مجموعــة طريق السلف @thoriqussalaf Channel on Telegram

مجموعــة طريق السلف

@thoriqussalaf


Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
www.thoriqussalaf.com

مجموعــة طريق السلف (Arabic)

تعتبر مجموعة طريق السلف القناة المثالية لكل من يتطلع إلى الاستفادة من العلم الديني بطريقة مميزة. تقدم هذه القناة فوائد علمية قيمة من قبل العلماء والأساتذة من أهل السنة والجماعة بشكل متنوع، سواء كانت عبر النصوص، الملصقات، الملفات الصوتية، مقاطع الفيديو، ملفات PDF، أو الكتب الإلكترونية. وكل هذا بإشراف وتوجيه من الأستاذ عصام محري حفظه الله

تأتي هذه القناة كمصدر ثقافي موثوق للباحثين عن المعرفة الدينية الأصيلة والموثوقة. بفضل المحتوى الهادف والمتميز الذي تقدمه، يمكن للمشتركين في هذه القناة أن يعززوا فهمهم للمبادئ الإسلامية ويطوروا معارفهم بشكل دوري ومنظم

ما يميز مجموعة طريق السلف هو التنوع الكبير في الفوائد العلمية التي تقدمها، حيث يمكن للمشتركين الاستماع إلى شروحات علمية، قراءة مقالات مفيدة، مشاهدة فيديوهات توعوية، وتحميل كتب وملفات PDF مهمة. بفضل هذا التنوع، يمكن للمهتمين بالعلم الشرعي توسيع أفقهم وزيادة معرفتهم بشكل شامل وشيق

من خلال زيارة موقع الويب الخاص بالقناة www.thoriqussalaf.com يمكن الاطلاع على المزيد من المعلومات والموارد القيمة التي تقدمها مجموعة طريق السلف. انضم اليوم وكن جزءًا من هذه البيئة العلمية المثمرة والممتعة!

مجموعــة طريق السلف

16 Nov, 04:42


Hindari Katsir Kalam (Banyak Bicara)

Orang yang tidak banyak bicara akan terjaga dari pertengkaran dan perdebatan.

Dirinya akan bersih kerana terhindar dari cekcok (berbantah) dan pertengkaran.

Dirinya akan dicintai saudaranya kerana jauh dari permusuhan.

مجموعــة طريق السلف

15 Nov, 04:37


📖 [E-Book] - Nasihat Buat Para Suami (Bahagian 1)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Sila muat turun dari pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/1SLW-tfsbFsAwGw_qD_46pxLAAeJhCv2M/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

15 Nov, 03:05


Wahai Wanita Jangan Sampai Hilang Kemuliaan & Kehormatanmu

Asy-Syaikh Muhammad Amin asy-Syinqithi رحمه الله berkata:
“Jika hilang kemuliaaan dan kehormatan seorang wanita, maka perut bumi (kuburan) lebih baik baginya daripada punggungnya (kehidupan).”
(Adzbul Namir 4/402)

مجموعــة طريق السلف

14 Nov, 04:08


🏚️ Apakah Perlu Membaca Doa Sebelum Jimak Dalam Keadaan Isteri Sedang Hamil

• Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, “Jika seorang suami menggauli isterinya dalam keadaan hamil, apakah tetap dia membaca doa:

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما روقتنا

atau dia tidak perlu membacanya? Kerana anak (janin) telah wujud.

Kita katakan: Yang lebih afdhal adalah tetap dia membacanya, kerana Imam Ahmad berkata, “Jimak itu menambah kekuatan, pendengaran dan penglihatan bagi janin.”

Oleh kerana itu Nabi ﷺ bersabda:

لا يحل لامرئ يؤمن بالله واليوم الأخر أن يسقي ماءه زرع غيره

“Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk menyiramkan airnya (sperma) di tanaman orang lain.” (HR Abu Dawud 2158, at-Tirmidzi 1131 dan Ahmad 16990 dari Ruwayfi bin Tsabit).

(Makna hadits jika seorang wanita hamil dari seseorang, maka tidak halal bagi yang lain untuk menjimaki wanita ini dan Nabi ﷺ katakan menyirami tanaman orang lain bererti jimak itu bermanfaat bagi janin).

Hadits ini mengisyaratkan bahawasanya janin itu mendapat faedah (kesan) dari jimak, maka hendaknya tetap dia membaca doa itu.” (Ta'liq Shahih Bukhari 16/437)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

13 Nov, 13:40


📡 Live Sekarang - Sesi Ke-12

📝 Panduan Syar'i Fiqh Makanan

🎙 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
• https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

13 Nov, 12:07


Jangan Mendengar Celaan Terhadap Saudaramu Yang Dikenal Baik

Alli bin Abi Tholib رضي الله عنه berkata:
“Barangsiapa yang mengetahui kebaikan pada saudaranya, maka jangan dia dengar celaan orang terhadapnya. Kerana barangsiapa yang zahirnya baik, maka batinnya kita berharap lebih baik lagi.”
(Ibnu Bathol 9/261)

مجموعــة طريق السلف

13 Nov, 06:16


📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-12, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 12 Jamadil Awwal 1446H / 13 November 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

11 Nov, 05:56


🔥🌵 Larangan Duduk Di Dalam Majlis Debat Bersama Ahlul Bid'ah

• Dari Abu Aly Hanbal bin Ishaq bin Hanbal رحمه الله ia berkata, seseorang menulis surat kepada al-Imam Ahmad رحمه الله meminta izin untuk menulis kitab menerangkan bantahan terhadap Ahli Bid’ah dan berdialog dengan mereka untuk membantah mereka. Maka al-Imam Ahmad membalasnya:

“Semoga Allah memperbaiki akhir hidupmu, menghindarkanmu dari hal yang tidak disenangi dan dihindari. Sebagaimana yang kita dengar dan kita dapatkan dari para Ahli Ilmu bahawa sesungguhnya mereka tidak suka berdebat dan duduk bersama Ahli Zaigh (yang condong kepada kesesatan iaini Ahli Bid’ah).

Bahwasanya perkara agama ini adalah menerima dan kembali (merujuk) kepada apa yang diterangkan dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ﷺ, bukan duduk bersama Ahli Bid’ah dan Ahli Zaigh untuk membantah mereka. Kerana sesungguhnya mereka akan mengelabui kamu (dalam perdebatan itu), sedangkan mereka tetap tidak akan kembali.

Maka yang selamat -insyaAllah- adalah menjauhi majlis mereka dan tidak memperdalam pembahasan (bersama mereka) tentang bid’ah dan kesesatan mereka.

Oleh sebab itu hendaknya seseorang bertakwa kepada Allah dan kembali kepada apa yang memberi manfaat baginya pada masa mendatang (akhirat), berupa amalan soleh yang ia usahakan untuk dirinya dan hendaknya janganlah ia termasuk orang yang mengada-adakan sesuatu urusan. Kerana ketika perkara baru itu keluar darinya, ia memerlukan hujjah dan bererti ia membawa dirinya kepada sesuatu yang mustahil dan ia mencarikan hujjah bagi perkara yang ia ada-adakan itu dengan sesuatu yang haq dan yang batil agar ia dapat menghiasi bid’ahnya dan apa yang ia ada-adakan itu.

Dan yang lebih berbahaya lagi dari itu semua adalah kalau ia menuliskannya dalam sebuah kitab yang memuat perkara tersebut, ia akan menghiasinya dengan perkara yang haq dan batil walaupun al-haq itu telah jelas dan bukan seperti itu. Dan kami memohon kepada Allah agar memberi taufiq untuk kami dan kamu, Wassalamu’alaika.” (Al-Ibanah 2/471-472 nombor 481)

📂 https://salafy.or.id/jeleknya-berdebat-dan-berbantahan-mengenai-agama/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

11 Nov, 03:07


Sifat Kecantikan Bagi Wanita

Asy-Syaikh Muhammad Amin asy-Syinqithi رحمه الله berkata:
“Ketika seorang wanita tidak keluar dari rumahnya, maka hal itu merupakan salah satu sifat kecantikan dirinya.”
(Adhwa' al-Bayan 6/314)

مجموعــة طريق السلف

10 Nov, 06:37


🎥🎞 Bersegeralah Dalam Beramal Soleh

🎙Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله

📥 Pautan video:
• https://youtu.be/nDylC_fA9A8?si=XncmzC61FwxXXq66
• https://drive.google.com/file/d/1PhTJNdVRwUN0AyOuYbRymRTdIGtvDLEi/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

09 Nov, 09:14


🔈💽 Tuduhlah Logik Akalmu Sendiri Ketika Logik Akalmu Tidak Dapat Menerima Dalil

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (04:05): https://drive.google.com/file/d/1P1ATkmCnscg7q_M_Y0rVmqn_l1mqaI8R/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

09 Nov, 04:51


🧠💭 Mimpi Bertemu Rasulullah ﷺ & Diajarkan Wirid-Wirid Tertentu

Soalan:
Disebutkan dalam hadits Rasulullah ﷺ:

مَنْ رَآنِيْ فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِيْ

“Siapa yang melihatku dalam mimpi maka sungguh ia benar-benar telah melihatku kerana syaitan tidak mampu menyerupaiku.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sebahagian orang mengaku bahawa Nabi ﷺ mendatanginya dalam mimpi dan memberinya wirid atau bacaan-bacaan yang harus diulangnya sekian kali. Iaini, dia diminta mengucapkan wirid tersebut dalam rangka ibadah dan agar dia memberitahukannya kepada orang lain. Tentu pengakuan seperti ini bertentangan dengan ayat yang mulia (ertinya):

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Aku cukupkan kepada kalian nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

Apakah pengakuan orang seperti itu benar atau dusta?

Jawapan:
Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan حفظه الله menjawab:

“Melihat Nabi ﷺ dalam mimpi sungguh boleh terjadi kerana hadits yang memberitakan tentang hal tersebut sahih. Akan tetapi, hal itu boleh terjadi pada orang yang mengenali (keperibadian) Rasulullah ﷺ. Jika saat terjaga orang itu mengetahui dan mengenal sifat-sifat dan ciri-ciri baginda, syaitan tidak mungkin dapat menyerupai ciri-ciri dan keperibadian baginda. Siapa yang kenal baginda dengan sebenar-benarnya dan dapat dengan tepat membezakan baginda dari yang lain, sungguh orang seperti ini benar melihat baginda dalam mimpi.

Adapun orang yang tidak mengenal ciri-ciri Rasulullah ﷺ dan tidak mampu membezakan keperibadian baginda yang mulia (lantas mengaku melihat Rasul ﷺ dalam mimpi), boleh jadi orang ini didatangi syaitan dalam tidurnya yang mengaku sebagai Rasulullah ﷺ serta menyesatkannya dalam agamanya.

Dengan demikian, masalah mimpi melihat Rasul ﷺ tidak berlaku secara mutlak. Orang bermimpi melihat Nabi ﷺ mesti mimpi yang shadiqah (benar), jika memang ia kenal Nabi ﷺ dan dapat membezakan baginda dari yang lain. Adapun orang yang tidak mengenal Nabi ﷺ dan tidak mengetahui ciri-ciri baginda, tidak mampu pula membezakan ciri-ciri dan keperibadian baginda dari yang lain, bererti orang ini ditipu oleh syaitan. Syaitan boleh mendatanginya dan mengaku sebagai Rasulullah ﷺ.

Dari sisi yang kedua, Rasul ﷺ mengajarinya wirid dalam mimpi, maka sebagaimana kata penanya, ini adalah perkara batil kerana penetapan syariat telah berakhir atau selesai dengan wafatnya Nabi ﷺ. Allah سبحانه وتعالى berfirman (ertinya):

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Aku cukupkan kepada kalian nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

Setelah wafat Rasulullah ﷺ, tidak ada lagi pensyariatan sesuatu dan penambahan sesuatu terhadap ajaran yang baginda tinggalkan sebelum wafatnya, baik dalam bentuk wirid mahupun selainnya. Maka dari itu, hendaknya hal ini menjadi perhatian.”
(Majmu’ Fatawa Fadhilatusy Syaikh Shalih al-Fauzan, 1/49—50)

📂 https://asysyariah.com/mimpi-melihat-nabi/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

09 Nov, 04:10


Lelaki Yang Tidak Memiliki Perasaan Cemburu

Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
“Apakah kalian membiarkan para wanita kalian berdesak-desakan dengan para lelaki di pasar? Buruklah orang lelaki yang tidak memiliki perasaan cemburu.”
(Syarhu Sunnah Baghowi 9/270)

مجموعــة طريق السلف

08 Nov, 12:00


Tidur Yang Dihukumi Sunnah

As-Safariniy رحمه الله berkata:
“Jika tidur dapat mencegah seseorang dari berbuat maksiat, maka disunnahkan untuk dirinya agar tidur. Hal itu kerana dengan tidur dapat menjaga dirinya dari maksiat.”
(Ghidzaul Albab 2/359)

مجموعــة طريق السلف

08 Nov, 03:27


Bekerjalah Bagi Menjamin 'Afiah

Ayub berkata:
“Al-Imam Abu Qilabah رحمه الله sering menganjurkan aku untuk bekerja mencari nafkah, dan beliau sebutkan, “Berkecukupan (harta) termasuk 'afiah (keselamatan)”.”
(Mushonaf Ibnu Abi Syaibah 2263)

مجموعــة طريق السلف

07 Nov, 15:15


🕋 Berdoalah Di Masa Suka Mahupun Duka

• Salman al-Farisiy رضي الله عنه berkata, “Jika seorang hamba memuji Allah dan berdoa kepadaNya di waktu senang dan lapang, lalu dia tertimpa kesulitan (masa susah) dan dia berdoa kepada Allah, maka para malaikat berkata: “Ini adalah suara yang makruf (yang dikenal) dari seorang hamba yang lemah”, lalu mereka bersyafaat untuknya.

Namun jika seorang hamba tidak memuji Allah di waktu senang, tidak berdoa kepadaNya di waktu lapang, lalu dia tertimpa kesulitan (masa susah) dan dia berdoa kepada Allah, maka para malaikat berkata: “Ini adalah suara yang asing (mereka tidak bersyafaat untuknya)”.” (Mushonaf Ibnu Abi Dunia 30094)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

06 Nov, 13:49


📡 Live Sekarang - Sesi Ke-11

📝 Panduan Syar'i Fiqh Makanan

🎙 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
• https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

06 Nov, 06:24


📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-11, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 05 Jamadil Awwal 1446H / 06 November 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

06 Nov, 01:56


🌴🍂 Balasan Bagi Orang Yang Melalaikan Aib Orang Lain

• Asy-Syaikh Abdurrahman as-Si'diy رحمه الله berkata, “Barang siapa yang melalaikan aib orang lain dan dia menahan lisannya dari membicarakan keadaan mereka yang tidak ingin ditampakkan, maka selamatlah agama dan kehormatannya.

Dan Allah jadikan hati-hati manusia akan mencintainya. Allah tutupi aibnya, kerana balasan itu sejenis dengan perbuatan. Dan Rabbmu tidak akan menzalimi hambaNya.” (Fawakih Syahiyah 111)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

05 Nov, 10:22


Mengapa Dunia Itu Terasa Liar

Syumaith bin Ajlan رحمه الله berkata:
“Allah jadikan dunia itu terasa liar (tidak nyaman), agar hambaNya merasa nyaman hanya kepadaNya.”
(Hilya Awliya 3/130)

مجموعــة طريق السلف

04 Nov, 04:54


💦🌳 Perbezaan Antara Mudaaroh & Mudaahanah

• Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata, “Mudaaroh itu sifat yang terpuji, sementara mudahanah itu sifat yang tercela.

Orang yang bermudaaroh, mereka berlemah lembut terhadap seseorang untuk mengeluarkan hak darinya atau menyelamatkan orang itu dari kebatilan.

Adapun orang yang bermudaahanah, mereka berlemah lembut terhadap seseorang untuk membenarkan kebatilannya dan membiarkannya di atas hawa nafsunya.

Maka mudaaroh itu sifat orang beriman, sementara mudaahanah itu sifat orang munafik.” (Ar-Ruuh 1/231)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

03 Nov, 05:57


🎥🎞 Wasiat Ibnu 'Awn

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan video:
• https://youtube.com/shorts/MntNTXJc3aI?si=PqGdyIclItp09EW6
• https://drive.google.com/file/d/1KEMjJZ4l_jDXEPLRNjkQv1at8bz0kg6B/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

01 Nov, 15:01


Di Hari Kiamat Setiap Hak Akan Dikembalikan

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda (ertinya):
“Sungguh di hari kiamat, setiap hak (jasad, kehormatan atau harta) akan dikembalikan kepada pemiliknya, sampai domba (biri-biri) yang tidak bertanduk akan dibalaskan dari domba yang bertanduk.”
(HR Muslim 2582)

مجموعــة طريق السلف

30 Oct, 22:51


Bicara Itu Sama Seperti Ubat

Amr bin Ash رضي الله عنه berkata:
“Bicara itu seperti ubat, jika kamu konsumsi sedikit akan bermanfaat, namun jika berlebihan akan membunuhmu.”
(Ghuror Khoshois 230)

مجموعــة طريق السلف

30 Oct, 05:27


💦🍂 Tiga Jenis Kesabaran Yang Banyak Orang Tidak Mampu Menahannya

• Sufyan ats-Tsawri رحمه الله berkata, “Sabar itu ada tiga jenis:

- Tidak kamu khabarkan tentang sakitmu.
- Tidak kamu khabarkan tentang musibahmu.
- Tidak kamu puji dirimu sendiri.” (Tafsir Ibnu Jarir 13/41)

• Kebanyakan orang tidak mampu bersabar untuk menahan dirinya, sehingga ingin menceritakan masing-masing dari tiga poin yang Imam Sufyan sebutkan di atas.

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

29 Oct, 06:20


Hati-Hati Dari Mencampuri Urusan Orang Lain

Ibnu Aqil al-Hanbaliy رحمه الله berkata:
“Seharusnya seseorang itu tidak masuk dalam rahsia suatu kaum, begitu pula dalam pembicaraan yang mereka tidak melibatkan dirinya di dalamnya. Dan tidak boleh seseorang mencuri dengar orang yang sedang bermusyawarah (berunding).”
(Fushul Adab 43)

مجموعــة طريق السلف

28 Oct, 04:54


🔈💽 Merakam Perbualan Secara Rahsia Merupakan Perbuatan Khianat

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (18:21): https://drive.google.com/file/d/176_ht2r6DegWiqLzkAPyo4Pjd7OdBuDt/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

28 Oct, 00:05


🌴🍂 Allah Pasti Membela Orang-Orang Yang Beriman

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ یُدَ ٰ⁠فِعُ عَنِ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ كُلَّ خَوَّانࣲ كَفُورٍ

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat.” (Al-Hajj: 38)

• Al-Imam as-Si'diy رحمه الله berkata:

هذا إخبار ووعد وبشارة من الله، للذين آمنوا، أن الله يدافع عنهم كل مكروه، ويدفع عنهم كل شر....

“Ini adalah khabar, janji dan berita gembira dari Allah untuk orang yang beriman, bahawasanya Allah akan membela dan menolong mereka dari segala musibah dan kemalangan, akan menolong mereka dari segala keburukan...”

...كل مؤمن له من هذه المدافعة والفضيلة بحسب إيمانه، فمستقل ومستكثر.

“... Setiap mukmin berbeza-beza dalam mendapatkan pertolongan ini. Sedikit dan banyaknya tergantung dari iman mereka.” (Tafsir as-Si'diy)

✍🏼 Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

27 Oct, 06:23


🔈💽 Jalan Menuju Shiratal Mustaqim

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (3:17): https://drive.google.com/file/d/1FWpYdcFTQJ2u_9E7TBg2r2IcAaads6S5/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

27 Oct, 02:16


🎥🎞 Tiga Perkara Yang Memperkeruh Hidup Seseorang

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan video:
• https://youtu.be/Q3LGwIt9usQ?si=PxyN2HBrD2TkSFJ0
• https://drive.google.com/file/d/1FQ_fO3GW-ctEsBY5Z6NWcVbk9PVRsibm/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

26 Oct, 13:45


🔥🌵 Bala Apabila Seseorang Tidak Menyedari Kapasiti Dirinya

• Seseorang berkata kepada al-Imam Ibnu Mubarak رحمه الله, “Berikan aku wasiat”. Maka jawab beliau, “Sedari kapasiti dirimu.” (Jarh wat Ta'dil 1/280)

• Salah satu penyebab bala dan fitnah ketika seseorang tidak menyedari kapasiti dirinya, sehingga dia paksakan dirinya berbicara segala sesuatu dan dia komentar dalam segala hal.

Sangat kasihan, dia tidak menyedari kapasiti dirinya dalam ilmu, amal soleh bahkan dalam adab dan akhlak.

نسأل الله العافية

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

25 Oct, 01:18


Menyendiri Dari Pertemanan Yang Tidak Baik

Al-Imam Ahmad رحمه الله berkata:
“Aku melihat bahawa menyendiri (dari pertemanan yang tidak baik), hal itu lebih membuat tenang hatiku.”
(Adab Syar'iyah 2/27)

مجموعــة طريق السلف

24 Oct, 13:39


📡 Live Sekarang - Pertemuan Ke-9

📝 Al-Aqidah Al-Wasithiyyah

🎙 Al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
• https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

24 Oct, 07:42


📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله (Pertemuan Ke-9)

📕Kitab Al-Aqidah Al-Wasithiyyah, karya Al-Imam Ahmad ibn Abdul Halim رحمه الله

📅 Khamis Malam, 21 Rabi'ul Akhir 1446H / 24 Oktober 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

24 Oct, 06:21


🔈💽 Kisah Pohon Kurma Yang Menangis Kerana Merindukan Majlis Ilmunya Rasulullah ﷺ

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (6:44): https://drive.google.com/file/d/1D5bYfwMuCtZchvrCHlQ35FpTtwqLF_h0/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

24 Oct, 02:43


🌳🌏 Sikap Yang Seharusnya Ada Pada Setiap Muslim

• Al-Hulaymi رحمه الله berkata, “Seharusnya bagi setiap muslim agar:
- mendekat kepada ikhwannya orang-orang yang seiman dengannya,
- akrab dengan mereka,
- menyayangi mereka,
- dan tidak mengganggu satupun dari mereka,
- tidak berbicara dengan sesuatu yang mereka benci,
- tidak memanggil mereka dengan gelaran yang buruk,
- tidak merosak hubungan baik yang telah dia redhai dan telah membuat hatinya nyaman.” (Al-Minhaj fi Syuab Iman 3/416)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

23 Oct, 06:10


🎥🎞 Janji Allah Kepada Orang Yang Berdzikir Kepada Allah

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan video: https://drive.google.com/file/d/1BqwTmD5IQoxkFm8-i_5NyVsMv7zeqbYf/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

23 Oct, 02:26


Sunnah Berkaki Ayam

Fadhalah bin Ubaid رضي الله عنه berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَحْتَفِيَ أَحْيَانًا

“Nabi Muhammad ﷺ terkadang memerintahkan kami untuk berkaki ayam (bertelanjang kaki).”
(HR Abu Dawud dan Ahmad, disahihkan al-Albani)

مجموعــة طريق السلف

22 Oct, 03:07


🔥💦 Kasihan Orang Yang Fanatik

• Al-Imam asy-Syawkani رحمه الله berkata, “Seorang yang fanatik walaupun matanya sihat, namun sungguh mata hatinya buta dan telinganya tuli dari mendengar kebenaran.

Dia tolak kebenaran dalam keadaan dia menyangka hanya kebatilan yang dia tolak dan dia mengira yang dia berada padanya itulah kebenaran.” (Fathul Qodir 2/277)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

21 Oct, 06:27


📲 Channel YouTube Rasmi Majmu'ah Thoriqus Salaf (MTS)

• Bismillah. Berikut ini kami tampilkan channel YouTube rasmi MTS (MajmuahThoriqusSalaf) yang mengumpulkan video-video MTS buat tatapan umum. Semoga bermanfaat.

• Pautan: http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

مجموعــة طريق السلف

21 Oct, 02:57


🔈💽 Bolehkah Berdakwah Di Media Sosial

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (5:54): https://drive.google.com/file/d/1Ag88YZEiZH1Y7Ho1wMC437kFAhaxT7rC/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

20 Oct, 09:01


Hutang Adalah Hak Orang Yang Harus Anda Prioriti Pelunasannya

Ketika hutang Ibnu Sirin رحمه الله semakin menumpuk, beliau ringankan makanan beliau dan yang sering beliau jadikan lauk adalah ikan kecil.”
(Hilyah Awliya 2/270)

مجموعــة طريق السلف

19 Oct, 04:38


🎥🎞 Kapan Manusia Merasakan Nikmatnya Santai?

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan video: https://drive.google.com/file/d/18ue-XvsRhg2uBiuGEA6amrixplUjJ5DQ/view?usp=drivesdk

📚 II مجموعة طريق السلف II 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

17 Oct, 03:12


📚🏚️ Adab Yang Buruk Ketika Di Dalam Sebuah Majlis

• Ibnu Abdil Bar رحمه الله berkata, ”Termasuk adab yang buruk di dalam majlis adalah ketika kamu memotong pembicaraan temanmu atau kamu merebut pembicaraan yang dia mulakan sebelum dia selesaikan, baik itu berbentuk informasi mahupun sya'ir. Kamu tunjukkan seakan kamu lebih hafal atau lebih mengerti darinya.

Yang demikian itu merupakan puncak buruknya adab bermajlis. Kerana yang wajib atasmu adalah kamu mendengar apa yang dia bicarakan, kamu tunjukkan seakan-akan kamu tidak tahu semua itu kecuali darinya.” (Bahjatul Majalis 4)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

16 Oct, 02:38


Menjaga Rahsia Diri Sendiri

Al-A'masy رحمه الله berkata:
“Seseorang sempit dadanya, merasa berat menyimpan rahsianya, sehingga dia ceritakan (rahsia) itu kepada orang lain, lalu dia meminta orang itu untuk menjaga rahsianya (sementara dirinya sendiri tidak dapat menjaga rahsia itu dari diketahui orang lain).”
(Raudhatul Uqola 191)

مجموعــة طريق السلف

15 Oct, 05:30


🕋🌴 Perbanyak Memohon 'Afiah (Keselamatan)

• Abdul A'la at-Taymi رحمه الله berkata, “Perbanyaklah memohon 'afiah (keselamatan), kerana orang yang tertimpa bala (fitnah) seberat apapun balanya, tidak lebih berhak berdoa dari yang diberi 'afiah.

Dan orang-orang yang tertimpa bala (fitnah) hari ini, mereka adalah orang-orang yang kelmarin masih diberi 'afiah.

Dan orang-orang yang tertimpa bala (fitnah) setelah hari ini, mereka adalah orang-orang yang masih diberi 'afiah di hari ini.” (Ibnu Abi Dunya dalam asy-Syukr 210)

اللهم إنا نسألك العافية

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf

مجموعــة طريق السلف

14 Oct, 07:19


Ubat Menghilangkan Kegelisahan

Ibnu Hazm رحمه الله berkata:
“Aku tidak mendapati cara untuk menghilanglan kegelisahan dari diriku kecuali dengan menghadap kepada Allah dengan beramal untuk akhirat.”
(Akhlak wa Siyar 88)