Surau Al-Ikhwan SAKBA @surausakba Channel on Telegram

Surau Al-Ikhwan SAKBA

@surausakba


Channel rasmi mengenai aktiviti Kerohanian dan Surau Al-Ikhwan SAKBA.

Surau Al-Ikhwan SAKBA (Malay)

Selamat datang ke Saluran Telegram rasmi Surau Al-Ikhwan SAKBA! Jika anda mencari tempat untuk menyambung dengan aktiviti Kerohanian dan mendapatkan maklumat terkini mengenai Surau Al-Ikhwan SAKBA, ini adalah tempat yang tepat untuk anda. Surau Al-Ikhwan SAKBA adalah sebuah pusat keagamaan yang menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk memperkukuhkan hubungan spiritual umat Islam di sekitar kawasan.

Surau Al-Ikhwan SAKBA berusaha untuk menjadi pusat bagi komuniti Muslim untuk berkumpul, belajar, dan memperkukuhkan keimanan bersama. Dengan menyertai saluran Telegram ini, anda akan mendapat akses kepada jadual solat harian, tazkirah, ceramah agama, dan program-program keagamaan lain yang dijalankan di Surau Al-Ikhwan SAKBA.

Jadi siapa sebenarnya Surau Al-Ikhwan SAKBA? Surau ini adalah sebuah tempat ibadah yang menjadi tumpuan utama bagi penduduk setempat untuk menunaikan ibadah harian mereka. Ia juga merupakan pusat aktiviti keagamaan dan sosial bagi masyarakat setempat. Dengan menyertai saluran Telegram Surau Al-Ikhwan SAKBA, anda akan dapat berhubung dengan komuniti atau jemaah yang berkongsi nilai-nilai keagamaan dan keimanan yang sama.

Jika anda ingin menjadi lebih aktif dalam aktiviti kerohanian dan mendapat maklumat terkini mengenai Surau Al-Ikhwan SAKBA, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran Telegram rasmi kami. Dapatkan pengalaman keagamaan yang bermakna dan dapatkan manfaat daripada program-program yang disediakan oleh Surau Al-Ikhwan SAKBA. Mari sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti keagamaan yang bermakna!

Surau Al-Ikhwan SAKBA

19 Jan, 01:04


Jangan lupakan juga saudara kita di sana

Surau Al-Ikhwan SAKBA

19 Jan, 01:04


470 hari pembunuhan, Gaza tidak akan melupakan siapa yang menyokongnya dan siapa yang berundur dengan diam dan pengkhianatan.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/duniapalestin

Surau Al-Ikhwan SAKBA

18 Jan, 23:21


Doakan Calon2 SPM 2024 SAKBA dari Batch Leofex 2024 yang masih berjuang agar sentiasa Istiqomah menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Moga Allah kurniakan Kecemerlangan dunia akhirat. InshaAllah.

Surau Al-Ikhwan SAKBA

17 Jan, 23:00


Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat
==========
1. Sekiranya anda ingin mendapat doa daripada para malaikat, maka jadilah sebahagian daripada golongan yang disebutkan di dalam hadis Nabi ﷺ ini iaitu:

2. Golongan yang bersedekah. Orang yang bersedekah akan menerima doa daripada para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

“Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).” (HR al-Bukhari)

3. Golongan yang menunggu waktu solat. Golongan ini sangat istimewa di sisi Allah kerana seakan-akan sentiasa dia rindu untuk bertemu dengan Allah di dalam solatnya. Golongan ini akan mendapat doa keampunan dari para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ:

المَلاَئِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ، مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

“Sesungguhnya para malaikat mendoakan ke atas mereka yang menunggu solat di tempat solatnya selagi mana dia berada dalam keadaan suci. Doa malaikat: Ya Allah ampunkanlah dirinya dan rahmatilah dirinya.”(HR al-Tirmizi)

4. Golongan yang mengajarkan kebaikan. Golongan ini amat istimewa di sisi Allah. Ini kerana bukan sahaja para malaikat mendoakan mereka, Allah yang Maha Agung serta penduduk langit dan bumi mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan. Sabda Rasulullah ﷺ:

انَّ اللَّهَ وملائِكتَهُ وأَهلَ السَّماواتِ والأرضِ حتَّى النَّمْلةَ في جُحْرِها وحتَّى الحوتَ - ليُصلُّونَ على معلِّمِ النَّاسِ الخيرَ

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya serta ahli langit dan bumi sehinggakan semut dalam batu dan ikan di lautan mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan.” (HR al-Tirmizi)

5. Golongan yang menziarahi kerana Allah. Rasulullah ﷺ turut menjelaskan bahawa orang yang menziarahi orang yang sakit, atau menziarahi saudaranya ikhlas kerana Allah, maka dia akan memperoleh doa dari para malaikat. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً

“Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” (HR al-Tirmizi)

6. Rebutlah peluang untuk menjadi orang yang di doakan oleh Allah dan para malaikatNya ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

12 Jan, 01:40


Subuh pagi tadi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

11 Jan, 00:52


Subuh pagi tadi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

10 Jan, 11:57


Selepas selesai Maghrib

Surau Al-Ikhwan SAKBA

10 Jan, 11:56


Semakan Kehadiran sebelum mula Solat Maghrib tadi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

07 Jan, 12:11


Maghrib 7 Rajab 1446 / 7 Januari 2025

Surau Al-Ikhwan SAKBA

07 Jan, 10:23


Doakan Ustazah Farah, Uzair dan Iman di Nadwah Kepimpinan Islam SBP Kebangsaan 2024/2025 di Janda Baik, Pahang membawa misi Pembentangan Amalan Terbaik. Berjaya layak 4 pasukan terbaik dalam kategori Manual Kerja Pengoperasian Lajnah Usrah dan Lajnah Ibadah BADAR.

Projek yang dibawa sekali lagi :
The Amazing Race.

Surau Al-Ikhwan SAKBA

07 Jan, 10:19


Checked in, Janda Baik

Surau Al-Ikhwan SAKBA

07 Jan, 01:38


Dengar Quran Sahaja Dapat Rahmat
=========
1. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:

فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat.

3. Bayangkan andai orang yang mendengar dan menghayati al-Quran sahaja sudah beroleh rahmat, apatah lagi orang yang membacanya, menghayatinya dan menghabiskan bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan nanti.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

06 Jan, 22:54


Subuh 7 Rajab 1446 / 7 Januari 2025

Surau Al-Ikhwan SAKBA

05 Jan, 23:09


Apakah Intipati Doa Iftitah?
======
1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Saidina Abdullah bin Umar menceritakan kisah seorang sahabat yang membaca bacaan zikir yang agak kuat di dalam solatnya.

2. Seusai solat, Rasulullah bertanya: Siapakah lelaki yang mebaca zikir yang didengarinya itu. Sahabat tersebut telah mengucapkan lafaz ini:

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

3. Pada mulanya sahabat tersebut mendiamkan diri kerana bimbang andai beliau telah melakukan kesalahan dalam solat. Namun akhirnya beliau mengaku juga. Lalu Rasulullah bersabda:

عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ

"Aku takjub dengan kalimah-kalimah zikir ini kerana pintu langit telah terbuka disebabkan ucapan lafaz (memuji Allah ini). (HR Muslim)

4. Mendengarkan perkataan Rasulullah ini, Saidina Abdullah bin Umar berazam untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan lafaz doa iftitah ini sepanjang usianya. Beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah ini.

5. al-Imam Muslim menghimpunkan hadis ini dalam kumpulan lafaz-lafaz zikir yang boleh dibaca pada permulaan solat (selepas takbiratul ihram). Terdapat beberapa zikir lain lagi yang sunat dibaca sebagai doa iftitah (doa pembuka) seperti yang dinukilkan oleh al-Imam Muslim.

6. Doa iftitah dengan lafaz ini seakan pembuka bicara seorang hamba dengan Tuhannya sehingga Rasulullah menyaksikan betapa pintu langit dibuka menyambut munajat hambaNya di dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

05 Jan, 22:46


Subuh 6 Rajab 1446 / 6 Januari 2025

Surau Al-Ikhwan SAKBA

04 Jan, 00:25


Subuh 4 Rajab 1446 / 4 Januari 2025

Surau Al-Ikhwan SAKBA

03 Jan, 10:33


Berakhlak Mulia dalam Kehidupan Muslim

Berakhlak mulia merupakan salah satu tuntutan utama dalam Islam, kerana ia mencerminkan keindahan agama dan kesempurnaan iman seseorang. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad)

Contoh Akhlak Mulia
1. Bersikap Jujur
Kejujuran adalah asas kepada kepercayaan dan penghormatan. Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kamu bersikap jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa ke syurga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Sabar
Kesabaran adalah kunci menghadapi ujian dan cabaran hidup. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, 2:153)
3. Suka Memaafkan
Memaafkan adalah sifat yang terpuji dan mendekatkan diri kepada Allah. Firman-Nya:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?” (Surah An-Nur, 24:22)
4. Menghormati Orang Tua dan Guru
Rasulullah SAW bersabda:
“Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua.” (Riwayat Tirmizi)
5. Menjaga Lisan
Menjaga ucapan adalah tanda keimanan. Sabda Nabi SAW:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Suka Bersedekah
Dermawan adalah sifat yang dipuji oleh Allah dan Rasul-Nya. Bersedekah, khususnya kepada fakir miskin, adalah amalan yang dapat menghapuskan dosa kecil dan mendekatkan diri kepada rahmat Allah.
7. Tidak Menyakiti Makhluk Lain
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa seorang Muslim sejati ialah mereka yang tidak menyakiti orang lain:
“Seorang Muslim adalah orang yang membuat orang lain selamat daripada gangguan lisan dan tangannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cara Meningkatkan Akhlak Mulia
1. Mempelajari dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
2. Bermuhasabah diri, mengenal pasti kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya.
3. Bergaul dengan orang soleh yang sentiasa mendorong kepada kebaikan.
4. Berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan kekuatan untuk berakhlak baik. Doa Rasulullah:
“Ya Allah, hiasilah akhlakku sebagaimana Engkau telah memperindah penciptaanku.” (Riwayat Ahmad)

https://t.me/kapsul_tazkirah

Surau Al-Ikhwan SAKBA

03 Jan, 04:47


Subuh 3 Rajab 1446 / 3 Januari 2025

Surau Al-Ikhwan SAKBA

02 Jan, 14:45


Mengimbau kenangan batch2 awal SAKBA

Surau Al-Ikhwan SAKBA

02 Jan, 14:43


Ada alumni SPM 2010 - 2013 dalam ni? 😎

Surau Al-Ikhwan SAKBA

19 Dec, 22:48


Subuh terakhir sebelum cuti 1 minggu

Surau Al-Ikhwan SAKBA

15 Dec, 00:08


Surau Al-Ikhwan SAKBA pinned «Assalamualaikum In syaa-Allah mulai hari ini semua murid islam akan membaca 1 muka surat Al-quran selepas solat maghrib. Cuba selesaikan sebelum jam 8.15 mlm. Selepas itu, semua bergerak ke kelas persediaan malam mula jam 8.30 mlm»

Surau Al-Ikhwan SAKBA

12 Dec, 07:48


Anak Soleh Mendoakan Ibu Bapanya

Tiada harta yang amat bernilai yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah melainkan anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan mereka.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (HR  Muslim No: 1631)

Doa anak kepada kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut. Janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun, kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan adanya mereka berdua.

Beberapa ayat di dalam al-Quran berkaitan doa kepada kedua ibu bapa yang boleh kita amalkan, antaranya:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Ibrahim: 41)

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.” (Nuh: 28)

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (al-Isra’: 24)

Sekiranya seseorang itu hanya ingin mendoakan kepada dirinya dan kedua ibu bapanya sahaja boleh membaca dengan lafaz ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Sekiranya seseorang itu ingin mendoakan kepada ramai dan kedua ibu bapa mereka seperti sebagai imam, maka boleh berdoa dengan lafaz ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Boleh juga dengan lafaz doa yang ketiga ini, dibaca bukan hanya terhad kepada ibu bapanya, bahkan ia termasuk datuk, nenek dan ke atas kepada semua yang hadir. Lafaz tersebut adalah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Justeru, seseorang yang ingin berdoa khususnya para imam yang berdoa untuk Jemaah yang hadir, perlu memilih lafaz yang sesuai dan bukan hanya untuk dirinya sahaja.

Sertakanlah doa untuk ibu bapa setiap kali kita berdoa.

https://t.me/kapsul_tazkirah

Surau Al-Ikhwan SAKBA

11 Dec, 10:14


Kuliah Hadis 40 oleh Ustazah Farah
Rabu 11 Disember 2024

Surau Al-Ikhwan SAKBA

11 Dec, 10:09


Kuliah Hadis 40 oleh Ustazah Azizah
Isnin 9 Disember 2024

Surau Al-Ikhwan SAKBA

04 Dec, 12:22


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Malam ni perkongsian HADIS 40 di SURAU AL-IKHWAN SAKBA oleh
Ustazah AZNY

Surau Al-Ikhwan SAKBA

04 Dec, 12:22


Hadis 11 : meninggalkan keraguan adalah ciri warak

Surau Al-Ikhwan SAKBA

01 Dec, 11:49


Solat Hajat Perdana Dan Doa Untuk Mangsa Banjir

Surau Al-Ikhwan SAKBA

01 Dec, 02:51


*PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN DOA UNTUK MANGSA BANJIR*

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeru serta memohon kepada semua muslimin dan muslimat khususnya warga pendidikan di semua institusi pendidikan KPM agar melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk mangsa banjir yang sedang ditimpa musibah dan kesusahan di seluruh negara.

Program Solat Hajat Perdana dan Doa Untuk Mangsa Banjir akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: *01 Disember 2024 (Ahad)*

Masa: *Selepas Solat Maghrib*

Lokasi: *Semua Institusi Pendidikan*

Anjuran: *Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia*

Semoga diberi kesabaran, ketabahan dan kekuatan buat semua mangsa banjir di seluruh negara dalam menghadapi bencana banjir ini.

Ayuh bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan mangsa banjir dan ditamatkan segera bencana banjir ini.

Terima kasih.

Surau Al-Ikhwan SAKBA

28 Nov, 02:30


Menyesal Salah Pilih Kawan
=========
1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bagaimana kesilapan memilih kawan akan menjadi penyesalan yang dahsyat di akhirat kelak. Firman Allah:

يَٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” (Surah al-Furqan: 28)

2. Menurut al-Imam al-Tabari, ayat di atas berkaitan dengan Umayyah bin Khalaf (atau Ubai bin Khalaf) yang dikatakan menjadi punca murtadnya Uqbah bin Abi Muayyit. Uqbah dikatakan telah cenderung untuk menerima Islam lalu dikecam oleh sahabat baiknya sendiri yang akhirnya membawanya untuk kembali menentang Islam.

3. Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa pendirian seorang lelaki itu terkadang bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)

4. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.

Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

Surau Al-Ikhwan SAKBA

27 Nov, 22:42


Serahkan kepada Allah SWT. Sebaik2 hakim kebenaran 🥰

Surau Al-Ikhwan SAKBA

27 Nov, 22:42


Tak rugi pun buat baik naa. Untuk diri sendiri jugak. Ganjaran akhirat nanti

Surau Al-Ikhwan SAKBA

26 Nov, 07:21


Ya Allah...😭😭😭

Surau Al-Ikhwan SAKBA

26 Nov, 07:20


Saat tentera pengganas Israel mengebom Masjid al-Faruq di tengah kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin

Surau Al-Ikhwan SAKBA

25 Nov, 22:15


Apa yang Allah atur, tak sama macam mana kita expect. Perancangan Allah jauh lebih baik dan penuh hikmah 🥰

Surau Al-Ikhwan SAKBA

25 Nov, 06:49


Ya Allah lindungilah Gaza 🥹

Surau Al-Ikhwan SAKBA

21 Nov, 10:36


Jangan Jemu Mendoakan Anak
=========
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)

2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami daripada hadis Rasulullah yang menegaskan:

إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ

“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.

3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibu bapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami daripada doa Baginda yang direkodkan dalam al-Quran. Firman Allah:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa ini.” (Surah Ibrahim: 40)

5. Perhatikan doa ini. Di hujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan dalam doa Nabi Ibrahim yang lain sebagai kata penguat iaitu ungkapannya:

رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”

Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.

6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ

“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi Rumah-Mu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)

7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih daripada itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.

8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa ialah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikurniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hamba-Nya yang berharap kepada-Nya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

Surau Al-Ikhwan SAKBA

20 Nov, 00:15


Menangis Kerana Teringatkan Dosa
=========
1. Menurut Hasan al-Basri, hati manusia mudah menjadi keras disebabkan dosa dan kelekaan yang berterusan yang menyelubungi jiwa mereka. Perkara ini boleh dirawat melalui memperbanyakkan amalan yang menjadikan manusia lebih banyak mengingati Allah.

2. Perkara ini dijelaskan oleh al-Hasan al-Basri apabila seorang lelaki datang mengadu kepada beliau. Lelaki tersebut mengadukan tentang hatinya yang keras. Lalu al-Hasan berpesan:

أذبه بالذكر ؛ وهذا لأن القلب كلما اشتدت به الغفلة اشتدت به القسوة فإذا ذكر الله تعالى ذابت تلك القسوة

“Lembutkan hatimu dengan memperbanyakkan zikir mengingati Allah. Sesungguhnya hati ini akan menjadi keras apabila terlalu banyak kelekaan dan kelalaian yang menyelubungi jiwa. Apabila seseorang mengingati Allah, maka akan lembutlah jiwa tersebut.”

3. Dengan sebab itu Saidina Abdullah bin Umar meletakkan nilai yang tinggi pada jiwa yang mudah menangis kerana Allah. Kata beliau:

لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار

“Menangis kerana takutkan Allah lebih aku sukai daripada bersedekah seribu dinar (wang emas).”

4. Benarlah kata-kata al-Imam Ibn al-Qayyim, jiwa yang keras tidak akan lembut melainkan dengan mengingati Allah. Manakala jiwa yang lembut akan mudah menangis apabila terkenangkan dosa mereka. Sifat takut kepada Allah menyebabkan jiwa mereka menjadi lembut dan sensitif dengan dosa.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

18 Nov, 22:23


Apa yang ditakdirkan untuk kita semua di luar kawalan kita. Apa yang jadi esok pun kita tak tau. Yang pasti kena sentiasa berdoa, sebab kita ada Allah yang pemilik segala takdir. Doa pagi ni supaya Allah lindung saya dan kita semua dari takdir2 yang buruk 🤲

Surau Al-Ikhwan SAKBA

18 Nov, 00:21


Kebaikan didunia dan juga akhirat. Antara doa yang kerap2 perlu amal setiap hari. Semua orang nak berjaya di dunia tapi lupa masih ada akhirat yang menanti. Minta la kedua-duanya sekali naa. Baik diakhirat InShaaAllah baik di dunia juga 🥰

Surau Al-Ikhwan SAKBA

16 Nov, 23:44


Kurangkan Perbalahan, Fokus Kepada Amalan
=====
1. Menyibukkan diri dengan perbalahan akan memberikan kerugian buat umat ini. Kata al-Imam al-Auza'i:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ شَرًّا أَلْزَمَهُمُ الْجَدَلَ وَمَنَعَهُمُ الْعَمَلَ

Sekiranya Allah inginkan keburukan pada sesuatu kaum, maka disibukkan mereka dengan perbalahan dan dihalang mereka dari beramal. (Jami' Bayan al-Ilm, 2/933)

2. Malah tenggelam dengan perbalahan yang panjang ini akan mengeraskan hati. Kata al-Imam al-Syafi'i:

المراء في العلم يقسي القلب، ويورث الضغائن

"Perselisihan dalam ilmu mengeraskan hati dan menimbulkan dendam."

3. Oleh yang demikian, kurangkan perdebatan terutama dalam isu yang telah sekian lama menjadi khilaf dalam kalangan sarjana muslim. Berusaha mencari titik kesatuan yang lebih menguatkan umat ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

16 Nov, 22:47


Subuh 17 November 2024

Surau Al-Ikhwan SAKBA

16 Nov, 05:35


Kisah ini pernah diceritakan kepada saya oleh seorang jemaah yang pernah mengenali insan yang bernama Husein, dan kisah ini juga pernah diadaptasi ke drama televisyen beberapa tahun yang lalu.

HUSEIN GILA

"Saat jasad Husein dimandikan, tiga orang tukang mandi jenazah bergilir-gilir, satu persatu, kerana tak tertahan menatap tubuhnya. Air mata mereka mengalir, tangan terasa gementar, hati sebak melihat keadaan jenazahnya..."

Sudah lama tiada khabar tentang Husein. Rupa-rupanya, dia telah pergi untuk selamanya.

Orang kampung menggelarnya "Husein Gila," kerana zahirnya jauh berbeza dari orang lain. Hampir setiap hari, Husein kelihatan di surau; bukan untuk bersolat seperti jemaah lain, tetapi untuk mengutip benda-benda kecil, kotor, dan terselit di karpet, disisipkan ke dalam poket bajunya.

Pernah seorang jemaah memberinya penyapu, tetapi dia menolak dengan lembut. "Rugilah kalau aku pakai penyapu," katanya, "kalau aku kutip satu-satu dengan tangan, sepuluh kali Allah balas padaku." Para jemaah akhirnya hanya mengangguk dan membiarkan dia dengan caranya.

Kadang-kadang, Husein membersihkan bilik air surau. Setiap inci lantai dan dinding diberusnya dengan sabar, meskipun kerja yang baginya tiada titik akhir. Jika diberi berus lantai, dia menolak lagi. "Rugilah kalau aku guna berus besar," ujarnya. "Dengan berus gigi ini, baru lambat siap, hingga ke malam pun tak apa... Lagi banyak Allah bagi aku pahala."

Wang juga dia tolak. "Aku ada kaki, ada tangan, boleh jalan cari makanan yang orang buang. Membazir itu dosa. Aku cuma perlu makan untuk hidup, untuk bersihkan surau." Begitu pula jika ada yang memberinya sekotak rokok, dia marah, "Aku cuma nak sebatang, bukan sekotak! Berdosa mintak lebih-lebih, cukup satu-satu."

Setiap butir nasi yang dikutipnya akan disatukan di satu sudut lantai. Ketika ditanya, dia menjawab, "Semut pun makhluk Allah. Kalau kucing boleh makan, kenapa tidak semut?"

Akhirnya, jemaah membiarkannya dengan segala keanehannya. Ketika mereka bersolat, dia hanya memandang dari jauh, tidak pernah menyertai. Saat ada yang mengajaknya, dia menegur balik dengan tenang, "Orang gila tak diwajibkan solat. Haram."

Husein dahulunya seorang pelajar pondok yang taat. Namun, hidupnya berubah kelam kerana deraan ibu tiri dan sikap dingin ayahnya. Tekanan yang menghimpit membuatkan dia akhirnya hilang arah, menjadi lelaki yang selalu merayau-rayau.

Ada masanya Husein membebel sendiri, "Mana bilal ni, belum azan Maghrib ke?" Pernah sekali dia berkeras ingin mengumandangkan azan, dan jemaah cuba menahannya. Namun, imam surau meminta mereka biarkan.

Tatkala azannya berkumandang, suara Husein begitu menyentuh hati dan menggetarkan. Air mata para jemaah berlinangan. "Suara azan dia lebih sempurna dari kita semua," bisik imam surau sambil menahan sebak. Selepas azan, ada yang memuji kemahiran Husein. Dia hanya tertawa kecil, "Hari-hari aku kat sini. Aku solat je tak boleh, Allah tak izinkan."

Ketika jasad Husein dimandikan, tiga orang tukang mandi jenazah bergilir. Satu persatu meninggalkan ruang, bergetar dengan rasa haru yang tak tertahan. Tubuhnya, yang selama ini tampak kotor dan berdaki, kini bersinar bersih, wajahnya bercahaya, dan giginya yang berkarat kini putih berkilau. Bau busuk yang dahulu mengelilinginya hilang, berganti dengan aroma wangi, bahkan melebihi haruman atar yang dipakai para jemaah.

Allahu Akbar! Siapa sangka di sebalik zahirnya yang gila, Husein menyimpan ketulusan dan kebijaksanaan yang tak ternilai? Tubuhnya mungkin tampak lusuh, tetapi saat diangkat menuju akhirat, sifat asalnya bersinar.

Seminggu surau terasa kosong tanpanya. Sebulan berganti, dan doa-doa terus dipanjatkan oleh para imam, mengenangkan Husein. Setiap kali, setelah solat, ramai yang menitiskan air mata, merindui kehadiran Husein yang dulu dianggap remeh. Kini, mata mereka terbuka, melihat bahawa Allah menilai hati, niat, ketulusan, iman, dan kesetiaan seseorang—bukan pada rupa, pangkat, atau harta.

Surau Al-Ikhwan SAKBA

16 Nov, 05:35


Akhir kata, dalam kehidupan ini, jangan kita cepat menghakimi. Mungkin di mata kita dia 'gila,' tetapi di sisi Allah, dialah yang paling bijak dan ikhlas.

#fbpromptersmalaya

Surau Al-Ikhwan SAKBA

16 Nov, 02:00


https://www.facebook.com/share/p/1Aiw94qvF4/

Surau Al-Ikhwan SAKBA

15 Nov, 11:37


Kuliah Hadis 40 oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam SAKBA - Ustaz Najhan

Surau Al-Ikhwan SAKBA

13 Nov, 22:17


Rezeki bila bangun pagi ni, Allah bagi kita bernafas elok lagi. Masih ada peluang untuk bertaubat dan minta ampun dengan Allah. Segerakan naa mohon keampunan dan bertaubat 🤲

Surau Al-Ikhwan SAKBA

13 Nov, 00:22


Ilmu Bukan Sekadar Dihafal

Surau Al-Ikhwan SAKBA

13 Nov, 00:22


Selalu Kenyang Menggelapkan Hati

Surau Al-Ikhwan SAKBA

13 Nov, 00:22


Sukar Memuaskan Hati Manusia

Surau Al-Ikhwan SAKBA

13 Nov, 00:22


Diam Ketika Dicerca

Surau Al-Ikhwan SAKBA

08 Nov, 01:03


Pengajaran Fitnah Surah al-Kahfi
=====
1. Surah al-Kahfi benar-benar menunjukkan kepada kita bagaimana manusia boleh tewas dengan pelbagai fitnah dunia yang ada pada hari ini. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mewakili setiap elemen dan mesej yang ingin disampaikan.

2. Kisah pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari dalam usaha menyelamatkan agama tauhid mereka. Mereka tidak berkongsi akidah dengan kepercayaan lain jauh sekali memperjuangkan konsep pluralisme agama.

3. Kisah kedua pula adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Follower yang ramai menjadikan dirinya ego. Firman Allah:

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut (follower) yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah tanpa dia sendiri menyedarinya.

5. Kemudian Allah datangkan pula kisah Nabi Musa, yang menceritakan tentang fitnah (ujian) ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepada baginda tentang Nabi Khidir.

6. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong. Merasakan dirinya lebih tahu dari orang lain, mereka mudah untuk menyalahkan malah merasakan hanya pandanganya yang benar.

7. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong dan mengelirukan manusia mengenai agama Allah yang suci ini.

8. Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan mengenai satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:

“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."

9. Sekalipun menurut Sheikh al-Tantawi, ayat ini merujuk kepada golongan musyrikin, Yahudi dan Kristian, namun pengajarannya adalah baik untuk kita semua. Ia mengingatkan kita bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====

Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

Surau Al-Ikhwan SAKBA

07 Nov, 00:14


Jangan Tinggal Ayat Kursi Lepas Solat
=============
1. Pesan pada diri dan anak-anak agar tidak meninggalkan bacaan ayat Kursi setelah selesai menunaikan solat. Perkara ini adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Nabi ﷺ sendiri. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ

“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga) (HR al-Nasa’i dan al-Tabrani- hadis Sahih)

2. Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat agar tidak meninggalkan bacaan ayat Kursi setiap kali selesai dari solat. Malah ayat Kursi turut diiktiraf oleh Rasulullah ﷺ sebagai salah satu ayat yang agung. Perkara ini pernah ditanya kepada Saidina Ubai bin Ka’b. Sabda Rasulullah:

يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ»؟  قَالَ: قُلْتُ: }اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ{ . قَالَ: فَضَرَبَ فِي صَدْرِي وَقَالَ :«وَاللَّهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ

“Wahai Abu al-Munzir (gelaran bagi Ubai), apakah ayat yang paling agung di dalam al-Quran? Ubai lalu membaca permulaan ayat Kursi. Rasulullah lalu memegang dada Ubai dan memujinya: “Bergembiralah (tahniah buatmu) dengan ilmu (yang ada padamu) wahai Abu al-Munzir. (HR Muslim)

3. Apa yang membuatkan ayat Kursi dianggap sebagai ayat yang paling agung di dalam al-Quran? Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi yang mengatakan:

إن آية الكرسي تميزت بكونها خاصة بالثناء على الذات العليا لله عز وجل وتنزيهه ووصفه بكل كمال يليق

“Sesungguhnya ayat Kursi itu mempunyai kelebihan dari aspek struktur ayatnnya yang memuji dan mengagungkan zat Allah yang Maha Tinggi, menyucikanNya serta menyifatkanNya dengan sifat yang layak bagi zat Allah.”

4. al-Qardawi turut menjelaskan bahawa ayat Kursi ini boleh dibahagikan kepada sepuluh bahagian. Kesemua sepuluh bahagian ini mengandungi elemen yang mengagungkan Zat Allah. Kata beliau:

إن آية الكرسي بها عشر جمل كلها ثناء على الله عز وجل، والجملة الأولى «الله لا إله إلا هو» وهي تثبت التوحيد، لا شريك لله

“Sesungguhnya ayat Kursi ini memiliki sepuluh bahagian ayat, kesemua pembahagian ini memuji Allah. Kenyataan pertama dari ayat ini dimulakan dengan nama Allah yang mana ia mengesahkan keesaan Allah dan tiada sekutu bagi Allah.”

5. Atas kehebatan dan keagungan ayat yang mengesakan Allah ini, maka tidak hairanlah syaitan tidak berani mendekati mereka yang membaca ayat Kursi sebelum tidur seperti yang diceritakankan oleh Saidina Abu Hurairah dalam riwayat al-Bukhari. Malah rumah yang dibaca ayat Kursi akan digeruni oleh syaitan seperti yang dinukilkan dalam hadith:

فإنه لا يقرأها أحد إذا دخل بيته إلا خرج الشيطان

“Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.” (Tafsir Ibn Kathir)

6. Maka berikanlah pesanan buat diri, anak-anak dan ahli keluarga kita agar tidak lekang dari membaca ayat Kursi. Lazimi diri membacanya samada setiap kali selesai dari solat, sebelum tidur, setiap kali masuk rumah atau di waktu pagi dan petang. Basahi lidah kita dengan ayat agung ini. Mudah-mudahan Allah memelihara hambanya yang sentiasa mengagungkan Tuhannya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Surau Al-Ikhwan SAKBA

06 Nov, 04:49


Bersyukurlah dan Berdoalah

Surau Al-Ikhwan SAKBA

06 Nov, 04:48


Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin 🏫🇵🇸

⭕️ Seramai 11,923 pelajar telah syahid dan seramai 19,199 cedera sejak bermulanya keganasan Zionis 7 Oktober 2023 di Gaza dan juga Tebing Barat.

⭕️ Seramai 788,000 pelajar telah dihalang daripada menghadiri pengajian di sekolah mahupun universiti.

⭕️ Sebanyak 341 sekolah awam, universiti, bangunan pendidikan serta 65 bangunan UNRWA di Semenanjung Gaza dibom dan dibedil.

⭕️ Manakala 84 sekolah dan 7 universiti di Tebing Barat turut mengalami nasib yang sama.

Nota: inilah cara yang cukup sistematik yang dilakukan oleh rejim penjajah yang menafikan hak pendidikan buat rakyat Palestin.

#TerkiniPalestin

Surau Al-Ikhwan SAKBA

04 Nov, 23:51


Bersyukurlah dan Berdoalah

Surau Al-Ikhwan SAKBA

04 Nov, 23:51


"Hidup di sebalik kemusnahan"

Gambar kehidupan seharian di Bandar Gaza ketika kepungan dan pengeboman Israel berterusan.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin

Surau Al-Ikhwan SAKBA

03 Nov, 22:40


Bila jaga solat InShaAllah yang lain akan terjaga. Moga Allah jadikan kita dan zuriat keturunan kita semua orang yang sentiasa menunaikan dan menjaga solat

Surau Al-Ikhwan SAKBA

29 Oct, 06:06


Selamat bercuti kepada semua. Semoga sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T di mana jua anda berada.

Surau Al-Ikhwan SAKBA

29 Oct, 06:04


Untuk makluman subscribers sekalian, mulai Bulan November 2024, pelaksanaan The Amazing Race akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak pada suatu tarikh nanti. Ini bagi memantau keberkesanan dan kemenjadian program ini dalam diri murid.

Program ini telah pun dilaksanakan selama 5 bulan berturut-turut iaitu mulai Jun 2024 sehingga Okt 2024 bersamaan dengan 130 hari sepanjang murid berada di sekolah.

Diharapkan murid akan terus istiqomah menunjukan impak perubahan yang positif daripada pelaksanaan program ini yang bertujuan memupuk kerjasama yang baik di kalangan mereka agar saling membantu dalam rutin bangun pagi untuk Solat Subuh.

Sekian. Harap maklum.

Surau Al-Ikhwan SAKBA

29 Oct, 05:57


Keputusan Keseluruhan The Amazing Race bagi Bulan Oktober 2024 (Hanya melibatkan murid Tingkatan 1 - 4 Sahaja). Ranking Kamar boleh dirujuk pada link bulan Oktober di "Pinned message".

Surau Al-Ikhwan SAKBA

19 Oct, 22:24


Ada orang masa kecilnya rajin beribadah tapi mai besar lain terus jadinya. Ambil mudah bab solat dan lain2. Itu ujian Allah untuk dia naa. Untuk kita ni sentiasa ambil ikhtibar dan sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa jaga dan pimpin hati kita untuk taat kepadaNya 🤲

Surau Al-Ikhwan SAKBA

18 Oct, 23:12


Pagi ini dikongsikan salah satu hadis daripada Hadis 40 iaitu Hadis ke 23.