Kebun Bandar - Informasi Berkebun @kebunbandar Channel on Telegram

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

@kebunbandar


Pusat maklumat kebun bandar di Malaysia.

Kebun Bandar - Informasi Berkebun (Malay)

Selamat datang ke Kebun Bandar - Informasi Berkebun, saluran Telegram terkini yang menyediakan pusat maklumat kebun bandar di Malaysia. Jika anda merupakan seorang peminat berkebun atau sedang mencari tips dan panduan berkaitan dengan aktiviti kebun, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda! Kebun Bandar adalah saluran yang bertujuan untuk berkongsi maklumat berguna berkaitan dengan kebun bandar, termasuk cara-cara untuk menanam pelbagai jenis tumbuhan, tips penyelenggaraan taman, panduan memulakan projek kebun bandar, dan banyak lagi. Dengan khidmat yang dikongsi secara berkala, anda dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang berkebun. Saluran ini juga merupakan platform yang berinteraksi di mana anda boleh berkongsi pengalaman, bertukar pendapat, dan mendapatkan sokongan daripada komuniti berkebun lain di Malaysia. Anda boleh bertanya soalan, berkongsi gambar hasil kebun anda, atau sekadar mendapatkan perkongsian motivasi daripada individu yang berkongsi minat yang sama. Siapa kata berkebun hanya untuk individu yang mahir dalam bidang tersebut? Kebun Bandar - Informasi Berkebun adalah tempat yang sesuai untuk semua peringkat, dari pemula hingga pakar. Kami percaya bahawa dengan berkongsi ilmu dan pengalaman, semua orang dapat menjadi pakar berkebun dalam masa yang singkat! Jadi, jom sertai Kebun Bandar - Informasi Berkebun sekarang untuk mendapatkan akses kepada maklumat terkini, tips berguna, dan sokongan daripada komuniti berkebun yang mesra. Mari tanam impian anda bersama-sama! 🌱🌿

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

03 Dec, 00:43


Salam semua. Saya mohon kerana lama meninggalkan channel ini.

Masih ada orang aktif dengan channel ni ke?

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

02 Jan, 13:36


Cubaan pertama saya menanam pokok tin iraqi atas tanah. Takut sebenarnya. Yelah pokok tin ini orang kata susah nak hidup atas tanah.
.
Tapi saya lawan takut dengan memulakan dengan pokok tin yang mudah ditanam. Atas nasihat sahabat2 FB, saya menanam pokok tin iraqi. Pokok ini dikatakan tahan hujan dan mudah hidup atas apa-apa jenis tanah.
.
Nampak tak sebaris pokok tin di dalam bekas hitam itu? Itu adalah anak pokok tin yang ditanam awal bulan 9. Alhamdulillah menjadi.
.
Saya upgrade diri dengan tanam di atas tanah pula.
.
Tak boleh kekal di tempat yang sama. Anjakan paradigma kata orang.
.
Kalau menjadi yang ini, kita upgrade pula ada pokok tin kayangan. Satu per satu kita cuba. Biar lambat sebab ini bukan perlumbaan mana yang terbaik. Ia adalah proses pembelajaran bagi saya.
.
#coretanpjk

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

18 Aug, 01:49


Cara pindah anak pokok tin daripada keratan tut.

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

24 Jul, 08:12


Cara Biak Limau Guna Keratan Daun

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

17 Apr, 01:03


Selalu tanam tapi tak jadi?

Tumbuhan perlukan ABC untuk hidup.

Apa itu ABC?

Air
Baja
Cahaya

Pastikan kita siram secukupnya. Jangan lebih, jangan kurang.

Pastikan kita membaja secukupnya. Jangan lebih, jangan kurang. Elok guna baja organik. Hasil lebih bagus dan berterusan.

Pastikan tanaman kita mendapat cahaya sekurang-kurangnya 5 jam sehari, dari awal pagi sampai petang.

Cubalah cukupkan ABC ini dalam kebun kita.

-- Izham Alias

----
Ingin selalu dapat tips dan trik berkebun? Share👇👇👇
t.me/kebunbandar

#kebunbandar

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

15 Apr, 23:51


Apakah kedalaman sesuai untuk menanam biji benih?

Petua asal adalah menanam tiga kali ganda saiz biji benih. Jika biji benih 2cm saiz, maka kedalaman lubang sekitar 6 cm dalam.

Tetapi bagaimana pula untuk biji benih halus seperti bayam, sawi dan kubis?

Boleh korek sedikit di atas tanah, kemudia letak biji benih. Setelah itu tabur selapis tanah di atas.

Siram perlahan-lahan.

-- Izham Alias
t.me/KebunBandar

#kebunbandar

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

15 Apr, 03:31


Pernah semai biji benih tapi tak bercambah? Ini antara sebabnya...

1. Biji benih outdated
2. Tanam benih terlalu dalam/cetek
3. Benih rosak
4. Benih dimakan semut
5. Benih yang dah bercambah dimakan siput dan ulat bulu
6. Rendam benih terlalu lama dalam air sebelum semai


-- Izham Alias
t.me/kebunbandar

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

04 Apr, 08:00


Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Di hujung minggu ini biasa buat apa?

Macam mana kebun anda di rumah?

Lama dah saya tak aktif di channel telegram ini. Minta maaf sangat. Saya sibuk dengan tugas hakiki sebagai pensyarah di kolej komuniti.

Bagi yang tidak tahu, saya mengajar pertanian kepada pelajar sijil agroteknologi.

Semester ini saya mengajar tentang pengurusan tapak semaian.

Tapak semaian adalah terjemahan untuk nurseri pokok.

Mudahnya, definisi tapak semaian adalah tempat anak pokok disemai, dibiak dan seterusnya dijaga dan diasuh untuk ditanam di ladang atau jualan.

Daripada ayat tu kita boleh ekstak tiga kata kunci iaitu semai, jaga dan jual.

Semester ini saya ajarkan pelajar saya cara betul semaian benih, cara jaga benih tersebut sehingga lah jualan.

Baiklah. Itu perkongsian saya setakat ini.

Kalau ada soalan, boleh komen.

-- Izham Alias

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

14 Mar, 01:25


Baru baru ni ada pelanggan lama whatsapp. Katanya nak beli set mini hidroponik. Saya pun siapkan satu untuknya.
.
Bila saya berikan, rupanya dia beli untuk rakan. "Ada kawan saya minta ajar. Tapi saya kata nak ajar pun bukan pandai sangat. Jadi saya kata sama dia saya belajar dengan set ini." Sambil tunjuk set yang dia ambil tadi.
.
Sekarang dia sudah upgrade ke sistem NFT yang lebih advance.
.
Itulah saya selalu nasihatkan pada sesiapa nak mula hidroponik, mulakan dengan sistem ringkas dahulu. Jangan gopoh untuk terus sistem besar.
.
Nanti kalau tak jadi, susah nak kenal pasti mana yang silap.
.
Kalau sudah mahir, lain ceritalah.
.
Sebab itu di Kebun Bandar saya buat satu set khas lengkap untuk newbie kenal hidroponik. Tak perlu fikir nak dapatkan itu ini di tempat lain. Semua dari baja sehingga lah racun organik. Sesuai untuk 1-2 kitaran penanaman.
.
Saya nak newbie nampak bahawa hidroponik ini boleh kalau betul ilmu dan alatnya.
.
Berminat tak nak dapatkan set ni? Ada soalan? Komen je.

tinyurl.com/kbponik

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

12 Mar, 06:58


Sempena hari yang penuh keberkatan ini, Kebun Bandar ingin melancarkan produk terbaru set KB Ponik dan Baja AB Kebun Bandar.

Ayuh buat pembelian segera kerana harga promosi ini hanya terhad untuk 100 unit sahaja.

Klik pautan di bawah untuk buat pembelian.
tinyurl.com/kbponik
tinyurl.com/kbponik
tinyurl.com/kbponik

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

08 Mar, 05:44


Kebun Bandar ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita buat para wanita di luar sana. Pengorbanan anda amatlah besar buat keluarga, bangsa, agama dan negara

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

07 Mar, 08:54


Ada sesiapa dalam ni yang tanam pokok cili, daun asal warna hijau jadi kuning? Atau ada banyak semut hitam pada pucuk cili?

Itu tandanya pokok cili korang telah diserang serangga perosak. Mesti rasa kecewa sangat bila jadi macam ni, kita bagi baja semuanya cukup tapi benda ni boleh berlaku jugak.

Jadi apa solusinya? Mesti korang pernah dengan Jawar S produk keluaran Kebun Bandar. Jadi apa fungsi Jawar S ni?

Jawar S ini akan menyekat liang pernafasan serangga sehingga menyebabkan serangga mati tidak cukup nafas. Berbanding racun kimia akan bertindak menyerang sistem saraf serangga, dalam ratusan serangga yang mati akan ada yang sempat pulih dan membentuk imunisasi terhadap racun itu sendiri.

Dalam set KB Ponik nanti kami akan berikan sekali Jawar S ni, jadi korang tak payah susah-susah beli asing. Beli je set KB Ponik ni dapat set lengkap terus, kan mudah

Kebun Bandar - Informasi Berkebun

06 Mar, 12:36


Jom kita tonton mudahnya cara-cara penggunaan set KB Ponik dari pengasas Kebun Bandar En Izham Alias