Inspirasi Dr Azuraida Shahadan @azuraidashahadan Channel on Telegram

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

@azuraidashahadan


Inspirasi Dr Azuraida Shahadan (Malay)

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan adalah saluran Telegram yang mempunyai kandungan motivasi dan inspirasi daripada Dr Azuraida Shahadan sendiri. Dr Azuraida Shahadan merupakan seorang pakar motivasi dan pendakwah yang terkenal di Malaysia. Beliau telah membantu ramai individu untuk mencapai potensi terbaik dalam kehidupan masing-masing. Saluran ini menyediakan perkongsian dari Dr Azuraida Shahadan mengenai topik-topik seperti kejayaan, kebahagiaan, motivasi diri, dan banyak lagi. Melalui saluran Telegram ini, pengguna dapat mendapatkan nasihat dan panduan yang berguna untuk membantu mereka mencapai impian dan matlamat mereka. Jadi, jika anda sedang mencari inspirasi dan motivasi dalam kehidupan anda, sertai saluran 'Inspirasi Dr Azuraida Shahadan' hari ini dan jadilah versi terbaik dari diri anda!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

10 Feb, 03:06


Ketika Anda melakukan kesalahan, akui dan mohon maaf dengan rendah hati. Anda harus cepat mengatakan, "Saya salah. Maafkan saya. Maafkan saya. "

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

09 Feb, 10:13


https://vt.tiktok.com/ZSMeR3KLe

Kalau korang masih single...

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

09 Feb, 00:19


“Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang”

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang

Love all
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Feb, 10:42


Jomm Hi Tea bersama saya!

😍🥰🥰

Save the date
14/2/2025 KL TOWER

Hi Tea with Dr Azu Shahadan
1 unit Peranti Minda The Mind Tune
Senaskah Buku Panduan Unggul Ubah hidup
Positve Circle & Vibes!

Jom, RSVP LINK di bawah 👇👇👇
https://vt.tiktok.com/ZSMJFGJcP/

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Feb, 00:07


Perkahwinan bukan hanya tentang bersama ketika senang, tapi tetap berganding tangan walau diuji dengan susah. Sebab cinta yang sebenar bukan bertahan sehari dua, tapi hingga ke syurga.

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

07 Feb, 02:09


"Hijrah itu bukan untuk menjadi yang paling baik, tapi untuk menjadi lebih baik dari semalam. Teruslah melangkah, walau jatuh, bangkitlah lagi."

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

#Drazusharing

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

06 Feb, 02:24


"Jangan takut dengan ujian dalam hijrahmu. Semakin dekat dirimu dengan Allah, semakin kuat godaan yang datang. Tapi ingat, syurga itu mahal, dan perjuanganmu tidak akan sia-sia."

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

04 Feb, 23:21


Sebagai seorang ibu/bapa, anda mesti kuat, rajin, sabar, dan bertanggungjawab, sentiasa mengutamakan keluarga anda daripada kesenangan peribadi seperti keluar lewat malam dan seumpamanya

Tetap tabah menghadapi kesukaran, tunjukkan kekuatan dan kebahagiaan demi keluarga anda.

Jangan sekali-kali berputus asa dengan impian anda atau keluarga anda, walaupun ketika masa sukar—bertahan, terus berjuang, dan percaya bahawa keadaan akan bertambah baik pada masanya.

Sentiasa berusaha untuk meningkatkan keharmonian keluarga dan hadapi setiap cabaran dengan adil dan tekad.

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

04 Feb, 09:57


https://vt.tiktok.com/ZS6KNwdop

Motivasi untuk diri!!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

03 Feb, 23:35


“Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang”

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang

Love all
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Feb, 23:26


Berikan yang terbaik untuk satu sama lain (pasangan anda), bukan yang tersisa setelah memberikan yang terbaik untuk orang lain.

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Feb, 00:15


Saya pelik, sepandai pandai isteri saya ni ada juga benda yang dia tak pandai buat
1 - Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh je pandu sendiri tapi bila sampai nak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2 - Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu sapu rumah semua tapi sampai tang buang sampah, “abg sampah dah penuh!” Setakat tu je dia pandai.
3 - Dia boleh je jaga anak sorang sorang. Mandi, makan, cebuk anak semua tak ada masalah tapi bila sampai anak bergaduh atau mengamuk “abg tolong tegur sikit budak budak ni”
4 - Dia boleh je terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau senda dengan dia tapi bila anak anak tak buat begitu dia cepat sentap. “Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”
5 - Dia pandai je merancang. “Ok syg plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baru dan macam macam lagi la” tapi sampai tang bayar dia buat buat tak pandai.
6 - Bila anak anak cepat meragam, dia cepat je tahu apa xfaktor dia jadi begitu. Ni mesti tak cukup tidur, ni mesti dah bosan sangat, ni mesti nak main kat luar. Tapi bila sampai tang diri sendiri, “entah la, tak tahu kenapa syg rasa lemau je hari ni”
7 - Bila tang sediakan makanan dia jaguh. Rania suka makan ni, aisy suka makan ni, abg suka makan ni, semua dia sediakan. Tapi untuk diri sendiri, “abg tolong carikan ...... syg teringin la nak makan”
Ini tuan puan, bukan tanda wanita tu tak pandai tapi yang sebenarnya wanita itu pandai ambil hati pasangannya.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Suami isteri saling melengkapi sesama bukan untuk melengkapi satu satu pihak sahaja. Okey! #tilljannah

Perkongsian: Mohd Fhais Salim

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Feb, 15:16


https://vt.tiktok.com/ZS63xPMxJ

Kenapa Awak tak boleh berputus asa dan give up!???

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Feb, 00:24


Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat.

Iaitu elakkan TENGKING anak.

Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas.

Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.

Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.

Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta sukar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.

Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk.

Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia suka diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.

Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org oenakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani.

Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya. Org yg rapat dengan nabi saw. Org yg awal memeluk islam diusia muda. Org yg memimpin umat Islam dikala suasana perit

Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw. Org plg hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.
Saidina ali ra pesan

" Didik anak 7 tahun pertama sbg raja "
Mcm mana ko layan raja? Ada ko tengking raja? Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.

7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.

Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.

Tak kisah lah ko bg fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yg terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2.

Hannah panggil aku. Nti sambung...
If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.
Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.
Stop TENGKING anak.

Agaknya, suka tak dapat suami atau bos yg suka menengking?
Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nti sambung..
So start arini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.

Kredit Penulis : Abu Hannah

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Jan, 13:49


https://vt.tiktok.com/ZS6c9Kxnx

Ini nasihat Datuk Ameer Mydin

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Jan, 00:06


Ketika suami/isterimu merosakkan kepercayaanmu, berilah mereka kemaafan segera. Ini akan memberi penyembuhan dan menciptakan kesempatan agar kepercayaan dapat dibangun kembali. Kamu harus cepat mengatakan, "Aku mencintaimu. Aku memaafkanmu. Kita maju ke depan. "

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

30 Jan, 08:20


Hi semua, khas buat orang Kelantan !!!

Saya di maklumkan, PEMADAM Malaysia akan menganjurkan kursus jahitan bertempat di Bukit Bunga, Jeli Kelantan.

Ada yang nak turut serta ? tempat terhad 35 peserta terawal yang berdaftar dengan E-kasih sahaja.

Mereka turut menyediakan tempat penginapan , makan minum ditanggung , dapat mesin jahit percuma dan juga ada elaun untuk program 7hari

Bertarikh : 21 -27 febuari 2025
Tempat : QAS HOTEL, Bukit Bunga

Hubungi 014-4006765
Atau 0149655640

Best ni, jommm sebarkan 🥰

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

27 Jan, 23:34


Laman web penting buat mak ayah yang ada anak lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf perlu tahu.

Kalau boleh, mohon saja semua. Tak rugi pun. Setakat ni yang saya tahu, UPU saja kena beli nombor pin.

Ingat! Biar pening memilih daripada pening tak dapat.

1. Laman web UPU. Ini untuk permohonan 18 (lepasan SPM setaraf) 20 (lepasan STPM setaraf) universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Mara dan Kolej Profesional MARA -
https://upu.mohe.gov.my/

2. Laman web UPTVET. Setakat ini, ini laman web yang saya jumpa.
Laman web utama - https://mohon.tvet.gov.my/
Katalog kursus (mungkin akan dikemaskini) - https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog

3. Laman web Matrikulasi KPM. Sudah dibuka bermula 1 Disember 2024 -
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

4. Laman web IPG. Sedang dikemaskini -
https://pismp.moe.gov.my/

5. Laman web TVET Mara (KKTM, MJII dan IKM) -
www.tvetmara.edu.my

6. Laman web KPTM (Pendidikan Tinggi MARA) -
https://www.kptm.edu.my/ms/

7. Laman web UPTM (Pendidikan Tinggi MARA) -
https://www.uptm.edu.my/

8. UniKL (Pendidikan Tinggi MARA) -
https://intake.unikl.edu.my/

9. GIATMARA (Institusi Pendidikan TVET MARA) -
https://giatmara.edu.my/

10. German-Malaysian Institute (Institusi Pendidikan TVET MARA) -
https://www.gmi.edu.my/

11. Semakan ke tingkatan 6 -
https://sst6.moe.gov.my/semakant6/index.cfm

#LayanCKMembebel
#CKMembebel

Kredit : penulis

#drazusharing
#infolepasanspm

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

27 Jan, 10:38


https://vt.tiktok.com/ZS6nbNn2W

Kereta idaman siapa ni??

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

26 Jan, 23:55


Rasulullah saw bersabda :*

*" Barang siapa memberi makan kepada seorang Mukmin hingga dia merasa kenyang, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam salah satu Pintu Syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali orang-orang seperti dia."*
*(Hadis Riwayat Thabrani)*

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

26 Jan, 00:51


Modelkan jenis perkahwinan yang akan membuat anak lelaki Anda ingin membesar menjadi suami yang baik, dan anak perempuan Anda ingin membesar menjadi isteri yang baik.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

25 Jan, 00:03


Tetapkan Matlamat Kewangan Yang Jelas: adalah sangat penting untuk menetapkan matlamat kewangan yang jelas dan boleh dicapai. Mempunyai sasaran khusus memberikan motivasi dan hala tuju, menjadikannya lebih mudah untuk membuat rancangan untuk mencapainya.

Love all
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

24 Jan, 00:01


Kelilingi Diri Anda dengan Orang Yang Betul: Kelilingi diri anda dengan individu yang positif dan bijak kewangan.

Rangkaian dengan orang yang berfikiran sama boleh memberikan sokongan, inspirasi dan pandangan berharga tentang strategi membina kekayaan.

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Selamat Pagi Jumaat 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

23 Jan, 00:36


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

1 - Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat ~ ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah.

2 - Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat ~ dia daripada orang-orang yang suka beribadat.

3 - Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat ~ dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut.

4 - Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat ~ Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat.

5 - Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat ~ Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.

JOM SOLAT DHUHA ..

Alhamdulillah

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspiratorp

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

22 Jan, 10:43


https://vt.tiktok.com/ZS6pdjWXt

Ada peminat Nasha Aziz?

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

22 Jan, 03:01


Belajarlah dari orang lain, tapi jangan merasa perlu membandingkan hidup Anda atau rumah tangga Anda dengan orang lain. Rencana Tuhan untuk hidup Anda sangat unik.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

21 Jan, 00:04


Jangan pernah bercakap buruk tentang pasangan Anda kepada orang lain atau chat tentang mereka secara online. Lindungilah pasangan Anda di setiap saat dan di segala tempat.

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

20 Jan, 01:07


https://vt.tiktok.com/ZS6qsWNKa

Semangat Isnin ❤️😍

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

20 Jan, 00:04


Dalam setiap pertengkaran, ingatlah tiada siapa yang menang tiada siapa yang kalah. Carilah jalan penyelesaian.

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

18 Jan, 23:36


Prinsip 90/10: Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Bayangkan ni: Kau tengah breakfast dengan family. Anak kau tak sengaja tertumpahkan kopi kat baju kerja kau.

Kau terus marah dia, dia menangis. Lepas tu, kau salahkan isteri kau sebab letak cawan dekat tepi meja.

Bergaduh sikit, kau naik atas tukar baju, dah lambat. Anak kau tak sempat siapkan diri, terlepas plak bas sekolah.

Kau kena hantar dia, kau bawak laju-laju, kena saman.

Sampai kerja lewat, briefcase lupa bawak. Hari kau terus barai sampai malam.

Kenapa hari kau teruk? Sebab kopi? Anak kau? Polis trafik?

Salah kau sendiri.

Prinsip 90/10 ni simple: 10% hidup kau benda yang kau tak boleh kawal. 90% lagi bergantung pada cara kau react.

Kalau tadi kau chill, cakap “Takpe, lain kali hati-hati ok,” tukar baju, settle cepat-cepat, anak kau pun sempat naik bas.

Hari kau pun akan okay je.

Macam Mana Nak Guna Prinsip Ni:

Orang kutuk kau?

Biarkan, jangan ambil hati. Move on, jangan bagi negativity rosakkan hari kau.

Orang potong line masa drive?

Relax, tak perlu marah-marah. 10 saat lambat takkan ubah hidup kau. Baik kau lambat 10 saat dari kalut nak potong balik, last-last eksiden patu lambat 4 jam terus.

Berita buruk?

Jangan stress, fokus cari jalan penyelesaian.

Ingat, kau tak boleh kawal semua benda. Tapi kau boleh kawal reaksi kau.

Tukar mindset, dan kau akan nampak hidup kau berubah jadi lebih baik.

Cuba apply, kau mesti happy dengan hasil dia.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

18 Jan, 01:05


Jadikan waktu bersama suami/isteri sebagai keutamaan. Senyum, ketawa, bercakap lembut, bersentuhan, mesra.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Jan, 23:43


Strategi Jana Pendapatan Atas Talian

Hi semua, khas buat orang Bentong yang berminat untuk hadiri program diatas

Tarikh : 24-26 Januari 2025
Tempat : PDK Ceria Bentong Pahang

Ps : Elaun kursus dan sijil di sediakan

Hubungi 0144006765

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Jan, 14:17


https://vt.tiktok.com/ZS6X9W22X

Macam mana nak cakap I Love You dalam bahasa Russia?

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Jan, 00:52


Jangan pernah saling berbohong. Kebohongan menghancurkan kepercayaan dan kepercayaan adalah dasar kepada perkahwinan yang kuat.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

13 Jan, 10:38


https://vt.tiktok.com/ZS6xrNgNP

Teknik Kuat Ingatan part 1

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

12 Jan, 23:32


Pilihlah untuk saling mencintai, bahkan ketika anda berjuang untuk saling menyukai. Cinta itu komitmen, bukan perasaan.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

12 Jan, 04:50


https://vt.tiktok.com/ZS698pTM2

Happy birthday buat Biduanita Negara, Dato Siti 🥰

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

10 Jan, 23:39


FORMULA 6B YG WAJIB DIAMALKAN SPAYA JIWA LEBIH TENANG

6. *BERSILATURRAHIM*
✍🏻 Sentiasa menjaga tali silaturrahim dalam setiap masa sama ada dengan orang yang memutuskan tali silaturrahim dengan kita , kita pula jangan memutuskan hubungan tali silaturrahim dengannya kerana dosanya sangat besar dan mewujudkan tali silaturrahim dengan orang yang baru kita kenali.

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

09 Jan, 23:51


FORMULA 6B YG WAJIB DIAMALKAN SPAYA JIWA LEBIH TENANG

5. *BERLAPANG DADA*
✍🏻 Menerima sesuatu dgn hati yg tbuka tanpa mgeluh
✍🏻 Belajar utk menerima sesuatu dgn hati tbuka
✍🏻 Kadang teguran seseorang pd kita adalah teguran drpd Allah kpd kita tapi dlm bntuk manusia

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Jan, 23:11


FORMULA 6B YG WAJIB DIAMALKAN SPAYA JIWA LEBIH TENANG

4. *BERSANGKA BAIK*

Bersangka baik pada Allah dan manusia serta makhluk di ats muka bumi

Berkata yang baik baik, fikir yang baik , Selalu sebut Insha Allah baik.

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Jan, 14:23


https://vt.tiktok.com/ZS6av4Wnb

Bila saya meninggalkan dunia...

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Jan, 04:46


https://vt.tiktok.com/ZS6aDtEdK

Kalau ada orang bercakap buruk pasal kita tapi dia tak kenal kitaaaaa 🤣

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

07 Jan, 23:37


FORMULA 6B YG WAJIB DIAMALKAN SPAYA JIWA LEBIH TENANG

3. *BERSEDEKAH*
✍🏻 Bsedekah tidak akn mgurangkan harta
✍🏻Jgn pnah bkira utk bsedekah
✍🏻 Bsedekahlah walau sedikit
✍🏻 Biar tak kaya harta , tp kaya jiwa

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

07 Jan, 00:44


FORMULA 6B YG WAJIB DIAMALKAN SPAYA JIWA LEBIH TENANG

2. *BERSABAR*
✍🏻 Bsabarlah dgn ujian yg Allah berikan pd kita
✍🏻 Allah sentiasa bsama dgn org yg sabar

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

05 Jan, 23:55


FORMULA 6B YG WAJIB DIAMALKAN SPAYA JIWA LEBIH TENANG

1. *BERSYUKUR*
✍🏻 Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain
✍🏻 Setiap orang ada kisah kehidupan yang tersendiri
✍🏻 Bersyukur dengan nikmat Allah walaupun sekecil kecil perkara

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

05 Jan, 12:26


https://vt.tiktok.com/ZS6fW5T55

Ini nasihat Dato seri Sharkar jika jngin berjaya!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

05 Jan, 01:02


Bila kita matang,
Kita takkan stalk orang yang kita tak suka untuk up to date dengan apa yang dibuatnya,untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya pada orang lain dalam bentuk umpatan ataupun fitnah...Kita hanya fokus kepada kehidupan sendiri sahaja..tahan nafsu untuk mencipta drama yang boleh menjadi punca terjadinya filem huru hara..

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

03 Jan, 23:59


Bila kita matang,
Tidak suka pada sesiapa pun kita takkan post apa-apa,di media sosial yang ditujukan kepada dia, yang memerli atau menyindir kerana kita tahu bahawa tiada guna untuk memberitahu satu dunia tentang ketidaksukaan kita pada insan tersebut... Ini antara kita dan dia sahaja,cukup..tak perlu melibatkan orang lain…

Anyways, jemput follow circle positive Dr Azu di Facebook, Telegram dan Instagram

Telegram
https://t.me/azuraidashahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

03 Jan, 07:25


https://vt.tiktok.com/ZS6UXgVnW

Seriuslah senang je nak ubah habit!?

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Jan, 23:49


Bila kita matang

Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita jauh lebih baik lagi daripada mereka yang suka berbicara di belakang kita..

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Jan, 10:50


https://vt.tiktok.com/ZS6D7qSbN

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Jan, 04:45


Pada saya, 'perang' sebenar SPM adalah apabila peperiksaan bertulis bermula.

Semoga semua anak-anak kita yang terlibat dalam 'peperangan' ini diberikan ketenangan, kelapangan dan kelancaran menjawab setiap soalan. Halaman demi halaman.

Amiin

Dr Azu Shahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Jan, 00:15


Bila kita matang,
Kita lebih banyak berdiam diri apabila kita di umpat,di fitnah,di perli dan di sindir..tiada guna
untuk menjelaskan kepada mereka akan perkara
yang sebenar kerana hakikatnya mereka tetap
tidak akan boleh menerima penjelasan kita...

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Jan, 09:13


Aku ada kawan, Wan. Anak orang mewah jugak la. Masa dia mula kerja, dia tanya aku, “Hang rasa aku patut tak bagi duit kat bapak aku?”

“Bapak aku dah kaya. Tanah dia je berpuluh hektar. Duit aku ni bukan dia pandang.”

Aku senyum, cakap, “Wan, hang bagi ja. Duit hang tu tak penting sangat. Tapi keberkatan dia tu. Bila bapak hang senyum sebab pemberian hang, insyaAllah besar pahala dia.”

Wan pun setuju. Gaji pertama dia, dia bagi sikit kat bapak dia.
“Bah, ni sikit ja. Buat beli sirih ke, beli apa-apa la yang abah suka.” sambil gurau

Bapak dia senyum lebar. Bapak dia tak cakap banyak, cuma tepuk bahu Wan dan kata,
“Terima kasih, Long.”

Tiap bulan, Wan teruskan bagi duit kat bapak dia. Walaupun bapak dia tak minta, Wan tetap buat. Katanya nak ambil berkat.

Lama-lama, Wan join bisnes tanah. Bapak dia bagi sokongan moral ja, tapi duit sendiri Wan cari. Bisnes pun boleh tahan, naik mendadak.

Tapi biasalah, dunia bisnes ni tak selalu indah. Baru-baru ni, Wan kena tamparan hebat. Projek tak jadi, modal habis, rugi besar.

Dia datang jumpa bapak dia. Muka macam nak pecah menangis. Dia cerita dari A sampai Z. “Bah, saya dah tak tau nak buat apa. Bisnes saya lingkup.”

Bapak dia dengar, senyum sikit, bangun perlahan, masuk bilik. Tak sampai seminit, bapak dia keluar bawa satu fail tebal.

“Ni, Wan. Abah nak bagi hang ni.”

Wan pelik. “Apa ni bah?”

“Buka la.”

Wan pun buka. Sekali tengok dalam fail tu ada dokumen-dokumen tanah yang bapak dia miliki.

“Bah, apa ni?”

“Ni tanah-tanah yang hang bagi kat abah dulu.”

Wan terkejut beruk. “Bila masa saya bagi tanah ni?”

Bapak dia senyum, “Duit yang hang bagi tiap bulan tu, abah tak guna. Abah beli balik tanah sikit-sikit guna duit tu. Tanah ni semua hak hang sekarang. Guna untuk bangkit balik.”

Masa tu, Wan terus peluk bapak dia. Air mata bercucuran, tak sangka duit yang dia bagi dulu boleh jadi aset yang selamatkan hidup dia sekarang.

Hari ni, Wan bangkit semula dengan tanah-tanah tu. Dia jual sebahagian, guna untuk modal bisnes baru. Yang lain, dia tanam sawit pulak

Wan cerita kat aku sambil senyum, “Hang betul la. Bila kita bagi kat orang tua, Allah bayar balik cara yang kita tak sangka.”

Moral dia? Jangan lokek dengan mak ayah. Bukan sebab depa perlukan duit kita, tapi sebab kita perlukan doa dan keberkatan depa.

Harta boleh datang dan pergi, tapi rezeki yang berkat akan kekal sampai bila-bila.

"Jangan lupa hulur, walaupun sikit. Tanah boleh jadi aset, doa mak ayah jadi penyelamat."

WELCOME 2025 🥰
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Jan, 05:24


https://vt.tiktok.com/ZS6A4aBUN

Pantai no 6 tercantik di dunia

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Dec, 23:50


Salam awal Rejab dan Selamat tahun baru 2025

Perkongsian untuk di jadikan contoh ikutan semperna tahun baru 2025

Aku Cikgu Matematik. Tapi ada satu benda bila aku buat calculations jawapan dia jauh lari dengan jawapan aku dapat. Bahkan mustahil dapat jawapan begitu.

Apa dia? Duit dan keberkatan.

Januari 2006, tahun pertama aku bergelar guru. Masa tu gaji RM963.64. Setiap bulan, masuk je gaji, aku kirim kat kampung RM100.

RM50 untuk abah, RM30 ma dan RM20 untuk anak-anak yatim. Sepupu aku meninggal agak muda. Anak-anak ada 5 orang. So setiap bulan kirim.

Bertahun-tahun kirim RM100 setiap tahun. Tak kira la bulan tu aku sesak, susah ke. Dapat gaji je, terus transfer.

Sampai satu masa, aku kahwin. Dapat anak sorang. Masa tu rasa sempit sungguh kewangan. Hidup di kota raya pula, serba serbi mahal. Memang banyak ikat perut. Anak pula masih kecil, kos susu, pampers dan mengasuh pun besar weh.

Suatu hari, abah berkata, "Li tak payah dah la bagi duit kat abah dan ma. Abah ada ja duit, tak habis pun nak guna. Banyak buat sedekah sahaja".

Ayat itu benar-benar memberi kelegaan pada aku. Abah dan ma sendiri bagi greenlight, so bermula bulan itu aku stop bagi. Masa tu tahun 2012 kalau tak silap.

Aku buat kira-kira dalam kepala, 'Sebelum ni duit aku RM100 dah 'hilang' sebab kirim kat kampung. Lepas pada ni aku ada lebihan RM100 sebulan. Banyak benda boleh buat dengan RM100 ni'.

Anehnya, setiap bulan rasa tak cukup.
Anehnya, RM100 yang aku tak bagi kat ma dan abah itu aku tak dapat lihat dan rasa.
Anehnya aku tak ada pun lebihan RM100 seperti aku kira tu.

Bahkan hidup jadi makin sempit dan susah. Ada duit lebih sikit contohnya dapat bonus, ada je benda kena habiskan. Roadtax mati lah, enjin kereta rosak lah, begitu, begini.

Puas aku cari punca, kat mana salahnya pengurusan kewangan aku hingga saban bulan sempit sangat. Tapi tak jumpa.

Sehingga suatu hari, keluarga kami buat makan besar kat kedai nasi Arab. Bil lebih RM700. Masa tu anak-anak nak kumpul duit untuk bayar, tapi arwah abah cakap,

"Tak payah. Biar abah bayar. Bayar pun pakai duit anak-anak kirim la ni. Duit anak-anak kirim setiap bulan, abah tak buat benda lain. Abah buat dua perkara sahaja.

Pertama untuk makan minum abah. Kedua untuk infaq dan sedekah. Nampak je masjid sedang dibina, abah berhenti dan bagi infaq guna duit anak-anak.

Abah memang tak simpan duit anak-anak bagi. Abah dah tak ada kehendak nak beli tanah ke, tukar kereta ke. Abah habiskan terus duit anak-anak kirim untuk makan dan sedekah sahaja. Biar berkat duit anak-anak bagi".

Dengar arwah abah kata begitu, aku rasa bagai halilintar dalam dada. Tersentak. Hampir 4 tahun aku tak kirim duit untuk ma dan abah dengan alasan aku sendiri susah dan tak cukup duit.

Aku terlupa tentang keberkatan rezeki.
Aku hanyut dan terlalu yakin dengan kira-kira Matematik.
Aku lupa, keberkatan ini tidak boleh dikira dengan Matematik.

Sejak hari itu, setiap bulan aku akan kirim duit tanpa gagal. Susah macamana, terdesak macamana, walau pada akhir bulan nanti aku terlaksa meminjam, aku takkan gagal bagi duit pada :
1. Ma
2. Abah
3. Isteri

Walau cuma RM50 sebulan, aku tetap bagi. Kat isteri aku tak pernah miss bagi RM50 sebulan masa tu. Padahal akhir bulan, dia pula banyak bantu aku masa aku kekeringan.

Anehnya Matematik Allah taala ni, rezeki aku makin murah. Masa tengah terdesak, ada je Allah lorong jalan untuk dapat duit lebih.

Jemputan jadi panel ceramah la, kawan ajak untuk job pindah rumah la, kawan ajak jv bisnes la. Macam-macam rezeki tak diduga masuk dan dapat income tambahan.

Bila kewangan makin lega, aku tambah nilai kiriman pada ma dan abah. Dari RM50 naik RM100. Kemudian naik RM200, kemudian RM300 dan seterusnya.

Setiap kali aku nak lancarkan apa-apa produk ebook khususnya, aku bagi RM1k-RM3k pada ma dan abah serta minta mereka doakan.

Pernahlah masa PKP dulu aku buat affiliate jual produk kawan, aku bagi kat ma RM1500. Minta ma doakan agar laku keras dan berjaya. Padahal satu sen pun aku tak dapat lagi komisyen, benda tak jual pun lagi.

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Dec, 23:50


Aku letak target komisyen tu boleh dapat antara RM5k-RM10k kot.

10 hari aku jual produk kawan aku, komisyen aku masa tu RM72k. Paling tinggi antara affiliate lain. Jauh meninggalkan affiliate tempat kedua yang dapat komisyen sekitar RM 10k.

Tak masuk akal betul sale masuk. Padahal tak guna ads, tak upah orang buat web ke apa. Secara organic sahaja promote.

Gitu je bila Allah nak bagi ni.

So kawan-kawan, aku tulis panjang lebar ni nak bagitahu dua benda sahaja.

1. Bagi la duit setiap bulan pada mak, ayah dan isteri. Tak banyak pun tak apa, RM20 sebulan pun tak apa. Paling penting istiqomah.

2. Matematik Allah ni berbeza dengan Matematik manusia. Matematik manusia, makin banyak beri, makin berkurangan. Matematik Allah taala ni, makin banyak beri, makin banyak masuk.

Memberi jangan harapkan ganjaran serta merta atas dunia. Itulah simpanan akhirat kita esok.

Namun kebiasaannya atas dunia lagi Allah dah bayar cash untuk setiap pemberian kita.

Begitulah.

Kredit:Mohd Fadli Salleh

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Dec, 21:59


https://vt.tiktok.com/ZS6Ay8BH8

Salam Rejab & Selamat Tahun Baru 2025 🥰😘

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Dec, 10:13


https://vt.tiktok.com/ZS6S7rRFH

Selamat Tahun Baru 2025!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Dec, 23:51


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

11. JANGAN MENYERANG KEYAKINANNYA
"Dan awak panggil diri awak CUKUP LELAKI?, LELAKI SEJATI jangan perangai macam ni, lebih baik awak berubah sebelum saya ubah awak!." Ini sangat salah, jangan buat… WANITA KAMI TIDAK MENGUBAH LELAKI! jika mereka mahu berubah, mereka akan berubah kerana CINTA. Jangan cuba menjadi pemahat air.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Dec, 05:40


https://vt.tiktok.com/ZSjTJSYnh

Ada impian? Jangan lupa jadikan kenyataan :)

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Dec, 03:33


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN LELAKI LAIN! TIDAK PERNAH!!!
Dari situlah timbulnya rasa cemburu.
Dalam fikiran anda untuk membetulkannya, anda mungkin membandingkannya dengan lelaki lain.
"Awak nampak tak apa yang kawan awak buat?" Awak tak boleh belajar dari suami jiran kita?" Buang semua perkataan yang negetif sebegini

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

07 Dec, 02:14


BAHAGIA CARA KITA

Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

05 Dec, 23:52


Ini adalah pasangan suami isteri.

Dalam beg galas ini, terdapat banyak perkara: masalah, perjuangan ekonomi, kegembiraan, kesedihan dan banyak lagi.

Kehidupan akan melemparkan cabaran kepada anda, dan kadangkala, beban akan terasa mustahil untuk ditanggung.

Tetapi apabila anda mempunyai pasangan yang boleh dipercayai, seseorang yang berdiri di sisi anda melalui ribut dan cahaya matahari, anda menyedari bahawa tiada beban yang terlalu berat.

Bersama-sama, anda mencari kekuatan. Bersama-sama, anda berkongsi beban.

Dan bersama-sama, anda mengalami keindahan mengangkat satu sama lain.

Cinta sejati bermakna menjadi sokongan satu sama lain apabila dunia terasa terlalu berat untuk dikendalikan.

Jangan pernah memandang rendah kuasa menghadapi perjalanan hidup dengan orang yang tepat di sisi anda.

Kredit:Zarina Ismail

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

05 Dec, 02:42


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

JANGAN BETULKAN DIA DI AWAM

Elakkan dari membetulkan suami di khalayak ramai, ia tidak menunjukkan anda seorang wanita yang solehah dan akan menjejaskan maruah dirinya.

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

04 Dec, 00:15


BAHAGIA CARA KITA

Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah

Anyways, jemput follow circle positive Dr Azu di Facebook, Telegram dan Instagram

Telegram
https://t.me/azuraidashahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Dec, 23:26


Doa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan SPM Bertutur yang bermula esok, Isnin | 2 Disember 2024.

.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ALFATIHAH
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.
YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Love all
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#salingmendoakan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Dec, 23:31


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

ELAKKAN MEMBETULKAN DALAM KEMARAHAN.

Berhenti membetulkan suami dalam keadaan marah, menjerit, memaki hamun, memukul dan membuat onar. Jangan sekali-kali mendorong suami anda sehingga dia melawan dan melindungi dirinya daripada perbuatan jahat anda. Dengan berbuat demikian, anda seperti menambah minyak tanah pada rumah yang terbakar. Sebaliknya, ajak dia berjalan-jalan, pegang tangannya dan bercakap tentang masalahnya.

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Dec, 08:15


https://vt.tiktok.com/ZSjpKfQcY

Tips sukses sharing Ibu Sylviana Murni

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Dec, 01:48


BAHAGIA CARA KITA

Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Elakkan

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

30 Nov, 00:04


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

6. JANGAN LAKUKAN DI DEPAN ANAK-ANAK ANDA
Elakkan membetulkan suami anda di hadapan anak-anak anda. Pembetulan suami anda yang berterusan di hadapan anak-anak anda akan membuat mereka tidak menghormatinya. Ingat DIA KETUA RUMAHTANGGA ANDA.

Anyways, jemput follow circle positive Dr Azu di Facebook, Telegram dan Instagram

Facebook

https://www.facebook.com/drinspirator/

Telegram
https://t.me/azuraidashahadan

Instagram
https://instagram.com/azushahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

28 Nov, 23:03


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

JANGAN PERNAH KEMBALI KEPADA ISU LAMA
Tiada sebab mengapa anda perlu kembali kepada isu lama... seperti “ingat apa yang anda lakukan sebelum ini?? Saya tidak akan pernah, tidak akan lupa itu!!! Bla bla bla!!!” Sebaik sahaja isu itu selesai dan diselesaikan, ia harus dipadamkan sepenuhnya dalam ingatan anda… jangan sekali-kali cuba membuka kubur… wanita yang berbudi bahasa tidak pernah melakukannya. Berpegang kepada isu semasa, berbincang seperti orang dewasa dan teruskan.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

28 Nov, 03:31


BAHAGIA CARA KITA


Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

27 Nov, 03:13


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

PUJI DIA ATAS PENCAPAIANNYA

Jika dia meletakkan batang langsir lurus atau hiasan dinding anda dalam sudut yang sempurna, hargai itu.. anda tahu betapa telitinya mereka ketika meletakkan hiasan dinding. Mereka benar-benar bermaksud perniagaan apabila anda meminta mereka berbuat demikian, dengan semua penggunaan pita pengukur dan paras torpedo dan pembaris. Penghargaan tambahan akan membuatkan dia lebih menyayangi anda.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

26 Nov, 01:58


CARA MEMPERBETULKAN SUAMI TANPA MELUKAKAN EGONYA

Setiap keputusan harus dibincangkan dan dirancang dengan anda berdua.
Jika dia berkata masakan anda sedikit masin, JANGAN PERNAH KELUAR DARI MEJA...sebaliknya minta maaf dan tawarkan pilihan lain. Beri dia gula sebaliknya. 😂 dan tingkatkan masakan anda dengan menonton video memasak di youtube.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

25 Nov, 09:29


https://vt.tiktok.com/ZSjC7bF9y

Impian Rolls Royce 2.5M jadi kenyataan!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

17 Nov, 23:01


BAHAGIA CARA KITA

Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Nov, 22:58


BAHAGIA CARA KITA

Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat "Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita". JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Nov, 14:30


https://vt.tiktok.com/ZSj52N7ww

Selama mana kita masih punya kesempatan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Nov, 00:31


TANDA MERTUA YANG BAIK

1. Tak pernah ikut campur urusan rumah tangga anaknya

2. Tak pernah menganggap menantunya adalah orang lain melainkan dianggap seperti anak sendiri

3. Tak pernah membanding2kan menantunya dg menantu yg lain apalagi menantu orang lain

4. Tidak menuntut menantunya untuk menjadi apa yang dia mahu

5. Tidak suka menyalahkan dan mencari kesalahan menantunya

6. Membantu menantunya ketika kesusahan

7. Tidak menyebarluaskan aib menantu

MasyaAllah tabarakallah, bersyukur jika ada mertua yang masih mampu melakukan hal-hal seperti ini..

Love all
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

15 Nov, 00:55


Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

13 Nov, 23:38


BAHAGIA CARA KITA

Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

12 Nov, 23:19


BAHAGIA CARA KITA

Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia

Anyways, jemput follow circle positive Dr Azu di Facebook, Telegram dan Instagram

Facebook

https://www.facebook.com/drinspirator/

Telegram
https://t.me/azuraidashahadan

Instagram
https://instagram.com/azushahadan

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

12 Nov, 10:28


https://vt.tiktok.com/ZSjU6ruMY

Side income RM5000/ sebulan!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

11 Nov, 14:06


https://vt.tiktok.com/ZSjDxNfTa

Korang capai impian cara imam malik atau imam syafie?

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

10 Nov, 23:06


Abu Sa'id Al Khudri RA..dan Abu Hurairah Ra Meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda:

Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran serta kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yg melukainya melainkan Allah SWT akan menghapuskan kesalahannya"
( Hr Bulhari dan Muslim)

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

10 Nov, 01:49


Tanggungjawab Bapa dalam Keluarga

Peruntukan Kewangan:
1. Menguruskan kewangan isi rumah dengan berkesan
2. Menyediakan keperluan asas keluarga
3. Merancang untuk keselamatan kewangan jangka panjang
4. Menabung untuk pendidikan anak-anak dan keperluan masa depan
5. Memastikan kestabilan ekonomi keluarga

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

09 Nov, 14:01


https://vt.tiktok.com/ZSjA1Fump

Apa motivasi anda?

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

09 Nov, 13:52


https://vt.tiktok.com/ZSjSoQefB

Cara jadi Jutawan dalam masa sehari di Uzbek 🤭

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

09 Nov, 01:27


‘Erti Kehidupan!’

Suatu ketika dahulu, ada seorang pemuda bernama Alex yang sentiasa mencari erti kehidupan. Dia membaca buku, berunding dengan ahli falsafah, dan bercakap dengan orang bijak, tetapi tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan kepadanya.

Pada suatu hari, dia memutuskan untuk memulakan perjalanan untuk mencari jawapannya sendiri. Dia meninggalkan rumahnya dan mengembara jauh dan luas, melawat tempat yang berbeza dan bertemu orang dari semua lapisan masyarakat. Dia melihat keindahan alam semula jadi, menyaksikan kebaikan orang asing, dan mengalami kegembiraan dan kesedihan hidup.

Tahun berlalu, dan Alex tidak menemui jawapan yang dia cari. Dia menjadi letih dan kecewa, memikirkan bahawa mungkin erti kehidupan hanyalah ilusi. Tetapi pada suatu hari, semasa dia duduk di bawah pokok, dia melihat seekor rama-rama bergelut untuk melepaskan diri dari kepompongnya. Rama-rama itu kelihatan sangat kesakitan, dan Alex fikir dia boleh membantu dengan memecahkan kepompong itu.

Tetapi ketika dia menghulurkan tangan untuk membantu, seorang lelaki tua yang bijak muncul di hadapannya dan memberi amaran kepadanya supaya tidak campur tangan. “Rama-rama itu perlu bergelut untuk melepaskan diri,” katanya. "Hanya melalui perjuangan ia memperoleh kekuatan yang diperlukan untuk terbang."

Alex menyedari bahawa perkara yang sama berlaku untuk manusia. Melalui perjuangan dan cabaran hiduplah kita memperoleh kekuatan, kebijaksanaan, dan watak. Erti kehidupan bukanlah untuk mengelakkan perjuangan tetapi untuk menghadapinya dengan keberanian dan keazaman, dan menggunakannya sebagai peluang untuk pertumbuhan dan penemuan diri.

Sejak hari itu, Alex berhenti mencari erti kehidupan dan sebaliknya menumpukan pada menjalani kehidupannya sepenuhnya, menerima cabaran dan kegembiraannya dengan tangan terbuka. Dia mendapati kebahagiaan dan kepuasan pada saat ini, mengetahui bahawa erti kehidupan yang sebenar bukanlah destinasi yang harus dicapai, tetapi perjalanan yang harus dialami.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

08 Nov, 04:03


Dan ( sebaliknya) org2 yg menerima petunjuk ( ke jalan yg benar) Allah menambahi mereka dgn hidayah petunjuk , serta memberi kpd mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa..

(Muhammad 47:17)

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

07 Nov, 01:22


TARBIAH DIRI

Mencaci orang lain dengan kata-kata kotor, tidak membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri.

Sebab kata-kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita. Hanya hati dan fikiran yang kotor mengeluarkan kata-kata kotor.

Menghina orang tidak membuat orang jadi hina, melainkan membuat hina diri sendiri.

Sebab hanya hati dam fikiran yang hina akan mengeluarkan kata-kata dan prilaku menghina.

Menghormati orang dengan kata-kata kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang. Sebab hanya hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata-kata kasih.

Menguatkan orang lain dengan kata-kata bijak akan membuat diri anda lebih kuat dan fikiran anda bijak. Sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata-kata bijak.

Membahagiakan orang dengan kata-kata berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan penuh pengharapan. Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata-kata penuh harapan.

Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan akan membentuk siapa diri kita.

Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki & selanjutnya pula itu pula yang akan kita terima.

Dosa boleh diampunkan dengan taubat dan pendosa boleh berubah dengan amal ibadah dan kebajikannya. Kerana itu Islam membenci dosa. Bukan membenci pendosa.

Bila mata bertemu mata akan timbul rasa cinta, tapi bila dahi bertemu Sejadah akan kau temui kebesaran Allah.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

06 Nov, 16:25


https://vt.tiktok.com/ZSjkU74mg

Tanya sama cinta 🥰

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

06 Nov, 00:11


Kekayaan adalah Minda:

Membina kekayaan bermula dengan minda yang betul. Anda digalakkan untuk mengamalkan sikap positif dan proaktif terhadap wang, mengiktiraf bahawa kekayaan bukan hanya tentang mempunyai wang, tetapi juga tentang cara seseorang berfikir dan berinteraksi dengannya.

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

05 Nov, 02:37


Sabarlah ketika kita diuji , tak ada seorang manusia yang lepas dari ujian.
Susah perit itu ujian.
Senang selesa itu lagi hebat dugaannya.

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

04 Nov, 01:47


If what you did yesterday still looks big to you, then you haven't done much today.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

03 Nov, 02:33


Tanggungjawab Bapa dalam Keluarga

Disiplin dan Bimbingan:
1. Menetapkan jangkaan, peraturan dan akibat yang jelas.
2. Mengajar kemahiran hidup dan menerapkan nilai murni
3. Menggalakkan tanggungjawab dan berdikari
4. Menunjukkan komunikasi dan tingkah laku yang menghormati

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

02 Nov, 02:00


Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Allah . Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.

Semoga Allah menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman. Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.

Moga Allah terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.

Dunia semakin tua, Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman.

Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat.

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar. Salah satunya kerosakan instituti rumah tangga semakin serius.

"Sekarang banyak kes pukul, kes bunuhh, suami bunuhh isteri, isteri pukul suami, anak bunuhh ibu bapak, ibu bapak bunuhh anak, setiap hari ada dalam berita, semakin kejam manusia akhir zaman ini, jalan terbaik kuatkan hubungan dengan Allah itu jalan terbaik hanya Allah sahaja dapat tolong kita di akhir zaman ini.

Banyakkan sabar istighfar
Banyakkan zikir baca al Quran
Solat taubat

Allah sayang kita sendiri

Hidayah milik Allah 💗moga Allah redha

Kredit Kepada Penulis

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

01 Nov, 00:47


Tanggungjawab Bapa dalam Keluarga

Sokongan Emosi:
1. Mendengar dan mengesahkan perasaan secara aktif
2. Menawarkan keselesaan dan jaminan semasa masa sukar
3. Menggalakkan komunikasi terbuka dan jujur
4. Menyokong keperluan emosi pasangan anda
5. Menunjukkan ekspresi emosi yang sihat

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

31 Oct, 01:19


Mimpi menjadi kenyataan akibat tindakan anda, dan tindakan anda dikawal sebahagian besarnya, oleh tabiat anda.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

29 Oct, 22:52


Doa ini adalah untuk permudahkan masalah :

1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Takde keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.

Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal.

Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.

Dr Azu sharing 🥰

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

29 Oct, 02:42


https://vt.tiktok.com/ZSjFjHTV9

Apa definasi happiness?

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

29 Oct, 01:55


Abdullah Ibnu Busr RA. meriwayatkan seorang badwi bertanya kpd Rasulullah SAW: " Sesungguhnya syariat islam banyak ku ketahui, untuk itu beritahukanlah padaku dgn sesuatu yg dapat aku pegang kuat2 daripadanya. " Baginda menjawab " hendaklah lisanmu sentiasa basah kerana zikrullah".(HR Ibnu Majjah)

Dr Hjh Azuraida Shahadan
#sebarkankebaikan
#motivasipagi
#bijakemosi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

26 Oct, 00:29


41 AKHLAK RASULULLAH SAW YG PATUT KITA CUBA CONTOHI:

١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu .
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua .
٣٤ . Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah .
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
.ماشاء الله تبارك الله .

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

25 Oct, 08:49


https://vt.tiktok.com/ZSj8U2h25

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

24 Oct, 23:09


Tanggungjawab Bapa dalam Keluarga

Tanggungjawab Utama:
1. Memberi sokongan kewangan
2. Menawarkan bimbingan dan sokongan emosi
3. Mendisiplin dan menetapkan sempadan yang jelas
4. Memodelkan nilai dan tingkah laku yang sesuai
5. Melindungi dan memastikan keselamatan keluarga

Ps : Jom perdengarkan bacaan surah Al Kahfi 🥰

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

24 Oct, 01:07


Sabar dan tenang ni mahal.

Hidup kita ni tak akan lepas dari penilaian orang lain. Disindir sana sini dan dikata itu ini, itu biasa.

Tetaplah sabar dan tenang.

Cctv memang banyak, orang-orang yang hobinya bersangka-sangka akan selalu ada disekeliling kita.

Tak payah kita membuang masa dan tenaga untuk membetulkan anggapan mereka.

Terus enjoy dan bersyukur dengan kehidupan kita sendiri.

Biarkan mereka yang suka mencari-cari kelemahan kita. Hidup ini seperti bateri ada campur dan tolak.

Jangan mudah sakit hati hanya kerana disangka buruk orang. Siapa tahu dengan cara itulah ALLAH mengangkat darjat kita.

Jangan mendengar apa yang tidak perlu didengar. Jangan melihat apa yang tidak perlu dilihat.

Jangan mencari tahu apa yang tidak perlu kita tahu. Santai-santai saja, kalau tak kuat pergi ambil wuduk, solat dan berdoalah.

Ingat, back up kita adalah ALLAH. Psikologi mahal seperti ini; Telan, pendam dan handle sendiri. Hanya mengadu pada ALLAH, pasti diberi bantuan.

Berhenti membuktikan pada manusia. Buat apa untuk membuktikan pada manusia?

Orang yang membenci kita, mata mereka sentiasa ditutup dari memandang kebaikan kita.

Walau sebaik apapun diri kita melakukan sesuatu pasti dipandang buruk.

Apa yang perlu kita lakukan bukan membuktikan sesuatu kepada manusia, tetapi cari redhanya ALLAH.

Ada manusia yang suka dan tak suka kita itu sunahtullah.

Maka, fokus kita hanya kepada orang yang sayangkan kita bukan pada orang yang membenci kita. Dan teruslah kita menjadi orang yang baik.

Kredit : penulis

Selamat Pagi 💞💞💞
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

23 Oct, 02:56


If you don't climb the mountain; you can't view the plain.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Penulis buku
The Ultimate Guide To Make Your Dreams Come True

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

22 Oct, 06:19


https://vt.tiktok.com/ZSjeou1nK

Teknik tanya minda separuh sedar bantu beri jawapan kepada persoalan hidup anda!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

21 Oct, 06:07


https://vt.tiktok.com/ZSjeY6Q5X

Jika ada yg tertanya tanya bagaimana Hyatt Hotel di Amsterdam

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

21 Oct, 02:35


Assalamualaikum...

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]

Kita perlulah sentiasa menyeru manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan agama kepada hidayah atau kebaikan. Ini kerana, ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang membawa saudaranya ke jalan hidayah adalah amat besar.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan hikmah dalam menyeru manusia ke jalan hidayah memberi manfaat kepada semua.

Insya Allah

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

20 Oct, 01:32


Bismillah

Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokatuh


*SEDEKAH BUAH DELIMA UNTUK PENGEMIS*

Saudaraku...
Ketika Fatima binti rasulullah SAW sedang sakit, Fatimah ditanya oleh suaminya yang tak lain adalah Ali bin Abi Thalib.

Ali : Wahai istriku, engkau ingin buah apa?

Fatimah : Suamiku, aku ingin buah delima.

Mendengar jawaban dari Fartimah, Ali berfikir sejenak, karena ia tak ada uang sepersenpun. Diapun berdiri serta pergi kepasar mencari pinjaman uang satu dirham, dapatlah ia pinjaman lalu dibelikan sebuah delima untuk istrinya fatima, perjalanan pulang di pinggir jalan iya melihat seorang (pengemis) yang tergeletak sakit, maka Ali pun berhenti menghampirinya.

Ali : Hai orang tua, bagaimana kabarmu, apa yang kau inginkan ?

Pengemis : Wahai saudaraku, sudah lima hari aku sakit, sudah banyak orang yang jalan di hadapanku tapi tak ada yang peduli padahal perutku sudah lapar, jawab orang itu.

Ali terdiam setelah mendengar jawaban orang sakit itu, lalu Ali berkata dalam hati, “buah delima yang hanya sebiji ini sengaja aku beli untuk istriku Fatimah dan inipun hasil dari uang aku meminjam, kalau aku berikan kepada orang lain, pasti fatimah akan sedih, tapi jika tidak aku berikan, berarti aku tidak menepati firman Allah. Ali teringat akan ayat Allah.

“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya.” (QS. Ad Dhuha).

Pada akhirnya Ali memberikan buah delima itu kepada orang sakit tersebut, dan Ali langsung pulang dengan perasaan yang gelisah dan malu karena tak membawa buah delima yang di inginkan Fatimah, sampai dirumah Ali menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah, dan istrinya tersebut merespon dengan berkata,

“Mengapa engkau bersedih hati wahai suamiku? Demi keperkasaan Allah yang maha tinggi lagi maha agung, sesungguhnya tatkala engkau memberikan delima itu kepada orangtua tersebut, maka hilanglah keinginanku kepada buah delima.

Maka Ali gembira dengan kata-katanya istrinya itu, beberapa menit kemudian datanglah seseorang mengetuk pintu,

Ali : siapa?

Salman : Saya salman Al-farsi, tolong bukakan pintunya.

Ali berdiri dan membukakan pintu, dan dia melihat Salman Al-Farisi di tangan nya memegang talam yang tertutup. Serta meletakkan di hadapan Ali.

Ali : darimanakah ini ya salman ??? tanya Ali.

Salman : Dari Allah kepada Rasul dan dari Rasul kepada engkau, jawab salman.

Maka Ali membuka tutup talam itu, ternyata di dalam terdapat sembilan buah delima.

Ali : ya salman, kalau ini untuk saya tentunya ada 10 berdasarkan firman Allah ta’ala.

“barang siapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya (balasnya). (Al – an’am :160)

Salman tertawa sambil mengeluarkan sebiji delima dari dalam saku dan meletakkan nya di talam seraya berkata;

“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekedar menguji sejauh mana keyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan tadi.

Saudaraku,,, marilah kita petik dari kisah diatas, smoga kisah diatas membuka mata dan hati kita untuk senang bersedekah . Amiiin

Allahu’alam

Salam Hormat
Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi
Terapi Minda
Personal Development

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

19 Oct, 00:04


Wang Nafkah Bulanan Isteri:
Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua
*********************************
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

"Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.

"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri". Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

"Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Nabila pula bertanya.

"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la..." Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?"

"Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu"

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

"Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah.

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

18 Oct, 14:03


https://vt.tiktok.com/ZSj1BogUr

Lepas ni dah tak naik Flight dah kalau ke utara!!

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

18 Oct, 01:12


TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.Aamiin...

"Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikkan,maka ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang melakukan."
(Hadis Riwayat Muslim, 3509)

Kredit: Aamiin

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
#Drazusharing
#Terapiminda
#DrInspirator

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

17 Oct, 00:55


Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya

Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.

Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.

Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.

Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.

Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.

**

Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.

Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.

Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.

Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.

Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.

Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!

Maka begitulah isteri kita hadapi.

Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.

Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.Hihi

So para suami anda kena letak mindset ni:

1. Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita.Mereka kerja every hour.

2. Kena bagi 'me time' untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.

3. Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita 'sedang buat kerja kita'.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.

4.Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.

Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.

Diceritakan Oleh: Ehsan Halim

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide

Inspirasi Dr Azuraida Shahadan

16 Oct, 03:45


You can't have a better tomorrow if you are thinking about yesterday all the time.

Dr. Hjh. Azuraida Shahadan
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
#drazusharing
Penulis buku Child and Adolescent Development Guide