RASMI (Siswa Guru IPGMKPI) @jppipgkpiofficial Channel on Telegram

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

@jppipgkpiofficial


RASMI (Siswa Guru IPGMKPI) (Malay)

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI) adalah saluran Telegram yang ditubuhkan untuk membantu siswa dan guru dalam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam (IPGMKPI) dalam perkongsian maklumat dan pembelajaran. Dengan kehadiran saluran ini, siswa dan guru dapat berinteraksi dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pendidikan Islam. Siswa akan mendapat peluang untuk belajar dari pengalaman guru-guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, manakala guru pula dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada siswa-siswa yang memerlukan bantuan. Saluran ini juga menyediakan bahan rujukan dan maklumat terkini berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di IPGMKPI. Dengan menyertai saluran ini, para ahli akan mendapat akses kepada sumber-sumber pendidikan yang berkualiti dan membantu meningkatkan pengetahuan serta kecekapan mereka. Jadi, jika anda adalah siswa atau guru di IPGMKPI, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran RASMI (Siswa Guru IPGMKPI) untuk mendapatkan manfaat daripada komuniti pendidikan yang bersemangat dan berdedikasi.

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Jan, 05:40


CATATAN DUHA MTEN 24/25
08 JANUARI 2025 / 08 REJAB 1446H

ERTI PENGORBANAN YANG SEBENAR

Abdullah bin Jahsy r.a merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang menjadi lambang keberanian dan pengorbanan sejati dalam sejarah Islam. Kisah hidupnya dipenuhi dengan perjuangan menegakkan agama Allah SWT, menjadikan beliau contoh luar biasa dari segi keimanan dan kecintaan kepada Allah SWT sehingga mampu mengatasi segala cabaran duniawi. Beliau menyedari bahawa menjadi seorang Muslim bukanlah sekadar memiliki akidah yang mantap tetapi juga merangkumi perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

Kisah Abdullah bin Jahsy r.a yang paling diingati adalah pengorbanannya dalam peperangan Uhud. Sebelum berperang, beliau berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah, aku ingin bertemu dengan musuh yang kuat. Aku ingin dia membunuhku dan memotong hidung serta telingaku. Kemudian apabila aku bertemu dengan-Mu, Engkau akan bertanya, Untuk apa hidung dan telingamu dipotong? Dan aku akan menjawab, Untuk-Mu, ya Allah dan Rasul-Mu." Permintaan tersebut telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Buktinya, beliau syahid dalam keadaan tubuhnya cedera parah ketika mempertahankan Rasulullah SAW.

Justeru, kehebatan kisah Abdullah bin Jahsy r.a menjadi contoh pejuang sejati yang memahami erti pengorbanan sebenar di jalan Allah SWT. Beliau meninggalkan segala kemewahan duniawi demi mencapai keredaan Allah SWT. Perjuangan ini mengajarkan kita untuk sentiasa meletakkan agama sebagai keutamaan dalam kehidupan, meskipun menghadapi pelbagai cabaran. Ingatlah, tiada pengorbanan yang sia-sia melainkan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Rujukan: Buku Perjalanan Hidup 54 Sahabat Rasulullah yang Mulia

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Jan, 03:03


🎗 A Day with PRSd: Life Quote

Assalamualaikum sahabat 💜

"Tak mengapa jika hasilnya tak seperti yang diharap, kerana takdir Allah pasti terselit hikmah."

🌷Dalam Islam, kita diajar untuk bersyukur dan bersabar terhadap apa jua hasil diterima yang baik ataupun sebaliknya. Apa yang penting ialah usaha kita telah dilakukan dengan ikhlas.

🌷Keputusan yang sebaliknya hanyalah ujian kecil, tetapi penerimaan takdir Ilahi adalah bukti keimanan sebenar. Caranya adalah dengan redha dan yakin bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

🌷Setiap ujian yang datang adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada-Nya, kerana melalui kesukaran, hati akan lebih mudah tunduk, lidah akan lebih kerap berdoa, dan jiwa akan lebih memahami makna kebergantungan sepenuhnya kepada Allah.

🌷Firman Allah, Surah Al Baqarah, 2:216:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

🌷Kesimpulannya, hargai setiap usaha yang telah dilakukan, terima dengan hati yang lapang segala ketentuan takdir, dan teruslah percaya dengan penuh keyakinan bahawa Allah sentiasa menetapkan yang terbaik untuk kita, walaupun ia mungkin berbeza daripada apa yang kita harapkan.

📍 _Like_, _comment_, dan _share_ di Instagram @prsd.ipgkpi

”Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain"
#prsdipgkpi
#3A

UPsK & PRSd IPGMKPI 24/25

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

07 Jan, 06:18


CATATAN DUHA MTEN 24/25
7 JANUARI 2025 / 7 REJAB 1446H

ACTIVATIONIST VS PASSIVATIONIST

Dalam proses mencapai sesebuah matlamat, terdapat dua kategori manusia iaitu "activationist" dan "passivationist". Golongan activationist ialah mereka yang bertindak pantas, mencari peluang dan mengambil langkah proaktif dalam mencapai sesebuah matlamat. Mereka juga sedar bahawa kejayaan memerlukan kesungguhan dan perlu dibuktikan dengan tindakan. Berbeza pula dengan sikap golongan passivationist kerana mereka cenderung kepada sikap bertangguh, mencari alasan, serta sekadar menunggu waktu yang sempurna untuk mula bertindak. Namun, pada akhirnya tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

Jika dilihat dari perspektif Islam, terdapat perbezaan antara golongan activationist dan passivationist dalam beramal. Mereka yang activationist bukan sahaja bercakap tentang perkara kebaikan, tetapi turut melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Golongan passivationist pula hanya pandai berbicara, tetapi lemah dalam tindakan. Mereka mampu merancang atau memberi nasihat, namun jarang mengambil langkah untuk bertindak. Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa amal seseorang bukan dinilai pada kata-kata, tetapi pada komitmen untuk berjuang dan bertindak demi memperoleh keredaan Allah SWT.

Kesimpulannya, walau sehebat mana pun sesebuah idea atau perancangan yang disusun, ia tetap tidak akan terlaksana sekiranya kita memilih untuk tidak bertindak. Sebagai refleksi, seseorang Muslim itu mestilah bijak dalam menyeimbangkan di antara keupayaan merancang dan kesungguhan melaksana agar sesebuah matlamat itu tidak hanya menjadi angan-angan. Rasulullah SAW juga ada berpesan bahawa Allah SWT menyukai seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Maka, jadilah Muslim yang proaktif dan sistematik dalam kehidupan demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Rujukan: Buku The Magic of Thinking Big

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Jan, 09:21


🚀 ISTIMEWA KALAM DAI 🚀

🌟 SIRI 1 - DAI: AGENT OF CHANGE!

🎤 Siapakah ikon teladan dakwah yang boleh kita jadikan inspirasi?

🎤 Mahukah anda mengetahui formula 3E untuk menjadi pendakwah berkualiti?

🎤 Bagaimana Dai menjadi agen perubahan masyarakat?

🧕🏻 _Speaker: Nur Fatin Nadhirah binti Azlan (T4S2.01)_

Ayuh ikuti perkongsian Kalam Dai Siri 1 pada pautan berikut:

🎨 Instagram:
https://www.instagram.com/reel/DEeWZNYy-vP/?igsh=ZXEyZHY2emgxbWVo

🎨 Facebook:
https://www.facebook.com/share/r/18Lf8CNvZv/

🎨 Telegram:
https://t.me/programipgmkpi24/219/223

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Jan, 07:42


CATATAN DUHA MTEN 24/25
6 JANUARI 2025 / 6 REJAB 1446H

TENTANG HATI

Menurut Imam al-Ghazali, hati merupakan elemen ketuhanan yang mengandungi ilmu dan hikmah. Hati diciptakan oleh Allah SWT bukan sekadar untuk merasai emosi, malah untuk memahami ilmu dan kebijaksanaan. Al-Ghazali menekankan pentingnya ilmu bagi membersihkan hati dan membimbing akhlak manusia ke arah yang lebih baik. Ilmu menghilangkan kejahilan serta menjadi panduan dalam beribadah dan beramal.

Selain itu, hati juga berfungsi sebagai benteng yang melindungi diri daripada pengaruh negatif terutamanya syaitan. Penyakit hati termasuklah sifat marah, dengki dan cinta kepada dunia yang boleh mematikan hati. Al-Ghazali menitikberatkan pentingnya menjaga hati daripada sifat-sifat ini dan berpegang kepada zikir serta taubat sebagai cara untuk menguatkan hati.

Di samping itu, terdapat beberapa nasihat Habib Umar bin Hafidz tentang hati:
1⃣ Jagalah hati sendiri supaya sentiasa bersujud kepada Allah SWT daripada mengambil tahu keburukan orang lain.
2⃣ Membetulkan niat dalam membersihkan hati daripada penyakit-penyakit hati untuk meraih reda Allah SWT dan menunaikan hak antara satu sama lain.
3⃣ Serahkan jiwa dan raga kepada Allah SWT, nescaya akan diberikan rahmat dan cinta-Nya kepada kita.
4⃣ Selalu mendengarkan nasihat supaya dapat menyuburkan hati.

Kesimpulannya, kesucian hati dan akhlak yang baik adalah syarat penting dalam menuntut ilmu kerana hati yang bersih daripada sifat tercela akan membolehkan ilmu meresap dengan baik dan memberikan manfaat yang sebenar seiring dengan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga hati kerana ia kunci untuk mencapai ketenangan jiwa dan mendapatkan keredaan Allah SWT serta menjadi insan yang berakhlak dalam masyarakat.

Rujukan: Artikel Konsep Hati Menurut Al-Ghazali

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Jan, 07:42


[06/01/2025: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🔊 PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2025 🔊

Assalamualaikum WBT & Salam MAWADDAH.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

🖊️Perhatian kepada semua pelajar bagi PISMP & PPISMP, anda boleh membuat Pendaftaran Kursus bagi Peperiksaan Mei 2025 mengikut ketetapan berikut:

🗓️ 5 Januari 2025- 9 Januari 2025
🖇️ https://items.moe.edu.my/umum/

📍 Semua pelajar diharapkan CAKNA dengan pengisian Pendaftaran Kursus pada tarikh yang ditetapkan sebelum sistem ditutup.

Kerjasama anda amat kami hargai.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صاليحة"_

_Biro Akademik_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Jan, 07:40


🎙KALAM PIMPINAN🎙

وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا لَعِبࣱ وَلَهۡوࣱۖ وَلَلدَّارُ ٱلۡـَٔاخِرَةُ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ یَتَّقُونَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah al-An'am: 32)

✍️ Tajuk: Apakah Pilihan Kamu?
🧕🏻 Speaker: Najwa Syafiah binti Abdullah
[Ahli Lajnah Tarbiah dan Usrah Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024|2025]

Tonton video penuh di media MTEN IPGMKPI👇🏻

🌱 Instagram:
https://www.instagram.com/reel/DEcdVonyUQy/?igsh=MTJ0eHhsZTVzZWxlaA==

🌱 Facebook:
https://www.facebook.com/share/r/1XbCu1Wh1B/

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) sesi 2024|2025
IPGM Kampus Pendidikan Islam

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Jan, 07:39


[05/01/2025: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

📲 PENUNDAAN PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN JANUARI 2025 📱

Assalamualaikum WBT & Salam MAWADDAH.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

🖊️Perhatian kepada semua pelajar bagi PISMP & PPISMP, Pendaftaran Kursus bagi Peperiksaan Januari 2025 belum dibuka.❗️

📍Hal ini kerana, terdapat masalah teknikal pada sistem _items_.

📍 Oleh itu, diharapkan semua pelajar PEKA, CAKNA dan _follow up_ dengan arahan semasa yang dikeluarkan.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صاليحة"_

_Biro Akademik_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Jan, 06:41


🔖 𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐈 🔖

𝐓𝐞𝐦𝐚 : Al-Quran dan Hadis
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: Dunia ialah Tempat Ujian
𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚: Nur Alya binti Md Shukor (T2S1.04)

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah dan Nuqaba’ (MTEN) Sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Jan, 04:06


[05/01/2025: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🔊 PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DISEMBER 2024 🔊

Assalamualaikum WBT & Salam MAWADDAH.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

📲 Makluman kepada semua pelajar PPISMP, PISMP & PISP anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Disember 2024 pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 6 Januari 2025 (Isnin)
Masa : 10:00 pagi
🖇️ https://items.moe.edu.my/umum/

🎊 _Tahniah buat semua siswa/i IPGMKPI_

Sekian, terima kasih.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صاليحة"_

_Biro Akademik_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Jan, 04:05


📜 PERUTUSAN DOA QUNUT NAZILAH BUAT UMAT ISLAM DI PALESTIN 📜

⚜️ Kami menyeru kepada semua warga IPGMKPI bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemenangan buat rakyat Palestin yang sedang berjuang dan bertarung nyawa mempertahankan hak mutlak negara mereka.

⚜️ Sesungguhnya doa merupakan senjata terampuh umat Islam.

⚜️ Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa dan hajat yang dipohon buat kesejahteraan umat Islam di sana.

آمين يارب العالمين

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024/2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Jan, 04:04


[05/01/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🍂SALAM TAKZIAH🍂

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

3 Januari 2025 / 3 Rejab 1446H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT & Salam Mawaddah

اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون


Dimaklumkan bahawa
EN. ANUAR BIN MAT ATAN iaitu suami kepada PN. SALMAH BINTI JAMIL Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Unit Pentadbiran IPGM Kampus Pendidikan Islam telah meninggal dunia.

🍃 Mohon doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan keluarga.

_"Cukuplah kematian sebagai sebaik-baik peringatan"_

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Jan, 08:47


[04/01/2025: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

📥 NOTIS KEMASUKAN ELAUN SISWA GURU IPGMKPI📥

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

📍 Dukacita dimaklumkan bahawa elaun bulan Januari 2025 lewat dikreditkan ke dalam akaun guru.

📍 Tarikh elaun dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun siswa guru pada hujung bulan Januari .

📍 Makluman dari Pejabat Pendaftaran IPGM bahawa elaun bulan Januari 2025 bagi PPISMP & PISMP ialah RM530 dan PDPP ialah RM430.

📍 Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Diharapkan siswa guru dapat bersabar menunggu pembayaran elaun bulan Januari 2025.

Tafsir Kewangan, Bijak Berbelanja

#SyukurSelalu
#JimatCermat

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

📱Aina Zahirah:
https://wa.me/60182154403

📱Ikhwanul Mukminin:
https://wa.me/60168224683

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Bendahari dan Naib Bendahari_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Jan, 08:46


[04/01/2025: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🍂SALAM TAKZIAH🍂
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
03 Januari 2025/ 03 Rejab 1446H

Assalamualaikum WBT & Salam Mawaddah

اللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون


Dimaklumkan bahawa
JUMAT BIN AWANG BESAR iaitu datuk kepada NORHAZIQAH HAZWANI BINTI DZAMBRY dari kuliah T2S1.09 (BAHASA MELAYU) telah meninggal dunia.

🍃 Mohon doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan keluarga.

_"Cukuplah kematian sebagai sebaik-baik peringatan"_

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

03 Jan, 02:35


[02/01/2025 : JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🌻 SIRI PEMBUDAYAAN SUNNAH: Al-KAHFI TIME🌻

💫 Marilah kita membaca Surah al-Kahfi kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Hari Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

💫 Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk membaca ayat tersebut agar kita terselamat dari fitnah terbesar iaitu fitnah al-Masih.

💫 Semoga kita dapat membaca, menghafal dan mengamalkan intipati yang terkandung dalam surah ini.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة

_Biro Kerohanian, Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 14:25


🎙KALAM PIMPINAN🎙

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ

Maksudnya: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan mintalah pertolongan daripada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah).
(HR Muslim)

✍️ _Tajuk: Umat Yang Ditertawakan_
🧕🏻 _Speaker: Sharifah Syahirah binti Syed Zainal Abidin_
_[Penolong Ketua Lajnah Dakwah dan Penerangan Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024|2025]_

Tonton video penuh di media MTEN IPGMKPI👇🏻

🌱 Instagram:
https://www.instagram.com/reel/DDUYBHKzA55/?igsh=aTFneWlqNDFzdDY3

🌱 Facebook:
https://www.facebook.com/share/r/1CMnPxcW1S/?mibextid=UalRPS

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 07:53


[08/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DISEMBER 2024
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
Assalamualaikum WBT,
Salam Malaysia Madani,
Salam MAWADDAH.

📖 Kami Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2024/2025 ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Disember 2024 kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP IPGM Kampus Pendidikan Islam yang akan berlangsung pada 9 Disember 2024 - 19 Disember 2024.

📖 Semoga ilmu yang kita peroleh diberkati dan membuahkan amal serta segala urusan untuk menjawab peperiksaan dilancarkan.

𝐅𝐢𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓:

..فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِینَ(١٥٩)

Maksudnya:... _"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."_
[𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐢 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 :𝟏𝟓𝟗]

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 02:23


HEBAHAN PENANGGUHAN PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN

Dimaklumkan bahawa Program Mawaddah Bil Quran sepanjang minggu peperiksaan akan ditangguhkan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada persediaan peperiksaan.

Pihak Jawatankuasa Persatuan Pendidik sesi 24/25 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan. Semoga segala usaha anda diberkati dan membuahkan kejayaan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

_JAWATANKUASA PERSATUAN PENDIDIK SESI 24/25_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 02:23


📜 PERUTUSAN DOA QUNUT NAZILAH BUAT UMAT ISLAM DI PALESTIN 📜

⚜️ Kami menyeru kepada semua warga IPGMKPI bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemenangan buat rakyat Palestin yang sedang berjuang dan bertarung nyawa mempertahankan hak mutlak negara mereka.

⚜️ Sesungguhnya doa merupakan senjata terampuh umat Islam.

⚜️ Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa dan hajat yang dipohon buat kesejahteraan umat Islam di sana.

آمين يارب العالمين

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024/2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 01:00


[08/12/2024: JPP IPGMKPI 24/25]

🛎DOKUMEN WAJIB DIBAWA SEWAKTU PEPERIKSAAN🛎

Assalamualaikum WBT & Salam Mawaddah.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua siswa IPGMKPI yang bakal menduduki Peperiksaan Akhir Disember 2024.

Siswa guru juga diingatkan supaya membawa TIGA DOKUMEN PENTING seperti yang telah dinyatakan iaitu Slip Peperiksaan, Kad Pengenalan dan Kad Matrik.

Semoga siswa guru IPGMKPI telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Disember 2024.

_SELAMAT MAJU JAYA!_

Sekian, terima kasih.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Akademik_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 00:59


[07/12/2024: JPP IPGMKPI 24/25]

🔖 HEBAHAN SEMULA: JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR DISEMBER 2024 TERKINI‼️

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum WBT & Salam MAWADDAH.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

🖊️ Berikut ialah Jadual Peperiksaan Akhir Disember 2024 (TERKINI) yang akan diadakan pada 9 hingga 19 Disember 2024

🖊️ Kehadiran menduduki peperiksaan adalah WAJIB. Semua siswa guru dikehendaki untuk memuat turun slip kelayakan menduduki peperiksaan dalam sistem iTEMS.

🖊️ Semoga siswa guru IPGM Kampus Pendidikan Islam dapat membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan ini dengan jayanya.

SELAMAT MAJU JAYA

Sekian, terima kasih.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Akademik_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

08 Dec, 00:58


JWP Peperiksaan Disember 2024 (MAIN)

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

07 Dec, 13:22


🔖 𝐓𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐈 🔖

𝐓𝐞𝐦𝐚 : Al-Quran dan Hadis
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: 3 Bentuk Kesabaran yang Tidak Disia-siakan Allah SWT
𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚: Nur Alya binti Md Shukor (T2S1.04)

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah dan Nuqaba’ (MTEN) Sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

07 Dec, 13:21


[7/12/2024: INFO PENDIDIK]

💎 ANUGERAH PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN (MBQ) SEMESTER 1 SESI 2024 💎

Assalamualaikum wbt,

⚜️ Tahniah dan syabas diucapkan kepada siswa-siswi guru kerana telah berjaya menghabiskan hafalan mengikut silibus yang telah ditetapkan sepanjang Program Mawaddah Bil Quran (MBQ) berlangsung pada semester ini🎉.

⚜️ Terima kasih juga diucapkan kepada musyrif/musyrifah yang komited membimbing ahli halaqah. Semoga usaha ini dapat menjadi inspirasi dalam mencintai dan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran 🤲🏻.

⚜️ Bagi mengetahui siapakah *siswa-siswi terbaik* sepanjang program MBQ berlangsung, sila tekan pautan Instagram kami di sini untuk maklumat lanjut:

🔗 https://www.instagram.com/pendidik_ipgkpi?igsh=MWMzNmozMXd5ZTI1eg==


_"Murabbi Unggul, Pemacu Generasi Bertakwa"_

JAWATANKUASA PERSATUAN PENDIDIK SESI 24/25
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

07 Dec, 01:47


[07/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🥘 INISIATIF MAKANAN SISWA 🥘

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

🥙Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan dan Sosial telah mencari inisiatif untuk menawarkan makanan kepada pelajar pada hari Ahad.

🥙Makanan yang disediakan ialah hidangan nasi beserta lauk.

🥙Tempahan dibuka pada hari Jumaat dan ditutup pada petang Sabtu.

🥙Makanan yang ditempah akan dihantar mengikut ketetapan berikut :
- Tengah hari (12 pm)
- Petang (6.30 pm)

🥙Berikut merupakan pautan _Group Whatsapp_ bagi :

Siswa 👳🏻‍♀️ https://chat.whatsapp.com/Id8VobuCO5JCQVGgNubKbT

Siswi 🧕🏻
https://chat.whatsapp.com/IPMUP106aWm1iTeRlQ4dN3

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

07 Dec, 00:53


[07/12/2024 : JPP IPGMKPI SESI 2024/2025]

TINTA SONATA : MEMAKNAI ERTI SABAR DALAM MENUNTUT ILMU

🌱 Memaknai Erti Sabar🌱

🍃 Sabar adalah ketahanan dalam menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang dipuji di sisi Allah ialah sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

🍃 Terdapat banyak kisah yang dirakamkan dalam al-Quran mengenai orang-orang yang sabar dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah SWT.

💌 RENUNGI PANDUAN WAHYU💌

Firman Allah:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِینَ

_Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar (sabar dalam menegakkan kebenaran). Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami._

_(Surah al Baqarah: 153)_

✒️ 6 PESANAN IMAM SYAFIE ✒️

📚 Imam Syafie ada menyebutkan dalam sebuah syair kepada orang-orang yang menuntut ilmu iaitu:

أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك علي تفاصيلها ببيان
ذكاء و حرص و اجتهد وبلغة
وصحبة أستاذ و طول زمان

_"Saudaraku, kamu sesekali tidak berupaya untuk mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara: Kecerdasan, Keinginan yang tinggi, Bersungguh-sungguh, Berkemampuan, Bersahabat dengan guru dan Memerlukan waktu yang sangat lama"_

📚 Antara nasihat beliau buat penuntut ilmu adalah menuntut ilmu itu memerlukan طول زمان (masa yang lama).

📚 Melalui nasihat Imam Syafie ini, dapat kita simpulkan bahawa penuntut ilmu memerlukan kesabaran yang besar dan keazaman yang tinggi untuk bertahan dalam masa yang lama.

🔎 Refleksi Siswa - Siswi

1️⃣ Sebagai bakal guru, kita mestilah bersabar dalam menuntut ilmu meskipun banyak cabaran dan kesukaran yang perlu dihadapi.

2️⃣ Kita perlulah fokus kepada ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang sabar ketika menghadapi kesukaran.

3️⃣ Setiap usaha dan langkah kecil yang berterusan adalah manifestasi sabar dalam menuntut ilmu. Moga-moga dengan keikhlasan dan kesungguhan tersebut menjadikan ilmu lebih diberkati dan diredhai Allah SWT.

📚 Rujukan

1) Maktabah al-Bakri: Sabar dalam menuntut Ilmu
2) Almanhaj: Antara sabar dan ilmu
3) Irsyad Hukum ke-48: Erti Sabar

سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة

_Biro Kerohanian Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SESI 2024/2025_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Dec, 13:07


[06/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

📔 Penebusan Baucar Buku Madani
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Assalamualaikum WBT,
Salam Madani ,
Salam MAWADDAH

📍Terima kasih diucapkan kepada pihak kota buku kerana sudi hadir dalam membantu proses penebusan baucar madani.

📍Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu para siswa dan siswi dalam mengurangkan beban mereka dalam membeli buku untuk pembelajaran mereka.

📍Semoga inisiatif ini membantu para siswa dan siswi guru untuk lebih semangat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang akan datang.

Ikuti perkembangan di :
https://mez.ink/jppipgkpiofficial
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Dec, 06:14


[06/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

TINJAUAN KEBAJIKAN PELAJAR IPGMKPI

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

📌 Dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan dan Sosial JPP 24/25 sedang menjalankan tinjauan semula terhadap tahap keupayaan kewangan siswa guru IPGMKPI.

📌 Siswa/siswi IPGMKPI yang memerlukan bantuan diminta mengisi google form dengan jujur pada pautan berikut:
https://forms.gle/kX5mZS6V1gtjrASJ8

#Maklumat ini adalah sulit.

📌 Tarikh akhir pengisian Google Form adalah pada jam 11.00 malam (08/12/2024)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial:

📲 Saudara Syauqi
https://wa.me/60136203546

📲 Saudari Izzana
https://wa.me/601156961016

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_ _JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

06 Dec, 01:58


[06/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

📦 INFO BILIK POS SEPANJANG MINGGU ULANGKAJI 📦

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Assalamualaikum WBT & Salam MAWADDAH,

🗓️ Berikut merupakan Jadual Bertugas Bilik Pos :

📍 Untuk sebarang permasalahan, pelajar boleh berhubung dengan petugas berikut.

Diharapkan pelajar cakna dengan jadual tugasan bagi memastikan kelancaran pengurusan bilik pos.
Terima kasih 💝

_”Kami Cakna Suara Siswa Siswi”_

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Dec, 15:54


[05/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🌻 SIRI PEMBUDAYAAN SUNNAH: Al-KAHFI TIME 🌻

💫 Marilah kita membaca Surah al-Kahfi kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Hari Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

💫 Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk membaca ayat tersebut agar kita terselamat dari fitnah terbesar iaitu fitnah al-Masih.

💫 Semoga kita dapat membaca, menghafal dan mengamalkan intipati yang terkandung dalam surah ini.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة

_Biro Kerohanian, Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Dec, 08:26


[05/12/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

TINJAUAN KEBAJIKAN PELAJAR IPGMKPI

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

📌 Dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan dan Sosial JPP 24/25 sedang menjalankan tinjauan semula terhadap tahap keupayaan kewangan siswa guru IPGMKPI.

📌 Siswa/siswi IPGMKPI yang memerlukan bantuan diminta mengisi google form dengan jujur pada pautan berikut:
https://forms.gle/kX5mZS6V1gtjrASJ8

#Maklumat ini adalah sulit.

📌 Tarikh akhir pengisian Google Form adalah pada jam 11.00 malam (07/12/2024)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial:

📲 Saudara Syauqi
https://wa.me/60136203546

📲 Saudari Izzana
https://wa.me/601156961016

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_ _JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Dec, 08:25


Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani & Salam Mawaddah.

NOTIS DISIPLIN: TINDAKAN AKTA 174 ATAS KESALAHAN K26: KEINGKARAN, K63: MEMBAYAR DENDA & K64: AKIBAT TIDAK MEMBAYAR DENDA.

Merujuk kepada Kaedah-Kaedah sebagaimana dinyatakan di atas seperti butiran-butiran berikut:

🚨26. Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah yang diberi atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

🚨63. Jika pihak berkuasa tatatertib mengenakan suatu hukuman denda ke atas pelajar itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah menyatakan tempoh denda itu dikehendaki dibayar dan pelajar itu hendaklah membayar denda itu dalam tempoh tersebut kepada Bursar.

🚨64. Jika pelajar itu tidak membayar denda itu dalam tempoh yang ditentukan di bawah kaedah 63, ia hendaklah selepas sahaja daripada itu digantung daripada menjadi pelajar Institusi dan tidak boleh selepas itu berada atau memasuki kampus; penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga denda itu dibayar.

Berdasarkan rekod kewangan dan disiplin, didapati masih terdapat pelajar yang tidak membuat pembayaran kompaun terus sebagaimana ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, mohon pelajar-pelajar sebagaimana tertera nama di bawah untuk menyelesaikan pembayaran tersebut selewat-lewatnya pada 11 Disember 2024 di bahagian kewangan.

Sekiranya bayaran telah dibuat, namun masih tersenarai hitam dalam rekod kewangan dan disiplin, mohon hadir ke JHEP bagi mengmukakan bukti pembayaran.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar digantung dan tindakan tatatertib lain juga boleh dikenakan.

Sebarang masalah sila berhubung dengan Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin, JPP atau terus berhubung dengan pegawai JHEP atau Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib.

Sekian untuk hebahan dan tindakan segera.


Terima Kasih.

Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi
Ketua Unit Disiplin & Tatatertib
JHEP, IPGKPI

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Dec, 08:25


Mohon panjangkan kepada semua warga pelajar IPGMKPI

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

22 Nov, 01:10


🎉🏆 HEBAHAN GAMBAR KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGMKPI 2024 KALI KE-17 🏆🎉

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam MAWADDAH.

Link dokumentasi:

🔗 GAMBAR KOT 2024
https://drive.google.com/drive/folders/194dLtquc5MFLmXvuBGlolj1QTQln1ezA?usp=sharing

https://drive.google.com/drive/folders/1XNxclfi0rU1EfHKl87HcXfrZk1ZbCgHX?usp=sharing

🔵- https://drive.google.com/drive/folders/1jw--Svkr5aECA-mCIMcry6Xn7CF7voLz?usp=sharing

🟠-https://drive.google.com/drive/folders/1qFRcvIuA6wWPtFaOMp3kJlML99kHw3XU?usp=sharing

🟡-https://drive.google.com/drive/folders/18pFTn7Cu9FOJz6XAOhi48BKDmP-k3niL?usp=sharing

🔴-https://drive.google.com/drive/folders/12JfP46sL3FDNCaJSEjw7AcIDkPUsvOAJ?usp=drive_link

🟢-https://drive.google.com/drive/folders/1GyJo1NYuYE6RfNJzVdjYMKBvY-j6bDCO?usp=sharing

🔗 perarakan masuk
https://drive.google.com/drive/folders/1-BRAELYhsF9vZ1ZooCMa3IKCUUf8p6eh?usp=drive_link

🔗 acara padang
https://drive.google.com/drive/folders/1xNsJyKXMVBTMgTO_ESkK-T1Jh5hdkXcF?usp=drive_link

🔗 Telegram
https://t.me/+7-bGBfPFwMlmMWU9

Sekian, terima kasih

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"Semangat Sukan, Cipta Kemenangan"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_
_DENGAN KERJASAMA PELAJAR PISMP BATCH 2022/2027_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 15:32


[21/11/2024 : JPP IPGM KPI 2024/2025]

PERKARA : WACANA ILMU MADANI : AMANAH KEGURUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Pendidikan Islam akan diceriakan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Justeru, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh semua siswa/i pendidik IPGMKPI.

1. Etika pemakaian
- Siswa : Baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok.
- Siswi : Baju Kurung.

2. Hadir awal ke majlis.
- Majlis akan dimulakan dengan bacaan Yasin tepat jam 7.45 pagi.
- Kehadiran adalah wajib dan akan direkodkan
- ⁠Tindakan tegas disiplin akan diambil.

3. Siswa/i akan diberikan ruang untuk bertanyakan soalan kepada YB Senator selepas slot Amanah Keguruan dan makanan akan disediakan. (sarapan pagi & makanan tengah hari).

4. Ketua kuliah dan Penolong Ketua kuliah bertanggungjawab untuk mengerahkan ahli kuliah masing-masing.

5. Pagi esok juga akan dijalankan *"running test" untuk siste

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 15:31


[21/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🥘 TATACARA TEMPAHAN MAKANAN🥘

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

📌Pelajar akan memasukkan nama & bilangan tempahan makanan
📌Bayaran hanya dibenarkan melalui QR code sahaja
📌Mohon kerjasama pelajar supaya mengikuti tatacara ini supaya pengurusan tempahan dapat berjalan dengan lancar.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Terima kasih.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 15:30


[21/11/2024: INFO PENDIDIK]

✒️ KETIDAKHADIRAN PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN (MBQ) ✒️

⁠Assalamualaikum wbt,

📌 Berikut merupakan senarai nama pelajar yang tidak menghadiri program Mawaddah Bil Quran (MBQ) pada hari ini.

📌 Ketidakhadiran yang dikenal pasti berulang akan diberi Borang Tunjuk Sebab melalui mentor kelas masing-masing.

‼️Mohon Ketua Kuliah & Penolong Ketua Kuliah maklumkan kepada rakan kuliah masing-masing.

_Murabbi Unggul Pemacu Generasi Bertakwa_

_JAWATANKUASA PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 12:41


[21/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🌻 SIRI PEMBUDAYAAN SUNNAH: Al-KAHFI TIME 🌻

💫 Marilah kita membaca Surah al-Kahfi kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Hari Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

💫 Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk membaca ayat tersebut agar kita terselamat dari fitnah terbesar iaitu fitnah al-Masih.

💫 Semoga kita dapat membaca, menghafal dan mengamalkan intipati yang terkandung dalam surah ini.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة

_Biro Kerohanian, Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:40


[21/11/2024 : JPP IPGM KPI 2024/2025]

PERKARA : WACANA ILMU MADANI : AMANAH KEGURUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Pendidikan Islam akan diceriakan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Justeru, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh semua siswa/i pendidik IPGMKPI.

1. Etika pemakaian
- Siswa : Baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok.
- Siswi : Baju Kurung.

2. Hadir awal ke majlis.
- Majlis akan dimulakan dengan bacaan Yasin tepat jam 7.45 pagi.
- Kehadiran adalah wajib dan akan direkodkan
- ⁠Tindakan tegas disiplin akan diambil.

3. Siswa/i akan diberikan ruang untuk bertanyakan soalan kepada YB Senator selepas slot Amanah Keguruan dan makanan akan disediakan. (sarapan pagi & makanan tengah hari).

4. Ketua kuliah dan Penolong Ketua kuliah bertanggungjawab untuk mengerahkan ahli kuliah masing-masing.

5. Pagi esok juga akan dijalankan "running test" untuk sistem RFID. Mohon semua bawa kad matrik masing-masing.

6. Pemeriksaan blok kediaman akan dilakukan oleh setiap Ketua Blok.

Semoga semua dapat mengambil manfaat sebanyak mungkin daripada wacana yang akan disampaikan dan ikhlaskan diri untuk menuntut ilmu.

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_
_SESI 2024/2025_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:15


[21/11/2024 : JPP IPGMKPI SESI 24/25]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam MAWADDAH.

💌 BACAAN YASIN

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 24/25 ingin menjemput semua warga IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM bagi sama-sama mengadakan bacaan Yasin untuk kesejahteraan kampus.

Majlis akan berlangsung seperti berikut:

🗓 Hari : Khamis
📆 Tarikh : 21 November 2024
🕰 Masa : Selepas Solat Maghrib
🕌 Tempat : Masjid Imam As-Syafie

Marilah sama-sama kita luangkan masa bersama untuk kebaikan. Semoga Allah memberikan kemudahan kepada semua siswa pendidik. 💫

_Biro Kerohanian Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SESI 2024/2025_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:14


📣 PENCARIAN AHLI BAHARU PERSATUAN BAHASA MELAYU (PERBAYU) IPGMKPI 📣

_Kain songket berkodi-kodi,_
_Tersusun indah di atas peti;_
_Biarpun sedikit bernama budi,_
_Guna menempah jasa bakti._

📍Sukacita dimaklumkan bahawa _PERSATUAN BAHASA MELAYU IPGMKPI_ sedang mencari ahli baharu yang berfokus kepada semua pelajar pengkhususan Bahasa Melayu sahaja. yang berminat dengan kemahiran kepimpinan, pengurusan acara dan pengurusan program.

📍Penyertaan akan dibuka selama _3 hari_ sahaja.

📍Jom daftar dengan mengisi pautan _google form_ di bawah :

🖇️ https://forms.gle/VT4xLZCq8yv9LVL8A

_”Serlahkan bakat anda ”_

PERSATUAN BAHASA MELAYU IPGMKPI

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:14


🌷Assalamualaikum WBT,
Salam Malaysia Madani,
Salam Mawaddah..

KK dan PKK

MEMO KEBENARAN PENGECUALIAN KULIAH PELAJAR

🔖 Perkara : MAJLIS ILMU MADANI, PERASMIAN KHATAM SAMA' DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN 2 TAHUN KERAJAAN MADANI

🔖Tarikh: 21 November 2024, Khamis.

🔖 Masa: 3.00 petang- 10.30 malam

🔖Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

🔖Pensyarah Pengiring: Pn. Asmaniza bt Mamat

Bersama-sama dengan memo ini disertakan lampiran nama para pelajar yang terlibat utk tindakan KK & PKK sebarkan ke dalam group kelas masing2..

_Sekian, terima kasih._

JHEP IPGMK,
Pendidikan Islam.

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:11


[21/11/2024: JPP IPGKPI SESI 24/25]

᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣
🕌 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐙U𝐇U𝐑 🕌
᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣

Ayuh kita bersama-sama mengimarahkan masjid dengan menghadiri tazkirah zuhur yang akan disampaikan oleh👇🏻

👳🏻‍♂ 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡: Muhammad Hasnul Hafiz Bin Mohd Najib
📚 𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: Hadis 15: Berkata Baik Serta Menghormati Jiran Dan Tetamu
📆 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 21 November 2024
𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮: Selepas solat Zuhur
🕌 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Masjid Imam As-Syafie

📌Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"

BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN
_Jawatankuasa Perwakilan Pelajar_
_Sesi 2024/2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:11


CATATAN DUHA MTEN 24/25
21 NOVEMBER 2024 / 19 JAMADILAWAL 1446H

JULAIBIB SAHABAT NABI

Julaibib ialah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang istimewa. Beliau dikenali sebagai seorang yang miskin, tidak memiliki harta, rupa mahupun kedudukan tinggi dalam masyarakat. Namun, kasih sayang Rasulullah SAW terhadapnya menjadi bukti bahawa nilai seseorang tidak diukur berdasarkan kekayaan, tetapi keimanan dan keikhlasan hati. Walaupun sering dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling, Julaibib tetap memiliki semangat juang yang tinggi dan taat akan ajaran Islam.

Suatu hari, Rasulullah SAW meminang seorang wanita daripada sebuah keluarga Ansar untuk Julaibib. Pada mulanya, ibu bapa wanita itu berasa keberatan kerana Julaibib bukanlah lelaki yang diidamkan untuk anak perempuan mereka. Namun, wanita itu dengan penuh keimanan menyatakan kesediaannya kerana yakin dengan pilihan Rasulullah SAW. Akhirnya, Julaibib dan wanita tersebut bernikah. Tidak lama selepas perkahwinannya, Julaibib menyertai sebuah peperangan di medan perang. Ketika perang tersebut tamat, Julaibib ditemukan syahid, tubuhnya terbaring dikelilingi musuh yang telah membunuhnya. Menyedari akan kesyahidan beliau, Rasulullah SAW sendiri dengan penuh kasih sayang mengimamkan solat jenazah dan mengkafankan beliau.

Konklusinya, kisah Julaibib mengajarkan kita bahawa keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT adalah ukuran sebenar kejayaan seorang insan. Kisah ini juga mengingatkan kita agar tidak menilai seseorang berdasarkan harta, rupa atau kedudukan semata-mata, tetapi melihat kepada akhlak yang mulia dalam dirinya. Semoga kisah Julaibib ini menjadi inspirasi untuk kita menghargai setiap individu dengan hati yang penuh kasih sayang dan penghormatan.

Rujukan: Artikel Julaibib, Sahabat Nabi yang Dirindukan Bidadari Syurga

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

21 Nov, 10:11


Maaf ada kesilapan teknikal .

Untuk group siswi
https://chat.whatsapp.com/IPMUP106aWm1iTeRlQ4dN3

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

05 Nov, 06:05


[05/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

3 November 2024/ 1 JamadilAwal 1446H

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

🪢MAKLUMAN🪢

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِين

"Dan bila aku sakit Dialah yang menyembuhkan"
(Ash-Shua'ra':80)

🍃 Dimaklumkan bahawa HAIZAM BINTI SALEH nenek kepada pelajar NORAINA NASUHAH BINTI MOHD RAZAK dari kuliah T3S1.06 (Pendidikan Islam) tidak sedarkan diri akibat demam dan kini telah dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah, Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

🍃 Mohon panjatkan doa kepada nenek sahabat kita agar diberikan kesembuhan yang cepat serta kesihatan yang baik.

الله المستعان 🤲🏻

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Nov, 23:10


[5/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🏩 PENGOSONGAN BILIK SEBELUM PULANG CUTI SEMESTER 🏡

1. Semua penghuni kolej kediaman dikehendaki mengosongkan bilik sepenuhnya sewaktu cuti semester yang akan bermula pada 20 Disember.

2. Tempat penyimpanan barang-barang pelajar adalah di dalam stor atau pantri setiap aras.

3. Pastikan barang diletakkan di dalam kotak dan dilabelkan nama dan nombor bilik.

4. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan milik peribadi yang ditinggalkan.

5. Tarikh akhir pengosongan bilik adalah pada 20/12/2024 (Jumaat) dan wajib memulangkan kunci bilik pada hari yang sama selewat-lewatnya jam 4 Petang.

6. Pelajar yang ingin menginap di asrama pada 20 Disember dan seterusnya perlulah mengisi borang di pejabat penyelia.

7. Pelajar harus bersedia untuk rombakan bilik yang akan berlaku pada semester akan datang.

Kerjasama para pelajar amatlah dihargai.

🔖Sebarang pertanyaan/urusan boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

📲 Muhammad Faiz bin Mah Hussin
https://wa.me/60133699916

📲 Farah Liyana binti Asana
https://wa.me/60166445071


_Sekian, terima kasih._
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Jawatankuasa Perwakilan Pelajar_
_(JPP) Sesi 2024/2025_
_IPG Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Nov, 23:08


🌟 PROGRAM SULUH JIWA🌟

💡Untuk makluman, program Suluh Jiwa yang dijadualkan setiap pagi Selasa akan dijalankan seperti biasa pada hari esok.

💡Butiran pelaksanaan adalah seperti berikut:

🗓️ Setiap hari Selasa
8.00-9.00 Pagi
📍Tempat: Bilik kuliah masing-masing
📌Kehadiran adalah diwajibkan bagi semua pelajar kecuali pelajar praktikum dan amat digalakkan kepada pelajar _non-Muslim_.
📌 Pelajar yang telah selesai melaksanakan saringan amat digalakkan menyertai Suluh Jiwa seperti biasa.

💡Berikut merupakan tema yang ditetapkan pada minggu ini:

📚 Masjid Vibes: Santai Menggali Lubuk Pahala

💡Para pelajar diingatkan untuk membawa al-Quran terjemahan.

💡Diharapkan semua pelajar dapat hadir awal dan menepati masa yang ditetapkan.

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah dan Nuqaba’ (MTEN) Sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Nov, 08:23


[04/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣
🕌 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐙𝐔𝐇𝐔𝐑 🕌
᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pentazkirah kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu bersama-sama warga IPGMKPI.

Sekilas suasana semasa tazkirah zuhur yang disampaikan oleh👇🏻

👳🏻‍♂️ Pentazkirah: Muhammad Zaim Murthada bin Mohd Zukri
📚 Tajuk: Hadis 7: Nasihat Tonggak Agama
💡 Hari: Isnin
📆 Tarikh: 04 November 2024

_📌Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat dan diamalkan oleh semua pendengar_

‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

‎_"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN_
_Jawatankuasa Perwakilan Pelajar_
_(JPP) Sesi 2024 / 2025_
IPGM Kampus Pendidikan Islam

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Nov, 06:32


CATATAN DUHA MTEN 24/25
4 NOVEMBER 2024 / 2 JAMADILAWAL 1446H

PEMILIK DUA SAYAP: JAAFAR BIN ABU TALIB

Daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَأَيْتُ جَعْفَر بِنْ أَبِي طَالِبٍ مَلَكاً يَطِيرُ فِي الجَنَّةِ مَعَ المَلَائِكَةِ بِجَنَاحَيْنِ

Maksudnya: Aku melihat Jaafar bin Abu Talib (menjadi) malaikat terbang di syurga bersama para malaikat dengan kedua sayapnya.
(HR al-Tirmizi)

Jaafar bin Abi Talib merupakan sepupu Rasulullah SAW yang amat dikasihi baginda. Buktinya, ketika mengutuskan sahabat ke Habsyah, Rasulullah SAW memerintahkan Jaafar untuk mengetuai rombongan tersebut. Terdapat banyak ketokohan Jaafar yang boleh diteladani dalam kehidupan sebagai pencinta dan pembela agama Allah SWT.

Menelusuri sirah dalam peperangan Mu’tah, ketika Zaid bin Harithah gugur syahid, lalu Jaafar bin Abu Talib mengambil bendera pasukan Islam dan terus berjuang dengan hebatnya tanpa ada sedikit ketakutan. Apabila keadaan peperangan semakin keruh, beliau dengan berani terjun dari kudanya dan terus berlawan sehingga terputus tangan kanannya. Beliau mencapai bendera dengan tangan kirinya dan terus berjuang sehingga tangan kirinya pula putus, lalu digendongnya bendera dengan kedua-dua lengannya.

Sehingga saat Jaafar terbunuh, beliau masih lagi mengangkat bendera pasukan Islam. Dikatakan bahawa seorang tentera Rom mencantas Jaafar dengan satu pukulan yang kuat sehingga terbelah dua tubuhnya. Allah SWT telah menggantikan untuk beliau dua sayap yang digunakannya untuk terbang ke mana sahaja di dalam syurga. Oleh kerana itu, beliau dikenali dengan gelaran “Ja‘far al-Tayyar” dan juga “Ja‘far Zu al-Janahain” (yang mempunyai dua sayap). Kesimpulannya, lihatlah kehebatan sahabat suatu ketika dahulu yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama. Bagaimana pula dengan keimanan dan kecintaan kita kepada agama? Justeru, berusahalah menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT walaupun perjuangan kita hanya sekadar melawan hawa nafsu daripada melakukan kemungkaran dalam menjadi Muslim yang taat kepada-Nya.

Rujukan: Maktabah Al-Bakri: Mereka yang Dijamin Syurga: Jaafar bin Abu Talib R.A

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

04 Nov, 05:12


[4/11/2024: JPP IPGKPI SESI 24/25]

᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣
🕌 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐙U𝐇U𝐑 🕌
᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣

Ayuh kita bersama-sama mengimarahkan masjid dengan menghadiri tazkirah zohor yang akan disampaikan oleh👇🏻

👳🏻‍♂𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡: Muhammad Zaim Murtadha bin Mohd Zukri
📚𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: Hadis - 7 : Nasihat Tonggak Agama
📆𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 4 November 2024
𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮: Selepas solat Zohor
🕌𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Masjid Imam As-Syafie

📌Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"

BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN
_Jawatankuasa Perwakilan Pelajar_
_Sesi 2024/2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

03 Nov, 12:51


IPIS BERUSRAH

یَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتࣲۚ

Maksudnya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat.
[Surah al-Mujadalah: 11]

📅 Tarikh: 6 November 2024 (Rabu)

👥 Sasaran: Semua Siswa dan Siswi IPGMKPI

🕌 Tempat: Masjid Imam as-Syafie

Masa: Selepas Solat Maghrib

📌 Kehadiran adalah diwajibkan dan akan direkodkan

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

03 Nov, 10:43


[03/11/2024: INFO PENDIDIK]

🌟 SILIBUS TASMIK MINGGU INI 🌟

Berikut merupakan silibus tasmik pada minggu ini:

🪻 PPISMP, BM, TESL & PAKK:
Surah Al-Tariq (ayat 01–17)
Surah Al-‘Ala (ayat 01-19)

🪻 TAHUN 1:
Surah Nuh (Ayat 01-10)
Surah Al-Ma’arij (ayat 40-44)

🪻 TAHUN 2:
Surah Yasin (ayat 41-54)

🪻 TAHUN 4:
Surah Mursalat (ayat 36-50)

استقيموا بالقرآن

_JAWATANKUASA PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

03 Nov, 09:29


[3/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: SHARING LOGHAT
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
‎السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ

TEASER: PODCAST "LOGHAT MANA TU?"

📅Setiap Isnin
2.00 petang
📍Platform: YouTube JPP IPGMKPI

🎙️Bersedia untuk mengetahui keunikan loghat Johor-Riau yang unik dan tersendiri? Podcast kami akan membawa anda menyelami keindahan dan kekayaan budaya Negeri Selatan.

🇲🇾Loghat merupakan lambang identiti yang menggambarkan kekayaan budaya dan keistimewaan masyarakat.

🎧 Anda boleh menikmati Podcast Sharing Loghat ini di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda!

📣Sertai kami dalam penerokaan yang mendalam tentang kehidupan dan bahasa masyarakat Johor. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini!

#SharingLoghat
#JomKenalBudayaKita


┈┉┅━❀❀━┅┉┈

‎ _"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa × Biro Kebudayaan dan Kesenian_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

03 Nov, 04:21


📜 PERUTUSAN DOA QUNUT NAZILAH BUAT UMAT ISLAM DI PALESTIN 📜

⚜️ Kami menyeru kepada semua warga IPGMKPI bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemenangan buat rakyat Palestin yang sedang berjuang dan bertarung nyawa mempertahankan hak mutlak negara mereka.

⚜️ Sesungguhnya doa merupakan senjata terampuh umat Islam.

⚜️ Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa dan hajat yang dipohon buat kesejahteraan umat Islam di sana.

آمين يارب العالمين

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024/2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

02 Nov, 13:21


🔦 PLATFORM BAHAN SULUH JIWA IPGMKPI 🔦

Assalamualaikum wbt,

🔖 Untuk makluman siswa guru IPGMKPI, Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) telah menyediakan platform telegram untuk mengakses bahan-bahan berkaitan program Suluh Jiwa yang berlangsung.

🔖 Pautan telegram Suluh Jiwa:
🔗 https://t.me/+ON0tRMSgozBjYTNl

🔖 Amatlah diharapkan agar siswa guru IPGMKPI dapat menyebarluaskan pautan tersebut kepada sahabat yang lain. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada platform ini.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama kalian

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah dan Nuqaba’ (MTEN) Sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

02 Nov, 13:21


[02/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

📜SELAMAT MAJU JAYA JPP IPGMKPI📜
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
🎙️ Selamat maju jaya diucapkan kepada 7 orang wakil kepimpinan JPP IPGKMPI 24/25 yang diketuai oleh YDP Muhammad Aqil bin Azman dalam Majlis Wacana Kepimpinan Tertinggi JPP 24/25 bersama YB Menteri Pendidikan.

🎙️ Majlis ini akan berlangsung pada 3-4 November 2024 bertempat di IPGMK Pendidikan Teknik dan IPGM.

🎙️ Semoga segala urusan mengemukakan usul dipermudahkan. Moga aspirasi dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

02 Nov, 09:05


[02/11/2024 : JPP IPGMKPI SESI 2024/2025]

TINTA SONATA: UNTUNGKAH BUDAYA FANATISME? 🤔

📖 APA ITU TAASUB & FANATISME ?

🔖 Taasub: Perbuatan seseorang mengikut perkara salah serta mempertahankannya.

🔖 Fanatisme: Satu fahaman atau perilaku yang menunjukkan sikap tarikan terhadap sesuatu puak secara berlebihan.

📖 RENUNGI PANDUAN SUNAH

📍Islam menyeru kita untuk taat setia dengan kebenaran berpandukan al-Quran dan al-Sunnah, bukan kepada individu apatah lagi yang diragui ilmunya.

📍Sikap taasub dan fanatik akan menyebabkan kerosakan pada agama. Sabda Nabi SAW:

وإياكم والغلو في الدين، فإنما أهلك من كان قبلكم ‌الغلو في الدين.

Maksudnya : _Dan janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama, maka sesungguhnya yang telah membinasakan umat sebelum kamu itu sikap berlebih lebih-lebihan dalam agama._

(Riwayat an-Nasa'ie)

📖 KESAN BURUK TAASUB DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT

📍 Sikap taasub dan fanatik terhadap individu akan membuka ruang kesesatan kerana mengikuti seseorang secara membuta tuli akan menyebabkan kerosakan pada agama.

📍Selain itu, sifat taasub yang berlebihan sama ada terhadap individu, aliran pemikiran atau mazhab tertentu boleh membawa kepada perpecahan dan menghalang kita daripada mencapai kebenaran.

📍Pada masa yang sama, kita mungkin akan berhadapan dengan penyelewengan dan kesesatan dari akidah Islam yang benar kerana hanya mempertahankan pandangan tokoh atau puak yang dikagumi.

📖 REFLEKSI SISWA-SISWI

1️⃣ Kepentingan mempunyai ramai guru muktabar

💡 Guru muktabar merujuk pada ulama yang diakui kesahihan ilmunya. Ia membantu penuntut ilmu untuk mendapatkan pandangan lebih luas dan seimbang, terutama dalam hal yang mempunyai perbezaan pendapat.

2️⃣ Bahaya bergantung kepada satu sumber maklumat

💡Budaya fanatik boleh membawa kepada kejumudan pemikiran. Hal ini kerana seseorang itu cenderung untuk menerima satu pandangan dan menolak pandangan lain, meskipun mempunyai asas yang kukuh dalam al-Quran dan Sunnah.

📖 KESIMPULAN

🌱 Amat penting untuk umat Islam mempunyai ramai guru muktabar yang bertauliah serta berpegang kepada al-Quran, al-sunnah dan ilmu yang betul.

🌱 Apabila kita memperkayakan diri dengan ilmu daripada pelbagai sumber yang sahih, kita lebih mampu untuk menilai sesuatu dengan adil serta terhindar daripada taasub yang merosakkan.

Moga Allah memelihara kita daripada sebarang unsur taasub yang membuta tuli!

📚 RUJUKAN 📚

1️⃣ Bayan Linnas Siri ke-291: Jauhi Sikap Fanatik dan Taasub yang Melampau
2️⃣ Bayan Linnas Siri ke-24: Ektremis Agama : Penyelesaiannya

_سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة_

_Biro Kerohanian Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SESI 2024/2025_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

01 Nov, 14:13


🎙KALAM PIMPINAN🎙

Daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Maksudnya: Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya.
(HR Bukhari)

✍️ _Tajuk: : Memaknai Cinta yang Sebenar_
🧕🏻 _Speaker: Nur Amirah Irdina binti Zailan_
_[Bendahari Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) Sesi 2024|2025]_

Tonton video penuh di media MTEN IPGMKPI👇🏻

🌱 Instagram:
https://www.instagram.com/reel/DB1DzjPSydP/?igsh=MWowYnJ5eW4xNjl3dQ==

🌱 Facebook:
https://www.facebook.com/share/r/S4BwJy4FYMDhH7kZ/

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

_Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba' (MTEN) sesi 2024|2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

01 Nov, 02:19


[01/11/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🌻 SIRI PEMBUDAYAAN SUNNAH: Al-KAHFI TIME 🌻

💫 Marilah kita membaca Surah al-Kahfi kerana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Hari Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

💫 Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk membaca ayat tersebut agar kita terselamat dari fitnah terbesar iaitu fitnah al-Masih.

💫 Semoga kita dapat membaca, menghafal dan mengamalkan intipati yang terkandung dalam surah ini.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة

_Biro Kerohanian, Moral & Disiplin_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

01 Nov, 02:18


👨‍🎓👨‍🎓🎓🎓🎓🧑‍🎓🧑‍🎓

Assalamualaikum Wbt..
Salam Sejahtera..
Salam Malaysia MADANI..
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia..
Salam MAWADDAH..

Untuk julung-julung kalinya IPGM Kampus Pendidikan Islam diberi mandat menjadi Pusat Pendaftaran Graduasi, Serahan Jubah dan Cenderamata bagi Graduan Istiadat Konvokesyen IPGM KPM kali ke-14 di Dewan Besar Nik Mohd Moyyideen Musa, IPGM KPI.

Seramai 6383 graduan IPGMK seluruh Malaysia akan membanjiri bumi IPGM KPI bermula 02 hingga 06 Nov 2024 dan dijangka 600 - 1k kenderaan akan memenuhi ruang parkir IPGM KPI dalam sehari.

Sama-sama kita santuni kehadiran mereka dan doakan agar urusan berjalan dengan lancar. Jangkaan kesesakan lalu lintas akan berlaku pada hari Isnin hingga Khamis di kampus kita. Harap bersabar dan cuba kurangkan pergerakan keluar masuk kenderaan kita.

👌👌👌 Harap Maklum, kerjasama warga IPGM KPI diucapkan terima kasih 👌👌👌

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

01 Nov, 02:18


[31/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: 🌙 CORETAN INSPIRASI HELWANI 🌙

🌸 MUWASAFAT TARBIAH: TUBUH YANG CERGAS 🌸

Sabda Rasulullah SAW:

المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ، وفِي كُلٍّ خَيْرٌ

Maksudnya: _"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."_

[Riwayat Muslim]

💌 Pengertian Tarbiyah Jasadiyah 💌

📍 Bahasa : "Tarbiyah" dalam bahasa Arab bermaksud pendidikan atau pengasuhan, manakala "jasadiyah" merujuk kepada aspek fizikal atau tubuh.

📍 Tarbiyah jasadiyah adalah proses pendidikan yang fokus pada perkembangan fizikal dan kesihatan tubuh. Ia melibatkan aktiviti yang meningkatkan kecergasan jasmani, ketahanan, serta kemahiran motor dan sosial. Dengan tarbiyah jasadiyah, seseorang dapat menghadapi cabaran fizikal dan mental dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

💌 Kepentingan Menjaga Tarbiyah Jasadiyah 💌

1️⃣ Memastikan tubuh badan kuat dan cergas.

📌 Senaman membantu memperkuatkan badan agar seorang Muslim dapat menjalani kehidupan dengan baik.

2️⃣ Memudahkan untuk beribadah dan melakukan amal kebaikan.

📌 Seorang Muslim yang sihat dapat menunaikan solat berjemaah tanpa merasa letih.

3⃣ Menggunakan nikmat kesihatan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

📌 Seorang sukarelawan yang sihat membantu golongan memerlukan dan memperlihatkan semangat saling membantu.

💌 Akronim F.I.T: Panduan Bersukan Mengikut Syariat Islam 💌

🔖 F: Faedah

▶️ Pilih aktiviti yang sesuai dan membawa faedah kepada diri kita.

🔖 I: Ikut syariat

▶️ Tidak melambatkan atau meninggalkan waktu solat kerana terlalu asyik bersukan dan menjaga batas pergaulan bagi sukan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan.

🔖 T: Tutup aurat

▶️ Menjaga pemakaian ketika bersukan seperti memakai tudung labuh, seluar yang tidak ketat, memakai stoking dan 'handsock' bagi perempuan.

💌 Kesimpulan 💌

🌈 Menjaga kecergasan jasmani penting untuk memudahkan ibadah dan meningkatkan produktiviti dalam kehidupan Muslim.

🌈 Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan untuk kekal cergas dalam menjalani tugas sebagai hamba Allah.

📚 Rujukan 📚

1. Jurnal Tarbiyah Jasadiyah Menurut Tafsir Mawdu'i

_"سينرڬي ڬڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Hal Ehwal Wanita_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024|2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

31 Oct, 06:36


CATATAN DUHA MTEN 24/25
31 OKTOBER 2024 / 27 JAMADILAKHIR 1446H

SEMPURNAKAN DAKWAH DENGAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-Nu‘man bin Basyir r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَثَلُ القَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالوَاقِعِ فِيهَا، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا، فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ، فَقَالُوا: لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا، فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا، وَنَجَوْا جَمِيعًا.

Maksudnya: Perumpamaan orang yang mengingkari kemungkaran dan orang yang terjerumus ke dalamnya seperti sekumpulan orang yang mencabut undi dalam sebuah kapal. Sebahagian mereka berada di bahagian atas kapal dan sebahagian lain di bawah. Jika mereka yang berada di bahagian bawah hendak mengambil air, mereka perlu melalui mereka yang berada di bahagian atas. Mereka berkata: “Jika kita membuat lubang pasti itu tidak mengganggu mereka yang berada di atas kita.” Sekiranya mereka yang berada di bahagian atas membiarkan orang-orang di bahagian bawah meneruskan rancangan mereka, pasti kesemua mereka akan mati lemas. Namun, jika mereka yang di bahagian atas melarang orang-orang di bahagian bawah daripada berbuat demikian, nescaya mereka akan selamat dan seluruh penumpang kapal itu turut selamat.
(HR Bukhari)

Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari berpendapat bahawa dalam hadis tersebut, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil. Antaranya ialah:

1️⃣ Hukuman boleh menimpa suatu kaum apabila tiada yang menghalang kemungkaran.
2️⃣ Orang yang berilmu boleh memberikan penjelasan dengan memberikan contoh-contoh sesuai untuk lebih difahami.
3️⃣ Bersabar dengan tingkah laku orang lain jika bimbang menimbulkan bahaya yang lebih besar.
4️⃣ Saling mengingatkan antara satu sama lain jika terdapat kekeliruan atau kemudaratan disebabkan perbuatan kita.

Justeru dalam konteks masyarakat kini, tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar tidak boleh dipandang ringan kerana kedua-duanya adalah kunci untuk melahirkan umat yang seimbang antara menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika umat Islam mengabaikan tanggungjawab ini, pastinya berlaku kerosakan dalam masyarakat kelak. Maka, sebagai seorang guru yang juga merupakan pendakwah, kita seharusnya menyempurnakan tugas dakwah dengan menyeimbangkan antara amar makruf dan nahi mungkar agar dapat membentuk generasi Muslim yang rabbani.

Rujukan: Maktabah Al-Bakri #4475: Tanggungjawab Membanteras Kemungkaran

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

31 Oct, 06:22


🎙️ PODCAST: BICARA SIHAT - DI SEBALIK KATA-KATA 🎧

Assalamualaikum sahabat 💜

"Tekad Empati, Sejahtera Insani."

Jom sertai kami dalam Podcast Bicara Sihat: Di Sebalik Kata-Kata! Dalam Segmen 2, kita akan membincangkan topik mengenai kesan komunikasi yang negatif 🗣️🗣️💢🗣️⁉️.

Bersama barisan panel PRSD:
1️⃣ Muhammad Hanafi bin Mohd Hair
2️⃣ Muhammad Afwan bin Badrul Hisham
3️⃣ Nur Alia binti Azlam
4️⃣ Nasyitah Zulaika binti Mohd Salleh

Dengan tema “Tekad Empati Sejahtera Insani” mari kita sama-sama tingkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.

📅 Tarikh: 31 Oktober 2024
🔗 Pautan Podcast: https://youtu.be/MyGLHV-jQHs?si=fSDC1PJtBe2vspea

Dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) & Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) dari IPGM Kampus Pendidikan Islam.

📍 _Like, comment,_ dan _share_ di Instagram @prsd.ipgkpi

"Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain"
_#TekadEmpatiSejahteraInsani_
_#prsdipgkpi_
_#3A Alert, Aware, Action_

BULAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL 2024 (BKKM)
UPsK & PRSd 24/25

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

31 Oct, 06:21


[31/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: EKSPLORASI SISWA GURU KE PEDALAMAN PAHANG
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam MAWADDAH.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Eksplorasi Siswa Guru Ke Pedalaman Pahang. Program ini tidak akan terlaksana tanpa usaha dan dedikasi daripada pensyarah JHEP IPGMKPI, JPP IPGMKPI Sesi 24/25, warga SK Gusai serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Usaha kalian dalam memastikan kejayaan program ini amatlah dihargai, khususnya dalam memberikan peluang pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada siswa guru di kawasan pedalaman. Semoga program ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan yang lebih mampan dan menginspirasi warga pendidik serta pelajar di seluruh negeri untuk terus berusaha melangkaui batas sempadan, demi kecemerlangan ilmu dan masa depan generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk Kampung Gusai, Ulu Tembeling, Pahang atas sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan program kami. Kesudian penduduk menerima kehadiran kami dengan mesra serta usaha bersama menjadi contoh teladan bagi kita semua. Semoga jalinan ukhwah dan kerjasama ini terus berkekalan demi kebaikan bersama.
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

31 Oct, 05:10


[31/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: SHARING LOGHAT
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
‎السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ

PODCAST "LOGHAT MANA TU?"

📅Setiap Isnin
2.00 petang
📍Platform: YouTube JPP IPGMKPI

🎙️Suka dengan keunikan loghat tempatan? Podcast kami akan membawa anda menyelami keunikan dan sejarah di sebalik setiap loghat.

🇲🇾 Podcast kami menawarkan pelbagai cerita, tradisi, dan pengalaman unik dari Negeri di Bawah Bayu, Sabah yang kaya dengan warisan dan pesona alam.

🎙️Temui cara bahasa yang menyatukan kita dari seluruh pelusuk negeri.

📣 Marilah bersama kami dalam perjalanan bahasa! Podcast Sharing Loghat kini berada di udara, menanti untuk anda nikmati. Tunggu apa lagi?

🎧 Jom dengarkan Podcast "Loghat Mana Kali Ni?" dan terokai keunikan bahasa kita.
Klik link di bawah untuk terus ke episod terbaru podcast :
📍https://youtu.be/RXImyLbKK_Y?si=YiR9eCVQhH5ojCq1


🔥 Jangan lupa like, share, komen dan subscribe ! Sokong budaya, kenali loghat kita!

#SharingLoghat
#JomKenalBudayaKita

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

‎ _"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa × Biro Kebudayaan dan Kesenian_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

30 Oct, 11:52


[30/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: KURSUS KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM KPM 2024
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam MAWADDAH.

⚜️ Sukacita dimaklumkan,
1. LEFTENAN (KRS) NUR AIN RIFQAH BINTI MOHD AMIN (T4S1.11)
2. LEFTENAN (KRS) HASIF ARHAM BIN SAIROZI (T4S1.02)
3. LEFTENAN (KRS) MUHAMAD ADZIM BIN ANUAR (T4S1.06)
4. LEFTENAN (KRS) ABDUL RAZIQ BIN ABD HALIM (T4S1.05)
telah dianugerahkan kenaikan pangkat Leftenan Kadet Remaja Sekolah pada ketetapan berikut,

TARIKH: 24 - 27 Oktober 2024
TEMPAT : Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO), IPGM Kampus Ipoh

⚜️ Semoga kejayaan pasukan ini dapat memotivasikan lagi siswa guru untuk menceburkan diri dalam bidang kokurikulum.

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

30 Oct, 06:43


CATATAN DUHA MTEN 24/25
30 OKTOBER 2024 / 26 RABIULAKHIR 1446H

PERTEMBUNGAN YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN

Hari ini, media sosial menjadi medan untuk pertukaran pandangan, perdebatan dan perbalahan yang tidak berkesudahan. Baru-baru ini telah berlaku satu perselisihan pandangan antara Asha’arisme dan Wahabisme dalam kalangan umat Islam akibat pertembungan aliran pemikiran mazhab. Kedua-dua pihak ikhlas dalam memperjuangkan pendirian masing-masing namun kekurangan adab dan etika dalam berdebat menyebabkan pertembungan ini semakin rumit mempengaruhi emosi, sentimen dan nafsu amarah yang tidak terkawal.

Pada masa lalu, perdebatan berlaku secara beradab di masjid atau majlis ilmu, tetapi kini ia terbuka di media sosial, menyebabkan kualiti perbahasan merosot dan tidak beradab. Hal yang demikian kerana, media sosial membenarkan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan untuk terlibat dalam perdebatan tersebut. Akibatnya, perbincangan hanya dikuasai oleh golongan yang tidak berilmu. Tanpa peraturan yang jelas, individu yang diserang sering kali tidak dibela dan difitnah. Malah, tokoh yang dirujuk turut serta dicemari. Apabila kebenaran dikaburkan oleh perasaan dan kepentingan peribadi, akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyrakat.

Terdapat tiga implikasi utama akibat pertembungan ini. Pertama, masyarakat maya mudah terpengaruh oleh retorik murah yang menggantikan hujah ilmiah menyebabkan hilangnya pertimbangan yang rasional. Kedua, dalam dunia ilmu, perbahasan sepatutnya memperkukuhkan hujah sesuatu aliran, bukan menjatuhkan individu. Kedua-dua pihak seharusnya mencari titik persamaan di mana mereka mampu mengharmonikan apa yang dibawa oleh aliran masing-masing agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Ketiga, budaya ilmu yang sebenar tidak dapat berkembang kerana penghujahan dalam media sosial lebih menitikberatkan retorik serta berlaku kekeliruan daripada dalil yang jelas dan tersusun.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, umat Islam seharusnya mengutamakan isu usul (asas) dan elakkan perdebatan tentang perkara furu' (cabang) seterusnya fokus kepada cabaran utama umat Islam iaitu ancaman pemikiran seperti sekularisme, liberalisme dan perancangan musuh Islam. Sebagai siswa guru, kita mestilah istiqamah dalam membudayakan ilmu yang berlandaskan hujah dan dalil yang kukuh. Selain itu, amalkanlah sikap tabayyun (selidik) serta berlapang dada khususnya apabila menghadapi perselisihan pemikiran dan pandangan sesama umat Islam.

Rujukan: Artikel Pertembungan Yang Tidak Menguntungkan

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

29 Oct, 14:11


[28/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🏅PERKARA: KUTIPAN SEMASA MATA SUKANTARA RUMAH SUKAN🏆
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam MAWADDAH.

Berikut merupakan jumlah kutipan mata yang berjaya dikumpul oleh kelima - lima rumah sukan setakat hari ini selepas semakan semula (28/10/2024):

🟨 AL- KHAWARIZMI🟨
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1522 (1)

🟩 AL- FATEH🟩
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1466 (4)

🟥 AL- FARABI🟥
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1517 (2)

🟧 AL- KINDI🟧
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1499 (3)

🟦 AL- BATTANI 🟦
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1338 (5)

Setiap rumah sukan masih berpeluang untuk mengubah
kedudukan semasa dengan membuat persediaan untuk pertandingan yang seterusnya🏆🔥

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
‎_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_
_DENGAN KERJASAMA PELAJAR PISMP BATCH 2022/2027_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

29 Oct, 14:10


📌PENGIRAAN SEMULA MATA📌

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam MAWADDAH.

Dengan ini dimaklumkan bahawa markah sukantara akan dikira semula berikutan ketidakpuasan hati yang dinyatakan oleh ramai peserta.

Kami menghargai maklum balas anda dan berusaha untuk memastikan keadilan bagi semua.

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan secepat mungkin.

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

29 Oct, 14:09


[29/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

29 Oktober 2024/ 25 Rabiulakhir 1446H

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

🪢MAKLUMAN🪢

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِين

"Dan bila aku sakit Dialah yang menyembuhkan"
(Ash-Shua'ra':80)

🍃 Dimaklumkan bahawa BASARIAH BINTI ISHAK ibu kepada pelajar FATIN AFZATUL SHIMA BINTI ROSLAN dari kuliah PT1S1.06 (Bahasa Melayu) sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya Presint 9 kerana mengalami komplikasi akibat diabetes.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah, Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

🍃 Mohon panjatkan doa kepada ibu sahabat kita agar diberikan kesembuhan yang cepat serta kesihatan yang baik.

الله المستعان 🤲🏻

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

29 Oct, 14:08


[28/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: WARDEN BERTUGAS MINGGUAN
MINGGU 10
┈┉┅━❀❀━┅┉┈

_🗓️ (28 OKTOBER 2024 - 03 NOVEMBER 2024)_

🧑🏻‍🏫 EN. MOHD. JAFLUS BIN BAHARI (K)
📞 0196615311
https://www.wasap.my/60196615311

👩🏻‍🏫 PN. NORITAH BINTI TAIB
📞 0195723482
https://www.wasap.my/60195723482

🧑🏻‍🏫 DR. MOHD. ZUHDI BIN AHMAD KHASASI
📞 0196401959
https://www.wasap.my/60196401959

🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡

Ikuti perkembangan di :
https://mez.ink/jppipgkpiofficial
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Kediaman Pelajar_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:34


Kehadiran diwajibkan kpd muslimin shj, dan untk muslimat tiada khdrn ttpi sgt dialu-alukan untk dtg 😊

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:33


[23/10/2024: INFO PENDIDIK]

🌟 SILIBUS TASMIK MINGGU INI 🌟

Berikut merupakan silibus tasmik pada minggu ini:

🪻 PPISMP, BM, TESL & PAKK:
Surah Al-Buruj (ayat 01–22)

🪻 TAHUN 1:
Surah Al-Ma’arij (ayat 11-39)

🪻 TAHUN 2:
Surah Yassin (ayat 28-40)

🪻 TAHUN 4:
Surah Mursalat (ayat 20-35)

استقيموا بالقرآن

_JAWATANKUASA PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:32


Makluman kepada pelajar yang terlibat untuk Perhimpunan Bulanan KPM esok di Dewan Besar. Harap Maklum

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:32


Assalamualaikum semua.
Mohon perhatian semua.

Perkara ini telah diselaras oleh En Rujhan dengan Pejabat Menteri dan En Hafiz dengan KSU dan Pengurusan Tertinggi KPM yang lain.


Ada dua perkara berkenaan ikrar penjawat awam. Berdasarkan perbincangan dan semakan dengan protokol JPM, dicadangkan perkara berikut:

1. Semasa bacaan IKRAR PENJAWAT AWAM, Pelajar2 IPG sama ada yg menyanyi koir di pentas atau pelajar IPG sbg jemputan kekal berdiri tapi dalam keadaan 'pegun'. Tidak perlu baca ikrar tersebut dan tidak perlu angkat tangan. Ini adalah kerana, mereka masih pelajar dan belum dilantik sebagai penjawat awam;

2. YBM dan YBTM merupakan Anggota Pentadbiran dan tidak tergolong dalam kategori penjawat awam. Untuk IKRAR PENJAWAT AWAM, kedua2 mereka hanya akan berdiri tanpa mengangkat tangan.

Mohon bantuan Pengacara majlis juga maklumkan perkara ini sebelum majlis bermula.

Saya akan selaras dengan IPG untuk kumpulan koir.

Terima kasih

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:19


[23/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🏅PERKARA: KUTIPAN SEMASA MATA SUKANTARA RUMAH SUKAN🏆
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam MAWADDAH.

Berikut merupakan jumlah kutipan mata yang berjaya dikumpul oleh kelima - lima rumah sukan setakat hari ini (23/10/2024):

🟨 AL- KHAWARIZMI🟨
PECUT 100 METER (P) : 204
LONTAR PELURU (P) : 358
LOMPAT JAUH (P) : 205
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1328 (1)

🟩 AL- FATEH🟩
PECUT 100 METER (P) : 148
LONTAR PELURU (P) : 386
LOMPAT JAUH (P) : 182
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1323 (2)

🟥 AL- FARABI🟥
PECUT 100 METER (P) : 192
LONTAR PELURU (P) : 350
LOMPAT JAUH (P) : 254
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1315 (3)

🟧 AL- KINDI🟧
PECUT 100 METER (P) : 182
LONTAR PELURU(P) : 152
LOMPAT JAUH (P) : 208
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1156 (5)

🟦 AL- BATTANI 🟦
PECUT 100 METER (P) : 174
LONTAR PELURU (P) : 322
LOMPAT JAUH (P) : 147
JUMLAH KESELURUHAN (RANKING) : 1166 (4)

Setiap rumah sukan masih berpeluang untuk mengubah
kedudukan semasa dengan membuat persediaan untuk pertandingan yang seterusnya🏆🔥

┈┉┅━❀❀━┅┉┈
‎_"سينرݢي کڤيمڤينن مودة،_ _مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_
_DENGAN KERJASAMA PELAJAR PISMP BATCH 2022/2027_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:18


[23/10/2024: INFO PENDIDIK]

🌟 SILIBUS TASMIK MINGGU INI 🌟

Berikut merupakan silibus tasmik pada minggu ini:

🪻 PPISMP, BM, TESL & PAKK:
Surah Al-Buruj (ayat 01–22)

🪻 TAHUN 1:
Surah Al-Ma’arij (ayat 11-39)

🪻 TAHUN 2:
Surah Yassin (ayat 28-40)

🪻 TAHUN 4:
Surah Mursalat (ayat 20-35)

استقيموا بالقرآن

_JAWATANKUASA PROGRAM MAWADDAH BIL QURAN_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:17


[23/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

PERKARA: SHARING LOGHAT
┈┉┅━❀❀━┅┉┈
‎السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ

PODCAST "LOGHAT MANA TU?"

📅Setiap Isnin
2.00 petang
📍Platform: YouTube JPP IPGMKPI

🎙️Suka dengan keunikan loghat tempatan? Podcast kami akan membawa anda menyelami keunikan dan sejarah di sebalik setiap loghat.

🇲🇾 Podcast kami menawarkan pelbagai cerita, tradisi, dan pengalaman unik dari bumi Terengganu yang kaya dengan warisan dan pesona alam.

🎙️Temui cara bahasa yang menyatukan kita dari seluruh pelusuk negeri.

📣 Marilah bersama kami dalam perjalanan bahasa! Podcast Sharing Loghat kini berada di udara, menanti untuk anda nikmati. Tunggu apa lagi?

🎧 Jom dengarkan Podcast "Loghat Mana Tu?" dan terokai keunikan bahasa kita.
Klik link di bawah untuk terus ke episod terbaru podcast :
📍https://youtu.be/Q6w6r-4RT6E?si=kkXOrfpdcLmDmMoP


🔥 Jangan lupa like, share, komen dan subscribe ! Sokong budaya, kenali loghat kita!

#SharingLoghat
#JomKenalBudayaKita


┈┉┅━❀❀━┅┉┈

‎ _"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"_

_Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa × Biro Kebudayaan dan Kesenian_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 13:16


⚖️ _RISALAH MINGGUAN AMAR_ ⚖️

NABI SAW MELAKNAT PEMBERI RASUAH & PENERIMA RASUAH

✒️ Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
[Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah]

✒️ Janganlah terlalu tamak terhadap nikmat dunia sehingga sanggup menggadaikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

✒️ Rasuah bukan hanya memberi kesan kepada pemberi rasuah malah turut memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat.

✒️ Penting bagi kita untuk sentiasa berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam amalan rasuah.

✒️ Marilah saksikan penerangan lanjut daripada Dr Muhd Arif Musa melalui video tersebut.
https://youtube.com/shorts/hVzP6lXdQYs?feature=shared


⚖️ "راسواه دهينا، اينتݢريتي تربينا" ⚖️

_Jawatankuasa Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Sesi 2023/2025 IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 06:16


CATATAN DUHA MTEN 24/25
23 OKTOBER 2024 / 20 RABIULAKHIR 1446H

BUY MUSLIM FIRST (BMF)

Kempen “Buy Muslim First” (BMF) merupakan inisiatif yang telah lama dirangka untuk menggalakkan masyarakat Islam untuk menyokong produk dan perniagaan keluaran Muslim. BMF ini sememangnya memberikan keutamaan terhadap produk keluaran Muslim, namun bukan bermaksud memboikot produk pengusaha bukan Islam. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam dengan mengalihkan kuasa beli kepada perniagaan yang dimiliki oleh Muslim. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kempen ini telah menarik perhatian ramai kerana ia bukan sekadar menyokong perniagaan kecil dan sederhana, tetapi juga membantu meningkatkan kesedaran terhadap produk-produk halal dan patuh syariah.

Antara impak positif kempen BMF adalah memberi peluang kepada perniagaan Muslim untuk mengembangkan potensi ekonomi yang lebih kompetitif. Dengan sokongan yang padu daripada kalangan pengguna Muslim, pengusaha-pengusaha Muslim boleh mengembangkan pasaran mereka, memperkenalkan produk baru dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Selain itu, BMF juga membuka akses peniaga Muslim kepada pasaran yang lebih meluas kerana kesedaran pengguna untuk menyokong sesama Muslim semakin meningkat. Peningkatan sokongan ini bukan sahaja membantu peniaga tempatan tetapi juga membuka peluang kepada usahawan muda Muslim untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Di samping itu, kempen BMF turut memupuk kesedaran tentang kepentingan mengutamakan produk halal dan patuh syariah. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi umat Islam, tetapi juga memastikan setiap produk yang dibeli memenuhi standard Islam dari segi kebersihan, keadilan dan kebajikan. BMF juga mendorong penglibatan masyarakat dalam membina ekonomi yang lebih stabil dan berkekalan. Dengan sokongan pengguna terhadap produk Muslim, kualiti produk yang dihasilkan turut meningkat sekaligus memberi keyakinan kepada pengguna terhadap barangan tempatan.

Sebagai kesimpulan, kempen BMF adalah satu inisiatif yang signifikan dalam memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan menyatukan mereka melalui kepenggunaan yang beretika menurut syariat. Ia membuka peluang untuk pembangunan perniagaan Muslim yang lebih mampan dan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menyokong produk yang mematuhi nilai-nilai Islam. Oleh itu, sokongan padu hendaklah diberikan oleh masyarakat bagi memastikan kelangsungan perniagaan Muslim serta membentuk satu ekosistem ekonomi yang lebih berdaya tahan, bersih dan beretika dalam jangka masa yang panjang.

Rujukan: Artikel Buy Muslim First (#BMF)

"Budayakan Ilmu, Perkasakan Dakwah"

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 04:39


[23/10/2024: JPP IPGKPI SESI 24/25]

᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣
🕌 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐙U𝐇U𝐑 🕌
᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣•᪣

Ayuh kita bersama-sama mengimarahkan masjid dengan menghadiri tazkirah zohor yang akan disampaikan oleh👇🏻

👳🏻‍♂𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡: Muhammad Zaim Murtadha bin Mohd Zukri
📚𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: Hadis - 5 : Amalan yang tertolak
📆𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 23 Oktober 2024
𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮: Selepas solat Zohor
🕌𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Masjid Imam As-Syafie

📌Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

"سينرڬي كڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"

BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN
_Jawatankuasa Perwakilan Pelajar_
_Sesi 2024/2025_
_IPGM Kampus Pendidikan Islam_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 04:38


🎗 A Day with PRSd: Life Quote

Assalamualaikum sahabat 💜

"Tekad Empati, Sejahtera Insani."

🌟 Sejahtera boleh difahami sebagai keadaan emosi bercirikan perasaan gembira; menggambarkan keadaan aman dan damai.

🌟 Mental yang sihat merupakan teras kehidupan sejahtera yang membolehkan seseorang berfikir dengan waras, berbicara secara berhemah, melakukan pekerjaan dengan baik, serta mampu menyumbang bakti kepada bangsa dan negara.

🌟 Dalam konteks ini, kesejahteraan mental, kestabilan emosi dan perhubungan sosial yang positif penting untuk menjalani kehidupan sihat.

🌟 Kesejahteraan mental memerlukan kita memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri sendiri dan orang lain serta memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran.

🌟 Jelaslah bahawa individu yang mempunyai kesejahteraan mental mampu menjalankan peranan dan kefungsiannya di dalam keperibadian dan masyarakat.

📍 _Like, comment,_ dan _share_ di Instagram @prsd.ipgkpi

"Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain"
_#TekadEmpatiSejahteraInsani_
_#prsdipgkpi_
_#3A Alert, Aware, Action_

BULAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL 2024 (BKKM)
UPsK & PRSd IPGMKPI 24/25

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

23 Oct, 04:38


📌📌📌📌📌📌
Bismillah..
Assalamualaikum wbt makluman berkaitan waktu pengoperasian Bawang Cafe hari ini

Akan ditutup jam 7pm bagi memberi laluan kepada pihak kafe untuk persediaan bahan dan makanan program KPM esok

Mohon maaf atas segala kesulitan.
Diharapkan pelajar dapat merancang jadual dengan baik

Terima kasih 🌟

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

22 Oct, 14:22


[22/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

🥘 ETIKA TEMPAHAN MAKANAN DI BAWANG CAFE 🥘

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Assalamualaikum WBT & Salam Mawaddah

📍Sebarang tempahan makanan di _Bawang Cafe_ hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum bagi memudahkan pihak kafe membuat persediaan bahan mentah.

📍Waktu untuk berurusan dengan pihak kafe adalah tidak melebihi tempoh operasi antara jam 8a.m - 10p.m

📍Siswa siswi yang ingin membuat sebarang tempahan digalakkan berurusan secara bersemuka dengan pihak kafe

📍Sebarang info lanjutan boleh hubungi :
👳🏻‍♀️Saudara Syauqi (+6013-6203546)
🧕🏻Saudari 'Izzana (+601156961016)

📍Diharapkan siswa siswi dapat mengikut spesifikasi tempahan ini bagi memastikan kelancaran pengurusan tempahan dari _Bawang Cafe_

Terima kasih🤗

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

22 Oct, 13:47


[22/10/2024: JPP IPGMKPI SESI 24/25]

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT

22 Oktober 2024/ 19 Rabiulakhir 1446H

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

🪢MAKLUMAN🪢

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِين

"Dan bila aku sakit Dialah yang menyembuhkan"
(Ash-Shua'ra':80)

🍃 Dimaklumkan bahawa pelajar HARIS ISKANDAR BIN DAMANHURI dari kuliah T1S1.01 (Pendidikan Islam) telah mengalami masalah pernafasan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah, Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

🍃 Mohon panjatkan doa kepada sahabat kita agar diberikan kesembuhan yang cepat dan tabah dalam menghadapi ujian ini.

الله المستعان 🤲🏻

┈┉┅━❀❀━┅┉┈

"سينرݢي کڤيمڤينن مودة، مانيفيستاسي بيئة صالحة"

_Biro Kebajikan dan Sosial_
_JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR_
_SESI 2024/2025_
_IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM_

RASMI (Siswa Guru IPGMKPI)

22 Oct, 13:43


📌 Peringatan Etika Pemakaian Sukan bagi Semua Siswi 📌

Memandangkan esok bermulanya sukantara bagi siswi, diingatkan agar mematuhi etika pemakaian ketika bersukan.

🎀 Baju sukan muslimah
🎀 Seluar sukan longgar
🎀 Tudung patuh syariah
🎀 Berstoking
🎀 Memakai _handsock_

📍Boleh bawa brooch spare untuk pin tudung supaya tidak terselak ketika bersukan.

Jom sama-sama kita jaga aurat ye. Sukan, sukan juga. Aurat tetap kena jaga 😉🫵🏻