Intermittent Fasting Hormone Diet @ifhd_oncu Channel on Telegram

Intermittent Fasting Hormone Diet

@ifhd_oncu


Program Kesihatan yang memfokuskan untuk turun berat badan dan merawat masalah penyakit

Intermittent Fasting Hormone Diet (Malay)

Program Intermittent Fasting Hormone Diet adalah satu saluran Telegram yang bertujuan untuk membantu anda mencapai berat badan yang ideal dan merawat masalah penyakit melalui kaedah pemakanan yang disiplin. Dengan mengamalkan diet berpuasa secara bersela-sela, anda dapat menggalakkan hormon dalam badan anda untuk membakar lemak dengan lebih efisien. Diet ini bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Dengan menitikberatkan pemakanan dan waktu makan anda, anda dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih optimum. Channel ini dikelolakan oleh IFHD Oncu, seorang pakar pemakanan yang berpengalaman dalam bidang kesihatan dan pemakanan. Beliau akan berkongsi tips, resepi, dan panduan untuk menjalani diet ini dengan berkesan. Jika anda menghadapi masalah berkaitan dengan berat badan atau kesihatan, channel ini adalah tempat yang sesuai untuk anda mendapatkan bantuan dan sokongan. Jadi, jika anda ingin memulakan perjalanan menuju kepada berat badan yang ideal dan kesihatan yang lebih baik, sertailah program Intermittent Fasting Hormone Diet hari ini! Dapatkan maklumat serta panduan yang diperlukan untuk mencapai matlamat kesihatan anda.

Intermittent Fasting Hormone Diet

18 Jan, 13:31


Orang akan bertanya pada saya …
Kenapa bimbingan IFHd sangat berkesan sehingga boleh berhenti ubat?
Sehingga tak perlu mula sebarang ubat?
Betul ke?

Apakah langkah terlibat sehingga boleh bebas ubatan.
Ubatan ni merupakan satu industri dunia yang sangat besar.
Sehingga hari ini ramai yang makan ubat tidak tahu apakah tindakan ubat terhadap badan kita.

Namun jawapan juga boleh diterima untuk kita tak perlu mengambil tahu langsung tentang ubat.
Maksudnya makan sahaja ubat tersebut.
Janji keputusan darah cantik.

Ya saya sentiasa berada di sudut ini menghormati pendapat dan juga keputusan masing-masing.
Apa yang paling penting mereka sedar bahawa kami adalah antara entiti kumpulan manusia yang akan bantu semua yang ingin bebas ubat hospital sepanjang hayat.

Bukan bebas ubat ambil jamu atau homoepati pula.
Hari ini semua mempunyai masalah yang sama sahaja.
Darah tinggi, Kolesterol, Kegemukan, Gout dan masalah berkaitan immuniti.
Isu ini sangat sensitif sehingga tidak ada sebarang perbincangan boleh dilakukan walaupun di dalam ahli keluarga sendiri.
Hanya mereka yang mengalami masalah ini akan mempunyai dilema serta keraguan sendiri.

Di usia 40-50an ramai mulai rasa rengang hubungan dengan orang tersayang.
Ramai mulai rasa sangat penat dengan rutin harian.
Ramai sudah tidak ada motivasi hidup.

Kadang saya terfikir kenapa orang tahu masalah kesihatan berpunca dari makanan namun masih tidak cuba untuk pulih.
Kadang saya juga terfikir bahawa rezeki sihat ini terlalu TIDAK ternilai …
Kerana itulah tidak semua yang terpilih untuk merasa mudah perjalanan ini.

Satu TIPS nak bagi:
Perbanyakkan “komunikasi” dengan Pencipta supaya kita diberi hikmah dan jalan keluar dari kitaran masalah kesihatan yang dihidapi.
Adakah kita percaya bahawa kita boleh hidup tanpa ubatan?
Sejauh manakah nama-nama Allahswt 99 kita hayati dalam mendapat segala kekuatan untuk harungi masalah kesihatan dialami?

Cuba tanya diri kita :
1. Dah berapa lama berada dalam keadaan sakit?
2. Dah berapa lama masalah darah tinggi?
3. Dah berapa lama rasa sangat penat dan langsung tak nak bersosial?
4. Dah berapa lama sukar tidur?
5. Dah berapa lama masalah kulit atau alahan kronik?

Kadang ada juga yang give up.
Sampai tahap tak nak cari solusi.
Ada juga yang sombong dengan ujian Allahswt bagi.
Katanya: Takpa aku masih “OKAY”
sampailah diuji dengan tahap lebih tinggi barulah mereka akan tunduk dan mulai sujud.
Ketika itu mereka akan mengharapkan keajaiban dalam hidup.

Hidup ini tidak lama.
Saya sering berpesan kepada diri ini supaya semua usaha dan perjuangan untuk menyihatkan mereka bukanlah bertujuan untuk hidup lama di muka bumi tetapi untuk kita dapat berjuang dan terus berbakti hingga ke akhir hayat sebagai hamba dan khalifah.

InsyaAllah dalam masa terdekat sekali lagi saya ingin gunakan semua kudrat yang ada untuk lakukan ceramah yang merangkumi element penting melibatkan parameter terpenting iaitu
KOLESTEROL
PARAS GULA
URIC ACID

melalui pemahaman terperinci ini anda akan berjaya elak atau turunkan dose ubatan sehingga berhenti dan sembuh sepenuhnya.

Ceramah ini kali sudah dilakukan tahun 2019 dan seat memang penuh untuk 100 orang sahaja.

Komen saya berminat kalau anda nak hadiri kelas sekali seumur hidup ini.

Cukup 100 komen kita lancar bulan March juga supaya takda raya makin rancak tekanan darah saudaraku semua..

❤️

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

14 Jan, 17:08


Sedikit perkongsian berkenaan kelas "webinar keputusan darah"

1. Kita akan takut dengan gula jika tak faham jenis gula.

2. Semua makanan ada gula, jika terlebih makan badan yang baik akan simpan gula menjadi tenaga kecemasan. Jika sistem dah rosak, gula akan berlegar dalam sistem badan & menjadi glycated haemoglobin atau hbA1c

3. Seseorang perlu kenal pasti adakah dia ada kencing manis kena rujuk hbA1c berbanding paras gula atau glucose biasa.

4. Jika anda dah kearah diabetis,bukan kena salahkan insulin sahaja tetapi ada beberapa hormon juga terlibat dalam membuat kekacauan gula dalam darah anda.

5. Kesan hbA1c yang tinggi adalah ia akan rosakkan
-saraf
-sel
-salur darah anda.

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

12 Jan, 16:17


☝🏻Kolesterol
******

Ditemui di hempedu pada 1769.
Sejak itu ia mulai dikaji dan kajian paling intensif sejak 50-70 tahun kebelakangan ini!!

Segala ubatan, screening, teknologi di dewan bedah semuanya semakin canggih.
Namun permasalahan dan perbahasan ini seolah tidak ada penghujung!!
.
.
Mentaliti masyarakat telah diprogram bahawa:

Bila dah tua kolesterol mesti meningkat
Makanan ber-kolesterol punca naik kolesterol
Bila kolesterol naik salah satu cara adalah dengan ubatan sahaja.
Ubatan kolesterol kena makan sampai bila bila.
Bila kolesterol tinggi kita kena exercise!

Inilah mentaliti di dalam masyarakat kita!!
Inisiatif untuk mengkaji, mendalami dan memahaminya TIDAK AKAN ADA KERANA:

1. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh kita kawal!
2. Hakikatnya kolesterol akan naik walau apa jua dilakukan!
3. Walaun pun kolesterol tinggi kita masih boleh menjalankan aktiviti harian sebab kita ada ubatan!
4. Kolesterol tidak mengganggu proses dalaman badan dan tidak ada orang tahu bacaan kolesterol kita😂😂😂

Keadaan berubah menjadi mimpi ngeri apabila:
1. Ada yang masuk ICU akibat sesak nafas dan rebah tidak sedarkan diri.
2. Stroke menyerang secara tiba -tiba dan separuh badan tidak dapat bergerak!
3. Ada yang meninggal tiba-tiba di dalam ahli keluarga!
4. Ada yang terpaksa melakukan pembedahan samada bypass atau memasang stent ..

Bertambah parah apabila:
******

1. Komplikasi hadir bersama-diabetes + masalah buah pinggang!!

Dari situlah kehidupan ahli keluarga mulai berubah.
Dari situlah mula menampakkan segala ujian kesabaran.
Dari situlah segala amalan dan sikap ahli keluarga mulai berubah.
Dari situlah rutin harian berubah!
Dari situlah tahap kewangan berubah!
Dari situlah penyesalan demi penyesalan dalam hidup menyelinap..

PERSOALANNYA:

1. Kenapa tak ramai nak ambil tahu dari awal?
2. Kenapa banyak rahsia tidak dibongkar?
3. Kenapa topik ini tidak dibincangkan?
4. Kenapa takda coach yang sanggup menawarkan khidmat “bimbing-berhenti ubat”

PERSOALAN JUGA:
1. Apa sebenarnya kolesterol?
2. Sejauh mana kebenaran berhenti ubatan?
3. Kenapa kita nak jihad untuk berhenti ubat? apakah keberbaloian disebalik jihad ini??
4. Bagaimana kolesterol berfungsi dan dijana?
5. Apakah petanda-petanda yang boleh membantu kita?

Semua akan terjawab dalam IFHD

Salam sayang ❤️

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

11 Jan, 16:04


Manusia memang suka menipu dan memang kadang mereka was-was tak bertempat??

Dalam hal ini kenapa mereka menipu saya faham sebab tu saya nak peluk mereka.
1. Mereka malu nak bongkar perkara sebenar mereka buat sampai badan hancur rosak sedahsyat ini!!
-tak tahu la tu sedahsyat mana.
2. Mereka was-was sebab pengalaman dan ilmu lepas sabotaj mereka untuk tidak bertindak dan ambil keputusan baru dalam hidup

Untuk selesai perkara ini hanya Allahswt boleh buka jalan untuk mereka nampak.

Bila saya tanya ada makan apa sebelum ni rata-rata saya terima jawapan saya tahu jawapan itu jawapan tak betul dan nak cover..
Beginilah nak cakap.
Penat nak cakap sebab saya penat dah buat kajian dan jadi pelajar lagi , isteri lagi dan dalam masa sama urus syarikat Sdn Bhd lagi.

Tak nak cakap panjang.
Anda lihat anda buat dan kalau anda tak puas hati atau tak berjaya anda ambillah segala kerugian masa dan wang anda sekiranya ada apa-apa kerugian.

Tak tahu dah nak cakap apa lagi dah sampai tahap ni dah.
Kalaulah mereka tahu apa kehidupan aku sepanjang 15 tahun pasti diluar sana takda orang akan lepaskan peluang ini.

Peluang apa??
peluang untuk tahu ilmu penting seumur hidup dan jimat masa 15 tahun dengan jimat pula ratusan ribu yang dihabiskan semata-mata nak gali ilmu kat mereka.

Apa mereka rugi?
Apa mereka habis?
Entahlah..
Macam mereka tak rugi apa pun kan?
*hati ku berbicara*

Tapi inilah kebahagiaanku..
Apa kebahagiaanmu?

Jumpa anda online dulu tengok lah sendiri kad jemputan nak dating cakap ilmu.
Kad ada di ruangan komen.

Jangan serbu sebab urusetia mesej tadi kata harini last day daftar.
Aku pun malas nak ambil tahu proses segala sebab dari pagi tak lena dalam otak duk susun nak bagitahu apa lagi 8 sifat kanser WAJIB korang tahu.

Ni saringan darah kat bawah terima pagi tadi sampai kena berhenti kat surau settle dulu kesian sangat umur tak sampai 30 mati ayah dan abang dia pula tak sedari masalah dia kronik tahap dewa!

Bawah pula sorang acik ni kesian sangat berat tak naik selera pula dah hilang.
Gula tak la tinggi sangat rosak habis hati entahlah apa dia telan.

Kerja kita bukan maki bukan caci dan bimbing dan damping sampai jadi.

Jumpa anda.
Terima kasih baca surat cinta kita sampai habis.
Kita karang dengan hati ❤️ tau..

❤️ sayang semua
Liyana & Team

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

07 Jan, 16:04


Are you a coffee addict, smoker?

Caffeine, rokok, ketum addicted adalah 3 kategori ketagihan yang sukar untuk diberhentikan dengan serta merta. Ini kerana active ingredients dalam 3 bahan ini mimik untuk menipu badan supaya kita rasa bila kita ambil, badan akan rasa yang segar dan bertenaga. Kita mula akan fikir badan akan lemah kalau sehari tak ambil.

Kita ambil contoh coffee. Tidak dinafikan sebenarnya coffee adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum coffee. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Tapi tahu ke kopi jenis apa yang mereka ambil? Yang kita ni minum coffee yang tinggi dengan caffeine.

Badan sebenarnye menghantar signal bahawa ia perlukan rehat yang cukup, perlukan "sesuatu" untuk boost energy semula. Tapi kita paksa badan bekerja dengan semula dengan pengambilan coffee secara berlebihan. Side effects yang boleh didapati jika terlebih coffee adalah anxiety disorder (kecelaruan), insomnia (masalah untuk tidur), masalah pencernaan, muscle breakdown, tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang pantas.

Biarlah ambil sesuatu itu berpada-pada. Islam itu mengajar kita besederhana dalam semua perkara.

Kenapa nak aniaya badan? Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Dalam masterclass kami akan mengajar cara untuk settlekan masalah addiction ni dengan memahami proses of addiction itu sendiri.

Kalau nak tahu apa yang "sesuatu" tu yang badan perlukan... jangan ego dan sombong dengan diri sendiri. Luangkan masa untuk belajar dan terus berubah. Tak sayang ke pada anak isteri yang terpaksa hirup asap rokok yang si ayah lepaskan setiap hari pada mereka. Kalau sayang keluarga, sayang diri sendiri dahulu.

Ramai yang dah join program kami secara perlahan-lahan berhenti merokok. Happy wife dan anak2 mereka. Ramai juga bila dah amalkan jus antioksida pagi2 dah "terlupa" dengan kopi favorite mereka. Kenapa? sbb badan dah dapat nutrisi yang padat, lengkap so otak tak hantar lagi signal perlukan lagi bahan extra to boost energy. Nampak kan kat sini?

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

01 Jan, 22:30


Kenapa telur selalu dipersalahkan kalau kolesterol naik 😣

Soalan lazim bila kolesterol tinggi.

Berapa biji boleh makan telur ?
Betul ke telur kuning tak boleh makan ?
Jadi korang makan putih je, yang kuningnya buang..haaa, tak ke membazir namanya.

Nak turunkan kolesterol, bukan dengan cara hentikan pengeluaran kolesterol dari badan atau 'avoid' makanan tinggi kolesterol.

80% kolesterol dijana oleh badan atas sebab & keperluan tertentu. Ia bukan musuh ketat yang perlu ditakutkan.

Fokus bila kita baiki keradangan yang berlaku dalam badan. Ia berkadaran dengan turunnya nilai kolesterol.

Korang boleh tilik nilai ESR. Bacaan ESR adalah salah satu indikator tanda aras tahap keradangan dalam badan.

Gambar bawah ni adalah blood test seorang peserta IFHD hanya selepas 1cycle sahaja. Alhamdulillah dah nampak kesan ketara 🤗♥️♥️

#masterclassIFHD
#reversebloodtest

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

26 Dec, 01:22


Wanita 100-150 tahun dahulu selepas bersalin.

Bila ditanya berkaitan pantang bersalin cara Melayu saya sangat kagum sungguh banyak pantang larangnya.
Lagi lagi juga cara cina dan india.

Saya alhamdulilah dapat merasai kepelbagaian teknik.
Setelah merasai sendiri saya simpati kepada masyarakat yang berhabisan dari segi masa dan wang untuk melakukan pelbagai terapi namun:

1. Mereka penat dan sangat penat untuk uruskan anak kecil
2. Tidak dapat menyusu dengan baik
3. Anak mengalami masalah seperti jangkitan
4. Ibu mengalami masalah bengkak susu dan sakit puting susu
5. Berat badan ibu tak turun atau menjadi terlalu kurus

Dan lagi menyedihkan
1. Berat semakin naik selaras dengan pertambahan umur anak.
2. Anak dan ibu mengalami masalah berat sekaligus

InsyaAllah perkara ini kita bincang sama sama.
Untuk kita sedar dan benar-benar sedar.
Apa sedang terjadi?
Kenapa ia terjadi?
Bagaimanakah ia terjadi?

Banyak perkara sangat sensitif apabila melibatkan isu pemakanan dan kesihatan.
Tak boleh dirumuskan sewenang-wenangnya.
Apa pun kita lead by example.
Berikan contoh sebagai ikon cara hidup sihat kepada masyarakat.
Kita bermula dari dalam keluarga dahulu.

Saling memberi inspirasi,
❤️

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

17 Dec, 08:32


Terpaksa terima hakikat walaupun pahit untuk ditelan. Hari ini DIABETES bukan lagi penyakit orang tua

Kehidupan sekarang semua berisiko dapat diabetes di usia sangat muda 😨

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

14 Dec, 15:05


Petanda penting kanser terutama KANSER KOLON!!
👉🏻Malam berpeluh
👉🏻Sakit abdomen bawah belah kanan
👉🏻Kerap kena pergi bilik air
👉🏻Sakit bahagian abdomen bila tunduk
👉🏻Sembelit sampai tak selesa
‼️Darah di najis (ngeri sikit ini)

Bila ada pekara begini JANGAN PULA JUMPA BOMOH KE USTAZ
Pergi HOSPITAL dulu.

Buat saringan kesihatan dengan baik
Dan tindakan awal yang tepat boleh membantu.

Orang suka bertanya nak makan apa kalau dah kanser.
Sukar nak jawab soalan ini.
Ramai mula ambil supplement dan herba.
Ada yang LANGSUNG tak nak ambil apa apa.

Sebenarnya sampai tahap ini terutama bila kanser dan kronik nak buat apa semua pun jadi anxiety.
Namun banyak perkongsian saya kongsi sebagai persiapan buat semua untuk Elakkan penyakit MISTERI dan kronik ini.

Dalam masa yang sama kita tahu bagaimana nak berhadapan dengan ahli keluarga yang menghidapi kanser tahap menular ( stage 4)

Didoakan anda semua bangkit kepada semua kanser survivor.
Jangan berhenti merayu dan berdoa.
Ingat kanser atau tak kita semua pengakhirannya sama sahaja.

Jumpa anda nanti dalam siri khas ya.
Tak sabar..

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

12 Dec, 03:59


Sentap Sayang sampai SIHAT!! 😱😱
🫵🏻 Persiapan 2025 khas untuk anda!! 🫵🏻

Pernahkah anda fikir:

1. Dunia perubatan secanggih-canggihnya namun masalah kesihatan makin hari makin parah!! 😨
2. ⁠Pusat gym makin bertambah ramai bersenam berjam jam tapi aktiviti gotong royong bagi alasan tak boleh buat? 😬
3. ⁠Professional kesihatan atau bidang lain mempunyai kepakaran tinggi namun nak jaga kesihatan 1001 soalan. 😓
4. ⁠Apakah disebalik minda separa sedar kita yang menghalang kita berubah. 🤔
5. ⁠Kenapa kita sukar untuk menahan nafsu makan? 🫢

Okay dah soalan ini semua..
Bayangkan… 😮🤔

1. Anda tidak lagi merasa stress dan seksa dan keliru dengan semua ini. 🫵🏻🫡
2. ⁠Otak dan minda anda tenang dan dapat istiqomah dalam perubahan kehidupan baru sekelip mata. 🫵🏻🤗
3. ⁠Anda tidak lagi menahan nafsu. 🫵🏻😤
4. ⁠Anda boleh melakukan perubahan dalam keadaan gembira tenang dan sabar. 🫵🏻😮‍💨
5. ⁠Anda mulai faham dengan terperinci bagaimana badan sebenarnya berfungsi. 🫵🏻😇
6. ⁠Anda mempunyai linkungan sahabat yang seperjuangan.🫵🏻😉

Kelas kali ini adalah terakhir untuk 2024.
Khusus untuk mereka yang:👇🏻👇🏻👇🏻

1. Sibuk nak kejar kekayan dunia sampai badan makin parah setiap saat.😕
2. ⁠Badan makin lesu dan penat.🙁
3. ⁠Hubungan dengan keluarga dan sahabat mulai renggang sebab anda mulai rasa penat dan bosan dengan semua perkara.😓
4. ⁠Menyendiri atau mulai rasa tak stabil emosi.😥
5. ⁠Merasai badan mulai tua dengan sangat pantas..😰

Baiklah kelas ini ekslusif. 😉😉

📌Apakah rahsia akan dikongsi.🤔
Kali ini kita akan pelajari bagaimana otak manusia berfungsi.
Dengan persijilan NLP bertaraf dunia kali ini dengan gabungan pemahaman ilmu sains biologi dan kimia badan.
Anda akan lebih jelas dengan hala tuju anda mencapai kesihatan.

🤯Tidak ada mana-mana kelas di Malaysia yang sampai ke tahap ini.🤯
Khusus buat anda.

📆 Tarikh: 22 Disember 2024
🕗 Masa: 8.00 Pagi - 4.00 Petang
📍 Tempat: Dewan Cempaka, IYC(International Youth Centre)

Pelaburan ilmu sepanjang hayat:
Early bird: RM 119
Normal price: RM139

Pembayaran boleh dibuat terus ke akaun:
Maybank
Liyana Tan
153010655705

Pendaftaran:

Sesi pendaftaran akan dibuka bermula 11 Disember 2024(Rabu) sehingga 21 Disember 2024(Sabtu). Sesi offline di lokasi adalah terhad untuk 50 peserta terawal sahaja.

1. Sesi online secara zoom adalah dirakam.
2. Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat rakaman sesi zoom.
3. Link rakaman akan diberi di dalam Group WhatsApp peserta.
4. Pastikan anda klik link Group Whatsapp untuk join group selepas anda submit borang pendaftaran melalui Google Form.
5. Soalan Anda dapat link ini daripada? Jawapan adalah "Coach Umi Ukiyah"
6. Selepas submit link, diminta pm Coach Umi untuk sitting.

https://coachumi.wasap.my

Lengkapkan pendaftaran anda dengan mengisi google form melalui link di bawah

https://forms.gle/3SbZ9F3PpsD9BbMG9

Intermittent Fasting Hormone Diet

11 Dec, 19:36


Ada ke yang guna kaedah ni kalau nak makan?
Sebab kita tak nak minum minyak kalau boleh kita nak rasa sup tu.

#ifhd #masterclassifhd

Intermittent Fasting Hormone Diet

09 Dec, 00:58


Diberi tanggungjawab sedikit menyantuni mereka yang hadir untuk hanya semak bacaan paling simple.

Namun bacaan simple inilah mereka tak mudah faham dan keliru dalam pertarungan.
Cuba perhatikan

Umur, Berat dan Tinggi mereka dengan bacaan tekanan darah sahaja.
Dekat sini lah ramai diantara kita ambil mudah sangat.
Akhirnya mereka jadi susah kerana tabiat ini.

Nak mudah tapi jadi susah
Bukan sahaja susah tapi seksa dalam diam .
Antara petanda ialah:
1. Emosi tak stabil
2. Mereka mudah murung dan bad mood
3. Mereka akan memilih untuk menyendiri sahaja
4. Dalam masa yang sama mereka akan sentiasa penat dan perlu bergantung kepada sesuatu untuk dapat tenaga.

Saya sering nak tunjuk contoh pada orang terdekat.
Anda boleh teka tekanan darah saya yang mana satu.
Dah la semput kesana kemari.
Lepas tu saya cuba ambil tekanan ketika macam cuak sikit.

Alhamdulilah bacaan optimum walaupun usia diambang menopause dah kita ini.
Jangan nak banding dengan usia 18-19 pula ya.
Mama dah tua dah.

Baiklah jumpa anda nanti dalam seminar khas.
Nantikan live perasmian.

Tekan love ❤️ kelas bersemuka
Tekan star ⭐️ kelas online

Nak reserve untuk 100 orang sahaja kali ini.
Dewan insyaAllah cantik dan selesa kita pilih.

sayang semua sampai mati.

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

18 Nov, 00:58


Banyak perkara baru dibentangkan di konferen Asia Tenggara untuk Public Health Nutrition.
Nanti nak update..

Jumpa anda di Malaysia.

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

15 Nov, 12:11


Menu eat clean.

Kalau tengok di media social memang macam-macam menu sihat ada.

Ramai dah amal.
Berat turun... pastu naik balik.
Ini persoalan timbul.

Jumpa dalam workshop nanti kita hurai sampai jadi sihat macam orang-orang jepun yang meninggal tanpa penyakit walaupun di usia 90-100.

Jumpa anda Ahad ni ya.
❤️

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

13 Nov, 00:53


Contoh yang boleh pelajari.

Harini terima satu saringan.
Setiap hari banyak saringan akan saya terima seperti biasa.
Namun mereka diluar sana masih tak tahu dan tak sedar ribuan saringan kita kaji setiap hari.

Lihat contoh dibawah.
Sangat muda lagi
Beliau adalah professional engineer.
Bukan biasa biasa tahap ilmu.

Jadi macam biasa ada masalah kesihatan jumpa Liyana Tan sebab dia viralkan perjuangan kesihatan.

Jadi dia buat saringan dan selepas 5 bulan dia melakukan saringan lagi.

Namun dalam tempoh 5 bulan beliau tak ambil mana-mana pakej bimbingan dengan saya.

Apa terjadi?
Anda lihat sendiri.

Paras gula turun
HbA1c naik!!

EGfr naik balik
Tapi Uric Acid pun naik !

Paras kolesterol turun
tapi lemak naik.

Berat dia rasanya turun la sikit.
Itulah ramai orang fokus tak betul
Tak faham
HOMEOSTASIS badan.

Dia ingat suka suka hati.
Tak nak cakap banyak jumpa dalam bengkel
Biarlah yang lain sibuk bengkel nak melabur dan bisnes
sekali sakit runtuh segalanya..

Bila kena baru sedar..

Jumpa nanti kita bongkar satu satu.

Satu-satunya di Malaysia.
Bengkel faham sains saringan darah!

❤️

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

10 Nov, 06:49


Overweight ni bukan tunggu smpi 100kg baru dikira overweight yer ☝️
Naik 5kg - 6kg pon kena berhati² dan kena start jaga makan, stress.

Even body slim pon kalau naik besar dekat certain body parts mcm perut, punggung, paha pun sama juga.

Patternnya berat badan akan naik beberapa kilo (itu petanda insulin resistance mula berlaku). Dan diabetes sudah bermula.

Bila dibiarkan lama bertahun-tahun, mula keluar simptom penyakit yg lain seperti gastrik, gerd, migrain, eczema, tyroid, gout, darah tinggi, kencing manis. Mulalah makan ubat itu dan ini.

Bila dibiarkan berterusan begini, dan makan tak jaga, lifestyle yg tak sihat, stress, badan akan menanggung kronik inflammation yg lama. Sebab tak kena cara merawat.

Bila dah diabetes kronik atau kanser, badan akan susut mendadak. Waktu tu buat apa pun dah terlambat.

Jangan cakap akak tak payung

#ifhd #kanser #cancer #diabetes #diabetic #overweight #gempal #berisi #obesiti

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

07 Nov, 04:40


‼️Bengkel Merungkai Sains Saringan Darah‼️

Alhamdulilah buat kali pertama bengkel secara bersemuka bakal dilancarkan atas permintaan ramai.🤲🏻🤲🏻

👉🏻Adakah anda risau kesihatan anda merosot namun anda buntu walaupun dah berusaha menjaga diet?😥
👉🏻Adakah anda semakin tidak bertenaga walaupun anda cukup rehat?😰
👉🏻Adakah anda mengalami masalah seperti sakit kepala, kulit , penghadaman dan immuniti?😨

Anda sememangnya perlu memahami apakah sains sebalik darah.🙇🏻‍♂️🙇🏻‍♀️
Namun bengkel sebegini tidak ada di Malaysia.

🫵🏻Kami bawakan khusus buat anda.🫵🏻

Apa yang akan dirungkai?

1️⃣ Pemahaman disebalik sains sel darah seperti darah merah (hemoglobin) darah putih, platelet, bacaan fungsi hati, ginjal , dan banyak lagi.
2️⃣ ⁠Bagaimana sel darah berfungsi?
3️⃣ ⁠Apakah petanda saringan darah yang boleh membantu anda untuk mendapat kesihatan mantap sepanjang hayat.
4️⃣ ⁠Apakah penyakit berkaitan darah?
5️⃣ ⁠Apakah proses kitaran dan pembaharuan darah?
6️⃣ ⁠Apakah makanan yang boleh mengubah kesihatan sel darah dan sebaliknya?

Sesi tertutup ini tidak pernah dijalankan di mana-mana tempat.☝🏻☝🏻
Pemahaman mendalam dalam bidang biologi dan kimia adalah penting untuk membantu anda dalam mencapai gaya hidup baru yang sihat sepanjang hayat.🤯🤯

*Seat hanya untuk 30 orang pertama sahaja* setiap sesi untuk memastikan pemahaman adalah jelas dan berkesan.

Makanan ringan sihat akan disediakan.🍛🥗

‼️ *Nota:*
1. Anda perlu lakukan saringan darah bersama kami dan perlu dibawa bersama. 📋
2. ⁠Untuk mereka yang telah mempunyai saringan (tempoh 2 bulan ) bayaran minimum perlu dilakukan namun anda perlu memastikan semua aspek diperlukan perlu ada dalam saringan.🪫🔋📋
3. ⁠Kepada mereka yang mempunyai lebih dari satu saringan mohon anda membawanya.📋📋

Semua yang hadir akan menerima: 👇🏻👇🏻👇🏻
1. Buku menu masakan sihat
2. ⁠Ebook kesihatan dan pemakanan
3. ⁠Door gift 🎁

Pelaburan ilmu:
~RM390~
*RM190* SAHAJA

(Kos TERMASUK SARINGAN DARAH LENGKAP yang akan dibawa ke dalam kelas)

Pendaftaran boleh dilengkapkan melalui link di bawah:
Link: https://liyanatan.onpay.my/order/form/wrk24

Lepas dah isi borang, inform semula pada coach

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

06 Nov, 10:20


2025 bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi.

2024 dah berakhir pasti banyak kisah suka duka anda semua.
Pasti banyak kejayaan, pengalaman dan ujian yang kita semua lalui kan?

Kali ini kelas bersemuka hanya khusu 30 orang sahaja.
Semua hadir dengan lengkap saringan terperinci untuk bincang satu-satu.

Tak nak cakap banyak.
Yang pasti kelas akan penuh selepas sesi live malam ni saya open.

Maaf sesangat kelas kita tak boleh ramai sebab pemahaman akan terganggu kalau terlalu ramai.

Slot pertama ini anda akan terus berjumpa dengan Liyana sendiri secara bersemuka.
Faham satu satu
Buat satu satu.

Hasilnya:

1. Anda lebih bertenaga sepanjang hari
2. Anda ceria dan bersemangat kerana paras gula stabil sepanjang hari.
3. Anda tidak lagi was-was dan khuatir dalam nak pilih makanan.
4. Anda akan lebih produktif dalam meningkatkan kualiti hidup termasuk peningkatan kesihatan kewangan.
5. Anda tidak perlu lagi stress ketagihan kopi, gula dan macam macam lagi.
6. Anda tidak lagi buntu dengan ketandusan idea, dan masalah sibuk tak sempat masak.

Anda akan dibimbing walaupun anda makan diluar, walaupun sibuk dengan jadual kerja teruk walaupun anak ramai.

TIDAK ADA ISTILAH cheat day.
TIDAK ADA ISTILAH bersenam sakit badan bazir tenaga.
TIDAK ADA ISTILAH TAKUT nasi
TIDAK ADA ISTILAH minum herba jamu
TIDAK ADA ISTILAH meal replacement

Okay tak nak cerita banyak.
Jumpa live.
Jumpa di dewan je nanti.
Kita cakap FACE TO FACE senang.

Slot penuh jangan marah.
Nanti kita open next batch ya.

❤️

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

05 Nov, 06:42


Penghujung 2024 bakal berlabuh
Pembuka 2025 bakal menjelma

Banyak perkara telah berlalu disepanjang 2024
Syukur ramai telah merasai sesuatu luar biasa dalam hidup mereka.

Banyak orang tidak akan serious masalah kesihatan sehingga mereka menyesal kerana masalah kesihatan sangat kompleks dan apabila mereka nak serious keadaan sudah membentuk kitaran yang sukar diubati.

Untuk bulan november saya ingin membuka slot khas untuk 11 orang sahaja yang akan berada di group tertutup .

Kenapa 11 ?
sebenarnya dalam kumpulan kecil pembelaran dan coaching akan lebih intensif dan berkesan.
Peserta pun semakin mesra dengan kita sekaligus mereka lebih mudah serap ilmu untuk dapat gaya hidup baharu.

Syarat yang cukup mudah hanya mempunyai saringan darah mereka boleh masuk ke program khas secara zoom ini percuma.

Malam ini pengumuman akan dibuat.
Perkongsian sedikit apa akan anda pelajari:

1. Strategi paras gula stabil sepanjang hayat bebas kencing manis dan darah tinggi sampai mati.
2. Strategi stamina dan tenaga yang mantap sepanjang hari dengan tidur 4-5 jam sahaja sehari untuk produktiviti yang hebat.
3. Tidak craving, tak perlu bergantung pada kopi atau sebarang jamu.
4. Bebas masalah penghadaman, sendi dan immuniti.

Hasilnya kulit sihat dan segar , emosi dan mental yang stabil, paras tenaga yang baik untuk menghadapi jadual padat seharian dengan berkesan..

Bonus : Tips kewangan sihat dan badan sihat 2025!

❤️

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

05 Nov, 01:12


PARAS GULA CANTIK TAPI PARAH TAK SEDAR.

Sebelum ni dah bagitahu.
Banyak kali bagitahu.
Takpa kita akan terus bagitahu.

Perhatikan saringan dibawah.
Umur dari 20 an dan sampai 50an
nak screenshot semua beratus beribu.

Ramai orang susah nak percaya susah nak faham kalau sesuatu yang benar dan baik nak cerita.
Kalau nak bagitahu benda viral tak elok
mudah pula percaya kan.

Sebelum ni dah cakap bahawa keadaan inilah menyebabkan

1. Wanita PCOS makin ramai
2. Lelaki mati pucuk
3. Sakit badan dan sendi
4. Masalah mental dan emosi kronik
5. Masalah immune sampai rosak kulit
6. Penuaan awal sampai nak sapu krim bagai tapi teruk juga kulit

Namun akhir sekali saya selalu bagitahu tujuan kita adalah nak sihat untuk apa sedangkan semua akan mati.

prinsip didikan ini jarang disentuh oleh guru untuk tunjuk pada mereka bahawa hujungnya manusia akan meninggal juga tidak kiralah saringan darah bagaimana sekalipun..

Namun selagi kita masih bernyawa.
Selagi kita masih hidup.
Apakah yang ingin kita lakukan terbaik adalah ditangan kita pilihannya.

InsyaAllah kita akan bantu mereka diluar sana yang masih buntuk masih keliru
masih tercari cari..

Salam semua.
❤️

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

27 Oct, 01:22


𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘂𝗸𝘂𝗿 𝗩𝗶𝘀𝗰𝗲𝗿𝗮𝗹 𝗙𝗮𝘁?

1. Ada kaitan dengan rembesan hormon Leptin.

2. Ada kaitan dengan sistem imunisasi badan.

3. Menggangu proses penyimpanan lemak untuk menyimpan lebihan tenaga.

Semua itu akan meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, insulin resistance, obesiti, kanser dan sebagainya.

Bagaimana cara mudah untuk menilai tahap visceral fat ini? Caranya mudah saja, dengan mengukur bacaan lilitan pinggang kita sahaja🫰

❤️

#ifhd

https://coachumi.wasap.my

Intermittent Fasting Hormone Diet

23 Oct, 15:36


Alhamdulilah ini antara makanan lazat nak kongsi dengan semua.

Makan macam ni bila anda dah capai tahap yang sepatutnya. Kalau x capai, sabar dulu..

Yang penting kita memahami bagaimana makanan itu dimakan supaya paras gula tak mencanak.

Kita cakap untuk orang diabetes dan bukan ya.
Sebab ramai tak sedar dia ada masalah sugar spike
gula mencanak.

Hasilnya:

1. Makin gemuk
2. Penat
3. Otak tak mantap
4. Craving tak ada penghujung
5. Mood tak berapa elok
6. Sampai tahap PCOS Dr kena kasi metformin walaupun paras gula belum sampai tahap diabetes

dan banyak lagi perlu anda tahu.

Ketahui lebih lanjut lagi bagaimana anda makan paras gula masih stabil elok je..

Badan ramping awet muda.
Paras tenaga mantap boleh urus keluarga dan kerjaya tak lupa boleh mengaji SETIAP hari tak ngantuk!!

Kalau rasa best nanti kita kongsi lagi…

❤️
Liyana

#ifhd

https://coachumi.wasap.my