Dalam perjalanan bot dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian, kami berbual tentang satu topik menarik: โApa yang setiap orang mahukan dalam hidup?โ
Setiap orang punya impian dan keinginan berbeza. Ada yang tak hiraukan duit, ada yang dambakan masa lapang, dan ada juga yang hanya mahu kehidupan yang tenang dan stabil. Ketika itu, mentor saya bertanya, โAzam, apa sebenarnya yang anak muda mahu? Apa yang boleh trigger mereka?โ
Saya terdiam seketika, memikirkan semula kenangan ketika awal terjun ke dunia bisnes dulu. Masa tu, satu je yang ada dalam kepala: duit! Nak cari duit lebih, nak ada duit sendiri, tak perlu bergantung pada orang lain.
Saya pun jawab, โMentor, anak muda nak duit!โ Anak muda, terutamanya yang masih belajar atau baru habis belajar, lebih fokus kepada bagaimana nak ada duit yang cukup dan stabil. Mereka belum fikirkan tentang masa lapang atau gaya hidup mewah. Mereka nak duit dulu.
Ya, betul. Bagi anak muda yang masih di universiti, mereka sibuk mencari jalan untuk buat duit semasa belajar. Bukan macam mereka yang dah lama bekerja; mereka ini mungkin ada duit, tapi masa pula terhad. Ada yang ada masa, tapi duit tak cukup. Ada juga yang kerja siang malam, tapi tetap tak cukup sebab hutang sana sini.
Sebenarnya, impian paling besar bagi ramai orang adalah ada duit dan ada masa. Itu jackpot kehidupan, lebih-lebih lagi kalau dapat dicapai di usia muda. Bila ada duit, ada masa, tak perlu kerja kuat pun duit tetap masuk, dan dapat hidup gaya bebas yang jarang orang lain dapat. Itulah impian yang sukar dicapai.
Tapi, melalui bisnes Public Gold, ramai anak muda yang sudah buktikan mereka boleh capai dua-dua: duit dan masa, pada usia yang masih muda. Dalam erti kata lain, mereka dah โpencenโ sebelum habis belajar lagi! Sebab pencen bukan soal umur, tapi soal kewangan.
Saya masih ingat apa yang mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie pernah cakap:
โAzam, bukan mudah nak jumpa anak muda yang boleh dapat macam Azam dan rakan-rakan dealer lain dapat sekarang. Ada duit, masa lapang, dan percutian mewah ke luar negara setiap tahun. Itu semua bukan biasa-biasa!โ
Fikir balik, mungkin bagi kami yang dah biasa dengan lifestyle ni, rasa macam perkara biasa. Tapi, bila tengok dari perspektif orang luar, lifestyle dealer Public Gold memang bukan โkos murahโ. Semua tu satu impian yang nampak mahal dan jauh untuk dicapai.
Terima kasih Public Gold, kerana sediakan platform yang dah banyak mengubah hidup saya dan team #5GAssociates ke arah kebebasan kewangan dan masa yang sebenar.
Apa yang kami dapat hari ini bukan sekadar duit dan masa, tapi peluang untuk hidup dengan cara yang kami sendiri pilih.
Kelebihan dan cara untuk jadi dealer Public Gold:
https://mypublicgold.com/azamamiri/pgdealer
Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
#notaazamamiri #5gassociates #publicgold