✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat @tipsrezekiduniaakhirat Channel on Telegram

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

@tipsrezekiduniaakhirat


Tips Formula Tarik Rezeki untuk kebahagiaan hati, kekayaan harta & jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA & di AKHIRAT

Tips Rezeki Dunia Akhirat (Indonesian)

Selamat datang di channel Tips Rezeki Dunia Akhirat! Di sini, Anda akan menemukan berbagai tips dan formula untuk menarik rezeki agar mendapatkan kebahagiaan hati, kekayaan harta, dan jiwa yang damai, serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Channel ini didedikasikan untuk membantu Anda meningkatkan rezeki dan keberuntungan dalam kehidupan sehari-hari. Dapatkan informasi bermanfaat dan inspiratif yang dapat membimbing Anda menuju kesuksesan dan kebahagiaan yang hakiki. Jangan lewatkan setiap tips dan panduan yang kami bagikan secara rutin untuk meraih keberkahan dan kesuksesan di dunia dan akhirat. Bergabunglah sekarang dan mulailah perjalanan menuju hidup yang lebih baik!

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Feb, 01:07


"Ya Allah, berkatilah kami di pagi hari jumaat yang mulia ini, rahmatilah kami, berilah kami kesihatan yang baik, luaskanlah rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan kami"
Aamiin 🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Feb, 01:02


Rahsia orang Cina bina kekayaan.

1. Bantu adik-beradik.

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.

Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.

Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.

Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.

Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

2. Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.

Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.

WE LOVE PROPERTIES. HAHA..

Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.

Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.

Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.

4. Save dulu baru spend

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.

Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.

Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.

Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.

So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.

5. Tak suka berhutang

Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.

Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.

Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.

Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.

Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.

Kredit Adam Kelvin
Masih belum kaya lagi.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Feb, 00:49


Jangan Tangguh Taubat, Kita Tak Tahu Bila Giliran Kita

Manusia sering merancang untuk berubah "nanti", bertaubat "esok", dan mendekatkan diri kepada Allah "bila tiba masa yang sesuai". Tapi hakikatnya, kita tak pernah tahu bila ajal akan menjemput. Kematian itu tidak menunggu usia tua, tidak menunggu kita selesai dengan urusan dunia, tidak menunggu kita bersedia.

Berapa ramai yang pergi tanpa sempat mengucap? Berapa ramai yang tidak sempat meminta maaf kepada ibu bapa? Berapa ramai yang belum punyai amal soleh yang cukup, tetapi sudah dijemput menghadap Tuhan? Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawanya belum sampai ke kerongkongan."
(HR Tirmidzi)

Kita sibuk mengejar dunia, tetapi kita lupa bahawa dunia ini hanya pinjaman. Segala kemewahan, harta, dan impian yang kita kejar akan kita tinggalkan. Yang akan dibawa hanya amalan kita. Jika baik amalnya, baiklah kehidupan seterusnya. Jika buruk amalnya, maka bersedialah menghadapi azab yang tidak tertanggung.

Orang yang mati dalam keadaan masih bergelumang dengan dosa akan berhadapan dengan penyesalan yang tidak berpenghujung. Bayangkan jika kita mati tanpa sempat memohon ampun kepada Allah, tanpa sempat membayar hutang kepada manusia, tanpa sempat menutup aurat dengan sempurna. Adakah kita sanggup menanggung akibatnya?

Jangan menunggu kesempitan hidup baru mahu mencari Allah. Jangan menunggu sakit baru mahu sujud dan menangis dalam doa. Jangan menunggu tua baru mahu bertudung atau solat cukup lima waktu. Kita tak tahu bila tarikh kematian kita, tetapi kita tahu bahawa ia semakin dekat setiap hari.

Allah Maha Pengampun, tetapi pintu taubat tidak selamanya terbuka. Ada dua keadaan di mana taubat tidak lagi diterima:

1. Saat nyawa sampai ke kerongkongan – Ketika sakaratul maut, barulah manusia ingin bertaubat, tetapi saat itu sudah terlambat.

2. Saat matahari terbit dari barat – Tanda besar kiamat, di mana tiada lagi peluang untuk kembali kepada Allah.

Allah SWT berfirman:

"Dan tidaklah taubat itu diterima dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan, sehingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia berkata, ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang.’"
(Surah An-Nisa: 18)

Maka, apa lagi yang kita tunggu? Kita masih diberi nyawa hari ini. Kita masih mampu sujud hari ini. Kita masih boleh memohon keampunan hari ini. Maka, hari ini jugalah kita harus kembali kepada Allah.

Jangan kita termasuk dalam golongan yang menyesal di alam barzakh kerana menangguhkan taubat. Kerana di sana, tiada lagi peluang kedua. Hari ini kita masih hidup. Hari ini kita masih sempat sujud. Maka, jangan biarkan masa berlalu tanpa memperbaiki diri.

Moga Allah mengampunkan kita semua dan memberi kesempatan untuk bertaubat sebelum terlambat. Aamiin.

___

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 15:50


15 Nasihat Adab Harian untuk Meningkatkan Hubungan dan Menghormati Orang Lain

Dalam hidup, cara kita berinteraksi dengan orang lain menentukan bagaimana mereka melihat dan menghormati kita. Apa panduan mudah untuk menjadi individu yang lebih disenangi, sama ada dalam keluarga, tempat kerja, atau pergaulan sosial? Saya kongsikan di bawah ini, apabila kita memahami dan mengamalkannya, kita boleh mengelakkan situasi yang janggal, membina hubungan yang lebih baik, dan meninggalkan kesan positif pada orang sekeliling.

Nasihat ini sesuai digunakan dalam pelbagai situasi ketika bertemu orang baru, menghadiri mesyuarat, berbual santai, atau sekadar mahu memperbaiki cara kita membawa diri. Ia membantu kita berkomunikasi dengan lebih sopan, bersikap lebih profesional, dan menunjukkan rasa hormat kepada orang lain.

Ini 15 Nasihatnya. 😎

1. Bangun sebelum berjabat tangan: Ketika bertemu seseorang dan mahu bersalaman, pastikan kita bangun dahulu. Berjabat tangan sambil duduk boleh nampak seperti kita kurang hormat. Sikap ini menunjukkan kita menghargai orang yang datang bertemu.

2. Jangan cakap tak elok tentang makanan bila bertandang ke rumah orang: Sebagai tetamu, kita harus menghormati tuan rumah. Mungkin makanan yang disediakan bukan kegemaran kita, tapi itu bukan alasan untuk mengkritik. Jika tak suka, cukuplah sekadar diam dan berterima kasih.

3. Elakkan mengambil bahagian terakhir jika bukan kita yang beli: Jika makan bersama dan ada satu bahagian terakhir, jangan terus ambil. Tanya dulu jika ada orang lain yang mahu. Ini tanda kita prihatin dan tidak pentingkan diri.

4. Lindungi yang di belakang, hormati yang di sebelah: Dalam kehidupan, ada yang lebih lemah dan memerlukan perlindungan, sama ada dalam kerja, keluarga, atau masyarakat. Pada masa sama, kita juga perlu menghormati mereka yang setara dengan kita, agar hubungan tetap harmoni.

5. Dalam suatu perbincangan, dengar dahulu sebelum mencadangkan sesuatu: Dalam apa jua perbincangan atau mesyuarat, jangan terburu-buru mencadangkan sesuatu tanpa memahami situasi. Dengar pandangan orang lain dahulu supaya cadangan kita lebih bernas dan tepat pada keadaan.

6. Jangan ambil kredit atas kerja orang lain: Jika sesuatu kejayaan itu bukan hasil usaha kita sepenuhnya, jangan sesekali mengaku seolah-olah ia kerja kita. Kejujuran dan integriti lebih penting daripada pujian kosong.

7. Berpakaian mengikut kesesuaian majlis: Pakaian bukan sekadar untuk bergaya, tetapi ia juga menunjukkan rasa hormat kepada majlis dan orang sekeliling. Jangan terlalu berlebihan atau terlalu santai jika tidak sesuai dengan suasana.

8. Bercakap dengan jujur dan maksudkan apa yang dikata: Kata-kata yang keluar dari mulut kita mencerminkan keperibadian. Jangan berkata sesuatu hanya untuk menyenangkan hati orang lain, tetapi sebenarnya kita tidak maksudkannya.

9. Bertanya lebih, bercakap kurang: Dalam perbualan, cuba lebih banyak bertanya daripada hanya bercakap tentang diri sendiri. Ini menunjukkan kita seorang yang peka dan berminat untuk memahami orang lain. Kalau tak, lebih baik diam dan dengar sahaja.

10. Gunakan bahasa dengan sopan dan mengikut keadaan: Tidak semua orang selesa dengan bahasa terlalu santai, apa lagi bahasa kasar atau kata-kata kesat. Gunakan bahasa dengan bijak dan hormati sensitiviti orang lain, termasuk dalam tulisan.

11. Jangan letak telefon atas meja semasa makan dengan orang lain: Apabila makan bersama, fokus kepada perbualan, bukan telefon. Meletakkan telefon di atas meja menunjukkan kita tidak sepenuhnya hadir dalam perbualan tersebut.

12. Dengar dengan teliti, senyum, dan jaga eye contact: Tunjukkan bahawa kita benar-benar mendengar dan menghargai orang yang bercakap dengan kita. Ini membuatkan mereka rasa lebih dihormati dan dihargai.

13. Jika tidak dijemput, jangan menyibuk mahu menyertai: Jangan cuba masuk ke dalam perbualan atau acara yang bukan untuk kita. Tahu batas diri dan hormati ruang orang lain.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 15:50


14. Bangga dengan asal-usul sendiri: Jangan malu dengan latar belakang kita, sama ada dari segi keluarga, budaya, atau tempat asal. Ini yang membentuk identiti kita dan harus dibanggakan.

15. Jangan merayu untuk sebuah hubungan: Jika seseorang sudah tidak mahu bersama kita, jangan merayu atau memaksa. Maruah dan harga diri lebih penting daripada hubungan yang tidak dihargai.

Nasihat-nasihat ini mungkin nampak kecil, tetapi kesannya besar dalam kehidupan harian kita. Semua ini berbalik kepada satu perkara, rasa hormat kepada orang lain.

Apabila kita menghormati orang lain, mereka juga akan menghormati kita. Kita akan lebih disenangi, lebih mudah membina hubungan, dan secara tidak langsung hidup kita akan lebih harmoni.

Jadi, ayuh kita amalkan dan sebarkan kebaikan ini!
😉

Tips pada poster ini juga baik dan mudah diamalkan. ☺️

1. Hargai kelebihan dan kelemahan.
2. Hindari perdebatan.
3. Penyayang
4. Jadi pendengar yang baik.
5. Jangan marah.
6. Berjenaka (sekali sekala)

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 15:49


Rasa malu adalah penasihat yang paling jujur kepada tingkah laku, kata-kata dan tulisan kita di media sosial.

- Ustaz Pahrol Mohd Juoi -

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 15:01


SOLAT: KUNCI KETENANGAN DALAM KEMELUT KEHIDUPAN

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang datang silih berganti. Ada ketika, kita berasa seperti tenggelam dalam lautan masalah, dibelenggu hutang yang mencengkam, dan dibebani tekanan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Namun, dalam Islam, Allah SWT telah mengurniakan kita dengan satu nikmat yang tidak ternilai - solat.

Solat bukan sekadar ritual harian yang perlu dilaksanakan. Ia adalah medan pertemuan antara hamba dengan Penciptanya, saat di mana segala keresahan dapat dicurahkan, segala kesusahan dapat diluahkan. Bayangkan betapa indahnya ketika kita sujud, merendah diri di hadapan Allah, melepaskan segala bebanan yang menghimpit jiwa. Dalam keheningan sujud itu, kita menemui ketenangan yang hakiki.

Bila dilanda kesempitan wang dan dibebani hutang, solatlah dengan penuh pengharapan. Bila hati berkecamuk dan fikiran berkabut, kembalilah kepada solat. Bila stres menguasai diri dan masalah bertimpa-timpa, ingatlah bahawa sejadah sentiasa menanti untuk kita hamburkan segala kegelisahan. Kerana dalam solat, kita bukan sekadar menunaikan kewajipan, tetapi sedang membina hubungan istimewa dengan Yang Maha Pengasih.

Jagalah solat dengan penuh keikhlasan, kerana Allah sendiri yang akan menjaga kita. Bukankah Allah telah berjanji dalam Al-Quran bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan? Maka, marilah kita jadikan solat sebagai benteng pertahanan diri, ubat penawar jiwa, dan sumber kekuatan dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Sesungguhnya, dalam solat terletak rahsia ketenangan yang kita cari selama ini.
.
.
Kredit Islami Duniaku

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 04:17


Cara mudah menjaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama

1. Jangan bebankan mesin dgn trlalu banyak pakaian setiap kali mbasuh. Ikut rekemen pngeluar mesin.

2. Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sbb trlalu lama dlm keadaan stanby computer board akan mnjadi smakin panas. Lepas kluarkan baju offlah suis soket.

3. Dalam sebulan sekali masukan air panas kira2 lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yg boleh merosakkan injap buang.

4. Kalau putaran mesin smakin lemah dr sbelumnya brmakna belting telah longgar. Kalau pandai ambil spanar tegangkan dibagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar rm10-20 ja

5. Kalau air masuk smakin slow buka bahagian paip air masuk kat situ ada filter mungkin trsumbat.

6. Jika air masuk ok tp air kluar xboleh brmakna valve buang air 'stuck' mungkin trsangkut duit siling,objek keras atau sbagainya
Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan2 tersebut tinggal dalam rumah kita

Kredit Penulis Asal

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 04:06


jangan jadikan pandangan mata seperti lalat yang hanya mencari buruk dan kotor yaitu hanya melihat kesalahan orang lain serta kekurangannya

didiklah mata seperti lebah yang hanya memandang wewangian dan keindahan yaitu yang memandang baik memandang kelebihan orang lain

-Umar bin Khattab-

#selfreminder #quotes #islmic #doa #fyp

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 03:37


Kematian Itu Pasti, Namun Adakah Kita Bersedia?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah yang tidak akan pernah berubah. Dalam Surah Ali 'Imran ayat 185, Allah mengingatkan bahawa hidup di dunia ini hanyalah satu ujian, dan balasan sebenar akan diberikan pada hari kiamat. Saat itu, sesiapa yang berjaya menjauhkan diri dari neraka dan dimasukkan ke syurga, dialah yang sebenar-benar menang. Namun, betapa ramai manusia yang lalai dengan nikmat dunia sehingga terlupa bahawa hidup ini hanyalah sementara?

Hakikatnya, kematian itu bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada kehidupan yang abadi. Sakaratul maut adalah detik yang pasti dihadapi oleh setiap insan. Tidak kira sehebat mana pun seseorang di dunia ini, saat roh ditarik keluar dari jasad, tiada siapa yang dapat menolong melainkan iman, amal soleh, dan rahmat Allah. Dunia ini penuh dengan godaan, kesenangan yang melalaikan, dan kebahagiaan yang menipu. Segala harta, pangkat, dan kejayaan tidak akan bermakna lagi apabila tiba saatnya kita kembali kepada-Nya.

Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia menghadapi kematian? Adakah solat kita cukup? Adakah hati kita bersih daripada sifat hasad dengki dan dendam? Adakah kita sudah memohon maaf kepada insan yang pernah kita sakiti? Jika tidak, masih belum terlambat untuk berubah. Selagi nafas masih ada, selagi jantung masih berdegup, marilah kita sama-sama memperbaiki diri, meningkatkan amalan, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Kematian tidak mengenal usia, masa, atau keadaan. Mungkin hari ini kita sihat dan ceria, tetapi esok kita sudah kembali ke tanah. Justeru, jangan pernah menangguhkan taubat. Jangan menunggu hari tua untuk menjadi lebih baik, kerana kita tidak tahu bila nyawa akan diambil. Hidup ini hanya sekali, dan kita tidak boleh mengulanginya. Oleh itu, marilah kita gunakan setiap detik yang tersisa untuk mencari reda Allah, kerana hanya itu yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Semoga Allah memberikan kita kesudahan yang baik, mengampuni dosa-dosa kita, dan mengizinkan kita untuk kembali kepada-Nya dalam keadaan yang diredai. Aamiin.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 01:37


Ya الله, Ya Fattah, Ya Razzaq, Jika Ada Yang Melihat Post Ini, Engkau
Bukakanlah 1000
Pintu Rezeki Buatnya.
امين يا الله 🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 01:21


1. Baru faham, rupanya penuaan bermula di kaki, kemudian baru secara beransur-ansur naik ke bahagian atas. Menjaga kaki dengan berjalan kaki sudah memadai. Otot kaki yang kuat adalah faktor penting untuk membolehkan kita terus sihat.

2. Jika kita tidak menggerakkan kaki selama 14 hari sahaja, otot kaki akan melemah dan kekuatannya akan berkurang untuk 10 tahun. Tidak kira berapapun usia kita, kekuatan otot kaki yang telah melemahkannya sebanyak satu pertiga darinya. Dan ia memerlukan masa yang lebih lama untuk kuat atau pulih kembali.

3. Latihan dan apa saja aktiviti yang kita lakukan, ia akan menguatkan 50% tulang dan 50% lagi otot. Dan itu terdapat di kaki kita.

4. Untuk menguatkan otot, kita mesti buat senaman beban. Saya selalu ikut youtube oleh Caroline Girvan. Buat dalam bilik sendiripun boleh. Jangan buat sesuka hati tanpa bimbingan terutama bagi yang dah usia macam saya.

5. Saya juga konsisten berjalan selama 45 minit menggunakan treadmill. Sekali sehari jika sibuk. Jika lebih banyak masa, saya buat dua kali sehari. Alhamdulillah

Kredit FB Faridah Mohd Ali

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 01:18


Bersabarlah hadapi apa jua ujian.
Pasti ada hikmah yang terbentang di hujung jalan.

Jom pujuk hati.
.
.
#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

06 Feb, 01:17


In shaa Allah... Aamiin🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 08:32


org high value dia tak layan gosip, tak layan tea. dia berani buang siapa dia tak nak , dia tak simpan TOXIC, dia cakap bila perlu . dia fokus diri dia , dia friendly tapi tak semua orang boleh akses dia , limited dan jaga circle akan buat you level up and growth ❤️

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 08:28


'Ingatkan masalah bisnes boleh setel. Ni sekali hutang-hutang aku disetelkan.'

'2 kali join seminar 5 kali tonton video satu pun tak jadi'

'pening duk cari apa masalah bisnes aku ni. Buat ape pun tak jadi. Dah macam-macam sifu aku jumpe masih tak jadi. Tapi lepas jumpa je formula ni terus setel semua. Macam tak sangka'

'Dulu bisnes tak fikir pun pasal ni. Tapi bila dah jatuh tercari apa punca bisnes jatuh, nak naik balik memang struggle. Alhamdulillah selepas jumpa formula ni setel terus semua masalah bisnes malah sale makin hari makin meningkat. Pernah tu capai sampai 900k sebulan. Terima kasih sangat pada yang cikgu yang tulis buku ni.'

Pembaca FTR. Terima kasih atas feedback korang. Moga pahala mengalir sampai syurga asbab feedback korang ni membantu yang lain nak menuntut ilmu dengan buku cikgu ni. Syurgalah ganjaran terbaik tuk korang yang nak sama-sama lihat orang lain berjaya. Tqqq sangat na. Alhamdulillah.

Kepada yang belum baca FTR, boleh dapatkan disini ya https://wa.me/60164588205?text=ftr

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 08:23


Teruskan berbuat baik jangan putus asa utk berdoa supaya Allah mudahkan kita melakukan hal hal yang baik.
___

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 04:33


Nasihat paling sukar adalah menasihati diri sendiri kerana emosi dan ego menghalang objektiviti. #artortoisemy

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 04:29


"Orang berpurdah pun ramai tak baik. Mulut celupar. Solat pun ada yang tak solat. Lebih teruk perangai dari orang tak pakai tudung." Ini masalah hati. Masalah individu. Masalah akhlak. Bukan masalah pakaian. Kalau rosak sekeping hati maka rosaklah keseluruhan akhlak manusia itu. Dia gini sebenarnya. Dalam Islam memang ada yang munafik dan fasik. Yang ampa duk sebut tu golongan nilah. Dia pakai tudung, tapi tak solat, tak pergi masjid. Dia tak pakai tudung tapi hati baik, Inilah golongannya. Munafik. Allah janji neraka untuk golongan ni. Jadi jangan risau. Patuh je perintah Allah suruh tutup aurat. Bukan jadi orang islam sibuk nilai orang lain. Pakaian dll. Jadilah yang takwa iaitu patuh pada perintah dan larangan Allah tu. Yang tak patuh tu nasihatlah. Bawa akhlak Rasulullah buat dakwah. Tegur, pesan dan ingatkan. Bukan sibuk banding sana sini. AllahuAkhbar. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang lain yang salah. Orang lain yang kena fitnah dah kenapa. Ramai je yang baik. Tapi ampa belum jumpa. Normal lah ada yang baik dan jahat. Kita je pilih nak jadi yang mana. 😏-Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 04:27


Istighfarlah untuk masa lalu
Bersyukurlah untuk hari ini
Berdoalah untuk hari esok

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 04:26


Qoutes hari ini

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 00:48


Orang islam adalah bersaudara. Mana yang menyebabkan perbalahan tu mohon elakkanlah. Bersatu. Tak sependapat elakkan berdebat. Tak perlu setuju kalau tak setuju. Cuba belajar untuk beradab dan tegur dengan cara yang betul. Setiap posting orang pula jangan kita laju nak sangka buruk dan sentap tak tentu pasal. Sentap untuk muhasabah dan rendah diri memperbaiki apa yang kurang adalah terbaik. InshaaAllah syurga untuk orang yang tak ego. Tanda ego: merasa diri lebih baik, lebih bagus dan lebih hebat dari orang lain. Saya suka ingatkan diri saya dan orang yang suka diingatkan- Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 00:46


In shaa Allah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

23 Jan, 00:34


Jangan pernah bosan untuk berdoa.

Kerana dengan mengulangi doa ibarat kita mengayuh basikal yang akan pasti sampai kepada satu tujuan.

Assalamualaikum 🩷

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

22 Jan, 14:35


USAHAKAN AGAR DALAM 7 GOLONGAN

Padang Mahsyar panasnya bukan main. Semua manusia telanjang tak berbaju dan merasakan panasnya matahari dalam jarak yang sangat dekat. Perlindungan pun tak akan ada disana kecuali perlindungan ALLAH.

7 golongan orang yang mendapatkan perlindungan dari panasnya matahari di hari kiamat:
1.Orang yang saling mencintai kerana ALLAH
2.Orang yang terpelihara dari perbuatan zina
3.Orang yang penuh semangat beribadah
4.Orang yang gemar bersedekah
5.Orang yang suka menangisi dosa
6.Orang yang suka solat tahajjud
7.Imam (pemimpin) yang adil

Semoga kita akan menjadi salah satu atau lebih dari golongan yangmendapatkan naungan ALLAH di hari Kiamat, kerana hanya dengan naungan ALLAH saja kita akan diselamatkan dari kepedihan di hari pembalasan tersebut. Aamiin 🤲

Kredit Rohana Saad

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

22 Jan, 10:40


Nak Cakap....
Saya nak berbaik dengan semua orang. Memang dari dulu saya tak suka musuh.
.

Tapi saya juga bukan bodoh. Kalau orang tu kantoi mengutuk saya, memfitnah saya... walaupun saya tak balas, walaupun saya diam, tapi saya tetap akan menjauh.
.

Memang saya akan jauhkan diri daripada orang macam ni sebab saya tahu, saya bertanggungjawab terhadap kebahagiaan dan ketenangan hati saya sendiri.
.

Orang macam ni bahaya. Sejenis depan lain, belakang lain. Sejenis buat baik bila memerlukan tapi kemudiannya sanggup tikam kawan untuk satu kepentingan.
.

Saya tak boleh paksa diri saya untuk terus deal dengan orang macam ni. Saya sejenis yang tak pandai berpura-pura. Jadi, selagi dia tak berubah, selagi tu saya akan jauhkan diri.
.

Dan berita buruknya, saya juga akan berhati-hati dengan sesiapa saja yang rapat dengan dia. Kepada mereka, saya tak akan lagi bercerita banyak tentang diri saya, perancangan saya dan kejayaan saya. Saya tak akan lagi berkongsi bahagia dengannya.
.

Sebab saya orang lama. Saya orang yang dah banyak pengalaman, yang dah banyak berdepan pengkhianatan. Yang dah faham, wujudnya banyak gunting dalam lipatan.
.

Maka, bagi dia yang mahu bermusuh, saya akan menjauh. Bahkan, yang berbaik dengannya pun akan saya pinggirkan. Cukuplah dia dan dia menjadi kawan tepi jalan.
.

Ini bukan prasangka. Ini namanya berjaga-jaga.
.

Sebab saya sudah faham, sebaik apa pun kita pada orang, sebanyak mana pun budi kita padanya, memang akan ada manusia yang tak pandai menilai kaca dengan permata.
.

Sungguh. Mencari SAHABAT DUNIA AKHIRAT bukan satu kerja mudah. Kerana sahabat yang mencari kepentingan dunia, terlalu bersepah!
.

Di akhir usia seperti ini, saya tak mahu mencari dunia. Saya cuma mahu mendekati apa-apa yang boleh mendekatkan saya pada syurga. Maka saya bentengi diri saya, dengan apa yang sepatutnya..

Pedulikan apa orang kata tentang kita,yang penting kita tahu siapa kita dan tahu apa yang akan kita buat untuk nampak lebih baik dari semalam,hari ini,esok dan juga terus kemasa hadapan...

Insyaallah..

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

22 Jan, 09:25


5 tips untuk kita sentiasa tenang bila duit makin susut

Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega

Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.

Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun Bukak wallet. Tapi kosong. Duit tak ada.

📝 Tips1

Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.

Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.

Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.

📝 Tips2

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.

Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari

Then

Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata 😊

📝 Tips3

Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. "Inna haza larizquna maalahu minnafad"

Bermaksud "sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis"

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.

So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kannn.

📝 Tips4

Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.

Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

📝 Tips5

Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.

Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.

So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.

Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.

Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

"Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka ( masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)"

Kredit: Md Azhari Daud

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

22 Jan, 01:45


"Ya Allah, bimbinglah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu, menjalankan amal soleh yang Engkau redhai, dan jadikanlah aku termasuk golongan hamba-Mu yang soleh."

Semoga kita diizikan menjadi Hamba yg diredhai

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

22 Jan, 01:44


Jangan berhenti dakwah cara masing-masing. Sebab kita tak tahu berapa ramai yang kat luar sana tak tahan ujian ambil jalan bunuh diri dan keluar dari islam. Jangan main-main dengan masalah takda ilmu atau kurang ilmu tentang sabar dengan ujian hidup ni sebab tanpa ilmu yang betul boleh buat manusia sesat sesesatnya hilang akidah dan tauhid kepada Allah. Kami pilih dakwah dengan sebarkan ilmu FTR. #AlwaysbacktoAllah. Lantaklah ampa kata kami jual buku ke. Jual air liur ke. Ampa jangan nak persendakan usaha orang. Ingat roda ni bulat. Banyakkan jadi orang yang bersyukur. Kalau tak mahu support usaha orang lain atau tak mahu buat dakwah, jangan jadi penghalang untuk orang lain yang nak buat. Jangan menyakitkan hati kami dengan kata-kata buruk. - Nora Yusof

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

22 Jan, 01:27


5 SOLAT SUNAT yang pahalanya sangat besar

Kredit: Hijrah.ku
.
.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 14:47


Dunia Ini Tiada Nilai Berbanding Agama dan Iman

MasyaAllah, dunia ini memang indah di pandangan mata, penuh dengan godaan dan kenikmatan sementara. Namun, tahukah kita bahawa di sisi Allah, dunia ini tiada nilainya? Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya dunia itu bernilai di sisi Allah walau sekadar sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air." (HR Tirmidzi). Dunia ini diberikan kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tanpa mengira iman atau kufur. Tetapi agama dan iman? Itu adalah kurniaan istimewa untuk hamba-Nya yang dikasihi.

Agama ini bukanlah beban, tetapi hadiah yang paling berharga dari Allah. Ia menjadi panduan hidup, membawa kita dekat kepada-Nya, dan menjadi sebab untuk kita meraih syurga-Nya. Setiap perintah-Nya bukan untuk menyusahkan, tetapi untuk melindungi dan menyelamatkan kita dari kebinasaan. Allah SWT berfirman: "Allah tidak ingin menjadikan kesulitan untukmu, tetapi Dia ingin menyucikan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya atasmu, agar kamu bersyukur." (Surah Al-Ma’idah: 6).

Betapa ramainya manusia yang sibuk mengejar dunia tetapi lupa kepada agama. Mereka mengumpul harta, pangkat, dan nama tetapi melupakan Allah, pencipta segala sesuatu. Lalu, apa gunanya? Dunia ini akan ditinggalkan, tetapi agama dan iman itu yang akan menemani kita di akhirat. Ketika kita berdiri di hadapan Allah, hanya iman dan amal yang akan menjadi penyelamat.

Agama ini adalah kasih sayang Allah kepada kita. Ia mengajar kita cara hidup yang benar, cara beribadah, cara memperbaiki diri, dan cara memelihara hubungan dengan manusia lain. Jangan sekali-kali merasa agama ini membebani, kerana ia adalah tanda cinta Allah kepada kita. Semakin kita menghargai agama ini, semakin dekat kita dengan rahmat dan keampunan-Nya.

Maka, peliharalah iman seperti menjaga permata yang paling berharga. Tunaikanlah perintah Allah dengan penuh rasa syukur. Jagalah solat, hiasilah akhlak, dan jauhilah perkara yang dilarang-Nya. Kerana pada akhirnya, dunia ini hanya pinjaman, tetapi agama dan iman adalah tiket ke syurga yang abadi.

Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas kurniaan agama ini, memelihara iman dengan sebaik-baiknya, dan meraih kasih sayang Allah hingga ke akhir hayat. Aamiin.

__

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 14:45


Bersabar ni berat dan susah. Bersabar menahan marah memang sangat susah. Sebab tu pintu syurga ada pintu khas hanya untuk orang yang menahan amarah. Sabar apa paling susah? Sabar dengan anak-anak. Sabar bila takda duit. Sabar dengan perangai pasangan. Sabar dengan manusia paling susah. Sebab tu selalu kena bawak akhlak dalam hidup. Akhlak Rasulullah sebagai penanda aras. Nak marah je ingat Rasulullah auto hati akan jadi tenang inshaaAllah. - Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 11:10


Ya Allah, HartaKu Adalah AnakKu
Semoga Mereka Diberikan Kejayaan, Kebahagiaan, Kesihatan & Panjang Umur.

Aamiin...🌹🙏

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 07:26


Suami tak boleh ditegur? Dia rasa dia betul? Sebab dia ketua jadi tak boleh ditegur? Iya ke? Ketahuikah kalian, pemimpin kalau buat silap pun perlu ditegur. Adalah adab-adabnya. Mana ada manusia yang tak buat salah atau silap. Suami bukan maksum pun. Bila kita tegur bukan bermaksud kita tak hormat. Siapa lagi nak tegur sikap kita kalau bukan isteri yang kenal perangai dan sikap kita? Takkan hang nak tunggu tok imam tolong tegurkan. Atau nak tunggu Allah yang tegur? Bila isteri tegur bukan bermaksud memperlekehkan atau merendahkan suami. Lelaki ni kalau berkias dia tak paham. Kena cakap straight baru dia reti. Lelaki terbaik bukanlah yang gagah perkasa atau yang kuat tenaganya atau yang ditakuti barannya. Tetapi lelaki yang paling baik adalah yang paling lembut pada ahli keluarganya dan yang paling rendah hati sanggup menerima teguran dan membuang egonya demi memperbaiki diri untuk membahagiakan ahli keluarganya. Kalau isteri dalam rumah tak senyum, sedih, takut, sakit hati dan tak bahagia dengan sikap suami, Itu bermakna kita suami yang tak bagus. Buang ego. Jangan bela ego. Ego sifat iblis. Jangan jadi serupa iblis. Lelaki itu memimpin. Dan pemimpin perlu lembut dengan yang dipimpin. Tegas pada tempatnya. Orang akan hormat kita bila kita walk the talk. Jadi contoh yang baik untuk ikutan anak isteri. Then respect will be yours. - Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 07:26


Aamiin Ya Mujib🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 04:08


Air sentiasa bergerak mengikut perintah Allah—mengalir dari tempat tinggi ke rendah, tak pernah melawan hukum graviti kecuali bila Allah izinkan, seperti dalam kisah terbelahnya Laut Merah untuk Nabi Musa AS. Dari air, kita belajar hakikat tawaduk dan patuh kepada takdir Allah, walau apa pun cabaran hidup.

Air adalah guru kehidupan yang tak pernah jemu mengajar kita hikmah, jika kita mahu belajar.

Jom geng, pujuk hati kita untuk masukkan sumber air terbaik dalam badan dan kita belajar dari makhluk Tuhan bernama air ini.

Mereka bantu kita sihat, mereka juga bantu kita untuk taat.

Agar kita terus kuat dalam ibadat!

#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 04:08


Ustaz selalu tekankan kepada orang untuk sihat dan sembuh, jagalah pemakanan.

Satu perkara lagi yang penting ialah jaga apa yang kita minum.
Badan kita lebih banyak memerlukan air berbanding makanan.

Mengikut fakta, badan manusia puratanya terdiri daripada 70% air.

Kalau bayi kira-kira 75%-80% air.
Lelaki dewasa 60%-65% air.
Wanita dewasa 50%-55% air sebab peratursan lemak badan lebih tinggi.
Orang tua menurun kepada 50-55% air seiring usia.

Jadi kita mesti banyak minum minuman berkhasiat.
Minuman paling banyak berkhasiat daripada tanah.
Kemudian daripada buah-buahan.
Ketiga daripada minuman biasa yang kita minum.

Jadi geng, 2025 ni kita betulkan sumber minuman kita.

SUMBER PERTAMA - AIR DARI DALAM TANAH

Kalau boleh pertama carilah air zam-zam.
Kalau tak boleh carilah daripada sumber tanah macam air mineral botol penutup biru tu.

Kalau tak ada juga cari air yang bercampur mineral contohnya letak air penapis dalam labu sayung. Ada mineral sebab bekasnya dibuat daripada tanah.

Rare tu.
Kalau tak ada bolehlah beli satu letak dirumah.
So boleh tuang air putih, air masak yang panas tu bubuh dalam labu sayung. Biarkan semalaman.

Lepas itu esok pagi bangun minum.

Ingat, antara petua minum air ialah bangun pagi first thing first minumlah air putih.

3 gelas air putih.

Segelas bagus untuk jantung. Ramai mengadu jantung tersumbat jadi cuba petua ni.

Dua gelas air bagus untuk kecergasan jantung. Bila badan cergas, metabolisme kita naik.

Di Jepun setiap pagi mereka minum tiga gelas air sejuk nak tingkatkan metabolisme dalam badan supaya awet muda.

Tiga gelas air bagus untuk pencernaan. Senang nak membuang tak adalah sembelit memanjang.

SUMBER KEDUA - DARI BUAH-BUAHAN

Antara sumber terbaik ialah air kelapa.
Siapa letak di atas pokok tu?
Akarnya halus, pokok pun halus sebatang sahaja ke atas.
Daunnya jarang-jarang.
Lepas tu nak minum buahnya ada selaput sabut yang tebal.
Buahnya pula ada tempurung yang keras.
Siapa letak air dalam tu?

Haaaa fikir-fikirkan.

ALLAH yang letakkan air dalam tempurung yang keras tu.
Sebab tu orang dulu-dulu bila panjat pokok kelapa, ambil buahnya dia tak baling ke bawah. Dia gigit tangkai dan bawa turun.
Lepas tu bacakan doa dengan izin Allah, diberikan kesembuhan.

Ustaz kongsikan 5 kelebihan air dalam hidup untuk kita renung dan ambil pengajaran.

1. Air Adalah Jurutera Sistem Tubuh

Kita selalu fikir otak ini yang kawal badan. Sebenarnya, airlah jurutera paling hebat dalam tubuh. Ia mengawal suhu badan, melaraskan tekanan darah, dan memastikan setiap organ dapat ‘delivery’ oksigen dan nutrien dengan lancar. Kalau tak cukup air, macam mana ‘team logistik’ dalam badan nak buat kerja dengan betul?

2. Air alat pemadam kemarahan di dalam jiwa

Bila marah, Nabi SAW ajar kita berwuduk. Air ini bukan sekadar sejukkan badan, tapi ia padam api syaitan dalam hati. Kalau rasa hati tengah bergelora, cuba renung air yang tenang. Air mengajar kita hikmah besar—walau dicurahkan pada batu keras, lama-lama ia tetap boleh mengubah bentuknya.

3. Air menjadi penghubung alam semesta

Air ini bukan biasa-biasa. Setiap titisnya adalah jaringan menghubungkan langit dan bumi. Hujan turun dari langit, meresap ke tanah, menjadi sungai, laut, kemudian naik semula sebagai wap ke awan. Kitaran air ini bukti sistem Maha Hebat ciptaan Allah. Bayangkan, titisan air yang kau minum hari ini mungkin pernah menyirami bumi Mekah suatu ketika dahulu!

4. Air adalah sumber inspirasi perubahan

Perhatikan sungai. Walaupun ada halangan seperti batu besar, ia tetap mencari jalan untuk mengalir. Air ajar kita supaya tak pernah berhenti bergerak walau sesukar mana pun keadaan. Dengan kesabaran dan usaha, akhirnya ia tetap sampai ke lautan luas, buktinya orang yang gigih pasti akan capai kejayaan.

5. Air memberi contoh kepatuhan penuh kepada Sang Maha Pencipta

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 01:37


Assalamualaikum 💖
Jadilah manusia yang apabila adanya disayangi, disukai, apabila tiada dirindui.
Janganlah jadi manusia yang apabila adanya tidak disukai, apabila tiada disyukuri.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 01:35


Dengan ILMU ALLAH Mudahkan jalan
=======
.
.
BAB Ilmu disebut beratus kali dalam Al-Quran menunjukkan pentingnya ILMU
.
.
NAK dapat DUNIA? Dengan ILMU
NAK dapat AKHIRAT? Juga dengan ILMU.
.
ALLAH hanya melihat kepada USAHA kita yang berlandaskan ILMU.
.
Seriussss dengan ILMU memang mudah semua jalan. In shaa ALLAH.
ILMU tu mestilah ILMU yang betul dan yang diamalkan. (bukan disimpan berhabuk buat tidak)
.
ILMU tersebut mestilah ILMU yang berkat maksudnya diperoleh dengan cara yang betul daripada para guru dan direstui. (Jangan ambil remeh hal ini)
.
Dah kalau untuk ILMU pun berkira nak labur dan lebur?
Memang tak dapatlah apa yang kita nak.
Kalau dapat pun makan masa yang sangat lama.
Jalan jadi payah dan berliku-liku dan lambat.
.
.
Dengan ILMU
~> Perjalanan mudah
~> Cepat dapat hasil
~> Tidak buang masa kaji itu ini
~> Result dan Adjust.
.
.
KEDEKUT dengan ILMU
REZEKI lagi KEDEKUT dengan KITA.
.
DENGAN ILMU SAHAJA SATU CARA SHORTCUT NAK BERJAYA.
TAK ADA JALAN LAIN.
.
.
Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 01:24


7 pesan jaga hati❤️

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

21 Jan, 01:13


Jom amal👆

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

19 Jan, 00:53


RAMAI TAK SUKA KITA BAHAGIA

Di setiap kebahagian itu ada ujiannya. Kebahagian yang bangga di tayang jangan di sangka ALLAH tidak akan beri dugaan demi dugaan. Kita lupa di dunia, ALLAH tidak penat menduga. Jangan tunjuk yang kita ni bahagia, sebab ramai yang tak suka tenguk. Yang ramai suka tenguk kita jatuh. Ramai yang akan gelakkan kita bila kita jatuh tersungkur bila di duga. Itulah manusia.

Di luar sana ada macam-macam jenis manusia. Ada yang tumpang gembira dan ada yang cemburu. Ada yang sakit hati dan ada yang meluat serta benci. Ingat, ramai yang suka kita dan ramai juga yang tak suka kita. Yang sedang merancang kebahagian itu jangan nak menunjuk di mata orang lain, takut ada yang merancang untuk menjatuhkan kebahagian kita pula nanti.

Dalam media sosial, orang hanya muat naik apa yang mereka ingin tunjuk saja. Jangan terpedaya dan merasa hidup kita tidak cukup. Kita mungkin tak sekaya atau nampak tidak segembira mereka. Tapi kita sebenarnya bahagia. Kebahagian itu selalunya di rasa tanpa suara. Jika kita terpaksa menjerit untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, sebenarnya kita belum bahagia lagi. Bahagia sebenar benar ialah bahagia di akhirat sana. Bahagia yang di rasai sekarang fana dan sementara. Hanya orang beriman rasa bahagia di duga.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

19 Jan, 00:52


Ya Allah, lancarkanlah rezeki yang melimpah ruah buat kami dan berkatilah segala usaha kami dalam menjemput rezeki. Aamiin🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

19 Jan, 00:51


Tutorial pakai tudung dari Al-Quran : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
- Surah An-Nur : 31 -

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

19 Jan, 00:49


CARA NAK RESPEK DIRI SENDIRI TAHUN 2025

1. Stop cari orang yang tak cari kau balik.

2. Jangan meminta-minta.

3. Cakap benda yang diperlukan je, jangan lebih-lebih.

4. Kalau orang kurang ajar, tegur terus on the spot. Boleh tinggalkan kalau diteruskan.

5. Jangan makan makanan orang, lebih dari dia makan makanan kau.

6. Kurangkan pergi rumah orang yang tak layan kau balik.

7. Labur kat diri sendiri. Happykan diri sendiri.

8. Stop dengar gosip pasal orang.

9. Fikir dulu sebelum cakap. 80% orang nilai kau dari apa kau cakap.

10. Sentiasa nampak kemas. Dress ikut cara kau nak orang layan kau.

11. Jadi orang yang produktif. Fokus kat matlamat kau.

12. Hargai masa kau.

13. Jangan stay dalam friendship/relationship kalau kau tak rasa dihargai. Jalan je.

14. Belanja diri sendiri.

15. Kadang-kadang buat diri kau susah nak jumpa orang.

16. Jadi pemberi lebih dari penerima.

17. Jangan pergi tempat kau tak dijemput. Kalau dijemput, jangan overstay.

18. Layan orang macam mana kau nak dilayan.

19. Jadi terbaik dalam apa yang kau buat.

20. Jalan teruusss

Kredit Penulis: Albudi Alsagoff

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

19 Jan, 00:49


Doa Menghilangkan Rasa Takut di dalam Hati.

Zikir dan Doa ini selalu dibaca pada surau-surau dan masjid-masjid di penghujung doa ketika 90an dahulu.

Namun sekarang, tidak lagi kedengaran doa ini.

Bahkan, doa ini dihafal oleh semua orang termasuk anak-anak kecil.

Dikala imam membaca doa ini, semua akan ikut membaca dengan penuh semangat.

Ini lah doa untuk menghilangkan rasa takut didalam hati.

Perasan atau tidak, sejak akhir-akhir ini terlalu ramai orang yang di serang penyakit panik attack, ada yang bunuh diri, ada yang murtad, ada yang bercerai berai, ada yang kemurungan, ada juga yang gila.

Ayuh. Tenangkan hati dengan zikrullah.

Tenangkan hati dengan membaca doa dibawah ini.

Ya Allah. Amankan kami, Selamatkan kami, lepaskan kami dari ketakutan terhadap huru-huru hara dunia ini.

Amalkan doa ini 3 kali setiap kali selesai solat fardhu, atau boleh juga dibaca sebanyak-banyaknya. Selamat beramal !!

Silakan share, moga bermanfaat.

Abu Dzar Omar
Menyantuni Ummat Dengan Nasihat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

19 Jan, 00:01


Kenapa jual buku? Apa kelebihan baca buku? Kita boleh jimatkan masa orang dan masa kita untuk bertanya dan cari jawapan pada masalah kita. Ilmu perlu dibukukan agar kita boleh ulang-ulang baca selalu sebab sifat kita manusia yang mudah lupa. Selain itu, amalan membaca ni adalah amalan mulia, menajamkan akal dan membantu menguatkan daya ingatan. Bacalah buku. Kena paksa diri untuk membaca. Buku FTR ni best sebab bahasanya seperti anda mesej dan bercakap dengan penulis. Anda tanya penulis jawab. Sama seperti kalau anda mesej, penulis balas wasap anda begitulah penyampaian buku FTR ni. Nak berubah sikap, pemikiran dan tahap hidup laburlah untuk beli buku. Buku lain-lain pun. Banyakkan membaca buku ya. Jangan lupa masukkan FTR dalam list buku idaman korang tau. 😁

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Jan, 23:59


Jadual kehidupan harian yang disusun oleh Ustaz Ismail Kamus..

Kalau tak mampu buat semua, janganlah tinggalkan semua.

Selamat beramal❤️

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Jan, 23:57


Mesej bertubi-tubi, ramai yang wasap dan minta nasihat rumahtangga. Ada yang mesej berjela-jela. Inilah sebab kenapa iols jual buku. Sebab tak mampu nak reply mesej panjang-panjang 😂 dan ramai. Masa tak cukup nak reply nak mengadap wasap. Krem tangan nak taip 😅. Lepas tu faham ajelah ampa, hari ni mesej, esoknya baru boleh balas. Ada yang bertahun tak sempat nak balas. Maaf sangat. Nak pengsan rasa. Jadi belilah buku FTR ya. Memang kena labur sikit. Berbaloi inshaaAllah. Ampa jangan marah kalau cikgu tak reply mesej. Memang takdan nak fokus. Bila dah start reply dia akan meleretlah sampai habis. Biasanya lambat habis. Satu hari mesej kadang tak sudah lagi nak guide sorang-sorang. Fuh.. Perlukan ketenangan nak coach dan share ilmu. Sebab masalah ampa ni perlukan penerangan yang bukan sikit. Tak sah kalau tak panjang. Jadi belilah buku. Bacalah buku. Semua yang ampa nak tanya cikgu dah jawab siap-siap dalam buku na. Tak mampu seletoi Nora Yusof nak jawab pertanyaan 100 orang dalam satu masa. 😅Gitu... 🙏

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Jan, 23:56


Doa² & Zikir² yang terbaik saya kumpulkan dan simpan di sini. Semoga bermanfaat 😀 ❤️❤️❤️

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 22:36


Nyesel baru tahu tips ini ‼️

Setiap ada acara sering kali ada nasi sisa, padahal tidak punya ternak ataupun keahlian untuk bikin kudapan dari nasi. Satu-satu nya cara untuk dapat dikonsumsi lagi dengan menghangatkan nasi sisa kemarin. Namum dengan cara ini biasanya nasi menjadi berubah baik warna maupun rasa.

Hal ini tidak saya temui saat di rumah nenek. Ternyata ini dia rahasia dari nenek yang kalian wajib tahu. Nasi dihangatkan menggunakan kukusan yang sebelumnya telah ditambahkan garam pada air kukusan. Dengan demikian nasi menjadi seperti baru.

Berikut beberapa manfaat menambahkan garam pada air kukusan saat menghangatkan nasi:

1. Mengembalikan kelembaban nasi
2. Menghilangkan bau tak sedap
3. Mengurangi perubahan warna
4. Membasmi bakteri

Demikian tips dapur dari nenek, di tunggu tips selanjutnya ya. Semoga bermanfaat

#Tipsdapur
#nasikemarin
#nasikukus
#tipsrumahan
#tipshemat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:51


Kelebihan (bismillah hirahma'nirahim)

🌸Baca 21 kali sebelum tidur, rohani dan jasmani kita di pelihara oleh Allah SWT.

🌸Baca 786 kali selama 7 hari berturut-turut Allah SWT kurniakan rezeki kepada kita dalam perniagaan dan usaha kita.

🌸Baca 50 kali di depan orang yg zalim, Allah SWT akan bungkam mulut lidah orang tersebut dan orang tersebut akan di kutuk oleh para malaikat.

🌸Baca 786 kali ditiup pada air dan diberi minum pada orang yang otaknya lembab maka dgn izin Allah SWT otaknya akan cerdas dan pintu hatinya terbuka dan mudah menerima ilmu serta ingatannya kuat.

🌸Baca 41 kali ditiup pada telinga orang yang sakit kepala, insya-Allah dengan izin Allah SWT sakit kepala itu akan sembuh.

🌸Baca 19 kali dan tiup perlahan-lahan ke arah orang yang sedang marah, insya-Allah orang itu akan reda kemarahannya serta hatinya jadi lembut.

🌸Baca 41 kali dan ditiup pada lubang telinga kiri orang yang pengsan, insya-Allah dengan segera orang itu akan sedar semula.

🌸Baca 1 kali dan selawat nabi 1 kali tiup ke arah atas pintu rumah sebelum keluar dan sebelum masuk ke dalam rumah, insya-Allah dijauhi godaan jin fasik, iblis dan syaitan serta di murahkan rezeki kita seharian (amalkan setiap kali mahu keluar dan masuk ke dalam rumah).

Semoga bermanfaat untuk kita semua insya-Allah 🤲🏻

Kredit : Siti Suhaila

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:40


Berdoalah, tak kira dalam situasi susah atau senang. Sebab doa senjata orang beriman.
.
.
#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:26


Kita Sombong Tara Mana Pun, Akhirnya Liang Lahad Menanti

MasyaAllah, sehebat mana manusia di dunia ini, sehebat mana kekayaan, kuasa, atau pengaruh yang kita miliki, akhirnya semua akan berakhir di liang lahad. Sombong dan angkuh itu tidak pernah membawa apa-apa kebaikan. Hakikatnya, apabila ajal datang, tiada apa yang dapat kita bawa bersama, melainkan amal dan doa dari mereka yang kita tinggalkan.

Renungkan, tubuh yang pernah dihiasi dengan pakaian mewah akan ditanggalkan, hanya kafan putih yang menjadi teman terakhir. Rumah besar yang kita banggakan, kereta mewah yang kita pandu, semuanya ditinggalkan. Kita akan kembali ke tanah, ke tempat asal kita diciptakan. Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya:
“Dari tanah Kami menciptakan kamu, ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan darinya pula Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.”
(Surah Taha: 55)

Di liang lahad, tiada siapa yang peduli tentang pangkatmu, kehebatanmu, atau jumlah hartamu. Yang Allah tanyakan adalah solatmu, amalmu, dan bagaimana kau menjaga hubunganmu dengan manusia. Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya ada seberat zarah rasa sombong."
(HR Muslim)

Maka, apa yang membuatkan kita berasa lebih hebat daripada orang lain? Sombong tidak akan menjadikan kita lebih mulia di sisi Allah, bahkan ia boleh menjadi sebab kehancuran kita. Berapa ramai orang yang kita kenal dahulu sombong dengan pangkat atau hartanya, akhirnya terlantar tanpa daya di katil hospital, hanya bergantung kepada belas kasihan manusia. Di saat itu, barulah kita sedar betapa kecilnya kita di hadapan Allah.

Hidup ini adalah ujian, dan ujian itu tidak pernah bertanya siapa kita di dunia. Ia hanya bertanya bagaimana kita menggunakan nikmat yang diberi. Adakah kita bersyukur atau sombong dengan nikmat itu? Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, atau kita mendahulukan nafsu dan ego kita?

Liang lahad adalah pengakhiran dunia, tetapi permulaan kepada kehidupan yang kekal. Jangan biarkan kesombongan di dunia menjadi sebab penyesalan di akhirat. Sebelum kita kembali kepada Allah, buanglah rasa angkuh itu. Rendahkanlah hati, kerana setiap manusia adalah sama di sisi-Nya. Yang membezakan hanyalah taqwa.

Semoga kita menjadi hamba yang sedar akan hakikat kehidupan, menjauhi kesombongan, dan mengisi hari-hari kita dengan amal soleh. Liang lahad itu pasti, dan kita semua menuju ke sana. Aamiin.

___

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:25


Tuan-tuan apa yang kita takut....?

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:25


Balasan orang tidak solat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:14


Jadi orang baik...

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 16:01


Solat Dulu, Baru Yang Lain

MasyaAllah, betapa pentingnya solat dalam kehidupan seorang Muslim. Ia bukan sekadar kewajipan, tetapi juga sebuah penghubung antara hamba dengan Penciptanya. Dalam dunia yang sibuk, kita sering terperangkap dengan urusan harian – memasak, bekerja, belajar, malah berniaga. Tetapi ingatlah, segala-galanya harus bermula dengan Allah.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
(Surah Al-Ankabut: 45)

Solat bukan hanya ibadah rutin, tetapi benteng yang melindungi hati dan kehidupan kita. Ia mengajarkan disiplin, kesyukuran, dan kebergantungan hanya kepada Allah. Apa pun situasi kita – letih, sibuk, atau malas – paksalah diri untuk berdiri di hadapan Allah. Tiada urusan dunia yang lebih penting daripada solat. Bila kita letakkan Allah sebagai keutamaan, segala urusan duniawi akan dipermudahkan oleh-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka seluruh amalannya akan baik, dan jika solatnya rosak, maka seluruh amalannya akan rosak."
(HR Tirmidzi)

Bayangkan, walaupun kita sibuk dengan urusan perniagaan atau rumah tangga, apa gunanya semua itu jika Allah tidak redha? Solat adalah bukti cinta kita kepada Allah, tanda bahawa kita mendahulukan Dia dalam segala hal. Bahkan jika tangan kita penuh dengan kerja dapur atau kepala kita penuh dengan angka perniagaan, panggilan azan itu adalah isyarat untuk kita berhenti dan sujud kepada-Nya.

Solat tidak mengambil masa yang lama, tetapi kesannya kekal sepanjang hayat. Ia mendidik hati supaya lebih tenang, fikiran lebih lapang, dan jiwa lebih bersedia menghadapi cabaran dunia. Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi keperluan jiwa – ia adalah rehat yang sebenar, bukan hanya untuk tubuh tetapi juga untuk hati.

Mari kita jadikan solat sebagai perkara pertama dalam hidup kita. Solat dulu, baru yang lain. Allah dulu, baru yang lain. Kerana pada akhirnya, apa yang kita kejar di dunia ini hanyalah sementara. Tetapi sujud kita kepada Allah, itulah yang akan kekal hingga ke akhirat.

Semoga kita semua istiqamah dalam mendirikan solat pada waktunya, walau apa pun cabaran yang kita hadapi. MasyaAllah, semoga solat menjadi sumber ketenangan dan kekuatan dalam setiap langkah kehidupan kita. Aamiin.

___

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 15:41


YA الله Bila Ada Yang Melihat Post Ini, Kau Bukakanlah 1000 Pintu Rezeki Buatnya..
Aamiin 🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 15:38


Dlm solat, TOMAKNINAH tu wajib ye. Batal solat kalo xde tomakninah - Mazhab Safiee.

Tomakninah berhenti sekejap tanpa ade sebarang pergerakan bdn, dlm kadar masa ucapan SubhanAllah/2 saat.

4 rukun wajib tomakninah: rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Lps baca zikir rukun tu diam sekejap sblm bergerak ke rukun seterusnya.

Muga manfaat & selamat beramal.

Kredit Nurul Ramli

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 15:36


Surah Hud

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 15:32


Bulan rejab 🩷
Nak bagi F.R.E.E jer terapi rose enuur ni..

Best kan?

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 15:31


Ketika bermusafir, terutama apabila singgah di tempat-tempat tertentu seperti R&R, kita digalakkan untuk membaca doa agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ketika berada di tempat yang baru atau asing. Ini bertujuan untuk mengelakkan diri daripada gangguan makhluk halus atau kejahatan yang tidak diingini.

Berikut merupakan doa yang boleh diamalkan ketika singgah di R&R:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.”

Pentingnya doa ini diamalkan untuk memohon perlindungan dan keselamatan sepanjang perjalanan.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dalam setiap langkah kita. InsyaAllah!

Kredit Nurul Ramli

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

07 Jan, 15:30


Tips memilih telur selain menggoncangnya, korang juga boleh melihat warna kulit telur dalam foto yang tertera hanya ada 3 jenis, harus ada 4 jenis iaitu telur yang sudah berwarna putih keruh dan mempunyai bintik-bintik, bermakna ia mungkin busuk, maka pilihan telur berwarna coklat juga masih sangat sesuai untuk dimakan dan tahan lama.

1.Telur sangat baru
Warna agak putih seperti ada lapisan tepung di kulit.

2.Telur baru
Warna sedang. Tidak putih dan tidak terlalu coklat.

3.Telur lama
Warna coklat tua dan berkilat.

Tips tambahan:

–Beli telur dari tempat yang sejuk: Pastikan telur disimpan di tempat yang sejuk di pasar raya.

-Simpan telur dengan betul: Setelah membeli telur, simpan di dalam peti sejuk di bahagian rak, bukan di pintu peti sejuk.

Kredit: Mamana Zahra

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 17:17


Jangan biarkan suami tinggalkan solat. Usahakan untuk mereka kembali solat agar selamat dunia akhirat. Kalau sayang suami, Jemput baca kisah suami kembali solat. disini>>>https://bit.ly/FormulaProven

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 12:43


https://vt.tiktok.com/ZS6MbEs2s/

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 10:29


𝐍𝐀𝐊 𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐊 ?

Apa kata hadiahkan Al Quran A5 Khadeeja dan Healing Jar daripada eNUUR ini kepada mereka
.
Tawaran istimewa sempena YEAR END SALE ni, kami bagi harga SPECIAL RM9 9 SAHAJA!

Memang berbaloi sangat dengan harga sebab al Quran pun lawaaa tau👍Healing Jar pun betul-betul healing~

𝗟𝗜𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗‼️

#enuur #keberkatanberpanjangan #alquranenuur #yes2024 #enuurpreneur #yearendsale #alquranukirannama

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 10:27


Cikgu bermimpi malam tadi. Tiba-tiba datang seorang kakak dan adik-adiknya anak yatim piatu. Takda tempat tinggal.

Datang dalam keadaan daif dan serba kurang juga miskin.

Kemudian kita sebagai manusia ni rasa kasihan untuk bantu mereka ni. Rasa nk sedekah dan bagi tempat tinggal. Biasanya orang yang suka bantu orang, perasaannya begitu. Nak bantu orang susah itu sifat yang fitrah.

Kemudian ditegur oleh suara sendiri. Mereka ini kalau kita bagi rumah tempat tinggal makanan memang boleh dan dapat lah bantu. Tapi sampai bila?

Habis makanan mereka akan datang dan minta lagi dan miskin semula. Rumah yang ada tu mungkin mereka akan jual kalau tak dapat makan dan takda duit. Kerana akal mereka kosong. Mereka tiada pengetahuan bagaimana untuk 'hidup'.

Selain bagi bantuan, berilah juga mereka ilmu.

Bila beri mereka ilmu ajarkan bagaimana mahu hidup mereka akan terus hidup walaupun kita dah tiada disisi mereka. Hidup dan berkembang. Memberi ilmu ini prosesnya panjang. Bukan ajar sehari terus pandai semua benda. Nak ajar ilmu kembangkan duit pun makan masa dekat otak manusia ni. Mungkin sepanjang proses belajar tu mereka blur-blur.

Ilmu ni nak hadam masanya ambik bertahun-tahun. Sebab itu istilah pembelajaran ni adalah sepanjang hayat.

Keupayaan manusia menaakul ilmu bagi setiap individu pula tak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat.

Maka kena sabar dengan proses belajar. Bab kata imam As-Syafie, bila kamu tak tahan tanggung lelahnya belajar, maka kamu haruslah menanggung peritnya kebodohan.

ILMU ILMU ILMU.

Pelajarilah ilmu.
Sebarlah ilmu
Ajarkanlah ilmu

ILMU menjadikan manusia berguna dan memimpin.
ILMU mengurus jiwa dan kehidupan.
ILMU mengembangkan akal manusia dari kegelapan kebodohan.
Kepada cahaya kecerdikan.

Dan ILMU terbaik adalah pengalaman hidup. Pengalaman sebenar kerana ia adalah adunan cukup rasa. Jiwa(emosi) dan realiti kehidupan bagaimana membangunkan manusia. Praktikal dan tekanan sebenar. Baru kita akan banyak belajar.

1. Pengalaman sendiri
2. Pengalaman orang lain.
Inilah sebaik-baik ilmu.

Ia adalah bekalan terpenting dunia akhirat.

Tapi mesti dipandu dan disuluh dengan Alquran dan Assunnah.

Dan kerana inilah NY memilih untuk bangun setiap hari menyebarkan ilmu dan memandaikan ummah. Biarlah kalian rasa buku NY mahal tapi ilmu NY share lagi mahal. Ia olahan istimewa belasan tahun yang akan mengajarkan kamu untuk menjadi manusia yang disayangi Allah dan bermanfaat pula untuk orang lain. Hanya ILMU. Sebab itu ia disebut antara bekalan terpenting akhirat.

Jangan kamu pandang rendah pada tugas memandaikan ummah walau hanya dengan membaca sebuah buku. Kerana nilainya disisi Allah adalah yang tertinggi.

Hanya yang terpilih oleh Allah saja boleh bersabar dan tahan untuk buat kerja dakwah menyebarkan ilmu memandaikan ummah ini. Bertuahlah orang-orang yang terpilih.
.
Hidayah perlu dicari.
Bukan dinanti.
Agama perlu difahami dan didalami
dengan teliti.
.
Nora Yusof
Penulis FTR

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 10:23


Isteri zaman sekarang cepat penat sbb serba serbi dia yang kena buat…

Menguruskan rumah, dia…memasak, dia…menjaga anak2, dia...hantar anak sekolah, dia...ambik anak sekolah, dia...keluar beli barang dapur, dia…bayar bil, bayar hutang, dia…bekerja pun dia…berniaga pun dia...

Semua dia buat…mcm mna dia tak penat…? dia ada 2 tgn, 2 kaki sma mcm kita org lelaki, tp serba serbi dia bleh buat dan dia adalah seorang wanita…

Kan wanita kaum yg lemah...?

Kalau dah serba serbi dia yg buat, dimana ‘lemahnya' tu? Kalau benar dia lemah, dah lama dah dia rebah tapi kenapa smpai hari ini dia masih kuat, masih bertahan, masih gagah...?

Sebab dia buat utk keluarga dia, utk suami dia, utk anak2 dia…

Dapat plak suami yg tak membantu dia, suami yg tak faham bahasa, lagi la dia kena jadi kuat…Kalau bleh, dia xmau sakit langsung sbb dia tahu, kalau dia sakit, xde sapa dah yg akan ganti tempat dia utk buat keje2 yg dia buat…Nak harap suami, faham-faham je la, ada sekadar ‘ada’ sahaja, nama ja 'suami', tidak membantu, bahkan bila diminta tolong, bila disuruh, dia kena marah plak…

Sebab tu isteri2 zaman skrg, klu dia ckp dia penat, kita tahu sbb apa dia penat…sbb semua bebanan diletakkan dibahunya dan suami tak berusaha utk menanggung beban itu bersama2...

Mcm tu kita kata indahnya kehidupan berumahtangga...?

Meletakkan sesuatu tidak kena dgn tempatnya itu dipanggil menganiaya…berapa ramai suami menganiaya isteri pada zaman skrg?

RAMAI.

Kredit : Firdaus Shakirin.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 10:13


Ada sahabat² sedang mencari ALQURAN BESAR bersaiz A3 ?

KELEBIHAN AL QURAN BESAR eNUUR👇
🌹Huruf yang besar bersaiz A3
🌹Terjemahan bahasa melayu dan Resm Uthmani
🌹Hukum Nun iwadh dan hamzah wasal (paling penting, ramai tak tahu baca hukum ni)
🌹Panduan kod tajwid berwarna (mudah untuk membaca dengan cara yang betul)

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 09:53


Ustaz pernah miskin, pernah duduk rumah setinggan.

Jadi jangan hidup dengan minda victimhood (mangsa).

"Aku ni mangsa keadaan."
"Aku ni mangsa perbuatan silap mak ayah akau dulu."
"Aku ni mangsa rakan sekerja dan majikan aku."
"Aku ni mangsa miskin, anak aku tak dapat bagi hadiah Hari Guru."

Sampai akhirnya kita mewariskan pemikiran menjadi mangsa kepada anak-anak dan keturunan kita.

Jangan-jangan.
Hentikan.
Jangan fikir macam tu.

Kita ambil tanggungjawab ubah keadaan.

Apa salah kita potong kad manila, tulis Selamat Hari Guru dan hias cantik-cantik buat dengan anak. Tulis atas kad tu,

"Cikgu doakan saya kaya, saya nak balas jasa ibu bapa."

Mesti cikgu suka tengok hadiah macam tu.

Hati-hati, disebabkan pemikiran sempit kita secara tak sedar kita mewariskan minda menjadi mangsa kepada keluarga.

Ustaz bagi FORMULA D.U.I.T ya cuti hari ni.

D - DOA
D - DHUHA
D - DERMA
U - UKHUWAH
U - USAHA
I - IKHTIAR
I - IKLAN
I - ISTIGHFAR
T - TAWAKAL

Paling Utama, Ustaz nak ulang tadi buang mindset jadi mangsa keadaan. Cari jalan macam mana nak kaya dan Berjaya.

Sekarang, Ustaz tengok ramai orang miskin dah keluar daripada kepompong kemiskinan dengan buat TikTok.

Buat live kaum keluarga sakit dan berkongsi motivasi serta inspirasi. Mereka jadi contoh kepada orang lain.

Lepas tu ada orang bagi duit dalam bentuk gift.

Please geng, do something.

Ustaz tengok juga, artis dan selebriti lama macam Saleh Yaakob, Azlee Senario dan ramai lagi. Dulu tak ada job, sekarang live di TikTok dan mereka dapat income di TikTok.

"Ustaz, Wifi rumah tak ada."

"Pinjam Wifi dekat Restoran Taqwa ke atau restoran mana-mana yang ada wifi."

Zaman sekarang ada macam-macam peluang dan cara nak keluar dari kesusahan.

Ada yang jadi Grab Rider.
Ada yang meniaga daripada rumah, ambil pre order tempahan makanan.
Ada yang jaga anak orang.
Ada yang cari siput jual dengan jiran-jiran atau hantar ke pasar.
Ada yang ambil upah lipat baju dan pakaian dan hantar.
Ada budak-budak kecil jual buah potong, jagung rebus dan jaja di jalanan.

Jom geng, pujuk hati kita untuk jadi umat islam yang kuat.
Kuat semangat.
Kuat untuk keluar daripada kesusahan.

Ingat, apa pun keadaan kita pasti ada solusi dan tiada jalan mati.
Allah kan ada!

DIA akan pandu kita dan pimpin kalua kita betul-betul berdoa dan minta jalan keluar.

#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 09:51


Semoga Di Tahun 2025 Nanti... Tiba² Dapat Rezeki Berlimpah.. Tiba² Semua Urusan Dikabulkan.. Tiba² Doa Terkabul.. Aamiin..🤲♥️

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 03:52


TUKAR ISTERI

“Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam…bla.bla… Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah a.zabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri”.

“Terpulang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa ‘isteri’ sampai mati..”

“Kenapa pula ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?” “Saya tak cakap encik teruk. Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila². Kerana manusia tiada yang sempurna”.

“Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja.

Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita. Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan ce.muhan, perbandingan, h1naan dll”.

“Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik.

Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala²nya. Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama²lah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama²la kongsi bab jaga anak tu.. ”

“Keempat, encik datang mengadukan a1b isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal mendidik seorang isteri”.

Sebaliknya Ustazah berpesan… Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan wassap sekali sekala,

“awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis..”.

“awak, jangan lupa baca AlQuran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kub0r alQuran adalah teman yang setia..”

“awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan Allah dan para Malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya..”

Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni, Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.

Kredit : Ustazah Asma Harun

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 03:49


*JAGA KESIHATAN DIRI SEBELUM MENYESAL DI KEMUDIAN HARI!*

*Kredit:* Muhamad Firdaus Rahim

Kesihatan diri ialah nikmat paling besar bagi seorang individu. Tanpa tubuh yang sihat, semua perkara tidak dapat dilakukan.

*Biarpun kita ada duit banyak, belum tentu duit ini mampu membeli tubuh yang sihat.*

*Penjagaan kesihatan diri bermula semasa kita masih sihat.*

*Jangan tunggu sudah sakit baru ingin menjaga kesihatan. Pada ketika itu, keadaan mungkin sudah agak terlambat. Mulakan hari ini semasa badan masih segar dan sihat.*

Cuba tanya kepada mereka yang menghadapi penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dll. Jika mereka diberi peluang, pasti semuanya ingin kembali ke masa lampau untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan.

Kita masih memerlukan tubuh kita dalam tempoh yang lama. *Penyakit² kronik utama mengambil masa berpuluh tahun sebelum ia menyebabkan simptom.*

*Ia tidak berlaku dalam satu malam. Oleh itu, penjagaan kesihatan diri pun harus bermula berpuluh tahun sebelumnya.*

Mendapat penyakit pada usia yang agak muda bukan sahaja membebankan diri sendiri, tetapi juga keluarga.

Fokus kita adalah penyakit yang boleh dikawal seperti diabetes, penyakit jantung dan strok yang menjadi pembunuh utama di negara ini.

Penyakit boleh dikawal dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat.

Tidak salah untuk menikmati makanan yang sedap serta gaya hidup tertentu tetapi nikmatilah dengan sihat!

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 03:49


*Kisah sebenar di sebalik Kota A Famosa*

Ni pintu gerbang Kota A Famosa?
Bukan kota tau, Ramai salah anggap.

Bahan binaan Famosa ni dibuat dengan menggunakan serpihan batu² nisan sultan dan orang Islam, runtuhan masjid², dan rumah² orang Islam di Melaka.

Jiwa kita kena betulkan bila hadir ke sini.

Bayangkan, nenek moyang kita orang melayu dahulu mempertahankan dengan jiwa dan darah.

Dalam satu penulisan portugis, pernah merakamkan peristiwa kejatuhan Melaka ini, mereka menulis bahawa takkan ada yang terselamat bila melintas di hadapan portugis tak kira siapa pun. Dewasa, orang tua atau kanak².

Al Fatihah untuk roh nenek moyang kita ...

GOLD, GOSPEL DAN GLORY

Setelah membina kubu ' Fortaleza De Malaca ' di atas sisa² reruntuhan Istana Melaka, Masjid Agung Melaka dan batu-batu nisan makam diraja Melayu Melaka, Alburqurque mengisi penuh kapal Flor De La Mor dengan segala hasil jarahan khazanah kitab² Melayu, alat² perhiasan berupa emas, perak, tembaga dan jongkong² emas serta meriam² besi harta milik Melaka untuk dibawa balik ke pengkalannya di Goa, namun kapal ini karam di tengah laut.

Kuffar Portugis memaksa pula dengan menyebarkan ajaran Kristian Katolik di rantau ini dengan membawa beberapa mubaligh² Katolik dan salah seorang yang terkenal ialah Saint Francis Xavier.

Hanya segelintir rakyat Melaka yang berjaya dipaksa murtad kerana pengaruh Islam di rantau Nusantara adalah sangat utuh dan kukuh.

Berbeza dengan jajahan takluknya di Goa yang begitu ramai dikristiankan oleh mubaligh² Portugis ini.

Walaupun kuffar Portugis dan Sepanyol berjaya dengan cara melakukan kekerasan dan kezaliman di Borneo dan di utara Filipina, serta Filipina pada hari ini adalah sebuah negara penganut Kristian Katolik terbesar di Asia dan ketiga di dunia selepas Brazil dan Mexico.

Kuffar Portugis juga dapat menjajah serta menjarah Brazil selama lebih kurang 277 tahun, Goa 451 tahun, Timor selama 379 tahun, Macau selama 442 tahun.

Ini adalah jajahan empayar kuffar Portugal termasuk Melaka.

Namun, Melaka lah yang paling pendek zaman penguasaannya akibat tekanan demi tekanan yang dilakukan oleh kuasa kerajaan² Melayu, Aceh, Demak dan Johor.

Pada zaman penjajahan kuffar Portugis di bumi Melaka, perdagangan di Melaka telah mulai merosot dan ianya tidak lagi dikenali sebagai permata di Asia Timur.

Sumber:
[ Kisah & Sejarah]


Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 01:34


Suami suka baca buku FTR 🤗🤗🤗

Mintak isteri kejutkan solat tahajjud.
Dan dah mula buat semula solat dhuha.

Luar biasakan?

Alhamdulillah kesan dari baca buku FTR.

Anda nak ikhtiar untuk suami anda pula? Cubalah. Tak cuba tak tahu. Dan rugi kalau tak cuba mana tahu serasi dan jumpa jawapan selama ni macam mana nak ajak suami solat. Jom👇

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 00:42


Risau kalau malaikat maut datang jenguk tapi kita masih banyak hutang hidup tak selesai. Hutang dengan Allah. Hutang dengan manusia. Allahuakbar masih tega bersikap sambil lewa dan lalai. Jangan lupa ini zaman orang mati mengejut dan tiba-tiba tak kira usia. Saling berpesan-pesan tanda sayang- Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Dec, 00:38


Untuk membangunkan manusia, tak boleh sekadar suap-suap bagi bantuan duit dan rumah tempat tinggal semata. Mereka akan bodoh dan kembali kepada kejahilan semula. Kerana bila dah habis duit, rumah yang ada pun mereka akan jual. Kerana tak pandai mengembangkan duit. Modal yang diperlukan manusia untuk membangun jadi manusia yang bertamadun adalah ILMU. Untuk menjadi manusia, yang kenal Allah, berdaya usaha mencari hartanya sendiri dengan kudratnya. Jawapannya ILMU. Anak-anak yang bodoh kalau ditinggalkan harta. Harta itu akan habis mereka uruskan tanpa ilmu. Tertarik dengan kata Jackie Chan, anaknya nak duit biar dia cari sendiri. Harta beliau ada disumbangkan kepada masyarakat. Setiap manusia memang perlu berdaya usaha dan hidup diatas kaki sendiri. Jadi untuk orang menyampaikan ilmu dan menyebarkan ILMU, ia sememangnya kerja yang sangat mulia. Biarkan saja mereka dapatkan ilmu agar mereka belajar apa itu 'Hidup' dan 'Kehidupan' juga 'Mati' dan 'Selepas Kematian' - Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

09 Dec, 08:27


Semua orang ada masalah. Yang ramai orang takda ialah sikap sabar dengan masalah. Menggigil, ketakutan, gelisah, bimbang, dan risau berlebihan. Yang paling berat sekali adalah masalah hutang. Tak dapat bayar itu ini, seumpama hilang keseluruhan hidup dan rasa hidup dah tamat tiada harapan. Yang dirisaukan sekali adalah pandangan manusia. Sebenarnya masalah ni semua ada solusi. Solusinya kembali kepada Allah dalam keadaan taat dan sabar. Usah fokus pada pandangan manusia. Fokus pada pandangan Allah. Allah akan membetulkan semula hidup. Jangan berputus asa dari rahmat Allah.-Nora Yusof. Petang semua! 😊

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

09 Dec, 08:20


Kehidupan Ini Untuk Siapa?

Dalam kehidupan serba pantas ini, kita sering terlupa untuk bertanya pada diri sendiri: "Untuk siapa sebenarnya kita hidup?" Kita sibuk kejar pekerjaan, meluangkan masa di media sosial, dan berhibur tanpa henti, tetapi perkara asas seperti solat, membaca Al-Quran, atau menutup aurat sering kita abaikan dengan alasan "tidak sempat."

Allah SWT telah memberi kita nikmat kehidupan, udara yang kita hirup tanpa bayaran, dan rezeki yang tidak pernah putus. Namun, bagaimana kita membalasnya? Kita habiskan waktu untuk perkara dunia, tetapi lupa meluangkan masa untuk Dia, Pemilik dunia dan akhirat. Firman Allah dalam Surah Al-Munafiqun, ayat 9: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

Ketahuilah, solat adalah tiang agama, bukan pilihan yang boleh kita abaikan. Rasulullah SAW bersabda: “Perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat daripada seorang hamba adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalnya, dan jika rosak, maka rosaklah seluruh amalnya.” (HR. At-Tirmizi)

Kehidupan ini adalah amanah, dan kita semua akan kembali kepada-Nya. Tiada alasan untuk meninggalkan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Luangkan waktu untuk perkara yang mendekatkan kita kepada-Nya. Jika kita boleh berjam-jam di media sosial, tidak ada alasan untuk tidak sempat sujud kepada Dia yang memberi segala nikmat.

Hidup ini singkat. Jangan habiskan masa mengejar perkara yang sementara, tetapi lupa kepada yang abadi. Mari kita perbaiki niat dan amal, kerana kehidupan ini hanyalah pinjaman, dan penghujungnya adalah pertemuan dengan Allah SWT. Jangan sampai terlambat untuk kembali.

___

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

09 Dec, 08:18


Assalamualaikum 🩷

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

09 Dec, 07:29


Sedekah Paling Afdhal

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 22:54


Aamiin

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 22:46


Bismillah
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah

Jadilah orang yang bijak!

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 09:31


Semoga bermanfaat🙂

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 09:22


Mati Tidak Menunggu Usia

Kematian adalah janji Allah yang pasti. Namun, ia sering datang tanpa tanda dan tidak pernah menunggu usia. Kita sering terperangkap dalam anggapan bahawa kematian hanya untuk orang tua, sehingga terlupa betapa dekatnya ia dengan kita. Hakikatnya, ajal boleh tiba pada bila-bila masa—tidak kira usia, kedudukan, atau keadaan.

Melihat berita kehilangan rakan sebaya atau anak muda yang pergi lebih awal sepatutnya menjadi peringatan yang mendalam buat kita. Setiap hembusan nafas adalah nikmat yang dipinjamkan, dan setiap detik yang berlalu adalah peluang untuk memperbaiki diri. Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sabdanya:
"Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kelazatan (iaitu kematian)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Namun, mengingati kematian bukan untuk melemahkan semangat, tetapi untuk menyedarkan kita akan nilai kehidupan. Ia mengingatkan kita untuk menghargai masa, memanfaatkan peluang berbuat kebaikan, dan sentiasa bersedia.

Bagaimana kita bersedia? Pertama, dengan menjaga solat kita, kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihisab. Kedua, dengan memperbanyakkan sedekah, membantu mereka yang memerlukan. Ketiga, dengan membersihkan hati daripada dosa dan selalu memohon keampunan Allah.

Kematian bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan akhirat. Dunia ini hanya persinggahan, dan amal kita adalah bekalan. Maka, jangan bertangguh untuk berubah, kerana kita tidak tahu bilakah giliran kita akan tiba.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersedia, dan kurniakan kami pengakhiran yang baik. Aamiin.

___

Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : Klik link dibawah

https://t.me/ceramahustazdanustazah

Atau Channel Whatsapp
https://whatsapp.com/channel/0029Va68JdQ23n3lYszKbO1b

Jom lawat web kami
www.tazkirahustazustazah.com

www.ceramahustazustazah.com.my (Artikel)

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊
___

---

Semoga usaha ini diberkati Allah SWT!

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 09:20


Baru-baru nak viral kisah Suhanji penjual teh ais di Indonesia.

Ustaz pun tersentuh dengan kisah dia.
Tak tahulah apa agaknya yang dia rasa saat dimalukan tu.

Siapa sangka, seorang penjual teh dengan hanya satu tangan yang berfungsi, diuji dengan ujian penghinaan namun akhirnya dibalas dengan macam-macam nikmat.

Sunhaji yatim piatu sejak kecil, diuji dengan kesempitan hidup namun masih mampu tersenyum dan terus menyebarkan kebaikan.

Sunhaji bukan sekadar bergelut mencari rezeki malah hidup menumpang di rumah mertuanya yang kecil dan sempit bersama isteri serta dua anak namun dia tetap berusaha keras.

Waktu malam kejadian dihina seorang tokoh yang dikenali ramai dalam sebuah ceramah agama, Suhanji hanya berjaya menjual 7 gelas teh ais bernilai 35,000 Rupiah bersamaan RM8.30 sahaja. Jumlah itu cukup-cukup untuk isi minyak dan sedikit belanja untuk anak-anak.

Ketika dia dihina dan dimalukan di hadapan ratusan orang ramai. Sunhaji hanya diam, tersenyum dan meneruskan langkahnya.

Namun, takdir Allah sentiasa indah. Video penghinaan Sunhaji menjadi viral. Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk influencer dan tokoh agama, datang menghulurkan bantuan antaranya :

1. Ustaz Adi Hidayat menyumbang 50 juta rupiah.
2. Willie Salim menyumbang 100 juta rupiah.
3. Dr. Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah menaja pendidikan anak-anaknya hingga tamat.
4. Hadiah TikTok bernilai 300 juta rupiah daripada Bang Senja.
5. Umrah percuma untuk beliau dan isteri daripada Ustaz Muhammad Fakhrurazzi.
6. Masjid Nurul Ashri membina rumah untuk keluarganya.
7. Ditawarkan modal perniagaan dari Partai Gerinda.

Kesabaran Sunhaji yang pernah dipandang hina akhirnya dibalas dengan rezeki berlipat ganda. Apa yang kelihatan mustahil bagi manusia, ternyata mudah bagi Allah.

Kisah Sunhaji mengingatkan kita bahawa :

1. Semua orang adalah pendakwah. Jadi jaga-jaga dengan lidah dan percakapan kita.

Pendakwah itu mengajak, bukan mengejek.
Pendakwaah itu mendidik, bukan mengherdik.
Pendakwah itu membentuk, bukan mengutuk.
Pendakwah itu menyeru, bukan berseteru.
Pendakwah itu mesrak, bukan sengketa.

Kerana hakikat dakwah umpama AIR.
Biar disekat tetap mengalir.

Dakwah juga umpama ASAP.
Biar disekat tetap meresap.

2. Kesabaran adalah kunci kepada rezeki yang tidak terduga. Jangan pernah memandang rendah usaha orang lain. Marilah kita belajar untuk bersabar, berbuat baik, dan percaya bahawa Allah sentiasa melihat usaha kita.

Rezeki bagi orang sabar itu sungguh luar biasa. Jika di dunia pun sudah begitu, bayangkan ganjaran di akhirat kelak.

Jom geng pujuk hati kita jadi pendakwah yang tenang dan menenangkan juga jadi orang yang sabar dan menyebar kebaikan.

#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 07:50


Termasuk lah yg umur 50 ..60 ke atas...mati ni tak kenal usia. Selagi masih bernyawa ni kumpul la bekal kita nk bawa ke alam sana nanti.
______

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 06:47


Hubungan lisan dan sakaratul maut

• Yang gemar menghina kaum muslimin..
• Yang gemar menjatuhkan harga diri kaum muslimin..
• Yang gemar ghibah (apalagi sampai dikemas dengan acara2 curhat/podcast)
• yang gemar namimah (mengadu domba) dll..

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 06:34


Adab ketika mencedok nasi, rezeki itu cantik disama ratakan.Tak baik kita makan yang di bhg atas bekas periuk, sedangkan yang di bawah-bawah ditinggalkan pada org belakang.

Org tua2 dahulu masak nasi dapur kayu, di bawah periuk banyak kerak. Jika seperti gambar pertama tu cara cedok nasinya, alamat yg belakang makan keraklah.

Sebaiknya dicedok dari tepi, dan terlebih elok jika adab ini kita terus pelihara sebagai warisan peradaban Melayu Islam yg mensyiarkan prinsip rahmat, kasih sayang, keprihatinan dan kesopanan cara bangsa kita..

Kredit: Nur Ain Shiha

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 06:32


Sedekah kepada hewan yang sedang kelaparan kerana dia juga makhluknya Allah semoga bermanfaat 🙂👍

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 06:24


Hidup yang Seimbang – Jangan Lupa Hakikat Dunia 👇

1/ Pernah dengar cerita ini?
Orang muda ikat perut, simpan duit juta-juta untuk hidup selepas pencen.
Tapi bila umur 60, hanya mampu makan biskut cicah susu. 😔

2/ Hakikatnya, masa muda kita ada tenaga dan selera, tapi duit tak cukup.
Bila tua, duit melimpah tapi badan dah tak kuat, selera pun dah tiada.
Hidup jadi ironi, kan?

3/ Rasulullah SAW bersabda:
"Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, waktu kayamu sebelum datang waktu fakirmu, waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu, dan hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR Al-Hakim)

4/ Hidup ini perlu seimbang:

Ada belanja untuk diri & keluarga.

Ada simpanan untuk masa depan.

Ada sedekah untuk akhirat.

Keseimbangan itulah kunci kebahagiaan.

5/ Harta yang kita simpan tidak akan dibawa ke kubur, tetapi:
Sedekah kita.
Amal jariah kita.
Doa orang yang kita bantu.
Inilah bekal sebenar di akhirat nanti.

6/ Hidup bukan tentang angka di akaun bank, tapi keberkatan yang kita bawa.
Makan biskut cicah susu, tapi hati tenang? Itu lebih bahagia daripada harta berjuta yang tak memberi manfaat.

7/ Jadi, hiduplah sederhana.
Nikmati rezeki Allah, belanjakan dengan bijak, simpan secukupnya, dan jangan lupa bersedekah.
Supaya bila ajal menjemput, kita sudah bersedia. ❤️

8/ Dunia ini sementara, tetapi amal soleh kita kekal.
Semoga kita semua hidup dengan keberkatan, dan kembali kepada Allah dengan tenang.
Amin.

#HidupSeimbang #Hikmah

___

Kredit Ceramah Ustaz & Ustazah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

08 Dec, 05:48


Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
(Fathir: 8)

اللّهم نَوِّرْ قُلُوبَنا بِنُورِ هدايتك كما نَوَّرْتَ هٰذهِ اﻷَرْضَ بنور شَمْسِكَ

Ya Allah, terangilah hati-hati kami dengan nur cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau telah menerangi bumi ini dengan cahaya mentariMu...

Justeru, mohonlah nurNya agar mata hatimu sentiasa terang bersinar menerangi jiwamu...

~ Abu Imtiyaz ~

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:31


Semoga usaha kita akan membuahkan hasil seperti yang diimpikan. Walau hari-hari terasa sama, penat tanpa henti, satu hari semuanya akan berhenti jua dengan kematian. Hasil daripada usaha..jika tidak dinikmati di Dunia, insyaAllah di Syurga 🤍
UAH

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:26


Zaman sekarang ni, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga...

Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah...

Isteri juga bayar "hutang-hutang" suami...

Suami "terpaksa" bergantung pada ehsan si isteri dlm menampung kos sara hidup setiap bulan...

Bila dah jadi mcm ni, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri...si isteri dah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen si suami...maka :

- Berbuat baiklah dgn si isteri.
- Layanlah si isteri dgn berhemah.
- Jangan tinggi suara & bersikap kasar dgn isteri.
- Fahami keterbatasan isteri dlm melayani suami.
- Bantu isteri melakukan kerja2 rumah.
- Bantu isteri menguruskan anak2.
- Hulur dan bagi juga duit kpd isteri sekadar kemampuan yg ada.
- Ambik tahu apa yg isteri beli, apa yg isteri bayar, apa yg tak cukup dlm rumah.

Jgn bersikap sambil lewa dan selesa dgn bantuan kewangan yg dihulurkan isteri...zaman makin mencabar, brg makin mahal, kos hidup makin tinggi...

Kalau hidup bergantung pd dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi...

Dia wanita yg berusaha utk buat yg terbaik demi keluarganya...😊

Credit...
Firdaus Shakirin...

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:17


Bagaimana nak bahagia

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:16


Ramai bagi tips gembirakan hati isteri nanti rezeki melimpah. Tapi tak ada orang bagi tips muliakan suami nanti masuk syurga ikut mana-mana pintu yang disukai.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:14


Orang tak bagi pinjam duit bukanlah kedekut

Bila takde duit atau tak cukup duit, ada yang terus fikir meminjam sebagai solusinya.

Mereka tak nak fikir menjual atau buat kerja tambahan sebagai cara dapat duit.

Bila diajak menjual macam-macam alasan diberikan.

Tapi bila nak pinjam duit mereka akan bijak buat analisis. Mereka boleh cari siapa yang banyak duit untuk dipinjam.

Orang yang banyak duit itu bukannya tiba-tiba banyak macam tu sahaja. Mereka sebenarnya banyak menahan diri dari kita ini.

Orang lain asyik add to cart Shopee mereka tahan diri.

Orang lain pergi situ dan sini mereka menahan diri.

Orang lain makan di situ dan sini mereka menahan diri.

Banyak benda mereka korbankan untuk capai simpanan yang banyak.

Duit simpanan ni bukan dikumpul dalam sehari dua.

Kalau dah dipinjamkan dan tak dibayar pula mereka tidak akan mampu mendapatkan simpanan yang hilang tu dalam sekelip mata.

Ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi.

Duit simpanan ini adalah untuk perancangan masa depan mereka.

Mereka ada impian yang kuat untuk beli kediaman sendiri, kenderaan impian atau pendidikan anak mereka dimasa depan mereka.

Sebab tu, kita jangan mudah sangat untuk meminjam. Lagi teruk, bila tak bagi mulalah memburukkan dan melabelkan macam-macam.

Benda ni boleh buat mereka rasa sedih dan bingung.

Secure impian dia atau bagi pinjam duit.

Tu belum kira hubungan keluarga atau kawan boleh terputus akibat hutang.

Bak kata orang "hutang adalah pemutus silaturahim yang paling tajam."

Bila hutang yang tak dibayar, mulakan kita buat tuntutan.

Orang yang dituntut pula tak suka dan akhirnya boleh membuat sebuah hubungan menjadi renggang.

Masa inilah kadang-kadang kata-kata pedih akan keluar dari mulut orang yang berhutang atau orang yang memberikan hutang sampai terputusnya hubungan.

Yang sedihnya, hutang yang tak dibayar tu akan jadi beban pula pada orang yang berikan hutag.

Mungkin duit yang kita pinjam itu merupakan duit pengajian anaknya atau duit untuk dia beli rumah impiannya.

Janganlah susahkan hidup orang lain kerana hutang kita.

Kalau dah berhutang kita harus persiapkan diri untuk membayarnya bila waktu dah tiba.

Dan juga jangan simpan dalam fikiran kita nak mudah-mudah je pinjam duit orang sebab dia berduit.

Sesungguhnya orang yang tak bagi pinjam itu bukanlah kedekut!

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:11


Kita kena selalu beringat pada diri kita. Kita tak selamanya ada kt dunia. Jangan kita sombong apa yg kita ada . Semua Allah bg Pinjam.Dan Allah boleh ambil balik .

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:09


Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dilatih untuk melakukan kerja rumah akan lebih bersedia menghadapi cabaran hidup dan menjadi individu yang berdikari dan bertanggungjawab.

Contohnya anak anda diberi tugas untuk menyiram pokok setiap pagi. Ia mungkin kelihatan seperti tugas kecil, tetapi dalam proses ini, mereka belajar tanggungjawab, konsistensi.

Atau mungkin tugasan sederhana seperti membasuh pinggan sendiri selapas makan. Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka dapat belajar untuk menghargai usaha, menghormati orang lain, dan memahami bahawa setiap tindakan ada tanggungjawabnya.

Anak yang biasa melakukan tugas-tugas ini juga lebih peka dengan keperluan sekeliling, kerana mereka sudah biasa melihat bahawa usaha kecil mampu memberi kesan besar.

Mungkin mereka nampak remeh, tetapi dari tugas-tugas ini, anak anda sedang membina asas kejayaan untuk masa hadapan mereka.

Jadi, mari galakkan mereka dengan tugasan mudah di rumah. Siapa tahu, ‘tugas kecil’ hari ini boleh menjadi langkah besar untuk impian mereka kelak!

Kredit : Public Health Malaysia

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:08


Malam adalah waktu terbaik untuk berhenti sejenak, merenung, dan mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan hari ini. Tanya diri, apa yang telah aku pelajari? Apa yang boleh aku perbaiki esok?

Kesilapan bukan untuk disesali, tetapi untuk dijadikan pengajaran. Kejayaan kecil, walau sebesar zarah, tetap layak diraikan dan disyukuri.

Semoga malam ini membawa ketenangan, dan hati yang kembali bertenaga untuk terus berjuang esok hari. Jangan lupa doa sebelum tidur, kerana esok adalah rezeki yang tidak semua orang perolehi.

Sentiasa betulkan NIAT aku hidup untuk dan kerana Allah.

#RefleksiMalam

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:02


8. Panduan Solat Jamak & Qasar (47 Muka Surat)
Mudahkan solat semasa bermusafir tanpa meninggalkan yang fardu.

9. Panduan Qiamullail (57 Muka Surat)
Cara bangun malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dan meraih ketenangan.

10. Panduan Solat Sunat Rawatib (32 Muka Surat)
Solat sunat pelengkap yang menambah keindahan ibadah harian.

4 e-Book Terbaru:

11. Taubat Jilid 1 - Menyucikan Diri dengan Taubat Nasuha
Panduan lengkap untuk memulakan taubat nasuha dengan syarat-syarat, solat sunat taubat, dan tanda penerimaan taubat.

12. Taubat Jilid 2 - Kedalaman Istighfar dan Keajaiban Pengampunan
Memahami makna istighfar yang mendalam, lafaz istighfar, dan doa memohon keampunan untuk menenangkan hati.

13. Taubat Jilid 3 - Masihkah Ada Harapan bagi Dosa Berulang?
Inspirasi untuk terus bertaubat walaupun melakukan dosa berulang. Bangkitlah dengan harapan dan keikhlasan.

14. Taubat Jilid 4 - Taubat dari Dosa-Dosa Besar dan Kebangkitan Jiwa
Panduan khusus taubat untuk dosa besar, membina kembali kehidupan dengan niat yang murni.

---

Hanya RM1/eBook atau bayaran seikhlas hati.*
Klik link WhatsApp di bawah untuk dapatkan sekarang:
https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah

Semoga usaha ini membawa keberkatan daripada Allah SWT.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 14:02


"Keajaiban Malam: Waktu Mustajab untuk Dekat dengan Allah"

Malam adalah waktu yang penuh rahmat dan keberkatan. Dalam kesibukan dunia, malam menjadi peluang untuk kita bermuhasabah, mendekatkan diri kepada Allah, dan memohon keampunan atas dosa-dosa kita.

Allah SWT berfirman:
"Dan pada sebahagian malam, bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(Surah Al-Isra’: 79)

Ayat ini mengingatkan kita tentang kelebihan malam, terutamanya bagi mereka yang memperbanyakkan ibadah seperti solat tahajud, zikir, dan doa. Malam bukan hanya untuk tidur; ia adalah saat terbaik untuk menghidupkan hubungan dengan Allah.

Malam dan Waktu Mustajab Doa

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Pada setiap malam, Allah turun ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya; dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Waktu ini adalah peluang emas yang tidak seharusnya dilepaskan. Permohonan kita lebih mudah dikabulkan, dosa-dosa diampunkan, dan hati kita menjadi lebih tenang.

Amalan yang Disarankan pada Malam Hari

1. Solat Sunat Tahajud
Rasulullah ﷺ tidak pernah meninggalkan tahajud, walaupun baginda telah dijamin syurga. Solat ini menunjukkan kerendahan hati seorang hamba dan tanda syukur atas nikmat Allah.

2. Istighfar dan Taubat
Malam adalah waktu terbaik untuk memohon keampunan. Dalam sunyi malam, kita dapat bermuhasabah dan merintih memohon rahmat Allah.

3. Berdoa untuk Keperluan Dunia dan Akhirat
Gunakan waktu mustajab ini untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Tiada doa yang sia-sia jika ia dipanjatkan dengan ikhlas.

4. Membaca Al-Quran
Bacaan Al-Quran di waktu malam lebih menusuk hati dan memberi ketenangan jiwa. Allah berfirman:
"Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tartil)."
(Surah Al-Muzzammil: 4)

Adakah Kita Telah Menghidupkan Malam?

Dalam kesibukan harian, adakah kita benar-benar meluangkan masa untuk bermunajat kepada Allah di waktu malam? Dunia sering memenatkan kita, tetapi jangan biarkan ia melalaikan kita daripada mencari rahmat Allah. Malam adalah masa terbaik untuk membasuh dosa, merawat hati, dan memperbaharui keimanan.

Doa untuk Dihidupkan Malam Kita

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ، وَاجْعَلْ قَلْبِي خَاشِعًا لِذِكْرِكَ، وَوَفِّقْنِي لِإِقَامَةِ اللَّيْلِ وَطَاعَتِكَ.

"Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang beristighfar di waktu sahur, jadikan hatiku tunduk kepada-Mu, dan berilah aku kekuatan untuk menghidupkan malam dan mentaati-Mu."

Hidupkan Malammu dengan Iman

Jangan biarkan malam berlalu hanya dengan lena dan rehat. Gunakan malam sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki diri, dan memohon rahmat-Nya. Semoga malam kita menjadi saksi keikhlasan dan cinta kita kepada Allah SWT.

___

EBOOK RM1: 14 EBOOK AMALAN, DOA, ZIKIR DAN SOLAT - BAYAR SEIKHLAS HATI

RM1/EBOOK

Berikut 14 e-Book yang ditawarkan:

1. Doa & Ayat Manzil (70 Muka Surat)
Koleksi ayat suci Al-Quran untuk perlindungan daripada gangguan ghaib seperti sihir dan jin. Lindungi diri dan keluarga dengan Manzil.

2. Koleksi Doa Harian (145 Muka Surat)
Doa harian dari Al-Quran dan Hadis untuk menemani setiap detik hari, dari bangun hingga tidur.

3. Doa, Zikir & Amalan Murah Rezeki (52 Muka Surat)
Doa-doa pembuka rezeki untuk kehidupan yang lebih lapang dan diberkati.

4. Zikir Pagi & Petang (Step by Step) (68 Muka Surat)
Langkah demi langkah amalan pagi dan petang untuk menjemput keberkatan dan ketenangan.

5. Zikir & Doa Selepas Solat (Step by Step) (81 Muka Surat)
Panduan berzikir selepas solat fardu agar hati sentiasa dekat dengan Allah.

6. Panduan Al-Mathurat (Step by Step) (76 Muka Surat)
Bacaan pelindung harian untuk ketenangan dan kekuatan rohani.

7. Surah-Surah Lazim (Step by Step) (75 Muka Surat)
Hafalan surah-surah utama untuk menyempurnakan solat harian dengan lebih khusyuk.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 12:57


Cara Qada Solat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 12:56


Qada Solat Tapi Tak Baca Surah Lazim

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 12:50


BUAT DIRI SENDIRI BAHAGIA

Kadang penat pujuk diri sendiri. Nak buat macamana, kita yang pilih untuk sakit. Terima je lah. Kita sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik semampu kita. Menjadi seorang yang penyabar sesabar-sabarnya. Berfikiran positif tentang semua yang sebenarnya membuat kita resah. Namun, hasil yang kita perjuangkan selama ini yang kita dapat hingga kini adalah lelah-selelahnya.

Bila kita terlalu memaksa diri kita untuk faham keadaan orang, perasaan kita pula yang terkorban. Orang lain tak pernah tahu sakitnya pujuk diri sendiri bila hati penat nak pertahankan. Kadang-kadang kita tersenyum bukan bererti kita sedang bahagia, itulah cara terbaik untuk menyembunyikan hati yang sedang terluka. Senyum itu seperti handyplast, mampu menutupi luka tapi tetap sakit. Hati terseksa dalam diam, beberapa ketika sengaja membiarkan.

Apa-apa pun kita fikir orang lain dulu. Pendek kata untuk diri sendiri takde pun takpe. Kadang-kadang kita cuba untuk lap airmata yang mengalir di pipi orang lain. Pabila dah nampak senyuman orang itu, kita masuk dalam bilik dan menangis dalam gelap. Rupanya diam-diam hati sendiri makan dalam. Dalam diam hati sendiri melukai diri. Kadang-kadang kita selalu dipihak yang mengalah hanya kerana nak jaga hati dan perasaan orang lain. But at the end, tetap juga kita nampak kita ni jahat.

Apabila kesedihan dan kekecewaan ini datang menyapa, berilah ruang dan waktu untuk diri kita berehat sekejap, muhasabah diri kita. Renungkan kehidupan kita selama ini. Mana yang tidak elok, kita cuba perbetulkan. Buatlah apa yang kita mahu untuk membahagiakan orang, tapi jangan berlaku tidak adil pada diri sendiri. Hidup bukan untuk puaskan semua orang. Jangan lupa bahagiakan diri kita sendiri juga. Diri kita berharga. Aturkan langkah di bumi ini dengan rapi dan kemas. Langkah itu bertunjangkan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.

Di saat kesedihan, cubalah pujuk hati, ucapkanlah “Ya ALLAH, hamba terima semua yang berlaku ini untuk mendapatkan keredhaanMu, kuatkanlah hamba untuk menghadapi semua ini.” Cara termudah untuk mendapatkan kebahagiaan adalah dengan mencintai diri sendiri, kalau kita ingin bahagia, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Berhentilah mencuba menjadi sempurna di mata orang lain. Bila sedih doa. Bila sempit doa. Bila frust doa. Hidup dengan doa, nescaya makin dekat dengan ALLAH. Maka, semakin dekatlah dengan Pemilik dan Pencipta kebahagian.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 12:45


BUAT DIRI SENDIRI BAHAGIA

Kadang penat pujuk diri sendiri. Nak buat macamana, kita yang pilih untuk sakit. Terima je lah. Kita sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik semampu kita. Menjadi seorang yang penyabar sesabar-sabarnya. Berfikiran positif tentang semua yang sebenarnya membuat kita resah. Namun, hasil yang kita perjuangkan selama ini yang kita dapat hingga kini adalah lelah-selelahnya.

Bila kita terlalu memaksa diri kita untuk faham keadaan orang, perasaan kita pula yang terkorban. Orang lain tak pernah tahu sakitnya pujuk diri sendiri bila hati penat nak pertahankan. Kadang-kadang kita tersenyum bukan bererti kita sedang bahagia, itulah cara terbaik untuk menyembunyikan hati yang sedang terluka. Senyum itu seperti handyplast, mampu menutupi luka tapi tetap sakit. Hati terseksa dalam diam, beberapa ketika sengaja membiarkan.

Apa-apa pun kita fikir orang lain dulu. Pendek kata untuk diri sendiri takde pun takpe. Kadang-kadang kita cuba untuk lap airmata yang mengalir di pipi orang lain. Pabila dah nampak senyuman orang itu, kita masuk dalam bilik dan menangis dalam gelap. Rupanya diam-diam hati sendiri makan dalam. Dalam diam hati sendiri melukai diri. Kadang-kadang kita selalu dipihak yang mengalah hanya kerana nak jaga hati dan perasaan orang lain. But at the end, tetap juga kita nampak kita ni jahat.

Apabila kesedihan dan kekecewaan ini datang menyapa, berilah ruang dan waktu untuk diri kita berehat sekejap, muhasabah diri kita. Renungkan kehidupan kita selama ini. Mana yang tidak elok, kita cuba perbetulkan. Buatlah apa yang kita mahu untuk membahagiakan orang, tapi jangan berlaku tidak adil pada diri sendiri. Hidup bukan untuk puaskan semua orang. Jangan lupa bahagiakan diri kita sendiri juga. Diri kita berharga. Aturkan langkah di bumi ini dengan rapi dan kemas. Langkah itu bertunjangkan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.

Di saat kesedihan, cubalah pujuk hati, ucapkanlah “Ya ALLAH, hamba terima semua yang berlaku ini untuk mendapatkan keredhaanMu, kuatkanlah hamba untuk menghadapi semua ini.” Cara termudah untuk mendapatkan kebahagiaan adalah dengan mencintai diri sendiri, kalau kita ingin bahagia, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Berhentilah mencuba menjadi sempurna di mata orang lain. Bila sedih doa. Bila sempit doa. Bila frust doa. Hidup dengan doa, nescaya makin dekat dengan ALLAH. Maka, semakin dekatlah dengan Pemilik dan Pencipta kebahagian.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

18 Nov, 12:44


Zahirkan nikmat yang Allah bagi untuk buat baik.

Beri manfaat kepada ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat atau siapa saja yang berada di sekeliling kita

Jom pujuk hati.

#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 16:30


Demikian lah sebuah kehidupan.
.
Janganlah kita terlalu lalai dengan keseronokan dunia.
.
Penghujung hidup kita sendiri tidak tahu bila, sentiasa beringat dengan apa yang di lakukan.
.
.
Muhasabah diri, selamat malam💚
Assalamualaikum sahabat semua. 😍

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 16:25


Harga asal sebelum ini rm50. Bila 11.11 di sistem naikkan harga rm60 dan promo rm50. HARAM dalam jual beli.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 15:08


Seorang bertanya :
.
Apakah penyakit yang paling berbahaya ?
.
Penyakit HATI ❤️
.
Bila bercakap berkenaan HATI,
.
Hati ini tidak akan baik dan tidak akan tenang apabila diri kita dipenuhi dengan dosa.

#JentikHati

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 14:30


Nasihat tentang hidup, ingat pesan ini sampai bila-bila 💯 :
.
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat.
.
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah.
.
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya.
.
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal.
.
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat.
.
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur.
.
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.
.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al-Quran 2 kali dalam setahun.
.
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak.
.
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
.
‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
.
Kredit : Ust. Shamsuri Hj Ahmad

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 09:25


Aamiin Ya Mujib🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 07:08


Tutup aurat dgn sempurna

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 07:02


Di pagi hari ketika anak ke sekolah, pandang mata anak, ucaplah 'Robbi habli minas solihin'. Ulang. Istiqamah. Maksud 👇

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 07:01


Zaman skrg bukan zaman nk showoff beli gelang besar,
kete besar. Zaman skrg dapat mkn, byar hutang & bertahan hidup dah bersyukur.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:58


Kita ni buat baik pun orang tak suka apatah lagi berbuat jahat.

Jom sama-sama amalkan doa benteng penyakit ain ni, moga kita dijauhkan dari segala ketakjuban dan kedengkian.

Aamiinn...
-Cikyaar Shuang Hor-

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:56


Nasihat ini buat semua termasuk diri yg hina ini,"Sejauh apapun dunia menghasutmu,jangan pernah singkatkan tudung yg sudah kau labuhkan,dan jangan ketatkan pakaian yang sudah kau longgarkan."

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:54


Bila umur makin bertmbh, kita minta : Miliki hati yg ingati Allah, minda yg brsyukur & always nk improve kualiti & kuantiti ibadah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:53


Bila orang berpengalaman atau orang tua-tua bagi nasihat silalah dengar apa lagi nasihat tu nasihat yang baik dan baik pula untuk diri kita. Sebab apa kena dengar? Sebab orang yang bagi nasihat tu biasanya dia dah lalui benda tu. Dan dia nasihat sebab taknak orang lain buat silap macam dia pernah buat. Bukan pertikaikan siapa dia. Orang yang bagi nasihat pasal jangan buat hutang ni biasanya dia pernah berhutanglah. Sebab tu dia nasihat jangan buat hutang. Biasanya budak baru nak up ni, orang kata jangan panjat tinggi-tinggi nanti jatuh dia tak dengar. Dah jatuh baru nak dengar. Kan dah menyesal. Lagi menyesal kalau jatuh tu mati or cacat kekal. Bila orang larang takmo dengar. Serupalah dengan kes hutang tu. Nak buat juga? Buatlah ampa yang tanggung. Pengajaran banyak dah. Pandai-pandailah masing-masing.😪😑-Nora Yusof

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:52


Masa berdoa... Jangan hanya berdoa moga orang itu, orang ini( yang kita sebut dalam doa) supaya diberi hidayah...
.
.
Tapi.. Berdoalah agar diri kita ni juga sentiasa diberi hidayah walaupun kita dah jaga solat, dah jaga zikir dan lain-lain (rasa aku dah baik dah ni). Jangan.
.
Berdoalah kepada Allah supaya kurniakan hidayah buat semua termasuk diriku sendiri setiap masa.
.
Sebab ada orang, dia hanya nampak salah orang tu, orang ni tak betul, itu ini dan berdoa untuk si polan sehingga lupa untuk berdoa buat diri. Bimbang, tanpa doa, Allah tarik semula hidayah mahal yang kita dapat.
.
Sebab... hati manusia berbolak balik dan berubah sekelip mata.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
#MenulisKeSyurga
#1JUTAPembaca

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:52


Beberapa hari lepas Ustaz ziarah Ustaz Haslin Bollywood.

Tiba-tiba Ustaz Haslin diserang stroke hari Khamis di Bandung.

Kemudian dibawa pulang ke Malaysia oleh Dato' Asri pakar saham.

Pada hari Jumaat pula berlaku serangan kedua.
Dengan bantuan Dr Asfar, Allah permudahkan terus dibawa ke hospital dan Alhamdulillah dapat dibuat pembedahan.

Alhamdulillah dapat keluarkan darah beku yang pertama dan kedua. Sekarang darah dah berjalan lancar di bahagian kepala.

Anak Sulongnya dan isteri maklumkan keadaan Ustaz Haslin semakin stabil dan waktu Ustaz ziarah ramai asatizah datang melawat termasuk Ustazah Norhafizah Musa dan suami, Ustazah Norbahyah dan suami, Ustaz Johari, Datuk Ustaz Fauzi, Ustaz Ilyas Ismail, Munif Hijjaz dan ramai sahabat.

Syukur kami lihat Ustaz Haslin beransur pulih.

Geng, stroke atau serangan angin ahmar ni berlaku antara sebabnya mungkin gaya pemakanan, terlalu stress, tekanan kerja dan banyak lagi.

Ustaz tahu semua orang stress, jadi cuba atasi dan jangan biarkan tanpa rawatan.

Jadi antara cara rawatan pencegahan adalah Al Hijamah iaitu berbekam.

Jom geng, ingat pesakit kanser, darah tinggi atau sesiapa pun yang ada penyakit ikhtiarlah berbekam.

Rawatan hospiral dan penawar kita ambil.
Berbekam jangan ditinggalkan.

Bila Rasulullah s.a.w pesan pasti ada hikmah yang besar. Jadi jangan kita abaikan.

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

Jom pujuk hati kita geng, sentiasa kembali kepada Allah.
Sama-sama doakan Ustaz Haslin bertambah sihat kerana umat masih perlukan sentuhan dakwah kreatif beliau.
Doakan juga kaum keluarga dan sahabat kita semua terus sihat untuk ibadat dan taat.

Ingat Allah Maha Penyembuh.
Sunnah Nabi itulah yang terbaik!

#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:48


Peringatan diri sendiri & buat semua muslimat🤍

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:45


Aurat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:44


Jangan buat bisnes kerana nak kaya, bukan juga kerana passion tapi buatlah bisnes kerana Allah. Nanti kekayaan itu akan datang dengan IzinNYA kerana DIAlah yang maha kaya dan memberi kekayaan dengan rahmat dan kasih sayangNYA kepada kita. -Nora Yusof.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 06:43


Aurat perlu ditutup dengan sempurna, bergaya tidak dilarang dalam Islam tetapi ada syaratnya.

Semoga bermanfaat.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 05:27


Percaya atau tidak,

"Saat kau menolong dan berbuat baik pada orang lain, sebenarnya kau sedang menolong dan berbuat baik pada dirimu sendiri."

Assalamualaikum 🩷

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

11 Nov, 05:26


Syukur alhamdulillah🤍

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 15:23


Ucapkanlah “ALHAMDULILLAH ‘ALA KULLI HAAL”(segala puji bagi Allah dalam segala situasi)Saat Diuji,saat bersin,didalam kesakitan,kesedihan atau mendapat berita buruk.

Assalamualaikum & selamat malam dunia💚

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 15:16


"HILANGNYA SERI DALAM RUMAHTANGGA.."

Bila kita dah tak lagi bergurau senda dgn pasangan, bila kita dah tak lagi bergelak ketawa dgn pasangan, bila kita dah tak lagi bermanja dgn pasangan, bila kita dah tak lagi bercerita bertukar pandangan dgn pasangan, bila kita dah tak lagi berkongsi perasaan dgn pasangan, maka disaat itulah SERI didlm rumahtangga kita sebenarnya dah HILANG.

Kau kau, aku aku...kau dgn cara kau, aku dgn hal aku..

Masing2 ada kehidupan sendiri walaupun tinggal sebumbung...masing2 bwk hal sendiri walaupun tdo sekatil...komunikasi dan kemesraan seperti pasangan lain itu tiada dlm rumahtangga yg dah hilang serinya...

Seri dlm rumahtangga tu apa...?

Kemanisan berumahtangga...rumahtangga yg penuh dgn gurau senda, gelak ketawa...isteri manja dgn suami, suami melayan karenah isteri...usik mengusik sesama suami isteri...

Beratnya tanggungjawab dan byknya kewajipan tidak akan menghalang kita utk menjadikan rumahtangga kita itu BERSERI-SERI...

Namun, pudarnya rasa, kuatnya pendam perasaan dan byknya bebanan yg akan mengakibatkan SERI itu semakin hilang...

Ada yg mgkin kata, sebelum kawin xpela nk buat smua tu, bila dah kawin mesti lain...sebenarnya, kita ni perlu sentiasa bercinta dan menyayangi pasangan, bukan ketika xdpt lagi dan sebelum kawin sahaja...

Nature hidup berpasangan memg perlu ada rasa antara kita dan dia...klu tiada rasa, maka kehambaran hubungan akan terasa...

Check balik, adakah rumahtangga kita masih ada SERI...? ✌️

Kredit: Firdaus Shakirin

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 15:13


DOA DI BERI MATI KHUSNUL KHOTIMAH

اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي الْمَوْتِ، وَفِيمَا بَعْدَ الْمَوْتِ، Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati

Baca 25x selepas solat Subuh & 25x selepas solat Maghrib
~ Ustaz Ahmad Rizam

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 15:01


"Jangan seronok sangat jika belum diuji...Boleh jadi Allah dah tak pandang kita lagi..."

Allahu, tersentak bila dengar ayat ni di radio...
Ada orang yang seronok sebab belum diuji, ada orang yang berbangga sebab belum diuji...siap dia meremeh dan merendahkan lagi orang yang sedang diuji, orang yg sedang menerima ujian...
"Baru diuji mcm tu, dah tak boleh tahan...LEMAH"

Walhal dirinya belum pun diuji, tak sedikit pun pernah menerima ujian dari llahi.
Allah bagi segala nikmat dunia, Allah bagi segala apa yg ada, Allah mudahkan urusan dia, murahkan rezeki semuanya bersebab…

Kenikmatan yg melalaikan untuk dia, kemudahan yg membuatkan dia semakin lupa diri dan hanyut dalam duniawi...
lanya adalah kesenangan untuk orang yg DIA murkai...

Tanda Allah sayang hamba-Nya adalah melalui ujian... Belum beriman seseorang hamba Allah selagi dirinya belum diuji.

Kredit: Owner

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 14:55


Berkatalah guru kami bahawa apa yang jadi disekeliling kita sekarang ini adalah tanda-tanda kita berada di gerbang akhir zaman pada fasa yang terakhir.

Sekarang ini kita sudah sampai ke satu waktu yang memerlukan kita memahami Fiqh Jihad Akbar, hukum hakam jihad. Jihad bukan bermakna pergi perang semata-mata tetapi jihad memperbaiki diri (melawan nafsu), jihad melawan godaan syaitan, jihad memerangi orang-orang kafir dan jihad terhadap orang-orang munafik.

Saya teringat Ustaz Fakhrullah beri contoh yang paling dekat iaitu di zaman ini ramai ibubapa yang tidak mahu mengejutkan anak-anaknya untuk bangun SOLAT. Dibiarkannya anak-anak itu tidur dan tak bangun solat sebab INGIN MENJAGA HATI ANAK tersebut.

Nauzubillah min zalik.
IBUBAPA BEGINILAH YANG MEROSAKKAN AGAMA ANAK-ANAK.

Kenapa tidak dikejutkan si anak untuk bangun solat?

Jawapannya :
Kesian nak kejutkan si anak itu bangun untuk solat. Kesian sebab si anak tak cukup tidur sebab si anak tidur lewat. Tak sampai hati nak kejutkan.

Kenapa tak suruh anak tu tidur awal?

Kenapa tak larang anak tu tidur lewat sampai tak boleh bangun SOLAT?

Kenapa biarkan anak-anak leka dengan dunianya?

Kenapa ibubapa tak didik anak dengan kepentingan dan keutamaan SOLAT?

Kenapa kita tak kejutkan anak-anak kita untuk SOLAT macam mana kita kejutkan anak-anak kita bangun sahur di bulan puasa (Ramadhan)?

Disini ibubapa perlu ambil perhatian.
Perbaiki kesilapan kita selama ini.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 14:48


S O L A T !

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus.

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat.
- ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

#sindiransigadis
https://t.meTipsRezekiDuniaAkhirat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 14:47


“Apa perasaan yang paling indah di dunia?”

Rasa selamat

Dalam hidup, perasaan yang paling berharga adalah mengetahui seseorang akan tetap di sisi, tidak kira betapa sukarnya keadaan

Biarpun hari anda terasa berat, mereka tetap bertahan.

Dan apabila kata-kata sukar untuk diungkapkan, mereka memahami dan tetap bersama.

Tiada yang lebih bermakna daripada mengetahui seseorang akan terus berada di sisi anda, walau apa pun cabaran yang mendatang.

Jadi, ingatlah untuk menghargai mereka yang sentiasa ada, kerana mereka adalah pelindung emosi kita dalam hidup. ❤️

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 14:45


Benar kata Ibn ‘Athaillah Al-Sakandari :

“Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita beramal sekarang namun Dia membalasnya nanti.”

Berkata Ibrahim Al-Khawas :

“Siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun dia tidak merasakan kelazatan balasannya di dalam hati, itu pertanda dia tidak jujur dalam meninggalkannya.”

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 14:13


Dunia ini bukan tempat berehat.
Sebab itu sentiasa ada ujian mendekat.

Orang beriman mesti akrab dengan Tuhan.
Itulah sumber kekuatan.

Akhirnya tempat berehat itulah akhirat.

#Refleksimalam
#UstazHanafiMalek

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 13:45


"Ustaz bagi kata-kata sikit yang saya boleh ingat bila saya down."

Boleh.

Kalau rasa lemah dan kecewa, cepat-cepat ingat 3 janji Allah ini kepada kita yang dipetik daripada :

1. Surah Ibrahim ayat 7.
2. Surah Surah Al Baqarah ayat 152.
3. Surah Ghafir ayat 60.

Tolong Ustaz share ya posting ni.
Terima kasih daun keladi!

#UstazHanafiMalek
#infografikdakwah

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 13:31


Ya Allah jadikan anak anak kami suka tolong menolong sesama mereka, mudah sejuk bila bertengkar dan tak hasad sesama sendiri
aamiin 🤲

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 13:15


https://www.facebook.com/share/v/1UJ7fjyUMQ/

USTAZ AHMAD RIZAM GHAZALI
Kematian yang dicemburui

📆 Sabtu, 23 Rabiul Akhir 1446H / 25 Oktober 2024 M
Kitab :
🕌Tempat : Masjid Jamek Abd Rahman Kg Bonggol Pokok Sena Pulau Pinang

Semua di jemput hadir

Kuliah-kuliah Kami juga boleh diikuti di Youtube Sibghah Channel

Join Telegram Sibghah Channel Official link
https://t.me/+nkPcVJHqki9iMGNl

Official Whatsapp group SC Official Team .link
https://chat.whatsapp.com/Dy7W9knYZEp5rsZsEzDhKW

Terima Kasih
Admin

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 13:10


Pernah dengar Ustaz Ahmad Rizam sampaikan nasihat berguna.

Saat kita meninggal dunia, orang yang masih hidup biasanya akan hadiahkan kita beberapa benda.

Sepasang batu yang diukir nama kita.

Sepasang pokok bunga.

Dan, sepetak kepok buat pagar untuk rumah baru kita.

Sehari, seminggu, sebulan selepas kita meninggal dunia..

Mungkin, orang akan masih ingat kita.

Masih ada yang rindu kita.

Lama-kelamaan, orang akan mulai 'terbiasa'.

'Terbiasa' hidup tanpa kita disisi mereka.

Jalani hidup seperti biasa.

Makin lama, makin melupakan kita.

Kisah kita hanya tinggal kenangan dalam diari hidup mereka.

Di dalam kubur nanti, kita bukannya sekadar 'tidur' dan tunggu mereput di dalam tanah.

Yang 'tidur' dan mereput itu cuma jasad yang dikebumikan.

Sama seperti kita tidur di waktu malam. Jasad kita terbaring di tilam. Tetapi, ruh kita mampu merentas alam.

Kita mimpi dikejar sesuatu, waktu terjaga kita rasa cemas dan penat.

Kita mimpi bergaduh dengan orang, waktu terjaga kita rasa penat dan nak marah-marah.

Kita mimpi sedih, adakala dalam mimpi kita menangis. Saat terjaga, adakalanya air mata memang sedang mengalir.

Kita mimpi yang indah-indah, adakala bahagianya benar-benar terasa hingga mampu mengukir senyum di wajah.

Begitulah juga dengan alam barzakh.

Masih panjang perjalanan untuk ruh kita lalui di sana.

Akan ada macam-macam 'rasa'.

Entah bahagia, entah sebaliknya.

Entah apa nasib kita di sana.

Orang yang sayang kita ketika di dunia ini, belum tentu rajin nak mendoakan kita hari-hari.

Sedangkan, untuk solat sendiri pun adakalanya kita tergesa-gesa.

Nak cari pahala dan bekal amal untuk diri sendiri pun kekadangnya kita rasa bosan, 'berat' dan malas.

Apatah lagi nak 'bantu' orang yang sudah tiada.

Kawan-kawan,

Sementara Allah masih pinjamkan nafas, kita buatlah amal soleh.

Apa yang kurang dengan diri kita sebagai hamba Allah, kita usahakan baiki sebaiknya.

Kita bertaubat.

Kita berubahlah jadi orang yang baik pada pandangan Allah.

Kita buatlah kebaikan kerana Allah.

Kita kumpul bekal untuk bawa balik berjumpa Allah.

Kalau kita tak bantu diri kita ketika di dunia ini, siapa nak bantu kita ketika di alam barzakh nanti..

Siapa nak bantu kita di padang mahsyar nanti..

Kita nak redha Allah.
Kita nak rahmat Allah.
Kita nak syurga Allah.

Kita nak Allah sayang kita. Tapi, kita sendiri pun tak berapa nak sayang diri sendiri.

Macam mana Allah nak berikan taufik dan hidayah..

Berubahlah kerana Allah.

Mudah-mudahan, Allah bantu kita menjadi hamba yang dicintai-Nya.❤️

https://t.me/TipsRezekiDuniaAkhirat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 10:34


Duit banyak tapi dapat dari jalan yang tak berkat. Contoh. Berjoget, menari untuk dapatkan sales. Berhias berlebihan bertabarruj bagi wanita juga istidraj. Meninggalkan solat juga kategori rezeki tak berkat. Mintak jauh. Bisnes biarlah berkat dan mendapat keredhaan Allah baik dari cara juga hasil. InshaaAllah cukup dan boleh berbagi-bagi. Bisnes beri manfaat pada ummat sesambil bayarlah zakat. -Nora Yusof Penulis FTR.

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 02:46


https://www.facebook.com/share/v/19QZKyPmdQ/

Kuliah Dhuha Ustaz Don Daniyal, Jom kita tumpang manfaat beliau.

Moga bermanfaat

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

26 Oct, 02:06


Aktiviti RIADAH yang HARAM BAGI WANITA MUSLIM

1) Berbasikal pakai ketat yang bercampur dengan lelaki yang bukan mahram.

2) Berenang di kolam awam, sungai serta pantai. Tidak ada istilah baju renang muslimah.

3) Aerobik/zumba/gym/fitness di khalayak yang bercampur atau yang dapat dilihat lelaki yang bukan mahram.

Pesanan ini adalah untuk perempuan yang ingin BERTAQWA KEPADA ALLAH di dalam mencari kebaikan dunia dan akhirat.

Kata Nabi ﷺ,

اَلْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ ، وَإِنَّهَا إِذَا خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهَا اِسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ،

"Wanita itu aurat, jika ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengikutinya (bagi menghiasi mata lelaki)." (HR at-Thabarani)

Beriadah itu tidak salah ASALKAN tidak bercampur dengan lelaki, tidak dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram kerana KETAHUILAH gerakan tubuh wanita itu boleh menaikkan syahwat lelaki tatakala mata lelaki boleh x-ray dalaman perempuan dalam imaginasinya.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.

~ MRJ