ATM UPDATE @markasatm Channel on Telegram

ATM UPDATE

@markasatm


ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.

ATM UPDATE (Malay)

ATM UPDATE adalah saluran Telegram yang dibangunkan khas untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan Angkatan Tentera Malaysia kepada masyarakat umum. Dikelolakan oleh pengguna @markasatm, saluran ini bertujuan untuk memastikan bahawa berita dan perkembangan terkini dalam Angkatan Tentera Malaysia disampaikan dengan tepat dan pantas kepada peminat serta pihak yang berkepentingan. Mengikut perkembangan terkini, pengguna saluran ini akan mendapat akses kepada pelbagai maklumat termasuk operasi tentera, latihan yang dijalankan, penugasan terkini, serta berita mengenai kemajuan dan pencapaian Angkatan Tentera Malaysia. Dengan hanya satu klik, pengguna saluran dapat mengikuti perkembangan terkini yang berlaku dalam ATM. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi lebih terdekat dengan Angkatan Tentera Malaysia. Sertai ATM UPDATE sekarang dan teruskan menyokong perkhidmatan cemerlang dari Angkatan Tentera Malaysia!

ATM UPDATE

15 Feb, 15:13


https://vt.tiktok.com/ZSMF3Nqe5/

ATM UPDATE

15 Feb, 15:10


https://vt.tiktok.com/ZSMF3NyBa/

ATM UPDATE

07 Nov, 16:50


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan media,

Dimajukan Kenyataan Akhbar daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai insiden letupan yang melibatkan anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah.

Sekian, terima kasih.

ATM UPDATE

29 Apr, 07:27


SIARAN AKHBAR 24 APRIL 2024

𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗧𝗠) 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙 ‘𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗥𝗔𝗚𝗘𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧 𝟮𝟰’

Angkatan Tentera Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

1. Berlanjutan daripada tragedi nahas helikoper Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 Pegawai dan Lain-Lain Pangkat TLDM pada 23 April 2024 yang lalu, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan Tabung Khas iaitu ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’.

2. ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’ akan diaktifkan bermula siaran ini dikeluarkan sehingga berakhir bulan Jun 2024. Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang dipikul setelah kehilangan ahli keluarga yang tercinta.

3. Sumbangan boleh dihulurkan terus secara atas talian (online) kepada akaun Affin Bank dengan menyatakan ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’ sebagai rujukan atau melalui cek atas nama ‘Tabung Kebajikan Angkatan Tentera’ dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-40131023.

4. Nama dan No Akaun ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’ adalah seperti berikut:

🔴 Nama Akaun : 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝗧𝗞𝗔𝗧).
🔴 Nombor Akaun : 𝟭𝟬𝟬𝟬𝟰𝟬𝟬𝟬𝟭𝟳𝟱𝟮.
🔴 Nama Bank : 𝗔𝗳𝗳𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸.

5. Segala sumbangan orang ramai kepada keluarga Perwira Tragedi Lumut 24 didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga semuanya mendapat kebaikan serta rahmat-Nya.


https://www.facebook.com/share/Hg1uVRujhHY7QBwp/?mibextid=CTbP7E

ATM UPDATE

15 Sep, 11:08


*𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘-𝟵𝟬*

Demi Pertiwi, mereka rela berkorban.
Demi Kesetiaan,
Perjuangan mereka tiada sempadan.
Impian mereka...
Rakyat sentiasa bersama...
Membawa mesej...
Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama.
Semuanya demi Malaysia, Selamat, Berdaulat dan Makmur... Selamanya...

🔴 Selamat Hari ATM Ke-90

🔴 16 September 2023

https://youtu.be/rlkT1nNdyYA?si=VqFYuFz0bV9bx3fA

ATM UPDATE

12 Sep, 02:01


🔴 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗘-𝟮𝟭

Tontoni Video Khas Penghargaan kepada Panglima Angkatan Tentera Ke-21, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM atas jasa, pengorbanan serta penceritaan kehidupan beliau selama lebih 43 tahun menabur bakti kepada Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hingga menjadi anak jati Sarawak pertama dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada tahun 2016 dan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 pada tahun 2020.

https://youtu.be/7xhUP18n8ys?si=AlanH7h3eCEk0B9u

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#angkatanmasahadapan
#hariatm90

ATM UPDATE

04 Sep, 00:51


🔴 Tontoni (((LIVE))) Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera ke-21, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan pada hari ini 4 September 2023.

#airtimes #atm #tenteramalaysia #panglimaangkatantentera #kuantan
#ATMSentiasaBersepadu #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

https://fb.watch/mQU1GeeJpf/?mibextid=Nif5oz

ATM UPDATE

31 Jul, 00:34


🔴 𝗧𝗼𝗻𝘁𝗼𝗻𝗶 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 oleh RTM - Radio Televisyen Malaysia - Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) - Tv1

🔴 Tetamu ATM :
Brig Jen Sani bin S. Omar - Tentera Darat Malaysia

🔵 Tetamu PDRM : SAC Azman bin Abd Razak - PDRM

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#PDRM

https://fb.watch/m6KEABBDhj/?mibextid=Nif5oz

ATM UPDATE

26 Jul, 18:17


𝑳𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂

𝟰 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜: ❜❜𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯❜❜ - 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 ...𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗡𝗜𝗞 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗛𝗔𝗠𝗔𝗧

Koperal Nik Ibrahim Hamat, tidak menduga tindakannya memijak sebatang pokok tumbang akan menyebabkan dirinya ditimpa malapetaka yang hampir memusnahkan masa hadapannya. Lebih malang kejadian itu berlaku di kala dia sedang berjuang untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang diserang hendap oleh pengganas komunis. Walaupun begitu, dia tetap redha dengan ketentuan ilahi meskipun terpaksa menanggung penderitaan hidup setelah kehilangan sebelah kakinya akibat jerangkap samar musuh.

Cerita selanjutnya layari:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Q8QBEcSeDD7DeH7cJ2sfTDKvwS11iNZX8WjmBUrzjMLmouZzg5S41Frx3kABkKwml&id=100064762566193&mibextid=Nif5oz

ATM UPDATE

26 Jul, 08:31


🔴 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pemerhatian dan analisis yang jitu, telahpun menyediakan pelan tindak untuk mengurangkan impak aturgerak angkatan dalam menangani ketidaktentuan keselamatan masa kini.

❞𝙃𝙖𝙨𝙞𝙡𝙣𝙮𝙖, 𝘼𝙏𝙈 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙗𝙞𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣 𝙎𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞 𝙆𝙚𝙩𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙎𝙆𝙉 2.0 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙐𝙡𝙖𝙣𝙜𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣𝙣𝙮𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚-89 𝙡𝙖𝙡𝙪. 𝘿𝙤𝙠𝙪𝙢𝙚𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞 𝙠𝙚𝙩𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙝𝙤𝙡𝙞𝙨𝙩𝙞𝙠 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙞𝙣𝙠𝙡𝙪𝙨𝙞𝙛 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙩𝙧𝙖𝙣𝙨𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝘼𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙖𝙥𝙖𝙞 𝙤𝙗𝙟𝙚𝙠𝙩𝙞𝙛-𝙤𝙗𝙟𝙚𝙠𝙩𝙞𝙛 𝙠𝙚𝙩𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣, 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞𝙜𝙪𝙨 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙨𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙖𝙥𝙖 𝙟𝙪𝙖 𝙠𝙚𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣❞ - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.

Istana Negara
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Adly Zahari
Tentera Darat Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia
MyJointForce
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Wisma Putra
Kementerian Pertahanan Malaysia
Parlimen Malaysia
Majlis Keselamatan Negara
Kementerian Kewangan

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#angkatanmasahadapan
#bersepadutangkasberfokus
#KertasPutihPertahanan

ATM UPDATE

22 Jul, 00:28


🔵 Tontoni Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 yang akan bersiaran langsung pada hari ini jam 8.45 pagi bersempena 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝘁𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗮𝗱𝗲𝘁 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#angkatanmasahadapan
#bersepadutangkasberfokus

https://fb.watch/lWS9KP7gU1/?mibextid=RUbZ1f

ATM UPDATE

17 Jul, 10:23


🔵 Tontoni Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) dan dengarkan di Radio NASIONALfm - Sentiasa di hati pada esok 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮) bersama Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) serta Pegawai Kadet ATM berbicara tentang 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝘁𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗮𝗱𝗲𝘁 𝗔𝗧𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟯.

🔴 Selamat Pagi Malaysia - Tv1 jam 9.00 pagi.

🔴 Radio Nasional FM jam 1030 pagi.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#angkatanmasahadapan
#bersepadutangkasberfokus

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02QjfpfFYdzrTj87j8U5jmnZYsXjnJcUPpJtGm1VbztUmWqPqXoM1g8vagbjEG8uHNl&id=100064762566193&mibextid=Nif5oz

ATM UPDATE

17 Jul, 01:42


𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭𝟵𝟵 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡

Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

🔴 Tarikh Permohonan Dibuka : 17 Jul hingga 20 Ogos 2023

Maklumat lanjut layari FB Tentera Darat Malaysia di link berikut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=682827823885688&id=100064754284401&mibextid=Nif5oz

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama

ATM UPDATE

16 Jul, 09:26


𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-𝟭𝟲 𝗠𝗔𝗥𝗞𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 - 𝘽𝙀𝙍𝙅𝙐𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙀𝙍𝙎𝘼𝙈𝘼

🔴 Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM dan seluruh warga ATM mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Ke-16 kepada seluruh kepimpinan dan warga Markas Angkatan Bersama. "BERJUANG BERSAMA"

16 Julai 2007, tarikh keramat penubuhan Markas Angkatan Bersama (MK AB). Ia diwujudkan untuk mengendalikan tugas berdasarkan kepada konsep penugasan bersama (Jointness), yang bersifat tiga khidmat (Tri-Service) di dalam Angkatan Tentera Malaysia, selain turut berperanan untuk menyelaraskan keperluan dalam operasi dan misi di bawah PBB.

🔵 Hari ini 16 Julai 2023, MK AB menyambut hari ulang tahun yang ke-16. Ia kini merupakan antara elemen strategik dalam merealisasikan ketumbukan ATM mentransformasi organisasi ke arah Angkatan Masa Hadapan.

"𝘈𝘛𝘔 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘰𝘱𝘴𝘺𝘦𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘭𝘢𝘵 𝘭𝘶𝘢𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘥𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘒𝘰𝘯𝘴𝘦𝘱 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢. 𝘐𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘬𝘦𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘭𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘥𝘰𝘮𝘢𝘪𝘯 𝘈𝘛𝘔 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘨𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘵𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘳𝘬𝘢𝘴 𝘈𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢" .

MyJointForce

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#angkatanmasahadapan
#bersepadutangkasberfokus
#KertasPutihPertahanan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02paGbXnrKKM1TG7Kn5Q5VSZqaF3TdTFmU63xBcUF6HxUZ7bV6pfFzxNJRwfDx1Dk6l&id=100064762566193&mibextid=Nif5oz

ATM UPDATE

13 Jul, 01:57


𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗢𝗗𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡

🔴 Permohonan kecemasan yang dibawa oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membaik pulih rumah-rumah kediaman anggota ATM yang daif menerima jawapan positif.

🔴 Usaha meningkatkan aspek kebajikan ini juga menepati teras keutamaan yang digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera iaitu Memperkasa Warga ATM Yang Cemerlang dalam memperlengkapkan serta membangunkan modal insan Angkatan Masa Hadapan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan.

🔴 Aspek kebajikan ini termasuklah keselamatan dan kesempurnaan fasilitas di tempat kerja, keselesaan tempat tinggal, peralatan dan perkakasan yang diperlukan untuk tugasan mereka serta gaji dan elaun.

Kementerian Pertahanan Malaysia
Tentera Darat Malaysia
Tentera Laut Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia
MyJointForce

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#KebajikanAnggotaTentera
#angkatanmasahadapan
#bersepadutangkasberfokus
#KertasPutihPertahanan
Selanjutnya di:

https://fb.watch/lIG3Z3okv3/?mibextid=Nif5oz

ATM UPDATE

11 Jul, 05:12


𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡

Malaysia dan India akan meningkatkan kerjasama pertahanan terutamanya dalam aspek kerjasama antara tentera dan sains pertahanan, teknologi dan industri.

Kata sepakat ni dicapai dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan Menteri Pertahanan India, TYT Shri Rajnath Singh di Kementerian Pertahanan Malaysia semasa sesi lawatan rasmi beliau ke Kementerian Pertahanan semalam.

Berita lanjut layari:

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2205238&fbclid=IwAR1Cw4W_sChMmMzx7LFqmR_ixRKY8jQMouqSUauULwIHFTLZp4wqlUUDpxg

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#angkatanmasahadapan