Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Majlis Kolej Kediaman Sesi 24/25 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua mahasiswa/i berbangsa Cina di UniSZA.
Gong Xi Fa Cai (恭喜发财) ialah ucapan tradisional dalam bahasa Cina yang sering digunakan semasa Tahun Baru Cina. Gong Xi (恭喜) bermaksud “Tahniah” atau “Selamat" manakala Fa Cai (发财) bermaksud “Menjadi kaya” atau “Kemakmuran”.
Jadi, secara keseluruhannya, Gong Xi Fa Cai bermaksud “Selamat dan semoga makmur” atau “Tahniah, semoga mendapat kekayaan”.
Ucapan ini melambangkan harapan untuk rezeki yang melimpah dan kejayaan pada tahun yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
“Menyatukan Penghuni Aktif”
“Ilmu Demi Faedah Insan”
Majlis Kolej Kediaman Sesi 24/25
Universiti Sultan Zainal Abidin
#DemiUniSZA
#UniSZAPastiTahu
#BanggakuMenjadiWargamu