Penyakit SLE Dalam Bahasa Lainnya Adalah Penyakit Autoimmune (FB MZO)
Bahasa mudahnya tubuh kita menyerang diri kita sendiri.
Dalam kebanyakan penulisan yang saya buat, terutamanya melibatkan penyakit pelik, yang telah dirawat bertahun-tahun dengan kaedah moden tapi masih belum sembuh juga.
Dalam Alhamdulillah telah banyak penyakit telah berjaya dirungkai dan para pesakit makin menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Hidup lebih ceria, boleh melancong ke sana sini, makin kurang bergantung kepada ubat dan ahli keluarga turut gembira dengan keadaan mereka.
SLE ini dalam baris awal medlineplus lagi telah menyatakan genetik sebagai salah satu punca yang ditafsirkan sebagai penyebabnya. Dan rata-rata mereka masih tidak dapat memberikan jawapan jelas mengapa perkara ini berlaku.
Jika kita dah berulang kali cuba kaedah rawatan sama dan masih tiada perubahan, maka saya amat menggalakkan Tuan Puan untuk menerima pendapat alternatif juga.
Kalau taknak terima pendapat alternatif ada masalah ke?
Tiada masalah pun. Ini berkenaan kehidupan Tuan Puan yang menanggung perkara ini, bukan saya. Saya menulis dengan niat untuk membantu.
Telah ramai pesakit yang menderita belasan tahun telah berjaya keluar daripada cycle sakit, klinik, check up, ubat, sakit lagi, klinik lagi, ubat lagi, dan berterusan sampai sekarang.
Saya pernah ulas tentang Thalasemia yang saya kaitkan dengan masalah saka. Dan para pesakit sendiri mengakui diagnose yang kita huraikan. Tepat dengan keadaan mereka walaupun tak pernah berjumpa.
Dalam kaedah perubatan Islam, kita tidak menggalakkan kaedah ‘scan jarak jauh’ seperti yang ramai minta untuk lakukan. Kalau dah scan nak buat apa?
Ramai yang sakit, ada masalah tak kisah untuk bertukar-tukar klinik check itu ini. Tapi bila nak ikhtiar dengan rawatan Islam, mereka nak guna kaedah paling ‘malas’, atau paling ‘menjimatkan kos’ untuk meneliti sakit mereka tanpa perlu bergerak jauh. Ini salah adab dalam kaedah rawatan.
Kenapa ada rasa malas, kenapa rasa berat nak datang? Apakah perkara yang menimbulkan perasaan berbelah bagi itu?
Dan inilah masalah yang berkait dengan isu dalaman apabila terdapat hasutan dan bisikan yang membuatkan diri ragu-ragu. Tapi jadi mudah apabila terdapat ahli keluarga atau penjaga yang membuat keputusan ke atas diri mereka.
Saya pernah berbual dalam telefon dengan seorang indidvidu yang bermasalaha saka, termasuk mewarisi khadam daripada amalan nenek moyang mereka yang berkait peranan dalam istana melayu lama, hubalang, persilatan dan mempunyai senjata warisan.
Saya nasihatkan beliau untuk ‘melancong ke Terengganu untuk jumpa kawan saya’. Kita tak cakap datang merawat dengan mana-mana ustaz pun, kerana ‘benda itu’ akan buat masalah jika kita dah pasang niat awal.
Ketika tengah call pun kena warning agar ‘rahsianya’ jangan dibuka. Ini kesilapan yang banyak perawat jarak jauh lakukan kerana menyentuh isu rahsia ghaib tanpa adab yang betul. End up sakit jantung dan diserang darah tinggi ketika tidur, kerana ada yang berdendam dalam diam.
Maka Tuan Puan yang nak tahu lebih mendalam, jika perawat beritahu perlu jumpa berdepan, maka terimalah syarat itu. Jika tak boleh jumpa, maka belum ada rezeki la tu.
Saya suruh naik bas sahaja, jangan drive kereta atau motor sendiri. Takut last-last jumpa terapung dalam sungai atau tasik. Perkara ini serius walaupun ada yang ingat sebagai over acting.
Ada orang sangka perkara macam ini hanya di kalangan orang Melayu saja hadapi, kerana mereka tak pernah tengok bangsa lain melalui proses rawatan alternatif. Bukan semua orang nak post perkara ini ke sosial media. Yang dari Singapura, Saudi, India, US, UK pun pernah ikhtiar rawatan Islam.
Saya menulis untuk membuka mata Tuan Puan berikhtiar, yang telah bertahun-tahun tiada solusi.
SLE, Autism, Thalasemia, Kencing Manis, Darah Tinggi.. termasuk yang bersifat masalah mental seperti bipolar, anxiety.
Allah telah menciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepadaNya.
Ada yang beriman, ada yang ingkar. Ada manusia yang buat onar,..
-MZO-
https://t.me/MZOAllahJagaKitaChannel/4279