Jabatan Pendaftaran Negara @jpnhqofficial Channel on Telegram

Jabatan Pendaftaran Negara

@jpnhqofficial


Channel Telegram Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

Jabatan Pendaftaran Negara (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, atau lebih dikenali sebagai JPNHQ. Saluran ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan pengumuman daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memproses urusan berkaitan dengan pengenal pasti individu, seperti pendaftaran kelahiran, kematian, perkahwinan, dan lain-lain. Semua maklumat penting berkaitan dengan proses pendaftaran dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dapat diakses melalui saluran Telegram ini. Dengan menyertai saluran Telegram rasmi JPNHQ, anda akan mendapat akses terus kepada pengumuman terkini, panduan proses pendaftaran, jadual operasi cawangan JPN, serta maklumat berguna yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, saluran ini juga menyediakan ruang untuk pengguna bertanya soalan dan mendapatkan jawapan daripada wakil JPN. Bagi mereka yang ingin memperoleh maklumat tepat dan terkini berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, saluran Telegram JPNHQ adalah sumber yang ideal. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran rasmi ini dan terus terima manfaat daripada maklumat yang disediakan. Sertai kami hari ini di '@jpnhqofficial' dan jadilah yang pertama mengetahui berita terbaru dari Jabatan Pendaftaran Negara!

Jabatan Pendaftaran Negara

06 Feb, 08:44


Di JPN, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang mesra, sopan, dan profesional kepada semua pelanggan agar setiap urusan anda berjalan dengan lancar dan memberi pengalaman yang terbaik. Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan kami demi kepuasan pelanggan kami. Terima kasih atas kerjasama anda kepada JPN.

Bagi seluruh warga kerja JPN ayuh kita amalkan etika pengurusan pelanggan dan sentiasa menjadi petugas barisan hadapan yang cemerlang.

#RakyatDiHatiJPN
#JPNDiManaMana
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

31 Jan, 08:21


Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

31 Jan, 02:58


MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT JPN SEKITAR NEGERI SARAWAK

Seperti sedia maklum, Sarawak sedang mengalami situasi banjir susulan hujan lebat berterusan di beberapa tempat termasuk di Bintulu, Serian, Samarahan, Kuching, Miri dan Sibu.

Sehubungan dengan itu, pejabat yang terbabit dengan banjir tidak dapat beroperasi pada hari ini (31 Januari 2025), Jumaat sehingga pemakluman selanjutnya kelak.

#RakyatDiHatiJPN
#JPNDiManaMana
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

28 Jan, 08:04


Selamat Tahun Baru Cina! Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kebahagiaan, dan keberkatan kepada semua.

#RakyatDiHatiJPN
#JPNDiManaMana
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

16 Jan, 10:08


PENDAKWAAN TERHADAP SEORANG LELAKI WARGANEGARA ATAS KESALAHAN MENGEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU DALAM BORANG DAFTAR LAHIR/ MATI JPN LM01

OKT yang telah ditahan semalam (15 Januari 2025) di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak hari ini.

JPN menyeru orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk melaporkan setiap isu penyelewengan dokumen pengenalan diri kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil atas setiap kesalahan yang dilakukan.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

15 Jan, 05:47


Daftarkan kelahiran anak anda mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 42 hari bagi Sabah & Sarawak bagi mengelakkan berlakunya pendaftaran lewat kelahiran.

Permohonan Pra Pendaftaran Kelahiran juga boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi JPN.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

08 Jan, 04:07


MEKAR Pahlawan merupakan satu daripada 5 Program MEKAR JPN yang melibatkan pendaftaran MyTentera, MyPolis & Askar Timbalan Setia Negeri Johor.


Selain daripada membantu memudahkan urusan gantian kad pengenalan mereka, program ini juga dapat mengurangkan kesesakan di kaunter JPN.


#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

24 Dec, 09:51


Pengurusan Tertinggi serta warga Jabatan Pendaftaran Negara mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian.

*Jabatan Pendaftaran Negara seluruh Malaysia tidak beroperasi pada hari cuti umum.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

12 Dec, 09:18


🛑 Maklumat Palsu 🛑

'Sijil' yang sedang ditularkan ini adalah PALSU ‼️

Ianya telah diubah suai dan bukan sijil rasmi yang dikeluarkan oleh JPN. Orang ramai dimohon untuk tidak lagi berkongsi 'sijil' tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

Kunjungi Portal & Ikuti laman media sosial rasmi JPN untuk maklumat betul dan sahih.

Jabatan Pendaftaran Negara
12 Disember 2024 (Khamis)

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

10 Dec, 03:16


Pesanan daripada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu kepada mangsa banjir terutamanya golongan petani, nelayan, penternak dan mereka yang terlibat dalam bidang pertanian yang kehilangan dokumen pengenalan diri atau yang mengalami kerosakan supaya hadir memohon gantian/cabutan dokumen tersebut di JPN secara percuma.

Youtube: https://youtube.com/shorts/5WMyaR2STjE

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSjwwNpwx/

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

05 Dec, 03:48


DATA MYKAD 17 JUTA RAKYAT MALAYSIA DIDAKWA BOCOR

Siasatan JPN mendapati tiada kebocoran data ataupun transaksi mencurigakan berlaku dalam sistem di JPN. Malah, JPN juga menegaskan tiada sebarang kes seperti demikian pernah berlaku sebelum ini melibatkan sistem JPN. JPN juga telah berhubung dengan pihak NACSA dan PDRM bagi membolehkan siasatan diperingkat mereka diambil.

JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin dan selamat.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

04 Dec, 07:38


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN ICT DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA TAHUN 2024

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan ICT di JPN untuk menambah baik mutu kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan kepada pelanggan.

Tempoh pengisian soal selidik ini adalah sehingga 31 Disember 2024. Borang soal selidik boleh dicapai melalui:

a. Pautan https://forms.gle/syLPdm9FryhMfttx6 ; atau
b. Imbasan QR code yang dilampirkan

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

03 Dec, 08:34


GANTIAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI SECARA PERCUMA

Permohonan gantian dokumen pengenalan diri yang rosak atau hilang disebabkan bencana banjir tidak akan dikenakan bayaran.

JPN juga akan menggerakkan perkhidmatan Bas dan Van MEKAR ke kawasan terjejas sebaik sahaja lokasi berkenaan dapat diakses.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

02 Dec, 04:12


Saksikan secara langsung temu bual bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara, Puan Sarinah Binti Apisah, dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 atau strim melalui RTMKlik tentang topik "Penggantian Dokumen Penting Akibat Banjir" pada 3 Disember 2024, jam 8.50 pagi.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

22 Nov, 01:17


PROGRAM 2 TAHUN MADANI MENJELANG TIBA!

Anda tiada perancangan aktiviti pada hari esok dan hujung minggu ini? Berita menarik untuk anda!

Jom kita ramai-ramai mengunjungi Program 2 Tahun MADANI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 22 hingga 24 November 2024 (Jumaat hingga Ahad), mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Anda akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik oleh pelbagai agensi kerajaan termasuklah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan menawarkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan istimewa seperti:

📌 Diskaun 60% Saman Trafik PDRM
📌 Jom Exchange Al-Quran
📌 Pertunjukan dan Pameran PDRM
📌 Jualan Produk Suka AADK
📌 Jualan Produk MyPride Jabatan Penjara Malaysia
📌 Semakan Status Perjalanan ke Luar Negara
📌 Perkhidmatan Pendaftaran Pertubuhan
📌 Karnival Kerjaya MySTEP KDN
📌 Semakan MULE (Scammer)
📌 Pendaftaran Keahlian RELA
📌 Pocket Talk “Magic Mushroom Bukan Sayur!”

#2TM
#MalaysiaMADANI
#MADANIdihatirakyatdisatuni
#KeselamatanTanggungjawabBersama

Jabatan Pendaftaran Negara

21 Nov, 09:57


Ingat lagi tak Kad Pengenalan pertama anda masa umur 12 Tahun dulu versi yang mana?

Jom imbau kenangan di Reruai KDN, JPN akan berkongsi tentang evolusi kad pengenalan di Malaysia sempena program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Banyak lagi aktiviti dan pengisian menarik berkaitan agensi-agensi di bawah KDN yang dibawakan untuk anda.

Jumpa anda di sana!🙂

"MADANI di hati, rakyat disantuni"

https://vt.tiktok.com/ZSjHqAmNK/

https://youtu.be/HNR_22HIoo0

#2TahunMADANI #2TahunKerajaanMADANI #MalaysiaMADANI
#RakyatdihatiJPN
#PerkasaIdentiti

Jabatan Pendaftaran Negara

21 Nov, 07:40


📣📣📣 JPN @ RERUAI KDN‼️‼️‼️

Jom dapatkan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan JPN dan ketahui tentang evolusi Kad Pengenalan di Malaysia. Kunjungi Reruai Kementerian Dalam Negeri bersempena Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Banyak lagi aktiviti dan pengisian menarik berkaitan agensi-agensi di bawah KDN yang dibawakan untuk anda‼️‼️‼️

Jumpa anda di sana!🙂

“MADANI di hati, rakyat disantuni”

#2TahunMADANI
#2TahunKerajaanMADANI
#MalaysiaMADANI
#RakyatdihatiJPN
#PerkasaIdentiti

Jabatan Pendaftaran Negara

19 Nov, 03:33


TIADA SEBARANG BENTUK BANTUAN WANG TUNAI YANG DIBUAT OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Bagi maklumat berhubung bantuan kewangan oleh Kerajaan, ianya boleh disemak di portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my).

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dan jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

18 Nov, 00:02


PROGRAM MENYEMAI KASIH RAKYAT

MEKAR Komuniti merupakan salah satu inisiatif di bawah Program MEKAR JPN.

Sebagai salah satu nilai tambah kepada MEKAR KOMUNITI, MEKAR DIDIK dicetuskan oleh YB Menteri Dalam Negeri, bagi mengatasi isu keciciran di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang layak namun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri seperti tidak memiliki Sijil Lahir, Kad Pengenalan dan Sijil Kewarganegaraan. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara bersama Kementerian Pendidikan di seluruh Negara.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

13 Nov, 08:45


Saksikan secara langsung temu bual bersama Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara, Puan Siti Aisyah Abdullah, dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 atau strim melalui Tonton tentang topik "Kewarganegaraan Anak" pada 14 November 2024, jam 12.00-1.00 tengah hari.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

11 Nov, 09:13


HANTARAN PILIHAN

Terima kasih atas penghargaan yang diberikan terhadap perkhidmatan JPN. Tahniah juga diucapkan kepada kakitangan JPN Negeri Kedah yang terlibat. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan menjadi contoh kepada semua kakitangan JPN.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

07 Nov, 09:32


Saksikan secara langsung temu bual bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, YBrs. Puan Faizah Binti Jaarudin dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 atau strim melalui Tonton tentang topik "JPN - Mudah Dengan Kad" pada 8 November 2024, jam 10.30 pagi.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

07 Nov, 03:38


Tahniah diucapkan kepada En. Heaston, petugas kaunter JPN Cawangan UTC Pudu dan En. Ridwan, Pegawai Petugas RELA atas bantuan dan layanan terbaik yang telah diberikan kepada pelanggan.

Untuk pengetahuan orang ramai, JPN juga menyediakan perkhidmatan MEKAR kepada golongan OKU, warga emas dan pesakit kronik/terlantar yang tidak dapat hadir ke pejabat JPN bagi urusan permohonan dokumen pengenalan diri.

Melalui Program MEKAR, pegawai JPN akan datang ke rumah pemohon bagi urusan permohonan dokumen pengenalan diri dan pemohon tidak perlu bersusah-payah untuk hadir ke pejabat JPN.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan MEKAR, hubungi pegawai kami di talian 03-88808014 atau hantarkan emel kepada [email protected].

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

30 Oct, 09:01


Pengurusan Tertinggi serta warga Jabatan Pendaftaran Negara mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.


#HPN2024
#PerkasaIdentiti
#PerkukuhNegara
#JPNDiManaMana
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

29 Oct, 01:05


BELANJAWAN 2025 l PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK I MEKAR JPN

Program MEKAR IHSAN JPN membantu golongan yang menghadapi kesukaran untuk hadir berurusan di Pejabat JPN.

Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 berkaitan inisiatif kaunter bergerak Kerajaan, JPN juga akan terus komited melaksanakan lebih banyak program-program MEKAR bagi membantu rakyat Malaysia yang layak untuk memiliki dokumen pengenalan diri.

#RakyatDiHatiJPN
#perkasaidentiti
#jpndimanamana

Jabatan Pendaftaran Negara

16 Oct, 08:23


Selaras dengan hasrat KSN bagi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, JPN turut sentiasa menambah baik perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.

JPN menyediakan perkhidmatan laluan khas kepada pelanggan kategori berikut bagi mengurangkan waktu menunggu dan memberikan keselesaan ketika berurusan di pejabat JPN.

#HPN2024
#PerkasaIdentiti
#PerkukuhNegara
#JPNDiManaMana
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

16 Oct, 07:38


Anda dalam proses nak daftarkan pengangkatan?

Ikuti Forum Pendaftaran Pengangkatan secara langsung di laman Facebook rasmi JPN untuk ketahui prosedur pendaftaran pengangkatan.

#HPN2024
#PerkasaIdentiti
#PerkukuhNegara
#JPNDiManaMana
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

11 Oct, 08:26


SESI LIBAT URUS DAN MERARAU YB MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA DENGAN KETUA PENGARANG AGENSI MEDIA

PUTRAJAYA, 11 Oktober 2024 -YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah menyempurnakan Sesi Libat Urus dan Merarau YB Menteri Dalam Negeri Bersama dengan Ketua Pengarang Agensi Media di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Sesi yang dihadiri oleh ketua-ketua pengarang serta penyiaran pelbagai agensi media ini bertujuan untuk memberikan penerangan tentang isu-isu terkini yang berkaitan dengan KDN dan agensinya di samping untuk mengeratkan serta memperkukuh hubungan antara KDN dengan pengamal media tempatan sebagai salah satu bentuk jalinan kerjasama strategik.

#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMADANI
#KementerianDalamNegeri

Jabatan Pendaftaran Negara

11 Oct, 04:22


PERHATIAN ‼️

Perkara ini tidak benar. Ini #JPNJelaskan mengenainya:

Pengeluaran kad pengenalan adalah di bawah bidangkuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang dikawalselia melalui Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78] dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN1990].

#HPN2024
#PerkasaIdentiti
#PerkukuhNegara
#JPNDiManaMana
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

04 Oct, 05:54


Untuk orang ramai yang setia menunggu, kami bawakan kepada anda Foto Kenangan Terindah sempena Hari Pendaftaran Negara 2024.

Dah ramai sangat yang tanya admin bila boleh mohon. Sekarang permohonan dah buka.

Tunggu apa lagi? Ayuh mohon sekarang 😆

#HPN2024
#PerkasaIdentiti
#PerkukuhNegara
#JPNDiManaMana
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI

Jabatan Pendaftaran Negara

02 Oct, 01:28


Orang-orang Kedah kami nak habaq mai ni sempena Program Sua Mesra bersama KDN dan Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-76 tahun Sabtu ini 5 Oktober 2024 di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Bandar Baharu Kedah, ada banyak program menarik tau.

Ini kami kongsikan pameran & perkhidmatan daripada jabatan dan agensi yang ada nanti!

Jemput mai semua!

#HPN2024
#PerkasaIdentiti
#PerkukuhNegara
#JPNDiManaMana
#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI