Bencana Pahang @bencanapahang Channel on Telegram

Bencana Pahang

@bencanapahang


Info terkini banjir dan bencana di Pahang.

Bencana Pahang (Indonesian)

Bencana Pahang adalah saluran Telegram resmi yang menyediakan informasi terkini tentang banjir dan bencana di wilayah Pahang. Dikelola oleh tim yang kompeten dan berpengalaman, saluran ini bertujuan untuk memberikan pembaruan cepat dan akurat kepada masyarakat seputar kondisi saat ini di Pahang. Dengan bergabung dalam saluran ini, Anda akan mendapatkan akses langsung ke informasi terbaru mengenai cuaca, kondisi sungai, evakuasi, dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam menghadapi bencana alam. Bencana Pahang tidak hanya memberikan informasi tentang situasi darurat, tetapi juga memberikan tips dan saran tentang bagaimana cara menjaga diri dan keluarga Anda dalam menghadapi bencana. Jadi, jangan ragu untuk bergabung dengan saluran Bencana Pahang dan tetap waspada serta siap menghadapi segala kemungkinan bencana di wilayah Pahang.

Bencana Pahang

05 Feb, 10:26


๐—ž๐—จ๐—ฅ๐— ๐—” ๐— ๐—˜๐——๐—๐—ข๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก

Ramadan semakin hampir, dapatkan Kurma Medjoul Palestin yang ditanam di ladang 100% milik rakyat Palestin di Nablus dan Ariha, tuaian terkini Oktober 2024. Sijil pengesahan dari Jabatan Eksport, Kementerian Ekonomi Palestin dilampirkan dalam pautan.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ:
bit.ly/kurmapalestin2025

Edaran: Raihan Distribution

Bencana Pahang

29 Dec, 08:44


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri sehingga Isnin.

Menurut MetMalaysia amaran itu meliputi kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Amaran sama turut melibatkan keseluruhan Terengganu serta di Kuantan, Pahang.

Sumber: Astro Awani
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

29 Dec, 02:45


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini dan Isnin.

Menurut hebahan, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.

Sumber: Astro Awani
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

09 Dec, 02:04


HEBAHAN AMARAN BANJIR NEGERI PAHANG, 9 DISEMBER 2024

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

01 Dec, 01:17


Perkembangan banjir terkini diseluruh negara setakat jam 8 pagi.

Sumber: BuletinTV3
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

29 Nov, 04:46


TIPS KESELAMATAN SEMASA MUSIM BANJIR

Amalkan langkah-langkah keselamatan semasa musim banjir. Waspada agar kekal selamat!

Sumber: MKN
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

28 Nov, 14:15


Peta Sungai Negeri Pahang

Kredit: Amirul Naim Mohamad
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

28 Nov, 10:19


28 November 2024(Khamis). 6:00 petang.

Kampung Sepial,Kuala Tembeling, Jerantut.
Trend air menaik.

*LAPORAN BENCANA DI JALAN PERSEKUTUAN*

*(1)*

Jenis Kejadian : *Banjir*
Tarikh : *28.11.2024*
Masa : *18:00 pm*
Daerah : *JERANTUT*
No. Laluan : *FT 234*
Nama Jalan : *Jalan K.Lipis - Jerantut*
Seksyen : *43.05*
Koordinat : *4.068429"N, 102.309972"E*
Lokasi / _Landmark_: *Kg Sepial*
Panjang Kawasan Terlibat : *10.0m*
Kedalaman Paras Air : *0.10m*
Cuaca : *mendung*
Status Laluan : *Jalan Dibuka Kepada Semua Lalulintas*
Jalan Alternatif : *FT64 - Jalan Benta - Maran*
Catatan :
*Trend air : Menaik โฌ†๏ธ*

Kedalaman paras air:
0.35m - jalan ditutup kepada kenderaan ringan
0.76m - jalan ditutup kepada semua kenderaan

*Updated by: JKR Jerantut & Roadcare (M) Sdn. Bhd. P5 - Maran*

Kredit: SKUAD Bencana Jerantut
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

21 Nov, 03:46


Sebar-sebarkan.

Bencana Pahang

21 Nov, 03:46


RAMALAN AWAL BANJIR PAHANG

Susulan Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 20 November 2024 jam 4.00 petang, diramalkan banjir akan berlaku di daerah-daerah Negeri Pahang seperti berikut bermula 20 November 2024 sehingga 23 November 2024 :

1. Daerah Kuantan - Lembangan Sungai Pahang, Lembangan Sungai Kuantan dan Lembangan Sungai Cherating

2. Daerah Rompin - Lembangan Sungai Rompin, Lembangan Sungai Endau, Lembangan Sungai Pontian dan Sungai Tekek

3. Daerah Pekan - Lembangan Sungai Pahang

4. Daerah Jerantut - Lembangan Sungai Pahang

5. Daerah Temerloh - Lembangan Sungai Pahang

6. Daerah Maran- Lembangan Sungai Pahang

7. Daerah Bera-;Lembangan Sungai Pahang

8. Daerah Tanah Tinggi Cameron- Lembangan Sungai Pahang

9. Daerah Lipis - Lembangan Sungai Pahang

10. Daerah Raub - Lembangan Sungai Pahang

11. Daerah Bentong- Lembangan Sungai Pahang

Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my

Sumber Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

19 Oct, 13:15


AMARAN RIBUT PETIR. โ›ˆโ›ˆโ›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Sik dan Baling) โ€ข Perak (Hulu Perak) โ€ข Kelantan (Gua Musang) โ€ข Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Maran) โ€ข Sabah: Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 1:00 pagi; Ahad, 20 Oktober 2024.

โšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธAmaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 9:00 malam, 19 Oktober 2024

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

14 Oct, 03:20


Jumlah mangsa banjir di Perak dan Pahang menunjukkan peningkatan, manakala Johor kekal dan Kedah mengalami penurunan pagi ini.

Selanjutnya: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2351376

Sumber: Bernama
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

11 Oct, 13:00


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kerja pengalihan lori tangki minyak di KM 27.8 arah barat (Gombak) selesai.

Lorong laju dan tengah telah dibuka pada trafik namun lorong kecemasan masih ditutup.

Trafik dilaporkan sesak sepanjang 14.1 km dari KM 41.9 hingga ke lokasi.

Sumber : @LPTTrafik

Bencana Pahang

11 Oct, 09:40


MAKLUMAN KEMALANGAN

5.18pm KL-Karak@E8 : AWAS! Terdapat kemalangan treler di Km 27.8 Arah KL (Gombak).Trafik sesak 2.6KM dari Km 30.4 hingga ke lokasi kemalangan. Kesemua lorong terhalang.

Sila tanggukanh perjalanan anda dan berhenti rehat di R&R Genting Sempah. Pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas dilokasi.

Bencana Pahang

16 Jul, 01:52


๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ

โœ… Pakai alat pelindung diri semasa melakukan kerja pembersihan
โœ… Hapuskan punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk
โœ… Lupuskan sampah dan bangkai binatang dengan cara yang betul
โœ… Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

๐ŸŒLayari kami:
www.kelabperwira.com

'๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™– & ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž'

Bencana Pahang

12 Jul, 14:28


Medical Card Mampu Milik
=====================

[ I-GREAT MEDI HARAPAN dari Great Eastern Takaful datang kembali ]

โœ… Room & Board RM150
โœ… Penggunaan setiap tahun sehingga RM150,000
โœ… Boleh digunakan sehingga umur 100 tahun!
โœ… Serendah RM100/bulan
โœ… ambil satu Family dapat diskaun 5%

Boleh pilih yang mana lebih berbaloi untuk anda? Nak lebih jimat ambil family package.

Whatsapp segera untuk dapatkan pelan ini

wasap.my/601111405966/mediharapan

#greateasterntakaful

Bencana Pahang

19 Apr, 12:01


Ada yang takut mencarum sebab nampak duit dia berkurang,
tapi sebenarnya lagi banyak manfaat yang dia tak nampak untuk diri dia dan keluarga.

Dah nampak manfaatnya? Klik sini wa.me/601111405966

Bencana Pahang

19 Apr, 07:46


๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ฅ
๐—ง๐—›๐—จ๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—ฅ๐— ๐—ฆ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) โ€ข Pahang (Raub dan Bentong) โ€ข Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) โ€ข Sarawak: Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang sehingga 4:00 petang; Jumaat, 19 April 2024.

๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž๐™ ๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฅ๐™–๐™—๐™ž๐™ก๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฉ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–-๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™™๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™ž๐™—๐™ช๐™ฉ ๐™ฅ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™ง ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ฃ๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™๐™ช๐™Ÿ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™๐™ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐™ข๐™ข/๐™Ÿ๐™–๐™ข ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™๐™–๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™ง ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ ๐™™๐™ž๐™Ÿ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™– ๐™—๐™š๐™ง๐™ก๐™–๐™ ๐™ช ๐™ข๐™š๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™๐™ž ๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ข.

๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ง๐™ž๐™—๐™ช๐™ฉ ๐™ฅ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™ง ๐™–๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™–๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™Ÿ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™  ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™–๐™ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ฉ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ข๐™š๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™๐™ž ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ข ๐™Ÿ๐™–๐™ข ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช-๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™ ๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ.

Sumber : Jabatan Meteorlogi Malaysia
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

08 Apr, 05:33


๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด

Bencana Pahang

01 Apr, 04:16


Portal pro Pakatan Harapan, Harapan Daily memohon maaf kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas menyiarkan artikel dengan menyalah petik ucapan Baginda.

Kenyataan permohonan maaf itu disiarkan hari ini dan portal terbabit sudah menarik semula laporan berita tersebut.

โ€œHarapan Daily mengambil maklum di atas teguran Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustrafa Billah Shah terhadap berita yang kami siarkan,โ€ katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini Baginda menzahirkan rasa dukacita dan kecewa terhadap laporan tersebut dengan Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Mohamed Zahari Datuk Yahya menyatakan bahawa laporan itu bersifat fitnah dan boleh memberi implikasi negatif.

Sumber: Harapan Daily

Bencana Pahang

29 Mar, 04:43


Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang memaklumkan dua mangsa terbunuh selepas bas persiaran terbalik berhampiran Hentian Rehat Lentang di Bentong hari ini.

Pegawai perhubungan awamnya, Zulfadli Zakaria berkata 14 penumpang lagi cedera dalam insiden di KM 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada jam 7.53 pagi.

โ€œTerdapat 16 mangsa termasuk empat warga negara asing dan seorang mangsa tersepit. Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan peralatan menyelamat,โ€ katanya.

Zulfadli berkata identiti mangsa yang terbunuh belum diketahui dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.

Sumber: Buletin TV3

Bencana Pahang

29 Mar, 03:43


8.15am๐Ÿ”ธKL-KARAK@E8 : Awas โš  Kemalangan di KM 51.4 arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang. Semua lorong terhalang. Trafik sesak 2km.

Bencana Pahang

26 Mar, 03:28


Balik Kampung Sempena Aidilfitri Dengan Lebih Selesa! ๐Ÿš—๐Ÿ’จ

Sebagai persediaan awal, kami telah menyediakan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk Lebuhraya KL-Karak (KLK) & Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Rujuk TTA kami dan rancang waktu anda untuk perjalanan yang lebih selesa & lancar.

Perancangan awal boleh membantu mengurangkan stres di atas jalan! ๐Ÿ’ผโœจ

Selamat pulang ke kampung halaman!

Sumber: LPT
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

25 Mar, 09:17


Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April apabila fasa Peralihan Monsun dijangka berlaku dalam tempoh itu.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Maqrun Fadzli Mohd Fahmi berkata fasa tersebut berlaku apabila terdapat perubahan arah angin daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.

"Kebiasaannya, pada fasa Peralihan Monsun ini, corak tiupan angin akan membawa kepada aktiviti hujan ribut petir di sebelah petang dan kita jangka situasi ini akan mula berlaku menjelang awal April.

"(Cuaca panas dan kering) masih akan bertahan sehingga seminggu ke hadapan tetapi kita harap dengan ada banyak aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan kembali suhu yang agak tinggi sekarang ini," katanya ketika menjadi tetamu di Bernama TV hari ini.

Sumber: BERNAMA
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

25 Mar, 07:48


Lelaki 22 tahun meninggal dunia akibat strok haba โ€“ TPM

https://www.buletintv3.my/nasional/lelaki-22-tahun-meninggal-dunia-akibat-strok-haba-tpm/

Bencana Pahang

02 Mar, 13:38


AMARAN RIBUT PETIR. โ›ˆโ›ˆโ›ˆ

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis โ€ข Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) โ€ข Pulau Pinang โ€ข Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) โ€ข Terengganu (Kemaman) โ€ข Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) โ€ข Selangor โ€ข WP Kuala Lumpur โ€ข WP Putrajaya โ€ข Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) โ€ข Sarawak: Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis) sehingga 10:00 malam; Sabtu, 2 Mac 2024.

โšก๏ธโšก๏ธโšก๏ธAmaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 7:00 malam, 2 Mac 2024

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

17 Feb, 03:49


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata jumlah miskin tegar di negeri itu pada tahun lepas berkurangan sebanyak 60 peratus.

Beliau berkata Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang merekodkan jumlah miskin tegar pada 3 Januari 2023 ialah seramai 4,968 orang dan menurun kepada 1,946 orang pada 31 Disember tahun sama.

Sumber: Ismaweb
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

05 Feb, 05:50


TIPS KESELAMATAN BANJIR

Dinasihatkan kepada orang awam supaya sentiasa waspada serta cakna dengan perubahan cuaca yang berlaku. Jadikan tips keselamatan banjir sebagai panduan jika berhadapan dengan bencana.

Sumber: APM Pahang
t.me/bencanapahang

Bencana Pahang

05 Feb, 00:33


03 Feb 2024 Sekitar Operasi Bencana Banjir di Ulu Sungai, Raub

KRONOLOGI KEJADIAN

Lebih kurang jam Jam 1000 pada 03/02/2024 (Sabtu) , pihak APM telah menerima laporan kejadian banjir di Kampung Ulu Sungai. Pihak APM telah ke lokasi untuk memgambil maklumat mangsa dan memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan.

Faktor kejadian berpunca hujan berterusan dan menyebabkan air sungai melimpah.

Sumber: APM Raub
t.me/bencanapahang

5,718

subscribers

1,563

photos

32

videos