Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) @ssmofficialpage Channel on Telegram

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

@ssmofficialpage


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Malay)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia syarikat dan perniagaan di Malaysia. Berdasarkan penggabungan antara Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB), SSM telah diwujudkan untuk memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan entiti perniagaan di negara ini. Telegram channel @ssmofficialpage adalah saluran rasmi untuk SSM yang menyediakan maklumat terkini mengenai peraturan perniagaan, proses pendaftaran syarikat, dan perkembangan terkini dalam industri korporat. Menyertai saluran ini memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan akses kepada sumber maklumat yang sah dan tepat dari pihak berkuasa yang berkaitan. Jika anda adalah pengusaha yang ingin memastikan perniagaan anda berada dalam pematuhan yang betul, @ssmofficialpage adalah saluran yang sesuai untuk anda. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang mendapat maklumat terkini dan berguna dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

28 Jan, 08:06


Kenyatan Media - SSM Lancar Inisiatif Pembekalan Maklumat Pemunyaan Benefisial, Perkukuh Ketelusan Korporat

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

28 Jan, 06:17


SSM ANJUR OPS BERSEPADU BERSAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN KPDN DI BANDAR MERU RAYA IPOH

Ipoh, 28 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan Ops Bersepadu anjuran SSM di sekitar kiosk-kiosk perniagaan Bandar Meru Raya pada 16 Januari 2025.

Operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan perniagaan dan syarikat kepada undang-undang yang dikawal selia oleh setiap agensi disamping mengeratkan hubungan kerjasama di antara agensi penguatkuasaan.

Sebanyak 55 kiosk diperiksa dalam operasi tersebut dan SSM telah mengeluarkan 22 notis kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Operasi ini diketuai oleh Encik Mohd Norzuwairi Mohd Nor Rashid, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Perak bersama-sama 11 pegawai dan anggota Penguatkuasa SSM, 11 orang pegawai penguatkuasa daripada MBI dan tujuh orang pegawai KPDN.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

28 Jan, 05:05


SSM’S CORPORATE TRAINING PROGRAMMES

SSM’s corporate training programmes are now open for registration! Sign up Today! @ https://www.SSM4U.com.my/ecomtrac

Kindly click https://www.ssm.com.my/Pages/Training_Academy/Training_Calendar-and_Brochure/2025.aspx for more information on SSM 2025 Training Calendar.

Should you have any further enquiry, please contact us at [email protected] or WhatsApp us at 03-2299 5335.

We look forward to seeing you soon. Stay safe and please continue to adhere to safety and health guidelines.

#eCOMTRAC-Quality Training Through Online Facilitations.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

28 Jan, 00:59


SSM telah menyampaikan taklimat berkaitan Tanggungjawab Pengarah dan Pengurusan Syarikat mengikut Akta Syarikat 2016 yang telah disampaikan oleh Encik Ruslan Daud, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Kelantan, manakala taklimat berkaitan Kerangka Pelaporan Pemunya Benefisial berdasarkan kepada pindaan terkini Akta Syarikat 2016 telah disampaikan oleh Encik Luqman Baharam, Pengurus Seksyen Operasi SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

28 Jan, 00:59


SSM BERI TAKLIMAT DI SEMINAR PENGARAH SYARIKAT 2.0 TAHUN 2024

Kota Bharu, 28 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah dijemput untuk menyampaikan taklimat sempena Seminar Pengarah 2.0 tahun 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada 8 Disember 2024.

Seminar yang berlangsung di Hotel Perdana Kota Bharu ini telah dihadiri seramai 100 orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Pengarah-Pengarah anak syarikat Negeri Kelantan dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Seminar telah dirasmikan oleh Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Jan, 09:43


KUNJUNGAN HORMAT SSM KE PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN

Kemaman, 27 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan disambut oleh Encik Fadli Yusof Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dan beberapa pegawainya pada 15 Januari 2025.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik, berkongsi maklumat serta peluang kolaborasi bagi memastikan pematuhan peniaga dan usahawan terhadap akta yang dikawalselia oleh SSM dan MPK.

SSM Terengganu juga turut mempromosikan Produk & Perkhidmatan yang ditawarkan, selain Akta - Akta yang dikawal selia oleh SSM.

Kunjungan ini di ketuai oleh Encik Md Rafiza Ab Derani, Pengarah SSM Negeri Terengganu. Turut serta bersama adalah Encik Adam Mamat, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Terengganu dan Puan Suzana Zamani, Pengurus Seksyen Operasi SSM Terengganu.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Jan, 09:33


SSM’S CORPORATE TRAINING PROGRAMMES

SSM’s corporate training programmes are now open for registration! Sign up Today! @ https://www.SSM4U.com.my/ecomtrac

Kindly click https://www.ssm.com.my/Pages/Training_Academy/Training_Calendar-and_Brochure/2025.aspx for more information on SSM 2025 Training Calendar.

Should you have any further enquiry, please contact us at [email protected] or WhatsApp us at 03-2299 5335.

We look forward to seeing you soon. Stay safe and please continue to adhere to safety and health guidelines.

#eCOMTRAC-Quality Training Through Online Facilitations.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Jan, 06:56


Operasi melibatkan enam anggota penguat kuasa SSM Sabah dan Cawangan Tawau yang diketuai oleh Encik Mohamad Khairunnizat Khori, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Sabah, empat anggota penguat kuasa MDLD dan empat anggota penguat kuasa KPDN Daerah Lahad Datu.

Sebanyak 30 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan ke atas dua premis yang melanggar keperluan dibawah seksyen 30, Akta Syarikat 2016.

Turut hadir bersama adalah Encik Mohd Arif Hamzah, Pengarah SSM Negeri Sabah.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Jan, 06:56


SSM ANJUR OPERASI PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA MAJLIS DAERAH LAHAD DATU DAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

Lahad Datu, 27 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sabah telah menganjurkan Operasi Pemeriksaan Bersepadu bersama Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 27 November 2024.

Operasi pemeriksaan bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi penguatkuasaan yang terlibat terhadap premis syarikat di sekitar pusat bandar Fajar, Lahad Datu, Sabah.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Jan, 00:25


SALAM ISRAK MIKRAJ 1446H

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengucapkan Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1446H bersamaan 27 Januari 2025 kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga peristiwa agung ini memberi kita inspirasi dan kekuatan untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#PerniagaanAndaBermuladiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

24 Jan, 07:22


YOUR BUSINESS DIGITAL IDENTITY TRANSFORMATION

Did you know all entities registered with SSM can obtain SSM BizTrust QR Code through SSM4U portal?

Let's download your business's SSM BizTrust QR Code!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #PercayaYakinSelamat #PeniagaBeretika #PersekitaranPerniagaanYangDipercayai #AdaBizTrustBaruBeli

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

24 Jan, 07:17


Liputan Bernama Online - SSM Introduces Three New Criteria For Private Companies’ Audit Exemption

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2383466

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

24 Jan, 03:45


SSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN SETIAUSAHA SYARIKAT KELANTAN

Kota Bharu, 24 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Setiausaha Syarikat Kelantan (PSSK) pada 17 Disember 2024.

Kunjungan yang diketua oleh YB Tn Haji Saizol Ismail, Presiden PSSK telah disambut oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah SSM Negeri Kelantan.

Kunjungan ini adalah bertujuan membincangkan isu semasa yang dihadapi dan program yang boleh dilaksanakan bersama bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran terhadap pematuhan akta-akta yang dikawalselia oleh SSM.

Turut hadir adalah Dato Wan Azhar Yusoff, Timbalan Presiden PSSK, Encik Ruslan Daud, Pengurus Seksyen Penguatkasaan SSM Kelantan , Encik Luqman Baharam, Pengurus Seksyen Operasi SSM Kelantan dan Cik Roshaliza Ismail, Eksekutif Seksyen Sumber Korporat SSM Kelantan

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

24 Jan, 01:45


SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KAWASAN PERINDUSTRIAN PAGOH

Pagoh, 24 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Muar telah menyertai Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar anjuran Majlis Perbandaran Muar pada 9 Januari 2025.

Operasi bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi penguatkuasaan yang terlibat terhadap premis perniagaan.

Pemeriksaan terhadap tiga premis telah dijalankan dan satu kompaun telah dikeluarkan di bawah Seksyen 30(1)(b) Akta Syarikat 2016.

Turut serta bersama adalah Jabatan Kesihatan Daerah Muar, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan PDRM serta Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan dan Pelesenan Majlis Perbandaran Muar.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Jan, 03:10


SSM ANJUR PROGRAM DAN TAKLIMAT SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA KEPADA PELAJAR GIATMARA MUAR

Muar, 21 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Muar telah mengadakan Program dan Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada pelajar GiatMara Muar Semerah bertempat di Dewan Kuliah pada 8 Januari 2025.

Program dihadiri seramai 20 orang pelajar kursus bidang masakan dan jahitan. Lapan orang pelajar telah membuat pendaftran ID Ezbiz dan satu pendaftaran SPPP.

Tujuan taklimat disampaikan adalah untuk mendedahkan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan dan faedah pendaftaran perniagaan serta produk dan perkhidmatan SSM.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Encik Abdul Nasir Abdul Jalil dan Encik Shed Azhar Rosman, Pegawai-Pegawai SSM Cawangan Muar.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Jan, 09:23


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 9 - Adakah terdapat sebarang larangan yang perlu dipatuhi oleh SBMJ

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Jan, 08:43


Turut hadir bersama adalah Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Prof. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK MAKMUM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Jan, 08:42


VIDEO PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN

Saksikan video Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang diadakan selama dua hari pada 15-16 Januari 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Program bertemakan "Dari Kampus ke Dunia Niaga" yang melibatkan lebih 3,000 pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/ IPTS), Government Linked Universities (GLU), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Jan, 07:25


Liputan Kosmo - SSM Gilap Bakat Keusahawanan Generasi Muda

Satu artikel bertajuk “SSM Gilap Bakat Keusahawanan Generasi Muda" telah diterbitkan di surat khabar Kosmo pada 17 Januari 2025.

Artikel ini memberi tumpuan kepada Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan bagi menyemai minat dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Diharapkan semua dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca artikel yang dilampirkan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Jan, 05:00


Selain daripada itu, SSM turut memberi taklimat berkaitan produk dan perkhidmatan SSM seperti Ezbiz Online, Biztrust dan portal pembekalan maklumat yang baharu. Seusai taklimat, kesemua peserta telah berjaya membuat pengaktifan ID pengguna Ezbiz online serta mendaftarkan perniagaan melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Taklimat pendaftaran perniagaan ini telah disampaikan oleh Puan Suzana Zamani, Pengurus Seksyen Operasi SSM Terengganu dan kaunter pendaftaran perniagaan telah dikendalikan oleh Encik Kamarudin Harun, Encik Muhammad Sallehudin serta Puan Muallimah Abdul Razak daripada Seksyen Operasi SSM Terengganu.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Jan, 04:59


SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA MAHASISWA UITM DUNGUN

Dungun, 20 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah dijemput untuk memberi taklimat pendaftaran perniagaan bagi Program Setup Your Business, Starts With SSM yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTM), Kampus Dungun bertempat di Dewan Jasmin UiTM Dungun pada 5 Januari 2025.

Seramai 95 orang mahasiswa daripada Kursus ENT 530 (Prinsip-prinsip Keusahawanan) telah menghadiri program dan diberi pendedahan serta kesedaran tentang keperluan mendaftarkan perniagaan di SSM.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Jan, 09:15


e-COMTRAC: NEW LOOK, NEW EXPERIENCE

Beginning 20 January 2025, e-COMTRAC will be accessible via the SSM4U Portal. Discover our comprehensive courses and sign up today to elevate your skills and knowledge!

For further enquiry, please contact [email protected] or WhatsApp 03-2299 5335.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Jan, 08:51


SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT BERJUMLAH RM25,000 KEPADA TIGA BUAH SEKOLAH SEKITAR JERTEH

Jerteh, 17 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM25,000 kepada tiga buah sekolah sempena Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) pada 14 Januari 2025.

Sumbangan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Padang Luas ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM.

Sumbangan tersebut merangkumi RM10,000 untuk 50 pelajar asnaf dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat, RM7,500 untuk 50 pelajar asnaf dari Sekolah Kebangsaan Pelagat dan RM7,500 untuk 50 pelajar asnaf dari Sekolah Kebangsaan Padang Luas.

Turut serta bersama adalah Encik Md Rafiza Abd Derani, Pengarah SSM Negeri Terengganu, Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah SSM Negeri Kelantan dan Encik Zuhaidi Othman, Guru Besar SK Padang Luas.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Jan, 07:25


SSM BERI TAKLIMAT PERNIAGAAN DI JELAJAH HARI TERBUKA USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI PERAK 2024

Ipoh, 17 Januari 2025- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menyertai Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2024 yang dianjurkan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bertempat di Dewan Majlis Daerah Selama, Perak pada 26 November 2024.

SSM Perak telah memberi taklimat berkaitan peranan SSM kepada para pengunjung yang beranggaran seramai 300 orang. Turut dikongsikan berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP). Sesi sembang santai tersebut dikendalikan oleh Puan Azurah Nor Sarif, Pengarah Negeri SSM Perak.

Perkhidmatan pendaftaran perniagaan baru, pengaktifan akaun EzBiz dan khidmat nasihat dibantu oleh petugas KBPP iaitu Puan Zaiton Abdul Malik, Puan Nur Aqilah Amin Fauzi dan Encik Muhammad Sharil Salim, Pegwai-Pegawai SSM Perak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Jan, 00:32


Makluman - Aktiviti Penyelenggaraan Sistem e-COMTRAC

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

16 Jan, 11:07


PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN, TINGKATKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Shah Alam, 16 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan bertema “Dari Kampus ke Dunia Niaga” melibatkan lebih 3,000 pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/ IPTS), Government Linked Universities (GLU), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Program yang berlangsung selama dua hari di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan ini bertujuan untuk memahirkan peserta dengan aspek perniagaan melalui penerapan nilai-nilai perniagaan yang lebih komprehensif dan praktikal serta menyemai minat dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Di samping itu, Pertandingan Business Combat yang dianjurkan buat julung kalinya oleh SSM turut diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai perniagaan untuk mengetengahkan idea, konsep dan pendekatan kepada sesuatu cadangan perniagaan melalui kaedah 'business pitching' dan dinilai oleh juri-juri.

Pemenang pertandingan ini adalah Kumpulan Harvest Herd Farm dari Universiti Malaysia Kelantan yang dinobatkan sebagai johan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000. Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Cornmunity dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000, manakala tempat ketiga diraih oleh Kumpulan M. Glow dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan hadiah bernilai RM5,000. Selain itu, sebanyak 21 kumpulan lain masing-masing menerima hadiah saguhati bernilai RM2,000.

Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM169,960 kepada pelajar, masjid, pusat kesihatan, perpustakaan, persatuan dan akademi keusahawanan universiti.

Agihan WZK berjumlah RM99,960 telah diagihkan kepada Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, RM15,000 kepada 30 pelajar asnaf UiTM Shah Alam dan RM5,000 kepada Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.

Bagi sumbangan CSR pula, RM20,000 telah disumbangkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam, RM15,000 kepada 30 pelajar UiTM Shah Alam yang kurang berkemampuan, RM10,000 kepada Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) dan RM5,000 kepada Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM Shah Alam.

Turut hadir bersama adalah Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Prof. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK MAKMUM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Jan, 09:08


SSM BERI TAKLIMAT DAN BUKA KAUNTER PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI UITM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG

Machang, 8 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kelantan telah dijemput oleh UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang untuk mengadakan taklimat dan kaunter pendaftaran perniagaan di Program Entrepreneur Path: Meniti Impian anjuran Kelab Keusahawan dan Kerjaya (3K) dan Kelab Enactus universiti berkenaan yang diadakan di Dewan HRD A pada 5 November 2024.

Sepanjang program tersebut, SSM telah mempromosikan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada para pelajar dan sebanyak 113 pendaftaran SPPP telah berjaya didaftarkan.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Kelantan.

Taklimat dan Pendaftaran Perniagaan ini telah dikendalikan oleh Puan Nor Azlin Jusoh, Encik Ahmad Farid Rasdi dan Cik Anis Madihah Md Norishan, Pegawai-pegawai SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Jan, 06:45


Saksikan video temubual bersama penceramah-penceramah sempena Program SSM Symposium 2024, Dr. Rasyidah Che Rosli dan Mr. Bernard Yap yang berlangsung di The Gardens – A St Giles Signature Hotel & Residences, Mid Valley pada 5 Disember 2024.

SSM Symposium 2024 bertujuan memberi pemahaman kepada para peserta berkenaan pindaan terkini terhadap Akta Syarikat 2016, menggalakkan amalan terbaik tadbir urus korporat, meningkatkan kesedaran tentang pematuhan serta mendorong pendekatan proaktif dalam menghadapi peraturan baharu.

Program ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN). Turut hadir bersama adalah Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Jan, 06:28


SSM BERI TAKLIMAT BERKAITAN FUNGSI DAN PERANAN DAN SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA KEPADA AHLI PERHEBAT

Manjung, 8 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak telah dijemput oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bagi memberi taklimat kepada 180 ahli PERHEBAT yang bertempat di Seri Manjung, Perak, pada 22 Oktober 2024.

Taklimat berkaitan fungsi dan peranan SSM telah disampaikan oleh Encik N Vijayasegaran Nadeson, Ketua Seksyen Operasi SSM Perak. Turut dikongsikan maklumat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP), Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) dan pengenalan sistem EzBiz Online kepada ahli-ahli PERHEBAT.

Hadir bersama adalah Encik Meor Mohd Azri Hamdi dan Puan Amirah Afiqah Besar iaitu petugas Kaunter Bergerak Pendaftaran Perniagaan (KBPP) bagi menyediakan perkhidmatan pengaktifan akaun EzBiz dan khidmat nasihat berkaitan pendaftaran perniagaan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Jan, 04:18


PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT KEBANGSAAN

Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, Selangor pada 15 & 16 Januari 2025 bermula pukul 8.00 pagi - 6.00 petang.

Antara pengisian program termasuk taklimat berkaitan Pengguna Bijak, Usahawan Bijak, Usahawan Berdaftar, Revolusi Pemasaran Digital, Sembang Santai Keusahawanan dan Transformasi Pembayaran Pintar, Scam Alert!, Kicked Out, Got Back-Up, Buka Fail, Buka Peluang.

Terdapat juga persembahan artis dan perkongsian daripada influencer seperti:
Noh Salleh
Bunga Isme
Amin & Abid
Nik Omary
Azri Zahier Azmi (John Lemon)
Reuz Stomp

Program ini turut menyediakan:
📌Pertandingan Business Combat
📌Kaunter Khidmat Nasihat
📌 Foodtruck
📌Pocket Talk daripapda Ikon Usahawan / Influencer
📌Cabutan Bertuah
📌Pameran Agensi

Mari kita beramai-ramai memeriahkan Program Usahawan Muda ini.

"Dari Kampus ke Dunia Niaga"

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Jan, 11:14


ORANG YANG DIKEHENDAKI SSM!

Orang ramai diminta untuk tampil sebagai pemberi maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya mengenali orang berkenaan.

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Puan Sazlin Abdul Khalid di talian 03-22994722 atau e-mel ke [email protected].

#PerniagaanAndaBermulaDiSSMM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Jan, 10:00


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 5 - Sesebuah SBMJ mestilah mempunyai?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Jan, 03:50


SSM SERTAI KARNIVAL PROTÉGÉ KUSKOP ZON TIMUR

Kuala Terengganu, 7 Januari 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Terengganu telah menyertai Karnival Protégé KUSKOP Zon Timur bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 8 dan 9 Oktober 2024.

Karnival ini telah disertai oleh 100 peserta terdiri daripada mahasiswa, graduan dan alumni IPTA/IPTS di sekitar Zon Timur.

SSM Terengganu telah membuka booth pameran dan menyediakan kaunter khidmat nasihat perniagaan bagi membolehkan peserta yang hadir mendapatkan pengetahuan berkaitan produk serta perkhidmatan SSM dan memudahcara pendaftaran perniagaan melalui EzBiz Online.

Selain itu,sesi pocket talk bertajuk Pendaftaran Perniagaan menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 turut disampaikan oleh Puan Suzana Zamani, Pengurus Seksyen Operasi SSM Terengganu.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Jan, 02:00


Taklimat Pendaftaran Perniagaan dan Penguatkuasaan telah disampaikan oleh Encik Abdul Malik Ahmad, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Pahang, taklimat Perlindungan Sosial disampaikan oleh Encik Mohd Yusran Abdul Hamid, Ketua Unit Sinergi Perkeso Pahang dan taklimat Saya Peniaga Bijak Cukai disampaikan oleh Encik Muhammad Hanis Bahru Ruzi, Eksekutif Cukai, Seksyen Khidmat Pelanggan LHDNM Pahang.

Turut hadir bersama adalah Puan Nurliana binti Muhammad, Pengasas Hub Usahawan Belia Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Jan, 02:00


SSM ANJUR PROGRAM CAKNA USAHAWAN TAHUN 2024

Kuantan, 7 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang dengan kerjasama Hub Usahawan Belia Pahang telah menganjurkan Program Cakna Usahawan Tahun 2024 pada 7 November 2024.

Program yang berlangsung di Hotel Sri Manja ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamarudin Mohd Daud, Pengarah SSM Negeri Pahang.

Program yang melibatkan seramai 70 orang usahawan di negeri Pahang ini dianjurkan bagi memberi penerangan dan input-input yang penting dan berguna khas untuk para usahawan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Jan, 08:00


Saksikan video temubual bersama salah seorang penceramah sempena Program SSM Symposium 2024, Cik Khairani M Yusof, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Perundangan SSM yang berlangsung di The Gardens – A St Giles Signature Hotel & Residences, Mid Valley pada 5 Disember 2024.

SSM Symposium 2024 bertujuan memberi pemahaman kepada para peserta berkenaan pindaan terkini terhadap Akta Syarikat 2016, menggalakkan amalan terbaik tadbir urus korporat, meningkatkan kesedaran tentang pematuhan serta mendorong pendekatan proaktif dalam menghadapi peraturan baharu.

Program ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN). Turut hadir bersama adalah Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Jan, 07:34


SSM’S CORPORATE TRAINING PROGRAMMES

SSM’s corporate training programmes are now open for registration! Sign up Today! @ https://e-comtrac.ssm.com.my

Kindly click https://www.ssm.com.my/Pages/Training_Academy/Training_Calendar-and_Brochure/2025.aspx for more information on SSM 2025 Training Calendar.

Should you have any further enquiry, please contact us at [email protected] or WhatsApp us at 03-2299 5335.

We look forward to seeing you soon. Stay safe and please continue to adhere to safety and health guidelines.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #eCOMTRAC-Quality Training Through Online Facilitations.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Jan, 02:08


SSM ANJUR TAKLIMAT BERKENAAN MBRS 2.1 ENHANCEMENT BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT

Muar, 6 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Muar telah menganjurkan Taklimat Berkenaan MBRS 2.1 Enhancement Bersama Setiausaha Syarikat bertempat di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia Cawangan Muar pada 7 November 2024.

Seramai 27 orang telah hadir dan peserta taklimat merupakan setiausaha syarikat yang beralamat di sekitar Muar, Tangkak, Segamat dan Batu Pahat.

Objektif taklimat ini adalah untuk menerangkan penambahbaikan dan ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan di bawah versi MBRS 2.1. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan MBRS 2.1 kepada setiausaha syarikat dan memastikan tahap kefahaman yang tinggi di kalangan setiausaha syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih profesional.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Jan, 01:44


SSM JALANKAN PEMERIKSAAN OPS SEPADU BERSAMA KPDN MELAKA DAN MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

Melaka, 6 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menjalankan pemeriksaan Ops Sepadu bertempat di Taman Sinn Semabok Bandaraya Melaka pada 13 November 2024.

Seramai lima pegawai dan anggota daripada Seksyen Penguatkuasaan SSM Melaka dan 13 pegawai dan anggota daripada KPDN Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Sebanyak 14 premis di lawati dan SSM tidak mengeluarkan apa-apa notis pemeriksaan SSM semasa pemeriksaan di jalankan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

03 Jan, 08:56


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 4 - Apakah Langkah-Langkah untuk Menubuhkan SBMJ?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

03 Jan, 03:56


YOUR BUSINESS DIGITAL IDENTITY TRANSFORMATION

Did you know all entities registered with SSM can obtain SSM BizTrust QR Code through SSM4U portal?

Let's download your business's SSM BizTrust QR Code!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #PercayaYakinSelamat #PeniagaBeretika #PersekitaranPerniagaanYangDipercayai #AdaBizTrustBaruBeli

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

03 Jan, 02:30


SSM telah menyampaikan tatacara terkini pendaftaran dan penubuhan syarikat serta PLT melalui sistem atas talian iaitu EzBiz Online, MyCoid dan MyLLP. Ini bagi meningkatkan kefahaman pegawai PPD dalam tatacara pendaftaran sesebuah perniagaan yang melibatkan tadika swasta, sekolah swasta dan pusat tuisyen swasta.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Luqman Baharam, Pengurus Seksyen Operasi SSM Kelantan, Encik Mohd Khairul Izzat Kamaruzaman, Ketua Unit Khidmat Pelanggan dan Encik Madzlaan Dollah, Ketua Unit Pemeriksaan dari SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

03 Jan, 02:29


SSM BERI TAKLIMAT BERKAITAN FUNGSI DAN PERANAN SSM DI MESYUARAT TEKNIKAL BERSAMA UNIT PENDIDIKAN SWASTA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, 3 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah menyampaikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan SSM serta Kesalahan Lazim dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 kepada Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah seluruh negeri Kelantan pada 6 November 2024.

Mesyuarat teknikal tersebut telah dipengerusikan oleh Hjh Siti Norina bt Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Swasta Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

03 Jan, 02:15


SSM BERI TAKLIMAT DAN BUKA KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PERHEBAT TAIPING

Ipoh, 3 Januari 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak telah memberikan taklimat kepada ahli-ahli Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Taiping pada 6 November 2024.

Seramai 40 orang yang telah menghadiri program anjuran PERHEBAT ini. Taklimat berkenaan peranan dan fungsi SSM dan sistem EzBiz Online juga diperkenalkan kepada para peserta tentang perkhidmatan yang disediakan atas talian seperti pengaktifan akaun, pendaftaran perniagaan dan lain-lain lagi.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik N Vijayasegaran Nadeson, Pengurus Seksyen Operasi SSM Perak dan dibantu oleh Encik Muhammad Farhaan Mohd Adam dan Puan Zamilah Ahmad Zamuri, Pegawai-pegawai SSM Perak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

02 Jan, 07:40


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 3 - Apakah Perbezaan SBMJ dengan perkataan 'Berhad' atau Tanpa Perkataan 'Berhad'?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

02 Jan, 07:36


SSM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU (MPKB-BRI)

Kota Bharu, 2 Disember 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah menerima Kunjungan Hormat dari Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB - BRI) yang diketuai oleh Encik Mahzan Che Mohamed, Setiausaha MPKB - BRI bersama empat orang pegawai pada 3 November 2024.

Kunjungan hormat ini membincangkan kerjasama stategik dua hala yang boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan pematuhan kepada akta - akta yang dikawalselia oleh kedua-dua pihak.

Dalam pertemuan ini, SSM Kelantan mengambil peluang mempromosikan produk & perkhidmatan yang ditawarkan selain memperkenalkan peranan dan fungsi utama SSM.

Kunjungan ini disambut mesra oleh Encik Mohd Zawawi Ahmad, Pengarah SSM Negeri Kelantan, Encik Ruslan Daud, Pengurus Seksyen Penguatkasaan , Encik Luqman Baharam, Pengurus Seksyen Operasi dan Cik Roshaliza Ismail, Eksekutif Seksyen Sumber Korporat.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

02 Jan, 07:28


Liputan Daily Express - Amendments to the Companies Act

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

02 Jan, 07:20


SSM ANJUR OPS BERSEPADU BERSAMA MAJLIS BANDARAYA KUCHING DAN LHDN DI KUCHING

Kuching, 2 Januari 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sarawak bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan Ops Bersepadu anjuran SSM di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Kuching pada 24 Oktober 2024.

Operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan perniagaan dan syarikat kepada undang-undang yang dikawal selia oleh setiap agensi disamping mengeratkan hubungan kerjasama di antara agensi penguatkuasaan.

Sebanyak empat premis diperiksa dalam operasi tersebut dan SSM telah mengeluarkan empat notis di bawah Seksyen 30(1) dan Seksyen 30(2) Akta Syarikat 2016.

Operasi ini diketuai oleh Encik Kelvin Fossillian,Pengurus Seksyen Penguatkuasaan,SSM Sarawak bersama-sama enam pegawai, tujuh orang pegawai penguatkuasa daripada MBKS dan lima orang pegawai daripada LHDN.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

01 Jan, 02:21


SAMBUT TAHUN BAHARU 2025 DENGAN AZAM DAN HARAPAN

Saksikan ucapan Tahun Baharu 2025 oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan harapan agar tahun ini membawa kemajuan, kesejahteraan, dan kejayaan untuk kita semua.

Selamat Tahun Baharu 2025.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Dec, 22:21


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2025

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga tahun baharu ini menjadi pemangkin kepada kejayaan, kemajuan, dan kesejahteraan untuk semua.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Dec, 12:39


Pengumuman - Perubahan Cuti Hujung Minggu di Negeri Johor dan Hari Kelepasan Am Pada 6 Januari 2025

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Dec, 08:40


TRANSFORMASI IDENTITI DIGITAL PERNIAGAAN ANDA

Tahukah anda semua entiti yang berdaftar dengan SSM boleh mendapatkan Kod QR SSM BizTrust melalui portal SSM4U?

Jom muat turun Kod QR SSM BizTrust perniagaan anda!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #PercayaYakinSelamat #PeniagaBeretika #PersekitaranPerniagaanYangDipercayai #AdaBizTrustBaruBeli

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Dec, 01:30


SSM BERI TAKLIMAT DAN BUKA KAUNTER PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PROGRAM PEMERKASAAN WANITA 2024 NEGERI KELANTAN

Machang, 31 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah memberi taklimat dan membuka kaunter pendaftaran perniagaan anjuran Pejabat MARA Daerah Machang bertempat di Dewan Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang pada 24 Oktober 2024.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad.

Program ini telah dihadiri seramai 300 orang penduduk sekitar dan pelajar dari Giat MARA Machang. SSM mengambil peluang ini untuk mempromosikan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Taklimat dan kaunter pendaftaran telah dikendalikan oleh Puan Hanorliana Daud, Encik Nor Shahidi Shafiee dan Puan Roslinda Hamzah, Pegawai-pegawai SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Dec, 01:20


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 2 - Apakah objektif penubuhan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ)?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Dec, 01:19


SSM ANJUR PROGRAM PENDIDIKAN BERSAMA IPT DAERAH TAWAU

Tawau, 31 Disember 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Tawau telah menganjurkan program pendidikan kepada pelajar IPTA di daerah Tawau melalui taklimat kesedaran berkaitan akta-akta yang ditadbir oleh SSM pada 23 Oktober 2024.

Program yang berlangsung di Dewan Al Khawarizmi, Politeknik Tawau Sabah ini telah disertai seramai 100 pelajar.

Taklimat berkaitan Jenis Entiti Perniagaan telah disampaikan oleh Puan Norhaidah Darwis, manakala taklimat Pengenalan Kepada Produk dan Perkhidmatan SSM telah disampaikan oleh Encik Mohammad Ariff Abdul Karim, pegawai dari SSM Cawangan Tawau. Selain itu, kaunter khidmat nasihat juga turut disediakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan nasihat secara lebih terperinci.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

30 Dec, 09:35


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 1 - Apakah definisi Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ)?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

30 Dec, 08:52


Seramai 101 orang setiausaha dan pembantu setiausaha syarikat telah menghadiri program tersebut. Objektif program kesedaran ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada setiausaha syarikat mengenai penambahbaikan platform MBRSv2. Penekanan diberikan kepada penyelesaian isu-isu teknikal dan pematuhan serahsimpan penyata tahunan dengan maklumat yang betul dan lengkap.

Taklimat berkaitan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dan penerangan ringkas berkaitan produk katalog SSM. Hasil Program kesedaran ini mendapat maklumbalas yang positif daripada setiausaha syarikat yang hadir kerana telah berjaya memuatnaik dan serahsimpan 25 dokumen penyata tahunan melalui platform MBRSv2 semasa program berlangsung.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Zahidah Ibrahim dan Encik Muhammad Nasrizal Saidin, Encik Tan Aik Hui dan Puan Punitarani Punithan, Pegawai-pegawai SSM Pulau Pinang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

30 Dec, 08:51


SSM ANJUR TAKLIMAT BERSAMA SETIAUSAHA SYARIKAT BADAN-BADAN PROFESIONAL DI PULAU PINANG

Seberang Jaya, 30 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang telah mengadakan program kesedaran bersama Badan Profesional Setiausaha Syarikat, iaitu Persatuan Setiausaha Syarikat Bumiputera Wilayah Utara ( SUTERA), The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), License Secretary (LS), Malaysian Association of Company Secretaries (MACS) dan Malaysian Institute Of Accountants (MIA) pada 14-21 Oktober 2024.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Dec, 08:19


SKUAD BANJIR SSM RINGANKAN BEBAN WARGA KERJA TERJEJAS BENCANA BANJIR

Melor, 6 Disember 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah menggerakkan Skuad Banjir SSM sebagai langkah proaktif untuk membantu warga kerja SSM yang terkesan akibat bencana banjir.

Skuad ini mula digerakkan pada 1 Disember 2024 bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kediaman seorang warga kerja SSM di Melor, Kelantan yang terjejas teruk oleh banjir.

Inisiatif ini melibatkan penyertaan 10 ahli skuad yang secara sukarela berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan demi memastikan kediaman tersebut kembali selamat dan bersih untuk didiami.

SSM berharap usaha murni ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan menyuntik semangat kepada mereka untuk bangkit kembali selepas menghadapi ujian ini.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Dec, 07:56


Jom Sertai KARNIVAL KPDN 2024 di Melaka!

📅 Tarikh: 6-8 Disember 2024
📍 Lokasi: Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dan informasi berguna daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang turut serta memeriahkan karnival ini. Selain itu, terdapat aktiviti mesra keluarga, permainan untuk kanak-kanak, dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik.

Jom bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan serta penuh informasi. Jumpa anda di Karnival KPDN 2024!

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Dec, 07:36


VIDEO PROGRAM SSM SYMPOSIUM 2024

Saksikan video program SSM Symposium 2024 yang berlangsung di The Gardens – A St Giles Signature Hotel & Residences, Mid Valley pada 5 Disember 2024.

SSM Symposium 2024 bertujuan memberi pemahaman kepada para peserta berkenaan pindaan terkini terhadap Akta Syarikat 2016, menggalakkan amalan terbaik tadbir urus korporat, meningkatkan kesedaran tentang pematuhan serta mendorong pendekatan proaktif dalam menghadapi peraturan baharu.

Program ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN). Turut hadir bersama adalah Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

06 Dec, 01:47


SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAAGAAN DAN SPPP KEPADA PELAJAR KOLEJ POLYTECH MARA KUANTAN

Kuantan, 6 Disember 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang telah dijemput untuk memberi sesi taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) dan Kaunter Bergerak SSM kepada 450 pelajar pada 29 Ogos 2024.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Nur Amirah, pegawai SSM Pahang dan sebanyak 450 id EzBiz pelajar berjaya diaktifkan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

05 Dec, 08:50


Semasa program berlangsung, SSM Symposium mengetengahkan lima sesi perbincangan bersama ahli-ahli panel terdiri daripada wakil daripada SSM, pengawal selia, dan pakar industri yang bertajuk "Enforcement of Beneficial Ownership Reporting in Malaysia”, “Phase 2 of Enforcement on Companies (Amendment) Act 2024”, “SSM’s Latest Services and Products”, “Let’s Get Started on Malaysian Business Reporting System (MBRS) 2.0” dan “Readiness for Corporate Service Providers’ Transition to Successful E-Invoicing”.

Turut hadir bersama adalah Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Dr Zulqarnain Lukman, Anggota Suruhanjaya dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

05 Dec, 08:49


SSM ANJUR SSM SYMPOSIUM 2024 PADA JULUNG KALINYA, BERI TUMPUAN KEPADA PINDAAN AKTA SYARIKAT 2016, TADBIR URUS KORPORAT DAN KESEDARAN PEMATUHAN

Kuala Lumpur, 5 Disember 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini julung kalinya menganjurkan SSM Symposium 2024 dengan lebih 200 penyertaan dari kalangan pengamal korporat dan pihak berkepentingan.

SSM Symposium 2024 ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada para peserta berkenaan pindaan terkini terhadap Akta Syarikat 2016, menggalakkan amalan terbaik tadbir urus korporat, meningkatkan kesedaran tentang pematuhan serta mendorong pendekatan proaktif dalam menghadapi peraturan baharu.

Program yang berlangsung di The Gardens – A St Giles Signature Hotel & Residences, Mid Valley ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Nov, 09:55


Dialog Tahunan SSM 2024 merupakan platform untuk SSM berkongsi dan menyebarkan perkembangan serta maklumat berhubung dasar-dasar dan peraturan-peraturan terkini kepada industri, agensi Kerajaan dan badan-badan profesional selain memperjelaskan perkara-perkara dan isu-isu berkaitan operasi dan penguatkuasaan SSM.

Sesi dialog tahunan ini adalah sesi yang terakhir dianjurkan untuk tahun 2024 selepas dua sesi sebelumnya dilaksanakan di Sabah pada 19 November 2024 dan Sarawak pada 21 November 2024.

Antara pengisian program ini adalah penyampaian taklimat berhubung Malaysian Business Reporting System (MBRS) 2.0 dan Kriteria Pengecualian Audit Baharu.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Turut hadir bersama adalah Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia & Penguatkuasaan) SSM, Puan Norhaslinda Salleh, Pengarah Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan SSM, Encik Muhamad Faris Othman, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pemdaftaran SSM dan Encik Kamarudin Daud, Pengarah SSM Negeri Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Nov, 09:55


SSM ANJUR DIALOG TAHUNAN SSM 2024 DI KUANTAN, PAHANG

Kuantan, 27 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Dialog Tahunan SSM 2024 di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang dengan kehadiran seramai 175 peserta dari kalangan pengarah syarikat, setiausaha syarikat, wakil daripada agensi-agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Nov, 06:43


SLOT WAWANCARA DI RADIO RTM SARAWAK FM MENGENAI AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Ikuti wawancara di Radio RTM Sarawak FM bersama Encik Ramle Leen, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak bagi mendalami topik berkaitan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 27 November 2024 (Rabu), jam 2.30 petang.

Dengarkan siaran langsung di Radio RTM Sarawak FM di frekuensi 88.9 FM atau melalui pautan https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/sarawak-fm

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Nov, 06:39


Kemaskini Pengumuman - Pelaksanaan Mandatori Berperingkat MBRS 2.0

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Nov, 04:54


Disamping itu, SSM turut memberi sumbangan kepada Masjid An-Nur Kampung Krubong sebanyak RM10,000 dan Masjid As-Salam Kampung Tampoi sebanyak RM5,000. Dua buah surau masing-masing menerima RM3,000 iaitu Surau Sungai Badau dan Surau Kampung Ladang.

Sumbangan yang berlangsung di Masjid An- Nur Kampung Krubong ini telah disempurnakan oleh Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia & Penguatkuasaan) SSM.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Zainuddin Salleh, Pengarah SSM Negeri Melaka dan juga Puan Suhana Razali, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Melaka.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

27 Nov, 04:53


SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT BERJUMLAH RM49,000 KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Krubong Melaka, 27 November 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM49,000 kepada golongan asnaf, pelajar sekolah, masjid dan surau pada 25 November 2024.

Sumbangan ini telah diberikan kepada 100 orang pelajar dari Sekolah Rendah Krubong bernilai RM100 setiap seorang dan juga diberikan kepada 60 orang asnaf sebanyak RM300 setiap seorang.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Nov, 07:18


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 9 - Adakah terdapat sebarang larangan yang perlu dipatuhi oleh SBMJ

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Nov, 04:16


Liputan Utusan Malaysia - SSM sumbang van PTSV kepada Institut Perubatan Respiratori HKL

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Nov, 03:58


SSM BERI TAKLIMAT BERKAITAN SPPP DAN BUKA RERUAI PERKHIDMATAN SEMPENA PROGRAM JALINAN MESRA KOMUNITI BERSAMA MAHASISWA UNITEN

Muadzam Shah, 25 November 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang telah dijemput bagi menjayakan program anjuran Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah Muadzam Shah bertempat di Dewan Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 17 Ogos 2024

Taklimat berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) telah disampaikan kepada usahawan, mahasiswa dan komuniti sekitar Muadzam Shah. Reruai perkhidmatan SSM turut dibuka sepanjang program berlangsung.

Pada program ini, 20 usahawan baharu telah mengaktifkan ID pengguna EzBiz online dan dalam masa yang sama 12 pendaftaran baru telah didaftarkan (SPPP Usahawan B40 & Pelajar IPT) serta enam pembaharuan SSM, satu perubahan alamat telah dibuat, manakala 17 orang mendapatkan info dan panduan penyelesaian berbagai masalah berkaitan pendaftaran perniagaan yang telah dimiliki.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Nov, 03:52


Sumbangan ini bertujuan sebagai sokongan tambahan untuk memudahkan pemindahan pesakit, khususnya mereka yang berkerusi roda dan yang menggunakan stretcher.

Majlis turut dihadiri oleh Dr. Nurhayati Mohd Marzuki, Pengarah, Institut Perubatan Respiratori, Encik Rezy Izwan Ramly Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhimatan Korporat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM, Encik Kamalazira Pauzi, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Kuala Lumpur dan Tuan Hj. Azrin Dato' Hj. Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia PPZ-MAIWP.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Nov, 03:51


SSM SUMBANG VAN PATIENT TRANSPORT SERVICE VEHICLE BERNILAI RM220,000 KEPADA INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI, HOSPITAL KUALA LUMPUR

Saksikan video sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Wakalah Zakat SSM bagi Van Patient Transport Service Vehicle (PTSV) kepada Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumbangan van PTSV bernilai RM220,00 ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

22 Nov, 08:42


Sebelum ini SSM juga telah menyumbangkan peralatan perubatan dan ambulans kepada tujuh buah hospital lain, termasuk Hospital Sg. Buloh, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Maliha, Hospital Kapit, Sarawak, Hospital Queen Elizabeth 1 dan Hospital Seri Manjung dengan jumlah keseluruhan melebihi RM1 juta.

Majlis turut dihadiri oleh Dr. Nurhayati Mohd Marzuki, Pengarah, Institut Perubatan Respiratori, Encik Rezy Izwan Ramly Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhimatan Korporat) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM, Encik Kamalazira Pauzi, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Kuala Lumpur dan Tuan Hj. Azrin Dato' Hj. Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia PPZ-MAIWP.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

22 Nov, 08:42


SSM SUMBANG VAN PATIENT TRANSPORT SERVICE VEHICLE BERNILAI RM220,000 KEPADA INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI, HOSPITAL KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 22 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM berupa sebuah Van Patient Transport Service Vehicle (PTSV) berjumlah RM220,000 kepada Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumbangan yang berlangsung di Institut Perubatan Respiratori, HKL ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Sumbangan ini bertujuan sebagai sokongan tambahan untuk memudahkan pemindahan pesakit, khususnya mereka yang berkerusi roda dan yang menggunakan stretcher.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

22 Nov, 08:29


Kenyataan Media - SSM Sumbang Van Patient Transport Service Vehicle Bernilai RM220,000 Kepada Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Nov, 09:13


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 8 - Bolehkah seorang bukan warganegara Malaysia dilantik sebagai pengarah atau pemegang saham SBMJ?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Nov, 09:05


Antara pengisian program ini adalah penyampaian taklimat berhubung Malaysian Business Reporting System (MBRS) 2.0 dan Kriteria Pengecualian Audit Baharu.

Program ini telah disempurnakan oleh Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia & Penguatkuasaan) SSM.

Turut hadir bersama adalah Encik Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan) SSM, Puan Norhaslinda Salleh, Pengarah Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan SSM dan Encik Ramle Leen, Pengarah SSM Negeri Sarawak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Nov, 09:04


SSM ANJUR DIALOG TAHUNAN SSM 2024 DI KUCHING, SARAWAK

Kuching, 21 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan Dialog Tahunan SSM 2024 di Imperial Hotel, Kuching, Sarawak dengan kehadiran seramai 184 peserta dari kalangan pengarah syarikat, setiausaha syarikat, wakil daripada agensi-agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Sarawak.

Dialog Tahunan SSM 2024 merupakan platform untuk SSM berkongsi dan menyebarkan perkembangan serta maklumat berhubung dasar-dasar dan peraturan-peraturan terkini kepada industri, agensi Kerajaan dan badan-badan profesional selain memperjelaskan perkara-perkara dan isu-isu berkaitan operasi dan penguatkuasaan SSM.

Sesi dialog tahunan ini adalah sesi yang kedua untuk tahun 2024, di mana sebelum ini sesi Dialog Tahunan telah dianjurkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 19 November 2024 dan akan dianjurkan seterusnya di Kuantan, Pahang pada 27 November 2024.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Nov, 09:02


SSM KINI MENAWARKAN SURAT PENGESAHAN DAFTAR SEMULA PERNIAGAAN

Bermula 20 November 2024, pelanggan boleh mendapatkan Surat Pengesahan Daftar Semula Perniagaan atau Business Re-register Confirmation Letter (BRECLE) di portal penyedia perkhidmatan SSM:

SSM e-Info di www.ssm-einfo.my
MyData SSM di www.mydata-ssm.com.my
SSM SEARCH di www.ssmsearch.com
SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com

BRECLE boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu dan English.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Nov, 09:00


SSM MENAWARKAN DATA MAKLUMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Bermula 20 November 2024, SSM menawarkan Data Maklumat Setiausaha Syarikat atau Company Secretary Information Data (CSID) yang boleh didapati secara dalam talian.

CSID boleh diakses di portal penyediaan perkhidmatan SSM:

SSM e-Info di www.ssm-einfo.my
MyData SSM di www.mydata​​-ssm.com.my
SSM SEARCH di www.ssmsearch.com
SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com

Pelanggan boleh memuat turun CSID dalam bentuk excel.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 Nov, 05:05


SSM SERTAI OPERASI PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA KEMENTERIAN DALAM NEGERI TERENGGANU

Paka, 21 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah bekerjasama dan menyertai Operasi Pemeriksaan Bersepadu anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu pada 13 Ogos 2024.

Operasi ini telah melibatkan kekuatan seramai 13 orang pegawai dan anggota daripada SSM dan KDN.

Sebanyak 28 premis telah diperiksa dan SSM telah mengeluarkan dua notis kesalahan masing-masing di bawah Seksyen 30(2)(b) kerana gagal mempamerkan nama berdaftar dan nombor pendaftaran syarikat pada tiap-tiap premis perniagaan dan 30(2)(e), Akta Syarikat 2016 kerana gagal menzahirkan nama berdaftar dan nombor pendaftaran syarikat pada resit perniagaan yang dikeluarkan oleh Syarikat.

Selain daripada itu, dua notis bagi kesalahan di bawah Kaedah 17A (2), Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 kerana gagal mempamerkan papan tanda nama dan nombor pendaftaran perniagaan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Nov, 07:44


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 7 - Bagaimanakah sesebuah SBMJ yang mempunyai perkataan "Berhad" atau "Bhd" pada namanya ingin menggugurkan perkataan tersebut?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Nov, 06:50


SSM MENAWARKAN DATA MAKLUMAT SETIAUSAHA SYARIKAT

Bermula 20 November 2024, SSM menawarkan Data Maklumat Setiausaha Syarikat atau Company Secretary Information Data (CSID) yang boleh didapati secara dalam talian.

CSID boleh diakses di portal penyedia perkhidmatan SSM:

SSM e-Info di www.ssm-einfo.my
MyData SSM di www.mydata-ssm.com.my
SSM SEARCH di www.ssmsearch.com
SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Nov, 06:48


SSM KINI MENAWARKAN SURAT PENGESAHAN DAFTAR SEMULA PERNIAGAAN

Bermula 20 November 2024, pelanggan boleh mendapatkan Surat Pengesahan Daftar Semula Perniagaan atau Business Re-register Confirmation Letter (BRECLE) di portal penyedia perkhidmatan SSM:

SSM e-Info di www.ssm-einfo.my
MyData SSM di www.mydata-ssm.com.my
SSM SEARCH di www.ssmsearch.com
SAFEDATA SSM di www.safedata-ssm.com

BRECLE disediakan tanpa pengesahan secara digital dan secara digital.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Nov, 03:17


Sebanyak 60 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan premis telah melanggar keperluan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di bawah Kaedah 13(2) dan Kaedah 17A(2) serta dua premis telah melanggar keperluan Akta Syarikat 2016 di bawah Seksyen 30(1)(b) dan Seksyen 30(2)(e).

Turut hadir bersama adalah Encik Kamarudin Mohd Daud, Pengarah SSM Negeri Pahang dan Encik Abdul Malik Ahmad, Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Nov, 03:17


SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU BERSAMA PERESO DAN JABATAN TENAGA KERJA NEGERI PAHANG

Kuantan, 20 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang telah berkerjasama dalam melaksanakan Operasi ‘OPS KESAN’ bersama-sama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Pahang pada 13 Ogos 2024.

Operasi melibatkan kekuatan seramai 40 orang pegawai dan anggota yang terdiri daripada penguatkuasa dan petugas daripada ketiga-tiga agensi.

Operasi bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi-agensi yang terlibat terhadap premis perniagaan di sekitar kawasan Indera Mahkota 7 dan Batu 3 Kuantan, Pahang.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

19 Nov, 12:50


Dialog Tahunan SSM 2024 merupakan platform untuk SSM berkongsi dan menyebarkan perkembangan serta maklumat berhubung dasar-dasar dan peraturan-peraturan terkini kepada industri, agensi Kerajaan dan badan-badan profesional selain memperjelaskan perkara-perkara dan isu-isu berkaitan operasi dan penguatkuasaan SSM.

Sesi dialog tahunan ini adalah sesi yang pertama pada tahun 2024, dan akan dianjurkan seterusnya di Kuching, Sarawak pada 21 November 2024 dan di Kuantan, Pahang pada 27 November 2024.

Antara pengisian program ini adalah penyampaian taklimat berhubung Malaysian Business Reporting System (MBRS) 2.0 dan Kriteria Pengecualian Audit Baharu.

Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Turut hadir bersama adalah Encik Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan) SSM, Encik Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kawal Selia & Penguatkuasaan SSM, Puan Norhaslinda Salleh, Pengarah Bahagian Pembangunan & Perkhidmatan Perundangan SSM dan Encik Mohd Arif Hamzah, Pengarah SSM Negeri Sabah.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

19 Nov, 12:50


SSM ANJUR DIALOG TAHUNAN SSM 2024 DI KOTA KINABALU, SABAH

Kota Kinabalu, 19 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Dialog Tahunan SSM 2024 di Marriott Hotel, Kota Kinabalu, Sabah dengan kehadiran seramai 162 peserta dari kalangan pengarah syarikat, setiausaha syarikat, wakil daripada agensi-agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan dan wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Sabah.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

18 Nov, 01:57


SSM BUKA KAUNTER KHIDMAT NASIHAT DAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI PROGRAM USAHAWAN TEKUN NASIONAL

Bachok, 18 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan telah dijemput untuk membuka kaunter khidmat nasihat dan pendaftaran perniagaan sempena Program Asas Keusahawanan anjuran Tekun Nasional Negeri Kelantan pada 3 Ogos 2024.

Program ini telah disertai seramai 200 orang usahawan dari daerah Bachok dan Pasir Puteh yang bertempat di Tok Aman Bali Resort. Sesi pendaftaran dan pengaktifan ID pengguna Ezbiz telah dijalankan bagi membantu usahawan mendaftarkan perniagaan melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Perkhidmatan kaunter ini telah dikendalikan oleh Encik Luqman Baharam, Puan Roslina Mamat dan Cik Anis Madihah Md Norishan, Pegawai-pegawai dari SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

15 Nov, 08:49


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 4 - Apakah Langkah-Langkah untuk Menubuhkan SBMJ?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

15 Nov, 07:21


SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT DAN CSR KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN B40 BERNILAI RM15,000 SEMPENA PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

Raub, 15 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM berjumlah RM15,000 kepada golongan yang memerlukan pada 14 November 2024.

Sumbangan WZK berjumlah RM14,550 telah diagihkan kepada 97 orang asnaf dan sumbangan CSR berjumlah RM450 telah diagihkan kepada tiga orang dari golongan B40 bersempena Program Jualan RAHMAH MADANI di Pekan Sehari Dong, Raub, Pahang.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Turut hadir bersama adalah Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN dan Encik Kamarudin Mohd Daud, Pengarah SSM Negeri Pahang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

15 Nov, 06:58


VIDEO TEMUBUAL SEMPENA MAJLIS SIMBOLIK SERAHAN PERALATAN BAKERI BAGI PROJEK BAKERI DI SEKOLAH TUNAS BAKTI TAIPING

Saksikan video temubual bersama salah seorang pelatih Sekolah Tunas Bakti (STB) Taiping. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM80,000 kepada STB Taiping bersempena Majlis Simbolik Serahan Peralatan Bakeri bagi Projek Bakeri yang berlangsung pada 5 November 2024.

Sumbangan ini bertujuan untuk memperkasakan Bengkel Roti dan Kek STB Taiping bagi memenuhi keperluan semasa industri dalam memberi latihan kepada pelatih STB Taiping di samping penghasilan produk yang memenuhi citarasa pasaran pada masa kini.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

15 Nov, 03:40


Operasi bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi penguatkuasaan yang terlibat terhadap premis perniagaan.

Hasil pemeriksaan terhadap empat premis mendapati terdapat tiga kompaun dikeluarkan dibawah kesalahan S Sek 30(1)(b) A.S. 2016 sebanyak 2 kompaun satu kompaun dikeluarkan di bawah Kae 17A(1)(b) KKPP1957.

Turut serta bersama adalah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM serta Jabatan Kesihatan dan Perlesenaan, Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Muar.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

15 Nov, 03:40


SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KAWASAN PERINDUSTRIAN DAERAH MUAR ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR

Muar, 15 November 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Muar telah menyertai Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kawasan Perindustrian Daerah Muar anjuran Majlis Perbandaran Muar pada 12 Ogos 2024.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

14 Nov, 08:28


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 3 - Apakah Perbezaan SBMJ dengan perkataan 'Berhad' atau Tanpa Perkataan 'Berhad'?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

14 Nov, 08:24


PAMERKAN KOD QR SSM BIZTRUST PERNIAGAAN ANDA

Di mana Kod QR SSM BizTrust perlu dipamerkan? Jom muat turun sekarang dan pamerkan bersama-sama!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #PercayaYakinSelamat #PeniagaBeretika #PersekitaranPerniagaanYangDipercayai #AdaBizTrustBaruBeli

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

14 Nov, 07:47


VIDEO TEMUBUAL SEMPENA MAJLIS SIMBOLIK SERAHAN PERALATAN BAKERI BAGI PROJEK BAKERI DI SEKOLAH TUNAS BAKTI TAIPING

Saksikan video temubual bersama salah seorang pengajar Sekolah Tunas Bakti (STB) Taiping. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM80,000 kepada STB Taiping bersempena Majlis Simbolik Serahan Peralatan Bakeri bagi Projek Bakeri yang berlangsung pada 5 November 2024.

Sumbangan ini bertujuan untuk memperkasakan Bengkel Roti dan Kek STB Taiping bagi memenuhi keperluan semasa industri dalam memberi latihan kepada pelatih STB Taiping di samping penghasilan produk yang memenuhi citarasa pasaran pada masa kini.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

14 Nov, 06:21


SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAAGAAN DAN SPPP KEPADA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL AYER MOLEK

Melaka, 14 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka telah memberi taklimat kepada pelajar Kolej Vokasional Ayer Molek pada 21 Ogos 2024 yang lalu. Seramai 150 orang pelajar telah hadir bagi menyertai sesi taklimat ini.

Taklimat ini diadakan untuk memberikan penerangan berkaitan Fungsi dan Kelebihan Pendaftaran SSM dan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang disampaikan oleh Puan Izrinda Raihan Binti Razali, Eksekutif Seksyen Operasi, SSM Melaka.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

13 Nov, 08:29


SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERCUMA

Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) merupakan satu inisiatif untuk membantu usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA.

Boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

13 Nov, 06:31


Makluman - Aktiviti Penyelenggaaan Sistem MyCoID

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

13 Nov, 04:29


Melalui program ini, seramai 450 orang usahawan wanita telah diberi pendedahan dan kesedaran tentang keperluan memperkasakan usahawan wanita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah serta memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan serta penyampaian informasi kemudahan MARA.

Selepas taklimat berlangsung, peserta telah memanfaatkan peluang yang disediakan dengan mengunjungi reruai SSM untuk membuat pengaktifan ID pengguna dan mendapatkan khidmat nasihat. Turut dikongsikan juga tentang produk dan perkhidmatan SSM seperti Ezbiz Online dan portal pembekalan maklumat yang baharu.

Reruai ini telah dijayakan oleh Encik Zulkifli Mohamed dan Puan Muallimah Abdul Razak, Pegawai Seksyen Operasi SSM Terengganu.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Nov, 09:35


JOM! DAFTAR PERNIAGAAN ANDA BERSAMA SSM ZOOMERS

SSM akan membuka kaunter bergerak pendaftaran perniagaan di lokasi seperti berikut:

📍Tapak Car Boot Sale Taman Melawati, Kuala Lumpur
Tarikh : 9 Nov 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengahari

📍Tapak Berniaga Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor
Tarikh : 9 Nov 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang- 6.00 petang

Perkhidmatan yang ditawarkan
1. Mengaktifkan ID Pengguna EzBiz Online
2. Khidmat Nasihat Perniagaan

Jumpa SSM Di Sana!

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Nov, 09:17


SESI TAKLIMAT SSM BIZTRUST: DIGITALISASI PEMANGKIN PERNIAGAAN

Ketahui inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh SSM, FAMA dan SiteGiant dalam taklimat ini pada 27 November 2024 (Rabu) jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Daftar secara percuma melalui pautan https://forms.office.com/r/7dLAuM20kx.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Nov, 08:57


SSM SHARES INSIGHTS ON COMPANY DISSOLUTION CHALLENGES AT CRF 2024 IN QATAR

Qatar, 8 November 2024 – The Companies Commission of Malaysia (SSM) participated in the Corporate Registers Forum (CRF) 2024, held from 3–7 November 2024 at Hotel Le Royal Méridien in Doha, Qatar.

During the last day of the forum that carried the theme Global Cooperation among Registries, SSM Registration Services Division Senior Manager, Puan Sapiah Ambo, provided in-depth insights on the challenges of dissolution of companies without liquidation, focusing on both practical and regulatory hurdles.

The session also featured Mr. Yves Gonnes from the Luxembourg Business Registers as a co-speaker.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Nov, 08:45


Pindaan ini juga merupakan inisiatif dalam memudahcara syarikat yang menghadapi masalah kewangan serta menyokong pemulihan ekonomi negara agar terus berdaya saing terutama sekali dalam era pasca pandemik COVID-19.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 ini mengandungi 31 fasal yang terdiri daripada 4 kluster polisi. Kluster polisi 1 adalah memperluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan sukarela korporat (CVA) dan pengurusan kehakiman JM. Kluster polisi 2 adalah memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat melalui penambahbaikan peruntukan yang berkaitan skim perkiraan atau kompromi (SPK) dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan berhubung CVA/JM. Kluster polisi 3 adalah memperkukuh kerangka pelaporan pemunyaan benefisial dan kluster polisi 4 adalah menambahbaik amalan dan tadbir urus korporat.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Nov, 08:45


AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Saksikan video ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut tentang Akta Syarikat (Pindaan) 2024.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 ini mempunyai dua objektif utama iaitu memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat dan mempertingkat elemen ketelusan dalam ekosistem sektor korporat di Malaysia melalui pelaporan pemunyaan benefisial oleh syarikat.

https://youtu.be/qXvJaFmMYgQ

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

08 Nov, 02:51


SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU BERSAMA PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) NEGERI PULAU PINANG

Seberang Jaya, 8 November 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang telah menyertai Operasi Bersepadu bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Pulau Pinang di sekitar kawasan Perniagaan Butterworth, Pulau Pinang pada 1 Ogos 2024.

Operasi tersebut melibatkan seramai empat pegawai dan 10 anggota daripada SSM serta Perkeso telah menyertai operasi ini.

Operasi ini lebih tertumpu kepada pematuhan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Syarikat 2016 di bawah kawal selia SSM.

Hasil daripada operasi ini, sebanyak 23 premis telah diperiksa dan lima notis kompaun telah ditawarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Pendaftaran Perniagaan dan Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Nov, 07:49


SSM’S CORPORATE TRAINING PROGRAMMES

SSM’s corporate training programmes are now open for registration! Sign up Today! @ https://e-comtrac.ssm.com.my

Kindly click https://www.ssm.com.my/Pages/Training_Academy/Training_Calendar-and_Brochure/2024.aspx for more information on SSM 2024 Training Calendar.

Should you have any further enquiry, please contact us at [email protected] or WhatsApp us at 03-2299 5335.

We look forward to see you soon. Stay safe and please continue to adhere to safety and health guidelines.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Nov, 07:40


The session provided key insights into global beneficial ownership, emphasising recent international developments and the essential role of transparency in business. It also highlighted the importance of beneficial ownership frameworks in strengthening corporate governance and regulatory standards worldwide.

The topic was delved by speakers Puan Khairani M. Yusof, SSM Regulatory Development & Services Division Manager, Mrs. Chia-Tern Huey Min from the Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA) of Singapore, and Mr. Claude Haylock from the Belize Companies & Corporate Affairs Registry.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Nov, 07:39


SSM DELEGATION PROVIDES INSIGHTS ON GLOBAL BENEFICIAL OWNERSHIP AT CORPORATE REGISTERS FORUM 2024 IN QATAR

Qatar, 7 November 2024 – Resonating with the growing global importance of beneficial ownership, the Companies Commission of Malaysia (SSM) participated in the Corporate Registers Forum (CRF) 2024 on 6 November 2024, in emphasising its commitment to align with international standards.

During the forum held at Hotel Le Royal Méridien Doha, Qatar, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, SSM Chief Executive Officer, moderated a session titled “Global Beneficial Ownership Insights”.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Nov, 01:29


SLOT WAWANCARA DI RADIO RTM MUTIARA FM MENGENAI AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Ikuti wawancara di Radio RTM Pulau Pinang - Mutiara FM bersama Encik Sazuree Shuib, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang bagi mendalami topik berkaitan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 7 November 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari.

Dengarkan siaran langsung di Radio RTM Mutiara FM di frekuensi 95.7 FM atau melalui pautan https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/mutiara-fm

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

07 Nov, 01:26


SSM SERTAI PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN VETERAN ATM 2024 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Melaka, 7 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka telah menyertai Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) Peringkat Negeri Melaka anjuran PERHEBAT Melaka pada 8 Ogos 2024 lalu.

Program yang diadakan di Dewan Hang Tuah, A'Famosa Resort ini telah dirasmikan oleh YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir bersama Encik Mohd Zainuddin Salleh, Pengarah SSM Negeri Melaka.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

05 Nov, 09:26


PLATFORM RASMI PEMBEKALAN MAKLUMAT KORPORAT SSM

Anda boleh mendapatkan lebih daripada 37 Maklumat Korporat seperti berikut:

Profil Syarikat
Profil Perniagaan
Salinan Imej Dokumen
Dan lain-lain

Dapatkan!
Di portal MyDATA, SSM, SSM e-Info, SSM Search & SAFEDATA SSM

Muat naik e-katalog Platform Pembekalan Maklumat Korporat untuk keterangan lanjut.

Pautan: https://www.ssm.com.my/Pages/Publication/Brochures/document/MyData-eInfo.pdf

Anda juga boleh menyemak kesahihan maklumat korporat dengan Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Digitally Certified True Copy) melalui Aplikasi MySSM atau ssm4u.com.my.

Dapatkan Maklumat Korporat di PORTAL YANG SAH.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

05 Nov, 06:40


SESI TAKLIMAT SSM BIZTRUST: DIGITALISASI PEMANGKIN PERNIAGAAN

Ketahui inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh SSM, FAMA dan SiteGiant dalam taklimat ini pada 27 November 2024 (Rabu) jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Daftar secara percuma melalui pautan https://forms.office.com/r/7dLAuM20kx.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

05 Nov, 02:19


SSM ANJUR TAKLIMAT PEMATUHAN KORPORAT SSM TAHUN 2024

Kuala Lumpur, 5 November 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan satu Taklimat Pematuhan Korporat SSM Tahun 2024 bertempat di Menara SSM@Sentral pada 25 Oktober 2024.

Objektif utama taklimat ini adalah sebagai salah satu platform memperjelaskan isu-isu semasa atau ketidakpatuhan yang dikenalpasti oleh SSM meliputi skop penguatkuasaan di samping menyampaikan mesej pematuhan dengan lebih jelas dan menyeluruh berhubung peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan SSM termasuk setiausaha syarikat.

Taklimat ini telah disertai oleh seramai 156 setiausaha syarikat yang berada di sekitar Lembah Klang.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

05 Nov, 02:13


SSM ANJUR OPERASI PEMERIKSAAN BERSEPADU BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP NEGERI PERAK

Ipoh, 5 November 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menganjurkan Operasi Pemeriksaan Bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak pada 30 Julai 2024.

Operasi pemeriksaan bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi penguatkuasaan yang terlibat. Pemeriksaan melibatkan kawasan tumpuan di sekitar kawasan Hypermarket Mydin Meru, Ipoh, Perak.

Operasi ini melibatkan lima anggota penguat kuasa SSM Perak bersama empat anggota penguat kuasa KPDN Perak.

Sebanyak 61 premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tujuh kompaun telah dikeluarkan ke atas tujuh premis yang melanggar Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Akta Syarikat 2016.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

04 Nov, 08:46


Kenyataan Sebut Harga - Perkhidmatan Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah LED Panel Display Wall Serta Kerja Kerja Berkaitan Di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM@Sentral

Sebut harga adalah dipelawa kepada Perniagaan/ Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang yang ditetapkan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Sebut Harga No. SSM 24/2024 “Perkhidmatan Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah LED Panel Display Wall Serta Kerja Kerja Berkaitan Di Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Menara SSM@Sentral”.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

04 Nov, 06:28


SIRI PENDIDIKAN SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN

Kenali Syarikat Berhad menurut Jaminan (SBMJ) dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan SBMJ.

Siri 2 - Apakah objektif penubuhan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ)?

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

04 Nov, 03:45


Turut serta dalam majlis adalah Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Tuan Haji Rosli Bahari, Pengerusi Madrasah Al-Khairiah Taman Salak Jaya dan Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

04 Nov, 03:44


SSM SUMBANG VAN JENAZAH RM129,156 KEPADA MADRASAH AL-KHAIRIAH MELALUI PROJEK ROAD TO JANNAH 2.0

Saksikan video sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM berupa sebuah van jenazah bernilai RM129,156 kepada Madrasah Al-Khairiah Taman Salak Jaya serta agihan berjumlah RM10,000 kepada 40 orang asnaf di kawasan tersebut yang diadakan pada 25 Oktober 2024.

Serahan dan sumbangan yang disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM semasa Majlis Serahan Sumbangan Van Jenazah kepada Madrasah Al-Khairiah bersempena Projek Road to Jannah 2.0 ini bertujuan untuk menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan demi memelihara kebajikan serta kesejahteraan masyarakat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

04 Nov, 03:26


Operasi bersepadu tersebut dijalankan bertujuan bagi memastikan pematuhan terhadap akta-akta yang dikawal selia oleh agensi-agensi yang terlibat terhadap perniagaan barangan lusuh di sekitar Kuantan, Pahang.

Sebanyak lapan premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat premis telah melanggar keperluan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di bawah Seksyen 12(1)(a), Seksyen 12(1)(b), Seksyen 12(2), Kaedah 17A(1)(b), Kaedah 17A(2) dan Kaedah 13(2).

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

04 Nov, 03:25


SSM SERTAI OPERASI BERSEPADU ANJURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAERAH KUANTAN

Kuantan, 4 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pahang telah berkerjasama dalam melaksanakan Operasi ‘OPS MEGA BERSEPADU’ bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuantan yang turut disertai pelbagai agensi seperi Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Telekom Malaysia Berhad Kuantan pada 26 Julai 2024.

Operasi ini melibatkan kekuatan seramai 50 orang pegawai dan anggota yang terdiri daripada penguatkuasa dan petugas daripada kesemua agensi.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

01 Nov, 07:49


SSM SUMBANG WAKALAH ZAKAT KORPORAT KEPADA PELAJAR ASNAF UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Gombak, 1 November 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM22,900 kepada pelajar asnaf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena Majlis Penyerahan Mock Cheque bersama Rektor UIAM bertempat di Pejabat Rektor, UIAM Gombak pada 30 Oktober 2024.

Sumbangan yang disampaikan kepada 229 pelajar asnaf UIAM melalui Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor UIAM ini telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM.

Turut hadir bersama adalah Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

26 Oct, 03:16


Kenyataan Media - Pengarah Syarikat Didakwa Membuat Pernyataan Palsu Kepada SSM

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Oct, 09:16


Sumbangan van jenazah ini adalah kesinambungan dari program pada tahun 2023 di mana SSM telah menyumbangkan 10 van jenazah berjumlah RM1.38 juta kepada 10 negeri melalui Projek Road to Jannah.

Pada tahun 2024, Projek Road to Jannah 2.0 pula diteruskan di mana empat buah van jenazah akan disumbangkan kepada beberapa institusi keagamaan termasuk Madrasah Al-Khairiah Taman Salak Jaya.

Turut serta dalam majlis adalah Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Tuan Haji Rosli Bahari, Pengerusi Madrasah Al-Khairiah Taman Salak Jaya dan Encik Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat SSM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Oct, 09:16


SSM SUMBANG VAN JENAZAH RM129,156 KEPADA MADRASAH AL-KHAIRIAH MELALUI PROJEK ROAD TO JANNAH 2.0

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2025 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berupa sebuah van jenazah bernilai RM129,156 kepada Madrasah Al-Khairiah Taman Salak Jaya serta agihan berjumlah RM10,000 kepada 40 orang asnaf di kawasan tersebut.

Serahan dan sumbangan yang disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM semasa Majlis Serahan Sumbangan Van Jenazah kepada Madrasah Al-Khairiah bersempena Projek Road to Jannah 2.0 ini bertujuan untuk menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan demi memelihara kebajikan serta kesejahteraan masyarakat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Oct, 08:30


Kenyataan Media - SSM Sumbang Van Jenazah RM129,156 Kepada Madrasah Al-Khairiah Melalui Projek Road To Jannah 2.0

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

25 Oct, 08:15


SSM JALANKAN OPS BERSEPADU FOODTRUCK DAN GERAI DI SAJI SEJAHTERA @ POLO IPOH,PERAK

Ipoh, 25 Oktober 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam Ops Foodtruck & Gerai Malam bertempat di Saji Sejahtera @ Polo, Ipoh, Perak pada 19 Julai 2024.

Operasi ini bertujuan untuk memastikan para peniaga mematuhi peruntukan akta dan peraturan yang dikawal selia oleh SSM dan mengukuhkan kerjasama antara agensi.

Sebanyak 64 peniaga telah diperiksa dan tiga notis tawaran kompaun dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan. Operasi ini telah diketuai oleh Cik Rashidah Mohd Hazizi, Ketua Unit Pemeriksaan SSM Perak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

20 Oct, 02:54


Kenyataan Media - Bekas Pengarah Asiana Bestari Sdn Bhd Didakwa Menawarkan Skim Pelaburan Tanaman Halia Tidak Berdaftar Kepada Orang Awam

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

19 Oct, 02:21


Kenyataan Media - SSM Dakwa East West Horizon Plantation Berhad Kerana Gagal Mematuhi Klausa Di Dalam Surat Ikatan Amanah

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

18 Oct, 09:28


MALAYSIAN BUSINESS REPORTING SYSTEM (MBRS 2.0)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia has released a new version of the Malaysian Business Reporting System known as MBRS 2.0 on 25 September 2024.

Join us in learning MBRS 2.0

Submission of Annual Return and Financial Statements via MBRS 2.0.

Don’t miss out!

Secure your seat now! Visit e-COMTRAC online platform https://e-comtrac.ssm.com.my for registration.

For further enquiries, please contact us at [email protected] or Whatsapp us at 03-2299 5335.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

18 Oct, 07:56


SSM BUKA KAUNTER KHIDMAT NASIHAT DAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN SEMPENA TAKLIMAT PELAKSANAAN E-INVOIS ANJURAN LHDN KELANTAN

Kota Bharu, 18 Oktober 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kelantan telah dijemput oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan untuk membuka kaunter khidmat nasihat dan pendaftaran perniagaan pada 4 Julai 2024

Program ini telah disertai seramai 500 orang peserta yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Kota Bharu. Kaunter SSM ini telah dikendalikan oleh Encik Luqman Baharam dan Encik Muhd Afnan Sanusi, Pegawai SSM Kelantan.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

18 Oct, 07:54


SESI TAKLIMAT SSM BIZTRUST: DIGITALISASI PEMANGKIN PERNIAGAAN

Ketahui inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh SSM, PERNAS dan TikTok Shop dalam taklimat ini pada 23 Oktober 2024 (Rabu) jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Daftar secara percuma melalui pautan https://forms.office.com/r/NDfyd6wqK0

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

18 Oct, 02:02


SSM BERI TAKLIMAT BERKAITAN AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024 DAN PELAPORAN MAKLUMAT PEMUNYA BENEFISIAL

Sarawak, 18 Oktober 2024 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sarawak telah dijemput untuk memberi taklimat kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia sempena Kursus Pengurusan dan Pelaksanaan Amalan Terbaik Akaun Belum Terima (ABT) bertempat di Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sarawak pada 2 Julai 2024.

Taklimat yang dihadiri oleh 35 pegawai kastam Gred WK29 hingga WK54 ini diadakan untuk memberikan penerangan bertajuk Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dan Pelaporan Maklumat Pemunya Benefisial melalui Akta Syarikat (Pindaan) 2024.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Ronatkinson Nujol, Pengurus Seksyen Operasi SSM Sarawak.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Oct, 08:52


GLOBAL BENEFICIAL OWNERSHIP INSIGHTS

At CRF Qatar 2024, hear from Khairani M Yusof, from the Regulatory Development & Services Division at the Companies Commission Of Malaysia / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), as she shares critical insights on Global Beneficial Ownership. With a strong background in corporate governance and legal expertise, Khairani’s experience in shaping beneficial ownership frameworks will provide essential knowledge for professionals.

🔗 Don’t miss out - register today: https://lnkd.in/dkViVXvV

Source: CRF LinkedIn
https://www.linkedin.com/posts/thecrf_crfqatar2024-beneficialownership-corporategovernance-activity-7251837965952258050-zpOz

#CRFQatar2024 #BeneficialOwnership #CorporateGovernance #BusinessRegulation #Malaysia

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Oct, 08:49


MAICSA ANNUAL CONFERENCE 2024

The countdown is on! Join us for the MAICSA Annual Conference 2024: Sustainability Today for Tomorrow on 22 & 23 October. 🚀 Get ready for a game-changing event filled with cutting-edge insights, expert speakers, and unbeatable networking opportunities. This is your chance to lead in governance, sustainability, and tech innovation. Don’t wait—register now and be part of shaping the future! 🌍💡

REGISTER NOW! https://www.maicsa.org.my/resources/cpd-training/cpd-training-calendar

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM #Sustainability #ESG #Governance #Corporate #Business #AnnualConference

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Oct, 04:56


Objektif program ini adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada mahasiswa supaya menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya selepas bergraduat. Melalui program ini, seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi pendedahan dan kesedaran tentang keperluan mendaftarkan perniagaan di SSM.

Selain daripada itu, peserta turut dikongsikan dengan produk dan perkhidmatan SSM seperti Ezbiz Online, Biztrust dan portal pembekalan maklumat yang baharu. Seusai taklimat, kesemua peserta telah berjaya membuat pengaktifan ID pengguna Ezbiz online serta mendaftarkan perniagaan melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP).

Taklimat pendaftaran perniagaan ini telah disampaikan oleh Puan Nur Hafizah Ismail dan kaunter pendaftaran perniagaan telah dikendalikan Encik Kamarul Alwee Ariffin serta Puan Muallimah Abdul Razak daripada Seksyen Operasi SSM Terengganu.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Oct, 04:56


SSM BERI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA SISWAPRENEUR UPM

Kuala Terengganu, 17 Oktober 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Terengganu telah dijemput untuk memberi taklimat pendaftaran perniagaan SSM bersempena Program SISWAPRENEUR STARTUPBIZ SIRI 2 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu pada 2 Julai 2024.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

17 Oct, 03:40


KUNJUNGAN HORMAT SSM KE JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM, WPKL) pada 16 Oktober 2024.

Lawatan yang telah diketuai oleh Tuan Amir Ahmad Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia & Penguatkuasaan) SSM telah disambut oleh Tuan Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini bertujuan mewujudkan kolabarasi yang baik dalam aspek pematuhan undang-undang dan untuk menjalinkan hubungan strategik yang baik antara SSM dan JIM, WPKL pada masa akan datang.

Turut hadir bersama adalah Puan Norhaiza Jemon, Pengarah Bahagian Pematuhan Korporat SSM.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM