inche_lebah - Healing Untuk Matang @inche_lebah Channel on Telegram

inche_lebah - Healing Untuk Matang

@inche_lebah


Tulisan-tulisan healing daripada inche lebah, coretan harian, nota dan aksara matang. ♥️

inche_lebah - Healing Untuk Matang (Malay)

Selamat datang ke inche_lebah - Healing Untuk Matang! Channel ini dipersembahkan oleh inche lebah, yang menyajikan tulisan-tulisan healing, coretan harian, nota, dan aksara matang untuk semua pengikutnya. inche_lebah memberikan inspirasi dan motivasi melalui kata-kata yang penuh makna dan mendalam. Dengan setiap coretan dan nota yang dikongsi, anda pasti akan merasakan ketenangan dan kebahagiaan di hati. Sertai kami di inche_lebah untuk pengalaman kehidupan yang lebih bermakna dan matang. Tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang dan biarkan inche_lebah membawa healing untuk setiap jiwa yang matang. Terima kasih kerana menyertai kami!

inche_lebah - Healing Untuk Matang

17 Feb, 23:47


Memaafkan bukan bererti melupakan. Dan tidak melupakan bukan bermaksud dia tidak reda, tetapi dia sedang belajar daripada kesilapan, tambah lagi itu adalah kesilapan orang yang paling dia percaya.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

17 Feb, 09:31


Jika kamu rasa berat dengan hidup, maka hiduplah untuk Allah dengan penuh erat.

Mungkin sudah sampai masanya untuk kamu lepaskan dunia, sekarang tiba masanya untuk kembali kepada Dia.

· inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

31 Jan, 08:52


Tak ada yang lebih baik, saat ujian itu datang, kamu tidak lagi mengeluh, tetapi tersenyum dan berkata;

“Alhamdulillah, Tuhan masih mencintai aku, dan aku perlu berharap kepada Dia.”

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

24 Jan, 10:55


Tak rasa bersalah ke? Kamu berikan dia harapan, kemudian kamu ragut harapan tu balik?

Kamu mainkan dia, seolah-olah hati dia boleh ditolak dan terbalik.

Ingat, apa yang kamu buat sekarang, mungkin kamu tak rasa apa-apa. Tapi bagi dia, inilah permulaan kepada hati yang tawar.

inche_lebah - Healing Untuk Matang

23 Jan, 00:29


Tanda kamu orang bahagia, kamu tak kisah apa yang orang kata, sebab kamu pentingkan apa yang Allah kata.

Kamu mungkin dihina, tapi hinaan itu takkan pernah masuk ke dalam hati kamu. Sebab hati kamu itu sudah di isi Allah.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Jan, 04:02


Jangan pernah menyesal dengan apa yang Allah takdirkan untuk kamu. Nikmatilah ujian ini dengan penuh sabar, maka mutiara yang sebelum ini malap akan menjadi sinar.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

01 Jan, 10:10


Yang runtuh cuma air mata, bukan harga diri. Kamu tetap mahal, walaupun mulut orang cuba merendahkan kamu.

Sekarang, kamu perlu tahu. Takkanlah Allah ciptakan kamu sesempurna ini hanya untuk merugikan. Pasti ada sesuatu yang kamu boleh buktikan.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

31 Dec, 11:31


Hadiah untuk kamu

inche_lebah - Healing Untuk Matang

17 Dec, 05:33


Benih tak pernah hilang, ia sedang menumbuh, walaupun kamu tak nampak benih di depan mata.

Begitu juga dia, dia tak pernah hilang, dia sedang belajar untuk sembuh, walaupun kamu tak nampak dia seketika.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

13 Dec, 08:40


Jangan menyerah kalah, belajarlah daripada matahari, selagi belum malam, selagi itulah terus bersinar.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

03 Dec, 01:47


Jika musibah itu mendekatkan kamu kepada Allah, itu ujian. Dan jika musibah itu menjauhkan kamu daripada Allah, itu bala.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

25 Nov, 05:34


Bukan kamu tak kuat, tetapi kamu tak nampak yang kamu itu kuat.

Tahu tak, pokok yang kamu anggap keras pun kalau ditebang, akan tumbang, berbeza pula dengan kamu, bila kamu ditendang, kamu akan bangkit.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

21 Nov, 01:04


Rezeki hari ini.

Ibu-ibu yang nak bangkit daripada penat, boleh baca ebook baru saya ni secara FREE.

Tekan link kat bawah ni ya 👇🏻

https://bit.ly/EbookIbuPenat

inche_lebah - Healing Untuk Matang

20 Nov, 00:58


Orang yang kuat tu takkan jadi tiba-tiba, ia datang dengan reda, ia datang dengan sabar, dan ia datang dengan hati yang penuh percaya kepada Tuhan.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

13 Nov, 07:40


Tiada apa yang perlu kamu takut, selagi perintah Allah kamu dah ikut.

Kamu tak sakiti dia pun, tetapi kamu sedang menyakiti fikiran kamu.

Kamu sedang berburuk sangka, sedangkan sangkaan itu adalah racun yang paling terburuk.

Sekarang, bersangka baiklah. Maka, hal-hal baik akan datang tanpa kamu jangka.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

12 Nov, 03:06


Bunga kalau dah mati, kamu siram macam mana pun, dia tetap mati.

Macam tu juga perempuan, kalau hati dia disakiti, buat macam mana sekali pun, dia tetap tersakiti.

Sebab itu, kalau kamu nak sakiti perempuan, kamu fikir dulu masak-masak, jangan sebab perbuatan kamu hari ini, kamu akan menyesal pada hari esok.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

29 Oct, 05:34


Kamu akan merindui momen-momen sakit hari ini, setelah kamu bahagia pada hari esok.

Bukan kerana kamu menidakkan ujian yang datang, tetapi kerana kamu baru sedar, kamu lebih teguh daripada gunung yang menunjang.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

28 Oct, 04:13


Kamu sendiri tidak akan tahu betapa kuatnya kamu, sehingga kamu diberikan ujian berat.

Waktu itu kamu akan berkata;
“Tak sangka aku sekuat ini untuk bertahan. Sebab aku tahu, aku kuat macam ni pun sebab Allah ada dalam diri aku. Sebab Allah itu al-Qowiyun. Maha Kuat.”

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

25 Oct, 03:04


Jangan salahkan takdir, jika kamu sendiri memilih untuk mengaku kalah.

Allah turunkan hujan untuk kamu belajar berpayung, tetapi kamu sengaja merebahkan diri untuk dihanyutkan hingga ke penghujung.

Adakah kamu tidak yakin penamat daripada Allah? Kenapa kamu memilih untuk menamatkan semuanya sendiri?

Sebenarnya siapa yang mengatur takdir hidup ini? Kamu atau Allah?

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

19 Oct, 05:39


Jujur memang sakit, apatah lagi jujur untuk mengatakan sakit. Tapi tak mengapa, ambil masa sikit sebelum meluah, pastikan orang yang kamu luah itu tidak berpaling tadah. Ingat, itu adalah waspada yang paling berat.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Oct, 07:39


Guru saya pesan: "Isteri yang terbaik adalah isteri yang rajin masak, bukan yang pandai masak. Sebab yang pandai masak belum tentu rajin, dan yang rajin masak sudah tentu usaha untuk pandai."

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

14 Oct, 06:27


Mengalah tak bermakna kamu kalah. Mungkin itu sahaja yang terbaik untuk kamu hentikan berbalah.

Api bertemu api takkan pernah terpadam, bahkan akan semakin marak sehingga menghimpunkan beribu dendam.

Sebab itu kamu perlu bertenang seperti air. Orang marah, diam. Orang kutuk, senyum. Orang perli, ucapkan terima kasih.

😊

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

13 Oct, 06:26


Berhenti menipu diri sendiri, kamu mungkin boleh menipu hati, tapi hati tak boleh menipu kamu.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

12 Oct, 05:50


Kamu tak boleh ubah hujan menjadi cerah. Yang kamu boleh buat adalah mencari tempat teduh sebelum basah.

Macam tu juga diri kamu sekarang, kamu tak boleh ubah perangai orang terhadap kamu, yang kamu boleh ubah adalah perangai kamu terhadap orang.

Nabi pun tak ubah perangai orang, tapi orang yang terpesona dengan perangai Nabi, akhirnya masuk Islam.

Ingat, semuanya bermula daripada kamu, jika kamu mahu mengubah semuanya. 😊

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

11 Oct, 04:27


Kamu akan sedar, bilamana kamu biarkan orang mengata belakang, maka langkah kamu akan maju ke depan.

Macam kereta, semakin ringan beban yang kamu bawa, semakin lancar dan laju kereta kamu.

Kenapa perlu serabutkan kepala dengan beban kata-kata orang? Cukuplah beban yang ada di tangan kamu sekarang.

Jadi, sekarang adalah masa untuk kamu fokus dengan hidup, barulah hidup kamu akan lebih lancar dan ceria.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

07 Oct, 04:40


Jika kamu tidak mampu menjadi pensel warna, cukuplah menjadi pensel biasa. Paling tidak, kamu masih bisa menulis, walaupun pemadam cuba menghapuskan coretan hidup kamu.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

06 Oct, 13:35


Belajar untuk mengikhlaskan, bimbang jika kamu terlalu lama mengharap akan melemaskan.

Hidup kamu itu umpama air sungai, walaupun satu laluan sudah tertutup, ia akan membentuk laluan baru.

Yakinlah, Allah pasti memberimu jalan keluar. Walaupun kamu berasa semua ini amat mencabar.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

20 Sep, 13:19


Kalau kamu tengah sedih, cuba ingat nasihat ni;
"Kamu cuma hilang semalam, bukan hari ini. Hari ini masih wujud untuk kamu, dan kamu perlu wujudkan bahagia hari ini.

Semalam mungkin dah pergi jauh, tetapi hari ini sudah tiba. Dan ia sedang menunggu kamu bangkit.

Sampai bila?

Sampai kamu bertemu bahagia pada hari esok."

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Sep, 23:42


Dari dalam perut lagi Nabi Muhammad diuji. Ayahnya pergi takkan pernah kembali. Ya, baginda lahir tanpa seorang ayah, Bila besar sikit, hilang pula kasih sayang seorang ibu, dan bila besar sikit, hilang pula kasih sayang seorang atuk.

Satu persatu Allah tarik, tetapi adakah Allah tinggalkan Nabi? Adakah Nabi dibiarkan tanpa perlindungan dan tujuan?

Tak!

Allah berikan فَـَٔاوَىٰ , iaitu perlindungan. Allah campakkan rasa kasih sayang bapa saudaranya kepada Nabi. Akhirnya, Nabi dibesarkan seperti anak sendiri.

Bayangkan, mata kamu dah nampak hujan nak turun lebat, tapi tanpa kamu sangka, Allah hadirkan seseorang yang sangat mengambil berat, dialah yang menghulurkan payung untuk melindungi kamu, dialah yang sayangkan kamu.

Hingga sekarang, sepatutnya kamu sedar, masih ada orang yang ambil kisah tentang kamu, walaupun kamu tak kisahkan dirimu sendiri.

Salam maulidurrasul.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

15 Sep, 03:54


Kamu tahu tak, kamu itu macam pokok yang dipukul ribut. Walaupun ribut membantai kamu teruk, tetapi kamu tetap bertahan, dan kamu tetap berlembut.

Sebab kamu tahu, bila akar pokok kamu kuat, kamu takkan mudah tumbang, dan kamu takkan mudah tercabut.

Dan ketahuilah, akar pokok itulah iman, dan salah satu iman itu adalah yakin dengan Qada dan Qadar Allah.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

14 Sep, 04:43


Bukan semua hal perlu ditunjukkan kat semua orang, kadang kamu juga perlu belajar untuk simpan hal-hal manis di dalam poket kamu sendiri.

Bukan sebab kamu tak bahagia, tapi untuk elakkan orang luar tak bahagia melihat kebahagiaan kamu.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

03 Sep, 09:06


Ada 2 pilihan jika orang toksik terus menghinamu berubah menjadi lebih baik;

1. Kamu berhenti, tetapi mereka tetap menghina.
2. Kamu teruskan, tetapi mereka juga tetap menghina.

Jadi, kenapa perlu berhenti sedangkan mulut mereka masih tidak mampu ditutup? Lebih baik teruskan bukan? Paling tidak kamu masih punya harapan untuk bahagia.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

02 Sep, 03:23


Jadi macam ubi kayu, orang tak tahu ia bertumbuh, dan orang memerli kerana nampak tak bersungguh.

Tetapi dalam diam, isinya lebih ampuh. Kerana yang dikejar bukan pada kata-kata orang, tetapi apa yang sedang ia perjuang.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

01 Sep, 04:00


Kenapa masalah itu namanya masalah?

Sebab ia perlukan masa, jangan terburu-buru melakukan salah. Sebab itu namanya masa+salah = masalah.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

31 Aug, 02:18


Merdeka itu bukan tentang masalah kamu yang hilang, tetapi bagaimana hati kamu menjadi lapang. Semua masalah yang kamu anggap besar sebelum ini, akhirnya nampak sekecil butang.

Bukan kerana masalah itu yang berubah menjadi kecil, tetapi dirimu yang berubah menjadi besar. Maka, kamu akan bebas dan menjadi seorang pejuang, walaupun memerlukan air mata untuk kekal tenang.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

30 Aug, 09:39


Ada orang yang terlalu takut dengan masa hadapan, sehingga tidak mampu hidup di masa sekarang.

Dan ada orang juga yang terlalu takut dengan masa sekarang, kerana terperangkap dengan masa lalu.

Sebab apa dia takut?

Sebab dia 'tidak yakin' dan 'tidak pasti', sehingga fikirannya dihancurkan oleh overthinking.

Sebab itu, Allah telah recall untuk ingatkan kita di dalam surah ad-Dhuha.

Ada 3 perkara yang telah Allah telah berikan kepada kamu sebelum ini, mungkin kamu terlupa;

1. Perlindungan ( فَـَٔاوَىٰ )
- Buktinya kamu masih bernafas dan membesar sehingga sekarang.

2. Petunjuk ( فَهَدَىٰ )
- Buktinya di dada kamu masih punya Iman dan Islam.

3. Kecukupan ( فَأَغۡنَىٰ )
- Buktinya walaupun kamu kurang, kamu bukanlah miskin yang teruk. Malah, diberikan kecukupan untuk teruskan hidup.

Jadi, kenapa perlu takut? Sedangkan Allah sudah memberikan 3 perkara ini?

Jadi, senyum. :) Simpan mesej Allah ini baik-baik.

Stres belajar? Dapatkan buku terbaru inche lebah 'Best Student - Restart' di shopee. Sangat sesuai untuk student yang tengah stres belajar.

inche_lebah - Healing Untuk Matang

28 Aug, 02:44


Jika kamu rasa sedih dan susah sangat nak move on daripada masalah. Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti pernah beritahu;

"Salah satu sebab manusia itu sering kemurungan adalah disebabkan tidak tahu akan hakikat hidup...

Seperti dia tidur pada malam ini, dan bangun pada pagi esok di dalam gerabak kereta api yang bergerak laju...

Dia tak tahu dari mana kereta api itu bermula, dan sekarang sedang berada di mana? Kemudian akan berakhir di mana?

Sedangkan di dalam gerabak itu ada kondektur kereta api yang sedang memandu, dan ada juga penumpang lain di dalamnya.

Jika dia masih berdiam, dia akan bersedih. Dia akan stres dan terus kemurungan.

Dan jika dia bertanya, barulah dia akan tahu bahawa, rupa-rupanya gerabak ini sekarang sedang berada di alam dunia, sudah melepasi alam roh dan juga alam rahim.

Kemudian ia sedang menuju ke alam barzakh, dan akan berakhir di alam akhirat.

Apabila dia tahu bagaimana kehidupan ini berfungsi, dan alam dunia ini hanya singgahan sementara sahaja. Dia takkan terus kecewa, malah dia akan bangkit untuk memanfaatkannya."

Dapatkan buku terbaru inche lebah 'Best Student - Restart' di shopee. Sangat sesuai untuk student yang tengah stres belajar.

inche_lebah - Healing Untuk Matang

27 Aug, 02:10


Yang hilang bukan dia, tetapi diri kamu. Kamu tak gembira seperti dulu lagi kerana meletakkan bahagia pada dia seorang sahaja. Kerana itulah dia mudah mempermainkan kamu. Walaupun kamu memainkan peranan penting dalam hidup dia.

Move on. Jangan biarkan bahagia kamu hilang, kerana kamu sendiri yang memegang bahagia.

- inche_lebah

inche_lebah - Healing Untuk Matang

12 Aug, 11:26


Kamu berhak tahu, andai suatu hari nanti kamu jatuh, bukan tanda kamu itu dibuang jauh, tetapi itu adalah seni untuk kamu jatuh cinta kepada Allah dengan lebih dalam.

- inche_lebah