Kota Sufi Se-Nusantara @kotasufi Channel on Telegram

Kota Sufi Se-Nusantara

@kotasufi


Info Penganjuran Kota Sufi Se - Nusantara 2.0

Kota Sufi Se-Nusantara (Indonesian)

Selamat datang di Kota Sufi Se-Nusantara! Channel ini adalah tempat berkumpulnya para pecinta dan pengagum tradisi Sufi di wilayah Nusantara. Dengan username @kotasufi, kami mengundang Anda untuk bergabung dalam komunitas yang mempromosikan keindahan dan kedamaian melalui ajaran Sufisme

Siapa yang bisa bergabung? Semua orang yang ingin belajar dan memahami lebih dalam tentang kebijaksanaan Sufi, serta ingin merasakan kedamaian dalam hati mereka

Apa yang dapat Anda temukan di sini? Di sini, Anda akan menemukan berbagai informasi seputar kegiatan Penganjuran Kota Sufi Se-Nusantara 2.0, event-event, seminar, diskusi, dan berbagai kegiatan lainnya yang bertujuan untuk memperluas pengetahuan serta memperkaya pengalaman spiritual Anda

Jadi, tunggu apalagi? Segera bergabung dengan kami di Kota Sufi Se-Nusantara dan rasakan kehangatan serta kedamaian yang dibawa oleh ajaran Sufi. Mari kita bersama-sama menjelajahi keindahan Nusantara melalui lensa spiritualitas Sufi. Terima kasih atas kunjungan Anda!

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:08


Kehidupan para sufi itu adalah kehidupan mencuba persis kehidupan Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam.

#KotaSufi
Sumber FB Ustaz Angah Sunan

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:08


𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝟕 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐮𝐟𝐢 𝟐.𝟎 : 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐮𝐟𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐟𝐥𝐢𝐤 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡

'𝑃𝑜𝑖𝑛𝑡’ 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑆𝑦𝑎𝑖𝑘ℎ 𝑌𝑎ℎ𝑦𝑎 𝑆𝑒𝑟𝑔𝑖𝑜 𝑃𝑎𝑙𝑙𝑎𝑣𝑖𝑐𝑖𝑛𝑖 𝐴𝑙-𝐼𝑑𝑟𝑖𝑠𝑖𝑦, 𝑀𝑎𝑛𝑡𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝐻𝑎𝑙 𝐸ℎ𝑤𝑎𝑙 𝐴𝑔𝑎𝑚𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖 𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝐼𝑡𝑎𝑙𝑦

𝑻𝒂𝒓𝒆𝒌𝒂𝒉 𝑨𝒉𝒎𝒂𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝑰𝒕𝒂𝒍𝒚

Tarekah Ahmadiyyah di asaskan oleh Syaikh Ahmad bin Idris al-Hasani, beliau mempunyai dua murid yang utama iaitu Syaikh Ahmad Sanusi dan Syaikh Ibrahim Al-Rasyid. Pesantren dan masjid yang berada di sini (merujuk Masjid Al-Fattah Idrisiyyah, Tasikmalaya Jawa Barat) adalah bersilsilahkan dari jalur Syaikh Ahmad Sanusi. Syaikh Abdul Wahib yang merupakan Ayah Kandung kepada Syaikh Yahya Sergio mengambil Ahmadiyyah dari Malaysia iaitu dari Al-Alim Syaikh Sidi Abdul Rashid bin Syaikh Haji Mohammad Said Linggi, Negeri Sembilan. Syaikh Mohammad Said Linggi pula mendapatkan Tarekah Ahmadiyyah ini dari Sidi Ahmad Dandarawi yang merupakan murid kepada Syaikh Sidi Ibrahim Al-Rasyid.

Ini merupakan kombinasi yang sangat menarik. Sanad Ahmadiah Idrisiyyah di sini mengambil dari Syaikh Ahmad Sanusi yakni dari bumi Barat / Timur Tengah ke Indonesia dan Adapun sanad kami dari Malaysia lalu dikembangkan ke Itali.

𝐓𝐚𝐬𝐚𝐰𝐮𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡

𝑨𝒌𝒉𝒍𝒂𝒌 𝑻𝒂𝒔𝒂𝒘𝒖𝒇

Akhlak Tasawuf adalah amalan sekalian umat. Ini kerana semua orang mesti mengamalkan akhlak yang baik yang mana hal ini memang tercatat dalam Wahyu. Bukan itu sahaja, akhlak tasawuf adalah pakaian akhlak Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam.

𝑲𝒊𝒃𝒍𝒂𝒕 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒎𝒂

Kiblat sekalian umat Islam adalah Kaabah. Di Kota itu juga menyaksikan kelahiran insan agung yakni Nabi Muhammad saw. Lantaran itu, kita menuju dan berkongsi tempat kecintaan yang sama.

𝑬𝒍𝒆𝒎𝒆𝒏-𝑬𝒍𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑻𝒂𝒓𝒆𝒌𝒂𝒉

i. Niat dan ia berhubung rapat dengan ilmu dan khidmat (praktikal ubudiyyah)
ii. Method dan ia berhubung rapat dengan zikir dan taqwa
iii. Tujuan akhir (goal) dan ia berhubung rapat dengan makrifah

Antara yang diajar oleh Syaikh Ahmad bin Idris adalah berhati-hati dengan pendapat sendiri (personal opinion) dalam menafsirkan sesuatu. Jangan ada motif peribadi disebalik melontarkan penghujahan dan alasan akan sesuatu isu. Selain itu, ada sedikit bahaya apabila Al-Quran dan Hadis hanya dihafal di akal tetapi tidak dimasuk ke dalam hati. Maka, akal yang diiringi nafsu yang menafsirkan bukan berasaskan sifat taqwa dari kebersihan hati. Penafsiran dari taqwa bersumberkan hati yang bersih akan membuahkan makna yang lebih mendekati kebenaran.

Firman Allah Taala:

وَٱتَّقُوا ٱللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُ
“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingat lah) Allah akan mengajarkan kamu”, [Surah Al-Baqarah : 282]

𝑺𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒂𝒏 𝑨𝒅𝒂 𝑻𝒊𝒈𝒂:

1. Al-Qur’an
2. Hadis
3. Keberanian untuk mengatakan ‘𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑡𝑎ℎ𝑢’

Keberanian mengakui ‘tidak tahu’ akan mendorong ingin lebih tahu dan akan mendapat ilmu baharu. Disamping itu, dapat mengelak terkena penyakit kesombongan merasa paling tahu.

𝑨𝒅𝒂 𝑻𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈𝒋𝒂𝒘𝒂𝒃 𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑫𝑰𝑨𝑴 𝑨𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝑲𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑩𝒆𝒓𝒄𝒂𝒌𝒂𝒑

Bahkan salah bentuk pengajaran Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam adalah berdiam (taqrir). Hal ini mesti dipraktiskan. Belajar untuk diam. Terlalu banyak bercakap boleh mengundang banyak kesilapan. Dalam tarekah, ada kalanya kita belajar, adakalanya kita beramal dan ada masanya kita berdiam.

𝑴𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒊 𝑲𝒆𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒂𝒏 𝑵𝒂𝒃𝒊 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑺𝒂𝒍𝒍𝒂𝒍𝒍𝒂𝒉𝒖 ‘𝑨𝒍𝒂𝒚𝒉𝒊 𝑾𝒂 𝑺𝒂𝒍𝒍𝒂𝒎

Kemuncak para salik, mesti merasai kedekatan dan penghayatan kehidupan Rasulullah atau erti kata lain mencontohi kehidupan Baginda Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam. Hal ini kerana mereka memahami bahawa ilmu makrifah yang mereka perolehi bukan hasil daya upaya zahir mereka tetapi anugerah Allah kerana barakah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam.

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:08


Maka tindak balas dari hal itu, lahir kitab-kitab akidah khusus kepada orang awam untu menyederhanakan ketinggian bicara tauhid orang sufi.

Fasa abad 8- terus berkembang dengan kewujudan tarekat-tarekat amaliyah, termasuk sebagai sokongan kepada dinasti-dinasti seperti Kesultanan Utsmaniyah oleh Bektasyiyah, Kesultanan Mughal oleh Naqsyabandiyyah dll. Lantaran ketajaman dan keikhlasan hati, para ulama’ sufi sering dijadikan penasihat kepada para Sultan termasuk Kesultanan Mughal.

𝑺𝒖𝒇𝒊𝒔𝒎𝒆 𝒅𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎𝒊𝒔𝒂𝒔𝒊 𝑵𝒖𝒔𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂

Perkembangan zawiyah sufi di Timur Tengah sangat mempengaruhi Islamisasi di wilayah-wilayah pedalaman, Afrika, Asia Timur Jauh, Asia Tenggara dan Nusantara Islam Nusantara dimulai dari Perlak Aceh, Malaka (Malaysia), Patani (Thailand), Demak, Tuban, Gresik, Cirebon dan Banten. Ternate, Tidore, Makasar, Sulu (Philipina Selatan). Islamisasi di Pulau Jawa berhadapan dengan Majapahit yang telah menanamkan Hindu dan Budha.

Perbezaan perkembangan sufi di Sumatera dan Jawa adalah di Sumatera, banyak penulisan dikarang oleh para ulama’ sufi di sana berbicara tentang pemikiran-pemikiran sufi. Adapun sufi di Jawa perkembangan dan pengaruh Sufi melalui jalan budaya seperti Gerakan Wali Songo.

Pendekatan cara budaya kerana Wali Songo berhadapan Kerajaan Majapahit yang mengakar budayanya dalam masyarakat. Maka, budaya-budaya warisan majapahit banyak dimurnikan dalam pendekatan dakwah Wali Sanga.

Sultan Maulana Hasanudin dan putranya Maulana Yusuf memberi pengaruh kuat bagi budaya Islam di Banten. Peranan wali sanga jelas memberi pengaruh yang luar biasa bagi corak budaya Islam di Jawa khususnya.

𝑺𝒖𝒇𝒊-𝒔𝒖𝒇𝒊 𝑵𝒖𝒔𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅 𝒌𝒆 16-17

Pemikiran dan pengaruh Syaikh Hamzah Fansuri mendominasi di Aceh pada abad ke 16. Amalan Tasawufnya adalah Qodiriyyah. Beliau telah meninggalkan beberapa karya antaranya ; Asrar al-’Arifiin, Syarab al-’Asyiqin, al-Muhtadi, al-Ruba’i. Murid-murid beliau adalah Syaikh Syamsuddin Sumatrani dan Syaikh Abdul Muhyi. Pengembaraan Syaikh Hamzah Fansuri dari Timur Tengah hingga ke Parsi. Pemikirannya tersebar di Perlak, Kelantan, Trengganu, Banten, Pengalaman sufistiknya sangat dalam banyak ta’wil dan isyarat ruhaniyah dan dekat dengan Ibn Araby, dan al-Jilly

𝑷𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒔𝒂𝒘𝒖𝒇 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒓𝒆𝒌𝒂𝒕 𝑺𝒖𝒇𝒊 𝑵𝒖𝒔𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅 18-19

Syaikh Abdu Shamad al-Falimbani menulis Hidayat al-Salikin, terinspirasi dan mengadaptasi gagasan-gagasan al-Ghazaly iaitu kesepaduan ushuluddin, fiqh dan tasawuf.

Syaikh Daud Abdullah Fathany Thailand juga terkenal dalam bidang tasawuf dan menulis kitab Manhaj al-Shafi fi Bayani Rumuz ahl Shufy. Sebenarnya ia lebih banyak menulis kitab-kitab fiqh, dan mengupas tasawuf sambil lalu saja.

Syaikh Muhammad Nafis al-Banjary, masyhur dengan kitab karangannya Sabilah al-Muhtadin. Beliau juga mengikuti pemikiran Ibn Araby. Misalnya, ia mengakui adanya Martabat Tujuh (ahadiyah, wahdah, wahidiyah, alam arwah, alam mitsal, alam ajsam dan insan). Tentang makam baqa terdiri dari dua; syuhud al-katsrah fi al-wahidah, dan syuhud al-wahidah fi al-katsrah

Syaikh Ismail al-Khalidy, menulis ar-Rahmat al-Habithah fi Dzikri wa al-Rabithah dalam mengembangkan Naqsyabandiyyah.

Syaikh Ahmad Khatib Syambas, menulis kitab Fath al-’Arifin, menggagas gabungan tarekat Qadiriyyah wa an-Naqsyabandiyyah.

Dan contoh-contoh yang lain.

Boleh download Slide pembentangan di link berikut –
https://t.me/kotasufi/390

#angahsunan
#KotaSufi

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:08


𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝟔 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐮𝐟𝐢 𝟐.𝟎 : 𝐓𝐡𝐚𝐫𝐢𝐪𝐚𝐡-𝐓𝐡𝐚𝐫𝐢𝐪𝐨𝐡 𝐌𝐮’𝐭𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚

‘𝑃𝑜𝑖𝑛𝑡’ 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑟𝑜𝑓. 𝐷𝑟. 𝐴𝑗𝑖𝑑 𝑇ℎ𝑜ℎ𝑖𝑟, 𝑀𝐴, 𝐶𝐼𝐻𝐶𝑆
𝐾𝑒𝑡𝑢𝑎 𝐷𝑒𝑤𝑎𝑛 𝑃𝑎𝑘𝑎𝑟 𝐿𝑒𝑚𝑏𝑎𝑔𝑎 𝐷𝑎𝑘𝑤𝑎ℎ 𝑇ℎ𝑎𝑟𝑖𝑞𝑎ℎ 𝑄𝑎𝑑𝑖𝑟𝑖𝑦𝑎ℎ 𝑁𝑎𝑞𝑠𝑦𝑎𝑏𝑎𝑛𝑑𝑖𝑎ℎ (𝐿𝐷𝑇𝑄𝑁) 𝑃𝑜𝑛𝑑𝑜𝑘 𝑃𝑒𝑠𝑎𝑛𝑡𝑟𝑒𝑛 𝑆𝑢𝑟𝑦𝑎𝑙𝑎𝑦𝑎, 𝐽𝑎𝑤𝑎 𝐵𝑎𝑟𝑎𝑡

Titik kesatuan penting thariqah – thariqah adalah amalan zikir dan selawat. Semua thariqah apabila diperhatikan ciri-ciri mereka, semuanya ada zikir dan selawat.

𝑻𝒂𝒔𝒂𝒘𝒖𝒇 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒓𝒆𝒌𝒂𝒉

Tasawuf itu umum, maka yang menurunkan tasawuf itu kepada amal adalah amalan thariqah. Jika diibaratkan duit syiling, satu sisinya adalah perbicaraan ilmu dan satu sisi lagi adalah praktis amal (pelaksanaan). Atau dimisalkan lagi adalah sains dan teknologi. Sains itu bagaikan tasawuf, dan praktis tasawuf itu ibarat teknologi iaitu dinamakan tarekah. Bicara Tasawuf tanpa tarekah adalah hanya wacana sahaja. Ia tidak akan merasai bagaimana tasawuf.

Istilah tasawuf lebih umum dalam menjelaskan hal ehwal tentang pengetahuan ruhaniyah. Istilah tarekat lebih khusus bukan hanya tentang pengetahuan ruhaniyah, tapi juga berkait tentang amaliah, adab suluk, mursyid, khirqah, washilah, robithoh, silsilah, ijazah, talqin dzikir, praktikal dzikir, bai’at, khususiyah, manaqib dll. Tasawuf tanpa tarekat ibarat pengetahuan tanpa praktikalnya.

𝑻𝒂𝒌𝒓𝒊𝒇 𝑻𝒂𝒔𝒂𝒘𝒖𝒇

Takrif yang dipilih ada dua iaitu –

Takrif disisi Syaikh al Islam Zakaria Al-Ansari

التصوف علم تعرف به احوال تزكية النفوس وتصفية الاخلااق وتعمير الظاهر والباطن لنيل السعادة الابدية
(شيخ الاسلام زكريا الانصاري)

“Tasawuf itu adalah ilmu yang dikenali sebagai penyucian nafsu, pemurnian akhlak, pembinaan zahir dan batin untuk mencapai kebahagiaan abadi”

Ada pelbagai jenis kebahagiaan dan salah satunya adalah kebahagiaan rohaniah dan hal itu merupakan suatu pencapai dalam tarekah.

Takrif disisi Syaikh Abdul Qadir Isa

التصوف تصفية القلب من اوضار المادة وقوامه صلة الانسان بالخالق العظيم. فالصوفي من صفا قلبه لله، وصفت لله معاملته، فصفت له من الله تعالي كرامته
(شيخ عبد القادر عيسى)

"Tasawuf adalah pemurnian qalbu dari kekotoran material dan asas pentingnya adalah perhubungan Keinsanan dengan akhlak yang mulia. Maka orang sufi itu adalah mereka yang bersih hati kerana Allah, suci muamalahnya kerana Allah. Maka (didapati) kemuliaan yang murni dari Allah kepada mereka."

𝑭𝒂𝒔𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑺𝒖𝒇𝒊𝒔𝒎𝒆

Secara sejarahnya, lahirnya kelompok sufi dalam panggung sejarah Islam dilatarbelakangi secara substantif oleh adanya dorongan doktrin atau teks-teks ayat al-Qur’an dan Hadits-hadits Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam serta wujudnya pelbagai aspek luaran yang sangat kompleks, seperti halnya situasi sosial, budaya, politik dan situasi-situasi keagamaan lain.

Fasa abad 1-2 hjiriyah, perkembangan tasawuf dilakukan oleh salafu shalih secara perseorangan (Said bin Musayyab, Hasan Bashri, Ja’far Shadiq, Rabiah al-Adawiyyah).

Fasa abad 3-4 hijriyah, pembahasan akhlak, pengetahuan intuitif lantara saranan dan method (Junaid al-Baghdady, Abu Yazid al-Busthami, al-Qusyairi dll). Epistemologi sufistik mulai disusun sebagai sistem keilmuan, seperti halnya fiqh, ushul fiqh, tafsir, hadits, kalam dll

Fasa abad 5-6 hijriyah, sufisme memfokuskan pada integrasi ajaran (kalam, fiqh dan tasawuf) oleh al-Ghazaly. Dilanjutkan oleh gerakan Tarekat oleh Sayyid Ahmad Rifa’i (w.570 H), Sayyid Abdul Qodir al-Jilany (w.651 H), Hasan al-Syadzily (w.656 H).

Fasa abad 6-7 hijriyah, tasawuf berkembang pula berbagai pemikiran theosofi (filsafat sufistik) seperti Hikmah Isyraqiyah Imam Suhrawardy (w.549 H), Wihdat al-Wujud Ibn ‘Araby (w.638 H). Fasa perkembangan logika rasa atau tauhid dzauqiah ini mula berkembang dibicarakan. Namun hati-hati juga jika dibicarakan terlalu umum. Buah tangan Al-Jilli dan Ibnu Arabi terlalu tingi untuk difahami orang awam.

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:07


𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝟓 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐅𝐈 𝟐.𝟎 : 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐔𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐒𝐔𝐅𝐈

𝑷𝒆𝒎𝒃𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝑰 : 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑨𝒏𝒈𝒂𝒉 𝑺𝒖𝒏𝒂𝒏, 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

𝑷𝒆𝒎𝒃𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝑰𝑰 : 𝑫𝒓. 𝑰𝒓 𝑰𝒓𝒇𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒅𝒊𝒐𝒏𝒐, 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂

‘𝑃𝑜𝑖𝑛𝑡’ 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑈𝑠𝑡𝑎𝑧 𝐴𝑛𝑔𝑎ℎ 𝑆𝑢𝑛𝑎𝑛

Definisi ekonomi moden adalah kajian menguruskan sumber yang terhad sedangkan kehendak manusia tidak ada batas.

Definisi ekonomi Islam pula adalah kajian menguruskan sumber yang tidak ada batas sedangkan kehendak manusia boleh dihadkan.

Kita yakin bahawa Allah telah memberi nikmat sebanyak-banyaknya di dalam ini dengan pelbagai kekayaan sumber. Sikap manusia yang boros, tamak boleh dikawal dan dihadkan melalui jiwa tasawuf.

Ekonomi itu sendiri dalam bahasa arab disebut Iqtisodiah yang membawa maksud sederhana, tidak boros dan tidak pula kedekut (tidak berbelanja). Dua hal itu tidak baik untuk aktiviti ekonomi.

𝑲𝒆𝒈𝒊𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊 𝑩𝒆𝒓𝒅𝒂𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝑷𝒓𝒊𝒏𝒔𝒊𝒑 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉

- Halal
- Tidak menzhalimi
- Saling Ridha
- Tidak adanya : riba, maysir (perjudian), gharar (tidak jeals), tadlis (penipuan), darar (mudarat/merusak), dan maksiat
- Adanya keadilan pembahagian pendapatan (distribution of wealth)
- Adanya aspek sosial dan bersifat lingkungan (ada sumbangan positif untuk masyarakat dan bermanfaat bagi masyarakat setempat)

𝑪𝒊𝒓𝒊-𝒄𝒊𝒓𝒊 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊 𝑲𝒆𝒖𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏 (𝑺𝒐𝒄𝒊𝒂𝒍 𝑬𝒄𝒐𝒏𝒐𝒎𝒚)

• Berpusat pada keadilan dan berasaskan kepada solidariti sosial
• Berfokus pada upaya mengatasi masalah ketidakseimbangan. Ini masalah kritikal dalam ruang lingkup ekonomi sekarang yang mana ketidaksamaan jurang ekonomi semakin melebar. Jurang pendapatan ini dikira melalui Pekali Gini (The Gini coefficient).
• Umat terlibat aktif, tidak hanya sebagai penonton dalam menjalankan roda perekonomian. Semakin ramai ‘player’ dalam ekonomi, keadaaan ekonomi akan semakin baik. Pembayar zakat bertambah malah dalam konteks cukai, semakin ramai yang aktif dalam kegiatan ekonomi, semakin ramai pembayar cukai untuk hasil kerajaan.
• Solidariti ekonomi bersumber pada hukum hakam syarak. Ini paling penting, kita tidak menjalankan aktiviti ekonomi mengikut hawa nafsu tetapi ada panduan wahyu.
• Wujudnya pembahagian kembali (redistribution) asset dan pendapatan. Hal ini agar harta kekayaan itu beredar di dalam masyarakat dan mengelak harta terpendam. Merujuk kepada mursyid saya, kekayaan itu seperti air. Jika hanya bertakung di dalam tempayan, ia akan membusuk akan tetapi jika dialirkan ke tanah gersang, ia memberi manfaat yang besar. Instrumen zakat, infaq, wakaf sebenarnya adalah wasilah pengaliran kekayaan itu ke sasaran dan masyarakat.

𝑷𝒆𝒓𝒎𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒅𝒂

Banyak orang memiliki kefahaman yang salah terkait tasawuf dan sufi. Menurut mereka, Tasawuf menyebabkan kemunduran orang muslim. Hal ini salah sama sekali. Secara sejarah dan fakta, orang yang benar-benar mengamal sufi adalah orang yang berjuang bukan berpeluk tubuh. Bukan hanya aspek ekonomi, malah merangkumi aspek. Kita di Jawa Barat, contoh terdekat dengan kita adalah berdirinya Kesultanan Islam paling awal di Tanah Jawa iaitu Kesultanan Demak kemudian Kesultanan Cirebon, Kesultanan Banten adalah dari para Tokoh Ulama’ Sufi.

𝑲𝒆𝒂𝒅𝒂𝒂𝒏 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊 𝑺𝒂𝒂𝒕 𝒊𝒏𝒊

Paradigma ekonomi rasional-empirik masih dominan, tetapi untuk mewujudkan “kesejahteraan ummat manusia” masih jauh panggang dari api. Sejak era Adam Smith hingga era disrupsi : kesenjangan ekonomi( economic inequality), kemiskinan, penyimpangan dan jenayah ekonomi siber (cyber-economic crimes), tak kunjung teratasi.

Keadaan dunia dengan segala kemodenan, membuat banyak manusia lupa akan tujuan hidupnya di alam ini. Seakan-akan semuanya hanya berorientasi untuk dunia semata, hanya sedikit orientasi untuk akhiratnya kelak. Lantaran seperti ini, terjadilah kekosongan jiwa dan nilai-nilai spiritual pada umat manusia umumnya, umat muslim secara khususnya.

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:07


• Mewujudkan ekonomi sebagai bentuk pengamalan nilai nilai Islam (ekonomi syariah).
• Menjadikan ekonomi sebagai media dakwah yang berkelanjutan dan aplikatif.
• Mewujudkan kemandirian dan kesejahteraan umat melalui berbagai program dan kegiatan usaha.

𝑴𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒏𝒅𝒔𝒆𝒕 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂

1. Seluruh aktiviti adalah ibadah, termasuk berusaha. Ketika fokusnya kepada Allah SWT, maka yang terbentuk dalam diri adalah nilai. Melakukan usaha bukan hanya target profit, tetapi kerena Allah semata. Niatkan Ibadah

2. Semua pekerjaan perlukan proses, dan proses menjadi bagian dari penilaian Allah SWT. Gerak batin sepenuhnya dalam pengawasan Allah SWT. Nilai-nilai positif seperti: kejujuran, kebenaran, keadilan, kasih sayang akan terbangun apabila kita semakin dekat dengan Allah dan selalu diawasi oleh Allah SWT.

3. Rezeki itu kurnia, bukan tujuan. Rezeki menjadi sarana kita semakin mengenal Allah SWT.

𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑲𝑨𝑰𝑳 (𝑲𝒖𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊 𝑲𝒆𝒄𝒊𝒍) 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑨𝒈𝒏𝒊𝒂𝒄𝒂𝒓𝒆

Prinsip untuk mengubah penerima zakat menjadi pemberi zakat di masa depan

1. Pemberian pinjaman tanpa bunga (interest)

2. Pemberian mentoring dan latihan dan pendampingan menjalankan usaha mikro dan kecil

𝑩𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 𝑼𝒏𝒊𝒕 𝑼𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌𝒊

• Kopontren Idrisiyyah : Qini Depo (Perikanan), Qini Minang, Qini Bakery, Qini Fashion, Air Karomah (Air dalam Kemasan), Warung UKM
• BMT Idrisiyyah
• Qini Mart (Minimarket)
• Qini Vaname (Tambak Udang)
• Qini Farm (Peternakan Ayam)
• Resto Panyawah
• PT UMI : Pengembang Perumahan dan Kontraktor Perumahan
• Klinik Idirisiyyah Medical Center
• PT Rizka Utama Tarvelindo : Usaha Tour & Travel

Download Slide Pembentangan di link -
https://t.me/kotasufi/389

#KotaSufi

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 12:07


Konsep Ekonomi Sufi atau Mursyid kami istilahkan sebagai Ekonomi Salaman Layak Dikembangkan Mengatasi Persoalan Ekonomi Saat Ini

Merupakan konsep ekonomi dimana para sufi, yang berpandangan agar manusia melaksanakan kegiatan ekonomi dengan menggabungkan syariah, tauhid dan ihsan. inilah yang menjadi ciri khas yang membezakan kegiatan ekonomi para sufi dengan masyarakat lainnya.

Dari sisi analisis ilmu ekonomi, melalui wara, zuhud, qonaah, syukur akan menciptakan distribusi pendapatan yang menumbuhkan sektor sebenar (real sector), kemudian meningkatkan produktiviti dan peluang kerja yang akan mendorong pertumbuhan ekonomi.

Konsep ini juga akan menghindarkan manusia dalam menumpukan kekayaan (hanya tertumpu harta pada sekelompok orang). Bayangkan, 10 syarikat dunia yang terbesar mempunyai pendapatan yang lebih banyak dari kerajaan 180 negara! Pada waktu yang sama lebih 1.6 bilion penduduk dunia tidak mendapat perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan taraf kehidupan yang diperlukan. Ke mana perginya syarikat ini di dalam membantu mereka yang memerlukan?

Tujuan utama berekonomi adalah untuk menuju Allah SWT. Maka motif ekonomi para sufi merupakan ekspresi taat kepada perintah Allah.

𝑲𝒐𝒏𝒔𝒆𝒑 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊 𝑲𝒆𝒖𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒑𝒆𝒌𝒕𝒊𝒇 𝑺𝒖𝒇𝒊

• Dalam konsep ekonomi keumatan, Kaum sufi mengembangkan berbagai bentuk kegiatan ekonomi yang dibangun atas tiga asas, iaitu: nilai-nilai Keimanan (tauhid), Syariah dan, Ihsan (etika).
• Ketiga prinsip dasar ekonomi ini tidak dapat dipisahkan satu sama lainnya; harus integrasi pada setiap diri pelaku ekonomi. Ketika hal ini terwujud maka akan tercipta pelaku perniagaan atau ekonomi secara profesional yang soleh dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, sihat, kondusif dan produktif.

‘𝑃𝑜𝑖𝑛𝑡’ 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝐷𝑟. 𝐼𝑟. 𝐼𝑟𝑓𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑑𝑖𝑜𝑛𝑜

𝐈𝐦𝐩𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐊𝐞𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧) 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐫𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡

𝑲𝒐𝒏𝒔𝒆𝒑 𝑷𝒆𝒎𝒊𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊 𝑻𝒂𝒔𝒂𝒘𝒖𝒇 𝑺𝒚𝒆𝒌𝒉 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑭𝒂𝒕𝒉𝒖𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒏

• Tidak ada pemisahan urusan dunia dan akhirat. Islam mengatur segala urusan dunia maupun akhirat. Islam bukan mengatur urusan di dalam masjid saja, tapi di seluruh jaringan kehidupan termasuk berekonomi.

• Ekonomi berhajatkan tasawuf. Ini kerana tasawuf mengajarkan nilai-nilai moral seperti kejujuran, kesabaran/keuletan, tawakkal, syukur dan tidak lupa diri. Tanpa tasawuf, ekonomi hanya meraih manfaat yang fana’ (tidak kekal).
• Tasawuf bukan identik dengan kemiskinan. Orang yang bertasawuf bukan bererti memiskinkan diri dan tidak boleh kaya. Bertasawuf harus lebih rajin berusaha, kerana para Nabi dan Shalihin telah mencontohkannya.
• Umat Islam harus menggenggam dunia. Kesalahan memahami konsep Zuhud = menjauhi dunia atau mengasingkan diri. Zuhud yang sesungguhnya adalah tidak terpengaruh dengan dunia, bahkan menaklukkan dunia agar menjadi sarana ibadah kepada Allah.
• Ekonomi memerlukan kepengurusan dan kepemimpinan yang baik. Ini kerana, figur seorang mursyid amat menentukan keberhasilan umat dalam menjalani roda ekonominya, sekaligus menggali potensinya. Mursyid boleh menjadi motivator, pembimbing, teladan, pengawas dan pengarah di lapangan.

𝑫𝒂𝒔𝒂𝒓 𝑷𝒆𝒎𝒊𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏 : 𝑻𝒂𝒇𝒔𝒊𝒓 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒃𝒆𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 𝒂𝒚𝒂𝒕

Q.S. Al-Baqarah [2]: 30
• Fungsi manusia sebagai hamba yang Allah turunkan ke dunia, tujuannya adalah Pertama, sebagai Khalifah (Pemimpin) dan kedua adalah untuk memakmurkan bumi ini. Dalam memakmurkan bumi butuh keahlian dan keahlian butuh ekonomi.

Q.S. Al-Baqarah [2]: 168
• kita diharuskan agar senantiasa memperhatikan makanan dan minuman, karena itu semua diperoleh dengan cara berekonomi, tidak bisa tanpa ekonomi. Ini menunjukkan bahwa kita harus berekonomi, bagaimana kita bisa pakai baju yang bagus kalau tidak berekonomi. Artinya ayat ini merupakan satu dorongan bagi kita untuk semangat dalam berekonomi.

𝑴𝒆𝒏𝒆𝒕𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒔𝒊 𝑻𝒂𝒓𝒆𝒌𝒂𝒕 𝑰𝒅𝒓𝒊𝒔𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑩𝒊𝒅𝒂𝒏𝒈 𝑬𝒌𝒐𝒏𝒐𝒎𝒊

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 11:00


𝘥𝑖 𝑠𝘢𝑎𝘵 𝘣𝑒𝘳𝑧𝘪𝑘𝘪𝑟 𝑘𝘦𝑝𝘢𝑑𝘢-𝘕𝑦𝘢. 𝑆𝘦𝑚𝘰𝑔𝘢 𝘈𝑙𝘭𝑎𝘩 𝘣𝑒𝘳𝑘𝘦𝑛𝘢𝑛 𝑚𝘦𝑛𝘨𝑎𝘯𝑔𝘬𝑎𝘵 𝘬𝑎𝘮𝑢 𝑑𝘢𝑟𝘪 𝘻𝑖𝘬𝑖𝘳 𝘺𝑎𝘯𝑔 𝑑𝘪𝑠𝘦𝑟𝘵𝑎𝘪 𝘬𝑒𝘭𝑎𝘭𝑎𝘪𝑎𝘯 𝘮𝑒𝘯𝑢𝘫𝑢 𝑧𝘪𝑘𝘪𝑟 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑖𝘴𝑒𝘳𝑡𝘢𝑖 𝑘𝘦𝑠𝘦𝑑𝘢𝑟𝘢𝑛, 𝘥𝑎𝘳𝑖 𝑧𝘪𝑘𝘪𝑟 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑖𝘴𝑒𝘳𝑡𝘢𝑖 𝑘𝘦𝑠𝘦𝑑𝘢𝑟𝘢𝑛 𝑚𝘦𝑛𝘶𝑗𝘶 𝘻𝑖𝘬𝑖𝘳 𝘺𝑎𝘯𝑔 𝑑𝘪𝑠𝘦𝑟𝘵𝑎𝘪 𝘩𝑎𝘥𝑖𝘳𝑛𝘺𝑎 ℎ𝘢𝑡𝘪, 𝑑𝘢𝑟𝘪 𝘻𝑖𝘬𝑖𝘳 𝘺𝑎𝘯𝑔 𝑑𝘪𝑠𝘦𝑟𝘵𝑎𝘪 𝘩𝑎𝘥𝑖𝘳𝑛𝘺𝑎 ℎ𝘢𝑡𝘪 𝘮𝑒𝘯𝑢𝘫𝑢 𝑧𝘪𝑘𝘪𝑟 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘮𝑒𝘯𝑔𝘢𝑏𝘢𝑖𝘬𝑎𝘯 𝘴𝑒𝘭𝑎𝘪𝑛 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑖𝘪𝑛𝘨𝑎𝘵𝑖 (𝘈𝑙𝘭𝑎𝘩). "𝐷𝘢𝑛 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑒𝘮𝑖𝘬𝑖𝘢𝑛 𝑖𝘵𝑢 𝑏𝘢𝑔𝘪 𝘈𝑙𝘭𝑎𝘩 𝘵𝑖𝘥𝑎𝘬 𝘭𝑎𝘩 𝘴𝑢𝘬𝑎𝘳" [𝘚𝑢𝘳𝑎𝘩 𝘐𝑏𝘳𝑎𝘩𝑖𝘮:2]

Imam Ibnu Athoillah juga secara tidak langsung mengisyaratkan ada tahap-tahap dalam zikir. (1) Bermula dengan zikir yang lalai (2) kepada zikir disertai kesedaran kepada (3) zikir yang disertai hadirnya hati, dan terus menuju ke zikir yang mengabaikan selain dari Allah (fana’).

#kotasufi

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 11:00


𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝟑 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐅𝐈 𝟐.𝟎 : 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐒𝐘𝐈𝐃

'𝑃𝑜𝑖𝑛𝑡' 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑆𝑦𝑒𝑘ℎ 𝐴𝑘𝑏𝑎𝑟 𝐹𝑎𝑡ℎ𝑢𝑟𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑛 𝐼𝑑𝑟𝑖𝑠𝑖𝑎ℎ

Mursyid itu dari kata Arsyada (أرشد), Yurshidu (يرشد) Irsyadan (ارشاد) fahuwa mursyidun (مرشد) iaitu orang yang memberi petunjuk dan bimbingan kepada para muridnya. Mursyid ada beberpa martabat:

𝙈𝙖𝙧𝙩𝙖𝙗𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 : 𝙈𝙪𝙧𝙨𝙮𝙞𝙙 𝙖𝙡 𝙆𝙖𝙢𝙞𝙡 𝙖𝙡-𝙈𝙪𝙠𝙖𝙢𝙢𝙞𝙡

Ilmunya disempurnakan oleh Allah, bimbingannya disempurnakan oleh Allah. Ia juga disebut Khalifah Rasulullah Sallallahu ‘alayhi Wa Sallam.

Kita harus berbaik sangka dengan semua para masyaikh tarekah agar beroleh manfaat dan cahaya mereka walaupun berbeza tarekah-tarekah.

Bilangan tarekah-tarekah adalah banyak tetapi tujuan semua satu sahaja iaitu menuju Allah yang ahad. Hakikat tarekah adalah satu sahaja. Maka, silsilah kemursyidan adalah sama dan menyambung kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alayhi wa Sallam. Kota Sufi telah menjadi medium perantara menghimpunkan tarekah-tarekah tetapi semuanya adalah sama sahaja iaitu Tarekah Muhammadiyah (semua ikut jalan Nabi Muhammad Sallahu ‘alayhi Wa Sallam).

𝑫𝙖𝒍𝙞𝒍 𝑲𝙚𝒎𝙪𝒓𝙨𝒚𝙞𝒅𝙖𝒏

مَن يَهْدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلْمُهْتَدِ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ وَلِيًّا مُّرْشِدًا

“𝐵𝘢𝑟𝘢𝑛𝘨𝑠𝘪𝑎𝘱𝑎 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑖𝘣𝑒𝘳𝑖 𝑝𝘦𝑡𝘶𝑛𝘫𝑢𝘬 𝘰𝑙𝘦ℎ 𝐴𝘭𝑙𝘢ℎ, 𝘮𝑎𝘬𝑎 𝑑𝘪𝑎 𝑙𝘢ℎ 𝑏𝘦𝑟𝘫𝑎𝘺𝑎 𝑚𝘦𝑛𝘥𝑎𝘱𝑎𝘵 𝘬𝑒𝘣𝑎𝘩𝑎𝘨𝑖𝘢𝑎𝘯, 𝑏𝘢𝑟𝘢𝑛𝘨𝑠𝘪𝑎𝘱𝑎 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑖𝘴𝑒𝘴𝑎𝘵𝑘𝘢𝑛-𝑁𝘺𝑎, 𝘮𝑎𝘬𝑎 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘵𝑖𝘥𝑎𝘬 𝘢𝑘𝘢𝑛 𝑠𝘦𝑠𝘦𝑘𝘢𝑙𝘪 𝘢𝑘𝘢𝑛 𝑏𝘦𝑟𝘰𝑙𝘦ℎ 𝑠𝘦𝑏𝘢𝑟𝘢𝑛𝘨 𝘱𝑒𝘯𝑜𝘭𝑜𝘯𝑔 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘥𝑎𝘱𝑎𝘵 𝘮𝑒𝘯𝑢𝘯𝑗𝘶𝑘𝘬𝑎𝘯 (𝑗𝘢𝑙𝘢𝑛) 𝘬𝑒𝘱𝑎𝘥𝑎𝘯𝑦𝘢” . [𝘚𝑢𝘳𝑎𝘩 𝘈𝑙-𝐾𝘢ℎ𝘧𝑖 : 17]

Makam Kewalian adalah dipilih oleh Allah bukan manusia. Mursyid yang wali adalah orang yang dekat dengan Allah, dicintai Allah kemudian ditugaskan diberi IRSYAD (bimbingan) kepada ummat.

Mursyid banyak tau sedikit berbanding ahli fikah atau ahli hadis?

Kita rujuk kalam Ibnu ‘Athaillah di dalam kitabnya Tajul ‘Arus:

اذا طلبت فقيها وجدت كثيرا واذا طلبت قارئا وجدت مثل ذلك واذا طلبت طبيبا وجدت ما لا يحصى. اذا طلبت من يدلك على الله و يعرض بعيوب نفسك لم تجد إلا قليلا

“𝘈𝑝𝘢𝑏𝘪𝑙𝘢 𝘬𝑎𝘮𝑢 𝑚𝘦𝑛𝘤𝑎𝘳𝑖 𝑠𝘦𝑜𝘳𝑎𝘯𝑔 𝑎𝘩𝑙𝘪 𝘧𝑒𝘬𝑎𝘩, 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘢𝑘𝘢𝑛 𝑚𝘦𝑛𝘥𝑎𝘱𝑎𝘵𝑖 𝑗𝘶𝑚𝘭𝑎𝘩𝑛𝘺𝑎 𝑟𝘢𝑚𝘢𝑖, 𝘥𝑎𝘯 𝘢𝑝𝘢𝑏𝘪𝑙𝘢 𝘬𝑎𝘮𝑢 𝑚𝘦𝑛𝘤𝑎𝘳𝑖 𝑎𝘩𝑙𝘪 𝘱𝑒𝘮𝑏𝘢𝑐𝘢 (𝑝𝘦𝑚𝘣𝑎𝘤𝑎 𝐴𝘭-𝘘𝑢𝘳’𝘢𝑛 𝑑𝘢𝑛 𝑘𝘪𝑡𝘢𝑏 𝑎𝘨𝑎𝘮𝑎), 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘢𝑘𝘢𝑛 𝑚𝘦𝑛𝘥𝑎𝘱𝑎𝘵𝑖 𝑠𝘦𝑚𝘪𝑠𝘢𝑙 𝑡𝘢𝑑𝘪 (𝑗𝘶𝑚𝘭𝑎𝘩𝑛𝘺𝑎 𝑟𝘢𝑚𝘢𝑖). 𝐴𝘱𝑎𝘣𝑖𝘭𝑎 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘮𝑒𝘯𝑐𝘢𝑟𝘪 𝘥𝑜𝘤𝑡𝘰𝑟, 𝘬𝑎𝘮𝑢 𝑎𝘬𝑎𝘯 𝘮𝑒𝘯𝑑𝘢𝑝𝘢𝑡𝘪 𝘣𝑖𝘭𝑎𝘯𝑔𝘢𝑛𝘯𝑦𝘢 𝘵𝑖𝘥𝑎𝘬 𝘵𝑒𝘳ℎ𝘪𝑛𝘨𝑔𝘢 𝘣𝑎𝘯𝑦𝘢𝑘𝘯𝑦𝘢. 𝐴𝘱𝑎𝘣𝑖𝘭𝑎 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘮𝑒𝘯𝑐𝘢𝑟𝘪 𝘴𝑒𝘴𝑒𝘰𝑟𝘢𝑛𝘨 𝘺𝑎𝘯𝑔 𝑚𝘦𝑛𝘶𝑛𝘫𝑢𝘬𝑘𝘢𝑛 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘬𝑒𝘱𝑎𝘥𝑎 𝐴𝘭𝑙𝘢ℎ 𝑦𝘢𝑛𝘨 𝘮𝑒𝘮𝑏𝘦𝑛𝘵𝑎𝘯𝑔𝘬𝑎𝘯 𝘢𝑖𝘣 𝘴𝑎𝘭𝑎𝘩𝑚𝘶 (𝑢𝘯𝑡𝘶𝑘 𝑑𝘪𝑏𝘦𝑡𝘶𝑙𝘬𝑎𝘯), 𝘬𝑎𝘮𝑢 𝑡𝘪𝑑𝘢𝑘 𝑎𝘬𝑎𝘯 𝘮𝑒𝘯𝑑𝘢𝑝𝘢𝑡𝘪𝑛𝘺𝑎 𝑚𝘦𝑙𝘢𝑖𝘯𝑘𝘢𝑛 𝑏𝘪𝑙𝘢𝑛𝘨𝑎𝘯𝑛𝘺𝑎 𝑠𝘦𝑑𝘪𝑘𝘪𝑡 𝑠𝘦𝑘𝘢𝑙𝘪”

Jika sudah jumpa murysid, pegang lah betul-betul.

Mursyid membimbing dan memimpin murid-murid zikir dari suatu martabat ke suatu martabat. Menurut Imam Ibnu ‘Athaillah, ada empat martabat zikir:

لَا تَتْرُك الذِّكْرَ لِعَدَمِ حُضُوْرِكَ مَعَ اللهِ فِيْهِ لِأَنَّ غَفْلَتَكَ عَنْ وُجُوْدِ ذِكْرِهِ أَشَدُّ مِنْ غَفْلَتِكَ فِي وُجُوْدِ ذِكْرِهِ، فَعَسَى أَنْ يَرْفَعَكَ مِنْ ذِكْرِ مَعَ وُجُوْدِ غَفْلَةٍ إِلىَ ذِكْرٍ مَعَ وُجُودِ يَقَظَةٍ، وَمِنْ ذِكْرٍ مَعَ وُجُوْدِ غَفْلَةٍ إِلىَ ذِكْرِ مَعَ وُجُوْدِ حُضُوْرٍ وَمِنْ ذِكْرٍ مَعَ وُجُود حُضُورٍ إِلىَ ذِكْرٍ مَعَ وُجُودِ غَيْبَةٍ عَمَّا سِوَى المَذْكُوْر (وَمَا ذَلِكَ عَلىَ اللهِ بِعَزِيْز))

𝘑𝑎𝘯𝑔𝘢𝑛 𝑙𝘢ℎ 𝑘𝘢𝑚𝘶 𝘮𝑒𝘯𝑖𝘯𝑔𝘨𝑎𝘭𝑘𝘢𝑛 𝑧𝘪𝑘𝘪𝑟 ℎ𝘢𝑛𝘺𝑎 𝑘𝘦𝑟𝘢𝑛𝘢 𝘬𝑒𝘵𝑖𝘥𝑎𝘬ℎ𝘢𝑑𝘪𝑟𝘢𝑛 ℎ𝘢𝑡𝘪 𝘬𝑎𝘮𝑢 𝑑𝘪 𝘩𝑎𝘥𝑎𝘱𝑎𝘯 𝘈𝑙𝘭𝑎𝘩 𝘬𝑒𝘵𝑖𝘬𝑎 𝑏𝘦𝑟𝘻𝑖𝘬𝑖𝘳 !, (𝑘𝘦𝑟𝘢𝑛𝘢) 𝑘𝘦𝑙𝘢𝑙𝘢𝑖𝘢𝑛 𝑑𝘢𝑟𝘪 𝘻𝑖𝘬𝑖𝘳 𝘬𝑒𝘱𝑎𝘥𝑎-𝑁𝘺𝑎 𝑙𝘦𝑏𝘪ℎ 𝑏𝘶𝑟𝘶𝑘 𝑑𝘢𝑟𝘪 𝘬𝑒𝘭𝑎𝘭𝑎𝘪𝑎𝘯

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 10:59


Ini isyarat pembukaan hakikat - hakikat Ketuhanan. Namun ingat, apapun pembukaan atau tajalli hakikat itu di hati kita, pembukaan hakikat Allah itu hanya 'seolah-olah' bukan hakikat sebenar. Ini kerana Allah itu berbeza dengan makhluk.

𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐮𝐡𝐢𝐝 𝐒𝐮𝐟𝐢

Dari Abdullah bin Amru bin Al-'Āṣ -raḍiyallāhu 'anhumā-, ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- bersabda,

‎ إنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعهُ مِنَ النَّاسِ، وَلكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِماً، اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوساً جُهَّالاً، فَسُئِلُوا فَأفْتوا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأضَلُّوا

"𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 (𝘥𝘢𝘥𝘢) 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘣𝘶𝘵 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘸𝘢𝘧𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘳𝘢 𝘶𝘭𝘢𝘮𝘢, 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘬𝘪 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘶𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘭𝘮𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘶𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘥𝘰𝘩, 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘧𝘢𝘵𝘸𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘪𝘭𝘮𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘴𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯." [𝘔𝘶𝘵𝘵𝘢𝘧𝘢𝘲𝘶𝘯 '𝘢𝘭𝘢𝘪𝘩𝘪]

Perawi Hadis ini bertanya kepada generasi selanjutnya, "adakah anda ingin tahu apakah ilmu pertama yang dicabut oleh Allah Taala?

Yang ditanya menjawab, "ya"

Perawi Hadis itu menjawab, al-Khusyu'

Khusyu' ini ilmu apakah ? Ilmu rasa di hati. Ini yang dibincangkan dalam Tauhid Sufi (Tauhid rasa di hati).

Maka, hendaklah kita menjaga ilmu khusyu' pada Allah kerana ia ilmu yang amat mahal dan awal diangkat.

#kotasufi

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 10:59


𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝟐 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐅𝐈 𝟐.𝟎 - 𝐓𝐀𝐔𝐇𝐈𝐃 𝐒𝐔𝐅𝐈 : 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐅𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐔𝐇𝐈𝐃

'𝑃𝑜𝑖𝑛𝑡' 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑟𝑜𝑓 𝑀𝑎𝑑𝑦𝑎 𝐷𝑟 𝐴𝑏𝑑𝑢𝑙 𝑀𝑎𝑛𝑎𝑚 𝐵𝑖𝑛 𝑀𝑜ℎ𝑎𝑚𝑎𝑑

𝐈𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐮𝐡𝐢𝐝 𝐒𝐮𝐟𝐢

Istilah ini adalah istilah kemudian. Namun, istilah yang tidak digunakan atau lewat digunakan bukan bermakna ia tidak wujud. Ia seperti istilah-istilah Tauhid Irfani, Tauhid Syuhudi yang 'kandungan' memang ada walaupun istilahnya kemudian.

Ada beberapa persoalan di timbulkan dari istilah Tauhid Sufi ini terutama bagi mereka yang tidak masuk jalan Tasawuf.

Kenapa ada yang tidak bersetuju dengan Tauhid Sufi?

𝑨𝒍𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 - Ini kerana mereka melihat tauhid dan sufi adalah dua hal yang berbeza dan berasingan. Kenapa lahirnya pemikiran begitu? Ini kerana terpengaruh dengan pembahagian (dikotomi) bidang Tauhid dan Tasawuf.

Sebenarnya, pembahagian tersebut yang dibuat para ulama' lah untuk pembelajaran supaya mudah diajarkan kepada penuntut sedangkan yang sebenarnya penghayatan dan pelaksanaa tauhid dan tasawuf adalah serentak.

Akhirnya mereka melihat tauhid dan tasawuf sebagai entiti-entiti yang terpisah.

𝑨𝒍𝒂𝒔𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒅𝒖𝒂 - mereka yang tidak bersetuju melihat ajaran sufi pada sudut amalan lahiriah sahaja seperti zuhud atau pada ibadah sahaja. Oleh itu, tak dapat baik hubungkaitkan antara tasawuf dengan tauhid.

Sebenarnya, dua istilah ini nampak berbeza tetapi kedua-dua bergandingan.

𝐃𝐞𝐟𝐢𝐧𝐢𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐮𝐡𝐢𝐝 𝐒𝐮𝐟𝐢

Untuk memahami definisi Tauhid Sufi, maka hendaklah merujuk kepada takrif-takrif tasawuf / sufi yang diberikan oleh para ulama' sufi. Apabila dirujuk, kita melihat ulama' sufi tidak memisahkan aspek tauhid dalam sufi.

Jika ambil definisi tauhid disisi ilmu Usuluddin, mungkin tak sampai maksud yang hendak dicapai oleh ulama' sufi.

𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 - Pentakrifan Tasawuf mendekati konsep Tauhid Sufi adalah takrif Tasawuf menurut Syaikh Maaruf Kurkhi. Kata Syaikh Maaruf-

التصوف الأخذ بالحقائق واليأس عما في أيدي الخلائق

"𝘛𝘢𝘴𝘢𝘸𝘶𝘧 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘱𝘢𝘪 𝘩𝘢𝘬𝘪𝘬𝘢𝘵-𝘩𝘢𝘬𝘪𝘬𝘢𝘵 (𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘬𝘪𝘬𝘢𝘵-𝘩𝘢𝘬𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘩𝘢𝘯𝘢𝘯) 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴 𝘢𝘴𝘢 (𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘢𝘯𝘵𝘶𝘯𝘨) 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘪𝘴𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘩𝘭𝘶𝘬"

Huraiannya adalah Tasawuf itu adalah mencapai hakikat Tauhid dan tidak bergantung atau tidak terpengaruh dengan apa yang disisi makhluk kerana hati sudah memandang ketetapan manusia dapat itu dapat ini adalah bahagian dari takdir Allah. Maka hatinya tenang.

𝑲𝒆𝒅𝒖𝒂 - Pentakrifan Tasawuf mendekati konsep Tauhid Sufi adalah takrif Tasawuf menurut Imam Junaid Al Baghdadi. Kata Imam Junaid -

التصوف : أن يميتك الحق و يحييك به

"𝑇𝑎𝑠𝑎𝑤𝑢𝑓 𝑖𝑡𝑢 : 𝑘𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑢"

Huraian -

1. Kebenaran sifat-sifat Allah dan kebenaran hakikat tauhid menghapuskan dakwaan / ananiyah dirimu

2. Kebenaran hakikat tauhid menghidupkan hati dari martabat Iqtikad (pegangan) kepada rasa (dzauq) dan pandangan hati (syuhudi).

Justeru itu, Tauhid Sufi adalah penghayatan Tauhid di Qalbu. Apabila tauhid masuk di dalam hati, maka itu lah Tauhid Sufi.

𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐀𝐭𝐚𝐮 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐮𝐡𝐢𝐝 𝐒𝐮𝐟𝐢?

Apa-apa hal berkaitan tasawuf, Ia tetap kembali kepada hadis ihsan. Cuma, huraian sahaja yang berbeza.

Hadisnya,

أن تعبد الله كأنك تره
"𝘒𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘰𝘭𝘢𝘩-𝘰𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵-𝘕𝘺𝘢"

Baik, justeru sandaran Tauhid Sufi pada hadis ini juga.

Pernyataan أن تعبد : Kamu menyembah (beribadah). Ibadah simbolik kepada Fekah (Syariat).

Pernyataan الله : akan Allah. Simbolik kepada Tauhid disisi Usuluddin. Sebelumnya disebut kamu menyembah (beribadah), lalu beribadah kepada siapa? Bagaimana dibayangkan kamu beribadah / menyembah tetapi tidak mengenal akan Allah (yang disembah). Oleh itu, mesti kenal Allah.

Pernyataan كأنك تره : seolah-olah kamu melihat Allah

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 10:59


KAJIAN 1 KOTA SUFI 2.0 : PERBEZAAN ANTARA FIQH DAN TASAWUF

Point' Pembentangan Sidi Syaikh Rohimuddin An Nawawi Al Bantani

Kertas kerja ini adalah berbentuk renungan dari kacamata syariah Islam. Tajuk yang dinyatakan dipilih adalah At Tamyiz Baina al Fiqh Wa al Tasawuf (Perbezaan antara Fiqh dan Tasawuf).
.
Kenapa kalimah At Tamyiz (التمييز)
.
Dalam bahasa arab, kalimah yang membawa makna perbezaan adalah berikut -

Al Farq (الفرق) : Perbezaan yang lebih dimaksudkan pada kalimah ini adalah perbezaan yang berlakunya pertembungan (negatif).

Al Khilaf (الخلاف) : Perbezaan yang lebih dimaksudkan pada kalimah ini adalah perbezaan yang tidak berlakunya pertembungan (positif).

At Tamyiz (التمييز) : Perbezaan yang lebih dimaksudkan pada kalimah ini adalah perbezaan antara dua keistimewaan.

Maka, antara Fiqh dan Tasawuf itu bukan perbandingan dari sudut perbezaan yang negatif akan tetapi melihat sisi keistimewaan antara keduanya.
.
Istilah Ilmu Syariah
.
Ada sebahagian pihak yang mendakwa yang ada hanya ilmu Syariah, tiada ilmu tasawuf dan hakikat.
.
Sebetulnya, ada kebenaran pada pendakwaan itu tetapi lebih tepat mereka adalah golongan yang menutup mata perkembangan terminologi dalam bidang tasawuf secara khusus. Hal ini kerana tasawuf telah melahirkan banyak istilah-istilah seiring dengan perkembangan zaman.
.
Perkataan bahawa hanya ada ilmu syariah, tiada ilmu tasawuf atau hakikat ada betulnya, ada kebenarannya pada zaman dahulu. Ini kerana dahulunya dalam istilah syariah, semuanya sudah terangkum baik syariat dan hakikat itu sebenarnya adalah syariah Allah yang datang dari Allah.
.
Syariat adalah ilmu yang tunggal menghimpunkan dirayat dan riwayat, zahir dan batin.
.
NAMUN, apabila istilah syariah itu tidak lagi difahami secara merangkumi semua (zahir dan batin, fekah, tauhid, tasawuf), istilah-istilah baru tercipta atas maksud menjaga makna syariah dari awal.
.
Bacaan lanjut di Kertas Kerja Syaikh Sidi Rohimuddin.

Link download - https://t.me/kotasufi/331

#kotasufi

Kota Sufi Se-Nusantara

30 Jan, 10:59


Kuliah Subuh Qini Nasional
Syekh Akhbar Muhammad Fatthurrahman M.Ag
- Karekteristik Tarekat

1. Mudah dipersaudarakan dan dipersatu

• tak kisah kita dari mana, ada yang dari Jawa Barat, Jawa Timur, Sumatera bahkan dari Itali, Malaysia, Singapura dan sebagainya tetapi jika tujuannya sama, tetap akan sampai di Tasik Malaya. Begitu lah juga dengan perjalanan tarekah.
• dikira kelompok takfiri yang mengkafirkan saudara sesama tarikat

2. Mendahulukan persamaan, mengenepikan perbezaan

• Perbezaan tarekah itu hanya pada metod/kaifiat. Sedangkan persamaannya lebih banyak
• Yang membezakan ahli sunnah dengan ahli neraka itu hanya Allah pada hari kiamat.

3. Mendahulukan baik sangka, mengenepikan buruk sangka

• Tarekat itu adalah perjalanannya orang-orang pilihan, tarekat dan organisasi kemasyarakan (contoh seperti NAAM, dll) itu berbeza.
• Tarekah itu adalah pemerintahan yang batin, dimana Mursyid itu dipilih oleh Allah bukan keinginan dirinya sendiri atau jamaahnya. Maka, tarekah adalah kepimpinan dari Allah, maka Allah yang menetapkannya didalam tarekat. Atas petunjuk rohani Rasulullah SAW.
Mursyid itu ditunjukkan oleh mursyid sebelumnya atas ilham yang diberikan kepada Rasulullah SAW.
• Allah turunkan kepada manusia 2 jalan untuk dilalui iaitu jalan yang lurus, jalan Nabi dan jalan Mursyid
• Mursyid itu diambil dari surah al kahfi ayat 17.
• Tarikah sufiah adalah tarikah kewalian
• Tercatat dalam Hadis kursi, barangsiapa yang menyakiti wali Ku. Sungguh Aku memerintahkan untuk memeranginya.
•Wali Allah adalah orang yang berjuang dengan keras, bersungguh sungguh mencintai Allah hingga Allah mengasihinya dan dia mengasihi Allah.
• Wali itu ada 2, iaitu Wali untuk dirinya sendiri, yang mencintai Allah tetapi tidak diberi tugas.
• Wali Mursyidal, yang diberi tugas untuk membimbing ummat ini menyambung tugas Rasulullah SAW.
• Mursyid itu ada yang tersembunyi, ada yang dizahirkan
• Menjelang kebangkitan akhir zaman, perjalanan tarekah akan disatukan.
• Mencari mursyid itu susah, istiqamah dibawah bimbingan mursyid itu lebih susah
• Tarekat sufiah itu yang mendamaikan dunia, yang disertai dengan bilhikmah
• Ajak lah, serulah masyarakat kepada perpaduan, kesamaan untuk menuju kepada Allah dengan bilhikmah
• Dakwah bilhikmah tu adalah dakwah dari hati, yang mengalir dari dalam. Buah dari hati yang dzouk.
• Kalau menerima ilmu dari Nabi, tidak langsung disampaikan kepada orang lain melainkan bilhikmah. Amalkan dahulu untuk merasakan kebenarannya barulah disampaikan kepada orang lain.
• Kalam Ibnu Athoillah Al Sakandari - kata kata yang keluar dari hati, akan masuk kedalam hati. Kata kata yang keluar dari mulut, akan keluar dari telinga.
.
.
Jangan lupa bersama Dalam Program Kota Sufi 2.0

[ Memartabatkan Keilmuan Sufi Sejati || Mahabbah Masyaikh Sufiah Se Nusantara ]

19-21 Januari 2024
Tasik Malaya , Indonesia.

#KotaSufi
#MemartabatkanKeilmuanSufi
#memartabatkankeilmuansufisejati
#roadtokotasufi2
#mahabbahmasyaikh

Kota Sufi Se-Nusantara

21 Jan, 13:45


🔴 LIVE MAJLIS PENUTUPAN KOTA SUFI SE-NUSANTARA 2.0

Mari kita saksikan live streaming Majlis Penutupan Kota Sufi Se-Nusantara 2.0

Boleh ikuti siaran live menerusi link berikut:

YOUTUBE
https://youtube.com/live/v-uKsdidh24?feature=share

FACEBOOK
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=695810419345607&id=100093083827769&mibextid=Nif5oz

[ Memartabatkan Keilmuan Sufi Sejati || Mahabbah Masyaikh Sufiah Se Nusantara ]

19-21 Januari 2024
Tasik Malaya , Indonesia.

Join Telegram rasmi Kota Sufi untuk info berkaitan 👇👇
https://t.me/kotasufi

𝙇𝙄𝙆𝙀 | 𝙎𝙃𝘼𝙍𝙀 | 𝙆𝙊𝙈𝙀𝙉

#KotaSufi
#MemartabatkanKeilmuanSufi
#memartabatkankeilmuansufisejati
#roadtokotasufi2
#mahabbahmasyaikh

Kota Sufi Se-Nusantara

21 Jan, 09:57


🔴 LIVE KAJIAN 8 (Kajian Terakhir)  - KOTA SUFI SE-NUSANTARA 2.0

Tajuk :
KEPENTINGAN BERTAREQAT

Mari kita saksikan live streaming Kajian 6 Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 ( 20/1 ) bersama Syeikh Dr Syuhadak Mahmud Al-Jaafari, Tarekah Al-Jaafariyyah Al-Ahmadiyyah Al-Muhammadiyyah.

Boleh ikuti siaran live menerusi link berikut:

YOUTUBE
https://www.youtube.com/live/a-QQ7dsGedI?si=vbYA6TxW2ixx8ieC

FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/v/Zx5o3A1QooUiKSK4/?mibextid=lpLi9V

[ Memartabatkan Keilmuan Sufi Sejati || Mahabbah Masyaikh Sufiah Se Nusantara ]

19-21 Januari 2024
Tasik Malaya , Indonesia.

Join Telegram rasmi Kota Sufi untuk info berkaitan 👇👇
https://t.me/kotasufi

𝙇𝙄𝙆𝙀 | 𝙎𝙃𝘼𝙍𝙀 | 𝙆𝙊𝙈𝙀𝙉

#KotaSufi 
#MemartabatkanKeilmuanSufi 
#memartabatkankeilmuansufisejati 
#roadtokotasufi2 
#mahabbahmasyaikh

Kota Sufi Se-Nusantara

21 Jan, 06:57


🔴 LIVE KAJIAN 7 - KOTA SUFI SE-NUSANTARA 2.0

Tajuk :
KEBANGKITAN KAUM SUFI KONTEMPORER

Mari kita saksikan live streaming Kajian 6 Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 ( 20/1 ) bersama Prof. Dr. Abdul Hadi Muthohar, MA al-Qadiri an-Naqsyabandi, [Mursyid Tariqah Qadiriah Naqsyabandiah]

Boleh ikuti siaran live menerusi link berikut:

YOUTUBE
https://youtube.com/live/XK82DIhTs34?feature=share

FACEBOOK
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=338936029020952&id=100093083827769

[ Memartabatkan Keilmuan Sufi Sejati || Mahabbah Masyaikh Sufiah Se Nusantara ]

19-21 Januari 2024
Tasik Malaya , Indonesia.

Join Telegram rasmi Kota Sufi untuk info berkaitan 👇👇
https://t.me/kotasufi

𝙇𝙄𝙆𝙀 | 𝙎𝙃𝘼𝙍𝙀 | 𝙆𝙊𝙈𝙀𝙉

#KotaSufi
#MemartabatkanKeilmuanSufi
#memartabatkankeilmuansufisejati
#roadtokotasufi2
#mahabbahmasyaikh

Kota Sufi Se-Nusantara

20 Jan, 22:14


🔴 LIVE KAJIAN 6  - KOTA SUFI SE-NUSANTARA 2.0

Tajuk :
BAGAIMANA PERANAN KESUFIAN MEREDAKAN KONFLIK UMMAH

Mari kita saksikan live streaming Kajian 6 Kota Sufi Se-Nusantara 2.0 ( 20/1 ) bersama Syekh Yahya Sergio Palavicini Al-Idrisiy (Tokoh Islam Terkemuka di Eropah, Naib Presiden Komuniti Agama Islam), Mantan penasihat Hal Ehwal Agama Islam Menteri Dalam Negeri Itali 

Boleh tonton siaran live di saluran berikut

YOUTUBE
https://youtube.com/live/_jKUxnrMnfE?feature=share

FACEBOOK
https://fb.watch/pH-u4GpXsT/



[ Memartabatkan Keilmuan Sufi Sejati || Mahabbah Masyaikh Sufiah Se Nusantara ]

19-21 Januari 2024
Tasik Malaya , Indonesia.

Join Telegram rasmi Kota Sufi untuk info berkaitan 👇👇
https://t.me/kotasufi

𝙇𝙄𝙆𝙀 | 𝙎𝙃𝘼𝙍𝙀 | 𝙆𝙊𝙈𝙀𝙉

#KotaSufi 
#MemartabatkanKeilmuanSufi 
#memartabatkankeilmuansufisejati 
#roadtokotasufi2 
#mahabbahmasyaikh