Tips Business Exclusive @rahsiabisnes Channel on Telegram

Tips Business Exclusive

@rahsiabisnes


Komuniti khas ini dibuat dan direka khas utk bantu usahawan dan bakal usahawan untuk dapatkan pelbagai knowledge berkaitan strategi marketing,copywriting,closing,
motivasi dan banyak lagi

Tips Business Exclusive (Malay)

Tips Business Exclusive adalah sebuah saluran Telegram yang direka khas untuk membantu usahawan dan bakal usahawan dalam memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai strategi pemasaran, penulisan iklan, penutupan jualan, motivasi, dan banyak lagi. Saluran ini, dengan username @rahsiabisnes, menyediakan platform yang meluas bagi para usahawan untuk berkongsi pengalaman, bertukar pendapat, dan memperoleh nasihat berguna dari pakar-pakar dalam industri perniagaan. Dengan fokus yang ketat pada perkongsian pengetahuan dan pembelajaran, Tips Business Exclusive memastikan setiap ahli komuniti mendapat akses kepada maklumat terkini dan strategi terbaik yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Bergabunglah dengan kami hari ini untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi! Raihlah kejayaan dengan Tips Business Exclusive.

Tips Business Exclusive

30 Aug, 11:44


Assalamualaikum semua...

Lepas ini saya dah tak guna telegram ni lagi ..

Sy akan share segala tips-tips bisnes dalam telegram di bawah

https://t.me/+RuGnT09Hv3UzwcIh

Tips Business Exclusive

27 Aug, 13:34


TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE

Bila PM masuk bertaluยฒ :
"Ya Allah, kau berilah aku peluang untuk membantu pelanggan ku supaya kembali yakin dan sihat dengan produk jualan ku".

Tips WAJIB Amalkan Sebelum Reply WhatsApp :

1. Mulakan dengan bismillah
2. Berserah dan minta dengan ALLAH dulu kerana hanya DIA yang menjentik hati pelanggan dan buka hati mereka utk membeli.

Jadi kita pun tak kecewa jika pelanggan tu beli atau tak. Sebab kita dah serah dan ALLAH dah atur yg terbaik untuk kita.

1. Sentiasa letakkan ALLAH No 1โƒฃ
2. Jangan mengeluh jika tak dapat close sale
3. Perbaiki cara engagement dengan pelanggan
4. Muhasabah diri dan audit balik apa yg "block" rezeki utk masuk.

Ingat! Bisnes bukan sekadar jual dan duit sahaja ๐Ÿ˜Š

Tips Business Exclusive

21 Jul, 14:10


Satu tips harini .

Orang membeli bukan sebab produk tapi orang membeli disebabkan benefit produk kita .

Ramai seller tersalah faham part ni ,sewaktu closing atau promote di media social terlalu lebih cerita tentang produk berbanding apa yang customer dapat kalau dia beli/consume produk kita .

Bukan tak cerita langsung mengenai ingredients semua tu ,tapi lebihkan benefit produk kita .

Sama juga konsep yang nak tarik agent join team kita ,Tanya balik dia nak join kita sebab apa ? nak make it money ?
Cerita lebih tentang macam mana dia boleh buat duit bersama kita .

Cerita apa yang customer kita suka dengar bukan cerita apa yang kita suka .

www.rocketfamous.com

Tips Business Exclusive

20 Jul, 03:49


Kita dah bagi detail then pelanggan senyap .Sy yakin bukan awak sorang je yg tanya ni ada masalah ni.Ramai dekat dalam channel ni pernah mengalami masalah ni.

Berbalik pada soalan,

Ada 5 perkara yang korang boleh perhatikan :

1.Offer dan Value yang korang bagi.๐Ÿคฉ
-Adakah offer yang korang bagi tu cukup menarik ?
-Adakah value produk atau free gift yg korang bagi cukup kuat untuk menambat hati bakal pelanggan korang ?

2.Urgency๐Ÿ˜ฑ
-Buatkan bakal pelanggan korang rase rugi kalau tak grab harini atau sekarang .
-Contohnya,Harga promosi Rm 59 ni Hanya untuk harini,Esok harga akan jadi normal Rm 99.
-Contohnya lagi,Kalau akak dapat payment sebelum pukul 3 petang ni saya boleh bagi akak free postage sebab alang2 sy nak poskan customer yg order harini.
-Normally team sale saya akan combine 2 contoh ni sekaligus.


3.Scarcity ๐Ÿคจ
-Buatkan stok korang nampak kurang dan mention berapa stok yg balance .Mention sekali kalau stok ni habis bila akan restock.Buatkan diorang rase
" Ni kalau aku tak grab harini lama lagi ni nak dapat "

4.Guaranty๐Ÿค
-Contohnya ,Jaminan barang sampai atau wang dikembalikan.

5.Chat in 2 way๐Ÿ” (Paling penting)
-Korang kena paham mereka adalah manusia yg ada perasaan bukannya robot.Perbanyakkan enggagement dengan mereka.
-Always endingkan chat dgn soalan supaya dia tahu nak reply apa .
-Pahami dgn betul apa masalah mereka supaya korang dapat bantu mereka dgn tepat.

Kesilapan terbesar dalam law closing adalah Korang send segaligus semuaaaaaaa detail2 produk,promosi,acc bank secara serentak .Lepas tu pening kenapa customer bluetick ๐Ÿคฆโ€โ™€๏ธ.Rileks jangan tergopoh-gopoh,closing ada seninya dan ada stepnya.


Semoga dapat sesuatu โค๏ธ๐Ÿ”ฅ

Tips Business Exclusive

16 Jun, 14:09


Selamat Hari Raya Aidiladha
Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. Semoga dilimpahi hidayah, rahmah, keberkatan dan keredhaanNya jua.

wwww.rocketfamous.com

Tips Business Exclusive

15 Jun, 13:10


Kenapa prospek tak membeli daripada anda?

Contoh 1:

A: Saya nak kena tanya suami dulu.

B: Boleh puan. Puan rasa suami puan akan tanya apa-apa soalan ke tentang perkara ni?

A: Rasanya ada.

B: Apa agaknya soalan yang akan dia tanya?

A: Rasanya dia akan tanya pasal harga.

B: Oh begitu. Selain daripada harga?

A: Itu je kot.

B: Puan rasa dia akan cakap apa pasal harga ni?

A: Dia akan cakap mahal.

B: Saya pun rasa macam tu. Puan pula rasa macam mana dengan harga ni?

A: Ermm sebenarnya saya pun rasa harga ni mahal.


Dari perbualan ni anda boleh tahu yang prospek sebenarnya anggap produk tu mahal.

Bukannya dia perlukan izin suami sangat.

...

DAPAT SESUATU?

Kunci nya adalah T.A.N.Y.A.
Banyak perkara yang Seller akan dapat bila TANYA soalan yang betul.


Nota : TANYA sebab kita CARE, bukan sebab kita DESPERATE SALES. โšก๏ธ

Tips Business Exclusive

15 Jun, 13:08


Kenapa prospek tak membeli daripada anda? ๐Ÿค”

Prospek boleh kata macam-macam sebab.

Tapi betul ke sebab yang dia kata tu?

Atau itu cuma alasan je.

Jadi anda kena korek apa sebab sebenar tu.

Nak saya share contoh?

Ada yang NAK BACA?

Tips Business Exclusive

15 Jun, 13:06


Assalamualaikum semua , Insyallah sy akan mula aktifkan kembali share tips-tips bisnes dalam channel ni .

Tips Business Exclusive

12 Dec, 07:00


Kalau submit order sekarang bila boleh siap ?

Ini soalan paling ramai yg tanya di ws ,sy jawab dalam ni terus ,supaya ramai dapat info ni yaa ,di ws sangat jem kami akan reply satu persatu ...

Untuk Instagram Follower :
โƒ Tak kira korang order 1k ke ,5k ke ,10k ke
โƒ Dalam 2-5 jam akan siap sepenuhnya .

Untuk Tiktok Follower :
โƒ kenaikkan berperingkat ,akan start kenaikkan 1 jam selepas submit order .
โƒ Tapi 24 jam akan siap 1k follower .

Mana yang dah ws admin ,dia akan reply sekejap sahaja lagi ,mana yg belum ws boleh tekan link dibawah .

https://bigsale12.wasap.my/

Tips Business Exclusive

10 Dec, 13:19


#3: Tiada Projection yang Detail Dengan Breakdown Numbers Nya, Melibatkan Quarterly, Monthly, Weekly atau Daily

Kalau nak buat perancangan yang betul, kena ada projection yang detail.
Tak cukup dengan target tahunan je. Kena ada breakdown numbers yang melibatkan quarterly, monthly, weekly, atau kalau boleh, daily.

โ€ข Korang kena kenalpasti jenis data yang korang perlu. Apa yang korang nak siasat? Adakah itu jualan harian, kos harian, atau mungkin pertumbuhan pelanggan setiap bulan? Pilih data yang relevan dengan bisnes korang.

โ€ข Lepas tu, korang kena kumpul data-data lama, contohnya data jualan bulan-bulan sebelum ni. Dengan data histori, korang boleh buat projection yang lebih tepat.

โ€ข Kita bermula dengan projection quarter pertama. Jadi, berdasarkan data2 lama dan maklumat yang korang kumpul, cuba buat projection untuk tiga bulan pertama. Contoh, berapa jualan yang korang jangka dalam tiga bulan pertama?

โ€ข Lepas habis quarter pertama, korang boleh sambung dengan projection bulanannya. Dengan data yang korang dah ada, boleh jangka berapa jualan setiap bulan dalam quarter seterusnya.

โ€ข Kalau perlu, korang boleh sambung dengan projection mingguan atau harian. Misalnya, kalau korang buka restoran, korang boleh buat projection harian berapa pelanggan yang datang dan berapa pendapatan harian.

Pantau prestasi bisnes dengan projection yang korang dah buat. Kalau tak sesuai, cuba adjust projection tu supaya lebih tepat dan realisitik.

Semoga bermanfaat

Tips Business Exclusive

07 Dec, 13:22


#2: Tiada Kajian dan Analisis Bisnes, Pesaing dan Market Sebelum Buat Planning

Ini penting! Ada founder atau usahawan yang tak sabar nak marketingkan produk, sampai lupa nak buat homework dulu.

Mereka tak tahu saingan bisnes lain macam mana, tak tahu demand market, dan tak tahu trend apa yang tengah panas. Akibatnya, perancangan jadi buta tuli.
So, jom kita belajar camne nak elak masalah ni.

โ€ข Kaji Bisnes Sendiri Dulu. Apa produk yang korang jual? Siapa pelanggan korang? Berapa harga korang jual? Banyak owner bisnes terlupa nak kaji bisnes sendiri. Kalau tak tahu pasal bisnes sendiri, macam mana nak buat planning yang berkesan?

โ€ข Lepas tu, korang kena kaji pasal pesaing. Siapa competitor bisnes korang? Apa kelebihan mereka? Apa kelemahan mereka? Dengan tahu pasal pesaing, korang boleh buat perbandingan, dan ini akan membantu korang buat perancangan yang lebih strategik.

โ€ข Kemudian, jangan lupa kaji keadaan market. Apa yang tengah berlaku dalam pasaran? Adakah demand naik atau turun? Ada trend baru ke? Kalau korang tak tahu pasal keadaan market, korang boleh terlepas peluang yang baik.

โ€ข Buat SWOT Analysis. SWOT โ€“ Strengths, Weaknesses, Opportunities, dan Threats. Dengan buat analisis SWOT, korang boleh nampak dengan lebih jelas apa yang boleh jadi kelebihan dan kelemahan bisnes korang, serta peluang dan ancaman yang korang kena hadapi.

Perancangan yang berasaskan kajian dan analisis, akan memastikan bisnes korang lebih bersedia menghadapi cabaran dan grab peluang.

So, kaji dan analisis dulu sebelum bertindak!

Tips Business Exclusive

07 Dec, 13:21


Selamat malam semua โค๏ธ

Tips Business Exclusive

06 Dec, 13:22


Ini baru point pertama ,Ada lagi 4 point .Sy memang akan explain satu persatu dan detail sebab hujung tahun ni ramai usahawan tengah buat planning untuk tahun depan.

Mungkin tips ni lebih kepada founder atau usahawan yg ada staff dan sebagainya ,tapi korang juga boleh kaitkan dengan bisnes masing-masing yee...

Esok saya sambung lagi......

Tips Business Exclusive

06 Dec, 13:21


#1: Membuat Target atau Sasaran, Tidak Berdasarkan Financial Analysis yang Sebenar

Banyak owner bisnes letak target yang tak realisitik, tanpa mengambil kira keadaan sebenar kewangan bisnes mereka.

Contoh, mungkin mereka impikan nak jana jutaan ringgit dalam tempoh setahun, tapi tak tengok pun berapa modal yang sebenar mereka ada.

Lepas tu, terkejut kenapa bisnes tak jalan macam yang diharapkan. Jadi, dalam bahagian ni, saya kongsikan antara cara-cara nak elakkan masalah ni dan buat planning yang berdasarkan real numbers!

โ€ข Jangan buat target atau sasaran secara buta tuli. Mula dengan analisis kewangan dengan teliti. Apa yang patut kita buat ialah lihat nombor-nombor kewangan bisnes . Berapa modal yang ada? Berapa kos operasi bulanan? Berapa pendapatan bulanan? Dengan data-data ni, kita boleh buat target yang lebih realistik.

โ€ข Kenal pasti break-even point. Ini adalah level di mana income masuk sama dengan kos operasi. Kalau kita tak kenal pasti berapa break-even point, kita mungkin akan terus rugi. Jadi, kira berapa jumlah jualan yang kau kena capai untuk cover semua kos operasi.

โ€ข Kaji risiko dan keadaan pasaran. Kita perlu pertimbangkan risiko-risiko yang boleh mempengaruhi income bisnes korang.


Jadi, dengan cara-cara ni, korang boleh buat target atau sasaran yang lebih bijak.Buat target yang berdasarkan analisis kewangan yang sebenar, dan pastikan target tu realistik dan boleh dicapai.

Tips Business Exclusive

06 Dec, 13:20


Selamat malam semua....

sy sambung lebih detail tentang planning ni yee ..

Ada 5 point sy nak sentuh antara kesilapan usahawan semasa buat planning .

Tips Business Exclusive

04 Dec, 13:31


Apa Jadi Bila Kita Tak Buat Planning Bisnes?

Kita tak tahu apa yang akan jadi dalam masa depan. Kita mungkin akan tersasar dari matlamat sebab tak ada rancangan yang jelas.

Selain tu, kita mungkin tak faham betul pasaran, persaingan, atau expenses yang diperlukan.

Semua ni boleh jadi masalah besar kalau tak ada planning!

Kita akan buang banyak masa, tenaga, dan duit dalam perkara yang tak memberi hasil!
Ada juga owner bisnes yang dah buat planning, tapi caranya salah.. tak efektif!

Esok sy akan sambung antara kesilapan usahawan buat semasa planning bisnes .

1,754

subscribers

51

photos

2

videos