Abdul Hadi Awang @hadiawang Channel on Telegram

Abdul Hadi Awang

@hadiawang


Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾

hadiawang (Malay)

Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan juga merupakan Ahli Parlimen Marang, Malaysia. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti politik beliau, telegram channel @hadiawang adalah tempat yang sesuai. Dengan kandungan yang dikongsi secara langsung oleh beliau sendiri, pengikut channel ini dapat mengakses berita terkini mengenai PAS dan rancangan masa depan parti. Selain itu, Abdul Hadi Awang juga menyampaikan pandangan beliau mengenai isu-isu semasa di Malaysia melalui platform ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai channel ini dan terus terima perkembangan terkini daripada seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Sertai channel @hadiawang sekarang untuk mendapatkan wawasan politik yang lebih mendalam.

Abdul Hadi Awang

28 Jan, 10:46


Globalisasi merupakan istilah baharu yang asing dalam Islam. Ia tercetus selepas perisytiharan orde dunia baharu (new world order) yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush setelah berakhirnya Perang Dingin dan jatuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Maka, Amerika Syarikat mengisytiharkan mereka sebagai kuasa besar yang tunggal (kuasa unipolar). Justeru, negara-negara Barat terutamanya perlulah mengikuti telunjuk Amerika Syarikat dalam satu barisan untuk menguasai dunia, khususnya dunia Islam.

Kemudian, gerakan ‘pengamerikaan’ diusahakan dengan meletakkan Amerika Syarikat sebagai kuasa luar biasa bagi dunia sebagai kesinambungan dengan bentuk penjajahan baharu, yang mendapat manfaat daripada penjajahannya ke atas teknologi moden untuk terus menguasai dunia secara politik, ketenteraan, ekonomi, budaya, dan sosial.

Ia hanyalah penjajahan semata-mata tanpa melihat kepada impak-impak negatif yang telah menghilangkan fungsi dan peranan manusia di muka bumi, sekali gus melenyapkan nilai yang betul dan merosakkan keseimbangan.

Sesungguhnya, perkara ini ialah hasil berabad lamanya sejak pemerintahan Namrud di Babylon dan Firaun di Mesir sehingga era penjajahan Salib di banyak tempat yang dikuasai empayar Eropah seperti Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol, dan Portugal serta kezaliman komunisme di Asia Tengah.

Namun demikian, globalisasi kontemporari mengubah perancangan dan strateginya dengan mengorbankan demokrasi dan kedamaian, di samping menentang keganasan berdasarkan definisi dan terminologinya.

---------------

Petikan daripada buku Penjajahan Moden Dunia Islam. Dapatkan melalui pautan di bawah:
https://buku.pustakapermataummah.com/order/form/kempencintapalestin

Abdul Hadi Awang

26 Jan, 02:06


Highlights Ijtima Ulamak Rabbani Peringkat Kebangsaan 1.0, 25 Januari 2025, Markaz Dewan Ulama Machang

Abdul Hadi Awang

22 Jan, 08:07


Islam yang sempurna dan berdaulat dibawa ke rantau Nusantara ini dibuktikan oleh sejarahnya dan kemudiannya dirosakkan oleh penjajah. Islam yang datang ke sini merupakan Islam yang berdaulat.

Walaupun pada awalnya PAS berjaya meletakkan Islam dan Melayu Islam dalam Perlembagaan tetapi kesan pengaruh sekularisme yang dibawa penjajah menjadi penyakit kejahilan agama yang parah terhadap umat Islam.

Kalangan Islam pula ada yang ekstrem dan liberal tanpa mengambil kira masalah kejahilan yang perlu diselesaikan dahulu.

PAS tetap memilih perjuangannya melalui konsep demokrasi walaupun golongan sekular yang menjadikan demokrasi sebagai slogannya sendiri tidak beriman kepadanya.

PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah dan tidak menyerah kalah sebagaimana contoh yang ditunjukkan para nabi dan rasul dalam perjuangan menegakkan Islam.

[Liqa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu 2025, 18 Januari 2025]

Abdul Hadi Awang

21 Jan, 03:26


Minda Presiden PAS

APABILA DAP CAMPUR URUSAN ISLAM

Jika ingin diterima secara positif, ini menunjukkan bahawa DAP juga membaca berkenaan Islam, termasuk membaca sejarahnya yang sangat dialu-alukan. Namun demikian, pembacaan itu mestilah dilakukan secara jujur dan ikhlas, dengan niat ingin mencari kebenaran dan kebaikan. Bukannya mencari keburukan tanpa hujah yang benar dan mendalam.

Pelaksanaan Islam tertegak atas prinsip aqidah yang teguh dan tidak boleh dipesongkan. Hal ini demikian kerana, keteguhan dan istiqamahnya atas jalan yang betul daripada Allah dan Rasul pilihan Allah yang disebut dalam kitab suci pelbagai agama, serta kajian ilmuwan yang menunaikan amanah ilmu.

Apabila ilmu Islam diambil daripada sumber yang salah, akibat salah kefahamannya, maka Islam dikenali dengan tidak sempurna dan menyeluruh. Keadaan ini laksana cerita kumpulan orang buta yang mengenal gajah dengan masing-masing meraba-raba anggota yang dirasainya secara terhad.

Sejarah pelaksanaan Islam tidak boleh dipetik di tengah-tengah jalan sahaja secara sebahagian dan berpandukan satu zaman sahaja. Seperti hanya memetik zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab atau zaman ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz sahaja tanpa mengambil kira zaman Rasulullah SAW yang melahirkan para pemimpin selepasnya dan sepanjang zamannya.

Kita mengharapkan semua pihak wajib membetulkan maklumat dengan berilmu yang betul dan beramanah. Jangan merosakkan imej Islam dan wajahnya yang sebenar.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/21/apabila-dap-campur-urusan-islam/

Abdul Hadi Awang

20 Jan, 05:37


Minda Presiden PAS

PALESTIN: GENCATAN SENJATA MELAKAR KEMENANGAN

Pukulan Taufan al-Aqsa telah menggoncang dunia, bukan hanya seluas wilayah Gaza yang dianggap kecil dan sempit keluasannya yang hanya sekadar beberapa kilometer persegi, malah jumlah penduduknya yang kecil hanya beberapa juta dipenjarakan dengan cara yang paling zalim dalam sejarah. Mereka dicengkam dengan kemiskinan, kelaparan, dan pembunuhan yang melampau keganasannya. Mangsa yang paling ramai pula ialah kanak-kanak, warga tua, dan kaum wanita, termasuk pesakit di hospital.

Serangan 7 Oktober 2023 menggoncangkan dunia, khususnya kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah, disertai oleh negara di bawah pengaruh Zionis. Sehinggakan, mereka mengumpulkan bala tentera, termasuk armada yang membekalkan segala senjata dan bantuan, walaupun pangkalan tentera mereka sudah berselerak di kawasan Asia Barat dan lain-lain yang boleh digerakkan bila-bila masa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mahkamah antarabangsa, dan segala cabangnya dipaksa berpihak kepada Zionis dan sekutunya supaya membebaskan segala bentuk serangan dan senjata yang telah digunakan. Bukan sahaja resolusinya, bahkan kuasa veto turut membatalkan keputusan yang menghukum Israel.

Mereka gagal menghapuskan Hamas yang diumumkan kononnya boleh dilaksanakan dalam masa beberapa hari, tetapi sebaliknya berpanjangan memakan masa bulan dan tahun. Ramai bala tentera Zionis dan sekutunya dibunuh dan ditawan. Adapun Palestin, Gaza, Lubnan, Yaman, Iraq, dan negara yang bersama mereka, ramai orang awam yang dibunuh dan dicederakan, khususnya kanak-kanak, warga tua, dan pesakit.

Akhirnya, setelah semua itu, Israel menerima gencatan sejata dalam keadaan terus dibekalkan senjata oleh negara sekutunya, kerana desakan di dalam negaranya supaya boleh membebaskan tawanan perang mereka dengan pertukaran, tidak sama menerima kematian dan penawanan tenteranya. Akhirnya, Israel bertindak menerima gencatan senjata laksana menyerah diri kerana gagal menghapuskan Hamas dan menguasai Gaza yang juga menghakiskan tentera dan semangatnya.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/20/palestin-gencatan-senjata-melakar-kemenangan/

Abdul Hadi Awang

13 Jan, 05:26


Minda Presiden PAS

ISLAM MENDAHULUKAN PENGAMPUNAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tetap beristiqamah bersama Islam dalam konsep kehakiman, dengan mendahulukan proses pengampunan, bukannya bersikap mengampu dan menipu. PAS bukanlah parti sekular yang tidak beragama dan mudah terpengaruh dengan politik Barat penjajah yang berprinsipkan kaedah:

‌الغَايَةُ ‌تُبَرِّرُ ‌الوَسِيلَة.

“Matlamat menghalalkan cara.”
Ahli-ahli PAS yang ditarbiah terus beristiqamah, sekalipun terhadap kalangan yang paling bermusuh dengan PAS. Firman Allah SWT:

Bahkan, PAS tidak menganggap pelik adanya titah adendum oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Apatah lagi perbicaraan kes tersebut berlaku semasa pemerintahan baginda Sultan Pahang.
PAS tetap menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi, termasuklah terhadap orang yang paling bermusuh dengannya.

PAS yakin dan percaya bahawa isu ini boleh menarik kalangan Melayu Islam agar bersatu bersama Islam. Perpaduan Melayu Islam dibenci oleh kalangan yang dengki terhadap umat Islam yang bersatu walaupun kebaikannya untuk semua pihak dalam negara. Termasuk kalangan bukan Islam yang berada di bawah payung rahmat Allah bersama Islam yang telah dinyatakan tujuannya oleh Rasulullah SAW dengan membawa hukum Allah yang adil kepada seluruh manusia.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/13/islam-mendahulukan-pengampunan/

Abdul Hadi Awang

07 Jan, 04:40


Minda Presiden PAS

PAKATAN DERHAKA MENGOYAK TOPENG RAJA BERPERLEMBAGAAN

Peristiwa kehakiman terkini yang memangsakan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak, berdasarkan kandungan surat Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Dato’ Seri Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Hal ini telah mendedahkan wajah sebenar kerajaan PH yang didominasi oleh DAP yang menegakkan prinsip sekularisme yang dipahat dalam perlembagaan partinya dan kenyataan para pemimpinnya. Apa yang berlaku adalah meneruskan pendekatan pada zaman penjajah dahulu.

Kita menyaksikan kerajaan PH mula berkuasa dengan slogan perintah raja-raja untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Selepas itu ditopengkan raja-raja menjadi alasan kepada setiap teguran dan kritikan pihak pembangkang yang dikatakan kononnya menentang raja-raja.
Kesalahan yang terbuka kini ialah tindakan membakul sampahkan surat hak pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), sehingga mendedahkan wajah derhakanya. Inilah gambaran wajah yang sebenar kerajaan PH yang berkonsep sekularisme yang berprinsipkan kebendaan semata-mata, selaras dengan keahliannya yang terbuka kepada semua, campuran kalangan yang baik dan buruk, betul dan sesat, beragama dan tidak beragama, termasuk yang tidak berakhlak yang boleh dikhadamkan semuanya demi kepentingan kebendaan yang menjadi kiblatnya.

Perkara ini mempraktikkan teori politik Barat yang sangat sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam:

“The end justifies the means.”

“Matlamat menghalalkan cara.”

Termasuklah janji bohong dan menipu dalam masa Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas menjadi kerajaan. Semuanya ditipu oleh mereka, tidak kira rakyat mahupun raja. Khususnya terhadap orang-orang Melayu yang mudah lupa. Inilah pelaksanaan teori sekularisme yang memisahkan urusan cara hidup daripada agama sebagaimana yang ditegaskan dalam perlembagaan partinya dan kenyataan terbuka para pemimpinnya.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/07/pakatan-derhaka-mengoyak-topeng-raja-berperlembagaan/

Abdul Hadi Awang

07 Jan, 01:33


Minda Presiden PAS

ZIONIS MEROSAKKAN KONSEP MADANI

Kini, Zionis berjaya bersatu bersama mazhab pelampau Kristian yang dimasukkan dalam kumpulan Zionis seakan gabungan Ahzab yang berulang kembali. Mereka berjaya mencipta teori sekularisme dan mengadakan kumpulan yang mengumpulkan segala kefahaman, teori, ideologi, mahupun penyelewengan agama, politik, ekonomi, dan akhlak yang paling ekstrem dan paling liberal melebihi binatang dengan berbagai-bagai jenama yang menarik.

Namun, mereka tidak dapat menyembunyikan permusuhan terhadap Islam melalui serangan pemikiran dan kefahaman yang salah malah lebih berbahaya daripada serangan bersenjata.

Setiap kejayaan kumpulan Islam akan diganggu, perpaduan umat Islam sangat dibenci, dan kegagalan kumpulan Islam sangat menggembirakan, malah kesilapan kumpulan Islam dibesar-besarkan untuk diaibkan bagi mencetuskan kebencian terhadap Islam dan penganutnya.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/07/zionis-merosakkan-konsep-madani/

Abdul Hadi Awang

01 Jan, 08:29


Minda Presiden PAS

DOSA SEKULARISME LEBIH BESAR DARIPADA FITNAH DAN MEMBUNUH

Teori sekularisme yang memisahkan urusan kehidupan manusia daripada agama ialah ciptaan manusia dalam kalangan ahli falsafah bukan Islam, termasuk dalam syirik akbar yang menentang aqidah tauhid yang diperjuangkan oleh semua anbiya’. Syirik akbar ialah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah dan ditutup pintu taubatnya selagi amalan syirik itu tidak dibatalkan.

Sekularisme ialah pintu besar yang membuka fitnah dalam urusan agama Allah yang melahirkan berbagai-bagai ideologi ciptaan manusia, seperti fahaman ateisme yang menolak adanya Tuhan Pencipta alam yang menjadi fitrah manusia. Begitu juga, fahaman liberalisme yang menolak manusia ke dalam konsep kebinatangan yang menghinakan manusia sendiri yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Dapat disaksikan ciptaan teori liberalisme yang melampau sehingga hak binatang disamakan dengan hak asasi manusia. Di samping itu, diciptakan ideologi paling zalim dan senjata paling ganas yang membunuh dan merosakkan kehidupan, dengan hujah nafsu dan salah guna akal yang menggoda kepada kesesatan dan kemusnahan manusia serta alam kelilingnya.

Teori yang sesat ini diimport oleh penjajah ke dalam negara kita pada zaman penjajahannya dan disambung oleh bala tenteranya, termasuk DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) hari ini. Sehinggakan, dimaktubkan dalam perlembagaan parti itu dan menjadi perjuangan yang disuarakan dengan lantang, lantas mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Dinyatakan dengan terang dan nyata dalam fasal 2 matlamat DAP, iaitu menegakkan sekularisme yang dihasratkan oleh Suruhanjaya Reid dengan meletakkan Islam di bawah panji-panji sekularisme yang berlainan dengan maksud al-din dalam bahasa al-Quran, bukan perkataan ‘religion’ dalam bahasa Barat.

Maka, DAP menerima keahlian semua kelompok manusia, termasuk daripada kalangan paling ekstrem yang tidak percaya akan adanya Tuhan yang tidak beragama, malah daripada semua ideologi, termasuk kalangan komunis yang paling ekstrem dan kalangan liberal yang paling bebas.

PAS bertindak membatalkan kerjasama politiknya dengan kumpulan ini kerana beristiqamah kepada prinsip perjuangannya, di samping mereka membuat kenyataan terbuka dan bertindak menentang dasar PAS.

Kepada kalangan yang jahil, ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun sekiranya kembali ke pangkal jalan yang betul dan pintu taubat terbuka dengan luas kepada semua dosa selain syirik akbar. Kepada kalangan yang takbur dan degil pula, ketahuilah bahawa Allah Maha Berkuasa dan Perkasa; tiada sesiapa yang dapat melemahkan-Nya dan melepaskan diri daripada-Nya.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2025/01/01/dosa-sekularisme-lebih-besar-daripada-fitnah-dan-membunuh/

Abdul Hadi Awang

01 Jan, 07:32


Selamat menyambut tahun baru 2025 buat semua rakyat Malaysia.

Abdul Hadi Awang

31 Dec, 01:58


Minda Presiden PAS

D-8 DIPANDANG REMEH

Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun atau D-8 (D-8 Organization for Economic Cooperation) merupakan satu langkah untuk kembali semula kepada Islam yang pasti mendapat tentangan daripada kuasa penjajah. Kuasa ini telah sekian lama merosakkan dunia dengan perlumbaan ekonomi yang bertukar kepada perlumbaan politik dan peperangan bersenjata.

Kedudukan bumi Islam yang strategik dalam peta dunia sehingga menghubungkan semua penjuru dunia, ditambah pula dengan kurniaan hasil bumi dan tenaga manusia yang cukup, sepatutnya mampu membawa perubahan.

Oleh itu, D-8 merupakan sebuah kumpulan negara-negara membangun yang membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi bagi meneruskan perjuangan kemerdekaan yang belum selesai.

Objektif D-8 adalah untuk membangunkan kedudukan negara-negara membangun dalam sektor ekonomi, mempelbagaikan dan mencipta peluang-peluang baru dalam perhubungan perdagangan, meningkatkan penglibatan dalam proses membuat keputusan pada peringkat antarabangsa, dan memberikan kehidupan yang lebih baik.

Fokus kerjasama yang utama adalah dalam sektor kewangan, perbankan, pembangunan luar bandar, sains dan teknologi, pembangunan insan, pertanian, tenaga, alam sekitar dan kesihatan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba menyambung semula langkah D-8 kepada matlamat yang lebih besar. Malangnya, hanya empat negara sahaja yang menyahut seruan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit).

Ketidakhadiran Perdana Menteri Malaysia kini yang membawa slogan Madani menunjukkan perjuangannya bukan Madani Islam yang sebenar bersempena bandar Madinah yang dinamakan oleh Rasulullah SAW. Akan tetapi, perjuangannya bergantung kepada Madani Jahiliah seperti Bank Dunia (World Bank), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan BlackRock.

Keadaan ini menunjukkan bahawa perjuangan kemerdekaan kita belum selesai kerana masih berada di bawah wakil penjajah yang dinamakan Pakatan Harapan (PH) yang masih berkiblatkan White House dan mengucup BlackRock.

Kenyataan-kenyataan anti-Islam yang berani oleh DAP dan rakan-rakan berwajah Melayu seperti PKR, UMNO dan PAN yang menjadi juru pembelanya yang bersuara bagi pihaknya, sangat nyata wala’ (kesetiaan) kepada musuh Islam.

Inilah sebab Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan bahawa PAS tidak lagi bertahaluf dan berta‘awun dengan jajaran tersebut.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/31/d-8-dipandang-remeh/

Abdul Hadi Awang

30 Dec, 03:37


Minda Presiden PAS

PAS FOR ALL DAN SALING MENGHORMATI

Tercetus persoalan oleh beberapa pihak yang menggunakan akal tanpa panduan yang betul. PAS menjadi sasaran serangan media anti-Islam kerana meletakkan aqidah perjuangannya.

Ramai kalangan yang jahil agama dan buta al-Quran tidak peka bahawa terdapat perbezaan antara fitrah (naluri) tingkah laku semula jadi manusia yang berakal dan beragama dengan binatang dan makhluk lain. Nalurinya berbeza sehingga bernafsu dan tidak berakal.

Aspek agama mewajibkan kepercayaan secara reda dengan ikhlas tanpa paksaan kepada Tuhan dan beribadat kepada-Nya sahaja dengan rela hati tanpa paksaan. Maka, Islam membawa konsep tiada paksaan dalam beragama dan menyerah diri kepada seluruh ajaran Islam, lalu dibenarkan beragama, termasuk agama yang paling salah mengikut prinsip Islam, khususnya beribadat kepada yang lain daripada Allah.

Maka, Islam tidak membolehkan paksaan beragama Islam terhadap penganut agama lain, pada masa yang sama Islam membenarkan melakukan upacara agama masing-masing tanpa gangguan. Namun, Islam mengharamkan penganutnya melakukan upacara agama lain dan penganut agama lain juga wajib menghormati hak penganut Islam.

Dalam perkara yang diharamkan dari segi kemanusiaan seperti membunuh yang tidak bersalah, termasuk membunuh diri sendiri, merompak, menyamun harta, menipu, rasuah, mencuri, dan berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, maka Islam mengharamkan terhadap semua tanpa mengira agama kerana diharamkan oleh semua agama, termasuk undang-undang keselamatan jalan raya yang tidak ada perbezaan bangsa dan agama.

Islam pernah mengharamkan upacara Santi (membakar isteri bersama suami) dalam agama Hindu dan korban ratu di Mesir kerana melanggar sifat kemanusiaan, serta semua perbuatan keji dari segi kemanusiaan dan oleh semua agama.

Maka, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam “PAS For All” sehingga memberikan lesen kebenaran membunuh, zina, rasuah, mencuri, dan sebagainya.

Oleh itu, Islam mengharamkan penganutnya melakukan upacara ibadat agama bukan Islam dan tidak memaksa penganut agama lain melakukan upacara agama bukan Islam kerana konsep tiada paksaan.

Malangnya, ada parti yang bersuara melanggar sempadan konsep ini. Terdapat pula dalam kalangan penganut Islam yang hanyut sesat bersama kerana fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia yang sesat daripada agama para anbiya’.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/30/pas-for-all-dan-saling-menghormati/

Abdul Hadi Awang

29 Dec, 00:05


Minda Presiden PAS

PERJUANGAN MEMINGGIRKAN ISLAM

Allah berfirman banyak perkara yang benar-benar berlaku terhadap Islam sepanjang zaman, sejak Iblis menentang Allah yang mencipta Adam AS iaitu manusia pertama diperintahkan supaya membawa Islam di alam dunia, beribadat hanya kepada Allah, mentadbir urusan dunia berpandukan agama Allah, dan berlaku adil kepada semua. Seterusnya, Islam diperjuangkan oleh semua anbiya’ dan kumpulan Islam yang bertali arus.

Islam ditentang dan dimusuhi kerana keadilannya, sehingga kedatangannya dianggap sebagai penyelamat, bukan pengganas seperti yang disalah lapor oleh musuhnya yang hasad dengki terhadap Islam.

Penentangan terhadap Islam tidak berprinsipkan kebenaran. Perjuangannya bukan kerana benar, tetapi kerana sikap kufur dan ingkar akan Allah serta hasad dengki terhadap kejayaan Islam.

Terkini, seorang diplomat Arab membuat kenyataan kepada media Barat supaya perubahan yang berlaku di Syria wajib berkonsepkan sekular dan jangan disertai oleh semua kumpulan Islam.

Senjata paling berbisa ialah menyebarkan fahaman sekularisme yang memisahkan urusan kehidupan dunia daripada Islam melalui pentadbiran dan jentera kerajaan, di samping mengawal pengajian Islam melalui sijil kebenaran atau lesen mengajar agama, termasuk mengawal khutbah Jumaat, hari raya, dan lain-lain.

Apabila terpaksa memberikan kemerdekaan kerana penentangan umat Islam terhadap penjajah, tiba-tiba semua langkah tersebut diteruskan melalui kepimpinan negara daripada anak negeri yang bernama dan berwajah Islam yang menjadi syarat penyerahan kepimpinan negara dan pentadbirannya mengikut acuan penjajah. Maka, negara dipimpin oleh kalangan jahil agama yang ditarbiah untuk melaksanakan agenda penjajah. Dibentuk otak pemikiran mereka sehinggalah bahasa dan budaya kehidupan.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/29/perjuangan-meminggirkan-islam/

Abdul Hadi Awang

28 Dec, 03:14


Minda Presiden PAS

BERLAKU ADILLAH TERHADAP MUSUH: JEMAAH ISLAM MEMIKUL KESALAHAN AHLINYA

Apabila Panglima Khalid bin al-Walid RA melakukan kesalahan membunuh tawanan perang daripada kalangan Bani Juzaimah termasuklah merosakkan hartanya, maka Rasulullah SAW mengambil tanggungjawab supaya jemaah mengambil kewajipan membayar diat kepada mangsa, walaupun ketika itu masih belum ada Mahkamah Antarabangsa.

Kejadian ini bukan bermakna Islam membenarkan perjuangan jahiliah, tetapi mengaku salah kerana kesilapan melampau ahlinya. Namun, Islam tetap menolak perjuangan yang sesat.

Janganlah didengari syaitan yang bersuara, khususnya kalangan yang berwala’ kepada DAP kerana akan merosakkan wajah Islam laksana kera merosakkan bunga yang cantik.

Begitulah PAS mengambil tanggungjawab atas ketelanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda. Walau bagaimanapun, PAS tetap beristiqamah bersama aqidah perjuangannya dan percaya kepada keampunan Allah dan pahala bertaubat. Inilah perkara yang tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/28/berlaku-adillah-terhadap-musuh-jemaah-islam-memikul-kesalahan-ahlinya/

Abdul Hadi Awang

24 Dec, 04:08


PERCAYALAH! KUMPULAN ISLAM PENYAMBUNG PERJUANGAN PARA ANBIYA’

Perjuangan Islam yang dilantik para anbiya’ untuk melaksanakannya itu tidak ditamatkan dengan kewafatan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Selepasnya, Allah mewajibkan adanya kumpulan Islam yang sifat-sifatnya ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran, kitab mukjizat ilmu yang dipelihara daripada penyelewengan yang berlaku kepada kitab-kitab lain.

Di sini menunjukkan wajib adanya kumpulan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW yang melangsungkan perjuangan menegakkan Islam.

Para rasul berjuang bagi menyelamatkan manusia bersama Islam. Maka, begitulah juga kewajipan kumpulan Islam yang menyambung perjuangan mereka, bukan sekadar berdakwah dan mengajar sahaja.

Adapun kejatuhan kerajaan Islam berlaku apabila para pemimpinnya meninggalkan ajaran Islam dan melaksanakan penyelesaian asing ke dalam negara Islam, kerana terpengaruh dengan madani jahiliah dan kemajuan kebendaannya tanpa roh yang sedang membakar madani yang mencipta Tamadun Barat terkini.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/24/percayalah-kumpulan-islam-penyambung-perjuangan-para-anbiya/

Abdul Hadi Awang

16 Dec, 09:42


Pertemuan dengan Duta Besar China Ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China.

Abdul Hadi Awang

16 Dec, 06:53


Saya amat berbesar hati atas pertemuan dengan Duta Besar China Ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China di Malaysia hari ini.

Kami berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin, meliputi aspek budaya, ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Saya amat menghargai kesungguhan TYT dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia, serta ketelitian TYT dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya.

Semoga pertemuan ini dapat membawa manfaat ke arah keharmonian dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara Malaysia dan China, khususnya di empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

—————————

I am honoured to meet the Chinese Ambassador to Malaysia, His Excellency Ouyang Yujing, at the Embassy of the People's Republic of China in Malaysia today.

During the meeting, we exchanged views on efforts to further strengthen the existing ties between our nations, particularly in the areas of culture, economy, and international relations.

I deeply appreciate His Excellency’s commitment to fostering closer relations between China and Malaysia, as well as his thoughtful understanding of Malay culture and the broader Muslim world.

I hope this meeting will foster a more harmonious environment and promote greater collaboration between Malaysia and China, particularly in the fields of culture and economy, in the states of Terengganu, Kelantan, Kedah, and Perlis.

Abdul Hadi Awang

16 Dec, 03:48


Minda Presiden PAS

SEJARAH SINGAPURA YANG DIBUTAKAN, BATU PUTEH YANG BERPUTIH MATA

Sejarah Singapura dijajah British penuh dengan kisah penipuan, hasil kebodohan sendiri dan gelojoh harta dan takhta sehingga boleh ditipu oleh penjajah. Cerita benar yang dilupakan dalam lipatan sejarah tanah air sehingga generasi baru jahil cerita tanah airnya.

Senario Singapura terputus daripada Semenanjung Tanah Melayu kerana kejahilan politik bangsa Melayu yang jahil agama, sehingga ditipu penjajah apabila menganggap politik itu kerja menipu dan kotor. Hakikatnya terbalik bahawa sebenarnya yang tidak berpolitiklah menjadi mangsa penipuan diperkudakan dan ditipu. Akhirnya, dicuri kuasa politik tanah airnya.

Menjadikan bangsa Melayu di Singapura tenggelam laksana tenggelamnya kaum Nabi Nuh oleh peristiwa taufan paling besar dalam sejarah manusia yang meranapkan generasi awal zuriat Nabi Adam dan Nabi Nuh menyambung zuriatnya.

Mereka ditipu oleh para pemimpin supaya menentang Rasul Allah Nabi Nuh AS, menuduh Nabi Nuh bodoh, berpolitik gila kuasa dan sesat padahal mereka menyaksikan benar dan bijaknya Rasul pilihan Allah, namun mereka tidak percaya kepadanya dan amaran Allah yang diberitahu oleh nabinya yang wajib bersifat benar.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/16/sejarah-singapura-yang-dibutakan-batu-puteh-yang-berputih-mata/

Abdul Hadi Awang

14 Dec, 08:35


Agama Islam secara khususnya datang daripada Allah SWT, menjadi petunjuk kepada manusia yang diberikan kelebihan akal dan ilmu yang terbatas. Namun, manusia tetap ada kelemahannya yang tersendiri dan memerlukan petunjuk daripada Allah.

Islam ialah al-din dengan ajarannya yang lengkap dalam segala aspek peranan manusia, bukan sahaja urusan agama yang terhad mengikut takrif agama dan ideologi ciptaan manusia.

Berlakunya perbezaan pendapat hanya dalam perkara cabang ajaran Islam yang berprinsip anjal (fleksibel), menghadapi perbezaan dan perubahan, namun diharamkan masing-masing berpecah dalam perkara rukun dan dasar.

Dalam negara kita sendiri, Islam dibawa dengan pendekatan pelbagai mazhab kerana perubahan tempat dan masa daripada tempat kelahiran Imam al-Syafi'i RH. Antaranya seperti masalah zakat, kerakyatan, penerokaan tanah (ihya' al-mawat) dan lain-lain.

Oleh itu, hendaklah kita melihat perbezaan mazhab- mazhab ini sebenarnya mengandungi hikmah yang sangat besar dalam ajaran Islam, dan menerima keluasan ajaran Islam dalam konteks agama bagi negara secara umum.

[Liqa Fikri PAS Pusat, 14 Disember 2024]

Abdul Hadi Awang

14 Dec, 08:23


Liqa Fikri PAS Pusat, 14 Disember 2024

Abdul Hadi Awang

10 Dec, 22:29


Minda Presiden PAS

SYRIA ANCAMAN MUSIM BUNGA YANG TIDAK BERHASIL

Kebanyakan negara di seluruh dunia sekadar menjadi pemerhati sahaja terhadap perubahan segera yang berlaku di Syria dengan kejatuhan Bashar al-Assad dan Parti Ba‘ath.

Israel dan negara sekutunya menyatakan kebimbangan mereka berlakunya perubahan ke arah Islam, sedangkan kumpulan Islam pula sedang leka bersorak kerana merekalah yang berada di barisan hadapan menjatuhkan rejim yang ditolak rakyat. Namun, dalam keadaan tidak sedar, ada di belakang mereka syaitan-syaitan yang mahu menolak mereka supaya tersungkur rebah ke hadapan tanpa membangun.

Media Barat, termasuk Al Jazeera yang lebih condong ke arah Barat menonjolkan tokoh-tokoh sekular sahaja yang layak membawa perubahan. Sebaliknya tokoh-tokoh Islam yang kuat bersuara sebelum ini, mula ditenggelamkan.

Adakah peristiwa perjuangan kemerdekaan yang bersejarah menentang penjajah yang dimulakan perjuangannya oleh kumpulan Islam dan para ulamanya dihilangkan dalam lipatan sejarah terdahulu, diulangi pula oleh gerakan reformasi selepas merdeka dan Arab Spring? Apabila kini menggunakan pendekatan yang sama iaitu menjadikan kumpulan Islam sekadar anak tangga yang dipijak bagi memanjat ke atas oleh kumpulan yang dihasilkan ramuannya oleh penjajah untuk meneruskan penaklukan baru, bagi mengekalkan agenda menyekat kebangkitan Islam memimpin semula dengan propaganda bahawa Islam sudah tidak layak lagi pada zaman kini.

Maka, agenda Islam wajib memimpin yang ditetapkan oleh Allah dengan hidayah-Nya tetap dihalang kerana dianggap sebagai ancaman oleh semua ideologi dan agama bukan Islam yang lebih berwawasan dunia dan nafsunya, lalu Islam tetap menjadi musuh pertama yang dikekalkan. Maka, semua kumpulan Islam terus dihalang berkuasa semula memimpin negara. Musuh Islam tetap berusaha menaikkan kalangan bukan Islam tanpa mengira kanan atau kiri, liberal atau ekstrem.

Sepatutnya kefahaman yang salah dan sesat ini disedari oleh semua kumpulan Islam, kerana mereka diharamkan daripada disengat berulang kali daripada lubang yang sama. Sabda Rasulullah SAW:

لَا ‌يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ ‌مِنْ ‌جُحْرٍ ‌وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ.

“Tidak patut seseorang yang beriman itu disengat dua kali daripada lubang yang sama.” [Riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, No. 6133, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq, No. 2998, daripada Abu Hurairah]

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/10/syria-ancaman-musim-bunga-yang-tidak-berhasil/

Abdul Hadi Awang

09 Dec, 02:34


Minda Presiden PAS

ZIONIS BERCITA-CITA BESAR MAHU MENGUASAI DUNIA

Perjuangan menegakkan negara Israel Agung (Greater Israel) tetap menjadi cita-cita besar perjuangan Zionis yang menggila tanpa berundur. Walaupun telah banyak diadakan perundingan bertopengkan perdamaian untuk menipu dan mengelirukan masyarakat antarabangsa. Termasuklah umat Islam yang jahil murakkab (tidak sedar akan kejahilannya) sehingga dapat dijadikan bidak catur.

Kumpulan Zionis terus bersifat fanatik perkauman bangsa Bani Isra’il. Sehingga mereka menganggap Bani Isra’il satu-satunya manusia sebenar yang dimuliakan oleh Allah di atas muka bumi mengatasi bangsa yang lain, tanpa peduli kepada kenyataan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah al-Hujurat: 13]

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/09/zionis-bercita-cita-besar-mahu-menguasai-dunia/

Abdul Hadi Awang

07 Dec, 11:06


Islam adalah cahaya Allah yang tidak dapat dipadamkan.

Kita saksikan kejatuhan Komunisme dan Soviet Union yang pernah menjadi kuasa besar dunia suatu ketika dahulu.

Kristian yang pernah mengalahkan Islam dan memerintah di Sepanyol sudah sangat lemah dan muncul semula kalangan Islam di sana.

Apa yang penting ialah kepimpinan yang dapat mentadbir dan mengurus cahaya Islam ini supaya menyuluh ke jalan yang betul.

Sayyid Abul Hasan ‘Ali al-Hasani al-Nadwi pernah menyatakan:

Orang Islam tidur dalam cahaya, orang bukan Islam pula sedar dalam kegelapan.

Hal ini yang sedang berlaku kepada umat Islam pada zaman ini.

Maka peranan generasi baru untuk menghidupkan semula Islam adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan.

[Konvensyen Kepimpinan Pelapis PAS Selangor, 7 Disember 2024]

Abdul Hadi Awang

07 Dec, 10:14


Konvensyen Kepimpinan Pelapis PAS Selangor

Abdul Hadi Awang

02 Dec, 14:17


Sekitar Sidang Dewan Rakyat, 2 Disember 2024

Abdul Hadi Awang

01 Dec, 01:23


Kewajipan kita sekarang adalah untuk menyelamatkan orang Melayu dahulu supaya mereka sedar dan insaf serta bersatu untuk mempertahankan kuasa politik. Selepas itu kita ajak kaum lain bersama dengan kita.

Alhamdulillah kita melihat perkembangan mutakhir menunjukkan kebangkitan anak muda untuk menyokong kita dalam pilihan raya yang lalu.

Kita menang dengan sokongan daripada pengundi-pengundi muda yang besar jumlahnya. Hanya kalangan pengundi saluran satu sahaja yang banyak tidak mengundi kita.

Kita mengharapkan kefahaman anak-anak muda ini dapat bertahan supaya kita dapat terus mempertahankan kuasa politik setelah kita menawan Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan kita nak tawan negeri-negeri lain juga.

InsyaAllah Malaysia akan berjaya kita tawan dengan izin Allah SWT.

[Ceramah Majlis Pelancaran Pembangunan Kompleks PAS Melaka, Semabok, 30 November 2024]

Abdul Hadi Awang

26 Nov, 09:35


Sekitar Sidang Dewan Rakyat 26 November 2024.

Abdul Hadi Awang

20 Nov, 05:06


Pelaksanaan Islam yang adil kepada semua dibuktikan contoh teladannya oleh Rasulullah SAW di negara Madinah yang bersifat madani mengikut petunjuk Allah, bukan madani ciptaan manusia yang membawa akibat kehancuran dan kemusnahan semua tamadun kuasa besar pada zaman purba serta kejatuhan kuasa besar yang kaya-raya pada zaman moden terkini, malah ada yang sedang menunggu giliran kejatuhannya.

Seterusnya, Islam telah berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk berbagai-bagai bangsa dan agama yang paling besar, merangkumi sebahagian benua Asia sehingga Asia Tenggara melalui Asia Tengah, Afrika Utara dan Afrika Tengah, serta Eropah Selatan. Di samping itu, Islam berjaya mencipta tamadun Islam (hadarah Islamiah) yang paling berjaya selama beberapa abad melalui ilmu wahyu dan ilmu akal yang menepati fitrah manusia daripada pelbagai bangsa dan agama, walaupun berjauhan kedudukan masing-masing.

Islam mewujudkan perpaduan berkesan sehingga berjaya mengumpulkan ilmu dan kelebihan berbagai-bagai bangsa dengan hidayah Allah, lantas mencipta tamadun dunia. Sehingga kini, masih ada kesannya walaupun selepas kejatuhan kerajaannya. Namun, tamadun itu menempah kemusnahan apabila terpesong daripada Islam.

Barat yang mencipta tamadunnya tanpa hidayah Islam membawa kemusnahan yang sedang disaksikan, melalui kerosakan kehidupan diri manusia, keluarga, masyarakat, dan alam sekitarnya.

Malangnya, Islam dijatuhkan oleh manusia sendiri dengan tangan-tangan mereka yang dengki terhadap kejayaan penganutnya. Mereka mencipta ideologi sendiri dengan meninggalkan petunjuk Allah. Firman Allah SWT:

... إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ ... ١١

“...Sesungguhnya, Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...” [Surah al-Ra‘d: 11]

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/11/20/perpaduan-teguh-hidayah-allah/

Abdul Hadi Awang

15 Nov, 10:15


Al-Quran menceritakan kisah dakwah Nabi-Nabi AS yang mengajak manusia beriman kepada Allah.

Namun, ramai manusia yang melantik tuhan-tuhan selain Allah. Sepatutnya hanya Allah sahaja yang layak disembah.

Apabila sudah melantik tuhan selain Allah, ini menjadikan terpesong daripada Tauhid Uluhiyyah.

Inilah ujian yang dihadapi oleh para nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW dalam usaha mengajak umat kembali beriman kepada Allah SWT.

[Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Jamadilawwal 1446H]

Abdul Hadi Awang

13 Nov, 03:15


TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN DAIM ZAINUDDIN

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dato' Paduka Dr. Che Abdul Daim bin Zainuddin.

Almarhum merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia dan mantan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang sangat besar jasanya kepada negara.

Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 11 Jamadilawwal 1446H / 13 November 2024

Abdul Hadi Awang

10 Nov, 04:05


Politik adalah sebahagian daripada feqah Islam yang wajib diajar, wajib dipelajari dan wajib ditunaikan.

Saidina Uthman berkata:

‌إنَّ ‌اللَّهَ ‌يَزَعُ ‌بِالسُّلْطَانِ ‌مَا ‌لَا ‌يَزَعُ ‌بِالْقُرْآنِ.

“Sesungguhnya, Allah memberikan kuasa kepada pemerintah untuk membuat keputusan dalam apa-apa perkara yang tidak disebut oleh al-Quran.”

Ada perkara yang tiada dalam al-Quran maka memerlukan pemerintah untuk menguatkuasakannya. Inilah yang tidak difikirkan oleh orang Islam zaman sekarang yang menyebabkan kuasa politik Islam terhakis.

Marilah kita semua berpakat. Johor ini majoritinya adalah daripada kalangan orang Melayu Islam. Apa yang kita hendak adalah Melayu Islam menguasai negara.

Mudah-mudahan 70 tahun PAS di Johor ini merupakan umur yang sangat dewasa.

[Sambutan 70 Tahun PAS Johor, 9 November 2024, Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat]

Abdul Hadi Awang

08 Nov, 09:32


Perbahasan Belanjawan 2025 Ahli Parlimen Marang.

Abdul Hadi Awang

06 Nov, 06:20


Sekarang ini kita ada 3R. 3R ini tak boleh disentuh. Pemimpin tak boleh disentuh kalau salah, bab agama tak boleh sentuh, banyaklah tak boleh sentuh.

Sedangkan Allah sebut dalam al-Quran:

وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ﴿ ٣ ﴾

Hendaklah berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Abdul Hadi Awang

05 Nov, 06:52


“Yang kuat-kuat, semangat itu duduk belakang, lari. Sedar-sedar jadi Perdana Menteri.”

Abdul Hadi Awang

04 Nov, 09:14


Saksikan Perbahasan Belanjawan 2025 oleh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang pada 5 November 2024 (Selasa) sekitar jam 12 tengah hari esok.

Abdul Hadi Awang

04 Nov, 03:36


Minda Presiden PAS

LIDAH BERSAMA PALESTIN, HATI BERSAMA ZIONIS

Lidahnya bersama rakyat Palestin, tetapi hatinya diletakkan ke dalam perut yang menjadi penentu kepentingan kebendaan hidup yang sentiasa menagih kewangan demi mengekalkan kerusi kuasa yang menjadi roh perjuangannya.

Dikatakan, kitalah yang paling berani membuat kenyataan berdegar-degar menentang keganasan Zionis yang tidak berperikemanusiaan dan tidak tunduk kepada Amerika Syarikat dan penyokongnya yang paling kuat dan berpura-pura.

Sangat memalukan apabila ada dalam kalangan negara bukan Islam di Amerika Latin, Asia, dan Afrika membatalkan hubungan diplomatik dan perdagangan terhadap Israel.

Ada yang sedang menunggu pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, hanya menunggu dua wajah gambar sekeping dolar yang sama nilai harga duit, ekonomi, dan politiknya yang menjadi ukuran dan neraca pertimbangan semua negara tumpangan. Kiblat ibadat para pemimpinnya ketika beribadat solat, haji, dan umrah menghadap ke Makkah. Adapun politik dan ekonominya tetap ke arah Amerika Syarikat dan Eropah.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2024/11/04/lidah-bersama-palestin-hati-bersama-zionis/

Abdul Hadi Awang

03 Nov, 13:26


Kita mengambil apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW menyatukan kaum Arab yang terdiri daripada Aus, Khazraj dan kemudian diajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem.

Nabi membina masjid dan menjadikannya sebagai pusat pentadbiran. Nabi membina pasar untuk kegiatan ekonomi di Madinah sehinggakan ramai kalangan bukan Islam yang datang berniaga di Madinah.

Mereka melihat sendiri keadilan dan amanah yang ditunjukkan oleh orang Islam.

InsyaAllah kita akan teruskan perjuangan kita supaya kita dapat melaksanakan semua yang dituntut dalam Islam.

[Ceramah Perdana Sempena Sambutan 34 Tahun PMBI & Himpunan Solidariti Palestin 1 Tahun Taufan Al Aqsa, Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK)]

Abdul Hadi Awang

24 Oct, 04:46


Minda Presiden PAS

KENALI PAS MELALUI KERJASAMA BERISTIQAMAH

Ramai kalangan yang berpendapat bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sama sahaja dengan parti-parti lain yang menganut pelbagai ideologi, bersifat oportunis dan pragmatik sehingga boleh bekerjasama dan berpeluk dengan sesiapa sahaja, serta berpisah dengan mudah sewenang-wenangnya. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat semata-mata.

Inilah kenyataan oleh kalangan yang pernah bersama PAS, kemudian meninggalkannya lalu mendedahkan isi hatinya yang sebenar. Begitu juga anggapan makhluk asing yang jauh daripada PAS. Akhirnya, kalangan yang meninggalkan PAS menjadi sampah politik yang hanyut.

Begitulah juga anggapan golongan al-Mala’ yang menentang perjuangan Islam para rasul terdahulu. Allah menceritakannya melalui firman-Nya:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٢٣ فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةً مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤ إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ٢٥

“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, ‘Wahai kaumku! Sembahlah Allah, (kerana) sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Maka, mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?’ (23) Maka, pemuka-pemuka orang yang kafir antara kaumnya menjawab, ‘Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi daripada kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus para malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan seperti) ini pada masa nenek moyang kami dahulu. (24) Dia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang berpenyakit gila (pangkat), maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu. (25)” [Surah al-Mu’minun: 23-25]

Nabi Nuh AS ialah rasul pertama dan paling lama berjuang sehingga hampir 1,000 tahun mengajak manusia kembali kepada petunjuk Allah SWT yang menjadi tujuan penciptaan Adam AS dan zuriatnya iaitu menegakkan agama Allah (Islam) dalam mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh aspek cara hidup, dari sudut beribadat sehinggalah khilafah (politik mentadbir urusan dunia), serta amanah melaksanakan hukum Allah Yang Maha Adil kepada semua. Perjuangan Nabi Nuh AS juga merupakan perjuangan semua rasul sehinggalah nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW dan kumpulan umatnya yang meneruskan perjuangan.

Semua rasul itu dan kumpulan Islam dituduh menginginkan kuasa dan kedudukan tinggi dalam kehidupan dunia sahaja, serta menafikan kaitannya dengan ibadat kepada Allah yang sempurna. Bahkan, mereka tidak percaya bahawa Islam yang sempurna wajib ditegakkan sehingga berdaulat dalam negara, bukan dalam masjid sahaja. Ada juga daripada kalangan oportunis yang hanya menumpang perjuangan Islam, apabila diuji maka melompatlah dia.

Maka, selepas kewafatan Rasulullah SAW, menjadi kewajipan adanya kumpulan Islam yang meneruskan perjuangan dan memenuhi ciri-ciri yang disebut berulang kali dalam al-Quran, serta telah ditunjukkan teladannya oleh Rasulullah SAW.

Bacs selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/10/24/kenali-pas-melalui-kerjasama-beristiqamah/

Abdul Hadi Awang

23 Oct, 08:56


Highlight Sidang Dewan Rakyat 23 Oktober 2024

Abdul Hadi Awang

23 Oct, 05:14


KENYATAAN MEDIA

TAHNIAH BUAT YANG MULIA BAPAK PRABOWO SUBIANTO

PAS merakamkan ucapan tahniah buat Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto yang telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ke-8.

Tahniah juga kepada Gibran Rakabuming Raka selaku Naib Presiden Indonesia.

Didoakan agar Yang Mulia Prabowo Subianto kelak mampu memacu dan memimpin Republik Indonesia ke arah lebih baik dan berjaya dalam usaha untuk membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Adalah menjadi harapan kelak agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Yang Mulia Prabowo Subianto sebagai Presiden Republik Indonesia, seterusnya mampu membuka dimensi dan keakraban baharu dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara demi manfaatkan serumpun mahupun serantau.

“ISLAM ADALAH PENYELESAIAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rabi' al-Akhirah 1446H / 23 Oktober 2024

Abdul Hadi Awang

22 Oct, 09:29


Highlight Sidang Dewan Rakyat 22 Oktober 2024

Abdul Hadi Awang

22 Oct, 08:18


Sidang Dewan Rakyat 22 Oktober 2024

Abdul Hadi Awang

21 Oct, 12:43


Sidang Dewan Rakyat 21 Oktober 2024

Abdul Hadi Awang

21 Oct, 10:07


Highlight Sidang Dewan Rakyat 21 Oktober 2024

Abdul Hadi Awang

21 Oct, 10:06


Minda Presiden PAS

NARATIF ISLAM TERANCAM

Allah memberikan peringatan-Nya dalam al-Quran berulang kali bahawa Islam diancam selama-lamanya, dan ia bukan hanya khayalan. Antaranya dijelaskan melalui firman-Nya:

... وَلَا يَزَالُونَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمۡ عَن دِينِكُمۡ إِنِ ٱسۡتَطَٰعُواْۚ وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ كَافِرٞ فَأُوْلَـٰٓئِكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ وَأُوْلَـٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢١٧

“...Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) memurtadkan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalan mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.” [Surah al-Baqarah: 217]

Di sini menunjukkan bahawa berterusannya permusuhan terhadap Islam, sehingga semua musuh yang berlainan agama dan ideologi secara bersekutu bersama-sama menentang Islam. Permusuhan ini terjadi sejak Peperangan Ahzab pada zaman awal Islam sehingga bertali arus, dengan terkini menyerang Gaza dengan cara yang paling ganas.

Allah menegaskan pertembungan itu berlaku secara tabii di alam bumi. Bagi menyelamatkan manusia, maka Islam wajib menghadapinya sehingga berkuasa.

Firman Allah SWT:

... وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٥١

“...Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain (yang benar menentang yang salah), pasti rosaklah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” [Surah al-Baqarah: 251]

Perlawanan antara hak dengan batil adalah semula jadi alam. Maka, Islam yang paling benar daripada Allah wajib menghadapi musuhnya sepanjang zaman.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/10/21/naratif-islam-terancam/

Abdul Hadi Awang

18 Oct, 12:53


Kenyataan Media Presiden PAS

PAS MENGUTUK ISRAEL ATAS PEMBUNUHAN YAHYA SINWAR

Firman Allah:

‎﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣﴾

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka, antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa-apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” [Surah al-Ahzab: 23]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan Israel yang telah mengorbankan nyawa Ketua Politik Hamas Palestin, Yahya Sinwar.

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Yahya Sinwar atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran Syahid di sisi Allah.

Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.

“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 Oktober 2024

--------------------

PAS President’s Media Statement

PAS STRONGLY CONDEMNS ISRAEL ON THE ASSASINATION OF YAHYA SINWAR

Allah says:

﴿مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣﴾

“Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah. Some of them have fulfilled their pledge (with their lives), others are waiting (their turn). They have never changed (their commitment) in the least.” [Surah al-Ahzab: 23]

The Malaysian Islamic Party (PAS) strongly condemns the attacks initiated by Israel resulting in the martyrdom of Hamas’s political chief, Yahya Sinwar.

PAS extends its deepest condolences to the family of Yahya Sinwar. May Allah shower those who departed with His blessings.

The Muslim world, therefore, should unequivocally condemns Israel, not only for orchestrating this attack but also for its ongoing war crimes in Gaza.

“From the river to the sea, Palestine will be free.”

ABDUL HADI AWANG
PAS President

Dated: 15 Rabi’ al-Akhirah 1446 / 18 October 2024

Abdul Hadi Awang

18 Oct, 01:21


Minda Presiden PAS

ISLAM AGAMA ALLAH YANG SEMPURNA, TINGGI DAN BERDAULAT: SUATU PANDANGAN TERHADAP RUU MUFTI

Di Malaysia juga, ada kaum seperti India Muslim dan Cina Muslim yang bermazhab Hanafi, serta pendatang daripada mazhab-mazhab lain dan mengikut tariqah masing-masing. Di Malaysia juga, ada berbagai-bagai tariqah yang menepati al-Quran dan Sunnah serta dianut oleh ulama’ yang bertaraf mufti yang belajar daripada banyak negara.

Maka, berbagai-bagai mazhab dalam Islam tidak sama dengan mazhab dalam agama lain yang menjadikan mazhabnya sebagai agama dalam agama sehingga bertempur sesama mereka.

Islam mewajibkan berilmu dan bertafaqquh (berilmu dengan faham urusan agama) berdasarkan firman Allah SWT:

۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢

“Dan tidaklah sepatutnya orang-orang yang beriman itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa tidak pergi sebahagian daripada mereka (yang tinggal) untuk bertafaqquh (memperdalam pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama), dan untuk memberikan peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila mereka telah kembali kepadanya; supaya mereka dapat menjaga dirinya (daripada melakukan larangan Allah dengan petunjuk-Nya).” [Surah al-Taubah: 122]

Maka, kalangan yang berilmu tetapi tidak bertafaqquh menyebabkan masalah apabila mereka menjadikan mazhab itu satu agama baharu dalam agama, sama ada kerana tidak cukup ilmu alatnya ataupun tidak boleh menguasai bahasa al-Quran, tidak ada ilmu-ilmu al-Quran, hadis, usul fiqh, maqasid al-syari‘ah, siasah syar‘iyyah dan lain-lain. Kadang-kadang ada yang terpengaruh dengan kitab yang dikarang tanpa menyedari sejarah dan tempat pengarangnya serta pandangannya yang sudah luput ditelan masa.

Adapun yang ditolak kerana bercanggah dengan rukun-rukun agama dinamakan firqah, tidak dinamakan mazhab. Mereka berkeliaran dalam kalangan yang mengaku Ahli al-Sunnah. Malah, ada juga daripada kalangan Syiah, Khawarij dan lain-lain yang bermazhab dari segi politiknya sahaja, tetapi aqidahnya ada sebahagiannya yang menganut Salafi, Asya‘irah dan Maturidiyyah. Semuanya dijelaskan oleh firman Allah supaya jangan terkeluar mengikut firqah yang sesat, sebagaimana dalam ayat ini:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku (Allah) yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

Firman Allah SWT:

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat.” [Surah Ali ‘Imran: 105]

Kalangan firqah ini ada daripada kalangan semua mazhab, sama ada kerana jahil murakab ataupun diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Terkini pula muncul firqah yang dinamakan ideologi dan teori moden yang terpesong daripada rukun al-din dalam aspek aqidah, syariat dan akhlak.

Namun demikian, semua kumpulan tersebut hendaklah diselamatkan dengan tindakan berilmu dan berhikmah atau dengan tindakan undang-undang bagi mencegah kemungkaran kerana bersifat menyesatkan.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/10/18/islam-agama-allah-yang-sempurna-tinggi-dan-berdaulat-suatu-pandangan-terhadap-ruu-mufti/

Abdul Hadi Awang

17 Oct, 07:17


Minda Presiden PAS

HIKMAH KHILAF MAZHAB

Pendapat para imam berkaitan larangan taasub dengan mazhab:

Imam Abu Hanifah iaitu al-Nu‘man bin Tsabit berkata, “Ini pendapatku dan inilah yang paling baik menurut pandanganku. Sesiapa yang membawa pendapat selain ini (yang lebih kuat) kami akan menerimanya. Adalah haram ke atas sesiapa yang tidak mengetahui dalilku, lalu berfatwa dengan pendapatku.” [Asad Haidar, al-Imam al-Sadiq wa al-Mazahib al-Arba‘ah, Jld. 1, Hlm. 187]

Imam Malik bin Anas berkata, “Bahawasanya aku ialah seorang manusia biasa sahaja, mungkin aku berbuat silap dan boleh jadi aku benar. Maka, perhatikanlah kepada pendapatku, semua yang bertepatan dengan al-Kitab (al-Quran) dan al-Sunnah (hadis), maka terimalah. Apa yang tidak menepati al-Kitab dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah.” [Abu Syamah, Mukhtasar al-Mu’ammal fi al-Rad ila al-Amr al-Awwal, Hlm. 60-61]

Imam al-Syafi‘i Muhammad bin Idris berkata, “Sekiranya kamu mendapati daripada Rasulullah SAW suatu sunnah (hadis) yang menyanggahi perkataanku, maka ambillah sunnah itu dan tinggalkanlah perkataanku, sesungguhnya aku berpendapat dengan sunnah itu.”

Dalam satu riwayat lain, katanya, “Semua masalah (fiqh) yang aku berbicara padanya dengan menyanggahi sunnah (hadis), maka aku menarik kembali pendapatku semasa hidupku dan matiku.”

Katanya lagi, “Tidak ada seorang pun kecuali mesti mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dan dijauhi pendapatnya (apabila tidak menepati Sunnah), walaupun aku sendiri yang menyebut sesuatu pendapat atau menetapkan sesuatu usul (hukum) padanya yang menyanggahi sesuatu daripada (Sunnah) Rasulullah SAW. Maka, pendapat yang diikuti ialah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dan ia adalah pendapatku (juga).” [Abu Syamah, Mukhtasar al-Mu’ammal fi al-Rad ila al-Amr al-Awwal, Hlm. 57]

Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Janganlah kamu menulis sesuatu pun daripada pendapatku. Janganlah kamu bertaklid kepadaku, janganlah pula kamu bertaklid kepada seseorang. Hendaklah kamu mengambil pendapat berdasarkan sumber yang mereka ambil. Janganlah kamu bertaklid agama kamu dengan semata-mata mengikut orang-orang lain. Jika mereka beriman, kamu pun beriman dan jika mereka kufur, kamu juga ikut kufur. Disebabkan kurangnya kefahaman agama seseorang itu, maka agamanya adalah mengikut orang-orang lain.” [Abu Syamah, Mukhtasar al-Mu’ammal fi al-Rad ila al-Amr al-Awwal, Hlm. 61-62 / Al-Shaukani, al-Qaul al-Mufid fi Adillah al-Ijtihad wa al-Taqlid, Hlm. 61]

Semua imam-imam mazhab yang terkenal itu berada pada generasi awal dan kurun Salaf. Adapun dalam perbahasan aqidah, mazhab al-Asha‘irah, al-Maturidiyyah, Muktazilah dan lain-lain pula lahir bukan pada zaman Salaf. Kemunculan mazhab al-Asha‘irah dan al-Maturidiyyah berlaku pada zaman Khalaf ketika sedang bertarung dengan pengaruh falsafah dalam perkara sifat, qada’ dan qadar.

Imam-imam mazhab yang empat itu semuanya merupakan ulama’ yang menjadi rujukan dalam agama yang disepakati ketokohan mereka oleh seluruh umat Islam daripada kalangan semua aliran Ahli al-Sunnah. Para imam tersebut bersepakat pada semua usul-usul fiqh dan berbeza pendapat pada sebahagian perkara-perkara cabang.

Berlakunya perbezaan pendapat hanya dalam perkara cabang ajaran Islam yang berprinsip anjal (fleksibel), menghadapi perbezaan dan perubahan, namun diharamkan masing-masing berpecah dalam perkara rukun dan dasar.

Dalam negara kita sendiri, Islam dibawa dengan pendekatan pelbagai mazhab kerana perubahan tempat dan masa daripada tempat kelahiran Imam al-Syafi‘i RH. Antaranya seperti masalah zakat, kerakyatan, penerokaan tanah (ihya’ al-mawat) dan lain-lain.

Oleh itu, hendaklah kita melihat perbezaan mazhab-mazhab ini sebenarnya mengandungi hikmah yang sangat besar dalam ajaran Islam, dan menerima keluasan ajaran Islam dalam konteks agama bagi negara secara umum.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/10/17/hikmah-khilaf-mazhab/

Abdul Hadi Awang

16 Oct, 15:28


Alhamdulillah, pertemuan mahabbah bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.

Moga menatijahkan kebaikan untuk negara dan ummah.

Abdul Hadi Awang

16 Oct, 05:08


Minda Presiden PAS

POLITIK ISLAM KERANA ALLAH

Kenalilah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum menyertainya atau menyerangnya.

Politiknya kerana Allah, manakala tujuan penubuhannya tidak ada dalam kamus sekularisme dan segala ideologinya. Kami ialah kumpulan yang sentiasa membaca al-Quran dan mengkaji Sunnah Rasulullah SAW yang menunjukkan cara beramal dengannya sepanjang zaman dalam majlis ilmu, liqa’ fikri, tamrin, dan usrah, di samping sentiasa menunggu untuk melaksanakan mana-mana perintah Allah yang wajib dan boleh dilaksanakan. Jika ada halangan, maka kami berjuang mengatasi halangan itu bagi melaksanakannya supaya menjadi bekalan dunia hingga akhirat.

Kami menerima keahlian daripada semua peringkat ilmu dan taraf kehidupannya. Daripada yang paling tinggi ilmunya sehingga kalangan yang paling jahil, asalkan seseorang ahli itu berakal dan mukalaf. Ijazah ilmu yang berjela-jela atau harta yang banyak, pangkat, dan keturunan tidak ada gunanya kepada kami sekiranya tidak diterima oleh Allah, melainkan melalui amalan atau bercita-cita dengan niat kerana Allah.

Politik Islam pula bukan ciptaan manusia. Politik Islam ialah kewajipan yang ditegaskan oleh firman Allah SWT dalam al-Quran kepada para malaikat:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2024/10/16/politik-islam-kerana-allah/