, 02:01


๐Ÿฆท๐Ÿชฅ Tingkatkan pengetahuan mengenai karies gigi awal kanak-kanak dan penyebabnya bagi mengelakkan komplikasi ke atas kesihatan mulut anak anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

13 Nov, 02:00


Tahukah anda? Satu aplikasi yang bernama NPRA PRODUCT STATUS telah dijana untuk memudahkan orang ramai membuat semakan status pendaftaran produk atau ubat dengan KKM.

Jadi, tunggu apa lagi? Marilah kita sama-sama muat turun aplikasi ini untuk memudahkan kita membuat semakan sebelum membeli apa-apa ubat di pasaran.

Ingat ya semua, TOLAK UBAT TIDAK SAH!

#TOBaTS

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 08:01


Kerintangan Antimikrob (AMR)

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esokpada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Shaharudeen bin Kamaludeen, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 06:40


Akta 852 mengawal semua produk rokok seperti rokok biasa, vape, cerut dan tembakau.

Yang bawah umur 18 tahun, jangan cuba-cuba nak guna dan nak beli.

Jangan cuba-cuba produk merokok!
Ingat, kita nak generasi Malaysia yang sihat, happy dan yak yak yeay!

#MalaysiaSihat #Akta852

Sumber: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 06:15


Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.

Ikuti cara pencegahan penyakit pneumonia seperti yang dikongskan sebagai peringatan bersama bagi menjamin kesihatan di tahap optimum.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 06:00


Pernah atau tidak anda melihat label keselamatan hologram KKM atau dikenali juga sebagai Hologram Farmatag?

Untuk pengetahuan anda, label keselamatan hologram KKM ini adalah salah satu ciri ubat tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu, jom kita tengok apakah ciri-ciri Label Keselamatan Hologram Farmatag yang tulen.

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 04:00


Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, obesiti merupakan salah satu faktor utama penyebab masalah jantung dan juga strok.

Kanak-kanak yang obes cenderung membesar menjadi dewasa yang obes. Langkah untuk mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bermula dari amalan pemakanan sihat di rumah.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 02:56


Simptom pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai 'septic shock' dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan simptom sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.

Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari pneumonia.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

12 Nov, 02:01


Membuang sampah bukan ditempatnya bukan budaya kita.

Sampah yang tidak terurus mengundang penyakit.

Amalkan etika buang sampah yang betul.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

11 Nov, 08:01


๐Ÿ‘ถโœจ Retinopathy of Prematurity (ROP) adalah masalah mata serius yang boleh berlaku pada bayi pramatang. Ketika bayi lahir terlalu awal, saluran darah di retina belum matang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan pertumbuhan saluran darah yang tidak normal, yang boleh membawa kepada masalah penglihatan atau bahkan buta jika tidak dirawat.

๐Ÿผ๐Ÿ’ก Dengan pemeriksaan awal dan rawatan yang tepat, banyak kes boleh dicegah dari menjadi lebih buruk. Ibu bapa bayi pramatang, pastikan bayi anda menjalani pemeriksaan mata awal untuk mengelakkan komplikasi ini!

Jaga kesihatan mata bayi pramatang anda, cegah buta sejak awal! ๐Ÿ‘๐Ÿ’™

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

11 Nov, 06:53


Jantung merupakan organ yang paling penting bagi setiap individu dan perlulah dijaga demi kesihatan yang lebih baik.

Salah satu punca utama penyakit jantung adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Masih belum terlambat lagi untuk anda mengubah tabiat pemakanan anda demi jantung yang lebih sihat. Mari kita sama-sama jaga jantung kita dari penyakit dengan mengamalkan tip di bawah.

Sayangi jantung anda, makan secara sihat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

11 Nov, 02:01


1 daripada 6 dewasa di Malaysia menghidap kencing manis.

Kawal pengambilan gula harian anda.
1 sudu cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

11 Nov, 01:00


Jangan desak doktor untuk memberi antibiotik kerana kebanyakan jangkitan biasa disebabkan oleh virus dan tidak memerlukan antibiotik.

Hanya ambil antibiotik sekiranya dipreskripsi oleh doktor.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Nov, 12:15


Matcha vs Teh Hijau

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3 pada pukul 9.00 pagi bersama En. Muhamad Farid bin Sani, Pegawai Dietetik dari Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Nov, 12:00


Jangan Ambil Mudah Pengambilan Antibiotik

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul
9.00 pagi bersama Puan Marziaty Shazreena binti Mohd Shah, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Nov, 10:16


Sklerosis sistemik atau biasanya dikenali sebagai skleroderma adalah sejenis gangguan autoimun yang menjejaskan kulit, tisu dan organ dalaman tubuh seseorang.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti yang dikongsikan.

Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Nov, 10:16


๐Ÿ’ช Umum mengetahui buah tembikai mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Tetapi tahukah anda tembikai susu juga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan?

Tembikai susu terdapat dua jenis utama iaitu yang berwarna kuning pucat dan kuning.

โœ… Berikut dikongsikan kelebihan tembikai susu.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Nov, 05:52


Ketumbit, atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai hordeolum, adalah sejenis jangkitan pada kelopak mata yang disebabkan oleh bakteria. Ia berlaku apabila kelenjar minyak di kelopak mata tersumbat dan dijangkiti, biasanya oleh bakteria Staphylococcus aureus.

Ketumbit kelihatan seperti bengkak merah kecil yang menyakitkan di bahagian kelopak mata, serupa dengan jerawat. Ia juga akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

Untuk mengelakkan ketumbit, menjaga kebersihan mata adalah sangat penting.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

10 Nov, 01:02


Superbug ialah bakteria yang kebal dan tidak sensitif kepada kebanyakan antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Nov, 05:02


Jom kurangkan gula dalam pemakanan harian dengan tip praktikal seperti:

โ€ข Baca label makanan dan pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah
โ€ข Amalkan gula semulajadi seperti buah-buahan segar
โ€ข Kurangkan secara beransur-ansur kuantiti gula yang ditambah ke dalam teh dan kopi
โ€ข Elakkan snek bergula dan pilih alternatif yang lebih sihat seperti kacang dan buah-buahan

Langkah kecil hari ini boleh bawa perubahan besar kepada kesihatan anda.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Nov, 03:35


Hari ini team Wellness on Wheels (WoW) Ibu Pejabat KKM berada di Program Sereq Ubat Haeโ€™ (Program Kenali Ubat Anda), Pusat Kraf Kampung Orang Asli, Sungai Bumbun, Kuala Langat.

Selain daripada aktiviti WoW, terdapat banyak aktiviti lain seperti saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, promosi kesihatan dan pameran kenali ubat anda.

Komuniti orang asli Mah Meri di sini memang โ€˜sportingโ€™ dan terbuka untuk menyertai aktiviti kesejahteraan kesihatan. Para pengunjung juga mendapat peluang menonton tarian Jooh! Barulah WOW!

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/share/p/1D9hyi2qPd/

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Nov, 03:33


๐Ÿฝ๏ธ Adakah anda selalu makan pada waktu yang tidak menentu?

๐Ÿง Otak yang cerdas dan badan yang sihat ditentukan oleh pemakanan dan waktu makan anda.

๐Ÿ•ฐ๏ธJusteru itu, anda disarankan supaya makan mengikut waktu makan pada waktu yang disarankan. Elakkan melangkau waktu makan bagi mengelakkan terasa terlalu lapar sebelum waktu makan seterusnya dan menyebabkan makan secara berlebihan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

09 Nov, 01:01


Kerintangan antibiotik berlaku apabila terdapat salah guna antibiotik. Ini menyebabkan bakteria menjadi kebal kepada antibiotik.

Oleh itu, antibiotik yang lain diperlukan untuk menghapuskannya.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 10:11


๐Ÿฉป Sinar X adalah paling asas dalam pengimejan perubatan. Ia adalah satu prosedur yang cepat dan tidak menyakitkan untuk menghasilkan imej-imej daripada struktur di dalam badan khususnya tulang dan sendi.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 10:10


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Ubat Generik Adalah Berkualiti, Selamat Dan Berkesan

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 07:01


Pengambilan minuman bergula, krimer manis dan minuman pra-campuran secara berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.

Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang tidak sihat, peningkatan paras gula dalam darah, serta tekanan darah tinggi, kesemuanya meningkatkan risiko penyakit kronik.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 06:00


Anda perlu menghabiskan antibiotik untuk memastikan keberkesanan rawatan dan mengelakkan kerintangan antibiotik.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 05:01


Mehh sini saya nk kongsikan satu berita penting!!! Satu Akta yg korg semua perlu tahu!

Apa tu?? Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ๐Ÿšฌ๐Ÿšซ larangan menjual produk merokok kpd orang belum dewasa bawah 18 tahun.

Sama-sama kita lahirkan generasi yg sihat dan sejahtera ๐Ÿ’ช

Budayakan Hidup Sihat
Kukuhkan Imuniti Badan

Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat #ANMS #akta852

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 04:01


๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”โ“

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ
๐—˜๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜‡๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜โ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 03:00


๐Ÿฉป Ketahui kebaikan pemeriksaan menggunakan sinar X (X-ray) dan keselamatan yang perlu diawasi ketika menerima rawatan ini demi memastikan inidividu tidak terkena kesan radiasi dalam jangka masa panjang.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 02:47


Pendaftaran MyChampion kini boleh dilakukan melalui MySejahtera.

Jom ikuti langkah-langkah seperti di video ini untuk mendaftar.

#MalaysiaSihat #MyChampion

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

08 Nov, 02:01


2 daripada 5 dewasa tidak melakukan saringan kesihatan.

Oleh itu ramai yang tidak tahu mereka menghidap penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Jalani saringan kesihatan untuk ketahui status kesihatan anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 14:52


Sorotan Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen pada 6 November 2024 yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Beliau turut menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam usaha mempromosikan inisiatif pembudayaan hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 09:01


๐Ÿฉธ๐ŸฉธSelain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah.

Menderma darah dapat memelihara kesihatan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan tahap kepekaan.

๐Ÿ’ชWalaupun derma darah dapat membakar kalori, hal ini tidak bermakna anda boleh menggunakan kaedah menderma darah sebagai langkah utama untuk menurunkan berat badan. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang jika anda mahu mengurangkan berat badan.

โœ…Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 08:58


๐Ÿ’ฅ Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

๐Ÿค’ Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.

โœ… Berikut adalah punca dan langkah-langkah untuk mengelakkan buasir.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 08:01


Sedar tak? Gula tambahan dalam pemakanan harian kita boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan!

Untuk kesejahteraan yang lebih baik, ingatlah:

โœจ 1 Sudu Teh Dah Cukup - Memadai untuk memberi rasa tanpa berlebihan!
โœจ Kurang Itu Lebih Baik - Mengurangkan pengambilan gula boleh membantu mengekalkan berat badan dan kesihatan jantung.
โœจ Tiada Gula adalah Pilihan Terbaik! -

Bebas dari gula tambahan adalah kunci kepada gaya hidup yang lebih sihat dan berpanjangan!

Jadi, mari kita mulakan langkah kecil ke arah perubahan besar!

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 07:14


Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

๐Ÿ’ช๐Ÿป Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 07:10


Pelancaran 'Wellness on Wheels' (WOW), Inisiatif #PerangiGula (#WaronSugar), dan 1,000 Hari Pertama Kehidupan (First 1,000 Days of Life). KPDN turut melancarkan Kempen #JomKosong.

#ParlimenMalaysia #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #ANMS #WholeofNation

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 06:00


Antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Minum air dan dapatkan rehat secukupnya ketika batuk atau selesema.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 05:01


Kekalkan minda yang sihat dengan

๐Ÿ‘‰ Jadikan diri lebih realistik
๐Ÿ‘‰ Berfikiran positif
๐Ÿ‘‰ Sayangi diri
๐Ÿ‘‰ Kongsi masalah dan dapatkan bantuan daripada pihak profesional bila diperlukan
๐Ÿ‘‰ Jaga solat dan amalkan akhlak yang baik

Mental Sihat, Badan Cergas, Minda Cerdas.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 04:00


Rancang pendermaan darah๐Ÿฉธanda kerana #darahtidakpernahcuti dan sentiasa diperlukan oleh pesakit yang memerlukan tanpa mengira waktu โณ serta permintaan terhadap bekalan darah ini tidak pernah berkurangan.

โ€œ๐˜ฟ๐™š๐™ง๐™ข๐™– ๐™™๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ข๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ช ๐™จ๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ-๐™ ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ฃ๐™ฎ๐™– 3๏ธโƒฃ ๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ฌ๐™–โ€

โ€ผ๏ธSila layari laman sesawang www.pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN. Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 02:01


Pernahkah anda melihat iklan ubat sebegini?

"Ubat Terhangat di pasaran! Terpaling Mujarab Terpaling ajaib! Makan ubat ini sebiji boleh sembuh 1099 penyakit!!"

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan dalam pengiklanan ubat-ubatan di Malaysia?

Oleh sebab itu, orang awam dinasihatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan iklan ubat dengan tuntutan yang melampau.

Pastikan iklan ataupun ulasan ubat yang disiarkan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman sesawang www.pharmacy.gov.my.

Sumber: Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 00:45


Sekitar perasmian Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, bersama YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 6 November 2024.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

07 Nov, 00:43


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 12:59


Kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, boleh hantarkan permohonan ke [email protected]

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 12:30


Antimikrob : Tingkatkan Kesedaran, Cegah Kerintangan

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Nor Zaila binti Zaidan, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Hospital Kajang dan Dr. Syamhanin binti Adnan, Pegawai Farmasi dari Hospital Sungai Buloh.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 12:15


Persediaan Sebelum Banjir Bagi Pesakit Kritikal atau Golongan Rentan

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Megat Muhammad Haris bin Megat Zainal, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Jinjang.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 12:00


Goro Selangor 2.0 : Cegah Denggi

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Puan Muna Nadirah binti Sariff, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 08:01


Aedes Si Pembunuh

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Sofwan Albar bin Nusyirwan, Pegawai Perubatan Kesihatan Awam dari PKD Klang.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 03:51


Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda.

Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda hari ini.

PILIH UNTUK SIHAT.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 03:01


Beguk adalah jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit dan biasanya menjangkiti kanak-kanak, kerana ia mudah dijangkiti dan merebak menerusi titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Berikut adalah komplikasi, tanda dan gejala yang boleh berlaku kepada kanak-kanak sekiranya dijangkiti beguk.

Ambil cakna setiap perubahan dan keadaan kesihatan anak anda sekiranya mempunyai tanda dan gejala penyakit beguk dengan segera mendapatkan rawatan susulan bagi mencegah sebarang komplikasi yang boleh membawa risiko kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

05 Nov, 02:00


Pilih untuk kekal aktif tidak kira masa atau di mana jua anda berada.

10,000 langkah memberi pelbagai manfaat kesihatan. Jadikan sebagai amalan harian.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Nov, 12:20


Penyakit Kardiovaskular adalah penyebab utama kematian. Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Nov, 09:02


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Beban Ekonomi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Nov, 07:37


๐Ÿง ๐Ÿง Penyakit Alzheimer menyumbang kepada berlakunya demensia. Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.

Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.

Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Nov, 06:22


Ketika anda memesan minuman, ingatlah untuk memilih dengan bijak!

โ€œTeh Ais Kurang Manis ikat tepi!โ€
โ€œBang, nak Teh O Kosong!โ€
โ€œTeh Tarik Kurang Manis ya!โ€

Tetapi ingat, AIR KOSONG adalah pilihan TERBAIK! ๐Ÿ’ง

Air kosong bukan hanya menyegarkan, tetapi juga menyokong kesihatan kita!

Jom kurangkan gula dan pilih pilihan yang lebih sihat!

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Nov, 03:14


โšก๏ธAlzheimerโ“โ“

Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.

Biasanya, warga emas mungkin juga mempunyai penyakit demensia seperti Alzheimer pada masa yang sama.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan.

๐Ÿ’œRawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

04 Nov, 02:00


Sebanyak 5.8 rakyat Malaysia merupakan perokok elektronik dan kebanyakannya ialah golongan muda.

Jauhi rokok dan vape demi generasi masa hadapan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Nov, 13:27


Trend makanan viral sering menawarkan saiz sajian besar serta kandungan gula dan garam yang tinggi, yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Makanan ini boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes jenis 2, dan penyakit jantung. Pilihlah makanan yang lebih sihat, pantau saiz sajian, dan kurangkan pengambilan gula serta garam untuk mengekalkan pemakanan seimbang. Buat pilihan bijak demi kesihatan yang optimum! Hadkan pengambilan Makanan Viral, elak lebih baik.

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Nov, 13:26


Meningitis adalah penyakit yang amat serius. Ia boleh mendatangkan maut dalam 10% kes dan 30% lagi boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang.

Rawatan awal dengan antibiotik yang tepat dan jangka waktu yang cukup adalah penting untuk mengelak atau mengurangkan komplikasi-komplikasinya.

Berikut adalah yang berisiko tinggi untuk mendapat meningitis. Rawatan awal pesakit adalah penting untuk mengelakkan komplikasi kekal seperti lumpuh, buta dan kecacatan otak.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Nov, 13:26


Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami tanda-tanda dan gejala radang selaput meninges.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Nov, 06:01


Kerintangan antimikrob ni bukan main-main, gais!

Bakteria boleh jadi kebal bila antibiotik tak digunakan dengan betul. Jadi, guna antibiotik bila doktor preskrip je, habiskan sampai habis dan jangan guna antibiotik orang lain. Sama-sama kita cegah penyakit dan lindungi diri serta orang tersayang.

Jom cuci tangan, amalkan kebersihan, dan patuhi nasihat doktor!

#ANMS #MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

02 Nov, 01:00


๐Ÿฅฅ Santan merupakan ramuan utama dalam kebanyakan masakan masyarakat Malaysia. Adakah anda tahu apa yang terkandung dalam santan?

Banyak kebaikan dan khasiat santan, namun pengambilan santan yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan.

Kekal bersederhana ๐Ÿ‘๐Ÿป

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Nov, 09:12


Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.

Persekitaran rumah yang bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.

Orang ramai boleh mendapatkan informasi penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots melalui laman sesawang iDengue (idengue.mysa.gov.my).

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Nov, 06:01


Salam semua

Alhamdulilah

Selain dari kita perlu menjaga pemakanan dan juga membuat pemeriksaan kesihatan, kita juga perlu bergerak aktif!

Melakukan senaman dan riadah juga adalah salah satu cara untuk kita mengaktifkan diri... jika sudah tiada lagi sukan yg kita boleh buat, membuat pembersihan rumah juga salah satu cara untuk kita aktif. Janji dapat keluar peluh bahhhh....

Mari! Kita sama-sama aktifkan diri. Rugi sebab kita tak nak tergolong dlm fakta-fakta yg ada :

1 daripada 2 dewasa di Malaysia TIDAK AKTIF (Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023)

Budayakan Hidup Sihat,
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Nov, 04:00


๐Š๐ž๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ข ๐‡๐š๐ค ๐€๐ง๐๐š ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข ๐”๐›๐š๐ญ ๐๐ข ๐…๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข!

Ketahui hak anda sebagai pengguna semasa membeli ubat di farmasi! Pastikan anda dilindungi dengan maklumat yang tepat dan lengkap dalam setiap pembelian๐Ÿ’Š

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami!
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Selangor di Talian 03-51237333

๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’–๐’‚๐’•๐’Œ๐’–๐’‚๐’”๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ญ๐’‚๐’“๐’Ž๐’‚๐’”๐’Š: ๐‘จ๐’ˆ๐’†๐’๐’”๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’†๐’“๐’‚๐’‹๐’– ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’†๐’“๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š ๐‘ฑ๐’†๐’๐’‚๐’š๐’‚๐’‰ ๐‘ญ๐’‚๐’“๐’Ž๐’‚๐’”๐’†๐’–๐’•๐’Š๐’Œ๐’‚๐’

Kredit Poster: Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Sabah

Sumber: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

01 Nov, 02:01


1 daripada 2 dewasa di Malaysia berlebihan berat badan dan obesiti.

Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman anda setiap hari.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Oct, 06:00


Denggi makin teruk kan sekarang? ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ๐ŸฆŸ Jangan lupa luang 10 minit bersihkan rumah dari air bertakung - bawah washing machine, baldi, dan tray pasu bunga semua tu tempat Aedes suka.

Tiada Aedes, tiada Denggi!

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

31 Oct, 03:00


Akta Jualan Dadah 1952 Dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 memperuntukkan:

Individu atau syarikat yang mengilang, menjual, membekal, mengimport, memiliki atau memberikan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7 (1) (a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Jualan Dadah 1952 seperti berikut;

Bagi Individu;
โ€ข kesalahan pertama: denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak
melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
โ€ข kesalahan berikutnya: denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak
melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Bagi Syarikat;
โ€ข kesalahan pertama: denda sehingga RM50,000.
โ€ข kesalahan berikutnya: denda sehingga RM100,000.

Sumber: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 09:59


Selamat Menyambut Hari Deepavali

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 08:00


TAHUKAH ANDA?

Sebagai pesakit atau pengguna kita berhak untuk mendapatkan preskripsi yang lengkap daripada doktor untuk membuat pembelian ubat terkawal di farmasi. Oleh itu, apakah butiran yang perlu ada pada preskripsi?

Di bawah Seksyen 21 (2) Akta Racun 1952, preskripsi yang lengkap mempunyai butiran berikut;
1) Nama dan alamat pesakit
2) Kuantiti dan dos ubat yang perlu dibekalkan
3) Nama dan alamat doktor
4) Tarikh preskripsi dikeluarkan
5) Ditandatangani oleh doktor yang mengeluarkan preskripsi

Pastikan anda semak preskripsi dan ianya lengkap terlebih dahulu sebelum anda keluar dari klinik/ hospital.

Sumber: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 07:02


Perkembangan Remaja

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 06:00


"Smoking is injurios to health. Smoking kills!"

Ia boleh menyebabkan masalah jantung, paru-paru serta gigi kuning.

Antara cara yang boleh digunakan sebagai langkah untuk berhenti merokok
1๏ธโƒฃ Menggunakan nicotine patch / gum
2๏ธโƒฃ Gantikan kebiasaan merokok dengan perkara lain, contohnya mengambil snek sihat seperti lobak merah atau kunyah gula-gula getah
3๏ธโƒฃ Berjalan / lakukan x-break
4๏ธโƒฃ Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan

Jangan putus asa untuk berhenti merokok. Anda boleh lakukannya!

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 05:01


Strok atau angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Strok berlaku melibatkan sama ada sumbatan dalam saluran darah atau pun salur darah otak pecah menyebabkan darah tidak boleh pergi ke bahagian otak yang seterusnya.

Ikuti langkah pencegahan strok seperti dikongsikan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 04:00


Garam boleh tingkatkan risiko hipertensi.

Tahukah anda? Kicap dan sos juga mengandungi tinggi garam. Jom kurangkan makanan masin dan tinggi garam.

Jaga kesihatan, jaga jantung!

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 03:58


Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar!

Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf 'B.E.F.A.S.T.'.

Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.
Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 03:01


Perkembangan Remaja

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Aishah Saidin, Pakar Perunding Pediatrik dan Remaja dari Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Dr. Nur Nabila Nasharuddin, Pegawai Perubatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dari Hospital Tuanku Ja'afar.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 02:00


Gigi kita kena jaga sampai tua!

Ikuti cara-cara penjagaan gigi palsu yang betul!

Tip 3: Tahukah anda, sekiranya anda menjaga gigi palsu anda dengan betul dan tiada perubahan pada struktur gusi anda, gigi palsu anda boleh bertahan sehingga 5 ke 7 tahun?

Ikuti tip di infografik untuk penjagaan gigi palsu yang betul.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

30 Oct, 01:00


Ketahui faktor risiko kepada strok.
Strok ataupun angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Ia merupakan:
โ–ถ๏ธpunca ketiga bagi kematian di Malaysia
โ–ถ๏ธpenyebab kedua kematian di seluruh dunia
โ–ถ๏ธpenyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa.

โœ… Ambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anda dan keluarga mendapat strok.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Oct, 23:51


Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat yang menvebabkan kerosakan pada sel-sel otak.

Rawatan segera diberikan kerana keiadian strok boleh meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Oct, 08:01


Perkembangan Remaja

Saksikan melalui TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Siti Aishah Saidin, Pakar Perunding Pediatrik dan Remaja dari Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Dr. Nur Nabila Nasharuddin, Pegawai Perubatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dari Hospital Tuanku Ja'afar.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

29 Oct, 06:01


Meluangkan sedikit masa untuk kemaskan sekeliling rumah. Benda bukan susah pun, tak perlu tunggu sampai sakit baru nak mula kemas.

Amalkan budaya hidup yang sihat, kukuhkan imuniti badan.

#ANMS #Malaysiasihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Oct, 16:10


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Anggur Shine Muscat Yang Dikesan Mengandungi Residu Racun Perosak

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Oct, 06:02


Lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui status kesihatan anda. Ia bertujuan untuk mengesan faktor risiko penyakit tidak berjangkit.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan,

#MalaysiaSihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

28 Oct, 02:01


Sampah yang tidak diurus dengan baik mengundang penyakit seperti Denggi dan Leptospirosis.

Buang sampah di tempat yang betul. Jaga kebersihan persekitaran anda.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

27 Oct, 06:01


Ingat! Jangan mulakan sebarang tabiat merokok dan vape kerana kedua-duanya membawa kesan yang sangat buruk kepada kesihatan.

Bahan kimia berbahaya dalam rokok dan vape bukan sahaja membahayakan pengguna tetapi juga orang sekeliling melalui pendedahan kepada asap rokok dan vape.

#MalaysiaSihat

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

26 Oct, 06:00


Kerja dan duit memang penting, tapi tiada yang lebih penting daripada kesihatan kita. Sebelum sakit, lakukanlah saringan kesihatan, terutamanya bagi yang berusia 18 tahun ke atas, untuk memastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik. Ingat, lebih baik mencegah daripada merawat! Jangan tunggu hingga sakit baru menyesal.

#ANMS #MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

26 Oct, 02:01


Jangan Mula!

Merokok dan vape sangat tidak elok. Jangan mula kerana anda akan mengambil masa yang lama untuk berhenti dan banyak perkara yang perlu dilakukan.

Anda tak 'kool' dengan merokok.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

25 Oct, 09:00


Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan atau mendapati terdapat sebarang kegiatan yang meragukan dan disyaki menyalahi undang-undang berkaitan;
- Ubat-ubatan
- Kosmetik
- Iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan

Bolehlah membuat aduan kepada Sistem Portal Aduan Awam (SisPAA) di laman sesawang http://moh.spab.gov.my

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau info terkini berkenaan ubat-ubatan, sila layari ke laman sesawang www.pharmacy.gov.my

Pastikan anda mendapat bekalan ubat yang sah. INGAT, TOLAK UBAT TIDAK SAH! Jangan lupa #tobats sekiranya anda menjumpai ubat tidak sah.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

25 Oct, 07:24


Darah ๐Ÿฉธ merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

๐Ÿฉบ Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah. Sehubungan itu, bekalan darah diperlukan secara berterusan.

Jalankan tanggungjawab sosial anda.

Jom derma darah, selamatkan nyawaโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

25 Oct, 06:01


๐ŸŒง Sekarang ini Musim hujan ! Air bertakung di pasu bunga, tayar lama, dan longkang tersumbat boleh jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Pastikan tiada air bertakung di sekeliling rumah. Tiada Aedes, Tiada Denggi!

๐Ÿšซ Hapuskan tempat pembiakan, cegah denggi!

๐Ÿ’ง Lindungi keluarga, musim hujan dengan selamat! ๐ŸŒฟโ€

#MalaysiaSihat

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

25 Oct, 04:02


Jangan lupa makan 2 sajian buah setiap hari.

Pelbagaikan warna dan pilihan buah - rendah kalori, tinggi serat, kaya vitamin dan mineral, baik untuk penghadaman, dan tingkatkan tenaga.

Sedap dan sihat!

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

25 Oct, 02:01


1 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.

Take 5 untuk kesejahteraan mental & fizikal.

1๏ธโƒฃ Kekal berhubung
2๏ธโƒฃ Aktifkan diri
3๏ธโƒฃ Beri
4๏ธโƒฃ Teroka minat
5๏ธโƒฃ Syukur

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

25 Oct, 01:01


Segmen Bersama Wellness Influencer Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Diari harian seorang CEO

๐ŸŽฌ Di mana-mana sahaja seseorang itu berada, setiap invidu adalah pekerja, samada sebagai surirumah, bekerja sendiri, makan gaji atau sebagai majikan. Oleh sebab itu setiap individu tidak dapat lari daripada tekanan kerja, sama ada ianya ringan, sederhana atau berat.

Oleh itu, amatlah penting untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal anda ketika di tempat kerja untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Mahu tahu caranya?

Jom dengarkan Tips Kesihatan, โ€œKe Arah Kesejahteraan Mental & Fizikal di Tempat Kerjaโ€ oleh PMT Ketua Pegawai Eksekutif LGM Properties Corporation, En. Shaardan Sharif.

#anms
#wellnessinfluencer

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 10:46


Penyakit Polio tiada rawatan khusus namun jangkitan ini boleh dicegah melalui pemberian imunisasi.

Imuniasis membantu untuk melindungi anak-anak anda daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa.

Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan mengesyorkan agar kanak-kanak ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 09:33


Polio atau poliomyelitis ialah sejenis penyakit mudah berjangkit disebabkan oleh kuman Poliovirus. Ia menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan lumpuh dalam masa beberapa jam.

Ibu bapa perlu memastikan anak menerima imunisasi Polio (IPV) yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan.

Lengkapkan semua imunisasi untuk melindungi anak anda daripada penyakit Polio.

Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 09:00


๐Ÿคฐ๐Ÿป3 Jenis Ubat Yang Biasa Digunakan Dalam Rawatan Kesuburan.

Dengarkan penjelasan ringkas daripada Puan Nurul Mursyidah binti Mohd Merzuki, Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. mengenai topik ini.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 06:00


Salam semua

Alhamdulilah

Pengambilan makanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain meningkatkan risiko kepada penyakit kronik.

Amalkan pengambilan makanan dengan mengikut panduan makan secara sihat.

Mari!!! Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan!! Agenda Nasional Malaysia Sihat

#malaysiasihat

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 03:01


Minum manis-manis tu best tapi hanya tingkatkan jumlah kalori yang tak perlu!

Jom kurangkan gula, krimer, dan susu pekat manis dalam minuman kita. Badan sihat, hati pun senang!

#KurangkanGula
#MinumSihat

Sumber: Nutritionist KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 01:34


Pengambilan personel MySTEP di Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKWPKL&P Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh e-melkan resume ke [email protected].

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

24 Oct, 01:00


Gigi kita kena jaga sampai tua!

Ikuti cara-cara mencegah masalah penyakit pergigian supaya gigi kekal sehingga usia emas.

Tip 2: Flos pergigian bukan hanya sekadar benang putih ya! Ianya berfungsi membersihkan sisa makanan di celah-celah gigi. Pastikan anda menggunakannya dengan teknik yang betul!

Tip 3: Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

23 Oct, 07:01


5.8% adalah perokok elektronik dan kebanyakannya daripada golongan muda.

Antara alasan punca mula menghisap rokok dan vape yang selalu diberikan adalah pengaruh rakan sebaya.

Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam mengekang seseorang itu daripada mula merokok. Kita tidak boleh mengharapkan inisiatif kerajaan sahaja dalam perkara ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

23 Oct, 06:00


Mengurangkan pengambilan gula adalah penting untuk kesihatan yang lebih baik. Gula yang berlebihan dalam diet boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.

Dengan mengurangkan gula, anda bukan sahaja dapat mengekalkan berat badan yang sihat tetapi juga meningkatkan tahap tenaga, mengurangkan risiko penyakit kronik, dan memperbaiki kesihatan mulut.

#malaysiasihat #anms

Kredit: @alianaazizan_

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

23 Oct, 05:01


Kanser payudara merupakan kanser utama bagi wanita Malaysia.

Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada payudara anda, seperti ketulan, benjolan atau perubahan kulit segeralah dapatkan pemeriksaan. 9 dari 10 wanita dapat di selamatkan sekiranya mengesan kanser pada peringkat awal.

Berikut adalah cara untuk mencegah risiko kanser payudara.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

23 Oct, 04:00


Kanser payudara merupakan kanser utama bagi wanita Malaysia.

Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada payudara anda, seperti ketulan, benjolan atau perubahan kulit segeralah dapatkan pemeriksaan.

9 daripada 10 wanita dapat di selamatkan sekiranya mengesan kanser pada peringkat awal.

Berikut adalah cara mencegah risiko kanser payudara.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

23 Oct, 02:37


Juling sejak lahir yang tidak dirawat boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan 3 dimensi dan boleh menyebabkan lazy eye atau ambliopia.

Juling yang berlarutan boleh menyebabkan kurang percaya kepada diri dan dibuli secara emosi di sekolah. Ia dapat dirawat dengan kacamata atau pembedahan.

Rawatan awal akan memberikan penglihatan dan kesan yang baik untuk emosi dan keyakinan diri.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

22 Oct, 12:01


Awas Apabila Anak-Anak Berdengkur

Dengarkan di borak seeni esok pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Saraiza Abu Bakar, Pakar ORL Kanak-Kanak dari Hospital Sultan Idris Shah.

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

22 Oct, 08:01


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan portal rasmi mpox (mpox.moh.gov.my) untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan mpox kepada orang awam dan petugas kesihatan.

Orang ramai boleh merujuk kepada portal tersebut untuk memastikan info yang dikongsi adalah tepat dan benar.

#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

22 Oct, 07:01


Tahukah anda, Kanser Payudara adalah kanser tertinggi di Malaysia?

Kanser payudara boleh dikesan pada peringkat awal melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) melalui 3 Langkah Mudah;

Langkah โ€“ Lihat
Langkah โ€“ Rasa
Langkah โ€“ Respon

Lakukan setiap bulan, hari ke-7 hingga ke-10 dari haid bermula.

Pilihlah satu hari yang mudah diingati seperti hari pertama/terakhir setiap bulan (menopos atau haid tidak teratur)

Pengesanan awal, adalah perlindungan yang terbaik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

22 Oct, 06:34


๐’๐ฎ๐๐š๐ก๐ค๐š๐ก ๐š๐ง๐๐š ๐ฅ๐š๐ค๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฆ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆโ“

Ambil cakna terhadap kesihatan payudara andaโ€ผ๏ธ

๐Ÿฉบ Lakukan saringan ujian mamogram sebelum terlambat di fasiliti klinik- klinik Nur Sejahtera LPPKN, manakala wanita yang layak akan dirujuk ke pusat Mamogram swasta yang berdaftar di bawah program ini.

โ€œ๐‘ด๐’‚๐’Ž๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’”๐’‚๐’ ๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’Š๐’…๐’‚๐’Œ ๐’Œ๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’•๐’‚๐’โ€

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

22 Oct, 06:00


Jangan malas!!! Untuk kekal aktif, jom ikut salah satu tip dari saya:-
Lakukan aktiviti fizikal secara berkala, seperti berjalan, berlari atau berbasikal selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Aktiviti fizikal membantu menguatkan tubuh dan menjaga kesihatan mental!

Jom Kekal Sihat & Aktif!

Budayakan Hidup Sihat,
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

21 Oct, 10:18


Merokok membahayakan kesihatan kepada perokok dan juga membahayakan kesihatan orang-orang sekeliling dengan bau asap rokok itu sendiri.Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan 28 tempat dilarang merokok.

Budayakan hidup sihat ๐ŸŒณ
Kukuhkan imuniti badan ๐Ÿ’ช

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @arwan_r1

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

21 Oct, 09:59


1 daripada 3 dewasa di Malaysia tidak aktif.

Kekal aktif, lakukan 10,000 langkah setiap hari.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

21 Oct, 05:00


Kanser payudara boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara melalui 3 langkah mudah.

โ€“ Lihat
โ€“ Rasa
โ€“ Respon

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

21 Oct, 03:38


๐Ÿ’ช Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

๐Ÿ“Œ Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Oct, 11:23


20 Oktober - Wellness on Wheels (WoW) dari Bahagian Pendidikan Kesihatan hadir di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang, sempena sambutan Hari Perancangan Sedunia yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Acara ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sihat seperti soft dart, hopscotch dan lain-lain.

Pengunjung kelihatan gembira dan mesej pembudayaan hidup sihat sedikit sebanyak telah mula dipraktikkan.

#MalaysiaSihat

https://www.facebook.com/share/p/Q3ZVqYWR9RN3tYg4/

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

20 Oct, 06:00


Korang tau tak SEDENTARI ??
apa tu?? Macam pernah dengar tapi di mana ya๐Ÿคฃโ€ฆ

SEDENTARI atau DUDUK SETEMPAT atau TAK BERGERAK TERLALU LAMAโ€ฆ rasanya korang dah mula nak faham kan?? rajin2 laa bergerak โ€ฆlakukan apa sahaja aktiviti yang melibatkan fizikal kita sentiasa bergerak.. secara tak langsung minda kita sentiasa berfikir apa yang perlu kita lakukanโ€ฆperkara tu membuatkan kita sentiasa sihat dan aktif!

Budayakan Hidup Sihat
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @acheykintangkintung

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

19 Oct, 06:00


Salam semua

Alhamdulilah
4.6% penduduk Malaysia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.
(Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023)

Tenang-tenangkan dirimuโ€ฆ ada masalah kita bincang bahโ€ฆ. Saya jika mahu buang segala stress saya pergi main bola ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Budayakan Hidup Sihat,
Kukuhkan Imuniti Badan

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Oct, 09:02


๐ŸฆŸDenggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

๐Ÿ“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.

Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Oct, 06:00


Tahu tak, 2 daripada 5 orang dewasa tidak buat saringan kesihatan menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023? That is A LOT OF PEOPLE, tau!! Jangan tunggu sampai lambat, dah ada gejala baru nak pergi check! Buatlah saringan awal untuk kesan masalah kesihatan yang mungkin tersembunyi dari awal!

Saringan kesihatan bukan sekadar cek BMI, gula dalam darah, dan tekanan darah tau! Gigi pun kena periksa sebab kesihatan oral boleh beri kesan besar pada kesihatan badan. Gigi yang sihat penting untuk memastikan kunyahan yang baik, pencernaan makanan, dan penyerapan nutrisi. Selain itu, kesihatan mental juga amat penting, lebih-lebih lagi dalam era kehidupan kini, di mana semua orang sibuk mencari duit, mengejar deadline, dan mengurus keluarga. Gunakan MyMinda di MySejahtera untuk buat saringan minda, sebab kesihatan mental sama penting dengan fizikal.

Jom ambil tindakan sekarang untuk kesihatan yang lebih baik! Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan!!

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @ravizephyr

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Oct, 03:00


Ada soalan tentang ubat โ“

Orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan atau National Pharmacy Call Centre (NPCC) di talian 1800-88-6722 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai ubat-ubatan.๐Ÿ˜Š

#kenaliubatanda #knowyourmedicine #pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Oct, 02:00


Bersederhana dalam penggunaan garam pada setiap masakan demi memastikan kita menikmati manfaat garam secara optimum.

Hadkan pengambilan makanan terproses kerana ia mengandungi tinggi natrium dan boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, risiko kanser dan penyakit jantung.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

18 Oct, 01:01


Jangan mulakan tabiat merokok dan vape.

Lindungi generasi muda daripada tabiat merokok.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 12:00


Segalanya Indah dengan Mental yang Sihat

Dengarkan di Sinar Solo bersama Dina Nadzir (Sinarfm) esok pada pukul 12.30 tengah hari bersama Dr. Nurashikin binti Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#MalaysiaSihat

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 11:06


Budaya Hidup Sihat; Penubuhan Wellness Hub Makin Mendapat Sambutan

https://youtu.be/huHI1LzW9Kc?si=uGUkw-wTufmeZZIl

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 08:00


๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐ŸผUbat yang tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur kurang dari dua tahun.

Sepanjang proses tumbesaran, kanak-kanak tidak terlepas daripada risiko menghidapi penyakit. Seperti mana orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan rawatan dengan ubat-ubatan.

Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu lebih berhati-hati apabila memberi ubat kepada kanak-kanak terutamanya yang berumur kurang daripada dua tahun kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya kepada mereka.

๐‘ฑ๐™ค๐’Ž ๐’Œ๐™ž๐’•๐™– ๐™ฉ๐’๐™ฃ๐’•๐™ค๐’ ๐’—๐™ž๐’…๐™š๐’ ๐’Š๐’๐’Š ๐’–๐™ฃ๐’•๐™ช๐’Œ ๐’‘๐™š๐’๐™š๐’“๐™–๐’๐™œ๐’‚๐™ฃ ๐™ก๐’‚๐™ฃ๐’‹๐™ช๐’• ๐Ÿ˜‰

#kenaliubatanda #knowyourmedicine #pharmacists

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 07:01


Jom kita sama-sama berperang dengan gula.

Kurangkan pengambilan gula harian untuk kesihatan diri supaya kita dapat mengelak daripada penyakit - penyakit yang berbahaya.

War on Sugar, You can do it!

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 06:00


โœ… Baca label produk.
โœ… Pilih produk yang mempunyai label GMP, HACCP atau logo MeSTI
โœ… Amalkan lihat, hidu dan rasa

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 04:01


Pengambilan sayur sangat penting untuk membekalkan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita agar kesihatan berada pada tahap optimum.

Oleh itu, KKM kongsikan tip sayur kekal segar.

Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.

JOM MAKAN SAYUR!

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 03:04


Sedapnya gula ada harga yang perlu dibayar. Di sebalik keenakan itu, tersembunyi racun yang perlahan-lahan merosakkan kesihatan kita jika diambil secara berlebihan.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/691104/berita/nasional/gula-sedap-tapi-beracun

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

17 Oct, 02:00


Pilih produk yang mempunyai logo 'Pilihan Lebih Sihat' kerana ia kurang gula.

Sekiranya beli minuman di kedai makan, pesan minuman kurang manis.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Oct, 06:00


Sekiranya terdapat kesalahan pada label makanan, pengeluar produk boleh dikenakan tindakan mahkamah dan dikompaun.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Oct, 04:01


Menjelang bulan November sehingga penghujung Januari tahun berikutnya, Malaysia biasanya akan mengalami perubahan penerimaan hujan. Hujan lebat akibat tiupan angin monsun timur laut akan melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Pantai Timur Laut Sabah sepanjang tempoh ini. Jika keadaan berlarutan, negeri-negeri berkenaan mungkin dilanda banjir.

Banjir akan memberi impak kepada kehidupan harian orang ramai terutamanya dari aspek pengurusan kesihatan kerana terdapat fasiliti kesihatan yang terlibat dalam banjir. Banjir turut memberikan implikasi besar kepada pengurusan kesihatan pesakit dan salah satunya adalah pengurusan dan pembekalan ubat-ubatan. Pesakit akan mengalami masalah bekalan ubat terputus kerana tidak dapat menyambung bekalan ubat di fasiliti kesihatan akibat daripada terputus hubungan atau menjadi mangsa banjir.

Berikut adalah infografik berkaitan cara pengurusan ubat yang betul dan sistematik untuk menghadapi banjir.

Sumber: JKN Selangor

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

16 Oct, 03:01


Ada masanya kita mengidam nak minum air manis kan?

Jom tawan rasa mengidam tu..

๐Ÿ‹Cuba teh-o ais tanpa gula ditambah dengan perahan buah lemon
๐Ÿ‹โ€ Tambah kepingan buah seperti lemon atau limau pada air kosong
๐Ÿฅค Secawan latte kecil yang diperbuat daripada susu rendah lemak dan dihiasi dengan serbuk kayu manis

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama