KETIKA BERADA DI... PADA JAM... SAYA TELAH MENONTON SEBUAH VIDEOA DI SALURAN YOUTUBE BERNAMA PROMEDIA TAJDID PADA PAUTAN BERIKUT:
HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=MDH8LTZIXYY
DALAM VIDEO TERSEBUT, PADA MINIT KE 13:00, PROF. DR. SHAMSUL RAHMAN M. KUTTY TELAH MEMBUAT PERSEMBAHAN TEATER TROLL DAN SATIRA. BELIAU TELAH MENGELUARKAN SATU KENYATAAN KETIKA BERADA DI ATAS PENTAS PROGRAM KONVENSYEN SUNNAH KE-12. PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-QAYYIM MALAYSIA DENGAN PENAJA BERSAMA TERMASUK KOLEJ UNIVERSITI ISLAM KUIPS DAN SYUKRAN, YANG TELAH DIADAKAN PADA 17 NOVEMBER 2024 (AHAD), BERTEMPAT DI DEWAN PERDANA MESTIKA, INSTITUT LATIHAN DBKL.
KENYATAAN YANG DISEBUT BELIAU ADALAH:
"SAIDATINA AISYAH MEMBERI LOVE BITE KEPADA RASULULLAH."
KENYATAAN INI, MENURUT PEMERHATIAN SAYA, BUKANLAH SUATU BENTUK SATIRA ATAU TROLL TERHADAP MANA-MANA TOKOH AGAMA LAIN. SEBALIKNYA, IA ADALAH KENYATAAN BELIAU SENDIRI YANG BELIAU AKUI SEBAGAI KESILAPAN DALAM BEBERAPA HANTARAN DI FACEBOOKNYA. (screenshot di ruang komen)
KENYATAAN INI TELAH MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA ISLAM DI NEGARA INI, MALAH MERUPAKAN SATU PENGHINAAN TERHADAP JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW, YANG SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH UMAT ISLAM.
DENGAN LAPORAN INI, SAYA JUGA MEMOHON PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) UNTUK MENYIASAT PERKARA INI TERHADAP SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM TERSEBUT MENGIKUT UNDANG-UNDANG SEDIA ADA, IAITU:
SEKSYEN 298A KANUN KESEKSAAN (MENYEBABKAN KETIDAKHARMONIAN ATAU PREJUDIS AGAMA);
SEKSYEN 505(B) KANUN KESEKSAAN (KENYATAAN YANG BOLEH MENDATANGKAN KETIDAKTENTERAMAN AWAM);
AKTA HASUTAN 1948 (MENGELUARKAN KENYATAAN BERUNSUR HASUTAN YANG MENYENTUH ISU KEAGAMAAN);
SEKSYEN 233 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 (PENGGUNAAN TIDAK WAJAR KEMUDAHAN RANGKAIAN ATAU PERKHIDMATAN RANGKAIAN UNTUK MENYEBARKAN KENYATAAN YANG MENYINGGUNG ATAU MENGHINA).
SEKIAN LAPORAN SAYA.