BAGI TAHUN 2025 OLEH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN (YNS)
Jangan lepaskan peluang!
Tawaran adalah dibuka kepada Anak Negeri Sembilan yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi terutamanya golongan Asnaf dan B40.
Syarat permohonan :
1. Pemohon atau ahli keluarga tidak pernah menerima Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan
2. Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan
3. Alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang disertakan)
4. Sekiranya Bukan Kelahiran di Negeri Sembilan, tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun
5. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) Awam Sahaja. (SEPENUH MASA)
6. Pelajar Tahun Akhir TIDAK LAYAK untuk memohon
7. Sekiranya terdapat (2) dua pemohon atau lebih dalam satu keluarga, hanya SATU PEMOHON sahaja yang layak menerima bantuan
8. Ibu bapa yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak memohon Bantuan Komputer Riba dengan pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000 kategori B40
Untuk permohonan, sila klik pautan https://peranti.yns.gov.my