Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada calon-calon kesayangan sekalian, menjelang Peperiksaan Bertulis SPM 2023, admin ingin kongsikan sedikit tips utk membuat persediaan Sejarah.
Objektif
1. Baca teliti soalan dan tempat perangkap!
Berfokus pada kata-kata kunci yang tentukan sifat soalan. Contohnya, pilihkan yang salah - x blh pilih yang betul. Kesan - Boleh positif boleh negatif (kecuali mention dengan spesifik)
2. Baca setiap perkataan pada pilihan jawapan
Ingat perlu baca semua A,B,C,D selepas tentukan jawapan paling betul, sbb mungkin ada yg lagi sesuai sbgi jawapan. Lagipun jika terdapat satu perkataan yg salah pun pilihan tu salah. Berhati-hati.
3. Jawab soalan yg senang dahulu (skip yg susah, jawab yg tahu)
Kadang kala ada soalan yg kita tk sure, jgn ragu ii skip saja, sbb masa singkat tk cukup utk semua proses objektif.
Yg senang, maksudnya bila first nampak dh tahu jawapan.
4. Lorekkan kertas objektif lepas jawab satu soalan.
Jawab satu soalan, lorek satu petak, dn ulangkan proses tersebut. Tujuannya utk elakkan kes lupa isi menyebabkan tk cukup masa.
Alert kalau ada skip soalan, tinggalkan kosong pd kertas objektif pd soalan yg sepadan!! Ramai student yg silap situ menyebabkan blh dpt A tp dpt B saja.. Kesannya serius
Struktur
1. Pastikan setiap soalan bahagian A diisi dgn penuh! Tk mungkin ada soalan yg mintak jwpan pendek kecuali senaraikan dan nyatakan
- Jika ada yg tak tahu, skip dulu pastu patah balik, janji jawab tk tinggal kosong
- Kalau mmg tk reti, guna common sense mengarut saja, asalkan menulis & maybe, barangkali pemeriksa blh mencari logik kalian dn beri markah (pemeriksa bnyk yg baik hati)
2. Peka pada kata kunci kehendak soalan
- Senaraikan, Nyatakan, Apakah, Di manakah, Siapakah (Bagi fakta sahaja, tk perlukan huraian)
- Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Bagaimanakah, Mengapakah (Fakta dan huraian wajib bersama)
Boleh ikut kombinasi berikut utk 4 markah
--๏ผ2 Fakta + 2 Huraian
--๏ผ2 Fakta + 3 Huraian
--๏ผ1 Fakta + 3 Huraian (berisiko)
3 markah:
--๏ผ Ikut standard 4 markah
--๏ผ1 Fakta + 2 Huraian
--๏ผ2 Fakta + 1 Huraian
3. Utk Bahagian B, panjangkan jawapan anda, boleh doublekn atau triplekn isi anda (markah yg terlebih blh jdkan backup)
4. Soalan KBAT bahagian B wajib ada
- Isi
- Huraian
- Contoh/Bukti (menyokong huraian)
- Kesan
- Kesimpulan kecil
Pada masa sama, sekurang ii nya 2 perenggan jawapan + Inferens besar.
Inferens besar sila paraphrase soalan & pernyataan soalan.
5. Soalan KBAT yg two part
Sekurang ii nya dua perenggan jawapan juga.
Contoh:
i. Perasaan anda terhadap gambar di atas.
ii. Apakah rasional perjuangan tokoh kemerdekaan.
utk (i) sila buat 1 perenggan cukup, utk (ii) sila buat 1/2 atau lebih perenggan (jika cukup masa) supaya huraian anda boleh menyokong kehendak soalan.
Inferens jgn lupa jugak.
6. Semak semula bahagian B pastikan 3 soalan yg dipilih tu dijawab semua.
Jangan bersifat, 5a senang saya ambil 5a, 5bc susah saya tk jawab, dan ambil 6bc gantikan. ๐กโ Tak boleh ye tak dibenarkan
#rancangankecemerlangan