Malaysia bersama 8 Negara yang lain akan menentang Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa bermula hari ini
8 negara yang lain bersama Malaysia ialah Belize, Bolivia, Chile, Colombia, Honduras, Senegal, Namibia dan Afrika Selatan
Pasukan Delegasi Malaysia akan menubuhkan The Hague Group bersama negara negara ini untuk membincangkan komitmen dan membuat koordinasi undang undang, ekonomi dan diplomatik dalam memastikan Israel bertanggungjawab di atas jenayah perangnya di Gaza
Mesyuarat akan dipengerusikan Progressive International dan perbincangan berdasarkan tindakan 3 buah negara iaitu Bolivia, Belize dan Chile sebelum ini dan membantu Afrika Selatan yang sedang membina kes menentang Israel
Semoga urusan mereka dipermudahkan Allah