Assalamualaikum dan Salam Rafflesian
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
[PENGOSONGAN BLOK R3 KOLEJ RAFFLESIA]
Merujuk perkara di atas, para pelajar yang menginap di Blok R3 Kolej Rafflesia diminta untuk segera membuat clearance selewat-lewatnya pada 21 Februari. Hal ini kerana, blok R3 akan dijadikan blok penempatan transit bermula 23 Februari dan digunakan untuk penempatan transit Komander dan PALAPES.
Oleh itu, para pelajar diminta untuk segera menghubungi pejabat Kolej Rafflesia bagi mencari jalan penyelesaian sekiranya anda mempunyai sebab untuk lewat membuat clearance seperti:
- Pelajar yang masih belum habis menjawab peperiksaan akhir.
- Pelajar yang mempunyai urusan akademik.
- Pelajar yang mempunyai urusan selain akademik.
- Pelajar yang mempunyai sebab lain.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali. Diharapkan agar para pelajar cakna dengan makluman ini. Kerjasama semua amatlah dihargai.
"Pemacu Pembangunan Mahasiswi"
Sekian, harap maklum.
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ
RAFFLESIA
SESI 2024/2025
UiTM PUNCAK ALAM
#Rafflesiawithlove