Iwana Aisyah Ab Halim @aisyahiwana Channel on Telegram

Iwana Aisyah Ab Halim

@aisyahiwana


Moga hati-hati kita sentiasa disirami dengan jiwa al-Quran 🤲

aisyahiwana (Malay)

Channel Telegram 'aisyahiwana' merupakan sumber inspirasi untuk masyarakat yang ingin mendalami ajaran al-Quran. Dipimpin oleh Iwana Aisyah Ab Halim, channel ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan kebijaksanaan yang terkandung dalam kitab suci umat Islam. Iwana Aisyah Ab Halim percaya bahawa 'moga hati-hati kita sentiasa disirami dengan jiwa al-Quran 🤲' adalah kunci untuk hidup yang bermakna dan harmoni. Dengan kandungan yang penuh ilmu dan kebijaksanaan, 'aisyahiwana' adalah tempat yang sempurna untuk memperkaya pengetahuan mengenai agama Islam dan memperkukuhkan iman. Ikuti channel ini untuk mendapatkan inspirasi dan panduan dari ajaran al-Quran yang murni dan suci.

Iwana Aisyah Ab Halim

07 Jan, 12:53


Sisa-sisa waktu untuk Allah sedangkan kita hambaNya tapi kita berikan sisa sahaja padaNya 😢

Iwana Aisyah Ab Halim

07 Jan, 10:13


Mama Papa.

Dua sosok yang saya kagumi dari sudut akhlak, adab, ibadah, amalan dan mendidik kami tiga beradik.

Akhir tahun lepas, saya pernah peluk Mama Papa dengan sekuat tangisan dan dada terasa ingin pecah waktu itu. Mama Papa hanya usap air mata dan gosok belakang saya.

Hanya usapan dan pelukan itu melegakan segala emosi saya. Hanya nasihat mereka yang lembut menyapa saya waktu itu.

Mama Papa mendidik kami dengan kelembutan tetapi ada ketegasan. Papa seorang yang sangat lembut dalam nasihat tetapi kalau tidak dengar lagi, memang akan ditegur dengan ketegasan.

Ingat dulu waktu kami kecil, setiap hari jumaat kami wajib pakai baju kurung walaupun berada di rumah sebab Papa kata hari jumaat kan hari raya umat Islam.

Papa yang menguruskan rumah tangga, Papa memasak lauk dan nasi, basuh pakaian, buat air. Boleh dikatakan kami tak tahu beras ada atau tak di rumah sebab Papa yang uruskan hal rumah tangga.

Mama seorang guru jadinya kena ke sekolah awal pagi. Jadinya Papa yang uruskan anak-anak. Mandikan, pakaikan baju sekolah, buat sarapan.

Mama hanya uruskan lipat dan gosok pakaian sahaja.

Dulu waktu kecil, kami lebih rapat dengan Papa sebab Mama garang. Bila semua dah dewasa, kami rapat dengan keduanya. Mereka sangat terbuka nak bercerita apa-apa masalah, cerita dan sebagainya

Mama Papa sangat bertegas dengan solat awal waktu. Sangat-sangat tegas dan tiada alasan lah ceritanya kalau bab solat awal waktu.

Papa akan setia hantar dan sambut kalau saya dan adik nak ke kerja atau keluar rumah. Mama pulak akan call tanya “Dah solat belum?”

Banyak akhlak dan perilaku yang saya contohi dari Mama Papa sendiri.

Kalau yang terpamer elok tentang kami tiga beradik, sudah tentu datangnya dari Mama Papa.

Moga syurga tertinggi buat Mama Papa ❤️

@iwanaaisyah
Cukup korum 5 orang kecuali majikan
*slide sebelah kalau nak kenal majikan

Iwana Aisyah Ab Halim

07 Jan, 10:13


Anugerah terindah ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Jan, 12:10


Kita tak akan ke garisan penamat jika ianya tidak bermula dengan langkah pertama walaupun langkah yang kecil. Teruskan selagi nyawa dikandung badan ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Jan, 09:04


Semalam tengah baca buku terjumpa satu ayat yang menyentap jiwa ini.

Ayat ini daripada Saidina Umar al-Khatabb :

“Janganlah kamu tertipu dengan seseorang yang banyaknya dia membaca al-Quran tapi lihatlah bagaimana akhlaknya sesuai dengan al-Quran ajarkan.”

Sentap sungguh ayat ini. Tapi ramai guna ayat ini mengatakan dia baik walaupun tak baca al-Quran, walaupun tak pandai baca al-Quran, walaupun malas nak baca al-Quran.

Ketahuilah, orang yang baik akhlaknya pasti jiwanya sentiasa bertaut dengan al-Quran.

al-Quran yang dia baca menjadi roh pada jiwa dan akhlaknya. Itulah yang dimaksudkan dengan ahli al-Quran.

@iwanaaisyah
Ahli al-Qurankah aku?

Iwana Aisyah Ab Halim

05 Jan, 13:04


Ya Allah, pilihlah aku menjadi ahli al-Quran dan pilihlah akhlakku menjadi secantik akhlak al-Quran dan siramkan jiwaku dengan siraman jiwa al-Quran, aamiin 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

05 Jan, 06:28


Setiap hari ahad saya akan jaga nenek saya dirumahnya. Terlalu banyak ilmu dan adab yang saya belajar ketika menjaganya setiap minggu.

1) Nenek seorang yang sangat pembersih. Pakaiannya perlu disiram dahulu sebelum masuk dalam mesin basuh.

2) Nenek seorang yang jaga adat Melayu. Pakai kain sarung batik mesti tahu dimana depan dan belakang. Walaupun keadaannya kena orang uruskan tetap menjaga adat Melayu ini.

Katanya ini simbolik personaliti seseorang iaitu adab dan sopan.

3) Nenek seorang yang sangat menjaga amalan ibadahnya. Mathurat pagi petang dan baca al-Quran setiap hari. Zikir dan selawat beribu-ribu setiap hari.

4) Sangat menjaga waktu solatnya. Tak masuk azan lagi, dah minta yang menjaganya untuk ambikkan wudhuk untuknya.

5) Hari ini belajar darinya, guna limau purut untuk kesihatan rambut.

6) Sangat pandai memasak dan sedap tapi sekarang dah uzur jadinya anak-anaknya dan cucu-cucunya yang menjaganya akan masak. Jarang lah kami dapat pujian masak sedap darinya, mesti dapat komen itu ini dan akan dapat ilmu disebalik komen itu haha.

Dan banyak lagi.

Begitulah bila kita nak belajar sesuatu, duduklah dengan orang tua sebab mereka lebih banyak makan garam dari kita.

Jika nak rendah diri, duduklah juga dengan mereka kerana amalan ibadah mereka lebih banyak dari kita.

Jika nak tahu erti sabar, jagalah orang tua kerana disitu kita dapat menilai diri kita ini sabar atau kurang sabar.

Jika nak kenal saudara mara, ikutlah selalu orang tua kemana mereka pergi dan keluar jumpa tetamu jika mereka rumah kita untuk kenal saudara mara. Sunnah yang jarang orang muda buat adalah kenal ahli keluarga yang jauh dan bersilaturahim dengan mereka.

@iwanaaisyah
Belajar dari orang tua

Iwana Aisyah Ab Halim

04 Jan, 12:26


Semoga kita menjadi hamba yang beradab dengan Allah, Rasulullah, al-Quran, auliya, wali Allah dan juga semua manusia disekeliling kita ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

04 Jan, 09:40


4 perkara yang menunjukkan kita sayangkan al-Quran :

1) Lazimi baca al-Quran setiap hari.

2) Usahakan untuk hafaz biar dalam dada ada al-Quran walaupun bukan 30 juzuk.

3) Tadabur dan cuba fahami al-Quran dengan sebaiknya.

4) Berakhlak seperti akhlak yang diajarkan oleh al-Quran

@iwanaaisyah
Sayang memerlukan bukti bukan hanya berkata-kata

Iwana Aisyah Ab Halim

03 Jan, 12:57


Berbaki 3 slot sahaja lagi. Siapa cepat dia dapat.

https://www.wasap.my/601135982009/kelasustazahiwana

Iwana Aisyah Ab Halim

03 Jan, 12:19


Hafal al-Quran merupakan bonus tetapi berakhlak dengan akhlak al-Quran merupakan satu kebahagiaan dunia akhirat ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

03 Jan, 08:26


Dapat soalan begini daripada seorang followers. Saya yakin dia masih belajar dan lebih muda dari saya.

Nasihat saya :

1) Tumpukan sepenuh fokus pada pelajaran dan al-Quran yang sedang awak hafaz.

2) al-Quran itu cahaya dan tidak boleh masuk dengan maksiat. Bila kita ingat ajnabi, ia merupakan maksiat hati pada diri kita. Jadinya, elakkan maksiat hati itu untuk lebih mudah kita ingat al-Quran.

3) Walaupun tak berhubung tetapi setiap hari awak akan rasa rindu dan teringat untuk hubunginya.

4) Ini adalah dalam fasa awak diuji dengan hati. Berdoa sungguh-sungguh agar Allah lenyapkan sekejap ujian hati dalam tempoh awak menghafaz al-Quran.

5) Tak perlu tunggu si dia sebab bila ada jodoh, macam mana sekalipun dia tetap jodoh kita dan dia akan hadir suatu hari nanti bila sudah bersedia.

6) Kadang kita rasa dia terbaik untuk kita tapi sebenarnya dia hanya datang untuk menguji keimanan kita kepada Allah.

7) Terbaik disisi kita belum tentu terbaik disisi Allah. Banyakkan berdoa agar kalau dia terbaik untuk dunia akhirat awak, Allah akan hadirkan tepat pada waktunya bila kalian sudah bersedia untuk berkahwin.

8) Lepaskan dia walaupun perit untuk awak fokus pada pelajaran dan al-Quran kecuali kalian ada target nak kahwin dalam masa terdekat iaitu tempoh setahun.

9) Yakinlah permata akan cari permata.

10) Jadilah perempuan yang solehah dan perbaiki diri, inshaAllah yang hadir juga adalah lelaki yang soleh dan baik untuk awak.

11) Ini hanya sekadar ujian hati awak dan dia untuk menjaga hati demi kalamNya.

Perkahwinan bukanlah sesuatu perjalanan yang hanya ada manis dan romantik tetapi perkahwinan adalah menyatukan dua jiwa untuk menjadi hamba yang lebih taat dan bertaqwa padaNya.

@iwanaaisyah
Ujian hati menuju redhaNya

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Jan, 12:08


Berubah jadi baik tak perlu tunggu hari istimewa kerana mati juga bila-bila masa tanpa ada tarikh istimewa 😢

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Jan, 08:55


Antara adab bila nak bermesej dengan orang baru :

1) Bagi salam untuk muslim atau sapaan hormat untuk yang bukan muslim.

2) Sertakan panggilan hormat dan namanya (Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari)

3) Perkenalkan nama dan dari mana.

4) Nyatakan tujuan mesej.

5) Jangan spam mesej kalau dia tak berbalas dan mestilah mesej dalam keadaan padat dan kemas. Ejaan yang penuh, betul dan mudah difahami.

6) Mesej atau call pada waktu yang sesuai. Contohnya, pada waktu pejabat.

7) Minta izin dahulu melalui mesej jika ingin call.

8) Ucap terima kasih jika dia sudah balas mesej kita.

9) Tak perlu bersangka buruk kalau seseorang itu lambat balas mesej atau tak balas mesej kita.

10) Tak semua orang mempunyai masa yang lapang dan sempat nak respon semua mesej.

Pepatah arab ada menyebut:
“الأدب فوق العلم".
Maksudnya: “Adab di atas ilmu”.

Iwana Aisyah
Ilmu dan adab

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Jan, 07:04


Sambil masak untuk lunch tadi, saya buat live dekat tiktok. Buat perkongsian tentang azam tahun 2025 untuk ingat al-Quran.

Saya buat perkongsian untuk ingat surah al-Mulk dalam masa setahun. Ada sepuluh tips saya kongsikan.

1) Setahun ada 48 minggu.

2) Ayat surah al-Mulk ada 30 ayat.

3) Satu ayat satu minggu.

4) Baca hingga lancar. Lagi bagus kalau perbetulkan bacaan dahulu bersama guru.

5) Hafaz sehingga lancar.

6) Tasmik dengan guru untuk elakkan ada kesalahan dalam hafazan.

7) Berbaki 18 minggu lagi, ulang 30 ayat hingga cair dimulut seperti cair surah al-Fatihah.

8) Berdoa agar Allah pilih menjadi ahli al-Quran.

9) Nak tak nak je. Kalau nak, akan konsisten setahun. Kalau tak nak, akan banyak alasan dan bertangguh.

10) Perbaiki akhlak sepertimana apa yang disaraknak dalam ayat yang kita sedang hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.

@iwanaaisyah
Konklusinya, nak atau tak nak.

Iwana Aisyah Ab Halim

01 Jan, 11:58


Jika tidak mampu bersaing dengan orang soleh dalam melakukan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah.

Maka bersainglah dengan para pendosa untuk bertaubat dan meraih keampunan daripada Allah.

Iwana Aisyah Ab Halim

01 Jan, 03:27


2025,

Satu ayat yang saya selalu pegang pada tahun 2024,
“Jalan ke syurga setiap orang berbeza.”

Akan lebih banyak sayangi diri sendiri. Mengutamakan cinta dan kasih Allah.

Berjanji pada diri,
Setiap hari adalah hari perbaiki diri. Tidak melihat manusia kiri dan kanan. Cukup melihat diri sendiri. Cukup melihat kekurangan diri. Cukup melihat dosa sendiri.

Akan belajar untuk lebih diam. Diam untuk tidak tahu urusan orang. Diam untuk tidak tahu aib orang. Diam untuk tidak menceritakan keburukan orang. Diam untuk tidak mencela orang. Diam untuk tidak mendengar fitnah orang. Diam dalam segenap hal yang tidak penting buat diri, agama dan al-Quran.

Tenang untuk segala ujian. Tenang untuk segala masalah. Tenang untuk segala peristiwa.

Tahun 2025, semoga diri ini menjadi manusia yang lebih baik, lebih bertaqwa, lebih taat, lebih solehah, lebih muhasabah diri yang penuh kekurangan.

Minta maaf atas segala kekurangan diri andai ada tersilap langkah. Izinkan saya perbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik.

@iwanaaisyah
Selamanya manusia

Iwana Aisyah Ab Halim

31 Dec, 13:35


Tips elak dari nyanyuk pada usia lanjut ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

30 Dec, 23:52


أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

Ya Allah, berkatilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan.

Iwana Aisyah Ab Halim

30 Dec, 13:03


Hadiah terbesar tahun 2024 adalah dapat ziarah auliya Allah di bumi anbiya’.

Saya berdoa selama 4 tahun nak ziarah Kota Bahnasa, Luxor, Qina dan Humaithara. Alhamdulillah dikurniakan rezeki pada tahun 2024.

Tiada ucapan untuk tahun 2024 hanya sekadar ucapan terima kasih 2024 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

30 Dec, 12:07


AMALAN UNTUK MENGHILANGKAN PENYAKIT LUPA

Syeikh Soleh al-Jaafari al-Azhari, Imam Masjid al-Azhar asy-Syarif suatu masa dahulu pernah berkata.

“Kami telah diajarkan semenjak 35 tahun lalu oleh Syeikh Ahmad Maraghah tentang kaedah untuk menghafaz dan menghilangkan penyakit lupa.”

Caranya :

1) Meletakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat.

2) Dan membaca ayat dari Surah al-A’la semasa meletakkan tangan diatas kepala.

ﺳَﻨُﻘْﺮِﺅُﻙَ ﻓَﻠَﺎ ﺗَﻨﺴَﻰ

3) Membacanya sebanyak 7 kali.

4) Bacalah setiap kali selepas solat.

@iwanaaisyah
Mari amalkan

Iwana Aisyah Ab Halim

29 Dec, 09:50


"Air mata yang pernah gugur kerana sakitnya mengulang al-Quran akan dihitung diakhirat kelak oleh Allah. Jangan sedih kerana rahmat Allah sentiasa ada bersama kau. Jangan bersedih selagi kau dengan al-Quran. Tetapi bersedihlah jika kau jauh dari al-Quran."

-Syeikh Ibrahim Azhari-

Maahad Qiraat Fatayat Al-Azhar Shoubra el-Kheimah, Misr ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

29 Dec, 08:03


Bagaimana kita nak dapat rahmat Tuhan kalau al-Quran pun tak baca dan tak ingat?

Al-Quran itu rahmat pada kita jika kita selalu membaca dan mengulangnya tapi manusia sering tinggalkan ia.

Sedangkan al-Quran adalah rahmat yang paling besar.

Ada orang setiap hari wajib baca al-Quran walaupun sesibuk mana pun dia.

Ada orang bangun pagi, tengok hp dulu, tengok facebook, instagram, whatsapp hingga la waktu nak tidur baru terkejar-kejar baca al-Quran. Bagi sisa pada al-Quran.

Ada orang langsung tak membaca al-Quran dek kerana asyik dengan duniawi. Lupa mati akan datang.

Begitulah,
Realiti hidup kita sekarang. Sibuk sana sini hingga lupa kita bakal ‘pulang’ membawa bekalan amalan.

Lupa al-Quran itu rahmat tetapi masih leka dengan media sosial.

Bacalah al-Quran itu dengan tujuan untuk mendapat petunjuk hidup daripada-Nya.

@iwanaaisyah
Kurniakan kami keberkatan waktu

Iwana Aisyah Ab Halim

28 Dec, 12:35


Promosi berjalan sehingga 31/12/2024. Jom dapatkan sekarang!

Iwana Aisyah Ab Halim

28 Dec, 11:03


Bila masuk tahun baru, pasti kita akan tulis azam tahun baru kan. Cuba tahun ini, kita ubah sedikit azam tahun baru kita dengan tambah apa azam kita untuk menjadi hamba yang semakin taat dan bertaqwa pada Allah.

1) Nak khatam al-Quran berapa kali untuk tahun 2025.

2) Nak perbaiki bacaan al-Quran hingga juzuk berapa untuk tahun 2025.

3) Nak konsisten solat sunat apa untuk tahun 2025.

4) Nak amalkan sunnah apa untuk tahun 2025.

5) Nak hafaz berapa ayat al-Quran untuk tahun 2025.

6) Nak bentuk dan didik diri dengan akhlak apa untuk tahun 2025

Dan sebagainya.

Cuba tahun baru ini, kita cipta azam untuk kita semakin dekat pada Allah.

Kita pasti suka dan seronok dengan tahun baru tapi siapa tahu tahun itu merupakan tahun terakhir kita di dunia.

Buat sedikit asalkan konsisten dan tak perlu bandingkan diri dengan orang lain. Cukup bandingkan diri kita yang semalam dan hari ini.

@iwanaaisyah
Selangkah menjadi hamba yang bertaqwa

*Maqam dan Masjid Imam Abu Hassan As-Syazuli di Humaithara Mesir. Ketua wali kepada semua wali dan pengasas tariqat Syazaliyyah.

Iwana Aisyah Ab Halim

27 Dec, 11:53


Percayalah, orang yang tenang akan menang sebab ketenangan tidak akan dapat dibeli melainkan Allah yang kurniakan. Bahagia, kaya, mewah, berjaya tak menjamin ketenangan jika hati kita masih busuk dengan manusia dan Allah 🥺

Iwana Aisyah Ab Halim

27 Dec, 08:40


11 ciri wanita akan yang eksklusif tahun 2025 :

1) Sentiasa segerakan solat tepat pada waktunya.

2) Berusaha menutup aurat dengan sempurna.

3) Konsisten membaca al-Quran setiap hari walaupun hanya satu muka.

4) Tuturbicara yang tenang didengar tanpa ada perkataan lucah, sumpah dan buruk.

5) Tidak gemar akan gosip, mengumpat, mengeji dan sebagainya.

6) Menjaga peribadi dan akhlaknya walaupun dimana dia berada.

7) Pandai mengawal emosi dan tidak berlebihan menzahirkan emosinya walaupun sedang sedih.

8) Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

9) Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

10) Menjadi kesayangan ahli keluarganya disebabkan akhlak dan peribadinya.

11) Sentiasa memperbaiki diri. Menjadi yang lebih baik dari semalam.

Cantik seorang wanita itu bukan kerana rupa parasnya tetapi kerana peribadi dan akhlaknya yang baik.

Jika rupa parasnya cantik tetapi akhlak kurang cantik tiada gunanya.

Begitulah.
Jadilah yang cantik akhlaknya walaupun rupa paras biasa sahaja kerana perempuan itu akan kelihatan cantik jika akhlaknya cantik.

Mendidik diri menjadi yang solehah bukan dibina dalam masa sehari tetapi ia dipupuk sedikit demi sedikit.

@iwanaaisyah
Eksklusif seorang perempuan

*Catatan di Maqam dan Masjid Saidatina Zainab. Cucunda Baginda Rasulullah SAW

Iwana Aisyah Ab Halim

26 Dec, 12:39


Bila al-Quran terpahat pada hati, rasa sayang untuk tidak mengalunkannya setiap masa.

Bila hati sudah bersih, kita akan sentiasa rindu untuk membacanya selalu.

Terpahat bukan pada otak tetapi terpahat pada hati sehingga akhlak kita seiring dengan akhlak al-Quran.

Iwana Aisyah Ab Halim

26 Dec, 09:47


Perjalanan untuk menjadi ahli al-Quran bukanlah suatu perkara yang senang.

Saat kita nak istiqamah mencintai al-Quran, saat itulah kita diuji dengan pelbagai ujian hingga kadangnya kita rasa tiada daya untuk hadapinya.

Kalau lah senang jadi ahli al-Quran itu, mesti semua orang akan membaca al-Quran setiap masa, bukan?

Prof Syeikh Dr Isa al-Ma’sarawy pernah memberi nasihat,

“Sekiranya kau merasakan bahawa al-Quran itu susah. Maka janganlah kau menyangka bahawa Syurga itu mudah jalannya. Dan ingatlah, bahawa kedudukan tertinggi di dalam syurga itu buat ahli al-Quran.”

Begitulah,
Bukan mudah untuk menjadi ahli al-Quran, saat kita niat untuk kosisten membaca al-Quran, saat itulah ujian menimpa.

Dan setiap orang ada ujian tersendiri. Diuji dengan kesihatan, diuji dengan kewangan, diuji dengan hati, diuji dengan kemalasan, diuji dengan pasangan, diuji dengan orang sekeliling dan sebagainya.

Tetapi kita perlu ingat ujian lebih besar di akhirat seandainya kita tinggalkan al-Quran. Maka, mana satu pilihan kita? Diuji didunia atau menanggung diakhirat?

@iwanaaisyah
Cinta dalam ujian

Iwana Aisyah Ab Halim

26 Dec, 09:47


Cinta dalam ujian 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

25 Dec, 11:59


65 hari menuju ramadan. Moga kita dipilih untuk menjadi tetamu ramadan 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

25 Dec, 09:15


Alhamdulillah, menerima kunjungan dari seorang yang alim ulamak iaitu Dr Ustaz Nik Bakri Nik Mat dan keluarganya ke teratak kami.

Semoga dengan kehadiran orang alim ini memberi satu keberkatan buat kami sekeluarga.

Jazakumullahu kheir al-Fadhil Dr Ustaz Nik Bakri dan keluarga atas kunjangan ini dan sudi makan tengahari dirumah kami.

Moga Allah rahmati Ustaz dan keluarga, aamiin.

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Dec, 14:15


Jom sertai kami sementara promosi masih ada!

https://www.wasap.my/601135982009/nakpromosi

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Dec, 14:14


Promosi Istimewa Sempena Hari Kelahiran Founder Tibyan Centre! 😍

Raikan hari istimewa ini bersama Tibyan Centre dengan pelbagai tawaran menarik:
🎉 Promosi E-Book Tibyan Centre
🎉 Kelas Eksklusif Private bersama Ustazah Iwana Aisyah
🎉 Promosi Buku Ahli ‘Al-Qurankah Aku?’
🎉 Yuran Pendaftaran PERCUMA

Promosi bermula 21 - 31 Disember 2024. Jangan lepaskan peluang !

TIBYAN CENTRE OFFICIAL
MEMBINA GENERASI MENCINTAI AL-QURAN

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Dec, 08:14


Bacalah al-Quran dimana saja kerana ia mempunyai nur iaitu cahaya yang akan menyirami hati dan jiwa kita ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

23 Dec, 09:44


Pejam celik pejam celik, berbaki lapan hari lagi ditahun 2024. Mungkin banyak perkara yang kita sudah tempuhi tidak kira suka, duka, manis mahupun pahit.

Adakah 11 bulan yang sudah kita lalui telah membentuk diri kita menjadi lebih bertaqwa dan lebih menjadi manusia yang bermanfaat?

Hidup kita akan bahagia dan lebih tenang jika kita konsisten lakukan 10 perkara ini :

1) Solat di awal waktu. Jangan melengahkan solat fardhu.

2) Bersedekah setiap hari walaupun sedikit.

3) Membaca al-Quran walaupun satu muka.

4) Maafkan semua orang.

5) Membaca buku walaupun satu muka. Umat Islam perlu cemerlang dan berilmu.

6) Jauhi mengumpat, mengata, bergosip dan memaki orang lain.

7) Bersyukur walaupun sekecil-kecil perkara.

8) Minta restu dan bertanya khabar setiap hari dengan Ibu Bapa kita jika berjauhan.

9) Istighfar dan selawat setiap hari.

10) Konsisten semua perkara diatas.

Ketenangan itu perlu dicari dengan kebaikan.

Berbuat baiklah sentiasa walaupun kadangnya dibalas dengan kejahatan.

@iwanaaisyah
Konsisten dalam kebaikan

*Catatan di Hot Air Balloon di Luxor Mesir. Dari atas nampak istana Firaun.

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Dec, 12:02


Diakhirat kelak, ahli al-Quran akan dibangkitkan dengan wajah yang berseri-seri dengan sinaran cahaya al-Quran. Ahli al-Quran bukanlah mereka menghafaz al-Quran semata namun mereka mengamalkan isi kandungan dan berakhlak seperti yang al-Quran turunkan ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

20 Dec, 23:36


Satu angka yang semakin menuju kembali pada sang pencipta. Moga saatnya sakaratul maut, Rasulullah dan Sidi Imam Ahmad Badawi menjemput diri ini untuk pulang pada Ilahi.

Doakan saya agar dapat menjadi hamba yang semakin taat dan permata buat ummah. Doakan Tibyan Centre menjadi satu platform untuk masyarakat menjiwai al-Quran bukan sekadar membaca dan menghafaz.

Terhias indah akhlak seperti akhlak al-Quran, bersulamkan semangat jihad Sultan al-Fateh, membesar dengan jiwa al-Quran dan berkait cinta seabadi cinta Rabiatul Adawiyah.

Moga diri ini terhias indah seorang wanita solehah, wanita yang lembut, wanita yang sopan dan wanita yang berilmu.

Tidak lupa juga kepada Mama dan Papa yang melahirkan dan membesarkan hingga ke saat ini. Tanpa mereka, tiadalah saya berdiri untuk terus menyampaikan
dakwah hari ini.

Semoga mereka dikurniakan syurga yang paling tertinggi di akhirat kelak dan semoga diakhirat kelak, dipakaikan mahkota syurga buat mereka.

Amin!

Selamanya hamba Ilahi
21 Disember 2024

Iwana Aisyah Ab Halim

20 Dec, 13:10


Tips ini saya ada tulis dalam buku saya ‘Ahli al-Qurankah aku?’. Dapatkan untuk lebih faham tentang tips ini ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

20 Dec, 09:32


Setiap kali rasa susah, sedih, duka, sakit. Ingat begini :

1) Allah sedang angkat darjat kita disisiNya.

2) Allah sedang ampunkan segala dosa, kesilapan dan kesalahan kita yang terlalu banyak.

3) Kalau kita sabar dan kita meninggal dalam keadaan kita sabar dengan ujian itu. Allah terus bagi syurga untuk kita.

Ada Ustaz pernah berkata :
“Sekali kita masuk alam kubur dan melihat taman-taman syurga, kita akan lupa semua kesakitan dan kesusahan kita semasa hidup..”

Maka, sabar sikit saja. Kita hamba yang memang layak untuk diuji.

Apa yang buatkan kita rasa Allah tak boleh langsung uji kita?

Apa yang buatkan kita rasa Allah tak boleh sentuh kita dengan kesusahan?

Kita hamba, Dia Allah. Memang dunia tempat ujian menuju ke akhirat.

@iwanaaisyah
Ayat cliche iaitu sabar tapi makna besar disisiNya.

*Maqam dan Masjid Sidi Abdul Rahim al-Qinawi di Qina, Mesir

Iwana Aisyah Ab Halim

04 Dec, 13:56


Duhai perempuan, seringlah ulang doa ini dalam setiap doamu dan dalam sujudmu.

“Ya Allah, jadikan aku perempuan yang solehah, perempuan yang beradab dan berakhlak, perempuan yang lembut dan sopan, perempuan yang berilmu.

Jadikan aku isteri yang solehah buat suami, rahim yang bakal dikandungi dan melahirkan zuriat yang soleh, tangan yang mendodoikan para pejuang agama, menjadi ibu yang mithali buat anak-anak, menjadi menantu yang baik buat mertua, menjadi anak yang taat pada ibu ayah, menjadi adik-beradik yang bertanggungjawab.

Dan juga diriku menjadi ahli al-Quran dan jiwa secantik al-Quran, aamiin 🤍

Cantiknya seorang perempuan itu,
Bukan pada paras rupanya,
Tapi pada agama dan akhlaknya.

Akhlak yang baik akan menjadikan paras rupa yang biasa menjadi cantik kerana punyai akhlak yang baik.

Perempuan itu yang menjaga auratnya,
Perempuan itu yang melindungi maruahnya,
Perempuan itu yang menjaga batas pergaulannya,
Perempuan itu yang mempunyai sifat malu.

Jadilah seorang perempuan seperti bunga yang mekar mewangi, yang taat pada TuhanNya, yang setia pada RasulNya, yang penyejuk mata hati buat suaminya, yang menjadi ibu mithali buat zuriat keturunannya,

Yang kasih ibu bapanya, yang cinta ilmu dan perjuangan, yang indah peribadinya, yang cantik akhlaknya, yang tersemat juzuk al-Quran di dadanya, yang tenang tutur katanya, yang solat di malam harinya, yang dicari-cari selama ini.

@iwanaaisyah
Wanita solehah dambaan syurga

Iwana Aisyah Ab Halim

04 Dec, 13:56


Buatmu yang bergelar perempuan

Iwana Aisyah Ab Halim

03 Dec, 09:07


Untuk belajar mencintai Allah, kena belajar mencintai Rasulullah. Untuk mencintai Rasulullah, dekatilah dan sayangilah para ulamak, auliya, wali kerana mereka mempunyai cara untuk mencintai Allah dan Rasulullah tanpa batasan.

Ziarahilah para wali, auliya dan ulamak tak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal kerana disitu ada keberkatannya.

Moga asbab kita menziarahi ulamak selalu, akhlak dan jiwa kita seperti mereka, aamiin.

Moga angin dan debu yang pernah melekat pada jasad mereka itu juga melekat pada jasad kita untuk membentuk hati kita.

@iwanaaisyah
Kota Bahnasa, kota 5000 maqam syuhada, wali dan ahli badr

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Dec, 13:17


87 hari lagi menuju bulan mulia Ramadan 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

01 Dec, 22:55


Doa yang sering diajar oleh Syeikh Zaki Ibrahim adalah :

يا رب علمنا الادب

“Ya Allah, alimkan kami dengan adab.”

Sebab betapa pentingnya adab dalam diri seseorang. Orang yang beradab pasti ia akan berilmu dan belum tentu orang yang berilmu, ia akan beradab.

Orang yang soleh, mereka akan belajar adab terlebih dahulu sebelum belajar ilmu. Sebab itu juga, ilmu mereka berkat hingga ke pelusuk dunia tersebar luas.

Semoga kita menjadi orang yang beradab, aamiin.

Iwana Aisyah Ab Halim
Adab lambang peribadi

Iwana Aisyah Ab Halim

29 Nov, 08:00


“Kenapa ke Mesir lagi? Kenapa tak ke negara lain?”

Soalan akan selalu dapat.

Jawapannya, sebab saya terlalu rindu akan bumi Mesir.

Setibanya semalam di hadapan maqam Sidi Ahmad Badawi, hanya air mata mengalir laju bercerita satu persatu apa yang terjadi sepertimana seorang kekasih mengadu pada sang kekasihnya.

Saya ada kekasih hati di Mesir iaitu Sidi Imam Ahmad Badawi di Tanta. Kekasih mana yang tak senang duduk kalau tak bertemu dengan kekasihnya, bukan?

Begitu juga saya. Walaupun jauh dari Kaherah tapi tempat pertama saya akan jejaki bila tiba di Mesir adalah Tanta.

Dan juga tempat terakhir saya akan pergi sebelum pulang ke Malaysia adalah Tanta.

Perjalanan yang hampir 28 jam dari Kelantan menuju ke Tanta tapi sebab rindu dan cinta pada Sidi Imam Ahmad Badawi tetap juga akan gagahi.

Terlalu rindu. Cuma berbeza pada tahun ini, bukan membawa doa tapi membawa luahan hati.

Jika saya ada masalah, selain bertawasul dengan nama Rasulullah, saya juga akan bertawasul guna nama Sidi Ahmad Badawi.

@iwanaaisyah
Pintu Tanta, jemput aku kembali

Iwana Aisyah Ab Halim

26 Nov, 13:34


Doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah 🥺

Iwana Aisyah Ab Halim

26 Nov, 10:01


Antara tanda Allah ingin memuliakan seseorang adalah dengan memberikan dia rezeki menghafal dan membaca al-Quran.

Tetapi ia belum jamin kita mendapat kemuliaan tersebut jika kita tidak mengulang dan mengamalkannya.

Usah berlagak dengan sijil tahfiz yang ada jika kita tidak mengulang al-Quran.

Usah berlagak dengan kelancaran membaca al-Quran jika hari ini bibir berat nak melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.

Iwana Aisyah Ab Halim
Jadi bagaimana kita?

Iwana Aisyah Ab Halim

25 Nov, 10:53


Setiap hari, cuba selangkah untuk mendekati al-Quran. Lama-lama selangkah itu akan menjadi berlari untuk dekat dengan al-Quran 🥰

Iwana Aisyah Ab Halim

25 Nov, 10:43


Sesibuk mana pun kita atau sehebat mana pun kita, jangan berhenti belajar hingga ke akhir hayat.

Orang yang menuntut ilmu akan sentiasa didoakan oleh para malaikat.

Ilmu Allah itu luas. Kita yang masih banyak tak tahu, maka belajarlah hingga mati.

Moga kita dimatikan dalam keadaan kita sedang menuntut ilmu, aamiin.

@iwanaaisyah
Jangan berhenti belajar

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Nov, 12:02


Kalau tak rehat di sini, kita rehat di sana 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Nov, 10:38


"Masha-Allah al-Hafiz al-Hafizah la ni. Kagumnya saya dapat berjumpa dengan awak.."

Ayat yang selalu dapat jika bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah kan?

Mungkin saja kita akan merasa bangga terkenal sebagai seorang penghafal al-Quran.

'Aku hafal 30 juzuk. aku budak tahfiz. Aku masyi 20 juzuk..'

Disegani oleh sesiapa kerana satu gelaran itu.
Disayangi oleh ahli keluarga, kawan-kawan, masyarakat. Dipandang tinggi oleh mereka.

Namun,
Disebalik kebanggaan itu, cuba tanya pada diri.

'Betul ke aku ni penghafal al-Quran?'

'Akhlak aku seperti al-Quran ajarkan?'
Tak semua tetapi dalam usaha.

'Aku mengulang setiap hari?'

Bertambah sayang jika gelaran itu hanya sekadar gelaran diatas sijil. Jika ditebuk, juzuk 30 pun terkontang-kanting.

Jangan suka banggakan dan puji diri sendiri, keluarga sendiri, anak sendiri, dan lain-lain, di hadapan orang lain.

Imam al-Ghazali berkata:

"Sedarlah, ketika engkau memuji diri sendiri di hadapan orang lain, orang itu sebenarnya tengah mencelamu dalam hati. Selepas engkau beredar pergi, ia akan menzahirkan celaan itu di hadapan orang lain."

Iwana Aisyah Ab Halim
al-Hafiz atau al-Habis?

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Nov, 12:44


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.

(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Nov, 10:01


“Mengulang al-Quran sehingga al-Quran itu cair dibibir seperti mana kita cair al-Fatihah.”

Banyak kali guru saya ulang ayat ini. Ustaz bercerita seorang kawan baiknya yang sangat cair al-Quran.

“Ada seorang kawan saya, dia cair al-Quran sehinggakan dalam masa sehari beliau dapat mengulang al-Quran 30 juzuk penuh.”

Masha-Allah.

“Beliau mengulang al-Quran setiap masa. Tengah memasak pun mengulang, tengah berjalan pun mengulang. Begitulah bila hati kita sudah terpahat pada al-Quran.”

Semua diam terpegun mendengar cerita.

“Antara tanda hati kita bersih dan suci adalah kita sentiasa membaca al-Quran dan berakhlak seperti akhlak al-Quran. Kita tidak mengumpat, tidak mencaci dan sebagainya.”

Hebat bukan?
Bila al-Quran terpahat pada hati, rasa sayang untuk tidak mengalunkannya setiap masa.

Bila hati sudah bersih, kita akan sentiasa rindu untuk membacanya selalu.

Terpahat bukan pada otak tetapi terpahat pada hati sehingga akhlak kita seiring dengan akhlak al-Quran.

Iwana Aisyah Ab Halim
Pahatkan aku dengan al-Quran

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Nov, 08:03


Lancarkan al-Quranmu sebelum ramadan 🤍

Jom kita perbetulkan tajwid sebelum ramadan dan khatam al-Quran bersama guru pada bulan ramadan!

Jom sertai kami. Terhad 40 orang sahaja.

10 bonus bernilai RM 539.90 diberikan kepada anda secara percuma 😍

https://www.wasap.my/601135982009/blaqo

Iwana Aisyah Ab Halim

21 Nov, 12:28


Jom khatam al-Quran bersama guru pada bulan ramadan 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

21 Nov, 11:40


“Ya Allah, nak semangat, penatnya rasa, terkejar-kejar semua benda..”
Doa dalam hati maghrib tadi.

Minggu ni akan penat sedikit dan agak sibuk dengan urusan kerja. Biasalah akhir tahun, banyak benda kena kejar.

Dalam kesibukan ni juga, saya kena siapkan buku kedua saya bersama Telaga Biru. Masih dalam proses menulis lagi. Idea kadang datang, kadangnya pergi tak kembali.

Lepas maghrib tadi agak penat, saya capai phone sambil semak email syarikat dan buka shopee sebab ada buat tempahan barang untuk syarikat.

Terjumpa buku saya di shopee dan baca komen yang buatkan Allah sedang pujuk saya.
‘Sabar, teruskan perjuangan, ramai ummah perlukan kau..’

Sekelip mata, Allah hadiahkan saya semangat untuk terus berbakti buat agama dan al-Quran. Terima kasih ya Allah.

Cara Allah pujuk kita kadangnya pelbagai cara. Kita kena pandai melihat dengan mata hati cara Allah memujuk.

@iwanaaisyah
Belum selesai berbakti buat agama

Iwana Aisyah Ab Halim

21 Nov, 08:33


Allah sebenarnya nakkan kita ‘bermanja’ denganNya. Tapi kita terlalu sombong, kita datang pada Allah bila kita perlu dan susah. Bila waktu senang, kita lupa Allah.

Syeikh saya pernah bercerita, orang yang soleh, mereka sangat ‘manja’ dengan Allah.

Ada seorang soleh ini, seliparnya putus maka dia angkat tangan :
“Ya Allah, selipar aku putus. Berikan aku selipar yang baru..”

Beberapa jam kemudian, ada anak muridnya berikan hadiah untuknya selipar baru. Sehinggakan sekecil-kecil perkara, mereka mengadu pada Allah.

Dan baiknya Allah, terus berikan pada hari yang sama. Cuma kita yang tak meminta kan?

Jauh beza dengan kita. Kita datang pada Allah bila waktu susah saja.

Tak perlu tengok jauh, cuba perhatikan solat kita waktu senang dan waktu susah.

Cuba perhatikan kita menadah tangan berdoa pada waktu senang dan waktu susah.

Itu pun sudah jauh dari orang soleh. Itulah kita, masih sombong dengan Allah.

Moga Allah kurniakan hati kita seperti hati orang-orang soleh, aamiin.

@iwanaaisyah
Bermanja dengan Allah

Iwana Aisyah Ab Halim

20 Nov, 10:34


Hati ahli al-Quran akan sentiasa bertaut dengan al-Quran dan mulutnya sentiasa dibasahi dengan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

20 Nov, 03:54


Ambillah barakah dari al-Quran. Paling kurang setiap hari ciumlah al-Quran dan letakkan atas kepala kita. Cahaya al-Quran akan masuk dalam hati kita.

Dan ada seorang ulama berkata, sekalipun tak pandai membaca al-Quran, bukalah al-Quran setiap hari dan gerakkan jari kita diatas tulisan al-Quran.

Cahaya al-Quran dari kalimah-kalimah tersebut itu akan masuk dalam hati.

Kalau kita seorang yang baru nak belajar membaca al-Quran dan baru kenal huruf Alif, maka bacalah kerana satu huruf dari al-Quran itu lebih berat dan lebih berharga daripada seluruh dunia ini.

Tetapi sayangnya kita yang tak sedar.

@iwanaaisyah
Cahaya al-Quran

Iwana Aisyah Ab Halim

18 Nov, 12:21


Walaupun hanya hafal 10 ayat saja tetapi ia tetap menjadi amanah kita untuk mengulangnya. Tidak perlu tunggu 30 juzuk hafal baru nak mula ulang al-Quran tapi mulakan ulang al-Quran walau baru hafal beberapa ayat. Semoga kita konsisten dalam mengulang dan membaca al-Quran, aamiin 🥰

Iwana Aisyah Ab Halim

18 Nov, 04:03


Baca al-Quran harini tertengok tarikh ini di halaman terakhir.

17.11.17 di Darul Quran JAKIM
Tarikh khatam hafazan 30 juzuk 🥺

Semalam 17.11.24
Oh genap 7 tahun sudah rupanya.

Tarikh yang sama, tahun berbeza, cerita yang berbeza, perjalanan yang berbeza, tempat berbeza dan air mata berbeza.

Semoga kita akhirnya mati dalam keadaan hati yang bertaut dengan al-Quran, aamiin 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

16 Nov, 10:53


Hati-hati dengan hati 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

14 Nov, 15:51


Kita akan tenang bila kita bebaskan hati kita dengan manusia. Kita akan tenang bila kita ingat semuanya adalah pinjaman Allah.

Kelak, Allah akan ambil juga dari kita. Jawatan, pangkat, harta, pasangan, ibu ayah dan semuanya akan dipisahkan juga akhirnya mungkin dengan kematian.

Bila berlaku apa-apa dalam hidup kita, kita perlu ingat :
“Oh ini pinjaman Allah, Allah layak nak ambil kembali.”

Lepaskan, bebaskan hatimu dari segalanya. Kamu akan tenang.

Punca kita tak tenang sebab kita letakkan hati kita selain dari Allah.

Kalau kita ada pasangan, kita takut pasangan curang hingga tak boleh tidur malam dan kongkong pasangan.

Kalau kita ada harta, kita takut harta kita dicuri orang dan berjaga-jaga setiap malam.

Kalau kita ada pangkat, kita takut orang jatuhkan pangkat kita hingga.

Dan sebagainya yang kita rasa ia adalah ‘milik kita’

Bebaskan hatimu kelak kamu akan tenang.

Hati itu hanya layak untuk Allah dan Rasulullah 🤍

iwanaaisyah
Bebaskan hati itu dari makhluk

Iwana Aisyah Ab Halim

13 Nov, 10:45


Lebih baik malu di dunia daripada malu di akhirat bila berhadapan Allah dan Rasulullah. Apa yang kita nak jawab nanti? Sibuk sangat kah kita?

Iwana Aisyah Ab Halim

13 Nov, 08:34


106 hari menuju ramadan :

1) Mula ganti puasa yang belum selesai puasa ganti.

2) Mula gandakan bacaan harian al-Quran kita. Jika sebelum ini jarang baca al-Quran setiap hari, mulakan baca satu muka satu hari.

3) Mula solat diawal waktu, jika sekarang kita sering melewatkan dan melengahkan solat, perbaiki diri untuk solat pada awal waktu.

4) Mula sedekah setiap hari walaupun sedikit.

5) Mula perbaiki diri setiap hari. Sedikit demi sedikit agar akhirnya dibulan ramadan kita menjadi hamba yang bertaqwa.

6) Mula perbaiki mutu bacaan al-Quran kita. Jangan hanya kejar khatam tetapi tajwid masih terlalu lemah.

Ulama ada mengatakan :

“Mereka (para sahabat) berdoa pada Allah selama 6 bulan sebelum agar mereka dapat bertemu ramadan akan datang. Kemudian 6 bulan selepas ramadan, mereka berdoa akan ibadah mereka diterima oleh Allah..”

@iwanaaisyah
Ahlan ramadan

Jom sertai kelas persediaan khatam ramadan bersama Tibyan Centre selama 3 bulan dan akan khatam al-Quran bersama guru pada bulan ramadan 😍

Iwana Aisyah Ab Halim

12 Nov, 10:37


Pesan seorang guru :

“Bersahabatlah dengan ahli selawat walaupun ianya hanya secara alam maya kerana mereka bukan orang biasa. Mereka adalah pilihan Allah dan Rasulullah mengenali mereka. Janganlah sakiti mereka kerana sekali mereka mengadu pada Rasulullah, kita yang akan terima padahnya..”

Teruskan berselawat hingga kamu melihat cahaya Rasulullah.

Iwana Aisyah Ab Halim

12 Nov, 05:32


Lancarkan al-Quranmu sebelum ramadan 🤍

Jom kita perbetulkan tajwid sebelum ramadan dan khatam al-Quran bersama guru pada bulan ramadan!

Jom sertai kami. Terhad 40 orang sahaja.

10 bonus bernilai RM 539.90 diberikan kepada anda secara percuma 😍

https://www.wasap.my/601135982009/blaqo

Iwana Aisyah Ab Halim

11 Nov, 12:44


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia

Iwana Aisyah Ab Halim

11 Nov, 10:59


Saya selalu dapat soalan begini. Mungkin bagi kita yang sudah lancar baca al-Quran atau memang berada dalam circle yang baik atau memang sering masuk kelas akan merendahkan mereka yang bergelut perasaan malu nak mula belajar.

Antara tip untuk mereka yang malu nak mulakan belajar :

1) Cari kelas yang dapat belajar one-to-one dengan guru. Kelas yang hanya ada kita dan guru sahaja. Tak kira secara online atau fizikal.

2) Rendahkan ego kita untuk belajar dari asas bawah dengan guru walaupun guru itu lebih muda dari kita. Muda tak semestinya ilmu dia juga cetek.

3) Jika mampu, usahakan cari kawan-kawan yang sama-sama ingin belajar mengaji al-Quran.

4) Berdoa pada Allah agar dikurniakan hati yang lapang untuk sentiasa belajar al-Quran hingga mati

5) Jangan berhenti belajar walaupun sudah khatam al-Quran. Carilah guru lain dan perbanyakkan guru kerana setiap guru lain ilmunya, lain berkatnya, lain tegurannya.

Lebih baik malu di dunia daripada malu di akhirat bila berhadapan Allah dan Rasulullah. Apa yang kita nak jawab nanti? Sibuk sangat kah kita?

Kita sekarang tak perlu berjihad pun untuk selamatkan al-Quran sepertimana Rasulullah dan para sahabat berjihad.

Kita lahir dengan al-Quran sudah sangat senang didapati dengan pelbagai jenis warna-warni dan sebagainya

Semoga akhirnya kita mati dengan hati bertaut dengan al-Quran.

@iwanaaisyah
Kalau bukan syafaat Rasulullah dan al-Quran, amalan apa yang menjamin kita ke syurga?

Iwana Aisyah Ab Halim

11 Nov, 10:59


al-Quran penyelamat dunia akhirat 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

10 Nov, 13:34


Tiada istilah terlambat dalam menuntut ilmu selagi nyawa masih dikandung badan ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

10 Nov, 12:58


5 perkara yang boleh membuatkan kita semakin erat dengan al-Quran :

1) Mendengar audio al-Quran setiap malam.

2) Memperbetulkan mutu bacaan kita dengan guru yang mahir.

3) Membaca al-Quran setiap hari walaupun hanya satu muka surat.

4) Membaca al-Quran diwaktu pagi sebelum memulakan aktiviti lain.

5) Menyiapkan satu tempat yang khusus untuk al-Quran agar kita rasa suasana al-Quran bila berada ditempat itu.

Berkata seorang ulama’,

“Manusia yang paling jerniah akalnya adalah para pembaca al-Quran.”

Iwana Aisyah Ab Halim
Jiwa siraman al-Quran

Iwana Aisyah Ab Halim

09 Nov, 10:13


“Kalau kita lihat seseorang itu sempurna dan hebat, cuba tanya padanya apa yang Allah telah ambil dan uji dirinya dalam hidupnya. Pasti ada titik terendah yang dia pernah yang lalui yang mungkin jika kita di tempatnya pasti tak mampu harungi..”

Ayat yang saya ulang pada jemputan kali ini.

Jazakumullahu kheir pihak Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) atas jemputan untuk rakaman podcast pada hari ini di Bangi, Selangor.

InshaAllah rakaman akan dikeluarkan pada minggu hadapan, nanti.

Moga sedikit sebanyak perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat buat semua, aamiin 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

08 Nov, 12:03


Semoga Allah bantu kita hembuskan nafas terakhir pada waktu kita membaca Al-Quran. Aamiin Ya Rabb 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

08 Nov, 10:22


Cantiknya seorang perempuan itu,
Bukan pada paras rupanya,
Tapi pada agama dan akhlaknya.

Akhlak yang baik akan menjadikan paras rupa yang biasa menjadi cantik kerana punyai akhlak yang baik.

Perempuan itu yang menjaga auratnya,
Perempuan itu yang melindungi maruahnya,
Perempuan itu yang menjaga batas pergaulannya,
Perempuan itu yang mempunyai sifat malu.

Jadilah seorang perempuan seperti bunga yang mekar mewangi, yang taat pada TuhanNya, yang setia pada RasulNya, yang penyejuk mata hati buat suaminya, yang menjadi ibu mithali buat zuriat keturunannya,

Yang kasih ibu bapanya, yang cinta ilmu dan perjuangan, yang indah peribadinya, yang cantik akhlaknya, yang tersemat juzuk al-Quran di dadanya, yang tenang tutur katanya, yang solat di malam harinya, yang dicari-cari selama ini.

@iwanaaisyah
Wanita solehah dambaan syurga

Iwana Aisyah Ab Halim

07 Nov, 13:31


Tiga bulan sebelum ramadan ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

07 Nov, 10:25


Hati orang yang bertaut dengan al-Quran sangatlah lembut. Jiwanya lembut dan tidak mudah marah.

Sebab itu bila kita melihat orang alim dan soleh, tutur kata mereka lembut dan sopan walaupun mereka sedang menghadapi ujian dan tomahan orang luar.

Orang yang kurang bertaut dengan al-Quran, jiwanya mudah sangat dilukai dengan manusia dan susah untuk memaafkan dan membenci orang yang telah berbuat jahat padanya.

Itulah beza orang yang betul-betul jiwanya bertaut dengan al-Quran atau sebaliknya.

Semoga jiwa kita selembut jiwa al-Quran dan sentiasa disirami dengan roh al-Quran, aamiin.

@iwanaaisyah
Jiwa kita bagaimana?

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Nov, 12:03


Pakat join BLAQO 😍

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Nov, 12:03


*BENGKEL LANCAR AL-QURAN ONLINE (BLAQO) TIBYAN CENTRE 2024/2025.*

Kami tawarkan kepada anda 3 pakej yang berbaloi bagi Bengkel Lancar Al-Quran Online (BLAQO) Tibyan Centre 2024/2025.

1️⃣ Pakej Silver
🔸 3 bulan
🔸 Dis 2024, Januari 2025, Februari 2025
🔸 Tajwid + Tadarus

2️⃣ Pakej Gold
🔸 1 bulan Ramadan sahaja
🔸 Mac 2025
🔸 Tadarus Ramadan

3️⃣ Pakej Platinum (Silver + Gold)
🔸 4 bulan termasuk Ramadan
🔸 Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025, Mac 2025
🔸 Tajwid + Tadarus + Tadarus Ramadan

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi Admin Tibyan Centre dibawah :

https://www.wasap.my/601135982009

TIBYAN CENTRE OFFICIAL
MEMBINA GENERASI MENCINTAI AL-QURAN

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Nov, 12:03


Lancarkan al-Quranmu sebelum ramadan 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Nov, 08:19


Bila mana kamu membaca al-Quran, bermakna :

1) Kamu telah memberikan matamu pahala melihat.

2) Kamu telah memberikan telingamu pahala untuk mendengar.

3) Kamu telah memberikan lisanmu pahala bertutur membaca al-Quran.

4) Kamu telah memberikan hatimu rasa kerehatan.

- Dr Ahmad Ali Ma’sarawi -

Bacalah al-Quran dalam kehidupan kita seharian agar saat kita di alam kubur yang gelap, al-Quran yang dapat menolong kita.

Iwana Aisyah Ab Halim
Peneman disana kelak

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Nov, 07:25


Berbaki lebih kurang 3 bulan untuk kita masuk bulan mulia iaitu Ramadan 🥹

Saya nak tanya, apa yang kalian harapkan untuk ramadan kali ini?

Semoga Allah bantu kita hembuskan nafas terakhir pada waktu kita membaca Al-Quran. Aamiin Ya Rabb 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

06 Nov, 07:24


Assalamualaikum semua. Sihat ke tu? Semua baik2 ya? ❤️ Semoga dalam jagaan Allah selalu 🥰

Iwana Aisyah Ab Halim

05 Nov, 12:11


Teruskan melangkah walaupun selangkah untuk mendekati dan mencintai kalam-Nya ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

05 Nov, 05:29


Bila kita bangun tahajud tapi kawan sebilik atau pasangan kita tak bangun tahajud, terdetik dalam hati kita :
“Aih, kenapa tak bangun tahajud..”

Bila kita banyak baca al-Quran dan lihat orang lain susah nak baca al-Quran, terdetik dalam hati kita :
“Aih, kenapa dia ni liat sangat nak baca al-Quran..”

Bila kita buat kebaikan dan melihat orang lain buat kejahatan, terdetik dalam hati kita :
“Dia ni tak takut dosa dan mati ke?”

Bila kita menutup aurat dengan sempurna tetapi melihat orang lain tak tutup aurat maka terdetik dalam hati kita :
“Dia ni pakaian macam tak ingat neraka..”

Berhati-hati dengan hati kita. Syaitan akan merosakkan segala amalan kita hanya melalui hati.

Sebab itu ada seorang ulama berpesan :
“Jika kamu sudah istighfar kali pertama, maka kamu perlu beristighfar kali kedua. Kerana risau istighfar kali pertama itu diiringi dengan rasa lebih baik dari orang lain..”

Kita mungkin tak diuji dengan tak tutup orang, tak solat, tak buat kebaikan tapi kita mungkin diuji dengan hati kita yang banyak mengata pada orang lain dan rasa lebih baik dari orang lain.

@iwanaaisyah
Hati-hati dengan hati

Iwana Aisyah Ab Halim

05 Nov, 05:28


Hati-hati dengan hati 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

04 Nov, 11:24


Ada satu amalan seseorang itu boleh jadi orang yang soleh dan bersih hatinya iaitu dengan perbanyakkan selawat.

Kerana selawat akan jadi guru padanya untuk mendapat cahaya demi cahaya yang lain. Dengan berselawat, dia akan dapat bertemu dengan orang yang baik, dengan para alim ulamak, dibukakan 70 pintu rahmat padanya.

Orang itu boleh terbimbing hatinya tanpa guru, biasanya seseorang akan lurus hatinya dengan guru tetapi bila seseorang itu banyak selawat, hatinya akan terbimbing dengan selawat.

al-Imam Abu Thalib mengatakan :
“Baru dikatakan seseorang itu banyak berselawat jika melebihi 300x sehari.”

iwanaaisyah
Selawat sehingga mendapat cahaya Rasulullah

Iwana Aisyah Ab Halim

03 Nov, 12:38


“Orang yang paling kuat ingatan atau kukuh fikirannya adalah pembaca al-Quran.”

-Imam Ibn al-Jazari-

Iwana Aisyah Ab Halim

03 Nov, 10:50


al-Quran itu tak jauh, ada atas rak, ada dalam almari, ada atas meja dan ada juga dalam telefon. Tapi yang jauhnya hati kita dengan al-Quran 🥺

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Nov, 11:49


Bersihkan hati itu dengan selawat dan istighfar. Moga Allah bimbing hati kita dengan sebaiknya, aamiin 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Nov, 11:27


Ketahuilah, saat kita berdiri bercakap itu kepada masyarakat. Allah sedang menutup aib kita.

Kita hebat bukan sebab kita, bukan sebab ilmu kita tetapi sebab Allah sedang menutup segala aib dan kekurangan kita.

وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا
[Surah Al-Isra' 37]

Iwana Aisyah Ab Halim

02 Nov, 03:57


Kebahagiaan Dunia dan Akhirat Bermula di Sini

Siapa yang ingin mencapai kebahagiaan sejati, hendaklah berpegang teguh pada Al-Quran.

Pesanan agung daripada Imam Syafie ini mengingatkan kita bahawa petunjuk terbaik dalam hidup datang daripada kalam Allah.

TIBYAN CENTRE OFFICIAL
MEMBINA GENERASI MENCINTAI AL-QURAN

Iwana Aisyah Ab Halim

01 Nov, 14:03


Sisa-sisa untuk al-Quran 💔

Iwana Aisyah Ab Halim

01 Nov, 13:35


Nak konsisten baca al-Quran hingga khatam? Boleh.

Sehari hanya baca 1 muka surat. 2-3 ayat setiap kali lepas solat.

Bila konsisten, dapat 365 muka surat setahun. 2 tahun selesai khatam 30 juzuk al-Quran.

Sikit tapi konsisten lebih baik dari banyak waktu ramadan tapi habis ramadan langsung tak baca.

@iwanaaisyah
Dekati al-Quran walaupun selangkah

Iwana Aisyah Ab Halim

01 Nov, 12:56


Tawakal yang Ikhlas Membawa Keberkatan

Hadis ini mengajarkan kita untuk yakin dengan ketentuan Allah serta berusaha dengan penuh keikhlasan, kerana Dia sebaik-baik pemberi rezeki. 🌹

TIBYAN CENTRE OFFICIAL
MEMBINA GENERASI MENCINTAI AL-QURAN

Iwana Aisyah Ab Halim

31 Oct, 00:44


Kita yang bernama manusia akan sentiasa diuji. Ujian kita berbeza. Ada yang diuji dengan kesenangan, ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan akhlak, ada yang diuji dengan ilmunya.

Ada manusia, dia kaya tapi diuji dalam dirinya sifat kedekut dan rasa hebat sebab kaya.

Ada manusia, dia berilmu dan diuji rasa bangga dengan ilmunya.

Ada manusia, dia diuji dengan rasa hebat sebab anak-anaknya berjaya.

Ada manusia, dia diuji dengan amalannya, dia rasa dia terpaling banyak amalan.

Ada manusia, dia diuji dengan kesusahan, anak sakit, pasangan curang, bercerai, duit tak ada, keluarga yang berpecah belah, bisnes rugi dan sebagainya.

Ada juga manusia, dia diuji dengan rasa bangga dia seorang hafaz al-Quran, rasa suara dia paling merdu, dia terpaling banyak ilmu al-Quran.

Ada juga manusia, dia hafaz al-Quran atau lancar baca al-Quran tetapi diuji dengan akhlak. Solat lewat, hafazan lupa, aurat tak tutup, pergaulan tak dijaga dan sebagainya.

Ada juga manusia, dia diuji dengan bertatih nak baca al-Quran. Susah nak sebut satu persatu huruf.

Itulah ujian, ujian kita berlainan dan berbeza. Syurga bukan percuma. Selagi kita hidup, kita akan diuji dari pelbagai sudut.

Setiap orang sedang ‘berperang’ dengan ujiannya tersendiri. Berperang nak berhijrah untuk jadi baik, berperang nak keluar dari kesusahan hidup, berperang nak menjadi seorang pemurah, berperang nak menutup aurat dan sebagainya.

Sebab itu juga, kita tak layak menghukum seseorang yang kita masih nampak luarannya buruk sedangkan kita tak nampak apa yang dia sedang ‘berperang’ dengan dirinya.

Kita selamanya hamba yang layak untuk dikurniakan ujian. Kerana dunia tempat ujian.

Semoga kita akhirnya berjaya ‘berperang’ dalam segenap hal yang kita sedang usahakan.

Kalau tak rehat disini, kita rehat disana.

@iwanaaisyah
Hamba yang layak diuji

Iwana Aisyah Ab Halim

31 Oct, 00:44


Yang namanya manusia 🥹

Iwana Aisyah Ab Halim

30 Oct, 08:58


Kenali barisan asatizah Tibyan Centre. Jom mengaji al-Quran bersama kami 🥰

Tibyan Centre
Membina Generasi Mencintai al-Quran

Iwana Aisyah Ab Halim

29 Oct, 23:49


Sedar atau tidak, kita akan bersendirian nanti dalam kubur. Antara al-Quran peneman kita atau sebaliknya, itu penentu bagaimana kita melayani al-Quran sewaktu di dunia 💔

Iwana Aisyah Ab Halim

26 Oct, 13:52


Al-Quran: Penerang Jiwa, Penawar Hati.

Setiap ayatnya membawa ketenangan, setiap hurufnya menghidupkan semangat.

Jadikan Al-Quran teman setia dalam setiap langkah hidupmu. Mari dekatkan diri dengan Kalamullah dan biarkan cahaya-Nya menerangi perjalanan kita. ❤️

TIBYAN CENTRE OFFICIAL
MEMBINA GENERASI MENCINTAI AL-QURAN

Iwana Aisyah Ab Halim

25 Oct, 02:01


Bismillah.

Terhad kepada 20 orang terawal sahaja.

https://www.wasap.my/601135982009

Iwana Aisyah Ab Halim

25 Oct, 01:38


🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Oct, 11:39


Terima kasih yang vote untuk kelas mengaji bersama saya 😍

InshaAllah jam 10 pagi esok, saya akan buka pendaftaran. Terhad 20 orang saja tau, yang vote 500+ orang 😅

Tunggu pagi esok!

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Oct, 01:46


Malam tadi saya ke kedai buku sebab nak beli pen. Pastu saja lah tengok buku saya kat rak, tengok ada 3 buah saja.

Lepas tu, ada sorang abang ni, dia tengah pilih buku agama. Dia tengok semua buku, kat tangannya dah ada sebuah buku.

Saya pun saja lah ambik kesempatan nak promosi, saya gi dekat dengan dia :
“Abang, ni buku saya tulis. Kalau nak freegift, ada dalam kereta, saya boleh bagi..”

Abang tu pandang saya atas bawah dan dia tanya :
“Betul ke awak tulis?”

Saya jawab :
“Haah”

Pastu dia ambik buku saya dan dia tengok. Pastu dia letak balik sebab tak percaya saya tulis hahah.

Sampai di kaunter pembayaran pun dia tengok saya atas bawah tak percaya. Mungkin pemakaian saya macam bibik agaknya. Tudung sarung, jubah, selipar pergi pasar, muka pucat.

Tapi tulah bila fikir balik, takkan lah nak gi beli pen pun kena belit tudung, pakai heels, berbaju kurung selalu.

Takpelah bang, tak menjadi closing saya malam ni.

Iwana Aisyah Ab Halim
Closing ditolak

Iwana Aisyah Ab Halim

23 Oct, 23:26


Kadang kita melihat sempurnanya hidup seseorang kerana kita tidak nampak apa yang Allah ambil darinya.

Cuba bertanya kepada orang yang kita lihat sempurna, yang terlihat senyum manis gelak tawa, yang terlihat seperti tiada ujian, yang tenang seperti tiada masalah.

Perjalanan hidup kita ini, kadangnya kita tergoda memandang sempurna pada seseorang sedangkan kita tidak nampak apa makna disebalik senyuman manis itu.

Cuba berhenti sejenak dan bertanya pada diri sendiri, apa ya yang Allah ambil darinya hingga dia terlihat sempurna walaupun hakikatnya mana ada manusia yang sempurna.

Kerana perjalanan menjadi orang hebat itu bukanlah jalan biasa, mereka lalui pelbagai ujian yang mungkin kita tak semampu dia untuk hadapi.

Mungkin setiap senyuman mereka, memiliki perjuangan yang tidak terlihat. Disebalik kejayaannya, mungkin ada kegigihan dan kegagalan yang pernah dia lalui. Mungkin disebalik tawanya, ada perkara yang dia terlalu sayangi tetapi Tuhan ambil darinya.

Moga asbab ujian kita di dunia meringankan hukuman kita di akhirat dan semoga asbab ujian itu, kita dikurniakan rahmat dan redha Allah untuk masuk syurga tertinggi bersama Rasulullah, aamiin.

Kerana juga, syurga itu bukan percuma.

@iwanaaisyah
Terlihat sempurna

Iwana Aisyah Ab Halim

23 Oct, 23:26


Moga asbab ujian kita di dunia meringankan hukuman kita di akhirat dan semoga asbab ujian itu, kita dikurniakan rahmat dan redha Allah untuk masuk syurga tertinggi bersama Rasulullah, aamiin 🤍

Iwana Aisyah Ab Halim

23 Oct, 02:02


Jadilah al-Quran teman harianmu. Dengan membaca al-Quran secara konsisten, jiwa dan akhlak kita akan disirami dengan siraman jiwa al-Quran ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Oct, 09:55


Tanyalah sesiapa yang pernah bersama al-Quran dalam hidupnya pasti akan mengatakan rindu suasana yang seharian hidupnya bersama al-Quran.

Rindu walaupun mungkin kita pernah menangis sewaktu susah nak hafaz al-Quran, rindu walaupun mungkin kita pernah terkial-kial susahnya untuk lafazkan setiap huruf al-Quran kerana baru belajar, rindu kena rotan dengan ibu ayah sebab salah baca dan sebagainya.

Rindu yang mungkin tak akan berulang. Sebab itu bila adik-adik di Darul Quran dan Mesir minta nasihat, saya akan jawab hargailah masa yang seharian kita dengan al-Quran.

Nikmat bersama al-Quran tak tergambar. Bila seseorang pernah berada dalam suasana al-Quran dan bila dia keluar dari suasana itu mungkin kerana belajar kos lain, kerja bidang lain dan sebagainya pasti dalam setiap doanya meminta untuk Allah campakkan kembali masanya untuk al-Quran.

Kita baca al-Quran sebab dipilih oleh Allah, lidah kita dipilih oleh Allah. Maka, kita perlu berusaha untuk menjadi hamba terpilih.

Tapi jangan jadikan satu alasan ‘suasana’ sebagai satu asbab kita semakin jauh dengan al-Quran.

Usah menyalahkan suasana jika tidak mampu membaca al-Quran dengan baik.

Usahakan membina ‘suasana al-Quran’ dalam jiwamu. Yang manisnya hanya engkau yang tahu.

@iwanaaisyah
Selangkah mencintai al-Quran

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Oct, 09:55


Nikmat bersama al-Quran 🥹

Iwana Aisyah Ab Halim

22 Oct, 00:43


Setiap kali kita berasa penat dengan kehidupan, penat dengan kerja, penat dengan pasangan, penat dengan belajar dan sebagainya.

Ketahuilah, ada mereka yang ingin berada di tempat kita.

Ketahuilah, kita pernah berdoa ingin perkara-perkara tersebut suatu ketika dahulu.

Sama juga kita dalam menghafal al-Quran, ada mereka yang berimpian ingin menghafal al-Quran seperti kita, lancar membaca al-Quran seperti kita tetapi kita yang tidak menghargainya iaitu tidak mengulang hafazan.

Ada mereka yang ingin membaca lancar al-Quran seperti kita. Bersusah payah menyebut dan mengenal satu persatu huruf. Tetapi nikmat itu kita tak syukuri dengan kurangnya kita membaca al-Quran dalam harian kita.

Itulah kita.
Kurang bersyukur dengan apa yang kita ada.

@iwanaaisyah
Syukuri nikmat itu

Iwana Aisyah Ab Halim

07 Oct, 05:15


Tiga tanda seseorang itu mulia jiwanya menurut Imam Syafie :

1) Merahsiakan kesusahan sehinggakan orang menyangka dia selalu senang.

2) Merahsiakan kemarahan sehinggakan orang menyangka dia selalu redha

3) Merahsiakan penderitaan sehinggakan orang menyangka hidupnya penuh nikmat.

Ulama berkata, kalau hati tak tenang, cuba cek ibadah kita dengan Allah. Mungkin kita kurang ibadah, kurang zikir, banyak dosa. Itu sebab Allah cabut ketenangan dalam hati.

Orang yang tenang ini, dia tak perlukan tempat atau perkara untuk ‘healing’ kerana cukuplah baginya ada Allah yang sentiasa bersamanya.

Jadilah seorang yang diuji dengan banyak perkara tetapi ia memilih untuk semakin dekat dengan Allah dan perbaiki hubungannya dengan sang Khaliq.

Kerana dia tahu apabila dia perbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan rungkaikan segala permasalahannya ❤️

Iwana Aisyah Ab Halim
Moga jiwa tenang itu jiwa kita

Iwana Aisyah Ab Halim

04 Oct, 23:21


Jangan pernah dalam sehari kita tinggalkan al-Quran.

Kita bukannya terlalu sibuk hingga tiada masa untuk baca al-Quran tetapi kita terlalu sibuk dengan pelbagai alasan.

Hati kita akan terus hidup jika ianya disirami dengan jiwa al-Quran.

Bukalah al-Quran setiap hari walaupun hanya separuh muka saja membacanya kerana disitu adanya cahaya buat hati kita.

Hati yang mungkin sudah kering kontang, hati yang mungkin sudah lama hitam, hati yang mungkin sedang mencari ketenangan hakiki.

Kita hidup sangat sementara sedangkan akhirat kekal selamanya.

@iwanaaisyah
Sirami jiwa al-Quran

Iwana Aisyah Ab Halim

24 Sep, 07:01


Berzina ini bukan terus kenal harini terus berzina tetapi ia bermula dengan bibit-bibit zina.

Awalnya hanya sekadar mesej untuk hilangkan kesunyian walaupun sudah bertunang. Kemudian pergi kepada keluar berduaan. Kemudian nak cuba pegang anggota sedikit dan akhirnya ke lembah penzinaan.

Sebab itu dalam al-Quran, Allah tak kata “jangan berzina..” tapi Allah kata “jangan dekati zina” sebab bibit-bibit permulaan zina itu adalah perkara remah saja.

“Alah mesej gelak-gelak je, alah keluar lepak je, alah tengok wayang je, alah naik kereta sekali je, alah kami dah bertunang, alah kami akan kahwin juga..”

Mengikut hukum Islam, penzina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.

Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, para penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniah.

Semoga Allah hindari ahli keluarga kita daripada lembah penzinaan, aamiin.

@iwanaaisyah
Perlihara dirimu