Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) @jawi_kl Channel on Telegram

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

@jawi_kl


Telegram Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (Malay)

Telegram Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa. Channel ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada masyarakat umum. JAWI merupakan sebuah jabatan agama yang bertanggungjawab dalam menyebarkan dan menguruskan agama Islam di Wilayah Persekutuan. Melalui channel ini, pengguna boleh mendapatkan berita terkini mengenai program-program agama, khutbah Jumaat, bantuan kewangan, dan banyak lagi. JAWI juga akan menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan tersebut, seperti kursus-kursus agama, perkhidmatan nasihat agama, dan banyak lagi. Dengan menyertai Telegram Channel JAWI, pengguna akan sentiasa berada di dalam lingkungan maklumat terkini yang berkaitan dengan agama Islam dan perkhidmatan yang disediakan oleh JAWI. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai channel ini dan terus dapatkan maklumat berguna dari JAWI!

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

22 Jan, 04:49


Nak dapatkan beg kanvas eksklusif edisi terhad secara PERCUMA? Jom meriahkan Pameran Islam Mekar Di Bumi Malaysia bertempat di Ruang Legar Masjid Putra, Putrajaya pada 23 - 24 Januari 2025 dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kunjungi kami di reruai JAWI, jawab soalan kuiz dan menangi beg eksklusif jika berjaya menjawab 3 soalan dengan tepat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk hadir beramai-ramai ya.

Jangan lepaskan peluang ini, jumpa anda di sana!

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

22 Jan, 00:17


Allah SWT menciptakan dua pancaindera penting bagi manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Pancaindera ini juga merupakan nikmat yang perlu dipelihara dan dimanfaatkan sepenuhnya ke arah kebaikan.

Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara daripada melihat dan mendengar perkara yang tidak baik dan menjerumuskan ke kancah dosa dan maksiat. Amin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

21 Jan, 00:07


Di musim cuti persekolahan ini, pasti ramai yang telah merancang pelbagai aktiviti termasuk pulang ke kampung atau bercuti sama ada di dalam atau luar negara.

Manfaatkan cuti dengan sebaiknya untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.

Didoakan semoga dipermudahkan apa jua urusan dan perjalanan lancar serta selamat pergi dan pulang.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Jan, 00:47


Hari ini, mungkin ada di antara kita yang akan memulakan perjalanan jauh sama ada untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena cuti sekolah.

Bacakan doa ini sebelum memulakan perjalanan buat mereka yang ditinggalkan. Hati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

17 Jan, 03:34


Ayuh kita hayati khutbah Jumaat minggu ini bertajuk “Ambil Peduli, Noktahkan Buli”.

Jom ke masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

16 Jan, 23:53


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

15 Jan, 23:47


Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dan diampunkan dari dosa dan kesalahan yang kita lakukan dalam sengaja atau tidak sengaja. Hanya kepada Allah kita bergantung harap. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

15 Jan, 05:41


https://youtu.be/uIplh5WiH9o?si=GznvVtEXBFKqcmxZ

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

14 Jan, 23:05


Orang mukmin yang berjaya sentiasa menganggap hidup adalah rangkaian ibadah dan kehidupan di dunia hanyalah menjadi jambatan menuju ke akhirat.

Dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-10, telah dinyatakan ciri-ciri mukmin yang berjaya iaitu:

1. Khusyuk dalam solat
2. Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia.
3. Menunaikan zakat
4. Memelihara kehormatan diri
5. Memelihara amanah dan janji
6. Menjaga solat

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mukmin yang berjaya dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti serta dijauhkan dari azab neraka, Amin Ya Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

14 Jan, 00:29


Keberkatan bukan bermakna mempunyai wang ringgit yang banyak, kereta mewah atau rumah besar, keberkatan itu dapat kita lihat apabila sesuatu yang sedikit tetapi sentiasa mencukupi bahkan kebaikannya berterusan umpama air yang sentiasa mengalir, memberi manfaat kepada semua.

Semoga semua yang membaca posting ini dikurniakan keberkatan dalam kehidupan dan dalam setiap apa juga perkara yang dilakukan, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

12 Jan, 23:39


Hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk kehidupan kita sebagai manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah kehidupan kita tetapi jika buruk atau rosak hati itu, maka punah seluruh anggota tubuh dan kehidupan kita sebagai seorang Mukmin. Maka sentiasa berdoa agar dikurniakan hati yang bersih dan terpelihara.

Semoga kita semua dikurniakan jiwa yang suci, ingatan yang baik serta anggota badan yang terpelihara daripada melakukan maksiat. Amin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

10 Jan, 03:46


Jom kita menghayati Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk: “Memuliakan Rejab, Menggarap Mustajab” di masjid dan surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

07 Jan, 14:14


JAWI Tawar Khidmat Pengurusan Jenazah Percuma

Bagi mengekang permasalahan ketidakmampuan menguruskan jenazah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan yang memerlukan, tidak berwaris atau saudara baharu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Ust. Imlah Abdul Aziz, tanggungjawab fardhu kifayah itu dijalankan tanpa mengira latar belakang seterusnya membantu mengurangkan kes jenazah disimpan terlalu lama oleh pihak hospital.

Kredit : Berita JAKIM
Wartawan : Khairul Hafiz
Jurukamera : Zul Azri

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

07 Jan, 00:34


Ya Allah, pada pagi ini kami memohon kepadaMu agar dikurniakan segala kebaikan dan ditempatkan di syurga tertinggi, Amin Ya Allah, Ya Mujibas Sa'ilin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Jan, 04:52


Selamat menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 kepada semua calon di Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI dan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 6 hingga 9 Januari 2025.

Semoga kejayaan mengiringi anak-anak Wilayah Persekutuan dalam UPKK tahun ini. Bittaufiq wannajah!

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#UPKK2024

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Jan, 02:51


Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

🗓️ Tarikh : 6 - 9 Januari 2025 | 6 - 9 Rejab 1446H

Kepada semua calon UPKK 2024, bersiap sedialah dengan ilmu dan doa. Semoga anda semua diberi kelapangan fikiran, kemudahan dalam menjawab soalan, serta kejayaan yang membanggakan.

Ingatlah, usaha yang bersungguh-sungguh diiringi doa pasti menghasilkan yang terbaik.

Ibu dan ayah jangan lupa berdoa serta ajarkan kepada anak-anak membaca doa ini :

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”

Selamat Berjaya!

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Jan, 01:14


Alhamdulillah, hari ini kita hampir memasuki minggu kedua tahun 2025. Syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan.

Sama-samalah kita berdoa agar nikmat ini terus dikecapi dan diwarisi oleh generasi akan datang dan kita sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan kedamaian, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Jan, 16:13


📺 Tonton Slot Hebahan Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) bersama Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dalam rancangan Assalamualaikum TV AlHijrah, 5 Januari 2025 (Ahad), jam 9.20 pagi.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

03 Jan, 08:47


[Kenyataan Media]

Penjelasan Berhubung Penularan Isu Zikir Oleh Sekumpulan Individu Di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

03 Jan, 07:01


Mulakan tahun baharu dengan berazam menjadikan kehidupan kita lebih baik dengan pedoman syariat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

03 Jan, 06:03


[Kenyataan Media]

Penjelasan Berhubung Kekecohan Di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

03 Jan, 00:48


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

02 Jan, 12:59


KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)BERKAITAN VIDEO TULAR BEBERAPA INDIVIDU YANG CUBA MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN DI HADAPAN SEBUAH PASAR RAYA DI DESA SETAPAK

1. Merujuk kepada berita berkaitan video tular beberapa individu yang cuba menyebar agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak supaya menghormati serta akur kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara keharmonian dalam bernegara.

2. Apa-apa tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara perlulah dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam.

3. Semua pihak adalah dimohon untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam membuat siasatan terperinci.

4. Sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan.

Sekian, terima kasih.

SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

2 Januari 2025

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

02 Jan, 03:56


Forum Perdana Ehwal Islam malam ini kita mulakan dengan memberi fokus kepada azam sempena tahun baharu 2025.

Saksikan jam 9.00 malam ini di TV1.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

02 Jan, 01:05


Seluruh warga JAWI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkuat kuasa 2 Januari 2025.

Ahlan Wasahlan dan semoga dengan kedatangan Pengarah baharu di tahun baharu 2025, JAWI akan terus komited dan cemerlang dalam pengurusan hal ehwal Islam terutamanya di Wilayah-wilayah Persekutuan, insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

02 Jan, 00:24


Bermula hari ini 2 Januari sehingga 6 Februari 2025, seramai 402,956 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mula menduduki peperiksaan bertulis.

Untuk semua calon SPM 2024, buat yang terbaik, baca doa sebelum menjawab, tawakal kepada Allah selesai menjawab. Insya-Allah kami doakan urusan adik-adik dipermudahkan.

“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.” (Riwayat al-Baihaqi)

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#SPM2024

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

31 Dec, 00:24


Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mari bersama-sama kita menghayati amanat penting yang bakal disampaikan demi melaksana agenda Membangun Malaysia Madani.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

31 Dec, 00:17


Hari ini merupakan hari ke-366 dan lembaran terakhir bagi tahun 2024. Banyakkanlah berdoa agar kita dapat memulakan tahun 2025 dengan menjadi muslim yang lebih baik. Semoga Allah mengurniakan kita syurga yang tertinggi dan dijauhkan dari azab neraka yang amat pedih.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

30 Dec, 16:21


JAWI Tawar Khidmat Urus Jenazah Secara PERCUMA

Tahukah anda JAWI menyediakan servis pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan tertentu seperti asnaf, jenazah yang tidak dituntut atau tidak berwaris dan saudara baharu terutamanya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sepanjang tahun 2024, JAWI telah menguruskan sebanyak 154 jenazah (Tidak Berwaris/ Tidak Dituntut/ Asnaf/ Mualaf) dan daripada jumlah tersebut sebanyak 23 adalah jenazah bayi.

Kredit 🎥: Buletin Utama TV3

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

30 Dec, 00:10


Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa ikhlas dalam melaksanakan amal ibadah serta jauhkanlah kami dari terjerumus dengan perbuatan syirik iaitu menyekutukanMu dalam keadaan terang atau tersembunyi yang membawa kepada kebinasaan, Nauzubillahi min zalik.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

27 Dec, 03:34


Hujung tahun 2024 dah ni, ayuh kita menghayati teks khutbah minggu ini bertajuk “Muhasabah Menitip Ibrah” yang akan dibacakan di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

27 Dec, 00:22


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Dec, 08:55


𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗠𝗘𝗞 𝟭𝟭𝟱

Bersempena Program Ambang Tahun Baru 2025, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur akan mengadakan beberapa aktiviti dan pertandingan bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Kami juga turut mengundang beberapa orang selebriti tempatan dalam program Sembang Santai.

Pelbagai acara pertandingan juga akan diadakan, antaranya adalah :-�
* Pertandingan Tulisan Khat
* Pertandingan Bacaan Khutbah
* Pertandingan Hafazan Surah Juz Amma
* I Can See Your Voice (Azan)
* Pertandingan Mewarna

Semua dijemput hadir, masuk adalah PERCUMA, jumpa anda disana!

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Dec, 01:52


Kami dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai Program Derma Darah yang akan diadakan pada 27 Disember 2024 (Jumaat) jam 11 pagi sehingga 3 petang, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan.

Marilah bersama-sama kita menyumbang darah anda untuk menyelamatkan nyawa saudara-saudara kita!

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Dec, 00:33


Ya Allah, dengan keberkatan pagi dan hari ini, ampunkanlah dosa dan kesalahan kami serta sucikan jiwa kami sebagaimana baju putih yang telah dibersihkan daripada segala kekotoran. Amin Ya Ghaffar, Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Dec, 00:25


https://youtu.be/RpF3nqERd4Y?si=c_if3_AfXcSWczBb

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

24 Dec, 05:15


6 Hari lagi!

Ayuh bersama kami, kita raikan kedatangan tahun 2025 dengan penuh keberkatan dan penuh kecintaan kepada Rasulullah SAW!!!

JUMPA ANDA DI Masjid Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

24 Dec, 00:25


Allah SWT sangat mengasihi dan mencintai hamba-hambaNya, begitu juga Rasulullah SAW yang sangat mencintai umatnya.

Untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah, bacalah doa ini yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, agar kita sentiasa mencintai Allah dan menjadi hamba yang dicintaiNya. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

23 Dec, 10:02


Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja. Ini berdasarkan kepada umum nas, daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

23 Dec, 00:07


Di dalam kesyukuran, kita merintih, memohon agar dosa-dosa kita dihapuskan dan hati ini dipenuhi dengan cahaya keampunan. Dalam setiap sujud, kita mengucapkan doa penuh kerendahan hati, mengharapkan kasih dan rahmat-Nya menyelusuri setiap kesilapan. Semoga kita semua beroleh keampunan dan diberikan kekuatan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Dec, 14:39


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Sebagai umat Islam, penting untuk menjaga keimanan dan sensitiviti dalam setiap tindakan, terutamanya ketika melibatkan perayaan agama lain. Berikut adalah garis panduan yang perlu diambil perhatian :

1️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

2️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

3️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

4️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.”

5️⃣ Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila klik link di portal rasmi JAKIM https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan/470-garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

Sebarkan panduan ini untuk manfaat bersama.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Dec, 03:11


Ayuh kita hayati dan ikuti Khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk : “Angkara Lisan, Sengsara Insan” di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan.

Renungi maksud firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 70 dan 71:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan benar (dalam semua perkara). Agar Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.

Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Dec, 00:25


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

19 Dec, 08:41


Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam proses pembentangan dan perbahasan dua rang undang-undang ini.

Dengan kelulusan ini, kita boleh melangkah setapak lagi ke arah memperkukuhkan sistem perundangan Islam yang inklusif dan responsif terhadap keperluan semasa masyarakat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Dec, 23:53


Rebutlah peluang yang masih ada untuk memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap dosa kita terutama kerana perbuatan menzalimi diri sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun terhadap segala dosa hambaNya.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Dec, 05:26


https://youtu.be/FNnSwnmfS38?si=cUYax5P3VOiJYzgs

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Dec, 04:22


https://youtu.be/6hHCsbg2oCM?si=sDAD_EBiBof-Tr0L

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Dec, 00:26


Doa bukan hanya kata-kata, tetapi luahan hati yang penuh harapan kepada Allah. Setiap kali kita bertaubat, dosa-dosa lalu dihapuskan seperti helaian kertas putih yang bersih. Jangan bertangguh untuk berubah. Mulakan hari ini dengan doa dan usaha memperbaiki diri.

Allah SWT tidak melihat masa silam hamba-Nya, tetapi Dia melihat kesungguhan setiap hamba-Nya untuk berubah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

17 Dec, 00:05


Ya Allah Yang Maha Bijaksana, lindungilah kami dari sifat mazmumah yang menghakis keberkatan hidup. Kurniakanlah kami ketenangan hati, kesabaran, dan kekuatan untuk menolak godaan yang merugikan.

Dengan penuh keyakinan, kami berdoa agar Engkau memimpin langkah kami menuju kehidupan yang diredai, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

16 Dec, 06:55


Share BORANG PENYERTAAN AQWA TAHUN 2025.pdf

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

16 Dec, 06:54


PELAWAAN MENYERTAI AKADEMI AL-QURAN WILAYAH PERSEKUTUAN (AQWA) TAHUN 2025

Dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai Program Akademi Al-Quran Wilayah Persekutuan (AQWA) Tahun 2025.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti bacaan al-Quran para Qari dan Qariah disamping mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang Tilawah Al-Quran di kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Peserta yang berminat menyertai pogram ini dikehendaki mengisi borang penyertaan yang lengkap dan hendaklah dihantar kepada pihak urus setia pada atau sebelum 17 Januari 2025 (Jumaat).

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Dec, 02:09


Salam Jumaat semua❗️

Ayuh kita rebut keberkatan penghulu segala hari dengan hadir solat Jumaat di masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan serta menghayati khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk: “ Laksanakan Perubahan, Lakar Kejayaan”.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Dec, 00:31


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

05 Dec, 02:30


Di saat ujian melanda, keprihatinan menjadi pengikat kasih sesama insan. Skuad Musa’adah Al-Falah MADANI yang turut disertai 4 orang pegawai JAWI turun padang, menyingsing lengan bersama penduduk kampung untuk menguruskan proses sembelihan seekor lembu. Dengan penuh semangat gotong-royong, mereka menyediakan juadah tengah hari buat mangsa banjir di PPS SMK Baruh Pial, Rantau Panjang, Kelantan.

Setiap senduk nasi dan hidangan yang dihidang membawa harapan, menguatkan semangat mereka yang sedang diuji. Inilah erti sebenar kebersamaan – saling memberi, saling peduli.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#TaatSetia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

05 Dec, 01:50


Pastinya pagi ini lebih indah dan bermakna buat penduduk di PPS SMK Baruh Pial, Rantau Panjang, Kelantan.

Skuad Musa’adah Al-Falah MADANI yang turut disertai oleh 4 orang pegawai JAWI dengan penuh semangat hadir bersama program Semarak Subuh Berjemaah, membawa sinar ketenangan dan ukhuwah di waktu Subuh. Tazkirah yang menyentuh hati oleh PU Rahmat dan Dai’ Aiman memberikan inspirasi mendalam, memupuk jiwa-jiwa yang lebih tabah dan kuat.

Inilah detik-detik bermakna, bersatu hati dalam ibadah, menyulam harapan dan kekuatan untuk terus melangkah.

Semoga semua mangsa yang terjejas banjir dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan petugas Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI diberi kekuatan untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

05 Dec, 00:39


Semoga semua yang terjejas akibat banjir dikurniakan ketabahan, digantikan dengan yang lebih baik dan diberi kelapangan jiwa dan reda dengan musibah dan ujian ini.

Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya dan kepadaNya kita berserah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Dec, 04:24


FIQH BANJIR: Panduan Ibadah Musim Banjir

🔸 Solat dengan Pakaian Berlumpur
Solat dengan pakaian basah atau berlumpur tetap sah selagi diyakini tiada najis pada pakaian tersebut.

🔸 Solat di Atas Sampan/Perahu
Solat di atas sampan atau perahu adalah sah dengan syarat menghadap kiblat dan dalam keadaan berdiri sekadar mampu. Jika tidak mampu, solat hormat waktu boleh dilakukan dan wajib qada’ selepasnya

🔸 Mengambil Barang Tanpa Pemilik Ketika Banjir
Haram mengambil barang tanpa izin, kecuali dalam keadaan darurat untuk kelangsungan hidup. Barang tahan lama harus dijaga dan wajib dihebahkan selama setahun. Jika pemiliknya tidak muncul selepas setahun, barang tersebut boleh dimanfaatkan.

🔸 Pergaulan Lelaki dan Perempuan
Wajib mengasingkan lelaki dan perempuan ajnabi di pusat pemindahan, namun yang berkeluarga boleh ditempatkan bersama. Persentuhan dengan yang bukan mahram adalah haram melainkan dalam keadaan darurat seperti misi menyelamat.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Dec, 04:23


https://www.youtube.com/watch?v=06jcfGL1F9I

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Dec, 00:01


Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari segala bentuk kejahatan, ancaman dan bahaya sama ada yang jelas atau tersembunyi. Amin Ya Mujib.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

03 Dec, 00:31


Kehidupan kita ini sentiasa ada naik turunnya, ada masa kita marah dan ada ketika kita sedih. Begitulah lumrah kehidupan.

Usah putus asa dengan rahmat Allah. Teruslah meminta dan berdoa agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk berdamai dengan takdir yang Dia telah aturkan.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

02 Dec, 23:50


Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).”
(Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)

Doa Perlindungan Daripada Penyakit Ain
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”
(Sahih Riwayat al-Bukhari, 3371)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

02 Dec, 00:18


Ketika ini, keadaan banjir masih belum reda di beberapa negeri yang terlibat. Semoga diberikan kemudahan dan dipermudahkan urusan semua serta segala harta benda yang musnah ketika musibah ini berlaku, Allah SWT gantikan dengan yang lebih baik, insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

30 Nov, 14:31


Fiqh Banjir: Panduan Ibadah Musim Banjir

Dalam menghadapi musim banjir, berikut adalah panduan ringkas untuk kekal beribadah dengan cara yang betul:

📌 Jamak Solat Ketika Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/495-jamak-solat-ketika-banjir

📌 Berwudhu’ Dengan Air Banjir
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/502-isu-berwudhuk-dengan-air-banjir

📌 Kaedah Pelupusan Al-Qur’an Yang Rosak Akibat Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2056-17

📌 Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2054-14

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

30 Nov, 05:14


BANTU KAMI UNTUK KAMI BANTU MEREKA : TABUNG MUSA'ADAH JAKIM - YWM

Menerusi Skuad Musa'adah Al -Falah Madani yang digerakkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), semua agensi Hal Ehwal Agama telah mula turun padang bagi melaksanakan program khidmat bantuan dan pertolongan pasca banjir kepada mereka yang terjejas ditimpa musibah.

Oleh itu, kami menyeru untuk semua rakyat Malaysia bersama-sama bersolidariti membantu meringankan beban mangsa yang terkesan. Bagi tujuan ini, orang ramai boleh menyampaikan sumbangan ke Tabung Musa'adah Musibah Banjir JAKIM-YWM menerusi akaun CIMB Islamic Bank Berhad: 86-0221818-6 (Yayasan Waqaf Malaysia)

Kami sentiasa mendoakan semoga semua pihak yang ditimpa musibah banjir terus bersabar dan diberikan kemudahan dalam menghadapi ujian ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

29 Nov, 12:31


KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PERANAN AGENSI DALAM MEMBANTU MANGSA BANJIR

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) prihatin terhadap musibah banjir yang kini menimpa beberapa buah negeri. Ramai dari kalangan rakyat yang telah terkesan dengan musibah banjir kali ini.

2. Selaras dengan arahan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri agar semua YB Menteri dan YB Timbalan Menteri turun padang ke kawasan bencana, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan Pasukan Sukarelawan Al-Falah MADANI yang dianggotai kesemua agensi hal ehwal Islam bagi melaksanakan program khidmat bantuan dan pertolongan pasca banjir kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

3. Pasukan ini diselaraskan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, agensi- agensi pusat serta pihak berkuasa yang terlibat dalam pengurusan bencana.

4. Di samping itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru orang ramai bersama-sama bersolidariti membantu meringankan beban mangsa yang terkesan.

5. Untuk tujuan tersebut, orang ramai boleh menyampaikan sumbangan menerusi Tabung Musa’adah Musibah Banjir yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) menerusi nombor akaun : CIMB BANK 86-0221818-6

6. Saya mendoakan semoga semua pihak yang ditimpa musibah banjir terus bersabar dan diberikan kemudahan dalam menghadapi ujian ini.

Sekian, terima kasih.

SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

29 November 2024

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

29 Nov, 00:21


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

28 Nov, 06:43


Jam 9.00 malam ini Forum Perdana Ehwal Islam di TV1. Topik Kalimah Tayyibah akan dibincangkan bersama Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Ustaz Fauwaz Fadzil.

Gagasan Kalimah Tayyibah menjadi sebahagian usaha agensi-agensi hal ehwal Islam untuk mencapai agenda Membangun Malaysia Madani.

Semua diundang untuk menonton.

#MenteriAgama
#MalaysiaMadani
#KalimahTayyibah
#KerajaanPerpaduan
#PelanAlFalah
#AlFalah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

27 Nov, 23:58


Sama-sama kita doakan keselamatan buat mangsa banjir yang sedang melanda beberapa negeri pada ketika ini. Semoga dipermudahkan semua urusan menyelamatkan mangsa dan doakan semua mangsa diselamatkan nyawa, harta benda, dikurniakan kesihatan yang baik, keteguhan iman dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Semoga usaha dan doa kita ini akan diterima Allah SWT. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

27 Nov, 08:50


https://www.youtube.com/watch?v=XEwtEVJWqtI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

27 Nov, 00:00


Ya Allah, kurniakan kami rahmat, hidayah dan rezeki yang halal lagi baik serta jauhkan kami dari fitnah, keburukan, kejahatan, selamatkanlah kami dari azab neraka. Amin Ya Razzaq Ya Ghaffar.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Nov, 00:10


Ujian dan musibah adalah waktu untuk kita lebih mendekatkan diri dan hampir kepada Allah. Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah perlu diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah SWT, memperbanyakkan doa, berikhtiar, bertawakal dan bersabar.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

25 Nov, 23:57


GARIS PANDUAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Tidak berkhalwat atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sekiranya tiada sebarang darurat atau keperluan. Hal ini kerana, larangan berkhalwat telah jelas dinyatakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya”.

(Riwayat Muslim)

2. Tidak melakukan sebarang urusan secara berdua-duaan di tempat-tempat tertutup bagi mengelakkan fitnah serta menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada zina atau permulaan zina. Dalam satu kaedah fiqh disebutkan:
ما أدى إلى الحرام فهو حرام

Maksudnya: “Apa sahaja yang membawa kepada yang haram, maka ia haram.”

3. Menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas-batas dalam berpakaian terutamanya bagi golongan wanita di mana mereka perlulah bersederhana ketika berhias diri.

4. Menjaga dan menundukkan pandangan sesama berlainan jantina.

5.Golongan perempuan tidak boleh menggunakan suara yang lunak dan manja ketika berkomunikasi dengan lelaki asing serta tidak menunjukkan reaksi dan lenggok badan yang boleh menimbulkan syahwat.

6.Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لأَن يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيدٍ خَيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأةً لَا تَحِلُّ لَه

Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).

(Riwayat Al-Thabrani)

Sumber: IRSYAD HUKUM SIRI KE-836: GARIS PANDUAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

25 Nov, 00:08


Selamat bekerja buat semua, banyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan berdoa agar kita beroleh syafaat dan ditempatkan bersama Baginda dan para solehin di dalam syurga yang tertinggi, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

22 Nov, 09:35


Kami berada di Reruai Pameran Agensi Hal Ehwal Agama (Pavillion Al-Falah) selama 3 hari bermula hari ini 22-24 November 2024 (Jumaat- Ahad).

Lokasi Pavilion Al-Falah di reruai K38, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Anda berpeluang untuk bertanya secara langsung berkaitan urusan Nikah, Cerai dan Rujuk serta nasihat kekeluargaan kepada petugas kami pada hari esok, 23 November 2024 (Sabtu) jam 5 petang-7 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg kanvas eksklusif kami secara PERCUMA apabila anda hadir ke kaunter kami esok. Stok adalah terhad.

Jumpa anda di sana!

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#2TM

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

21 Nov, 05:11


𝟏 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 - 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝟐 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝟐𝐓𝐌) 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐑𝐞𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒

Ayuh rakyat Malaysia!

Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan terus kepada rakyat sempena Program 2 tahun Kerajaan MADANI (2TM) bermula esok!

📆 22 - 24 November 2024 (Jumaat - Ahad)
🕰️ 9.00 pagi - 6.00 petang (Jumaat - Ahad)
📍 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Pelbagai manfaat menanti para pengunjung, antaranya:

Perkhidmatan Kesihatan
Pameran Inovasi TVET
Konsultasi Keusahawanan dan Koperasi
Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor Persendirian/Perdagangan

Jumpa anda di sana!

"MADANI di hati, rakyat disantuni"

#MalaysiaMADANI
#2TM
#taatsetia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

21 Nov, 01:05


Khalwat: Isu sensitif atau masalah sosial?

Dengarkan perkongsian bersama Ustaz Mohd Isa Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JAWI secara langsung di Nasional FM, 22 November 2024 (Jumaat), 10.30 pagi.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

21 Nov, 00:06


Ya Allah, kami memohon kepada-Mu dengan kerendahan hati, mengharap rahmat dan perlindungan-Mu dari segala perkara buruk yang mungkin menimpa. Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi cubaan, kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang tepat dan perlindungan dari segala bahaya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Nov, 10:35


Jemputan Istimewa ke Pavilion Al-Falah !

2 HARI LAGI: TEMUI AGENSI DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DI PROGRAM 2 TAHUN KERAJAAN MADANI & KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024

Tarikh : 22 – 24 November 2024 / 20 – 22 Jamadilawal 1446H
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Pelbagai aktiviti menarik antaranya:

Semak Status Halal / Kuiz Halal / Analisis Makmal Halal
Khidmat Nasihat Kekeluargaan
Profiling Asnaf Menggunakan AI
Klinik Nasihat Perundangan Syariah
Klinik Hukum & Semakan Tarikh Lahir Hijri
Meet & Greet / Podcast TV AlHijrah
Daftar THiJARI & TH Khairat
Jualan Premium Emas Prelove dan Wafer Emas / Penerangan Produk Ar-Rahnu dan Kuiz YaPEIM
Kaunter Wakaf Tunai / Kuiz Kahoot
Buku-Buku Agama & Merchandise Percuma
Demonstrasi Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA)

Jom sertai kami dan nikmati pelbagai ilmu, perkhidmatan, serta hadiah menarik!

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Nov, 01:58


2 hari lagi!

Jom! Ramai-ramai ke Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22-24 Nov 2024.

Pelbagai perkhidmatan kerajaan disediakan termasuklah diskaun saman trafik, karnival kerjaya, jualan MADANI dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti akan diadakan untuk memastikan penglibatan aktif masyarakat dalam proses reformasi dan pembangunan negara.

Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di sana bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

"MADANI di hati, rakyat disantuni"

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Nov, 01:21


Jemputan Istimewa.

Majlis Perasmian Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 November 2024/19 Jamadilawal 1446H (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

Syarahan Perdana dan Pengijazahan Sahih Al-Bukhari disampaikan oleh Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar bin Ahmad al-Malibari.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis dengan mengesahkan kehadiran di pautan https://forms.gle/4Vrh5KdQaC52rRPq8

Saksikan juga secara langsung di TV1 dan TV Alhijrah serta saluran media sosial rasmi JAKIM bermula jam 7.00 malam.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Nov, 00:40


Hidup ini adalah perjalanan penuh cabaran. Kadangkala, rasa malas dan lemah boleh membelenggu jiwa, menghalang kita daripada mencapai potensi sebenar. Namun, dengan izin Allah, tiada halangan yang mustahil untuk diatasi.

Jadikan doa ini amalan harian. Setiap kali rasa lemah menghampiri, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang berusaha. Bersama usaha dan tawakal, insya-Allah kejayaan pasti menjadi milik kita.

Hari ini, mulakan langkah kecil untuk menjadi lebih baik dari semalam. Jangan biarkan rasa malas dan lemah menjadi penghalang impian kita.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

19 Nov, 02:02


3 hari lagi!

Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat secara langsung dalam usaha reformasi kerajaan, di samping menjadi platform untuk menterjemah manfaat hasil daripada inisiatif yang dirangka Kerajaan MADANI.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program ini berlangsung bermula 22-24 November 2024.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan dan mengambil bahagian dalam 2TM serta memberi maklum balas terus kepada jentera kerajaan bagi tujuan penambahbaikan servis secara berterusan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

"MADANI di hati, rakyat disantuni"

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

19 Nov, 00:05


Pembelajaran adalah perjalanan tanpa penghujung. Setiap langkah kecil adalah batu loncatan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Jangan berhenti belajar, kerana hidup ini adalah kelas yang paling berharga.

Jadikan doa ini sebagai amalan, semoga pintu hikmah dan rahmat Allah terbuka luas untuk kita, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Nov, 12:25


Hukum penceraian tidak dapat lari daripada hukum yang lima:

Wajib. Ini apabila seseorang lelaki melakukan ila’ apabila sudah tamat tempoh ila’.

Sunat. Terdapat tiga situasi bagi hukum ini; i) Jika isteri tidak dapat komited dalam melayan suaminya, sehingga buruk akhlaknya; ii) Suami cuai dalam memberikan hak kepada isterinya, kerana benci atau selain itu; iii) Isteri itu gagal menjaga kehormatan dirinya daripada lelaki lain (curang dan sebagainya).

Makruh. Jika isteri masih komited dengan tugasnya sebagai seorang isteri. Begitu juga bercerai atas sebab yang remeh. Maka sepatutnya suami atau isteri bertahan dan bersabar. Mereka juga hendaklah terus berbuat baik dengan pasangan untuk mendapatkan pahala daripada Allah.

Harus. Jika terdapat sebab yang diterima syarak tetapi lebih aula (utama) suami itu bertahan dengan perkahwinan, dan terus berbuat baik, menolak keburukan isteri itu dengan melakukan ihsan belas kasihan kepadanya, menjaga keharmonian keluarga dan perkahwinan, kebajikan anak-anak, dan hubungan dengan mertua.

Haram. Yakni talak, bukan khulu’, ketika haid bagi isteri yang sudah disetubuhi, dan talak ketika waktu suci tetapi baru disetubuhi suami, kerana ada kemungkinan isteri itu mengandung.

Sumber: AL-KAFI #559 : HUKUM MINTA CERAI KERANA SAKIT MENTAL

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Nov, 12:18


Salah satu daripada punca perceraian ialah kurangnya komunikasi dalam perkahwinan. Ikuti perkongsian berkaitan "Komunikasi Dalam Perkahwinan" bersama Ustaz Abdull Basir Mahadi @ Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dalam rancangan Borak Seeni, 19 November 2024 (Selasa), jam 11 pagi secara langsung di Astro Prima.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Nov, 00:26


Ya Allah, semoga nikmat umur yang Engkau kurniakan kepada kami ini, dipenuhi dengan peluang untuk menambah amal soleh dan menjauhi maksiat agar dapat meraih cinta dan menggapai redaMu yang diimpikan, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

15 Nov, 03:50


Ayuh kita hayati Khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk "Hargai Kesihatan Elak Penyesalan” yang akan dibacakan di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan.

Semoga seluruh Warga Wilayah Persekutuan diberkati dan dirahmati sentiasa. Ameeen

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

14 Nov, 23:56


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

14 Nov, 07:14


Bercakap perkara yang baik-baik bukan hanya sekadar amalan, tetapi satu ibadah yang mendekatkan kita kepada rahmat Allah. Setiap kata yang kita pilih dengan niat yang ikhlas untuk menyebarkan kebaikan, menguatkan ukhuwah, dan memberi harapan adalah ladang pahala yang kekal.

🌱 Dengan satu pujian, kita menyuburkan keyakinan orang lain.
🌱 Dengan ucapan yang lembut, kita mampu menenangkan hati yang resah.
🌱 Dengan doa, kita menghantar kebaikan ke dalam kehidupan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Kata-kata yang baik bukan hanya menjadikan kita lebih disayangi, tetapi menjadikan hati kita lebih damai dan hidup kita lebih bererti. Bila kita memilih untuk bercakap yang baik, kita juga mendidik diri untuk menjadi insan yang lebih positif dan membawa aura ketenangan ke dalam kehidupan kita sendiri.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

14 Nov, 00:33


Jom baca doa Dhuha. Mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam apa sahaja yang kita lakukan, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

14 Nov, 00:24


https://youtu.be/aop5hlHS4Pg?si=yoiZ1GSkvA0Dj0Db

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

13 Nov, 01:16


Selamat bekerja buat semua atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan pagi ini, lakukanlah dengan penuh semangat. Didoakan semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah dan dikurniakan hidayah agar sentiasa melakukan kebaikan, insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

12 Nov, 01:35


Ketika kita berada dalam titik terendah dalam kehidupan iaitu saat kecewa, sedih dan merasa tertekan dengan ujian hidup, hati akan mengungkapkan doa dengan penuh pengharapan agar diberikan kekuatan dan bimbingan dalam mengatasi kesulitan dan ujian yang berat.

Kami mendoakan agar semua yang sedang diuji dikurniakan ketabahan. Semoga diberikan petunjuk untuk menghadapi ujian ini dengan kekuatan dan iman yang lebih mantap, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

12 Nov, 01:26


Titipan Pesanan Nabi SAW dalam Mengawal Kemarahan

Terdapat beberapa pesanan yang Baginda SAW titipkan kepada kita sewaktu kita sedang marah, antaranya ialah:

Duduk jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.

Sunan Abi Daud (4782)

Mengambil wudhu
إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada apI, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah dia berwudhu.

Sunan Abi Daud (4784)

Mengelak daripada Membuat Sebarang Keputusan Besar
لاَ يَحْكُمْ أَحَدٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ

Maksudnya: Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.

Sahih Muslim (1717)

Mafhum hadith ini juga tidak seharusnya disempitkan kepada bab penghakiman seorang hakim sahaja, tapi seharusnya terpakai dalam keadaan-keadaan lain yang memerlukan penetapan keputusan yang kritikal, terutamanya jika melibatkan urusan orang ramai. Ambil sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum mengambil sebarang keputusan.

Diam
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam.

Al-Adab al-Mufrad (245)

Berdiam diri sewaktu marah adalah lebih baik, kerana dalam keadaan marah, perkataan-perkataan yang diungkapkan berkemungkinan akan mengguris perasaan orang lain dan mungkin memberi ancaman kepada diri sendiri.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

11 Nov, 01:19


Bila mengenakan pakaian baharu, mulakan dengan doa sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas rezeki-Nya.

🌿 Semoga dengan doa ini, pakaian yang kita pakai membawa keberkatan, menjauhkan dari perkara buruk, dan menjadi tanda kesyukuran kita kepada-Nya.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

08 Nov, 03:39


Ayuh semua kita menghayati Khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk :” Integriti Teras Keharmonian Negara” di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

08 Nov, 00:43


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Nov, 23:46


Bacalah doa ini agar kita semua menjadi hamba Allah yang memiliki jiwa yang suci serta bertaqwa hanya kepada Allah SWT kerana taqwa adalah sebaik-baik bekalan menuju ke akhirat. Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

06 Nov, 09:54


https://www.youtube.com/watch?v=6ncDYcJ2o3c

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

05 Nov, 23:57


Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dan diampunkan dari dosa dan kesalahan yang kita lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Hanya kepada Allah kita memohon keampunan dan bergantung harap. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

05 Nov, 10:43


"Berbicara Adalah Cermin Hati"

Kata-kata kita mencerminkan siapa kita. Setiap patah yang kita ucapkan sama ada menginspirasi, membina, atau sebaliknya. Memilih untuk berkata baik atau diam bukanlah tanda lemah, tetapi kekuatan untuk menjaga keharmonian dan saling menghormati.

Sebarkan kebaikan melalui kata-kata. Jika tiada yang baik untuk diucapkan, berdiam diri itu lebih mulia. Kadangkala, dalam diam kita mencipta damai.

"Kata-kata adalah doa, dan doa adalah harapan. Pilihlah kata-kata yang membawa berkat."

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Nov, 23:44


Mari sama-sama kita berdoa agar mudah meninggalkan maksiat dan taat melakukan suruhan Allah, juga sentiasa mengharapkan keampunan dan keredaan Allah SWT kerana Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Nov, 14:34


اِنَّا لِلهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن٬ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ


Dukacita kami kehilangan seorang sahabat , Ustaz Shuib bin Atmari, Guru SRA Ibnu Khaldun, JAWI yang telah kembali kepada Ilahi pada petang tadi.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, memberikan keampunan ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah..

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

آمين.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Nov, 04:28


Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Namun, Allah SWT hanya mengampuni hamba-Nya yang benar-benar memohon keampunan dan tidak mensyirikkan-Nya.

Maksud lafaz istighfar itu bukan sekadar menuturkannya di bibir, tetapi ianya satu pengakuan seorang hamba untuk memohon keampunan bukan sahaja terhadap dosa-dosa dan kesilapan yang telah dilakukan, bahkan terhadap sebarang kekurangan dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT. Seseorang Muslim akan sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT kerana itulah jalan orang yang bertaqwa.

Dengan beristighfar, Allah SWT akan akan mengurniakan keampunan dan manfaat bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat nanti syurga yang menanti. Lazimilah istighfar ibarat musafir di padang pasir yang keputusan bekalan makanan, yang bermain dibenak fikiran dan bibirnya hanyalah air. Begitulah sifat seorang mukmin yang sentiasa membasahi lidahnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah istighfar.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT akan menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, dan daripada setiap kebimbangannya itu kelapangan dan dikurniakan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka”. (Hadith riwayat Abu Daud, No. 1518, Ibnu Majah, No. 3819, Ahmad, No. 2123).

Sumber: Portal myHadith JAKIM : Ganjaran Melazimi Istighfar

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

04 Nov, 00:00


Terdapat satu doa yang disebut sebagai "ummul doa" iaitu ibu kepada segala doa kerana doa ini merangkumi seluruh kebaikan di dunia dan menjauhkan dari semua keburukan.

Doa yang kerap dibacakan oleh Rasulullah SAW diajarkan oleh Allah SWT menerusi al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Doa ini disebutkan dalam ayat 201, Surah al-Baqarah.

Luangkanlah sedikit masa untuk membaca doa seusai menunaikan solat, mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

01 Nov, 04:05


Jom hayati khutbah minggu minggu ini yang bertajuk : “Kembalikan Jati Diri Muslim Sejati” di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

31 Oct, 23:50


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

31 Oct, 00:36


Musim perayaan dan cuti sekolah pasti dimanfaatkan untuk pulang ke kampung atau bermusafir ke mana sahaja destinasi sama ada jauh atau dekat.

Didoakan semoga dipermudahkan apa jua urusan dan perjalanan lancar serta selamat pergi dan pulang.

Inilah antara doa yang elok diamalkan jika kita keluar rumah dan memulakan perjalanan. Moga Allah SWT melindungi kita semua dengan izin-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

31 Oct, 00:29


https://youtu.be/Qycq069N9E0?si=BhkkMk4BdIwJcrY5

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

30 Oct, 01:17


Pada pagi ini marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang bermanfaat kerana sesungguhnya ilmu dan hikmah semuanya adalah kepunyaan-Nya.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

29 Oct, 11:21


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Dan Pelancaran Manual Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan JAWI di Hotel Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur bertemakan Syariah Diperkasa, Ummah Madani Sejahtera.

Pelancaran Manual Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan JAWI bakal menjadi panduan kepada semua Pegawai Penguatkuasa Agama dalam melaksanakan tugasan harian berlandaskan kepada peruntukan undang-undang yang lebih teratur.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

29 Oct, 10:41


Seluruh warga JAWI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuat kuasa 30 Oktober 2024.

Kami juga dengan setulus hati menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Kolonel Datuk atas khidmat bakti dan sumbangan sebagai Pengarah JAWI bermula 20 April 2018 sehingga 29 Oktober 2024.

Semoga YBhg. Kolonel Datuk akan meneruskan kecemerlangan di JAKIM sebagaimana semasa menerajui JAWI.

Kami semua warga JAWI mendoakan agar segala urusan YBhg. Kolonel Datuk dipermudahkan dan selamat maju jaya walau di mana berada.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

28 Oct, 23:01


Semoga doa ini menjadi kunci kepada pintu kebijaksanaan, membimbing langkah-langkah kita melintasi kegelapan menuju cahaya kebenaran yang jelas, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Oct, 01:32


𝑖 𝑣𝑖𝑒𝑤 𝑜𝑓 𝑡ℎ𝑒 𝑑𝑎𝑦 : 𝐽𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑊𝑎𝑘𝑡𝑢 𝑇𝑖𝑑𝑢𝑟

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

26 Oct, 01:26


*Nota: Kalimah Tayyibah = Perkataan atau kata-kata yang baik

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#SemarakTulisanJAWI
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

25 Oct, 03:09


Jom kita hayati khutbah Jumaat minggu ini yang bertajuk “ Sihat Minda, Umat Sejahtera” di Masjid dan Surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

25 Oct, 00:23


سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#جاوي
#سنتياس_دچونتوهي
#هاري_جمعة_هاري_جاوي

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

24 Oct, 00:12


Ya Allah, berikan kami cahaya petunjuk-Mu dalam setiap urusan. Lindungi kami daripada segala keburukan dan berkatilah kami dengan rezeki yang melimpah. Amin. Semoga hari ini penuh dengan kebaikan dan rahmat-Nya.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

23 Oct, 23:21


https://youtu.be/mjbw4qH9T7w?si=nwuguDFBLknOD-rl

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

23 Oct, 00:38


Ya Allah kami memohon kepada-Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

22 Oct, 00:27


Jadikan doa ini sebagai amalan agar kita tetap dalam iman dan Islam serta jauh dari kekufuran dan dari kefakiran, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

21 Oct, 07:09


Nabi SAW bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku mengkhabarkan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

21 Oct, 00:09


Doa adalah kunci untuk meraih kehidupan dan kematian seperti kita dambakan. Seperti para solehin yang selalu mendekatkan diri kepada Allah, kita juga mengharapkan ketenangan dalam hidup dan persiapkan diri untuk kematian dalam pengakhiran yang baik.

Semoga setiap doa kita menjadi sumber cahaya dalam kegelapan dan membimbing kita ke jalan yang benar, Insya-Allah.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

20 Oct, 16:54


Tahniah diucapkan kepada:

1. Nur Alliya Maisarah Orbanus binti Abdullah mewakili Wilayah Persekutuan

- Johan Kategori Video Pendek

2. Wakil Wilayah Persekutuan

- Johan Kategori Kuiz

Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
#MAIM2024

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

19 Oct, 06:15


https://www.hmetro.com.my/addin/2024/10/1145992/bangun-semula-budaya-santun-dalam-pergaulan

Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 Oct, 01:29


Ayuh Warga Wilayah.

Kita pakat penuhkan masjid dan surau Jumaat hari ini sekaligus menghayati khutbah Jumaat minggu ini bertajuk “Berbicara Penuh Hikmah, Budayakan Kalimah Tayyibah”.