INFO MRSM BENTONG @mrsmbentong Channel on Telegram

INFO MRSM BENTONG

@mrsmbentong


Channel Rasmi MRSM Bentong

INFO MRSM BENTONG (Malay)

INFO MRSM BENTONG ialah sebuah saluran Telegram rasmi yang menyediakan maklumat terkini mengenai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong. Saluran ini diuruskan oleh pihak sekolah untuk menyampaikan berita, aktiviti, dan perkembangan terkini di MRSM Bentong kepada semua pelajar, ibu bapa, dan peminat sekolah ini. Dengan menyertai saluran Telegram ini, anda akan sentiasa terkini dengan maklumat terkini sepanjang masa. Siapa yang berminat untuk mengetahui tentang prestasi pelajar, program sekolah, dan berita terkini di MRSM Bentong, pastinya tidak boleh melepaskan peluang untuk menyertai saluran INFO MRSM BENTONG ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran rasmi MRSM Bentong di Telegram hari ini! Follow @mrsmbentong sekarang untuk dapatkan maklumat terkini dan berguna mengenai sekolah ini.

INFO MRSM BENTONG

03 Feb, 02:55


๐Ÿ‘†๐Ÿป assalamualaikum.

Makluman pelaksanaan Kelas secara Dalam Talian bagi pelajar Tinglaran 4 2024 adalah seperti disertakan.

Mohon sama-sama cakna Dan minta anak sertai.

Sekian terima kasih.

INFO MRSM BENTONG

23 Jan, 04:17


MAKLUMAN BERKAITAN PENYERAHAN SALINAN CETAKAN SLIP GAJI/PENYATA PENDAPATAN IBU DAN BAPA/PENJAGA TERKINI BAGI PENGEMASKINIAN PENETAPAN KADAR KUTIPAN WANG CARUMAN PELAJAR SEDIA ADA (TINGKATAN 2, 3, 4 DAN 5), MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BENTONG, SESI 2025

Assalamu alaikum

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar sedia ada (tingkatan 2, 3, 4 dan 5) sesi 2025 dikehendaki menyerahkan salinan cetakan slip gaji/penyata pendapatan ibu dan bapa/penjaga terkini yang disahkan benar kepada Guru Penasihat Homeroom masing-masing sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Februari 2025 (Isnin)

Manakala bagi ibu dan bapa/penjaga yang bekerja sendiri/tiada slip gaji/penyata pendapatan, hendaklah melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan (rujuk : https://t.me/mrsmbentong/1546) yang perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pegawai MARA Daerah (PMD)/Penghulu/Ketua Kampung.

INFO MRSM BENTONG

23 Jan, 01:56


Lampiran 2
Yuran Pendaftaran Pelajar Sedia Ada (Tingkatan 4)

INFO MRSM BENTONG

23 Jan, 01:55


Lampiran 1
Yuran Pendaftaran Pelajar Sedia Ada:
Tingkatan 2, 3 dan 5

INFO MRSM BENTONG

23 Jan, 01:54


Lampiran 1 & Lampiran 2
PEMAKLUMAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SEDIA ADA TINGKATAN 2, 3, 4 DAN 5, MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BENTONG, PAHANG, SESI 2025

INFO MRSM BENTONG

23 Jan, 01:54


PEMAKLUMAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SEDIA ADA TINGKATAN 2, 3, 4 DAN 5, MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) BENTONG, PAHANG, SESI 2025

INFO MRSM BENTONG

10 Jan, 13:40


๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿญ ๐——๐—”๐—ก ๐Ÿฐ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 boleh disemak mulai 13 Januari 2025 pukul 12.00 tengah hari.

FB :
https://www.facebook.com/share/p/1CoiLfjsWs/?mibextid=wwXIfr

IG :
https://www.instagram.com/share/BAtaCRhReb

X :
https://x.com/maragov/status/1877661944033005860

Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan berikut:

๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿญ
https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1

๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฐ
https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4

Selamat maju jaya kepada semua pemohon!

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMADANI
#Kesejahteraan
#Taatsetia

INFO MRSM BENTONG

10 Jan, 06:43


MAKLUMAN KEBENARAN PULANG BERMALAM WAJIB CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2024/2025

INFO MRSM BENTONG

21 Nov, 00:56


Surat Pemakluman Kebenaran Pulang Bermalam Wajib - Disember 2024

INFO MRSM BENTONG

28 Oct, 04:27


Makluman tambahan berkenaan perkara ini adalah, para pelajar boleh pulang bermalam bersama ibu bapa selepas selesai perjumpaan dengan guru-guru yang terlibat.

Terima kasih.

INFO MRSM BENTONG

15 Oct, 04:56


Surat kepada ibu/bapa/penjaga:

PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN RAKAMAN GAMBAR/VIDEO/AUDIO PELAJAR MRSM SERTA MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL BAGI PROGRAM ANJURAN MARA DAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA

Semua pelajar dikehendaki menyerahkan cetakan Lampiran B yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga masing-masing kepada Guru Penasihat Homeroom masing-masing selewat-lewatnya pada 4 November 2024 (Isnin), iaitu pasca PB WAJIB (30 Oktober 2024 - 3 November 2024)

INFO MRSM BENTONG

10 Oct, 04:58


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Disertakan makluman berkenaan program Bahasa Jepun di MRSM Bentong bagi pelajar Tingkatan 3 untuk makluman dan tindakan bersama. Sekian , terima kasih.

INFO MRSM BENTONG

10 Oct, 02:32


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk makluman semua, Hari Konferensi Akademik Semester 2 2024 akan dilaksanakan pada 29 Oktober 2024 (Selasa) seperti yang telah dirancang. Program kali ini akan melibatkan pelajar Tingkatan 1 , 2, 3 dan 4.

Senarai pelajar yang teribat tidak disertakan dalam surat ini dan akan diberikan melalui Guru Penasihat Homeroom masing-masing bermula jam 1.00 petang ini.

Berikut adalah surat jemputan kepada ibu bapa yang terlibat. Mohon tuan / puan untuk mengisi Borang Maklum Balas di pautan seperti disertakan selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2024.
https://forms.gle/watKxVEP2yevJvqcA
Sekian untuk makluman dan tindakan bersama.
Terima kasih.

INFO MRSM BENTONG

24 Sep, 05:00


dikongsikan, salinan digital surat pemakluman kebenaran pulang bermalam bagi bulan Oktober dan November 2024

INFO MRSM BENTONG

13 Sep, 09:20


โœ… pelajar adalah DIGALAKKAN (tiada paksaan) untuk meletakkan tanda nama pada pakaian milik masing-masing berdasarkan garis panduan yang dikongsikan sebagaimana di atas

INFO MRSM BENTONG

06 Aug, 07:43


https://www.facebook.com/share/p/C76V7GTPiaMbjPeA/?mibextid=oFDknk

INFO MRSM BENTONG

06 Aug, 07:42


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, Tahun 2025 boleh dibuat melalui pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Permohonan Kemasukan MRSM dibuka dari *6 Ogos 2024 (Selasa) 3.00 petang* sehingga *6 September 2024 (Jumaat) 11.30 malam*

*Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/ puan boleh emelkan kepada* [email protected]

Terima kasih

INFO MRSM BENTONG

01 Aug, 10:20


Surat Makluman Kebenaran Pulang Bermalam (Pilihan) Bulan Ogos, Semester 1, Sesi 2024/2025

INFO MRSM BENTONG

01 Aug, 01:29


Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera,

๐Ÿ”– NOTIS MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN TAHUNAN MUAFAKAT 2024 (termasuk pendaftaran, sumbangan tetap serta majlis graduasi Tingkatan 5) ๐Ÿ”–

Dilampirkan Surat Pekeliling Pembayaran Yuran Muafakat Pelajar MRSM Bentong yang telah dibentangkan dan dipersetujui oleh ibu bapa dan waris pelajar-pelajar MRSM Bentong semasa Mesyuarat Agong Tahunan ke-9 bertarikh 21hb Mei 2024.

Kali ini, utk tidak membebankan waris2;
โ–ช๏ธ Tempoh pembayaran dipanjangkan sehingga 30hb September 2024
โ–ช๏ธ Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang anak yang belajar di MRSM Bentong, yuran untuk anak kedua dan seterusnya adalah pada kadar 50% (berdasarkan keputusan MAT Muafakat bertarikh 25 Ogos 2023)

Pembyran melalui MuafakatPay juga membenarkan waris utk membuat pemantauan berterusan berkenaan status pembyran yg melibatkan Muafakat (rujuk Notis Pembayaran untuk pautan link mengikut tingkatan)

Besar harapan agar Yuran ini dpt diselesaikan seawal mungkin supaya prog2 yg telah diatur tidak terbantut.

Sokongan & kerjasama dr semua waris sgt dihargai & sy dahului dgn ucapan terima kasih.

Saya yang menjlnkan amanah,
๐Ÿ–Œ๏ธ CIKGU NOORJANA BINTI WARE
Pemangku Bendahari Muafakat MRSM Bentong

INFO MRSM BENTONG

27 Jul, 05:10


Sukacita dimaklumkan kejayaan pelajar MRSM Bentong dalam National Sustainability Innovation Challenge 2024 (Nasic 2024) Peringkat Akhir anjuran Universiti Teknologi Malaysia & Lotusโ€™s

Pada peringkat akhir (Top 5) yang berlangsung sebentar tadi di Lotusโ€™s Kepong mereka telah berjaya mendapat :

๐Ÿ†Tempat Ke-3 Keseluruhan dan Gold Medal

Guru Pembimbing Utama :
Cikgu Muhamad Asyraf
Guru Pembimbing Bersama : Cikgu Mohd Yazid

Tahniah diucapkan.